Upload
others
View
27
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
KURSUS UM01/2019: CAKNA EMOSI (PENGURUSAN STRESS) Kursus UM01/19 Cakna Emosi (Pengurusan Stress) merupakan modul kursus pertama
bagi tahun 2019 yang dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran dan Kewangan INSTUN.
Kursus telah diadakan pada 19 – 21 Februari 2019 bertempat di Bilik Pusat
Kecemerlangan Ukur Geomatik dan Campsite INSTUN. Kursus ini telah dihadiri oleh 30
orang peserta pelbagai gred dan agensi. Objektif kursus ini adalah untuk membantu
peserta menguasai teknik mengawal emosi, menangani stress dan meningkatkan
keyakinan diri untuk menguatkan diri dalam menghadapi tekanan serta memastikan
keseimbangan urusan kerja dan peribadi.
Kursus telah dikendalikan oleh penceramah Dr. Che Anuar Bin Che Abdullah dan Encik
Mohd Noor Bin Idris, Pensyarah Jabatan Psikologi dan Kaunseling Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI), Dr. Norsayyidatina Che Rozubi, Pensyarah Kanan Fakulti
Pembangunan Manusia UPSI, penceramah INSTUN serta kumpulan Simfoni Alam
INSTUN. Selain pengisian ceramah berkaitan pengurusan emosi, peserta turut dibawa
ke campsite INSTUN bagi menjalani aktiviti luar bersama alam semula jadi. Peserta
berpeluang menikmati suasana hijau yang tenang, mengadakan aktiviti air dan
menyediakan hidangan kaedah survival. Aktiviti seumpama ini memberi peluang kepada
peserta untuk menenangkan minda dan melakukan sesuatu yang menyeronokkan
sebagai terapi. Perjalanan kursus ini mendapat komitmen dan respon yang positif
daripada peserta diiringi dengan semangat kerjasama, setia kawan dalam berpasukan.