Upload
faizan-iezah
View
239
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/23/2019 krisis hadry terkini
1/15
1.0 PENGENALAN
Penyakit taun merupakan penyakit saluran penghadaman (intestinal tract) yang
disebabkan oleh bakteriaVibrio cholerae. Virus ini biasanya ditelan
melalui airminuman yang tercemar kerana pengendalian yang tidak bersih atau
melalui ikan yang tidak dimasak dengan betul terutamanya kerang. Simptom
termasuk cirit-birit ( diarrhea ), perut tegang (abdominal cramps), mual, muntah, dan
kekeringan. Penyakit Taun dirawat dengan rehidrasi dan antibiotik, tetapi dalam kes
teruk, taun boleh menyebabkan kematian.
Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan penyakit taun atau kolera
telah menurun dari 1,304 kes (19 kematian) pada tahun 1998 kepada 365 kes (7
kematian) pada tahun 2002. Penurunan ini adalah petanda baik bahawa pendidikan
dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan berkesan, namun
pengguna harus sentiasa berwaspada terhadap tahap kebersihan dan keselamatan
makanan mereka.
Wabak pertama yang dikenal pasti adalah di India iaitu pada awal 1800-an dimana
ratusan ribu orang menjadi sakit dan kebanyakkannya meninggal dunia. Organisma
ini bertanggungjawab ke atas penyakit cirit-birit serius ini sehinggalah orang British
sampai di India. Kes pertama yang didokumentasikan sebagai epidemik taun berlaku
pada tahun 1817 sepanjang kawasan barat berhampiran Sungai Ganges.
Taun menular ke seluruh dunia selepas 1817 hasil daripada pengangkutan laut
amnya kapal-kapal British yang mana Teluk Bengal mengandungi bakteria ini.
Penyakit ini menular secara mendadak di seluruh Eropah dan Rusia. Orang
Perancis merupakan pembawa penyakit Taun ini ke benua Amerika dan pada tahun
1832, ianya tersebar ke selatan iaitu dari Montreal,Kanada sehingga ke New York,Amerika.
Pada tahun 1855,satu gelombang wabak menyerang kotaraya London yang mana
ribuan menjadi sakit dan mati sebelum seorang detektif perubatan iaitu John Snow
mengenalpasti bahawa pam air Jalan Broad merupakan punca wabak tersebut. Peta
yang dilakar olehnya yang menunjukkan kedudukan orang yang sakit telah
meyakinkan beliau bahawa hanya terdapat satu kemungkinan sahaja berlakunya
wabak iaitu pam air tersebut
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bakteriahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Vibrio_cholerae&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Vibrio_cholerae&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Vibrio_cholerae&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Airhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Cirit-birithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Cirit-birithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Cirit-birithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Mual&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Muntahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Antibiotikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Antibiotikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Muntahhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Mual&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Cirit-birithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Airhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Vibrio_cholerae&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Bakteria7/23/2019 krisis hadry terkini
2/15
2.0 OBJEKTIF
2.0.1 Objektif Am:
Mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kejadian penyakit kolera yang semakin
menular di Negara Malaysia khususnya dan menjadi salah satu krisis kesihatan di
peringkat daerah secara amnya.
2.0.2 Objektif Khusus
1. Mengenalpasti sumber berlakunya kejadian penyakit kolera.
2. Menghuraikan cara penyebab krisis kesihatan yang berlaku akibat penyakit
kolera.
3. Mengenalpasti langkah-langkah untuk mengatasi masalah krisis kesihatan
bagi penyakit kolera.
