42
1

KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

  • Upload
    vuxuyen

  • View
    242

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

1

Page 2: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

2

KEBERKESANAN PROGRAM TRAINEESHIP DALAM KURSUS

KEMAHIRAN PEMBUAT PERABOT DARIPADA PERSEPSI PELAJAR

SUZAILYE BINTI JOHARI

Disertasi ini dikemukakan

Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

DISEMBER 2013

Page 3: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

3

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :..................................................

Nama Penulis : SUZAILYE BINTI JOHARI

Tarikh : DISEMBER 2013

Page 4: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

4

DEDIKASI

Penghargaan buat insan yang teristimewa dalam hidup ku :

Suamiku yang dicintai,

Hushaini Bin Sulaiman

Putera Puteri buah hati kesayangan ku,

Muhammad Hamizan,

Nurul Nabiha,

Nurul Afiqah,

Muhammad Safiuddin.

Bonda yang disayangi,

Jamilah Binti Annuar

Ayahanda yang dikasihi,

Johari Bin Mohd Noh

juga,

Adik- beradik ku dan Ipar duai ku yang rukun damai,

serta

Semua rakan taulan ku,

Terima kasih

di atas segala sokongan, doa restu dan pengorbanan kalian.

Kejayaan ini buat kalian semua.

Page 5: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

5

PENGHARGAAN

Segala pujian dan syukur kepada Allah S.W.T. di atas segala rahmat

dan limpahan kurnia-Nya dan salam serta selawat atas junjugan

Nabi Besar Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah, segala cabaran yang dilalui dalam proses penyediaanya,

akhirnya penulisan tesis ini dapat disempurnakan dengan jayanya.

Salam penghargaan dan ucapan terima kasih setinggi – tingginya buat penyelia

projek iaitu Dr. Aede Hatib Bin Musta’amal

di atas segala tunjuk ajar, bimbingan, nasihat dan teguran yang membina serta

komited dalam membantu sehingga disertasi ini dapat disiapkan.

Ucapan terima kasih dan bersyukur saya ucapkan kepada Kementerian Pelajaran

Malaysia melalui Bahagian Latihan dan Biasiswa di atas kepercayaan dan peluang

yang diberikan kepada saya untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi

Malaysia ini.

Sekalung penghargaan turut dihulurkan buat para pensyarah di Jabatan Pendidikan

Teknikal dan Kejuruteraan di atas kerjasama dalam perkongsian ilmu yang

dicurahkan sepanjang pengajian saya di sini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Staf bukan Akademik

di Sekolah Pengajian Siswazah, Fakulti Pendidikan dan Jabatan Pendidikan dan

Kejuruteraan di atas segala kerjasama dan bantuan yang dihulurkan.

Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan buat rakan sekuliah, rakan seperjuangan

di Kolej Vokasional Segamat, di atas kerjasama dan dorongan yang diberikan serta

buat semua insan yang mendoakan kejayaan dan kesejateraan saya.

Page 6: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

6

ABSTRAK

Penyelidikan yang dijalankan ini adalah untuk menilai keberkesanan program traineeship dalam kursus kemahiran pembuat perabot daripada persepsi pelajar. Terdapat 6 faktor keberkesanan pelaksanaan program yang dikaji iaitu aspek pengetahuan, kemahiran, penempatan pelajar, kerjasama pihak industri, pendedahan latihan pekerjaaan dan elemen-elemen kemahiran employabiliti yang berpandukan kepada model penilaian CIPP (Context, Input, Process, Product) oleh Stuflebeam (1971). Penyelidikan ini adalah berbentuk campuran iaitu gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam proses pengumpulan data. Walau bagaimanapun, dapatan secara kuantitatif menjadi sumber utama kajian, manakala dapatan daripada temu bual sebagai sokongan bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci. Responden yang terlibat adalah terdiri daripada 48 orang pelajar kursus kemahiran pembuat perabot yang mengikuti program traineeship di 4 buah Sekolah Menengah Vokasional Zon Johor sesi 2012/2013. Data-data yang diperolehi melalui kajian rintis telah diuji dimana darjah kebolehpercayaan Alpha Cronbach adalah tinggi iaitu 0.953. Data dari soal selidik dianalisis menggunakan statistik deskriptif daninferensi. Hasil kajian menunjukkan kesediaan pengetahuan pelajar yang tinggi adalah dalam kerja-kerja penyediaan bahan. Walaupun tahap kesediaan kemahiran pelajar adalah sederhana, namun pelajar lebih mahir dari aspek aktiviti pemesinan kayu. Bagi aspek kesesuaian penempatan pelajar pula, pelajar ditempatkan diindustri yang bertepatan dengan bidang kursus iaitu industri perabot. Kajian juga mendapati, pihak industri memberikan kerjasama yang tinggi dalam menyediakan latihan terutama dari aspek amalan keselamatan. Namun, dari aspek pendedahan latihan pekerjaan, pelajar didedahkan dengan aktiviti pekerjaan yang mempunyai kesinambungan latihan di sekolah. Manakala, elemen-elemen kemahiran employabiliti yang diperolehi pelajar mengikut keutamaan adalah kemahiran bekerja dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan mengelola aktiviti dan kemahiran menggunakan teknologi. Secara keseluruhannya, program traineeship yang dijalankan oleh Sekolah Menengah Vokasional Zon Johor adalah berkesan. Walau bagaimanapun, adalah disarankan penguasaan pengetahuan, kemahiran dan penggunaan komputer perlu dipertingkatkan bagi memastikan pelajar bukan sahaja dilengkapi dengan pelbagai jenis kemahiran tetapi turut memenuhi keperluan pekerjaan yang selari dengan kehendak industri.

Page 7: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

7

ABSTRACT

The purpose of this research is to observe the effectiveness of traineeship programme in carpentry skills courses from the student’s perception. There are 6 factors of effectiveness in the implementation of this programme, which is knowledge, skills, student’s placement, industry partnership, exposure of employment training and elements of skill employability according to CIPP evaluation model (Context, Input, Process, Product) by Stuflebeam (1971). This research was accomplished with the combination of quantitative and qualitative methods in the data collection process. However, the findings of quantitative are major sources and the interviewing findings are meant to support more detailed explanation. The respondents consist of 48 students who are studying in carpentry course and as well involved in the traineeship programme from 4 Vocational Secondary School of Johor Zone, 2012/2013 sessions. The data acquired had beentested through a pilot study whereby the consequence degree of reliability of Cronbach Alpha is 0.953. The quantitative data obtained was analysed using the descriptive and inferential statistics. The results showed that the high of student’s knowledge availability is in material preparation work. Although the level of readiness skills is at the mediocre level, the students acquired more skills in terms of wood machining activities. For the aspect of student’s placement, students are placed in accurate industries with their course which is the furniture industry. The findings of these studies also showed that the industrial gave high cooperation in providing training especially in terms of safety practices. However, in terms of exposure of employment training, the students are exposed to the occupational activities which are parallel to the continuity of training in the school. Meanwhile, the elements of employability skills acquired by students are taught according to its priority skills which are working with others in groups, problem solving skills, communication skills, planning and organizing activities skills and using the technology skills. As a whole, the traineeship programme which had been conducted by Vocational Secondary School of Johore Zone is considered effective. Nevertheless, it is recommended that the acquisition of knowledge, skills and application of computer skills need to be value-added, as to ensure students are not only equipped with various skills but also meet job requirements which is parallel with industry.

