10
1. Tulis nama murid mengikut nama yang tertulis dalam surat beranak. 2. Senaraikan nama murid mengikut abjad, tidak kira mengikut lelaki dan perempuan. 3. Tulis nama dan semua butiran dengan HURUF BESAR dengan kemas. 4. Isikan semua maklumat dengan pen berdakwat HITAM sahaja. 5. Tulis ’BWN’ sebelah nama murid yang bukan warganegara pada setiap mukasurat senarai nama murid. Kemudian ’Highlight’ nama tersebut dengan warna pink pada setiap mukasurat berkenaan. 6. Jadual kedatangan hendaklah dihantar ke pejabat sebelum waktu kedua berakhir pada setiap hari. 7. Jadual kedatangan tidak boleh dibawa balik / diletak di merata-rata tempat melainkan di pejabat. 8. Kiraan purata kedatangan murid mestilah disiapkan pada hari terakhir setiap bulan. 9. JANGAN sekali-kali menyuruh murid mengisi apa-apa butiran dalam jadual kedatangan. 10. Semua kesalahan dalam jadual kedatangan tidak boleh dipadam dengan pemadam atau ’liquid paper’, Ia hanya boleh dipangkah dengan kemas kemudian ditandatangani di sebelahnya. 11. Bagi murid-murid warga asing yang tidak dilahirkan di Malaysia, yuran warga asing sebanyak RM 120.00 hendaklah dibayar oleh ibu / bapa / penjaga murid berkenaan di JPWP. 12. Bagi murid baru, nama dan butir-butiran mereka hendaklah direkodkan ke dalam Buku Pendaftaran untuk mendapatkan nombor bilangan pendaftaran. Nombor ini perlu dicatatkan dalam buku jadual kedatangan. 13. Sila isikan alamat dan nombor telefon murid dengan menggunakan PENSEL sahaja. Maklumat ini perlu ditukar jika terdapat perubahan. 14. Segala pungutan bayaran tambahan yang dicatatkan dalam jadual kedatangan mesti ditulis nombor resitnya ( Sumbangan PIBG dan lain-lain sumbangan perlu dicatatkan di bahagian belakang Buku Rekod Mengajar). 15. Kira bilangan murid yang ponteng ( tidak hadir tanpa sebab ) dan juga jumlah bilangan hari ponteng pada setiap hujung bulan. 16. Sila beri surat amaran sekiranya ketidakhadiran melebihi 3 hari, mengikut amaran pertama, kedua dan ketiga. 17. Tulis huruf ‘S’ di dalam bulatan sekiranya ketidakhadiran ada surat dan huruf ‘P’ sekiranya tiada surat. 18. Tulis huruf ’ W ’ di dalam bulatan sekiranya murid mewakili sekolah untuk kegiatan diluar sekolah pada hari persekolahan, murid ini dianggapkan hadir untuk pengiraan. 19. Tulis huruf ’L” di dalam bulatan sekiranya murid datang lewat dengan menunjukkan SLIP LEWAT. Murid ini dianggapkan hadir. 20. Tulis C dalam bulatan untuk murid Tahun 5 yang menghadiri UPKK dan murid Tahun 6 yang menghadiri UPSRA ( wajib ada surat dari SR Agama). Murid-murid ini dikira tidak hadir dalam Jadual Kehadiran tetapi dianggap hadir untuk anugerah kehadiran penuh pada hujung tahun. Guru kelas perlu membuat catatan senarai nama murid yang terlibat dalam ujian tersebut. 21. Guru ganti atau guru waktu pertama hendaklah menanda kedatangan murid-murid dijadual kedatangan pada atau sebelum waktu ke-2 jika guru kelas tersebut tidak hadir. 22. Guru subjek waktu pertama Tahun 1 hendaklah mencatatkan nama murid tidak hadir dalam Borang Ketidakhadiran dan serahkan kepada ketua kelas. Ketua kelas akan serahkan Borang Ketidakhadiran itu kepada guru kelas. Guru kelas perlu hantar borang yang telah lengkap diisi ini ke pejabat pada atau sebelum waktu kedua. 23. Ketua kelas Tahun 2-6 perlu catatkan nama murid tidak hadir dalam Borang Ketidakhadiran dan serahkan kepada guru kelas. Guru kelas perlu hantar borang yang telah lengkap diisi ini ke pejabat pada atau sebelum waktu kedua. 1 Semua guru guru kelas diminta mengambil beberapa tindakan seperti di bawah : 1.1 Resit Rasmi Sekolah 1.1.1 Sila isi jumlah bayaran yang diterima untuk ruangan-ruangan seperti di bawah sahaja : Tahun 1 hingga Tahun 6 Majalah Sekolah : RM 10.00 (Satu Keluarga ) __________________________________________ JUMLAH : RM 10.00 1.2 Sila isikan ruangan-ruangan lain di buku resit rasmi 1.3 Sila tandatangan di setiap helaian resit yang digunakan . 1.4 Tarikh di helaian buku resit dan tarikh bayaran tambahan yang diserahkan kepada kerani mesti sama. 1.5 Tarikh di helaian buku resit hendaklah mengikut urutan 1.6 Resit yang tersalah tulis tidak boleh dikoyak . Catat BATAL dan lipatkan helaian asal dan salinan 1.7 Sila catatkan bayaran berkaitan di ruangan yang disediakan di Buku Jadual Kedatangan Murid 1.8 Bayaran-bayaran lain yang tidak dicatatkan di buku resit rasmi hendaklah dicatatkan di ruangan CATATAN di Buku Rekod Mengajar. 1.9 Salinan asal resit rasmi hendaklah diserahkan kepada ibu bapa yang telah menjelaskan semua bayaran seperti di atas . Jika satu atau beberapa jenis bayaran di atas belum dijelaskan maka resit rasmi tidak boleh diserahkan kepada ibu bapa. PANDUAN MENGISI JADUAL KEDATANGAN MURID PANDUAN MENGISI BAYARAN TAMBAHAN