3.0 Lokasi Kajian/Data Demografi
7/23/2019 krisis hadry terkini
3/15
Lokasi bagi kajian krisis kesihatan berkenaan wabak kolera telah dijalankan di
Daerah Tawau.Kedudukan Tawau terletak di garisan bujur 117 ke timur dan
430 di garisan lintang ke utara.Ia meliputi kawasan seluas 6.125 kilometer
persegi atau bersamaan dengan 612,506 hektar dan terletak di bahagian Pantai
Timur Sabah. Tawau berkongsi sempadan dengan Kalimantan Indonesiasementara lautnya pula dikelilingi oleh Laut Sulu di timur dan Laut Sulawesi di
selatan. Bagi memudahkan pentadbiran dan pencukaian Daerah Tawau
dipecahkan kepada empat bahagian iaitu Bandar (2,510 hektar), Separuh Bandar
(3,075 hektar), Luar Bandar ( 568,515 hektar), dan Laut (38.406 hektar). Daerah
Tawau dibahagikan kepada 10 mukim dan 81 kampung yang terhimpun didalam
dua kawasan parlimen dan enam Dewan Undangan Negeri (DUN). Parlimen
Tawau mengandungi DUN Sri Tanjung, Apas,dan Balung. Manakala Parlimen
Kalabakan pula merangkumi DUN Merotai, Tanjung Batu, dan sebatik.
Dari segi ekonomi, terdapat beberapa jenis kegiatan ekonomi atau sumber
pendapatan yang terdapat di Tawau iaitu pertanian, perikanan, perusahaan kayu
kayan, pembangunan. Pada dasarnya Daerah Tawau merupakan daerah
pertanian dan berdasarkan status pertaniannya ramai yang mengelar Tawau
sebagai Bumi Peladang dan dianggarkan lebih daripada 159,328 hektar tanah
di Daerah Tawau sesuai untuk tujuan pertanian.Tanaman yang utama di Daerah
Tawau ialah kelapa sawit, koko, getah, dan kelapa.Selain daripada aktiviti
pertanian, aktiviti perikanan juga merupakan kegiatan ekonomi yang dijalankan di
Tawau.Oleh sebab pengeluaran dan bekalan makanan laut yang banyak, hasil
laut ini juga telah dieksport ke luar Negara seperti Jepun, Hongkong, AmerikaSyarikat, Singapura, dan Semenanjung Malaysia.
7/23/2019 krisis hadry terkini
4/15
4.0 TATACARA PROSEDUR
4.0.1 Kenyataan masalah
Penyakit taun atau kolera merupakan penyakit akibat daripada jangkitan virus
(kuman), vibrio cholera. Salah satu punca bagaimana kuman taun boleh tersebar
ialah melalui pengambilan makanan dari persekitaran yang kotor dan tidak terurus
seperti pengambilan makanan yang dicemari kuman taun atau tidak dimasak .
Bakteria ini telah diisolasikan, dikultur dan dicirikan untuk pertama kalinya oleh
Robert Koch di Jerman pada tahun 1883. Ciri-ciri bacteria ini adalah berbentuk
koma, berflagella dan merupakan bakteria aerobik gram-negatif.
Gambarajah 1.1 menunjukkan bentuk sebenar bacteria Vibrio cholerae.
Untuk lebih mendalam, V cholerae O1 dan V cholerae O139 adalah sangat berkaitan
dengan epidemic taun. V cholerae ini diklasifikasikan kepada 2 biotaip umum iaitu
classic dan El Tor. Kedua-dua biotaip kemudiannya dibahagi kepada 3 serotaip lagi
iaitu Serotaip Inaba, Serotaip Ogawa dan Serotaip Hikojima.
Penyakit kolera merupakan penyakit yang sinonim kepada golongan kanak kanak.
Kanak kanak merupakan golongan yang paling senang dijangkiti penyakit ini dan
kanak kanak berusia 2 hingga 4 tahun mencatatkan kadar jangkitan tertinggi.
Walau bagaimanapun,tidak lagi pada zaman sekarang. Kini penyakit kolera mulai
menghampiri, mendekati dan mendampingi golongan remaja dan dewasa. Mengapaperkara ini boleh berlaku pada masa kini.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakithttp://refimgshow%281%29/http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit7/23/2019 krisis hadry terkini
5/15
Kajian genetik terkini menunjukkan kecenderungan seseorang kepada taun (dan
cirit-birit lain) bergantung kepada jenis darah mereka. Mereka dengan darah jenis O
paling mudah dijangkiti. Mereka dengandarahjenis AB paling tahan, hampir kebal.