Page 8: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

8

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xix

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 10

1.4 Objektif Kajian 11

1.5 Persoalan Kajian 12

1.6 Kepentingan Kajian 13

1.7 Skop dan Batasan Kajian 15

Page 9: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

9

1.8 Kerangka Teori 15

1.9 Kerangka Konseptual Kajian 16

1.10 Definisi Istilah 19

1.11 Penutup 22

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 23

2.2 Latar Belakang Program Traineeship 27

2.3 Latar Belakang Kursus Pembuat Perabot 29

2.3.1 Kelayakan Kemasukan Pelajar 30

2.4 Model Atau Teori Penilaian Program 31

2.4.1 Model Penilaian Tyler 33

2.4.2 Model Penilaian Metfessel dan Michael 34

2.4.3 Model Penilaian Hammond 35

2.4.4 Model Penilaian Bebas-Matlamat Scriven 35

2.4.5 Model Penilaian Bell 36

2.4.6 Model Penilaian Brinkerhoff 37

2.4.7 Model Penilaian Kirkpatrick 37

2.4.8 Model Penilaian CIPP (Context-Input-

Proses-Produk)

41

2.5 Faktor – Faktor Keberkesanan Program Traineeship

2.5.1 Pengetahuan 44

2.5.2 Kemahiran 46

2.5.3 Penempatan Pelajar 49

2.5.4 Kerjasama Pihak Industri 50

2.5.5 Pendedahan Latihan Pekerjaan 52

Page 10: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

10

2.5.6 Elemen – Elemen Kemahiran Employabiliti 55

2.5.6.1 Kemahiran Komunikasi 57

2.5.6.2 Kemahiran Menggunakan

Teknologi

60

2.5.6.3 Kemahiran Merancang dan

Mengelola Aktiviti

61

2.5.6.4 Kemahiran Bekerja Dengan Orang

Lain Dan Dalam Kumpulan

62

2.5.6.5 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 64

2.6 Rumusan 66

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 67

3.2 Reka Bentuk Kajian 68

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 69

3.3.1 Sampel Kajian Kuantitatif 69

3.3.2 Sampel Kajian Kualitatif 70

3.4 Instrumen Kajian 71

3.4.1 Soal Selidik 72

3.4.2 Temu Bual 76

3.5 Kesahan Instrumen Kajian 78

3.6 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 79

3.7 Kajian Rintis 81

3.8 Prosedur Kajian 83

3.9 Analisis Data 86

Page 11: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

11

3.9.1 Data Kuantitatif 86

3.9.2 Data Kualitatif 88

3.10 Triangulasi Data 89

3.11 Kesimpulan 90

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 91

4.2 Latar Belakang Responden 92

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 92

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Sekolah 92

4.3 Dapatan Kajian Bagi Persoalan Kajian 1

Apakah tahap kesediaan pengetahuan pelajar kursus

kemahiran pembuat perabot Sekolah Menengah

Vokasional Zon Johor yang telah menjalani

program traineeship?94

4.4 Dapatan Kajian Bagi Persoalan Kajian 2

Apakah tahap kesediaan kemahiran pelajar kursus

kemahiran pembuat perabot Sekolah Menengah

Vokasional Zon Johor yang telah menjalani

program traineeship?96

4.5 Dapatan Kajian Bagi Persoalan Kajian 3

Apakah tahap kesesuaian penempatan pelajar dalam

program traineeship Sekolah Menengah

Vokasional dengan bidang kursus yang diikuti dari

perspektif pelajar?98

4.6 Dapatan Kajian Bagi Persoalan Kajian 4

Apakah tahap kesesuaian kerjasama pihak industri

Page 12: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

12

menyediakan latihan dalam program traineeship

Sekolah Menengah Vokasional dengan bidang

kursus yang diikuti dari perspektif pelajar?101

4.7 Dapatan Kajian Bagi Persoalan Kajian 5

Apakah tahap kesesuaian pendedahan latihan

pekerjaan pelajar dalam program traineeship

Sekolah Menengah Vokasional dengan bidang

kursus yang diikuti dari perspektif pelajar?104

4.8 Dapatan Kajian Bagi Persoalan Kajian 6

Apakah elemen-elemen kemahiran employabiliti

yang diperolehi pelajar semasa menjalani program

traineeship ? 107

4.8.1 Kemahiran Komunikasi 107

4.8.2 Kemahiran Menggunakan Teknologi 109

4.8.3 Kemahiran Merancang dan Mengelola

Aktiviti 111

4.8.4 Kemahiran Bekerja Dengan Orang Lain

Dalam Kumpulan 113

4.8.5 Kemahiran Menyelesai Masalah 115

4.9 Dapatan Kajian Bagi Persoalan Kajian 7

Adakah terdapat perbezaan keberkesanan

pelaksanaan program traineeship yang dijalankan

oleh Sekolah Menengah Vokasional ke atas pelajar

lelaki dan pelajar perempuan ? 118

4.10 Dapatan Kajian Bagi Persoalan Kajian 8

Adakah terdapat perbezaan keberkesanan

pelaksanaan program traineeship yang dijalankan

oleh Sekolah Menengah Vokasional berdasarkan

sekolah ? 119

Page 13: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

13

4.12 Kesimpulan 119

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 120

5.2 Rumusan Kajian 120

5.2.1 Rumusan Latar Belakang Pelajar Kursus

Kemahiran Pembuat Perabot

121

5.2.2 Rumusan Berdasarkan Persoalan Kajian 121

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

5.3.1 Latar Belakang Pelajar Kursus Kemahiran

Pembuat Perabot Sekolah Menengah

Vokasional Zon Johor123

5.3.2 Kesediaan pengetahuan pelajar kursus

kemahiran pembuat perabot dalam

program traineeship123

5.3.3 Kesediaan kemahiran pelajar kursus

kemahiran pembuat perabot dalam

program traineeship126

5.3.4 Kesesuaian penempatan pelajar dalam

program traineeship Sekolah Menengah

Vokasional dengan bidang kursus yang

diikuti128

5.3.5 Kesesuaian kerjasama pihak industri

menyediakan latihan dalam program

traineeship Sekolah Menengah Vokasional

dengan bidang kursus yang diikuti130

5.3.6 Kesesuaian pendedahan latihan pekerjaan

Page 14: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

14

pelajar dalam program traineeship Sekolah

Menengah Vokasional dengan bidang

kursus yang diikuti 133

5.3.7 Elemen-elemen kemahiran employabiliti

yang diperolehi pelajar kursus kemahiran

pembuat perabot dalam program

traineeship134

5.3.8 Perbezaan keberkesanan pelaksanaan

program traineeship yang dijalankan oleh

Sekolah Menengah Vokasional ke atas

pelajar lelaki dan pelajar perempuan142

5.3.9 Perbezaan keberkesanan pelaksanaan

program traineeship yang dijalankan oleh

Sekolah Menengah Vokasional

berdasarkan sekolah143

5.4 Cadangan 144

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 146

5.6 Penutup 147

RUJUKAN 148

LAMPIRAN

LAMPIRAN A - G 168 - 174

Page 15: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

15

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 1.1 Pengambilan dan Pengeluaran Pelajar Di

Institut Latihan Perindustrian (ILP)