Lampiran Hem

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Panduan PK Hem dalam mengenalikan kes disiplin murid

Citation preview

  • 1. Tulis nama murid mengikut nama yang tertulis dalam surat beranak.

    2. Senaraikan nama murid mengikut abjad, tidak kira mengikut lelaki dan perempuan.

    3. Tulis nama dan semua butiran dengan HURUF BESAR dengan kemas.

    4. Isikan semua maklumat dengan pen berdakwat HITAM sahaja.

    5. Tulis BWN sebelah nama murid yang bukan warganegara pada setiap mukasurat senarai nama murid. Kemudian

    Highlight nama tersebut dengan warna pink pada setiap mukasurat berkenaan.

    6. Jadual kedatangan hendaklah dihantar ke pejabat sebelum waktu kedua berakhir pada setiap hari.

    7. Jadual kedatangan tidak boleh dibawa balik / diletak di merata-rata tempat melainkan di pejabat.

    8. Kiraan purata kedatangan murid mestilah disiapkan pada hari terakhir setiap bulan.

    9. JANGAN sekali-kali menyuruh murid mengisi apa-apa butiran dalam jadual kedatangan.

    10. Semua kesalahan dalam jadual kedatangan tidak boleh dipadam dengan pemadam atau liquid paper, Ia hanya boleh

    dipangkah dengan kemas kemudian ditandatangani di sebelahnya.

    11. Bagi murid-murid warga asing yang tidak dilahirkan di Malaysia, yuran warga asing sebanyak RM 120.00 hendaklah

    dibayar oleh ibu / bapa / penjaga murid berkenaan di JPWP.

    12. Bagi murid baru, nama dan butir-butiran mereka hendaklah direkodkan ke dalam Buku Pendaftaran untuk mendapatkan

    nombor bilangan pendaftaran. Nombor ini perlu dicatatkan dalam buku jadual kedatangan.

    13. Sila isikan alamat dan nombor telefon murid dengan menggunakan PENSEL sahaja. Maklumat ini perlu ditukar jika

    terdapat perubahan.

    14. Segala pungutan bayaran tambahan yang dicatatkan dalam jadual kedatangan mesti ditulis nombor resitnya (

    Sumbangan PIBG dan lain-lain sumbangan perlu dicatatkan di bahagian belakang Buku Rekod Mengajar).

    15. Kira bilangan murid yang ponteng ( tidak hadir tanpa sebab ) dan juga jumlah bilangan hari ponteng pada setiap hujung

    bulan.

    16. Sila beri surat amaran sekiranya ketidakhadiran melebihi 3 hari, mengikut amaran pertama, kedua dan ketiga.

    17. Tulis huruf S di dalam bulatan sekiranya ketidakhadiran ada surat dan huruf P sekiranya tiada surat.

    18. Tulis huruf W di dalam bulatan sekiranya murid mewakili sekolah untuk kegiatan diluar sekolah pada hari

    persekolahan, murid ini dianggapkan hadir untuk pengiraan.

    19. Tulis huruf L di dalam bulatan sekiranya murid datang lewat dengan menunjukkan SLIP LEWAT. Murid ini dianggapkan

    hadir.

