Upload
others
View
30
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
LAPORAN 4
TAKTIK-TAKTIK GOLONGAN ATEIS UNTUK
MENYESATKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA
Golongan dan gerakan ateis turut menggunakan beberapa taktik untuk menjayakan agenda
mereka. Berikut adalah beberapa kes yang menggambarkan taktik yang digunakan dan
bagi setiap kes diberi penilaian segi tahap keseriusan ancaman berkenaan dengan
meletakkan skala 1 (tidak begitu serius) dan 5 (sangat serius).
KES 1
Taktik – Mempromosi ideologi ateisme. (Promote awareness and correct
misunderstanding).
Tahap Keseriusan – 3 (Susulan; (i) memberi idea kasar pengenalan terhadap
ateisme, (ii) menonjolkan penglibatan seorang individu murtad, (iii)
mewujudkan kumpulan perbincangan untuk golongan ateis dan, (iv)
memberi gambaran bahawa menjadi ateis itu selamat dan tidak menyakitkan
sesiapa).
Petikan daripada sebuah page di Facebook yang bernama Warong Ateis yang diwujudkan
untuk mempromosi pemikiran ateis selain daripada menggalakkan diskusi perbezaan
fahaman.
Daripada Facebook Bella Swensen pada 12 Ogos jam 10.39 pagi
Terima kasih kepada saudara, Kok Sen Wai kerana sudi bertungkus lumus membuat
senarai soalan yang selalu tidak ditanya oleh orang ramai dan menjawabnya
sekali, mengenai isu ateisme di Malaysia....
---------------------------------------------------------------------
Saya seorang ateis yang berkawan dengan golongan murtad. Masyarakat saya kini sedang
dibidas sesetengah golongan Muslim di Malaysia dan kerajaan kami. Kebanyakan orang
2
tampak tidak faham erti menjadi seorang ateis atau murtad. Oleh itu saya telah
memutuskan untuk menyediakan Soalan yang Tidak Ditanya (FUQ) berkenaan kami. Ini
ialah FUQ dan bukannya Soalan Lazim Ditanya (FAQ). Walaupun banyak penganut agama
dan golongan Muslim gemar membuat kenyataan tentang kami, mereka seolah-olah tidak
berminat untuk bertanya sama ada kenyataan tersebut benar atau tidak. Di sini, saya akan
memberi pencerahan.
Kenyataan #1: “Golongan ateis mengisytiharkan mereka tidak bertuhan dan hidup tidak
mematuhi undang-undang serta bebas daripada segala batasan akhlak.”
Soalan yang Tidak Ditanya: Benarkah golongan ateis hidup tidak mematuhi undang-
undang serta bebas daripada segala batasan akhlak?
Jawapan: Hanya kerana kami tidak mengamalkan apa yang diamal penganut agama, tidak
bermakna kami tidak berakhlak atau bertatasusila. Terdapat pelbagai falsafah beretika
yang boleh diamal dan tidak memerlukan kepercayaan kepada perundang Maha Agung
(iaitu Tuhan). Data yang diperoleh di Malaysia kurang tetapi jika dilihat di Amerika
Syarikat, sekitar 0.1% daripada banduan terdiri daripada golongan ateis sementara
bilangan penduduknya ialah 3.1% daripada jumlah penduduk negara tersebut. Ini
bermaksud kebarangkalian golongan ateis melanggar undang-undang adalah lebih rendah
daripada penganut agama.
---------------------------------------------------------------------
Kenyataan #2 : “Golongan ateis merupakan sebahagian daripada gerakan Freemason.”
Soalan yang Tidak Ditanya: Benarkah golongan ateis merupakan sebahagian daripada
gerakan Freemason?
Jawapan: Tidak. Golongan ateis tidak dibenarkan menjadi ahli gerakan Freemason. Ini
termaktub dalam Perlembagaan Freemason yang menegaskan bahawa golongan ateis tidak
layak menjadi ahli. Penganut Islam lebih layak menjadi ahli Freemason daripada golongan
ateis atau murtad.
---------------------------------------------------------------------
3
Kenyataan #3: “Golongan ateis menyembah syaitan/dajjal/dan lain-lain.”
Soalan yang Tidak Ditanya: Benarkah golongan ateis menyembah syaitan/dajjal/dan
lain-lain?