Mengikut Bidang Latihan dan Jantina,

2011-20129

Jadual 3.1 Taburan Sampel kajian 70

Jadual 3.2 Kandungan Soal Selidik 74

Jadual 3.3 Cara Pemarkatan Aspek Pengetahuan 74

Jadual 3.4 Cara Pemarkatan Aspek Kemahiran 75

Jadual 3.5 Skala Likert 75

Jadual 3.6 Nilai Pekali Kebolehpercayaan 80

Jadual 3.7 Pekali Alpha Cronbach 82

Jadual 3.8 Interpretasi Julat Min 86

Jadual 3.9 Ringkasan Jadual Statistik 87

Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 92

Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Sekolah 93

Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Min Bagi

Aspek Pengetahuan94

Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Min Bagi

Aspek Kemahiran96

Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Min Bagi 99

Page 16: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

16

Aspek Penempatan Pelajar

Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Min Bagi

Aspek Kerjasama Pihak Industri102

Jadual 4.7 Taburan Responden Mengikut Min Bagi

Aspek Pendedahan Latihan Pekerjaan105

Jadual 4.8 Taburan Responden Mengikut Min Bagi

Kemahiran Komunikasi108

Jadual 4.9 Taburan Responden Mengikut Min Bagi

Kemahiran Menggunakan Teknologi110

Jadual 4.10 Taburan Responden Mengikut Min Bagi

Kemahiran Merancang dan Mengelola

Aktiviti

112

Jadual 4.11 Taburan Responden Mengikut Min Bagi

Kemahiran Bekerja Dengan Orang Lain

Dalam Kumpulan

114

Jadual 4.12 Taburan Responden Mengikut Min Bagi

Kemahiran Menyelesaikan Masalah 116

Jadual 4.13 Elemen – Elemen Kemahiran Employabiliti

Yang Diperolehi Pelajar Semasa Menjalani

Program Traineeship

117

Jadual 4.14 Analisis Ujian T Perbandingan

Keberkesanan Program Traineeship Antara

Pelajar Lelaki dan Pelajar Perempuan

118

Jadual 4.16 Analisis Anova Satu Hala Ke Atas

Perbandingan Keberkesanan Program

Traineeship Berdasarkan Sekolah

119

Page 17: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

17

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 1.1 Kerangka Teori 15

Rajah 1.2 Kerangka Konseptual Kajian Keberkesanan

Program Traineeship Pelajar Aliran

Kemahiran Pembuat Perabot Sekolah

Menengah Vokasional 18

Rajah 3.1 Reka Bentuk Kajian Kaedah Campuran 69

Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 85

Page 18: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

18

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Set Soalan Temu Bual

C Pengesahan Instrumen Kajian 1

D Pengesahan Instrumen Kajian 2

E Surat Pengesahan Status Pelajar

F Surat Kebenaran menjalankan kajian dari BPPDP

G Analisis Kebolehpercayaan Alpha Cronbach

Page 19: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

19

SENARAI SINGKATAN

� Alpha Cronbach

ANOVA Analysis of Variance

AK Aliran Kemahiran

AM Amat Mahir

AR Amat Rendah

AS Amat Setuju

AT Amat Tinggi

ATM Amat Tidak Mahir

ATS Amat Tidak Setuju

Bil Bilangan

BPK Bahagian Perkembangan Kurikulum

BPPDP Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

BPTV Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

CIPP Context, Input, Process, Product

CIRO Context, Input, Reaction, Outcomes

df Darjah Kebebasan

f Frekuensi

ILO International Labour Organisation

ILP Institut Latihan Perindustrian

JPK Jabatan Pembangunan Kemahiran

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

KS Kurang Setuju

MFPC Malaysian Furniture Promotion Comity

Page 20: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

20

MKRAs Ministry Key Result Areas

NKRA National Key Result Area

NOSS National Occupational Skill Standard

% Peratus

PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru

PMR Penilaian Menengah Rendah

PTV Pendidikan Teknik dan Vokasional

R Rendah

RMK-10 Rancangan Malaysia Ke- sepuluh

S Setuju

Sig. Signifikan

SKM Sijil Kemahiran Malaysia

SMV Sekolah Menengah Vokasional

SM Sederhana Mahir

SPSS Statistical Package For The Social Science

ST Sederhana Tinggi

T Tinggi

TM Tidak Mahir

TS Tidak Setuju

UNESCO United Nations Educational Scientific And Cultural Organization

Page 21: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

21

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Transformasi pendidikan telah menjadi agenda terpenting dalam memacu

negara untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia yang dapat memberi impak

besar ke atas produktiviti kerja dan pembangunan negara. Era globalisasi dan

kepesatan perubahan ekonomi ini, telah melonjakkan keperluan negara terhadap

tenaga kerja mahir pada tahun 2015 sebanyak 33% dan 50% pada tahun 2020

(Rancangan Malaysia Ke-10). Sebagai sebuah negara yang membangun, Malaysia

perlu bersaing dalam era tanpa sempadan untuk setanding dengan negara maju dan

mencapai status berpendapatan tinggi. Ramlee et al. (2008) menjelaskan era k-

ekonomi dan globalisasi telah mencetus kepada keperluan modal insan dalam

kalangan professional dan semi-professional serta buruh yang berpengetahuan dan

berkemahiran. Modal insan berkualiti yang ingin dibangunkan bukan sahaja perlu

berpaksikan ilmu pengetahuan, kemahiran, inovatif dan intelektual tetapi juga

berbudaya progresif dengan nilai etika yang tinggi. Oleh itu, bagi menghadapi

cabaran globalisasi, rakyat Malaysia perlu dilengkapkan dengan asas pendidikan dan

latihan yang kukuh serta mempunyai pelbagai kemahiran umum (Azalya, 2003).

Page 22: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

22

Dengan beralih kepada ekonomi berasaskan pengetahuan, Malaysia semakin

menyedari kepentingan memiliki pekerja mahir dan separa mahir untuk menguasai

teknologi dan produktiviti bagi meningkatkan daya saing dan terus menarik

pelaburan langsung asing (Kanapathy, 1997; Tan & Gill, 2000; Malaysia, 2001a,

2001b). Peningkatan keperluan tenaga kerja ini semakin ketara apabila negara

mensasarkan untuk mencapai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi

menjelang tahun 2020. Sehubungan dengan itu, dalam Rancangan Malaysia

Kesepuluh (RMK 10), bagi tempoh 2011 hingga 2015 telah digarapkan pendekatan

dan pembentukan modal insan kelas pertama melalui amalan pendidikan. Salah satu

daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang digariskan adalah

mempertingkatkan hasil kualiti pelajar sebagai satu anjakan reformasi dalam sistem

pendidikan Malaysia. Reformasi sistem pendidikan ini memperlihatkan bahawa,

pendidikan PTV (Pendidikan Teknik dan Vokasional) diberi penekanan iaitu dengan

mengarus perdanakan dan memperluas akses kepada PTV yang berkualiti dan

meningkatkan kompetensi siswazah bagi menyediakan mereka memasuki pasaran

pekerjaan. Bagi meningkatkan keboleh pasaran siswazah, strategi yang digunakan

adalah melalui program latihan di industri. Melalui latihan industri ini, pelajar

diberi pendedahan dan peluang untuk mempersiapkan diri mereka sebelum

menceburi bidang pekerjaan sebenar. Selain itu, latihan berasaskan industri ini juga

adalah untuk meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran keusahawanan

bagi memudahkan siswazah menjalankan projek dan kajian (Rancangan Malaysia

Ke-10).

Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) menjadi keperluan penting dalam

melahirkan tenaga kerja mahir dan separa mahir yang dapat mengisi keperluan

pasaran kerja negara di masa hadapan. Ini kerana bentuk sistem pendidikan dan

latihan yang berkaitan secara langsung dengan pekerjaan dan boleh memberi

kemahiran bekerja adalah Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (Gill et. al,

2000; Wilkins, 2001). Pendidikan berasaskan latihan ini, adalah untuk memastikan

pelajar memperolehi kemahiran, kecekapan dan pengetahuan yang diperlukan.

Menurut Hawley dan Paek (2005), sistem pendidikan teknikal adalah komponen

utama pembangunan sumber manusia bagi sesebuah negara dalam persaingan di

peringkat global. Manakala, pendidikan vokasional adalah proses mengajar dan

mendidik pelajar berkompeten dalam bidang kemahiran baru ataupun penambahan

Page 23: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

23

terhadap kemahiran sedia ada bagi meningkatkan kapasiti dan produktiviti kerja

(Mohamed Nizam, 2008). Yahya Emat (2005), pula menjelaskan bahawa objektif

pendidikan vokasional adalah sebagai :

“....menyediakan pelajar dengan pengetahuan serta kemahiran asas bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian, pertanian dan perdagangan, selain membina asas kukuh untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional.”

Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) berperanan penting untuk

membekalkan tenaga kerja berkemahiran yang berupaya meningkatkan kualiti

pengeluaran yang mampu bersaing di pasaran dunia. Justeru itu, usaha untuk

memberikan pendedahan kepada pelajar terhadap dunia pekerjaan sebenar adalah

perlu bagi menjamin segala ilmu yang dipelajarinya selari dengan keperluan industri.

Ini kerana perubahan dalam permintaan industri kini telah menyebabkan berlakunya

perbezaan atau jurang kemahiran yang dikesan di antara permintaan pihak industri

dan graduan yang dikeluarkan oleh sistem pendidikan (Kahirol et al., 2008). Jurang

ini semakin ketara apabila industri melaporkan kekosongan jawatan dalam bidang

pekerjaaan akibat daripada kekurangan calon yang berkelayakan. Penolakan calon

atau graduan oleh bakal majikan di dalam sektor pekerjaan terjadi adalah disebabkan

mereka gagal menguasai kriteria kemahiran yang diperlukan oleh industri.

Sehubungan itu, kemahiran yang menjadi keperluan ini perlu diberi pendedahan

kepada pelajar untuk diterapkan dan dikuasai mereka sebagai aset memperolehi

pekerjaan kelak. Overtoom (2000) turut mengatakan bahawa selain keharusan

mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi, ketika ini tempat kerja memerlukan

tenaga kerja yang mempunyai kemampuan bertutur dengan baik, berfikir secara

kritikal, dapat berkomunikasi dengan orang lain dan mempunyai kemahiran

employabiliti.