    20. Tulis C dalam bulatan untuk murid Tahun 5 yang menghadiri UPKK dan murid Tahun 6 yang menghadiri UPSRA ( wajib ada

    surat dari SR Agama). Murid-murid ini dikira tidak hadir dalam Jadual Kehadiran tetapi dianggap hadir untuk anugerah

    kehadiran penuh pada hujung tahun. Guru kelas perlu membuat catatan senarai nama murid yang terlibat dalam ujian

    tersebut.

    21. Guru ganti atau guru waktu pertama hendaklah menanda kedatangan murid-murid dijadual kedatangan pada atau

    sebelum waktu ke-2 jika guru kelas tersebut tidak hadir.

    22. Guru subjek waktu pertama Tahun 1 hendaklah mencatatkan nama murid tidak hadir dalam Borang Ketidakhadiran dan

    serahkan kepada ketua kelas. Ketua kelas akan serahkan Borang Ketidakhadiran itu kepada guru kelas. Guru kelas perlu

    hantar borang yang telah lengkap diisi ini ke pejabat pada atau sebelum waktu kedua.

    23. Ketua kelas Tahun 2-6 perlu catatkan nama murid tidak hadir dalam Borang Ketidakhadiran dan serahkan kepada guru

    kelas. Guru kelas perlu hantar borang yang telah lengkap diisi ini ke pejabat pada atau sebelum waktu kedua.

    1 Semua guru guru kelas diminta mengambil beberapa tindakan seperti di bawah :

    1.1 Resit Rasmi Sekolah

    1.1.1 Sila isi jumlah bayaran yang diterima untuk ruangan-ruangan seperti di bawah sahaja :

    Tahun 1 hingga Tahun 6

    Majalah Sekolah : RM 10.00 (Satu Keluarga )

    __________________________________________

    JUMLAH : RM 10.00

    1.2 Sila isikan ruangan-ruangan lain di buku resit rasmi

    1.3 Sila tandatangan di setiap helaian resit yang digunakan .

    1.4 Tarikh di helaian buku resit dan tarikh bayaran tambahan yang diserahkan kepada kerani mesti sama.

    1.5 Tarikh di helaian buku resit hendaklah mengikut urutan

    1.6 Resit yang tersalah tulis tidak boleh dikoyak . Catat BATAL dan lipatkan helaian asal dan salinan

    1.7 Sila catatkan bayaran berkaitan di ruangan yang disediakan di Buku Jadual Kedatangan Murid

    1.8 Bayaran-bayaran lain yang tidak dicatatkan di buku resit rasmi hendaklah dicatatkan di ruangan CATATAN di Buku

    Rekod Mengajar.

    1.9 Salinan asal resit rasmi hendaklah diserahkan kepada ibu bapa yang telah menjelaskan semua bayaran seperti di atas .

    Jika satu atau beberapa jenis bayaran di atas belum dijelaskan maka resit rasmi tidak boleh diserahkan kepada ibu

    bapa.

    PANDUAN MENGISI JADUAL KEDATANGAN MURID

    PANDUAN MENGISI BAYARAN TAMBAHAN

  • 1.10 Bayaran-bayaran lain yang tidak disenaraikan seperti di atas hendaklah menggunakan samada resit rasmi PIBG atau

    yang berkaitan .

    1.11 Murid-murid yang telah menjelaskan semua bayaran seperti di atas tetapi telah berpindah masuk daripada sekolah

    lain, maka nama murid tersebut hendaklah dicatatkan di Buku Jadual Kedatangan bagi bulan berkenaan dan di ruang

    yuran. Salinan resit di sekolah terdahulu hendaklah diminta daripada murid berkenaan.

    1.12 Sekiranya tiada resit, maka murid baru itu mesti menjelaskan bayaran tersebut di sekolah ini.

    1.13 Guru kelas akan mengutip bayaran tambahan daripada ibubapa pada satu hari sahaja, iaitu pada hari yang ditetapkan

    oleh pihak sekolah.

    1.14 Selepas tarikh tersebut, Ibubapa akan membuat bayaran tambahan terus kepada kerani kewangan di pejabat pada

    waktu yang ditetapkan. Senarai nama murid yang membayar di pejabat akan diberi kepada guru kelas untuk

    dicatatkan dalam Jadual Kedatangan Murid. Pejabat akan keluarkan resit rasmi kepada ibubapa. Bayaran sumbangan

    PIBG akan dikutip oleh Kerani kewangan dan diserahkan kepada Bendahari PIBG.

