Upload
dzul-jefri
View
225
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
work
Citation preview
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menjelang tahun 2016, peratusan soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan
merangkumi 40% daripada kehendak soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Soalan-soalan ini akan berasaskan Taksonomi Bloom dan akan menguji kemahiran-
kemahiran seperti aplikasi, analisis, penilaian dan penjanaan idea.
Oleh yang demikian, sebagai seorang guru Pendidikan Islam, saya berpegang
kepada nilai pendidikan bahawa anak murid saya perlu dilengkapkan dengan kemahiran
yang akan membolehkan mereka mencapai aspirasi negara sebagaimana yang dinyatakan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 tersebut. Saya percaya
bahawa dengan pendedahan dan penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi, anak murid
saya akan dilengkapkan dengan salah satu kemahiran pembelajaran sepanjang hayat.
Bagi mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam konteks Pendidikan
Islam, guru Pendidikan Islam kini tidak boleh hanya bergantung kepada kandungan yang
terdapat dalam buku teks bahkan guru perlu menambah baik penguasaan ilmu dalam
usaha mengembangkan potensi murid dalam menguasai sehingga kepada berfikir aras
tinggi melalui pengalaman pembelajaran yang berpaksikan Allah SWT.
ii
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Saya yang merupakan seorang bakal guru dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) ambilan Januari 2012 di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
Seremban, Negeri Sembilan daripada opsyen Pendidikan Islam telah terpanggil untuk
melestarikan pengajaran Akidah dalam dunia teknologi ini. Hal ini berlaku akibat
daripada kepincangan yang berlaku dalam menerapkan nilai kewujudan Allah dalam
proses pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Murid-murid kini lebih cenderung
untuk berfikir dengan lebih terkehadapan sehingga guru terpaksa berfikir dengan lebih
kreatif bagi membangkitkan nilai kewujudan Allah swt dalam segenap masa dan keadaan.
Sepanjang mengikuti kursus keguruan ini, saya telah menjalani praktikum dan
intership di beberapa buah sekolah di sekitar Negeri Sembilan. Di sekolah terakhir saya
menjalani praktikum, saya telah berpeluang untuk mengajar subjek Pendidikan Islam
bagi dua buah kelas iaitu Tahun 1 dan Tahun 2. Melalui pemerhatian saya semasa proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam bagi Pelajaran Akidah Tahun 2, saya
mendapati terdapat tujuh orang murid yang masih sukar untuk memahami konsep Allah
bersifat Wujud seterusnya meyakini dan mengamalkannya dalam kehidupan murid-
murid. Hal ini diperolehi daripada kertas latihan yang diberikan disamping slot temu bual
mengenai kefahaman Allah bersifat Wujud yang telah dijalankan(Rujuk lampiran 1).
Hasilnya adalah seperti yang dinyatakan di atas. Dalam pada itu, saya juga telah
menyenaraikan senarai semak pemerhatian bagi melihat tahap penghayatan murid akan
Allah bersifat Wujud dalam kehidupan. Terdapat beberapa aspek yang dilihat dalam
pemerhatian ini seperti amalan dan tingkah laku murid bersama rakan serta guru(eviden –
lampiran 2).
iii
Setelah menganalisis dokumen-dokumen tadi, saya mendapati terdapat sebilangan murid
yang masih tidak dapat memahami tajuk Allah bersifat Wujud seterusnya mengurangkan
penghayatan murid terhadap Allah bersifat Wujud. Perkara ini amat membimbangkan
saya sebagai seorang guru Pendidikan Islam kerana saya merasakan kaedah pengajaran
Akidah masih tidak dapat dipelbagaikan sehingga menyukarkan murid untuk memahami
konsep Allah bersifat Wujud. Dalam pada itu, melalui pemerhatian dan temu bual yang
dijalankan kepada guru-guru Pendidikan Islam di sekolah ini, saya mendapati terdapat
kurangnya penggunaan bahan bantu mengajar interaktif dalam kalangan guru dan
penggunaan kaedah pengajaran yang statik sahaja. Hal ini tidak boleh dipandang remeh
kerana hasil daripada pengajaran Akidah ialah murid dapat mengenali Allah seterusnya
dapat berusaha untuk menghidupkan amalan bagi meraih cinta Allah. Oleh itu, saya telah
membuat keputusan untuk menjalankan kajian tindakan tentang satu gabungan kaedah
yang baharu, lebih mudah dan menarik untuk membantu murid dalam pelajaran Akidah.