Kini, kerajaan juga turut menyedari bahawa latihan di tempat kerja atau

industri merupakan satu kaedah terbaik untuk mendedahkan pelajar kepada

pekerjaan sebenar dan pakar industri lebih mengetahui keperluan mereka (Musa,

2005). Justeru, bagi meningkatkan kompetensi pelajar dalam bidang kemahiran,

latihan dan pendedahan terhadap dunia pekerjaan sebenar perlu dilaksanakan. Ini

bagi memastikan segala pembelajaran yang diikutinya di institusi pendidikan dapat

diaplikasikan di tempat kerja disamping mengetahui kriteria-kriteria pekerja yang

Page 24: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

24

menjadi pilihan atau keutamaan industri. Ianya turut dijelaskan oleh Lewis (1996),

bahawa institusi vokasional memainkan peranan penting bagi menyediakan para

pekerja untuk menghadapi perubahan teknologi. Justeru itu, adalah menjadi

kewajaran kepada institusi pendidikan untuk mengikuti perkembangan dan keperluan

pekerjaan semasa melalui latihan di industri bagi memastikan segala perancangan

yang dijalankan dapat memenuhi pasaran kerja masa kini. Keupayaan menghasilkan

pekerja yang mahir dan berkebolehan dari pelbagai aspek dapat membantu

meningkatkan kualiti kerja seterusnya menyumbang kepada produktiviti ekonomi

negara.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) merupakan salah satu wadah

lestari dalam menyediakan tenaga kerja yang mampu menyumbang kepada

pembangunan negara dalam konteks sosial, budaya dan ekonomi (UNESCO, 2002).

PTV menjadi medium terpenting untuk memperbaiki taraf kehidupan masyarakat

terhadap peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan dan mencapai kesejahteraan

dalam kehidupan. Tilak (2002) menjelaskan bahawa pendidikan dan latihan teknikal

menyediakan pelajar dengan kemahiran dalam bidang-bidang teknikal, sementara

pendidikan dan latihan vokasional pula mendidik dan melatih pelajar dalam bidang

pekerjaan yang berkaitan dengan sektor ekonomi. Selain itu, ianya turut membantu

dalam membangunkan minda pelajar untuk berdaya kreatif, kritis dan inovatif di

samping meningkatkan kemajuan masyarakat dan negara untuk bersaing di peringkat

global.

Dalam usaha meningkatkan keupayaan negara membekalkan modal insan

yang berkemahiran dan berpengetahuan, program pendidikan yang dilaksanakan

perlu memberi penekanan terhadap keperluan dan kehendak industri. Ini bertepatan

dengan Falconer dan Pettigrew (2003) yang menjelaskan bahawa kurikulum PTV

seharusnya relevan dan berhubung antara pengalaman pelajar, latar belakang serta

aplikasi praktikalnya dan mempunyai nilai berterusan dalam kehidupan dewasa dan

pekerjaan. Aspek ini penting bagi menjamin lepasan institusi pendidikan mendapat

pekerjaan yang selari dengan bidang kemahiran yang telah dipelajarinya. Ini kerana,

Page 25: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

25

globalisasi dan kemajuan teknologi yang pesat telah meningkatkan permintaan ke

atas tenaga kerja mahir yang berkualiti, berpengetahuan luas dan mendalam serta

mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi agar mampu bersaing di peringkat

antarabangsa (Musa, 2005). Program pendidikan yang dijalankan seharusnya dapat

memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada pelajar seiring dengan kemajuan

perubahan teknologi terkini seterusnya berupaya membentuk generasi muda yang

berkerjaya. Ini berikutan hasil kajian oleh Kementerian Sumber Manusia (2001)

yang melaporkan kadar pekerja yang mempunyai kemahiran vokasional yang

memasuki ke pasaran pekerjaan adalah rendah iaitu tiga hingga dua belas peratus.

Keadaan ini menunjukkan kegagalan institusi pendidikan dalam menghasilkan

tenaga kerja mahir dan separa mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.

Sehubungan itu, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV)

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah dalam mentransformasikan

PTV dengan membuat penjenamaan semula Sekolah Menengah Vokasional kepada

Kolej Vokasional mulai tahun 2012 secara berperingkat. Salah satu pelan strategi

yang digariskan untuk mempertingkatkan profesionalisme guru vokasional dan

pelajar kemahiran adalah melalui program traineeship (Ahmad Tajuddin, 2008).

Program traineeship merupakan konsep latihan perantisan yang berupaya

mewujudkan pengalaman latihan kemahiran berasaskan pekerjaan sebenar.

Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada pelajar menimba ilmu dan

pengetahuan serta pengalaman bekerja di tempat kerja sebenar semasa mereka masih

bersekolah. Program ini mula dilaksanakan di Sekolah Menengah Vokasional pada

tahun 2010 yang melibatkan pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 aliran kemahiran.

Keutamaan pelaksanaan program traineeship ini adalah untuk memberi

pendedahan dan pengalaman bekerja kepada pelajar terhadap dunia pekerjaan. Ini

bertepatan dengan Guile (2002), yang menyatakan bahawa pembelajaran atau latihan

seharusnya mempunyai kesinambungan dengan pekerjaan sebenar. Pengalaman

latihan yang diperolehi berupaya membantu pelajar untuk mengaplikasikannya

dalam pekerjaan dan mempertingkatkan kompetensi kemahiran pelajar secara

efektif. Selain itu, latihan ini juga mempercepatkan mereka mengenalpasti

kelemahan dan keupayaan masing-masing bagi mengurangkan jurang antara keadaan

Page 26: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

26

sedia ada dengan jangkaan kerja seperti yang ditetapkan oleh organisasi (Abdul

Halim et al, 2001). Sehubungan itu, keberkesanan proses pembelajaran dapat

dipertingkatkan dalam usaha melahirkan pelajar yang berkemahiran dan

berketrampilan di samping pendedahan kepada alam pekerjaan yang sebenar.

Pelaksanaan latihan industri telah lama dijalankan oleh institusi pendidikan

tinggi seperti Politeknik dan Universiti. Walau bagaimanapun, kebanyakan Institusi

Kemahiran yang melatih tenaga kerja mahir dan separa mahir terutama di bidang

teknikal dan vokasional hanya menitikberatkan kursus berbentuk teori dan kurang

menekankan aspek amali terutama latihan amali dikilang atau sektor perindustrian

khususnya Sekolah Teknik dan Vokasional (Yahya et al., 2000). Hasil kajian

mendapati bahawa, sebanyak 40% pelatih yang diambil bekerja melakukan kerja

tidak berkaitan dengan latihan yang diterima di Institut Latihan Kemahiran (Majlis

Latihan Vokasional Kebangsaan, 2006). Keadaan ini menimbulkan keraguan

terhadap kompetensi pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar.

Kenyataan ini turut disokong oleh Rozita et al. (2011), yang mendapati bahawa

sebanyak 30.7% pelajar Politeknik yang menjalani latihan industri tidak diberi

peluang untuk melibatkan diri dalam kerja yang berkaitan dengan bidang mereka.

Puncanya adalah kurangnya kesungguhan dan semangat daripada pelajar sendiri

untuk mencuba sesuatu kerja yang baru, kurangnya kemahiran insaniah di kalangan

pelajar dan kurangnya ilmu pengetahuan yang ditunjukkan oleh pelajar. Justeru itu,

untuk mengurangkan ketidak serasian antara permintaan dan tawaran pasaran

pekerjaan, keperluan industri perlulah diambil kira untuk perkembangan kurikulum

(Zakaria, 2006). Aspek pendedahan latihan di tempat industri menjadi keperluan

dalam memastikan segala pembelajaran yang diperolehi bersesuaian dengan

permintaan di sektor industri.

Dalam pemilihan pekerja, para majikan bersetuju bahawa kemahiran teknik

dan vokasional dapat membantu menyediakan pekerja mahir dan separa mahir

(Ramlee, 2000). Walau bagaimanapun, hasil kajian kebolehan bekerja graduan

mendapati kebanyakan graduan institusi tempatan tidak memiliki kemahiran kerja

yang diperlukan pasaran dan seolah-olah wujud ‘mismatch’ dalam penyediaan

graduan untuk pasaran kerja tempatan (Noor Azlan, 2003). Ketidakpadanan

Page 27: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

27

kemahiran yang diperolehi pelajar ini, telah mengakibatkan berlakunya masalah

pengangguran atas alasan kurang efektifnya sistem pendidikan yang dilaksanakan.

Ini bertepatan dengan kenyataan oleh Datuk Abdul Rahman Bakar (Timbalan

Menteri Sumber Manusia), yang menjelaskan bahawa antara penyumbang utama

kepada masalah pengangguran ialah kegagalan memastikan sukatan pelajaran atau

kurikulum pendidikan memenuhi apa yang dituntut oleh pasaran kerja (Utusan

Malaysia, 18 Mei 2005). Justeru itu, adalah menjadi keutamaan agar pelaksanaan

sistem pendidikan adalah seiring dengan perkembangan teknologi semasa sebagai

persediaan pelajar memenuhi kehendak sektor pekerjaan.