Jawapan: Tidak. Penjelasannya akan lebih terang jika diberi perumpamaan seperti berikut;
Penganut Islam tidak mempercayai Tuhan Mesir seperti Horus dan Osiris. Disebabkan
ketidakpercayaan ini, adakah mungkin penganut Islam percaya akan Apophis, dewa yang
menjadi musuh Horus dan Osiris? Mestilah tidak. Menggunakan logik ini, oleh sebab
golongan ateis tidak mempercayai kewujudan Tuhan, mengapa pula mereka menyembah
musuh Tuhan iaitu syaitan/dajjal/dan lain-lain yang sememangnya mereka juga tidak
percaya?
---------------------------------------------------------------------
Kenyataan #4: “Golongan ateis bodoh.”
Soalan yang Tidak Ditanya: Benarkah golongan ateis bodoh?
Jawapan: Tidak. Kajian dengan tekal membuktikan bahawa golongan ateis sama cerdik
dengan penganut agama. Sebenarnya, kajian membuktikan lebih daripada itu tetapi saya
tidak akan mengutarakannya sekarang bagi mengelak daripada menaikkan lagi api
kemarahan penganut agama.
---------------------------------------------------------------------
Kenyataan #5: “Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak menyebut tentang golongan
ateis. Ini melanggar perlembagaan dan hak asasi manusia.”
Soalan yang Tidak Ditanya: Apakah ketetapan Perlembagaan Persekutuan tentang
golongan ateis?
Jawapan: Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan kebebasan
beragama menetapkan bahawa setiap orang berhak menganut dan mengamalkan
agamanya. Perkara 11 tidak menyebut tentang golongan ateis ataupun menetapkan
bahawa ateisme melanggar hak asasi manusia. Di samping itu, Perlembagaan Persekutuan
juga tidak menyebut tentang unta. Adakah ini bermakna unta juga melanggar
Perlembagaan dan hak asasi manusia?
---------------------------------------------------------------------
4
Kenyataan #6: “Prinsip pertama Rukun Negara kita ialah Kepercayaan kepada Tuhan.
Sesiapa yang tidak percayakan Tuhan tidak boleh menjadi rakyat Malaysia.”
Soalan yang Tidak Ditanya: Bagaimanakah golongan ateis mendamaikan ateisme mereka
dengan Rukun Negara?
Jawapan: Rukun Negara, yang tidak boleh diguna pakai dari sudut undang-undang, terdiri
daripada lima perkara: Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara,
Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan dan Kesusilaan. Jika kita
ingin melucutkan kerakyatan golongan ateis, kita harus lakukan yang sama terhadap
penganut Buddha Theravadin yang agamanya tidak bertuhan. Seterusnya, sesiapa yang
mendapat saman parkir, melanggar lampu merah atau memuat turun lagu atau filem
secara haram, harus juga dilucutkan kerakyatan. Dan jika anda pernah biadab dengan
seseorang dalam hidup anda, anda juga patut dilucutkan kerakyatan. Bila tiada lagi orang
yang menjadi rakyat di Malaysia, Rukun Negara dapat disempurnakan.
---------------------------------------------------------------------
Kenyataan #7: “Murtad meninggalkan Islam kerana mereka jahil akan ajaran agama
sebenar Islam. Kita harus buru mereka dan didik mereka.”
Soalan yang Tidak Ditanya: Mengapa sesetengah rakyat Malaysia meninggalkan Islam?
Jawapan: Kebanyakan golongan murtad di Malaysia telah melalui pendidikan agama yang
sama dengan mana-mana Muslim lain di Malaysia. Kebanyakan mereka menghabiskan
masa bertahun bergelut dengan jiwa demi mengekalkan keimanan mereka, berbincang
dengan para ulama, berdoa untuk mendapat hidayah dan lain-lain. Sayangnya kita tidak
boleh mengawal apa yang kita percaya atau tidak percaya. Selalunya, mereka tidak
bersetuju degan apa yang diajar Islam dan mendapati ajaran tersebut tidak serasi dengan
hati nurani mereka. Anda boleh menahan mereka dan mendidik mereka secara paksa,
tetapi bagaimana mampu anda tahu mereka betul-betul insaf dan bukannya suatu usaha
mengelak daripada didakwa? Ini masalahnya bila anda cuba menguatkuasakan keimanan.
Amat sukar untuk mengetahui sama ada seseorang itu betul-betul ikhlas dalam
keimanannya, atau mereka hanya cuba mengelak daripada hukuman. Seperti yang difirman
dalam al-Qur’an (2:25), diperintahkan bahawa “Tiada paksaan dalam (menerima) agama”.
---------------------------------------------------------------------
5
Kenyataan #8: “Hukuman meninggalkan Islam ialah hukum mati.”
