Upload
shing
View
98
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN HHHC9101 SET 20, SEM 2, SESI 2013/2014 PENSYARAH : NOR ATIKA BINTI MD ASHAR NAMA : NANTHINA A/P PUNNIASEELAN NO MATRIK: A144387 FAKULTI : FAKULTI FARMASI. PENGENALAN - PowerPoint PPT Presentation
Citation preview
LAPORAN AKTIVITIKEMAHIRAN SOSIAL DAN
KEBERTANGGUNGJAWABANHHHC9101
SET 20, SEM 2, SESI 2013/2014
PENSYARAH: NOR ATIKA BINTI MD ASHARNAMA : NANTHINA A/P PUNNIASEELANNO MATRIK : A144387FAKULTI : FAKULTI FARMASI
PENGENALANDi bawah program mega Gema Amal Insan yang dijalankan oleh pelajar Tahun 1 Fakulti Farmasi, terdapat tiga subprogram yang telah berjaya dilaksanakan untuk mengutip dana bagi Rumah Kebajikan Nurul Hasanah. Tiga subprogram tersebut ialah:
Run To
GAIN
Malam Citra Seni
Khidmat Masyarakat
PELAKSANAAN PROJEK
Tarikh: 1 Mac 2014
Tempat: Taman Tasik Titiwangsa dan juga di Kolej Tun Syed Nasir,UKM.
Tujuan: Untuk mengutip dana melalui yuran penyertaan larian yang akan didermakan kepada Rumah Kebajikan Nurul Hasanah serta membolehkan peserta yang terlibat untuk berlari untuk tujuan yang mulia.
Perincian: Program Run To Gain telah disertai oleh lebih 100 orang termasuk kanak-kanak dan peserta veteran. Larian ini dibahagikan kepada 4 kategori iaitu peserta lelaki, peserta wanita, kanak-kanak dan ahli veteran yang berusia 50 dan ke atas.
Tugas: Saya telah bertugas di checkpoint 1 pada hari kejadian. Saya telah mengedarkan getah dan memberitahu para peserta berapa lagi pusingan yang mereka perlu selesaikan.
Malam Citra SeniTarikh: 22 Mac 2014
Tempat: Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir Masa: 8.00 malam
Tujuan: Malam Citra Seni merupakan satu malam kebudayaan yang mempamerkan pelbagai jenis budaya rakyat Malaysia, memaparkan konsep 1Malaysia dan memupuk hubungan silahturahim antara pelajar berbilang kaum. Kutipan wang daripada jualan tiket Malam Citra Seni telah disalurkan kepada Rumah Kebajikan Nurul Hasanah.
Perincian: Program ini disertai pelajar dari Kampus Induk UKM Bangi dan pelajar UKM KL sebagai para peserta persembahan. Program ini juga disertai oleh pelajar UKM dan orang awam sebagai penonton kerana jualan tiket yang sebanyak RM2 dibuat secara skala besar di dalam dan di luar kampus.
Tugas: Saya sebagai ahli organisasi sub-program ini yang memegang jawatan sebagai Exco Program telah bekerja keras melaksanakan tanggungjawab saya untuk menjayakan program ini. Saya juga telah membuat persembahan tarian India pada malam tersebut sebagai wakil daripada Kelab Kebudayaan Kolej Tun Syed Nasir.
Carta Aliran Program
Malam Citra Seni
Pada pukul 12.30 petang pada 19 Mac 2014, saya dan exco program telah membentangkan tentatif dan pelan pada hari kejadian kepada penyelaras program, Dr. Haniff dan pemantau PMFFAR.
Pada pukul 8.00 malam, saya dan ahli-ahli kumpulan tarian yang lain telah menjalankan latihan tarian di tepi perpustakaan dan membincangkan pakaian yang akan dipakai untuk persembahan kami pada .
Pada pukul 11.30 petang pada sehari sebelum hari kejadian iaitu pada 21 Mac 2014 , saya dan exco-exco telah turun ke dewan serbaguna, KTSN untuk menghias dewan dan backdrop pentas. Kami juga telah menyusun kerusi untuk para penonton.
Pada pukul 7.30 pagi pada 22 Mac 2014, saya dan exco-exco Malam Citra Seni yang lain telah membersihkan dewan dan bilik persalinan bagi pihak kolej dari UKM Bangi
Pada pukul 11.30 petang, semua EXCO dan AJK telah menjalankan raptai penuh di dewan KTSN.