Antara kedua melampau terdapat jenis darah A dan B, dengan jenis A lebih tahan
berbanding jenis B.
TANDA TANDA DAN MASA PENGERAMAN
Tanda dan gejala penyakit Taun ini ialah :
Seseorang itu akan mempunyai najis yang cair,berbau hanyir dan bermukus
yang juga dikenali sebagai air beras.
Muntah
Kejang di bahagian abdominal
Dehidrasi
Demam (jarang-Di kalangan kanak-kanak)
Masa pengeraman bagi penyakit ini ialah di antara beberapa jam sehingga 5 hari.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Darahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Darahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Darahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Darah7/23/2019 krisis hadry terkini
6/15
4.0.2 Literature Review
SUMBER/FAKTOR KEJADIAN PENYAKIT KOLERA.
Sumber jangkitan bagi penyakit kolera adalah disebabkan oleh beberapa punca,
antara punca jangkitan penyakit ini adalah melalui pembawa sihat itusendiri.Pembawa sihat ini membawa bakteria Vibrio cholerae didalam badannya.
Walaupun secara zahirnya pembawa sihat ini tidak menunjukkan apa-apa tanda dan
gejala yang menunjukkan beliau menghidapi penyakit kolera, tetapi pembawa sihat
ini masih boleh menyebarkan penyakit kolera kepada orang lain dengan cara
jangkitan melalui feces yang mengandungi bakteria Vibrio cholerae, dan apabila
feces yang mengandungi bakteria Vibrio cholerae ini mencemari bekalan air atau
makanan ia akan menyebabkan berlakunya jangkitan penyakit kolera terhadap
orang awam yang menggunakan punca air yang sama.Dr. Zlatko Bencic & Renuka
senha menyatakan bahawa bakteria Vibrio cholerae boleh hidup didalam badanmanusia sehingga beberapa bulan tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda
penyakit kolera dan beliau juga menyatakan kejadian penyakit kolera akan
meningkat disebabkan oleh pembawa sihat.
Selain itu, penyakit kolera ini juga boleh merebak melalui makanan atau
minuman yang tercemar dengan bakteria Vibrio cholerae.Melalaui laman sesawang
perubatanwww.health24.comgaya pemakanan dengan cara memakan makanan
laut mentah seperti kekerang yang telah tercemar merupakan faktor utama jangkitan
penyakit kolera melalui makanan dan minuman. Ini kerana, makanan mentah yang
tidak dimasak dengan sempurna berkemungkinan mengandungi bakteria Vibriocholerae yang terkandung didalam feces/najis pembawa sihat.Oleh yang demikian,
adalah tidak digalakkan memakan makanan mentah seperti kekerang dan ulam
sekiranya terdapat kejadian penyakit kolera di sesuatu tempat.
Aktiviti perkapalan dan kemasukan pekerja asing/pelancong juga merupakan
salah satu punca kejadian penyakit kolera.Ini kerana, kapal-kapal yang berlabuh di
Tawau khususnya dan di Malaysia amnya berkemungkinan telah berlabuh di
negara-negara endemik kolera seperti India dan risiko pembawa sihat adalah tinggi
dikalangan kelasi-kelasi kapal atau pelancong-pelancong yang telah
berlabuh/melawati negara endemik tersebut.Oleh yang demikian, adalah disarankanagar kelasi-kelasi kapal atau pelancong tersebut mengambil vaksin sebelum
berlabuh/melancong di negara-negara endemik kolera.
http://www.health24.com/http://www.health24.com/http://www.health24.com/7/23/2019 krisis hadry terkini
7/15
KESAN PENYAKIT KOLERA TERHADAP MASYARAKAT
Terdapat banyak kesan dan implikasi kejadian penyakit kolera, namun ia
bergantung kepada di mana kejadian penyakit tersebut berlaku. Sekiranya wabak
kolera berlaku di negara-negara miskin, impak kejadian penyakit ini adalah
melibatkan jumlah kematian yang ramai, ini kerana negara-negara miskin ini tidak
mempunyai kemampuan untuk memberikan rawatan kepada semua pesakit yang
menghidapi penyakit kolera kerana rawatan yang diperlukan menelan belanja yang
besar sekiranya berlaku wabak.