Menurut Ab. Halim Tamuri(1989), kemahiran mengajar dalam proses P&P mempunyai
tiga komponen penting iaitu pendekatan, kaedah dan teknik. Oleh itu, seseorang guru
yang ingin menguasai kemahiran mengajar perlulah menguasai ketiga-tiga elemen
tersebut. Dalam pada itu, saya juga akan menggunakan bahan bantu mengajar yang
interaktif bagi memudahkan murid memahami tajuk Allah bersifat Wujud dengan lebih
baik dan menambahbail penghayatan murid terhadap Allah bersifat Wujud.
1.3 Sorotan Literatur
iv
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian tindakan yang saya laksanakan ini adalah tertumpu kepada tujuh orang murid
Islam Tahun 2 yang merangkumi seramai tiga orang murid lelaki dan empat orang murid
perempuan. Hal ini dikesan melalui sesi temu bual yang telah dibuat sebelum ini
terutamanya dan juga semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kelemahan
murid dilihat amat ketara terutamanya ketika murid melakukan latihan yang diberi dan
juga dalam meyakini Allah bersifat Wujud. Perkara ini telah membuktikan bahawa
kaedah pengajaran yang dilaksanakan bagi memantapkan kefahaman dan keyakinan
murid sebelum ini adalah kurang berkesan.
Kaedah pengajaran Allah bersifat Wujud yang telah dilaksanakan sebelum ini
hanya menggunakan kaedah penerangan yang biasa-biasa sahaja tanpa ada unsur-unsur
seni penyoalan dalam pengajaran dengan bantuan Bahan Bantu Belajar (BBB) yang
sesuai. Saya juga dapat melihat respon dan penglibatan murid terhadap pembelajaran
Akidah ini adalah kurang aktif kerana kaedah yang digunakan kurang sesuai dan tiada
penggunaan bahan bantu belajar yang menarik. Hal ini telah menyebabkan murid-murid
menjawab soalan yang diberikan dengan sambil lewa dan tidak serius dalam mengukur
keyakinan kepada Allah bersifat Wujud.
Oleh sebab itu, untuk menangani masalah ini daripada menjadi lebih parah, saya
memperkenalkan kaedah ###### kepada murid-murid untuk menarik perhatian mereka
kerana adanya unsur seni yang diterapkan dengan baik. Menurut Ee Ah Meng(1997),
sekiranya murid berasa seronok ketika menjalankan sesuatu, perkara yang dialami akan
diingati dengan lebih lama lagi.
v
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Am
3.1.1 Meningkatkan kefahaman dan keyakinan murid terhadap Allah bersifat Wujud
melalui kaedah #######.
3.2 Persoalan Kajian
3.2.1 Mengenal pasti tahap pencapaian murid dalam memahami konsep Allah
bersifat Wujud dengan tepat
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan yang akan dilaksanakan ini adalah terdiri
daripada murid Tahun 2 yang menghadapi masalah semasa pembelajaran dan pengajaran
Akidah tajuk Allah bersifat Wujud. Saya telah memokuskan kajian saya kepada teknik
penyoalan yang berkesan untuk membantu murid memahami tajuk Allah bersifat Wujud
yang diajar.
Peserta kajian ini telah dipilih tanpa mengira jantina murid. Mereka dikenal pasti melalui
ujian pra yang telah dijalankan sebelumnya.
Peserta kajian terdiri daripada tujuh orang responden iaitu masing-masing tiga
orang responden lelaki dan empat orang responden perempuan yang berbangsa Melayu
kesemuanya. Semua responden berasal daripada keluarga yang berpendapatan sederhana
dengan tahap pencapaian semasa responden pula adalah berbeza.
Terdapat lima orang responden yang masih lemah dalam tahap pencapaian
pelajaran Pendidikan Islam, manakala selebihnya mempunyai tahap pencapaian yang
sederhana.
vi
Setelah menganalisis ujian pra yang dilaksanakan, dapat dilihat bahawa
keseluruhan murid mempunyai pencapaian yang berbeza. Hal ini menunjukkan bahawa
murid-murid memerlukan kaedah baharu dalam memahami pembelajaran Akidah masa
kini.
5.0 TINDAKAN
Kajian ini, merupakan penyelidikan tindakan untuk membantu subjek kajian
meningkatkan kefahaman dan keyakinan terhadap Allah bersifat Wujud. Hal ini sangat
berkait rapat dengan fungsi utama sebuah kajian tindakan iaitu sebagai salah satu
pendekatan untuk membaiki dan meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan
yang menggalakkan (McNiff, 1988). Melalui penyelidikan tindakan ini juga, saya
menjadi semakin sedar tentang amalan mengajar saya, menjadi lebih kritis terhadap
amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk menambah baik amalan pengajaran saya.