Pada pukul 2.00 petang, pihak sistem PA sampai dan memasang sistem lightings, speakers dan alat mikrofon. Semasa waktu rehat ini, kumpulan tarian saya telah mengambil kesempatan untuk berlatih.
Tepat pukul 3.30 petang, ahli organisasi MCS telah mengadakan raptai penuh dengan lightings dan sistem PA.
Selepas raptai, saya membuat persiapan seperti menukar pakaian dan bersolek untuk persembahan malam nanti
Program Malam Citra Seni bermula tepat 8.00pm dan program berjaya berjalan mengikut tentatif. Kumpulan tarian saya telah membuat persembahan dengan baik dan juga persembahan lain dari kolej-kolej di UKM Bangi.
Majlis tamat pada pukul 11.00pm dan semua EXCO dan AJK telah membersihkan dewan dan telah menyusun semula kerusi dalam bilik stor
Post mortem telah berlangsung selepas kerja pembersihan.
Khidmat Masyarakat Program Khidmat
Masyarakat telah diadakan pada 23 Mac 2014 di Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ampang.
Seramai 25 kanak-kanak di rumah tersebut berserta dengan 35 orang ahli organisasi telah meluangkan sehari bersama-sama.
Pelbagai jenis aktiviti telah diadakan, antaranya termasuk sukan rakyat, mini explorace serta sesi kreativiti membuat penanda buku.
Bahan Promosi Risalah (FLYER)
Poster Program
Logo Gema Amal Insan
Tiket program
Blog dan laman Facebook
Gambar-Gambar
Run to Gain
Gambar 1: Saya dan ahli exco yang lain sedang bersiap sedia untuk mengedarkan pakaian peserta.
Gambar 2: Saya bersama ahli jawatankuasa yang lain yang ditugaskan di checkpoint 1.
Gambar 3: Saya bersama ahli organisasi GAIN yang lain.
Gambar 4: Saya sedang menyusun semula kerusi ke dalam bilik stor selepas program Run To Gain.
Malam Citra Seni
Gambar 5: Saya sedang membantu membuat perhiasan backdrop pentas.
Gambar 6: Saya sedang mendengar taklimat daripada pengurus pentas sebelum raptai penuh pada hari kejadian.
Gambar 7: Saya bersama ahli kumpulan tarian India saya dan ahli orkestra caklempong.
Gambar 8: Saya sedang mebuka tampalan hiasan pada cermin dewan selepas program tamat.
Khidmat Masyarakat
Gambar 9: Ahli organisasi GAIN sedang membawa barang-barang ke rumah kebajikan Nurul Hasanah .
Gambar 10: Kanak-kanak sedang membuat aktiviti bersama ahli organisasi GAIN.
Gambar 11: Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang aktiviti.
REFLEKSI DIRI
Run To GAIN
Belajar tentang kepentingan etika ketika berurusan
dengan pihak luar
• Bercakap dengan orang yang lebih tua atau berpangkat lebih tinggi
Belajar untuk berkomunikasi dengan lebih
efektif • Semasa menjalankan
tugas sebagai penjaga
checkpoint 1
Sedar tentang pentingnya sikap bertanggungjawa
b semasa menjalankan
sesuatu tugas yang
diamanahkan
Sedar bahawa tanggungjawab sosial adalah
sangat penting untuk menolong
orang yang memerlukan
bantuan• Kutipan daripada
yuran penyertaan larian Run To Gain disalurkan kepada rumah kebajikan
Sebagai exco program Malam Citra Seni saya telah mempelajari:
1. Kepentingan untuk memelihara warisan tradisi
kaum di Malaysia
2. Cara untuk berhubung dan bersosial dengan peserta persembahan
3. Membahagikan tugas-tugas dengan sama rata
antara exco.
4. Menimba ilmu dan pengalaman dalam urusan
surat-menyurat
5. Telah belajar mengendalikan dan
menyelesaikan masalah sebagai seorang ketua dan
mengambil keputusan secara rasional
Khidmat masyarakat
Saya telah mencurahkan kasih sayang kepada insan ciptaan Tuhan
Saya telah berjaya dalam merancang dan menyumbang idea bagi aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan bersama kanak-kanak
Saya telah dapat mengubah hidup insan yang tidak bernasib baik
TAMAT