Krisis penyakit kolera juga akan memberikan impak yang besar dari segi sosio-
ekonomi masyarakat setempat khususnya dan ekonomi negara amnya. Ini kerana,
kejadian wabak kolera ini berkemungkinan akan menyebabkan panik dikalangan
masyarakat, dan didalam keadaan panik ini masyarakat setempat yang kurang
pengetahuan mengenai penyakit kolera berkemungkinan membuat keputusan tidak
akan membeli makanan-makanan laut. Ini secara tidak langsung membantutkan
ekonomi setempat.
Laman sesawang rasmi Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan
bahawa Implikasi krisis penyakit kolera terhadap negara pula adalah dari segi
pelancongan dan pengeksportan. Sudah tentu pelancong-pelancong tidak akan
mengunjungi negara-negara yang telah diistiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan
Dunia (WHO) sebagai negara endemik kolera. Walaupun terdapat vaksin bagi
mengelakkan jangkitan kolera, namun jumlah kedatangan pelancong secara tidak
langsung akan terbantut akibat daripada krisis wabak kolera yang berlaku disesebuah negara. Selain itu, aktiviti eksport hasil makanan negara juga akan
menerima kesan dan ini akan menyebabkan pendapatan negara menurun.
Penyakit taun atau kolera yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini, merupakan
penyakit yang tertumpu pada saluran penghadaman akibat daripada jangkitan
bakteria (kuman), vibrio cholera. Ia berlaku apabila kuman taun dari pesakit atau
pembawa menjangkiti individu sihat melalui mulut. Salah satu punca bagaimana
kuman taun boleh tersebar ialah melalui pengambilan makanan dari persekitaran
yang kotor dan tidak terurus. Ini termasuk makanan yang dicemari kuman taun, tidak
dimasak dan dimakan sejuk.
Selain ini, lalat dan air minuman yang dicemari najis boleh menyebarkan kuman
taun kepada individu sihat lain. Tempoh bagi kuman taun merebak dalam badan
sehingga menunjukkan tanda penyakit adalah dalam masa lima hingga enam hari.
7/23/2019 krisis hadry terkini
8/15
TANDA TANDA DAN RAWATAN PENYAKIT KOLERA
a) Tanda-tanda jangkitan
Cirit-birit berterusan serta muntah yang teruk. Najis cair dan berwarna.
Kejadian cirit-birit adalah disebabkab oleh pengeluaran racun atau toksin oleh
vibro cholera semasa di usus yang menyebabkan air badan keluar memasuki
saluran usus. Selepas beberapa jam, otot penghidap akan mengalami
kekejangan terutama di pergelangan kaki dan perut kerana kehilangan garam
sodium.
Penghidap akan mengalami kejutan dan boleh pengsan. Tekanan darah
menurun, nadi lemah, lidah kering dan mata cengkung di samping masalah
membuang air kerana kehilangan air yang banyak.
Pada peringkat ketiga, jika cirit-birit dan muntah berhenti, tekanan darah akan
meningkat kepada biasa dan penghidap pulih. Jika tidak, suhu badan akan
meningkat, peningkatan suhu badan secara mendadak mungkin berlaku dan
penghidap akan koma dan mungkin maut.
b) Rawatan penyakit taun
i) Rawatan kehilangan bendalir dan elektrolit.
