68
[TERKINI] Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2010 by Admin [ Master G ] on February 17, 2010 in Berita Dunia [KLIK] Kongsikan di Facebook Anda13 Ya….yang kaya bertambah kaya. Tahniah diucapkan kepada kalangan yang berjaya menempatkan diri dalam senarai tokoh dan orang yang terkaya di Malaysia untuk tahun 2010. Seramai 40 orang terkaya di Malaysia telah berjaya mencatatkan peningkatan daripada segi nilai kekayaan sebanyak RM156.7 bilion, atau 63 peratus lebih banyak daripada RM96.3 bilion yang dicatatkan pada tahun lalu. Tetapi jumlah keseluruhan masih kurang daripada RM171.9 bilion yang dicatat pada tahun 2008. Seperti dijangka, tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu individu korporat seperti Tan Sri Robert Kuok, Kuok Group yang baru sahaja melepaskan gelaran dan mahkota “Raja Gula” dengan menarik diri daripada bisnes gula di Malaysia yang dipegangnya selama bertahun-tahun. Beliau masih lagi individu terkaya di Malaysia dengan berjaya mengumpul kekayaan sejumlah RM42.76

TERKINI terkaya

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TERKINI terkaya

[TERKINI] Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2010by Admin [ Master G ] on February 17, 2010

in Berita Dunia

[KLIK] Kongsikan di Facebook Anda13

Ya….yang kaya bertambah kaya. Tahniah diucapkan kepada kalangan yang berjaya menempatkan diri dalam senarai tokoh dan orang yang terkaya di Malaysia untuk tahun 2010. Seramai 40 orang terkaya di Malaysia telah berjaya mencatatkan  peningkatan daripada segi nilai kekayaan sebanyak RM156.7 bilion, atau 63 peratus lebih banyak daripada RM96.3 bilion yang dicatatkan pada tahun lalu. Tetapi jumlah keseluruhan masih kurang daripada RM171.9 bilion yang dicatat pada tahun 2008.

Seperti dijangka, tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu individu korporat seperti Tan Sri Robert Kuok, Kuok Group yang baru sahaja melepaskan gelaran dan mahkota “Raja Gula”  dengan menarik diri daripada bisnes gula di Malaysia yang dipegangnya selama bertahun-tahun. Beliau masih lagi individu terkaya di Malaysia dengan berjaya mengumpul kekayaan sejumlah RM42.76 bilion, naik RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion yang dicatatkan pada tahun lalu.

Hartawan media  dan telekomunikasi iaitu Ananda Krishnan mengekalkan kedudukan kedua, dengan mencatatkan kekayaan sejumlah RM27 bilion. IOI Corporation Bhd’s Tan Sri Lee Shin Chen ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion, diikuti oleh Tan Sri Teh Hong Piow dengan RM10.86 bilion.

Page 2: TERKINI terkaya

Genting Group Tan Sri Lim Kok Thay, bernilai RM10.38 bilion, melompat 10anak tangga ke kedudukan kelima. Hong Leong Group Tan Sri Quek Leng Chan mengambil tempat di RM7.09 keenam bilion sementara Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary daripada Albukhary Foundation, bernilai RM6.01 bilion, menetap diri di kedudukan ketujuh.

Senarai 10 Individu atau orang yang terkaya terkaya di Malaysia

1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76 bilion

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien mengekalkan kedudukan sebagai rakyat Malaysia terkaya bagi tahun ketiga berturut-turut dalam `Senarai 40 Rakyat Malaysia Paling Kaya 2006' oleh majalah Malaysian Business.

Pemilik Kerry Group itu melebarkan lagi jurang kekayaannya berbanding pesaing terdekat, T. Ananda Krishnan, berikutan prestasi kukuh saham-sahamnya yang disenaraikan di bursa Hong Kong, kata majalah itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, nilai kekayaan Hock Nien adalah sebanyak RM21.53 bilion atau 27 peratus daripada jumlah kekayaan semua 40 individu dalam senarai berkenaan manakala jumlah harta Ananda ialah kira-kira RM10.97 bilion.

Kata kenyataan itu, selain pertambahan harta Hock Nien, jurang antara beliau dan Ananda selaku orang kedua terkaya, membesar berikutan tindakan pemilik Astro All Asia Networks Plc. itu menukar beberapa syarikatnya menjadi entiti persendirian selain keadaan pasaran saham tempatan yang lembap.