    1. Merujuk perkara tersebut di atas, guru-guru diminta mengenalpasti sebab-sebab mengapa pelajar tidak hadir atau enggan

    hadir ke sekolah. Kadang-kadang pelajar tidak hadir tanpa pengetahuan ibubapa / penjaga. Justeru itu pihak sekolah

    bertanggungjawab untuk menghubungi mereka secara bertulis dan / atau melalui telefon ( dengan catatan panggilan itu di

    dalam Buku Kedatangan). Langkah luar biasa yang boleh di ambil adalah dengan mengunjungi rumah pelajar berkenaan.

    2. Guru-guru diminta mengambil langkah-langkah berikut sekiranya pelajar tidak hadir:

    2.1. Memastikan semua pelajar yang tidak hadir memberikan surat doktor atau surat ibubapa / penjaga dengan tandatangan

    yang sah untuk tempoh masa pelajar itu tidak hadir.

    2.2. Pelajar yang tidak hadir selama dua hari tanpa surat doktor dikehendaki membawa ibubapa / penjaga bersama-sama

    datang berjumpa dengan Guru Besar ( kecuali ada bukti-bukti yang nyata, ketidakhadiran pelajar itu ada sebab-sebab

    munasabah yang kuat).

    2.3. Sila tanda (S) sekiranya ada surat dan (P) jika tidak memberi surat sebelum hujung minggu.

    2.4. Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk pelajar yang belum datang ke sekolah selama tiga (3)

    hari, atau pada hari kelima pelajar tidak hadir atau sekiranya pelajar telah tidak hadir ke sekolah (P) selama sepuluh hari

    bukan secara berturut-turut tanpa surat.

    2.5. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar BERDAFTAR ( sila catat BERDAFTAR pada sampul surat ) jika pelajar belum

    datang atau belum menghubungi sekolah 7 hari selepas Surat Amaran Pertama.

    2.6. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar juga sekiranya pelajar telah ditandai (P) sebanyak 20 hari bukan secara berturut-

    turut.

    2.7. Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar melalui BERDAFTAR AKUAN PENERIMA sekiranyaa tiada apa-apa komunikasi

    7 hari selepas Surat Amaran Kedua.

    2.8. Sila gunakan surat Amaran Kedua tetapi tukarkan kedua ke terakhir dan garis anak tuan / puan akan dibuang sekolah

    dengan dakwat merah.

    2.9. Sila hantar surat tersebut juga untuk pelajar yang telah ditandai (P) sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut.

    2.10. Selepas tempoh dua minggu dari penghantaran Surat Amaran Terakhir atau selepas 20 hari ditandai (P), pelajar boleh

    dibuang sekolah.

    2.11. Surat untuk tujuan memberitahu ibubapa / penjaga pelajar telah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Guru

    Besar.

    2.12. Pelajar tidak boleh diterima balik selepas itu tanpa merujukkannya kepada Guru Besar.

    3. Surat-surat berkenaan boleh didapati di pejabat.Guru-guru diminta mengisi surat ini di pejabat dan memastikan

    penghantarannya.

    4. Semua tindakan yang telah diambil hendaklah dicatat di ruang berkenaan pada tarikh surat amaran dihantar dengan catatan

    AP: Amaran Pertama, AK: Amaran Kedua, AT : Amaran Terakhir dan BS:Buang Sekolah dalam Buku Kedatangan untuk rujukan

    seterusnya.

    SURAT PEKELILING PROSEDUR- KETIDAKHADIRAN

    PELAJAR

  • Kuasa Guru Merotan Murid

    Kuasa merotan murid telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan sejak sekian lama. Kuasa merotan yang diberikan oleh

    Kementerian Pendidikan berasaskan peruntukan yang disediakan dalam PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH)

    1959, di bawah ORDINAN PELAJARAN 1957. Dalam PERATURAN 6 dinyatakan dengan jelas bahawa :

    Peraturan 6.

    Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa kesemasa tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkannya

    patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada

    murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu; tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorang pun guru atau

    murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu.

    Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan berharap kuasa yang diberikan itu digunakan oleh pihak sekolah dengan

    mematuhi PERATURAN 5 di bawah ordinan yang sama :

    Peraturan 5.

    1 Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, Guru Besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-

    hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat.

    Dengan syarat bahawa

    (a) hukuman dera kepada murid murid perempuan adalah dilarang; dan

    (b) hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan

    kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau pun di punggung yang berlapik dengan pakaian dan

    hendaklah dijalankan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.