- Bendalir dalam jangkitan taun, pesakit akan diberikan gantian bendalir dan
elektrolit yang hilang. Dalam kes tidak serius, kedua-dua bendalir dan elektrolit
diberikan melalui saluran mulut sedangkan pemberian secara suntikan akan
dilakukan ke atas pesakit yang mengalami muntah-muntah dan cirit-birit yang serius
atau dehidrasi ataupun yang kehilangan air badan sehingga berat badan susut 10
peratus.
ii) Rawatan ubat
- Selain menggantikan bendalir dan elektrolit badan yang hilang, ubat antibiotik atau
antimikrob diginakan untuk merawat pesakit taun.
- Antibiotik yang seringkali digunakan dalam merawat jangkitan ialah kumpulan
tetrasiklin sebagai pilihan utama manakala trimetofrim-sulfametokasazol, eritromisin,
kloramfenikol dan furazolidon juga digunakan sebagai alternatif dalam kes-kes
kuman penyakit telah rintang kepada antibiotik pilihan utama.
- Dalam kumpulan tetrasiklin, doksisiklin merupakan ubat yang seringkali digunakan
7/23/2019 krisis hadry terkini
9/15
untuk merawat jangkitan taun. Ubat kumpulan tetrasiklin tidak boleh diambil bersama
dengan susu dan hasilan tenusu lain disebabkan bahan tersebut akan
mengurangkan tindakan ubat.
- Pantang larang yang perlu dipatuhi ialah pesakit tidak mempunyai sejarahtindakbalas alahan kepada ubat ini. Ia tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah
umur 8 tahun.
Bagi pesakit wanita dan ibu pula, mereka mestilah tidak mengandung dan tidak
menyusukan anak.
- Dalam kes ibu mengandung atau sedang menyusukan bayi serta kanak-kanak,
kumpulan tetrasiklin cenderung terkumpul di dalam tulang dan berupaya
menyebabkan gigi bayi dan kanak-kanak berubah warna kepada kekuningan serta
pertumbuhan tulang dan gigi kanak-kanak menjadi lambat.
- Sebagai langkah berhati-hati untuk mengatasi sebarang kemungkinan kerana
menggunakan ubat ini, pesakit hendaklah sentiasa meneliti kesan-kesan sampingan
yang sering kali terjadi seperti di bawah:
1. Kulit menjadi lebih sensitif apabila terkena sinaran matahari. Pendedahan
kepada sinaran matahari walaupun sekejap boleh menghasilkan kerengsaan
kulit, kegatalan, kulit menjadi merah dan mengelupas.
2. Kekejangan otot perut, cirit-birit, rasa mual dan muntah.3. Kesakitan pada bahagian perut, ubun-ubun bengkak pada bayi, sakit kepala,
hilang selera makan, warna kulit kekuningan dan perubahan deria
penglihatan.
4. Oleh sebab tetrasiklin tidak boleh diberikan kepada kanan-kanak di bawah 8
tahun, maka pesakit kanak-kanak akan diberikan kombinasi 5 mg/kg
trimetofrim dan 25 mg/kg sulfametoksazol dua kali sehari selama 3 hari.
- Kesan sampingan yang sering diperhatikan untuk ubat ini ialah cirit-birit, sakitkepala, hilang selera makan, gatal kulit, sakit pada sendi otot, kesusahan
menelan makanan, sakit tekak dan demam di samping pengguna akan merasa
letih.
c) Panduan elak jangkitan
Minum air yang dimasak. Suhu air mendidih akan membunuh bakteria.
Gunakan air bersih seperti air paip atau telaga yang dibubuh klorin untuk
7/23/2019 krisis hadry terkini
10/15
kegunaan harian seperti membasuh pinggan mangkuk, makanan segar,
meggosok gigi dan mengambil wuduk.
Makan makanan panas dan elakkan makanan sejuk seperti ais, aiskrim, air
batu campur kerana bakteria taun mudah membiak dalam keadaan sejuk.
Pastikan persekitaran rumah bersih. Musnahkan semua tempat pembiakanlalat dan makanan ditutup.
Sayuran dan buah-buahan segar hendaklah dicuci dengan sempurna
menggunakan air bersih.
Hendaklah sentiasa mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke
tandas.