``Secara keseluruhannya, lebih banyak hartawan yang menyaksikan kekayaan mereka menyusut tahun ini berikutan prestasi Bursa Malaysia yang mengecewakan.

``Dalam tahun 2006, disebabkan oleh Hock Nien, kekayaan terkumpul 40 rakyat Malaysia terkaya meningkat sedikit kepada RM79.42 bilion berbanding RM78.23 bilion tahun lalu,'' kata kenyataan itu.

Tempat ketiga dalam senarai tersebut diduduki oleh pemilik Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan dan pengasas Genting Group, Tan Sri Lim Goh Tong yang masing-masing memiliki aset bernilai RM9.9 bilion dan RM6.15 bilion.

Enam lagi individu ialah peneraju Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow dengan kekayaan lebih RM6.1 bilion; Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation (RM3.89 bilion); Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary (RM2.93 bilion); Tan Sri Lim Kok Thay dari Genting (RM1.61 bilion); Tan Sri Tiong Hiew King dari Kumpulan Rimbunan Hijau (1.53 bilion) dan Tan Sri Kua Sian Kooi dari Kurnia Asia (RM964 juta).

Menurut kenyataan itu, hanya satu nama baru muncul dalam senarai 10 orang terkaya iaitu Sian Kooi yang menyingkirkan Tan Sri Yeoh Tiong Lay dari

Page 3: TERKINI terkaya

YTL Corp.

Antara muka-muka baru yang berada dalam senarai 40 orang terkaya itu pula ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tan Sri Tan Teong Hean yang kedua-dua memegang saham utama dalam Southern Bank Bhd.

Senarai 40 rakyat Malaysia terkaya adalah berdasarkan kepentingan mereka dalam syarikat senaraian awam sehingga 20 Januari 2006.

Robert Kuok Kekal Orang Terkaya Di Malaysia

Kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia terus mencatat peningkatan dengan kekayaan mereka yang terkumpul bernilai RM156.7 bilion semalam atau 63 peratus lebih daripada RM96.3 bilion berikutan pemulihan dalam pasaran saham, demikian didedahkan hasil satu kaji selidik oleh Malaysian Business.

Bagaimanapun, menurut kenyataan hasil kaji selidik majalah itu yang dikeluarkan hari ini, kekayaan terkumpul mereka masih kurang daripada RM171.9 bilion yang direkodkan pada tahun 2008.

Penanda aras FBM KLCI telah meningkat 44.3 peratus sejak kaji selidik terakhir ketika masyarakat dunia berusaha bangkit semula berikutan krisis kewangan global.

Senarai penuh 40 orang terkaya dan maklumat mengenai kekayaan mereka telah diterbitkan dalam majalah itu dalam keluaran 16 Februari. Seperti tahun lepas, kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai semalam.

Kaji selidik itu juga menunjukkan hampir separuh daripada senarai yang tercatat tahun ini melonjak 50 peratus atau lebih.

Ada lebih jutawan tahun ini iaitu 22 orang - lebih lapan orang berbanding tahun lepas.

Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkotanya "Raja Gula" tahun lepas, masih mendahului senarai dengan kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu.

Hartawan telekomunikasi Ananda Krishnan berada pada kedudukan kedua dengan kekayaan RM27 bilion.

Tan Sri Lee Shin Chen dari IOI Corporation Bhd menduduki tempat ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion diikuti ahli perbankan terkemuka Tan Sri Teh Hong Piow dengan kekayaannya berjumlah RM10.86 bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dengan kekayaan bernilai RM10.38 bilion, melonjak kepada kedudukan kelima. Ini kerana beliau mewarisi sejumlah besar kekayaan daripada mendiang bapanya Tan Sri Lim

Page 4: TERKINI terkaya

Goh Tong.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong menduduki tempat keenam dengan RM7.09 bilion manakala Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary dengan kekayaan bernilai RM6.01 bilion, menduduki tempat ketujuh.

Jutawan lain yang tersenarai dalam 10 teratas adalah balu Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group.

Lima muka baru dalam senarai itu ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun.

- BERNAMA

** lihat lah di mana orang melayu...hanya seorang je yang tersenarai....dan di ungguli oleh orang cina dlm orang terkaya dimalaysia.