Program pendidikan sewajarnya menjurus kepada penguasaan pelajar

terhadap bidang kemahiran yang menjadi penyumbang utama kepada peningkatan

ekonomi negara. Ini kerana menurut Seo (2003), permasalahan pengangguran turut

berlaku dikalangan graduan masa kini yang disebabkan kurangnya kemahiran

komunikasi, pengalaman bekerja serta memetik pandangan pelabur asing bahawa

graduan tempatan tidak mampu untuk menyokong pertumbuhan di negara ini.

Sehubungan dengan itu, program pendidikan seharusnya memfokuskan kepada

contextual learning iaitu ilmu pengetahuan yang diberikan haruslah seiring dengan

keperluan pekerjaan pada masa kini (Brown, 2003). Pembelajaran secara kontekstual

adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang mengaitkan ilmu yang dipelajari

dengan pengalaman seharian perseorangan, masyarakat dan dunia pekerjaan. Ia akan

dapat meningkatkan kefahaman pelajar melalui pengalaman, pengaplikasian

kemahiran dan kerjasama pelajar serta guru dalam mempelbagaikan aktiviti

pembelajaran secara berkesan. Saranan ini mempunyai keselariannya dengan

pelaksanaan program traineeship yang menawarkan program latihan di industri

terhadap pelajar kursus kemahiran Sekolah Menengah Vokasional. Program yang

dijalankan ini memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pengetahuan dan

pengalaman disamping mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi semasa

pembelajaran di sekolah untuk melakukan pekerjaan dalam suasana sebenar. Secara

tidak langsung, tahap pengetahuan dan pengaplikasian pengetahuan serta kemahiran

sedia ada pelajar dapat dipertingkatkan seterusnya melengkapi keperluan persediaan

sebagai seorang pekerja kelak.

Page 28: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

28

Robinson (2000), menjelaskan bahawa majikan memerlukan pekerja yang

bertanggungjawab, dapat menyelesaikan masalah, mempunyai kemahiran sosial

yang baik dan dapat bekerja sama dengan orang lain. Menurutnya lagi, pekerja yang

mempunyai kemahiran ini amat diperlukan oleh majikan dan mereka di anggap

sebagai aset kepada syarikat. Justeru, pelaksanaan program pendidikan yang

dijalankan perlu dilihat dari aspek penilaian yang berkesan supaya matlamat

pendidikan itu sendiri mencapai objektifnya. Ini turut ditegaskan oleh Lewin (1993),

yang menyatakan bahawa penilaian keberkesanan latihan penting untuk

membandingkan strategi manakah yang lebih berkesan dalam memberikan latihan

untuk mencapai objektif yang sama. Walau bagaimanapun, semasa menjalani latihan

industri pelajar masih kurang berkeyakinan diri untuk melaksanakan tugas tanpa

bantuan daripada pihak lain (Rashidah et. al., 2009). Keadaan ini akan menimbulkan

pemasalahan dan menjejaskan prestasi kerja disebabkan kurangnya pendedahan dan

pengalaman untuk mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran yang telah

dipelajarinya. Walau bagaimanapun, hasil kajian turut mendapati bahawa, kurangnya

pendedahan kerja sebenar boleh menjejaskan proses transisi dari tempat latihan ke

alam pekerjaan sebenar seperti yang dilaporkan oleh ILO (2001, 2003). Sehubungan

itu, pengalaman kerja di situasi sebenar berupaya membantu pelajar untuk

mempertingkatkan kecekapan dan kompetensi mereka yang menjadi aset penting

untuk menceburi bidang pekerjaan kelak.

Dalam usaha untuk melahirkan sumber tenaga kerja yang diperlukan, salah

satu bidang kemahiran yang menjadi keutamaan adalah industri pembuatan perabot.

Bidang ini menjadi keutamaan kepada negara bukan sahaja terhadap keperluan

tenaga kerja tetapi bagi mengekalkan Malaysia sebagai salah sebuah negara

pengeluar utama perabot dunia. Ini berikutan terdapatnya kekurangan tenaga kerja di

sektor industri perabot yang telah memaksa kerajaan untuk membenarkan

kemasukan seramai 16,000 pekerja asing ke daerah Muar dan Batu Pahat bagi

memenuhi tenaga kerja yang diperlukan (Borneo Post Online,April 26, 2012).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed

turut menegaskan bahawa tempoh kemasukan permit pekerja asing dari Nepal,

Indonesia dan Bangladesh ini dipercepatkan iaitu dalam masa dua minggu sahaja

berbanding setahun sebelum ini. Keadaan ini jelas menunjukkan betapa pentingnya

Page 29: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

29

tenaga kerja khususnya pembuat perabot untuk mengisi kekosongan kerja yang

menjadi sumber utama penjana dan pertumbuhan ekonomi kepada negara.

Sehubungan itu, peranan institusi pendidikan menjadi keutamaan dalam

menghasilkan sumber tenaga kerja yang mencukupi bagi mengisi kekosongan

pekerjaan sedia ada. Berdasarkan kepada Jadual 1.1, bilangan pelajar yang mengikuti

bidang teknologi perabot adalah seramai 20 orang bagi tahun 2011 dan 24 orang bagi

tahun 2012. Manakala, jumlah pelajar yang berjaya memiliki Sijil Teknologi Perabot

adalah seramai 13 orang bagi tahun 2011 dan 10 orang sahaja bagi tahun 2012. Ini

jelas menunjukkan bahawa untuk tempoh 2 tahun Institut Latihan Perindustrian

hanya mampu mengeluarkan tenaga kerja dalam bidang perabot adalah seramai 23

orang sahaja. Jumlah yang sedikit ini telah mengakibatkan bidang pembuat perabot

mengalami masalah kekurangan pekerja seterusnya pengambilan pekerja asing

dilakukan bagi menampung keperluan tersebut.

Jadual 1.1 Pengambilan dan Pengeluaran Pelajar Di Institut Latihan Perindustrian

(ILP) Mengikut Bidang Latihan & Jantina, 2011-2012

Bidang Latihan Pengambilan Pelajar Pengeluaran Pelajar

Teknologi Perabot

2011 2012 2011 2012L P L P L P L P15 4 20 4 8 5 7 3

Sumber: Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

Justeru itu, penghasilan tenaga kerja dalam bidang pembuat perabot adalah

sangat penting terutama pelajar yang menuntut di Sekolah Menengah Vokasional.

Penglibatan mereka menerusi latihan praktikal di industri iaitu program traineeship

menjadi penentu terhadap penghasilan tenaga kerja yang diperlukan. Program

traineeship yang dijalankan bagi kursus kemahiran pembuat perabot mula

dilaksanakan pada tahun 2010 (Ahmad Tajuddin, 2009). Pelaksanaan program yang

masih diperingkat awal ini memerlukan penilaian dalam menentukan keberkesanan

dan pencapaian objektif pelaksanaannya. Sehubungan dengan itu, penyelidik telah

melakukan satu tinjauan awal secara temubual semi-struktur dengan lapan orang

pelajar kursus kemahiran pembuat perabot dari dua buah Sekolah Menengah

Vokasional iaitu SMV Segamat dan SMV Muar. Dapatan tinjauan awal terhadap

Page 30: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

30

program traineeship menunjukkan 25% pelajar kursus kemahiran pembuat perabot

menyatakan hanya melakukan kerja-kerja am sahaja seperti mengemas bengkel dan

menyapu sampah. Manakala, 37.5% pula menyatakan pihak industri tidak berminat

menempatkan mereka untuk menjalani latihan. Tinjauan juga mendapati 62.5%

menyatakan pihak industri tidak membenarkan untuk menggunakan mesin

berteknologi tinggi. Namun begitu, pelajar kursus kemahiran pembuat perabot

bersikap positif terhadap program traineeship yang diikutinya di mana 75%

bersetuju terhadap perolehan pengetahuan dan kemahiran baru semasa menjalani

latihan khusus dalam kerja pembuat perabot.

Menyedari terdapatnya beberapa masalah yang telah diutarakan, maka

adalah menjadi keperluan kepada penyelidik untuk menilai keberkesanan program

traineeship dalam kursus kemahiran pembuat perabot daripada persepsi pelajar.

Pemboleh ubah bersandar dalam penyelidikan ini adalah keberkesanan. Manakala,

pemboleh ubah bebas yang mempengaruhi keberkesanan program ialah aspek

pengetahuan, aspek kemahiran, aspek penempatan pelajar, aspek kerjasama pihak

industri, aspek pendedahan latihan pekerjaan dan aspek kemahiran employabiliti.