Jika ingin makan di gerai, pastikan gerai itu bersih. Bagaimanapun, langkah
lebih bijak dengan menghentikan makan di gerai buat sementara waktu.
Jika ada ahli keluarga telah mendapat taun, pastikan ahli keluarga lain
diberitahu tentang kebersihan semasa buang air besar bagi mengelakkan ahli
keluarga lain daripada dijangkiti penyakit tersebut.
Pakaian pesakit harus dicuci dengan sabun dan larutan pemutih Clorox untuk
membasmi kuman taun.
Dapatkan ubat antibiotik yang diberi oleh pihak hospital atau Jabatan
Kesihatan untuk dimakan oleh ahli keluarga yang sihat.
Bawa pesakit yang muntah dan cirit-birit ke hospital dengan segera
7/23/2019 krisis hadry terkini
11/15
4.0.3 Pengumpulan Data Penyakit Kolera Bagi Tahun 2007-2011
Berikut merupakan data-data yang telah dikumpulkan bagi tahun 2007 hingga
2011 bagi penyakit kolera, sumber data tersebut diperoleh melalui sistem maklumat
unit CDC.
Tahun Jumlah kes Episod
2007 4 2
2008 4 3
2009 4 1
2010 26 5
2011 14 (1 mati) 2
4.0.4 Penganalisaan Dan Pentafsiran Data-Data Yang Diperoleh
Jumlah kes yang telah dicatatkan pada tahun 2007, 2008, dan 2009 masing-
masing mencatatkan sebanyak 4 kes, manakala episod kejadian penyakit kolera
adalah sebanyak 2 episod bagi tahun 2007, 3 episod bagi tahun 2008, dan 1 episod
bagi tahun 2009. Walaupun terdapat perubahan dari segi jumlah episode namun,
jumlah kes kolera yang dicatatkan tidak meningkat iaitu sebanyak 4 kes bagi tahun
2007,2008, dan 2009.
Pada tahun 2010, terdapat kenaikan dari segi jumlah kes iaitu sebanyak 26 kes
dan episod penyakit kolera yang dicatatkan pada tahun 2010 adalah sebanyak 5
episod. Berdasarkan laporan penyiasatan yang telah dilakukan oleh Penolong
Pegawai Kesihatan Persekitaran di unit CDC, peningkatan jumlah kes pada tahun
2010 adalah disebabkan oleh pembawa sihat dan terdapat jangkitan penyakit kolera
dikalangan pengendali maknan di restoran dan kantin dan ini merupakan punca
penularan wabak kolera pada tahun 2010. Walaubagaimanapun, wabak kolera yang
berlaku pada tahun 2010 dapat dikawal.
Pada tahun 2011, jumlah kes yang dicatatkan adalah sebanyak 14 kes dan 2
episod. Terdapat penurunan dari segi jumlah kes bagi penyakit kolera pada tahun
2011 berbanding tahun 2010, walaubagaimanapun terdapat 1 kes daripada 14 kes
yang dicatatkan melibatkan kematian. Berdasarkan laporan penyiasatan yang telahdilakukan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di unit CDC, kematian
adalah disebabkan kelewatan mendapatkan rawatan, ini disebabkan pesakit
tersebut enggan mendapatkan rawatan di hospital dan keluarga pesakit lambat
bertindak untuk menghantar pesakit ke hospital.
7/23/2019 krisis hadry terkini
12/15
5.0 PERBINCANGAN
Penyakit kolera merupakan penyakit yang sering berlaku di daerah Tawau.
Antara faktor yang membolehkan wabak kolera berlaku ialah
1. Terdapatnya pencemaran signifikan di dalam air, sanitasi dan jugainfrastuktur hygiene yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan orang yang
membenarkan pendedahan berskala besar kepada air atau makanan tentang
pencemaran oleh mikroorganisma Vibrio cholerae.Ini dapat dicirikan melalui
penempatan setinggan atau penempatan yang tidak mempunyai sistem perlimbahan
yang sempurna.