2.  Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27 bilion

3.  Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92 bilion

4.  Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86 bilion

5.  Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38 bilion

6.  Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09 bilion

7.  Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01 bilion

8.  Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4 bilion

9.  Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5 bilion

10.  Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2 bilion

5 Pendatang Baru Dalam Senarai Orang Terkaya di Malaysia

1) Lee Swee Eng dari KNM Group

2) Datuk Shahril saudara Shahriman Syamsuddin

3) Datuk Seri Nazir Razak CIMB Group

4) Ong Leong Huat dari OSK Holdings

Page 5: TERKINI terkaya

5) Syamsuddin dari Sapura

Anak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tersenarai dalam 20 orang terkaya di Malaysia. Sehingga 15 Januari lalu, Mokhzani dari Kencana Petroleum, disenaraikan dengan kekayaan sebanyak RM1.075 bilion untuk menduduki tangga ke-20 orang terkaya di Malaysia.

Manakala Tan Sri Azman dari Arab-Malaysian Corp di senaraikan di tangga ke-11 dengan kekayaan sebanyak RM2.8 bilion. Datuk Seri Nazir Razak yang juga merupakan adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari Kumpulan CIMB, turut disenaraikan antara 40 orang terkaya di Malaysia.

40 terkaya di Malaysia

Senarai Terkaya Forbes Asia Malaysia bagi tahun 2009 menunjukkan Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuokkekal sebagai rakyat Malaysia yang paling kaya dengan nilai bersih AS$9 bilion, turun daripada AS$10 bilion setahun lalu. Menurut Forbes, Kuok menduduki tempat itu setiap tahun sejak Forbes Asia memulakan ranking 40 rakyat Malaysia terkaya pada 2006.Tan Sri Ananda Krishnan pula menduduki tempat kedua dengan nilai bersih AS$7 bilion, turun daripada AS$7.2 bilion pada tahun lalu. Beliau juga mengekalkan ranking yang sama setiap tahun sejak 2006.

Secara bersama, Kouk dan Ananda mencatatkan 44 peratus daripada kekayaan teratas 40 rakyat Malaysia terkaya dan mereka juga orang terkaya di Asia Tenggara.

Peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia, Kumpulan IOI, Tan Sri Lee Shin Cheng merupakan rakyat Malaysia ketiga terkaya.

Beliau bernilai AS$3.2 bilion, turun daripada AS$5.5 bilion pada tahun lalu tetapi mengekalkan kedudukannya di tempat ketiga.

Empat puluh orang rakyat Malaysia terkaya yang disatukan mempunyai nilai harta bersih AS$36 bilion, turun daripada AS$46 bilion setahun lalu.

Malaysia mempunyai sembilan orang bernilai berbilion dolar yang secara bersama bernilai AS$30 bilion atau 84 peratus daripada keseluruhan kekayaan yang dihimpunkan oleh 40 orang terkaya di negara ini. Ia adalah perbezaan kekayaan terbesar di dalam senarai terkaya Forbes Asia.

Page 6: TERKINI terkaya

Senarai 40 orang terkaya di Malaysia 2009 menurut Forbes Asia: 1.(1) Robert Kuok AS$ 9 billion, 85, berkahwin, 8 orang anak.

2.(2) Ananda Krishnan AS$ 7 billion, 71, berkahwin, 3 orang anak.

3.(3) Lee Shin Cheng AS$ 3.2 billion, 70, berkahwin, 6 orang anak.

4.(5) Lee Kim Hua AS$ 2.5 billion, 80, janda, 6 orang anak.

5.(4) Teh Hong Piow AS$ 2.4 billion, 79, berkahwin, 4 orang anak.

6.(6) Quek Leng Chan AS$ 2.3 billion, 68, berkahwin, 3 orang anak.

7.(7) Yeoh Tiong Lay AS$ 1.8 billion, 79, berkahwin, 7 orang anak.

8.(8) Syed Mokhtar AlBukhary AS$ 1.1 billion, 57, berkahwin, 5 orang anak.

9.(10) Tiong Hiew King AS$ 1 billion, 74, berkahwin, 4 orang anak.

10.(9) Vincent Tan AS$ 750 juta, 57, berkahwin, 11 orang anak.

11.(11) Azman Hashim AS$ 470 juta, 69, berkahwin, 5 orang anak.

12.(12) William H.J. Cheng AS$ 390 juta, 66, berkahwin, 3 orang anak.