    2 Satu rekod yang mengandungi semua hukuman yang dijalankan di bawah perenggan ( 1 ) hendaklah disimpan secara sulit

    mengikut bentuk yang diluluskan oleh pendaftar . Hukuman yang dikenakan hendaklah direkodkan dengan menyatakan jenis

    salahlaku, bilangan sebatan, bahagian anggota yang dirotan, nama dan tanda tangan perotan dan saksi semasa hukuman

    rotan dilaksanakan.

    3 Dalam melaksanakan hukuman rotan, pengetua atau guru besar dan guru-guru yang diberi kuasa hendaklah sentiasa

    menyedari bahawa merotan adalah sebahagian daripada proses pendidikan. Tindakan yang dikenakan mestilah difahami

    sebagai alat untuk mendisiplinkan dan bukan sebagai alat yang akan merosakkan fizikal dan mental murid. Guru-guru yang

    merotan murid bukan berdasarkan rasa marah dan dendam tetapi untuk memberi pengajaran bahawa setiap kesalahan ada

    hukumannya. Dalam konteks sekolah, merotan hanya sebagai sebahagian daripada proses mendidik terutamanya kepada

    mereka yang tidak berdisiplin.

    4 Hukuman rotan di khalayak samada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran dan

    pembelajaran adalah dilarang. Tindakan sedemikian akan menjatuhkan maruah serta menimbulkan kesan negatif yang lebih

    besar terhadap perkembangan keperibadian seseorang murid. Bersama-sama surat ini disertakan contoh Surat Penurunan

    Kuasa Melaksanakan Hukuman Rotan ( Lampiran A ) sebagai panduan.

    5 Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada pegawai-pegwai yang berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri , Pejabat

    Pendidikan Bahagian / Daerah dan semua sekolah di bawah pentadbiran Y. Bhg. Datuk / Dato / Tuan.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    tt.

    DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT

    Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

    SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 7/2003

  • PONTENG SEKOLAH ( BERTERUSAN : 31 HARI )

    LANGKAH

    PROSEDUR

    TINDAKAN

    1 Kenalpasti murid-murid yang ponteng selama 3 hari berturut-turut. Guru Kelas

    2 Surat amaran pertama dikeluarkan / diberikan kepada ibubapa. Guru Kelas

    3 Murid berkenaan diminta menghadiri sesi kaunseling. Kaunselor

    4 Kenalpasti murid-murid yang ponteng selama 7 hari

    selepas amaran pertama dikeluarkan / diberikan.

    Guru Kelas

    5 Surat amaran kedua dikeluarkan / diberikan kepada ibubapa. Guru Kelas

    6. Murid berkenaan diminta menghadiri sesi kaunseling.

    Kaunselor

    7 Kenalpasti murid-murid yang ponteng selama 7 hari selepas amaran

    kedua dikeluarkan / diberikan

    Guru Kelas

    8 Surat amaran ketiga dikeluarkan / diberikan kepada ibubapa.

    Ibubapa dipanggil untuk pemakluman tindakan seterusnya.

    Guru Kelas.

    9 Murid berkenaan diminta menghadiri sesi kaunseling.

    Kaunselor

    10 Kenalpasti murid-murid yang ponteng selama 14 hari selepas amaran

    ketiga dikeluarkan / diberikan .Ibubapa dipanggil untuk tindakan

    buang sekolah.

    -Guru Kelas

    -GPK HEM

    -Guru Besar

    PONTENG SEKOLAH ( BERKALA : 60 HARI )

    LANGKAH

    PROSEDUR

    TINDAKAN

    1 Kenalpasti murid-murid yang ponteng selama 10 hari berturut-turut. Guru Kelas

    2 Surat amaran pertama dikeluarkan / diberikan kepada ibubapa. Guru Kelas

    3 Murid berkenaan diminta menghadiri sesi kaunseling. Kaunselor

    4 Kenalpasti murid-murid yang ponteng selama 10 hari selepas amaran

    pertama dikeluarkan / diberikan.

    Guru Kelas

    5 Surat amaran kedua dikeluarkan / diberikan kepada ibubapa.

    Guru Kelas

    6. Murid berkenaan diminta menghadiri sesi kaunseling.

    Kaunselor

    7 Kenalpasti murid-murid yang ponteng selama 20 hari selepas amaran

    kedua dikeluarkan / diberikan

    Guru Kelas

    8 Surat amaran ketiga dikeluarkan / diberikan kepada ibubapa.

    Ibubapa dipanggil untuk pemakluman tindakan seterusnya.

    Guru Kelas.