2. Penyakit kolera telah wujud dikalangan populasi penduduk setempat.
Walaupun faktor penyebab yang sebenar belum dapat ditentukan, namun kedua-dua
keadaan ini telah wujud.
Jika dilihat daripada ciri-ciri dan sifat bakteria itu sendiri, bakteria ini boleh hidup
dan membiak didalam air beralkali.Air laut adalah lebih beralkali dan boleh
menjadikannya sesuai untuk habitat bakteria ini.Bakteria V cholerae telah dijumpai
hanya di dalam 2 populasi haiwan iaitu kerang dan juga plankton.
Selain itu juga, dari struktur biologinya, bakteria V cholerae bukanlah bacteria
yang boleh menghasilkan spora sehinggakan boleh hidup dalam keadaan ekstrim
namun ia boleh membenarkan dirinya hidup dalam keadaan ekstrim tanpa dirinya
terbunuh dengan adanya selaput protein yang boleh berubah-ubah supaya tidak
dicerna di dalam perut manusia. Keadaan ini membolehkan ianya tidak mati danmampu menghasilkan toksin yang memaksa usus kecil dan besar melakukan hiper
sekresi.Dan fenomena ini telah mewujudkan istilah pembawa sihat bagi wabak
kolera.
Wabak kolera ini juga dapat dibendung dengan lebih berkesan sekiranya pesakit
yang mengalami tanda dan gejala penyakit kolera segera mendapatkan rawatan di
hospital atau mana-mana agensi kesihatan yang berdekatan dan pihak hospital
hendaklah memaklumkan kes-kes A.G.E secepat yang mungkin kepada pejabat
kesihatan agar tindakan susulan dan pemantauan dapat dilakukan dengan segera.
Disebabkan oleh sifat bakteria itu sendiri yang boleh hidup didalam keadaan
ekstrim serta mudah disebarkan melalui minuman dan makanan yang telah dicemari
dengan feces pesakit kolera menyebabkan penyakit kolera merupakan penyakit
yang mudah merebak dalam jumlah yang banyak jika tidak dikawal dengan
baik.Tambahan pula, masa pengeraman bagi Vibrio cholerae yang singkat juga iaitu
diantara beberapa jam hingga 5 hari turut menyumbang kepada merebaknya
penyakit kolera dengan cepat dan dalam jumlah yang banyak sekiranya langkah-
langkah pencegahan dan kawalan yang segera tidak diambil.
7/23/2019 krisis hadry terkini
13/15
6.0 CADANGAN
Walaupun penyakit Taun boleh mengancam nyawa,pencegahan penyakit ini
biasanya terus menjurus kepada amalan menjaga sanitasi yang betul. Tedapat
beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan jangkitan menularsemasa wabak.
- Sterilisasi. Pelupusan dan rawatan yang sempurna bagi air tercemar yang
dihasilkan oleh pesakit Taun dan barang-barang yang telah terkontaminasi
sepeti baju dan cadar adalah sangat perlu. Kesemua bahan yang mempunyai
kontek dengan pesakit Taun boleh disterilisasikan dengan menggunakkan air
panas dan gunakan peluntur klorin jika sesuai. Cuci tangan selepas
bersentuhan dengan barang-barang pesakit Taun.
-Memberi amaran kepada penduduk mengenai kemungkinan jangkitan Taun
terutamanya mengenai kontaminasi bekalan air. Berikan cara untuk
menyahkuman air seperti pendidihan atau penggunaan klorin.
- Penulenan air. Semua air untuk kegunaan minuman, mencuci atau memasak
hendaklah disterilisasikan dengan cara pendidihan, rawatan ozon, rawatan
ultra unguatau penapisan antimikrobial di mana sahaja wabak Taun hadir.
Ianya untuk memastikan tiada punca perebakan baru kepada wabak ini dan
ianya terhenti.
- Antibiotik. Berikan rawatan antibiotik selama 3 hari untuk memendekkan
punca penyakit dan mengurangkan keterukan penyakit itu sendiri.