13.(26) G. Gnanalingam AS$ 260 juta, 64, berkahwin, 3 orang anak.

14.(15) Lim Kok Thay AS$ 225 juta, 57, berkahwin, 3 orang anak.

15.(19) Anthony Fernandes AS$ 220 juta, 45, berkahwin, 2 orang anak.

16.(20) Mokhzani Mahathir AS$ 215 juta, 48, berkahwin, 5 orang anak.

17.(17) Lee Oi Hian AS$ 210 juta, 58, berkahwin, 4 orang anak.

18.(-) Chan Fong Ann AS$ 209 juta. 78, berkahwin.

19.(21) Kamarudin Meranun AS$ 205 juta, 48, berkahwin, 5 orang anak.

20.(24) Chong Chook Yew AS$ 200 juta, 87, janda, 4 orang anak.

21.(-) Chen Lip Keong AS$ 195 juta, 61.

22.(13) Lee Swee Eng AS$ 190 juta, 53, berkahwin.

23.(22) Jeffrey Cheah AS$ 185 juta, 64, berkahwin, 3 orang anak.

24.(27) Lim Wee Chai AS$ 180 juta, 51, berkahwin, 2 orang anak.

25.(34) Ahmayuddin Ahmad AS$ 175 juta, 52, berkahwin, 4 orang anak.

Page 7: TERKINI terkaya

26.(23) Lee Hau Hian AS$ 174 juta, 55, berkahwin, 1 orang anak.

27.(29) Lau Cho Kun AS$ 165 juta, 73, berkahwin.

28.(16) Vinod Sekhar AS$ 150 juta, 41, berkahwin, 2 orang anak.

29.(33) Liew Kee Sin AS$ 140 juta, 50, berkahwin, 4 orang anak.

30.(32) Tiah Thee Kian AS$ 135 juta, 61, berkahwin, 5 orang anak.

31.(-) Rozali Ismail AS$ 130 juta, 53, berkahwin.

32.(36) Lin Yun Ling AS$ 115 juta, 54, berkahwin, 2 orang anak.

33.(18) Yaw Teck Seng AS$ 113 juta, 71, berkahwin.

34.(-) Goh Peng Ooi AS$ 112 juta, 53.

35.(35) Eleena Azlan Shah AS$ 110 juta, 49, berkahwin, 2 orang anak.

36.(31) David Law Tien Seng AS$ 105 juta.

37.(-) Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir AS$ 100 juta, 61, berkahwin, 3 orang anak.

38.(-) Hamdan Mohamad AS$ 98 juta, 53, berkahwin, 2 orang anak.

39.(-) Tan Teong Hean AS$ 95 juta, 65, berkahwin, 3 orang anak.

40.(28) Kua Sian Kooi AS$ 90 juta, 56, berkahwin, 4 orang anak.

Tiga individu yang baru tersenarai di dalam kumpulan terkaya ini ialah anggota Lembaga Pengarah IOI, Chan Fong Ann (ranking 18, AS$209 juta), tauke judi, Tan Sri Chen Lip Keong (ranking 21, AS$195 juta) dan eksekutif perisian, Goh Peng Ooi (ranking 34, AS$112 juta).

Manakala empat orang menyertai semula kumpulan ini selepas terkeluar selama setahun atau lebih. Mereka ialah Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir (ranking 37, AS$100 juta) dan Tan Sri Tan Teong Hean (ranking 39, AS$95 juta), yang menjual saham Southern Bank beberapa tahun lalu dan kini membuat pelaburan baru.

Mereka yang terkeluar daripada senarai tahun ini;

Ong Beng Seng, 64 (AS$ 470 juta) Yaw Chee Ming, 50 (AS$ 240 juta) Abdul Hamed Sepawi, 59 (AS$ 180 juta) Ong Leong Huat, 65 (AS$ 130 juta) Lim Thian Kiat, 51 (AS$ 115 juta) Khoo Kay Peng, 70 (AS$ 110 juta) Nazir Razak, 42 (AS$ 100 juta)

Angka dalam kurungan merupakan kedudukan tahun lepas.

Senarai penuh rakyat Malaysia terkaya dan cerita mengenai mereka boleh diperolehi di dalam majalah Forbes Asia terbitan 8 Jun 2009.