Pendidikan menengah ini akan menjadi pemangkin kepada satu perubahan di mana

keperluan tenaga mahir dan separa mahir yang diperlukan oleh industri dapat

menjana perkembangan ekonomi yang lebih mapan.

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam situasi negara untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, maka

adalah penting untuk mengekalkan daya saing dan produktiviti dengan membekalkan

tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengetahuan. Pelaksanaan program latihan

seharusnya disusun secara efektif dari segi pendidikan dan latihan yang

mengutamakan keperluan terhadap pasaran pekerjaan dan pencapaian objektifnya.

Kelemahan dalam sesebuah program pendidikan ini akan membantutkan

pengeluaran tenaga kerja mahir yang seterusnya akan menjejaskan kadar

pertumbuhan industri dan pengeluaran nasional. Program latihan dikatakan berkesan

apabila program tersebut berupaya mengubah perlakuan pelatih sama ada semasa

atau setelah menamatkan kursus di mana ianya dapat dipraktikkan (Ibrahim, 2001).

Page 31: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

31

Justeru, program latihan yang dijalankan memerlukan penilaian berterusan bagi

memastikan keberkesanan pelaksanaannya tercapai.

Sehubungan itu, adalah menjadi keperluan bahawa program traineeship yang

dijalankan oleh Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dikaji untuk melihat

keberkesanannya terhadap pelajar kursus kemahiran pembuat perabot. Oleh yang

demikian, penyelidikan ini adalah untuk menilai keberkesanan program traineeship

dalam kursus kemahiran pembuat perabot daripada persepsi pelajar. Walau

bagaimanapun, penilaian program yang dijalankan ini adalah berpandukan kepada

model CIPP yang disarankan oleh Stufflebeam yang melibatkan tiga aspek penilaian

iaitu input, proses dan produk.

1.4 Objektif Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan program traineeship

dalam kursus kemahiran pembuat perabot daripada persepsi pelajar. Objektif

kajian yang ingin dicapai dalam kajian ini ialah :-

1.4.1 Mengenalpasti tahap kesediaan pengetahuan pelajar kursus kemahiran

pembuat perabot Sekolah Menengah Vokasional Zon Johor yang

menjalani program traineeship.

1.4.2 Mengenalpasti tahap kesediaan kemahiran pelajar kursus kemahiran

pembuat perabot Sekolah Menengah Vokasional Zon Johor yang

menjalani program traineeship.

1.4.3 Mengenalpasti tahap kesesuaian penempatan pelajar dalam program

traineeship Sekolah Menengah Vokasional dengan bidang kursus yang

diikuti daripada persepsi pelajar.

1.4.4 Mengenalpasti tahap kesesuaian kerjasama pihak industri menyediakan

latihan dalam program traineeship Sekolah Menengah Vokasional

dengan bidang kursus yang diikuti daripada persepsi pelajar.

1.4.5 Mengenalpasti tahap kesesuaian pendedahan latihan pekerjaan pelajar

dalam program traineeship Sekolah Menengah Vokasional dengan

bidang kursus yang diikuti daripada persepsi pelajar.

Page 32: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

32

1.4.6 Mengenalpasti elemen-elemen kemahiran employabiliti yang diperolehi

pelajar semasa menjalani program traineeship.

1.4.7 Mengenalpasti perbezaan keberkesanan program traineeship yang

dijalankan oleh Sekolah Menengah Vokasional ke atas pelajar lelaki dan

pelajar perempuan.

1.4.8 Mengenalpasti perbezaan keberkesanan program traineeship yang

dijalankan oleh Sekolah Menengah Vokasional berdasarkan sekolah.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah tahap kesediaan pengetahuan pelajar kursus kemahiran pembuat

perabot Sekolah Menengah Vokasional Zon Johor yang menjalani

program traineeship?

1.5.2 Apakah tahap kesediaan kemahiran pelajar kursus kemahiran pembuat

perabot Sekolah Menengah Vokasional Zon Johor yang menjalani

program traineeship?

1.5.3 Apakah tahap kesesuaian penempatan pelajar dalam program traineeship

Sekolah Menengah Vokasional dengan bidang kursus yang diikuti

daripada persepsi pelajar?

1.5.4 Apakah tahap kesesuaian kerjasama pihak industri menyediakan latihan

dalam program traineeship Sekolah Menengah Vokasional dengan

bidang kursus yang diikuti daripada persepsi pelajar?

1.5.5 Apakah tahap kesesuaian pendedahan latihan pekerjaan pelajar dalam

program traineeship Sekolah Menengah Vokasional dengan bidang

kursus yang diikuti daripada persepsi pelajar?

1.5.6 Apakah elemen-elemen kemahiran employabiliti yang diperolehi pelajar

semasa menjalani program traineeship?

1.5.7 Adakah terdapat perbezaan keberkesanan program traineeship yang

dijalankan oleh Sekolah Menengah Vokasional ke atas pelajar lelaki dan

pelajar perempuan?

1.5.8 Adakah terdapat perbezaan keberkesanan program traineeship yang

dijalankan oleh Sekolah Menengah Vokasional berdasarkan sekolah?

Page 33: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

33

1.6 Kepentingan Kajian

Terdapat beberapa kepentingan yang mendorong penyelidik untuk

menjalankan kajian berkaitan keberkesanan pelaksanaan program traineeship di

kalangan pelajar aliran kemahiran pembuat perabot Sekolah Menengah Vokasional

(SMV) Negeri Johor. Antaranya ialah :-

1.6.1 Pelajar

Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini, boleh dijadikan panduan oleh

pelajar dalam mempersiapkan diri mereka terutamanya dari aspek pengetahuan dan

kemahiran sebagai persediaan untuk menjalani program traineeship. Keberkesanan

program traineeship juga berupaya memupuk minat dan memberi peluang kepada

pelajar untuk menguasai kemahiran – kemahiran yang diperolehinya semasa sesi

latihan. Selain itu, pendedahan program latihan yang efektif turut mendatangkan

kebaikan terhadap peningkatan penguasaan kemahiran pelajar bagi memudahkan

mereka memasuki dunia pekerjaan kelak.

1.6.2 Guru

Guru memainkan peranan penting sebagai tenaga pengajar, pembimbing dan

pendidik. Justeru itu, informasi maklum balas daripada pelajar terhadap pelaksanaan

program traineeship amatlah penting bagi guru untuk mengesan segala kelemahan

terutama dari aspek persediaan pengetahuan dan kemahiran mereka. Maka, tindakan

untuk penambahbaikan dan menghasilkan program yang sesuai dengan keperluan

kurikulum dapat dilakukan bagi menjamin pelaksanaan program selari dengan

keperluan industri.

1.6.3 Pentadbir Sekolah

Pada peringkat sekolah, pihak pentadbir dapat mengenalpasti kelemahan

atau kekurangan yang terdapat dalam pelaksanaan program traineeship. Input yang

diperolehi membantu pihak pentadbir untuk menjalankan tindakan susulan bagi

memperbaiki segala kelemahan yang ada. Selain itu, ia dapat membantu pihak

Page 34: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

34

pentadbir dalam membuat keputusan dan memberi sokongan terhadap

perlaksanaannya yang lebih efektif di samping mewujudkan jalinan kerjasama yang

padu antara pelajar, guru dan pihak industri.

1.6.4 Pihak Industri

Kerjasama daripada pihak industri amat diperlukan bagi menyediakan tempat

latihan dan memberi pendedahan pekerjaan kepada pelajar yang mengikuti program

traineeship. Justeru, informasi yang diperolehi dapat dijadikan sebagai rujukan

kepada pihak industri dari aspek pengambilan pelajar yang menjalani program ini.

Selain itu, pihak industri dapat memainkan peranannya dalam memberikan

kerjasama dengan pihak institusi pendidikan di samping merebut peluang untuk

mengenali pelajar yang berpotensi untuk diambil bekerja kelak.

1.6.5 Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV)

Bahagian Pendidikan dan Teknikal bertanggungjawab dalam menghasilkan

program latihan yang berkesan bagi melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan

berkemahiran bagi memenuhi keperluan pekerjaan semasa. Maklumat yang

diperolehi, dapat memberi input kepada BPTV untuk membuat penilaian dan

memberi saranan kepada KPM terhadap keperluan dalam memperbaiki dan

mengemaskini pelaksanaan program traineeship. Tindakan untuk penambahbaikan

dapat dilakukan bagi memastikan pelaksanaannya teratur, bersistematik dan

memberi kesan positif kepada pihak yang terlibat.