Sehubungan dengan itu, saya telah menggunakan Model Penyelidikan Stephen
Kemmis(1988) bagi menjalankan kajian tindakan saya. Tempoh penyelidikan ini
dilaksanakan selama tiga minggu selaras dengan pendapat Jorgenson (1989) yang
mengatakan bahawa tempoh kajian tindakan dapat dipendek atau dipanjangkan
berdasarkan apa yang berlaku dalam sesuatu kajian itu. Berdasarkan Model Penyelidikan
Stephen Kemmis (1988), terdapat empat fasa yang penting dalam kajian tindakan iaitu
fasa merancang, fasa mengambil tindakan, fasa memerhati dan fasa merefleksi. Rajah di
bawah memperlihatkan serta ringkas pelaksanaan setiap fasa yang terkandung dalam
Model yang digunakan dalam kajian tindakan ini.
vii
Rajah di atas memperlihatkan serba ringkas pelaksanaan kajian saya ini mengikut
fasa-fasa yang terdapat dalam Model Penyelidikan Stephen Kemmis (1988) bermula
daripada fasa merancang, fasa mengambil tindakan, fasa memerhati dan fasa mereflek.
5.1 Prosedur Tindakan
Perlunya saya untuk menyusun tindakan dalam melaksanakan kajian tindakan ini supaya
kajian ini mampu untuk memberi impak yang baik kepada dunia pendidikan terutamanya
viii
Fasa MerancangMemohon kebenaran daripada pentadbir sekolah.Mengenalpasti subjek kajian.Mencipta bahan intervensi.Membina instrumen soal selidik, ujian diagnostik dan temu bual.
Fasa Mengambil TindakanSesi Pengajaran tanpa IntervensiSesi Temu Bual Pengajaran tanpa IntervensiSesi Ujian Diagnostik dan Pengisian Borang Soal SelidikMelaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan intervensi kaedah penyoalan.
Fasa MemerhatiSesi Ujian PencapaianMengumpul borang soal selidik.Melaksanakan temu bual selepas intervensi yang dialankan.Menganalisis data yang diambil dengan tepat.
Fasa MereflekRefleksi keseluruhan Intervensi yang dijalankan.
dalam pengajaran Akidah. Oleh itu, terdapat beberapa perancangan yang telah
dibincangkan bersama bagi mendapatkan data kajian yang baik.
5.1.1 Memohon Kebenaran daripada Pihak Pentadbir
Dalam kajian tindakan yang dijalankan ini, tindakan pertama yang akan
saya lakukan adalah meminta kebenaran daripada pihak sekolah untuk
menjalankan kajian tindakan. Saya juga telah menunjukkan jadual
pelaksanaan kajian ini bagi mengesahkan kajian ini dapat dijalankan di
sekolah ini. Saya juga akur dengan setiap arahan dan perubahan yang
berlaku dengan kehendak dan kesesuaian pihak sekolah. Saya juga
mendapat kebenaran pihak sekolah untuk menggunakan kemudahan
sekolah sepanjang proses kajian tindakan ini berjalan. Saya juga telah
memohon ruang masa selama dua waktu bagi menjalankan kajian ini.
5.1.2 Mengenal pasti Subjek Kajian
Selepas mendapat kebenaran daripada pihak sekolah, saya telah
berbincang dengan guru penolong kanan pentadbiran bagi menetapkan
murid yang akan dijadikan sebagai subjek kajian saya. Saya telah memilih
subjek kajian daripada kelas Tahun Dua Pintar seramai tujuh orang dengan
pembahagian tiga orang lelaki dan empat orang perempuan. Dalam pada
itu, bagi mengukuhkan dapatan masalah kajian ini, saya turut mengumpul
serta menganalisis latihan yang diberikan dalam tajuk Allah bersifat
Wujud. Hal ini dapat membantu saya untuk memastikan wujudnya
ix
masalah dalam memahami dan meyakini Allah bersifat Wujud. Jelas dapat
dilihat daripada soalan yang diberikan, murid tidak dapat menguasai tajuk
ini dan seterusnya mengurangkan nilai keyakinan murid kepada Allah.