Doxycycline lazimnya digunakan dengan kerap sebagai langkah pencegahan.
- Bekalkan bekalan air bersih yang mencukupi umtuk memastikan tiada
penularan penyakit.
- Berikan pendidikan kesihatan tentang cara pencegahan contohnya memakan
terus makanan yang sudah dimasak sementara masih panas untuk
mengelakkan kontaminasi serta mengelak pertambahan koloni bakteriatersebut.
- Menjalankan sisatan aktif dengan mengambil mass rectal swab untuk
mengenalpasti pesakit asimtomatik.
Dapatkan bantuan daripada pelbagai pihak dalam membantu perawatan dan
pengesanan aktif pembawa penyakit ini
7/23/2019 krisis hadry terkini
14/15
7.0 LAMPIRAN DAN RUJUKAN
7.0.1 Lampiran
Until recently, many authors have claimed that healthy carriers do not play an
important role in the spread of cholera or in maintaining an endemic area. The mostrecent investigation in endemic have, however, provided evidence that the spread of
cholera continues largely by means of healthy carriers, that V. cholerae may persist
all the year round, and that the vibrio may be found when no clinically manifest cases
are abserved. Within small, semi-isolated communities V. cholerae may persist for
several months without any case of cholera appearing during that times. V. cholerae
may also circulate among members of a family. All these heathly carriers are for the
most part short- term carriers and short-term shedders of the organism; they are
rarely chronic carriers. It is very difficult to detect chronic carriers in an endemic area,
owing to possible re-inflections, though it is possible if they discharge V. cholerae
that is easily identifiable, by characteristics different from those of the type which
permanently circulates in an area. All these recent findings point to the important role
played by healthy carriers of V. cholerae in the persistence and spread of cholera
infection in endemic areas. (Dr.Zlatko Bencic & Renuka Sinha)
Cholera is an acute intestinal infection caused by ingestion of food or water
contaminated with the bacterium Vibrio cholerae. It has a short incubation period,
from less than one day to five days, and produces an enterotoxin that causes a
copious, painless, watery diarrhoea that can quickly lead to severe dehydration and
death if treatment is not promptly given. Vomiting also occurs in mostpatients.(WHO).
Cholera is typically transmitted by either contaminated food or water. In the
developed world, seafood is the usual cause, while in the developing world it is more
often water.[1] Cholera has been found in only two other animal populations:
shellfish and plankton.[1]People infected with cholera often have diarrhea, and if this
highly liquid stool, colloquially referred to as "rice-water" or "faucet butt",
contaminates water used by others, disease transmission may occur.[9] The source
of the contamination is typically other cholera sufferers when their untreated
diarrheal discharge is allowed to get into waterways, groundwater or drinking watersupplies. Drinking any infected water and eating any foods washed in the water, as
well as shellfish living in the affected waterway, can cause a person to contract an
infection. Cholera is rarely spread directly from person to person. Both toxic and
nontoxic strains exist. Nontoxic strains can acquire toxicity through a temperate
bacteriophage.[10] Coastal cholera outbreaks typically follow zooplankton blooms,
thus making cholera a zoonotic disease.
7/23/2019 krisis hadry terkini
15/15
7.0.2 Rujukan
http://en.wikipedia.org/wiki/Cholera
http://infectiousdiseases.about.com/od/diseasesbyname/a/cholera.htm
http://www.who.int/topics/cholera/en/
International Journal of Epidemiology (1972) 1 (1) page:13-14 Cholera
Carriers and Circulation of Cholera Vibrios in the Community by Dr. Zlatko
Bencic & Renuka Sinha.
DuPont, H.L. 1995. Diarrheal diseases in the developing world. Infectious
Disease Clinics of North America. Vol. 9. pp. 313-324.
http://en.wikipedia.org/wiki/Cholerahttp://en.wikipedia.org/wiki/Cholerahttp://www.who.int/topics/cholera/en/http://www.who.int/topics/cholera/en/http://www.who.int/topics/cholera/en/http://en.wikipedia.org/wiki/Cholera