1.6.6 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Pada peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia, kajian ini dapat memberi

informasi terhadap keberkesanan pelaksanaan program traineeship. Penilaian dan

kesesuaian latihan dapat dilaksanakan bagi memantapkan pelaksanaannya

menghasilkan kesan positif dan memberi kebaikan kepada semua pihak.

Keberkesanan dan kejayaan program ini akan menjadi titik tolak dalam menentukan

tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang menjadi keperluan kepada pembangunan

ekonomi negara adalah mencukupi.

Page 35: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

35

1.7 Skop Dan Batasan Kajian

Secara umumnya, kajian ini menilai keberkesanan program traineeship yang

dijalankan di Sekolah Menengah Vokasional Negeri Johor. Ianya melibatkan 4 buah

Sekolah Menengah Vokasional iaitu SMV Segamat, SMV Muar, SMV Batu Pahat

dan SMV Kota Tinggi. Pemilihan sampel kajian pula, adalah dikalangan pelajar

kursus kemahiran Pembuat Perabot sesi 2012/2013 yang telah mengikuti program

traineeship ini iaitu seramai 48 orang pelajar. Walau bagaimanapun, kajian ini

hanya tertumpu kepada enam aspek yang dikenalpasti iaitu dari aspek pengetahuan,

kemahiran, penempatan pelajar, kerjasama pihak industri, pendedahan latihan

pekerjaan dan kemahiran employabiliti.

1.8 Kerangka Teori

Rajah 1.1 Kerangka Teori

KESEDIAAN PELAJAR

� Pengetahuan � Kemahiran

(Pembuat Perabot)

PROGRAM TRAINEESHIP

� Penempatan pelajar� Kerjasama industri� Pendedahan latihan

pekerjaan

KEMAHIRAN EMPLOYABILITI

1. Kemahiran komunikasi

2. Kemahiran menggunakan teknologi

3. Kemahiran merancang dan mengelola aktiviti

4. Kemahiran bekerja dengan orang lain dalam kumpulan

5. Kemahiran menyelesaikan masalah

KESAN &

SUMBANGAN

INPUT PROCESS OUTPUT

Page 36: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

36

Berdasarkan Rajah 1.1, kesediaan pelajar adalah dari aspek pengetahuan dan

kemahiran dalam kerja pembuat perabot yang diperolehinya melalui pembelajaran di

Sekolah Menengah Vokasional untuk mengikuti program traineeship. Melalui

program traineeship, pelajar mengikuti latihan industri dengan memberi penekanan

dari aspek penempatan pelajar yang selari dengan bidang kursus, kerjasama daripada

pihak industri untuk menyediakan latihan bertepatan dengan bidang kursus dan

pendedahan latihan pekerjaan yang bertepatan dengan bidang kursus. Kesan dan

sumbangan yang diperolehi pelajar berdasarkan program latihan yang diikutinya

adalah perolehan terhadap kemahiran employabiliti. Kemahiran employabiliti

tersebut merangkumi kemahiran komunikasi, kemahiran menggunakan teknologi,

kemahiran merancang dan mengelola aktiviti, kemahiran bekerja dengan orang lain

dalam kumpulan dan kemahiran menyelesaikan masalah.

1.9 Kerangka Konseptual Kajian

Keberkesanan pelaksanaan program traineeship adalah bergantung kepada

keupayaan, kebolehan dan kerjasama yang ada pada pelajar, guru dan pihak industri

yang terlibat. Justeru itu, bagi memastikan keberkesanan sesuatu program yang

dijalankan adalah berkesan, maka penggunaan model yang sesuai amat diperlukan

bagi memperolehi keputusan penyelidikan yang relevan dan diterima pakai.

Kerangka konsep kajian menunjukkan secara khusus kendalian sesuatu kajian yang

bertujuan menerangkan atau meramalkan sesuatu fenomena secara sistematik

(Wiersma, 1995).

Dalam penyelidikan ini, kerangka konseptual kajian yang digunakan oleh

penyelidik adalah berdasarkan Model Penilaian CIPP (Context, Input, Process,

Product). Model ini telah diperkenalkan oleh Stufflebeam (1971) dan ianya

terbahagi kepada empat aspek penilaian program iaitu dari aspek konteks, input,

proses dan produk atau hasil. Menurut Sufflebeam, penilaian boleh dilakukan

terhadap sesuatu program dengan menggunakan keempat – empat aspek tersebut

ataupun menggunakan salah satu daripadanya. Menurut Stufflebeam et. al. (1971),

penilaian dari aspek konteks adalah bertujuan untuk memberikan rasional dalam

menentukan objektif. Ianya memberi tumpuan terhadap persekitaran iaitu perubahan

Page 37: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

37

yang berlaku dan masalah persekitaran yang dihadapinya. Dalam konteks kajian ini,

aspek konteks tidak dinilai adalah disebabkan penentuan matlamat dan objektif

program yang dijalankan telah ditentukan.

Berdasarkan Model Penilaian CIPP ini, penyelidik menilai keberkesanan

pelaksanaan program traineeship ini dari tiga aspek iaitu input, proses dan produk.

Penilaian dari aspek input adalah berfokuskan kepada sumber yang terlibat dalam

membantu pencapaian dan matlamat program. Menurut Razali (1996), penilaian

input menumpukan kepada perkara mengenai isi yang berkaitan dengannya seperti

buku teks, guru dan sebagainya. Dalam konteks kajian ini, aspek input adalah

tertumpu kepada potensi kendiri pelajar aliran kemahiran terhadap pengetahuan dan

kemahiran yang mereka perolehi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di Sekolah

Menengah Vokasional. Ia merangkumi pengisian pembelajaran mereka yang

berbentuk teori dan kerja amali khusus dalam kerja pembuat perabot. Kesediaan

pengetahuan dan kemahiran ini adalah bagi memastikan pembelajaran yang

diperolehinya di sekolah menepati dan bersesuaian dengan keperluan pekerjaan di

industri.

Penilaian dari aspek proses pula merujuk kepada proses yang digunakan

untuk mencapai objektif dan matlamat program. Dalam konteks kajian ini, aspek

proses adalah merujuk kepada pelaksanaan latihan di tempat industri iaitu

berfokuskan kepada penempatan pelajar di industri bersesuaian dengan bidang

kursus, kerjasama pihak industri dalam memberikan latihan dan pendedahan latihan

pekerjaan yang disediakan oleh industri kepada pelajar. Kemantapan pelaksanaan

latihan di industri ini menjadi keutamaan dalam perolehan segala ilmu, kemahiran

dan pengalaman yang berupaya mempertingkatkan kebolehan pelajar untuk

melakukan pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang kemahiran mereka.

Manakala, penilaian dari aspek produk adalah merujuk kepada penilaian

mengenai hasil daripada pelaksanaan sesuatu program iaitu penilaian ke atas

pencapaian yang diperolehi dalam program tersebut. Dalam konteks kajian ini, aspek

produk adalah tertumpu kepada elemen-elemen kemahiran employabiliti yang

diperolehi pelajar hasil daripada program latihan yang telah diikuti. Ianya merupakan

pencapaian akhir yang memberi sumbangan kepada pelajar sebagai persediaan untuk

Page 38: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

38

menceburi pekerjaan kelak. Pengalaman bekerja yang diperolehi semasa program

latihan dapat dijadikan sebagai panduan untuk menjadi seorang pekerja yang cekap,

disiplin dan baik.

Sehubungan itu, ilustrasi grafik kerangka kajian penyelidik di tunjukkan pada

Rajah 1.2 di bawah yang merupakan pengubahsuaian daripada model penilaian CIPP

oleh Stufflebeam et. al., (1971).

Rajah 1.2 menunjukkan ilustrasi grafik kerangka kajian penyelidik.

Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian Keberkesanan Program Traineeship Pelajar

Aliran Kemahiran Pembuat Perabot Sekolah Menengah Vokasional.

