Upload
ischa-nina
View
181
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
5.0 Lakaran idea
Tema yang dipilh dalam RPH yang disertakan ialah tema persekitaran alam semulajadi yang
bertajuk ‘Zoo Mini’. Tema persekitaran terbahagi tiga iaitu: alam semulajadi, buatan manusia
dan teknologi. Melalui peminilihan tema dan tajuk ini, diharapkan murid dapat memahami
kepentingan pemuliharaan alam semulajadi seperti yang dilakukan di zoo. Zoo dibina oleh
manusia untuk menempatkan haiwan untuk dipamerkan kepada masyrakat. Ada juga haiwan
terancam sperti panda yang perlu dibiakkan di zoo untuk mengelakkan kepupusannya.
Dengan ini, pelbagai pengetahaun pelajar yang terlibat dalam aktivit ini dapat meningkatkan
ilmu sains dan pengetahuan amnya, di samping pengetahuan lain.
Langkah penyediaan lakaran diorama ini ialah seperti berikut:
Menentukan subjek dan tema.
Tema yang dipilih ialah persekitaran alam semulajadi yang bertajuk ‘Zoo Mini’.
Menentukan alat dan media.
Alat yang diperlukan: kotak kasut, kadbod, benang hijau, polisterin, gunting, cat air,
gam, kertas berwarna
Membuat thumbnail-print.
Gambar di bawah menunjukkan thumbnail-print untuk diorama ‘Zoo Mini’. Beberapa
lakaran dibuat untuk memilih yang dirasakan terbaik daripada kesemuanya.
18
Memilih salah satu lakaran yang terbaik.
Lakaran terbaik yang dipilih ialah yang seperti dalam gambar di bawah:
Memperinci lakaran.
Perincian lakaran dibuat dengan menggambarkan diorama ini apabila sudah siap
dengan latar belakang yang sesuai.
19
Membuat diorama.
5.1 Koleksi gambar sumber ilham
20
21
5.2 Lakaran lukisan realistik berdasarkan koleksi gambar
Lakaran di atas diinspirasikan oleh diorama yang ditunjukan di bawah. Bezanya, tiada
harimau dan kuda belang dalam lakaran di atas, Sebaliknya digantikan dengan panda dan
rumpun buluh. Binatang zoo dalam lakaran juga tidak dipagar, tetapi berada di atas pulau
(diperbuat daripada poilisterin yang dibalut kertas dan dicat) mereka sendiri. Perkataan zoo
dipaparkan dalam kedua-dua diorama dan lakaran.
22
5.3 Lakaran kajian reka letak
Reka letak yang dipilih berbentuk seimbang dengan zirafah di tengah-tengah diorama. Setiap
binatang berada dia atas pulau kecil mereka sendiri kecuali monyet yang dibaut berpaut
kepada benang hijau yang dipintal dan dihiasi daun hijau. Reka letak ini dipilih dengan
mematuhi prinsip rekaan keseimbangan.
23
5.4 Lakaran kajian warna
Ada dua versi warna yang difikirkan sesuai dengan diorama ini. Pemilihan warna yang
ringkas mengelakkan proses yang terlalu rumit yang mungkin mematahkan semangat murid
untuk menyiapkan diorama.
24
5.5 Lakaran akhir/kajian warna yang dipilih
25