5.1.3 Mencipta Bahan Intervensi
Satu intervensi telah dicipta bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh
subjek kajian iaitu Teknik Penyoalan Berantai. Justeru, bagi menggunakan
teknik ini, saya telah memilih beberapa set soalan rantaian yang dianggap
sesuai dengan tahap pemikiran subjek kajian bersesuaian dengan tajuk
Allah bersifat Wujud. Lantaran itu saya telah mencipta sebuah set
Penyoalan yang interaktif bagi menjalankan intervensi.
Set penyoalan ini dicipta berdasarkan kepada kemampuan murid
untuk mengaitkan perkara maujud sehinggalah kepada perkara yang
berbentuk samiyyat. Justeru, murid akan diuji dengan soalan berantai bagi
membulatkan keyakinan kepada Allah.
5.1.4 Membina Borang Instrumen
Seusai mencipta teknik intervensi tersebut, saya turut membina borang
soal selidik, borang senarai semak, soalan ujian diagnostik dan juga set
temu bual bersama murid. Gabungan instrumen kajian ini dibuat bagi
meningkatkan kesahan dapatan kajian terhadap ntervensi yang saya akan
jalankan.
x
Bagi borang soal selidik, terdapat 12 item soalan tertutup telah
dicipta dan dilengkapi dengan pilihan jawapan skala Dichotomous, iaitu
pilihan “YA” atau “TIDAK” dengan simbol “ / ” dan “ X ”. Borang
senarai semak pemerhatian turut dibina dengan mengetengahkan lima item
yang diukur bagi menambah kesahan data kajian yang diperoleh. Dalam
pada itu satu set temu bual bersama murid telah ditetapkan bagi
memudahkan pengkelasan dan penyusunan data kajian. Hal ini juga dapat
memberi kemudahan kepada saya untuk menganalisa data mentah yang
diperolehi. Bagi dokumen terakhir yang dibina, ujian diagnostik yang
mengandungi lima soalan berkaitan dengan tajuk Allah bersifat Wujud.
5.1.5 Sesi Pengajaran tanpa Intervensi
Sebelum melaksanakan kajian tindakan, saya telah melaksanakan sebuah
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah tradisional dan
kaedah yang biasa digunakan oleh guru-guru seperti yang ditunjukkan
dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam. Kaedah intervensi tidak lagi
digunakan semasa proses ini.
5.1.6 Sesi Temu Bual Pengajaran tanpa Intervensi
Setelah itu, saya juga melaksanakan temu bual berstruktur bagi
mengetahui tahap kefahaman yang diperolehi murid setelah dijalankan
pengajaran tanpa intervensi yang dicadangkan. Hal ini penting kerana data
ini dapat memperlihatkan perbezaan pencapaian murid setelah
xi
dibandingkan dengan sesi temu bual setelah intervensi pengajaran
dijalankan.
5.1.7 Sesi Ujian Diagnostik dan Pengisian Borang Soal Selidik
Dalam pada itu, bagi memastikan bahawa masalah memahami Allah
bersifat Wujud itu dikesan, saya akan mengadakan satu ujian pra(sila
rujuk lampiran) kepada seluruh murid Tahun 2 yang berjumlah 18 orang
bagi mengenal pasti kumpulan sasaran. Soalan ini hendaklah dijawab
dalam masa yang ditetapkan iaitu selama 30 minit. Ujian Pra ini akan
membantu saya untuk mengumpul data tentang kebolehan murid dalam
tajuk Allah bersifat Wujud. Saya akan menggunakan data ujian yang
dijalankan untuk memilih murid-murid yang mendapat skor bawah 50%
sebagai peserta kajian saya. Pengambilan foto juga akan membantu saya
untuk mengenal pasti kaedah yang digunakan murid semasa menjawab
soalan yang diberikan.
5.1.8 Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan
Intervensi Kaedah Penyoalan
5.1.9 Sesi Ujian Pencapaian
5.1.10 Mengumpul borang soal selidik
5.1.11 Melaksanakan temu bual selepas intervensi yang dijalankan
5.1.12 Menganalisis Data yang diambil dengan tepat
5.1.13 Refleksi keseluruhan Intervensi yang dijalankan
xii
5.2 Prosedur Pengumpulan Data
5.2.1 Temu Bual
5.2.2 Ujian Diagnostik dan Ujian Pencapaian
6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
6.1 Analisis Temu Bual
6.2 Analisis Ujian Diagnostik dan Ujian Pencapaian
7.0 DAPATAN KAJIAN
7.1 Soalan 1
7.2 Soalan 2
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
RUJUKAN
LAMPIRAN
xiii
xiv