    9 Murid berkenaan diminta menghadiri sesi kaunseling.

    Kaunselor

    10 Kenalpasti murid-murid yang ponteng selama 20 hari selepas amaran

    ketiga dikeluarkan / diberikan .Ibubapa dipanggil untuk tindakan buang

    sekolah.

    -Guru Kelas

    -GPK HEM

    -Guru Besar

    PROSEDUR TINDAKAN SALAHLAKU

  • LANGKAH PROSES TINDAKAN

    1 Aduan diterima daripada guru mata pelajaran

    atau lain-lain sumber.

    Guru Mata Pelajaran

    2 Siasatan dijalankan dan bagi mencari bukti

    atau saksi.

    Guru Pen Kanan HEM

    Guru Disiplin

    3 Sekiranya ada asas kes diteruskan, jika tidak

    kes gugur.

    Guru Pen. Kanan HEM

    Guru Disiplin

    4 Jika ada kes, Lembaga Disiplin akan

    memanggil pelajar untuk membuat pembelaan

    Diri.

    Guru Pen. Kanan HEM

    Guru Disiplin

    5 Kes sahih, hukuman dan tindakan akan diambil

    oleh pengetua, Guru Besar atau guru yang

    diberi kuasa.

    Pengetua / Guru Besar

    Guru yang diberi kuasa

    6 Jika melakukan kesalahan kali kedua maka

    sesi kaunseling perlu dibuat.

    Guru Kaunseling

    7. Pendokumentasian Fail / SSDM / Surat

    kepada penjaga.

    Guru Pen. Kanan HEM

    Guru Disiplin

    8 Selesai Selesai

    PROSES TINDAKAN SALAHLAKU: PONTENG KELAS

  • BIL

    JENIS KESALAHAN

    JENIS HUKUMAN

    BIDANG KUASA

    1

    * Kesalahan Ringan

    Diberi amaran dan kaunseling.

    Guru Besar / GPK / GPK HEM /

    Penyelia Petang / Kaunselor /

    Guru

    KESALAHAN RINGAN

    1. Menyimpan misai, janggut atau jambang.

    2. Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.

    3. Bermain dalam bilik darajah, koridor atau kawasan yang dilarang.

    4. Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran.

    5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.

    6. Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran.

    7. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.

    8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.

    9. Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal / bengkel / bilik khas.

    10. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.

    11. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam.

    12. Makan atau minum di bilik darjah.

    13. Melakukan pembaziran air / elektrik.

    14. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.

    15. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi

    perhatian

    dan lain-lain).

    16. Datang lewat ke sekolah.

    17. Lewat bergerak ke perhimpunan / bengkel / makmal.

    18. Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.

    19. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.

    20. Berjalan-jalan tanpa kebenaran.

    21. Tidak membuat gerakerja yang ditugaskan.

    22. Mengganggu kawasan.

    23. Mengganggu guru.

    24. Lewat masuk kelas.

    25. Mengotorkan kelas.

    26. Tidak duduk setempat.

    27. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.

    BIL JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN BIDANG KUASA

    2

    ** Kesalahan Sederhana

    Rotan di tapak tangan dengan menggunakan

    rotan ringan ( maksima 3 kali sebatan )

    Guru Besar / GPK / GPK

    HEM / Penyelia Petang /

    Kaunselor / Guru yang

    diberi kuasa.

    KESALAHAN SEDERHANA

    1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.

    2. Menyalahgunakan / menggunakan peralatan / sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran.

    3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.

    4. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan.

    5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.

    6. Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan.

    7. Fesyen rambut keterlaluan seperti punk / skin head atau berwarna.

    8. Menconteng pada harta benda sekolah.

    9. Memakai barang kemas keterlaluan seperti menindik telinga dan memakai subang berlebihan daripada satu, pada satu cuping

    telinga.

    10. Kesalahan lain yang difikir termasuk dalam kategori ini.

    JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN YANG BOLEH

    DIKENAKAN MENGIKUT JENIS KESALAHAN

  • BIL JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN BIDANG KUASA

    3

    *** Kesalahan Berat

    Rotan di punggung dengan dilapik pakaian

    dengan menggunakan rotan ringan (

    maksima 3 kali sebatan )

    Guru Besar / Guru yang

    diberi kuasa.

    KESALAHAN BERAT

    1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.

    2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.

    3. Membawa, menyimpan, atau mengedar bahan tembakau.

    4. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan /

    menghayalkan.

    5. Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan.

    6. Melawan, mengancam, memukul, menggugur atau mencederakan guru / pengawas / murid.

    7. Biadap terhadap guru / pengawas / murid.

    8. Memeras ugut guru / pengawas / murid.

    9. Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.