Soalan yang Tidak Ditanya: Patutkah seseorang dihukum hati sekiranya murtad?
Jawapan: Tolong jangan bunuh rakan saya. Ironinya, sesetengah mereka meninggalkan
Islam kerana agama ini mengajar bahawa murtad wajib dibunuh. Jika anda berpendapat
murtad tidak patut dibunuh, bagus, tetapi tolong nasihati saudara sesama Islam anda
supaya jangan membunuh rakan saya.
---------------------------------------------------------------------
Kenyataan #9: “Golongan ateis sangat biadab.”
Soalan yang Tidak Ditanya: Kenapa golongan ateis sangat biadab?
Jawapan: Bukan semuanya biadab. Setahu saya, tidak seorang pun ateis/murtad yang
menyeru agar penganut Islam di Malaysia dibunuh. Tapi bukankah ancaman membunuh
murtad jauh lebih biadab? Kita harus melihat perkara ini dari perspektif yang lebih luas.
---------------------------------------------------------------------
Kenyataan #10: “Mereka yang meninggalkan agama lain tidak perlu gusar. Kami hanya
menahan mereka yang murtad daripada Islam.”
Soalan yang Tidak Ditanya: Kenapa golongan ateis harus gusar penahanan golongan
murtad?
Jawapan: Sesetengah mereka ialah rakan saya. Ini mungkin sukar dipercayai, tetapi
golongan ateis berupaya untuk berkawan, bercinta dan berasa empati. Kami juga
berpendapat bahawa idea menahan golongan murtad sangat tidak adil. Mereka dilahirkan
dalam keluarga Islam dan tidak memilih Islam dengan sendirinya. Bagaimanakah rasa
sekiranya saudara sesama Islam anda diberkas dan dipaksa menolak Islam? Lakukan
kepada orang lain apa yang anda mahu mereka lakukan kepada anda. Ini dipanggil
“Pedoman Penting” atau “Golden Rule” dan merupakan salah satu prinsip beretika saya
sebutkan awal tadi yang tidak memerlukan kepercayaan kepada Tuhan untuk diamalkan.
Akhir kata, sekiranya anda ada sebarang kenyataan yang ingin dibuat tentang golongan
ateis dan murtad, dipersilakan. Saya akan masukkan dalam FUQ ini sebaik mungkin.
---------------------------------------------------------------------
6
KES 2
Taktik – Memperlekehkan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah
dan penerima wahyu. (Discrediting icon)
Tahap Keseriusan - 4 (Susulan; (i) memperlekehkan Rasulullah SAW, (i)
menerima sokongan negara luar, (iii) mendapat sokongan promosi oleh
tangan asing dan, (iv) menjatuhkan darjat agama Islam dengan agama
lain).
Gambar jijik di sebuah akaun
Instagram pertubuhan ateis yang
bernama Atheist Republic. Mereka
sengaja menghasut dan mencabar
masyarakat Islam, akhirnya,
sekiranya masyarakat Islam
bertindak untuk mempertahankan
imej ini , masyarakat Islam akan
dilabel sebagai pengganas atau
golongan yang suka melakukan
kekerasan kerana menyelar tindakan
golongan ateis.
7
KES 3
Taktik – Membantah, menjatuhkan kredibiliti dan menidakkan usul pemimpin
di Malaysia. (Create rebellious chain and force controversial atmosphere)
Tahap Keseriusan - 4 (Susulan; (i) komen penghinaan masyarakat terhadap
Ketua Polis Negara, (ii) bantahan individu berpengaruh beragama Islam, (iii)
memanipulasikan kenyataan Ketua Polis Negara untuk menggambarkan polis
tidak efisien).
Kenyataan daripada KPN, Tan
Sri Khalid Abu Bakar yang
tidak bersetuju dengan ateisme
telah dihentam oleh
masyarakat yang menyokong
ateisme.
Antara komen-komen daripada
netizen yang tidak bersetuju dengan
Tan Sri Khalid Abu Bakar.
8
KES 4
Taktik – Mengadakan perjumpaan di kalangan kumpulan untuk mengemas kini dan
menyampaikan pengalaman yang telah dilalui serta berkenalan dengan ahli-ahli
baru. (Regroup and strategize)
Tahap keseriusan - 5 (Susulan; (i) penglibatan individu yang sudah lama
diperhatikan oleh pihak penguatkuasa, (ii) penglibatan golongan Melayu yang
mengaku murtad, (iii) mendapat sokongan NGO luar negara, (iv) sokongan
masyarakat yang menggalakkan kebebasan beragama dan, (v) sengaja ingin
menimbulkan kekecohan dan keraguan terhadap pihak penguatkuasa dan Majlis
Agama).