(Diubahsuai dari model penilaian CIPP oleh Stufflebeam et al., 1971)

KEBERKESANAN PROGRAM TRAINEESHIP

Pelajar Kursus Kemahiran Pembuat

Perabot (PP)

PENILAIAN INPUT

� Pengetahuan � Kemahiran

( NOSS Pembuat Perabot, 2011 )

PENILAIAN PROSES

� Penempatan pelajar� Kerjasama industri� Pendedahan latihan

pekerjaan

PENILAIAN PRODUK

Kemahiran employabiliti yang diperolehi (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)

1. Kemahiran komunikasi2. Kemahiran menggunakan teknologi3. Kemahiran merancang dan

mengelola aktiviti4. Kemahiran bekerja dengan orang

lain dalam kumpulan5. Kemahiran menyelesaikan masalah

Page 39: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

39

1.10 Definisi Istilah

Istilah yang digunakan dalam penulisan ini membawa maksud yang

tersendiri. Definisi dibuat adalah bertujuan untuk memberi penjelasan secara

terperinci bagi memudahkan pembaca memahami istilah kajian ini supaya tidak

terkeliru dengan istilah umum.

1.10.1 Keberkesanan

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), keberkesanan ditakrifkan

sebagai perihal membawa kepada sesuatu perubahan (perkembangan). Dalam

konteks kajian ini, keberkesanan yang dimaksudkan adalah keberkesanan program

traineeship yang dilihat iaitu dari aspek pengetahuan, kemahiran, penempatan

pelajar, kerjasama pihak industri, pendedahan latihan pekerjaan dan kemahiran

employabiliti. Manakala, pengukuran keberkesanan pula adalah berpandukan kepada

interpretasi julat min oleh Wiersma dan Jurs (2008).

1.10.2 Program Traineeship

Menurut The Collins English Dictionary (2011), traineeship memberi

maksud tempoh latihan atau perkhidmatan sebagai seseorang yang bekerja pada

tahap yang rendah dalam perkerjaan tertentu dalam usaha untuk mempelajari

kemahiran yang diperlukan untuk pekerjaan tersebut. Dalam konteks penyelidikan

ini, program traineeship merupakan latihan industri yang dikelolakan oleh Bahagian

Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) khusus untuk pelajar aliran kemahiran.

Bagi menjayakan pelaksanaannya, pihak sekolah perlu mendapatkan persetujuan

daripada ibubapa / penjaga dan kerjasama industri yang berkaitan. Pelaksanaannya

adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pendedahan awal

kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.

Page 40: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

40

1.10.3 Pelajar Aliran Kemahiran Pembuat Perabot

Pelajar aliran kemahiran adalah merujuk kepada pelajar yang mengikuti

kursus – kursus aliran kemahiran yang ditawarkan di Sekolah Menengah Vokasional.

Pembelajarannya adalah berdasarkan kepada NOSS (National Occupational Skill

Standard) yang dikelola oleh JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran). Menurut The

free Dictionary.com (2012), pembuat perabot didefinisikan sebagai seorang tukang

kayu yang pakar dalam membuat perabot. Justeru itu, pelajar aliran kemahiran

pembuat perabot yang dimaksudkan dalam penyelidikan ini adalah pelajar yang

mengikuti pembelajaran dalam pembuatan perabot yang melibatkan kerja - kerja

persediaan bahan, penggunaan peralatan dan mesin, pemasangan bahagian –

bahagian perabot dan kerja kemasan perabot.

1.10.4 Pengetahuan

Kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionary (2000), memberi maksud

pengetahuan merupakan segala ilmu yang berkaitan dengan komponen – komponen

di dalam sesuatu kurikulum. Dalam penyelidikan ini, aspek pengetahuan adalah

merujuk kepada pengetahuan yang diperolehi pelajar dalam bidang kursus yang

dipelajarinya di Sekolah Menengah Vokasional. Ia merangkumi teori yang perlu

difahami dan dikuasai bagi kerja – kerja pembuat perabot.

1.10.5 Kemahiran

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kemahiran memberi

maksud kecekapan, kepandaian untuk mengerjakan sesuatu atau boleh diistilahkan

sebagai kebolehan mental, sosial atau fizikal yang diperolehi terutamanya hasil

daripada latihan dan amalan secara berterusan dan berulang-ulang. Kemahiran

merupakan ilmu khusus yang ada pada seseorang yang membolehkan mereka

membuat sesuatu kerja dengan baik dan ianya perlu dipelajari dan dilatih. Dalam

konteks kajian ini, kemahiran adalah merujuk kepada keupayaan seseorang pelajar

untuk menjalankan kerja – kerja amali atau praktikal khususnya penggunaan

peralatan dan mesin bagi kerja pembuatan perabot yang dipelajarinya di Sekolah

Menengah Vokasional.

Page 41: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

41

1.10.6 Penempatan pelajar

Merujuk kepada takrifan penempatan industri oleh The National Commision

for Cooperative Education (Groenewald, 2004), adalah sebagai satu strategi

berstruktur yang mengintegrasikan pembelajaran di bilik darjah melalui pengalaman

kerja yang produktif dalam bidang yang berkaitan dengan akademik dan matlamat

kerjaya pelajar. Pengintegrasian pembelajaran ini dapat dilaksanakan melalui

penempatan pelajar di industri bagi memberi pendedahan pekerjaan sebenar kepada

mereka. Sehubungan itu, penempatan pelajar yang dimaksudkan dalam penyelidikan

ini adalah merujuk kepada jenis industri yang menjadi tempat untuk pelajar aliran

kemahiran pembuat perabot menjalani program traineeship mereka. Industri yang

dipilih mestilah bersesuaian dengan bidang kemahiran yang dipelajari di Sekolah

Menengah Vokasional iaitu pembuat perabot. Ini bagi memastikan keberkesanan

pemindahan pembelajaran yang diperolehi pelajar dari sekolah ke tempat latihan dan

bertepatan dengan bidang pengkhususan mereka.

1.10.7 Kerjasama pihak industri

Menurut MacDonald et. al. (2010), kerjasama pihak industri adalah

kolaborasi dan koordinasi antara majikan dan institusi pendidikan dan latihan bagi

meningkatkan keberkesanan latihan dari aspek pembiayaan, kelengkapan, informasi,

perkongsian teknologi dan latihan. Justeru itu, peranan pihak industri adalah sangat

penting dalam memberikan kerjasama kepada pelajar untuk menjayakan program

traineeship. Dalam konteks penyelidikan ini, kerjasama pihak industri yang

dimaksudkan adalah merujuk kepada peranan dan tanggungjawab pihak industri

dalam memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan latihan mengikut kesesuaian bidang

pengkhususan pelajar.

1.10.8 Pendedahan Latihan pekerjaan

Latihan adalah usaha yang dirancang oleh syarikat atau industri untuk

memudahkan pembelajaran pekerja mengenai keperluan berkaitan dengan prosedur

kerja mereka (Faizah, 2002). Melalui latihan pekerjaan tersebut, pekerja

memperolehi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam menyelesaikan kerja

Page 42: KEBERKESANAN PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUAT … Binti Johari.TP.pdf · dengan orang lain dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang dan

42

mereka dengan baik dan sempurna. Dalam konteks penyelidikan ini, pendedahan

latihan pekerjaan adalah merujuk kepada skop tugas atau aktiviti yang

dipertanggungjawabkan oleh pihak industri kepada pelajar. Ia seharusnya

memfokuskan terhadap kerja – kerja yang berkaitan dengan bidang pengkhususan

mereka iaitu kerja pembuat perabot bagi menjamin keberkesanan pendedahan latihan

yang diperolehi di industri.

1.10.9 Kemahiran employabiliti

Menurut Yahya (2002), kemahiran employabiliti adalah kemahiran atau

kualiti individu yang diperlukan oleh para majikan industri terhadap pekerja baru

apabila mereka mula bekerja di sektor industri tersebut. Dalam konteks penyelidikan

ini, kemahiran employabiliti adalah merujuk kepada kemahiran employabiliti yang

gariskan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), iaitu antaranya adalah dari

aspek kemahiran komunikasi, kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran

merancang dan mengelola aktiviti, kemahiran bekerja dengan orang lain dalam

kumpulan dan kemahiran menyelesaikan masalah.

1.11 Penutup

Secara rumusannya, penyelidikan ini tertumpu kepada keberkesanan

program traineeship yang telah dijalankan oleh Sekolah Menengah Vokasional Zon

Johor. Ia merangkumi beberapa pembolehubah bebas iaitu aspek pengetahuan, aspek

kemahiran, aspek penempatan pelajar, aspek kerjasama pihak industri, aspek

pendedahan latihan pekerjaan dan aspek kemahiran employabiliti. Responden kajian

pula berfokuskan kepada pelajar kursus kemahiran pembuat perabot kerana sektor ini

memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran bagi mengisi kekosongan pekerjaan

yang sedia ada. Hal ini penting bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap

pekerja-pekerja asing dalam merealisasikan menjadi sebuah negara maju

berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.