    10. Melakukan buli ( pelacoan ), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.

    11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.

    12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.

    13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita rakaman dan multimedia

    terlarang.

    14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.

    15. Mencabul kehormatan guru / murid.

    16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.

    17. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.

    18. Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.

    19. Mengintai murid lelaki / perempuan.

    20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.

    21. Merosakkan harta benda sekolah / guru.

    22. Membawa atau menggunakan bahan letupan.

    23. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.

    24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.

    25. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia.

    26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu pengajaran dan pembelajara

    peperiksaan dan ujian.

    27. Menganjurkan atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan masyarakat Malaysia.

    28. Menganjurkan atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, Jabatan Pendidikan

    Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

    29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari

    / selama 1 tahun sesi persekolahan.

    30. Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua / atau guru yang menjalankan tugas.

    31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.

    32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamirkan bahan lucah.

    33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.

    34. Melakukan hubungan yang dicurigai.

    35. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.

  • 1. Adalah menjadi tanggungjawab setiap murid menjaga keselamatan harta benda dan perabot.

    2. Peralatan inventori dan aset di dalam setiap kelas telah direkodkan dan tidak boleh / tidak dibenarkan dialihkan ke kelas /

    tempat lain tanpa kebenaran / makluman Pegawai Aset.

    3. Semua alatan seperti penggosok papan hitam, pembaris, penyapu, penyodok, bahan bantu mengajar dan sebagainya

    hendaklah disimpan di dalam almari selepas waktu persekolahan.

    4. Segala kehilangan atau kerosakan alat / perabot dan sebagainya hendaklah dilaporkan kepada guru darjah dengan segera.

    Perabot hendaklah disusun dengan rapi.

    5. Semua murid hendaklah mematuhi dan menjalankan tugas yang tertera dalam JADUAL TUGAS. Guru kelas hendaklah

    mencatat nama pelajar, tugasan dan hari bertugas bagi setiap pelajar di dalam senarai tugas kelas masing.masing.

    6. Bilik darjah hendaklah sentiasa bersih, pelajar dilarang mengotorkan dinding.

    7. Sampah mesti dikumpulkan dan bakul sampah hendaklah sentiasa dikosongkan SEBELUM waktu balik.

    8. Papan hitam hendaklah dibersihkan selepas setiap pelajaran.

    9. Cermin tingkap hendaklah dilap setiap minggu.

    10. Murid-murid dilarang makan dan minum di dalam bilik darjah tanpa kebenaran guru kelas.

    11. Murid-murid dilarang berada di dalam bilik darjah atau berkeliaran di luar bilik darjah pada waktu rehat. Semua murid mesti

    berada di kantin pada waktu rehat.

    12. Murid-murid hanya dibenarkan keluar dari bilik darjah setelah mendapat kebenaran daripada guru / ketua kelas / pengawas

    dengan menggunakan pas keluar kelas.

    13. Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah tanpa mendapat kebenaran daripada guru besar atau guru

    penolong kanan.

    14. Ketua darjah dan penolong hendaklah membantu mengawal disiplin di dalam bilik darjah dan hendaklah memaklumkan

    kepada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan dengan segera jika guru tiada di dalam bilik darjah.

    15. Murid-murid hendaklah berjalan dengan teratur sewaktu hendak pergi dan balik dari kantin / tapak perhimpunan / bilik-bilik

    khas dan lain-lain.

    16. Kipas dan lampu mesti ditutup bila meninggalkan bilik darjah. Murid / guru sesi petang mesti menutup pintu sebelum balik.

    17. Tidak dibenarkan menconteng, mengoyak, merosak atau menurunkan carta, gambar, lukisan atau hasil karya murid dan

    sebagainya yang dipaparkan di papan kenyataan bilik darjah.

    18. Ceriakanlah bilik darjah sepertimana kita menceriakan rumah kita.

    PERATURAN BILIK DARJAH

  • SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SENTUL ,

    51000 KUALA LUMPUR

    SENARAI BAHAN YANG PERLU ADA DALAM BILIK DARJAH

    Nama Guru Kelas : .. Kelas :

    Penyeliaan Kali Ke : Tarikh : .

    Nama Guru Sabjek Yang Membantu Keceriaan Kelas :

    a. . b. .

    PERINGATAN PENTING

    a. Semua senarai di atas hendaklah dilengkapkan dan diadakan dalam bulan pertama 2013. b. Sila pamerkan Senarai Semak ini di dalam kelas. c. Sila serahkan satu salinan Senarai Semak yang telah lengkap diisi kepada Pn Choo Lik Pin pada atau sebelum 21 Jan.