Perjumpaan yang telah menjadi viral baru-baru ini telah menjadi perbualan hangat
dan menimbulkan pelbagai persoalan seperti sudah berapa lama mereka ditubuhkan,
mengapa viral sekarang? Siapakah dalang di sebalik pergerakan ini? Adakah ia satu
gerakan yang disengajakan atau sudah dirancang lebih awal?
9
KES 5
Taktik – Bekerjasama dengan pihak anti IMRDM (Islam, Melayu, Raja,
Daulah dan Maslahah). (Strategic Alliance Movement)
Tahap keseriusan - 5 (Susulan; (i) kerjasama pihak pembangkang yang
liberal dan anti Islam, (ii) ikon-ikon berpengaruh yang anti kerajaan, (iii)
bilangan pengikut mereka, (iv) penglibatan menentang kuasa Islam yang
sudah dilaksanakan selama bertahun-tahun dan, (v) penglibatan entiti
politik yang merupakan dalang untuk gerakan-gerakan yang menyesatkan).
Kenyataan daripada Dr. Patricia Anne
Martinez, Ahli Jawatankuasa Eksekutif
Persekutuan Kristian Malaysia mengenai
gerakan ateis di Malaysia. Beliau memuji
keberanian golongan Melayu Ateis yang berani
mengisytiharkan kemurtadan kepada
masyarakat umum.
Kenyataan daripada ikon liberal, Eric Paulsen
dari Lawyers for Liberty mengenai gerakan ateis
di Malaysia. Beliau mengkritik tindakan Tan Sri
Khalid dan berpendapat isu ateisme ini tidak
perlu digembar-gemburkan kerana masih ada
isu lain yang perlu ditangani.
10
Kenyataan daripada Ahmad
Farouk Musa, Pengarah Islamic
Renaissance Front mengenai
gerakan ateis di Malaysia. Beliau
juga telah mempersoalkan
kenyataan Tan Sri Khalid dan
berpendapat Tan Sri Khalid tidak
menjalankan tugas yang
sepatutnya.
11
KES 6
Taktik – Mendapatkan sokongan suaka politik daripada negara-negara asing dan
menonjolkan imej “kekejaman” Kerajaan Malaysia. (Seek asylum, portray as victim
and create an evil image)
Tahap Keseriusan - 5 (Susulan; (i) menggunakan campur tangan asing, (ii)
menggambarkan Malaysia sebagai negara yang kejam dan tidak adil, (iii)
penglibatan golongan LGBT yang melindungi haknya dan, (iv) media Barat tidak
sensitif dan menghormati pentadbiran negara).
Sumber video: – 1) http://www.cbc.ca/news/canada/manitoba/winnipeg-hazim-ismail-
refugee-hearing-malaysia-1.3521172
Salah satu tindakan oleh individu
ateis, Hazim Ismail, yang telah
mendapat sokongan suaka politik di
Kanada. Media Barat kemudiannya
akan menonjolkan dan
mempromosikan bahawa Malaysia
adalah sebuah kerajaan yang kejam
dan sepatutnya menghormati
golongan “minoriti” yang sering dibuli
dan disalah faham.
12
KES 7
Taktik – Mewujudkan kumpulan perbincangan untuk golongan yang mempunyai
kekhuatiran dengan agama, masalah sosial dan menyakinkan mereka bahawa
ateisme adalah sesebuah ideologi yang dapat membantu mereka. (Portray oneself as
saviour group and separate from current belief).
Tahap Keseriusan - 5 (Susulan; (i) wadah atau platform yang tidak dipantau oleh
pihak penguatkuasa, (ii) menggambarkan ateis adalah golongan yang baik, (iii)
sikap “talam dua muka” kepada seorang rakan yang sedang mengalami masalah
dalaman dan, (iv) penyertaan dan sokongan oleh golongan liberal yang
mengamalkan kebebasan tanpa agama).
Antara temu bual bersama individu
ateis di Malaysia yang menceritakan
tentang pengalaman beliau sebagai
seorang ateis. Penemu bual juga telah
diajak untuk menyertai Telegram
mereka di mana mereka
membincangkan tentang ateisme dan
bagaimana Islam itu mengelirukan
dan juga menindas mereka yang
lemah.