    2013.

    Sila tanda (/) di petak ADA jika telah dilaksanakan dan tanda (X) di petak TIADA jika belum dilaksanakan.

    BAHAN ADA TIADA BAHAN ADA TIADA

    Jadual Waktu Kelas

    Graf Pencapaian Kelas PKSR 1, 11

    Jadual Tugas Murid

    Pelan Keselamatan

    Carta Organisasi Kelas (Bergambar)

    Potret Pemimpin

    Rukun Negara

    Kata-kata Perangsang

    Falasafah Pendidikan Kebangsaan

    Carta ABM digantung kemas

    Peraturan Bilik Darjah

    Jam Dinding

    Misi Sekolah

    Kalendar / Cuti Persekolahan

    Visi Sekolah

    Alas Meja

    Sudut Bacaan

    Alatan Pembersihan ( penyapu , bakul

    sampah , penyodok sampah , pemadam ,

    bulu ayam )

    Sudut Matapelajaran

    Sudut Pameran Hasil Kerja Murid

    CATATAN

    ___________________________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________________________

    Tandatangan guru kelas Tandatangan Guru Besar/GPK/

    ..

    (Nama: )

    SENARAI SEMAK BAHAN PERLU DALAM BILIK DARJAH

  • SENARAI NAMA GURU KELAS DAN PENYELARAS ALIRAN 2014

    BIL KELAS NAMA PENYELARAS

    1. 1 CEMERLANG SURIANI BT ABDUL MULOK

    SITI KHADIJAH BT MAHMUD

    (KETUA PENYELARAS TAHAP 1)

    2. 1 CERDIK ZURAIHA MUSTAPA

    3. 1 CANGGIH SITI KHADIJAH BT MAHMUD

    4. 1 CERDAS NORHASRINA BT HASAN

    5. 1 CEKAP ZAIROSNIDAWATI BT ISMAIL

    6. 1 CEKAL NORALINA BT ANI

    7. 2 CEMERLANG ONI SAMSIDA BT SAMSUDIN

    ONI SAMSIDA BT IBRAHIM

    8. 2 CERDIK CHRISILA CHRISITE

    9. 2 CANGGIH HASMIZAM B HASAN

    10. 2 CERDAS KU YATI KU IBRAHIM

    11. 2 CEKAP MOHD NOOR MAMAT

    12. 2 CEKAL NORIZAN ABU BAKAR

    13. 3 CEMERLANG ZULKIFLI MAT

    USMAWATI BT MOHD GHAZALI

    14. 3 CERDIK NURUL HAFIZAH BT CHE OMAR

    15. 3 CANGGIH USMAWATI BT MOHD GHAZALI

    16. 3 CERDAS FARIZA BT ZAMBERY

    17. 3 CEKAP SYAZWANI NORIZAN

    18. 3 CEKAL NORTININGSIH BT YASIN

    19. 4 CEMERLANG VASANTHI A/P REGUPATHIE

    VASANTHI A/P REGUPATHIE

    20. 4 CERDIK MAGIASWARI A/P SUBRAMANIAM

    21. 4 CANGGIH SITI MARIAM ABDULLAHI

    22. 4 CERDAS NUR AZILA BT MOHD SAAD@DIN

    23. 4 CEKAP ABD AZIZ B. ISMAIL

    24. 5 CEMERLANG SITI MURNI ABD HALIM

    UMMEE FATIHAH BT AZIH

    (KETUA PENYELARAS TAHAP 2)

    25. 5 CERDIK NURUL HALIZA ILYANA BT MOHD RAZALI

    26. 5 CANGGIH UMMEE FATIHAH BT AZIH

    27. 5 CERDAS NOR SAADAH BT MOHD YUSOF

    28. 5 CEKAP HAMIDAH BT ROZALI

    29. 6 CEMERLANG SITI MAZLINA BT ABD MANAP

    SITI NORAZLINA BT NORDIN

    30. 6 CERDIK CHE ZAINI B. CHE DAUD

    31. 6 CANGGIH NURSHIEDA BT ZAKARIA

    32. 6 CERDAS SUHAWADI B. ABDULLAH

    33. 6 CEKAP SITI NORAZLINA BT NORDIN

    34. 6 CEKAL NUR AISHAH BT KHALID

    35. PRA A WAHIDA SUKERMAN NORYANI NAWAWI

    36. PRA B NORYANI NAWAWI