Page 8: TERKINI terkaya

Sumber : Forbes

MUNGKIN ramai yang tidak menyedari bahawa seorang ahli muzik yang pernah mengetuai syarikat rakaman

Warner Music (M) Sdn. Bhd., Tony Fernandes kini merupakan seorang tokoh korporat tanah air yang disegani

kerana kejayaannya mencetus revolusi dalam industri penerbangan rantau Asia.

Page 9: TERKINI terkaya

Bagaimanapun, kejayaan yang dibinanya sejak enam tahun lalu itu, bukannya datang bergolek, kerana

Fernandes, yang mahir bermain keyboard itu, terpaksa melalui ‘ranjau dan duri’, sebelum berjaya membina firma

penerbangan tambang murah AirAsia Bhd. sehingga dikenali di peringkat antarabangsa pada masa ini.

Kejayaannya itu juga telah mengheret beliau ke dalam kancah kontroversi termasuk dikaitkan dengan Naib

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, tokoh korporat T. Ananda Krishnan (seorang hartawan), Tan Sri

Vincent Tan (tokoh korporat), Datuk Mokhzani (anak Tun Dr. Mahathir Mohamad) dan beberapa orang lain,

tetapi Fernandes mengambil sikap ‘membisu’ kerana tidak mahu kontroversi itu merebak menjadi isu.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia itu ketika menceritakan detik permulaan beliau menceburi industri

penerbangan berkata: “Saya sudah lama bercita-cita ingin menceburi perniagaan secara serius, tetapi tidak tahu

perniagaan apa yang ingin dijalankan.”

Fernandes berkata, idea untuk menubuhkan syarikat penerbangan datang secara spontan semasa beliau berada

di London, ketika menonton televisyen.

“Saya tertarik melihat iklan sebuah syarikat penerbangan tambang murah, Easyjet. Kemudian saya bergegas ke

Lapangan Terbang Luton (di London) dan menghabiskan masa selama dua hari di sana.

“Saya tertarik dengan konsep perniagaan itu dan bercadang untuk memperkenalkan perkhidmatan itu di

Malaysia dan menyimpan impian untuk mengembangkan konsep itu di rantau Asia,” katanya ketika ditemui di

Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Katanya, setelah kembali ke Malaysia, beliau telah menyatakan hasratnya itu untuk menubuhkan syarikat

penerbangan kepada kawan rapatnya (Datuk) Kamarudin Meranum yang merupakan bekas kakitangan sebuah

bank pelaburan dan kini menjadi Pengarah Eksekutif AirAsia.

“Saya mengenali Kamarudin menerusi Sheila Majid (Ratu Jazz Malaysia) dan selain itu, Kamarudin juga

merupakan kawan rapat kepada Roslan Aziz (penerbit muzik).

“Saya menyatakan hasrat saya untuk menjadi usahawan dan menubuhkan syarikat penerbangan kepada

Kamarudin.

“Setelah mendengar penjelasan saya itu, Kamarudin bersetuju untuk bersama dan kami kemudian

mengeluarkan wang simpanan masing-masing dan berjaya mengumpulkan sebanyak RM1 juta sebagai modal

permulaan,” katanya.

Fernandes berkata, beliau masih ingat lagi tarikh keramat itu ialah pada Mei 2001.

Beliau dan Kamarudin menjemput seorang lagi rakan baik mereka dalam industri muzik tanah air iaitu Aziz Bakar

untuk menyertainya.

“Kami kemudian menemui Datuk Pahamin Ab. Rajab, untuk meminta bantuannya bagi mendapatkan lesen

penerbangan.

Page 10: TERKINI terkaya

“Kami meminta bantuan Pahamin kerana beliau sebelum itu banyak membantu industri muzik dalam memerangi

cetak rompak semasa menjadi Ketua Setiausaha di Kementerian Perdagangan Hal Ehwal Dalam Negeri,”

katanya.

Menurut Fernandes, Pahamin kemudian mengatur temu janji bagi pihak kami dengan Tun Dr. Mahathir

Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri.

“Dalam pertemuan itu, Tun Mahathir telah memaklumkan bahawa lesen syarikat penerbangan tidak lagi

dikeluarkan dan jika kami berminat, kami diminta mengambil alih mana-mana syarikat penerbangan yang ada

ketika itu.

“Pahaminlah yang telah menukar impian kami menjadi kenyataan,” katanya.

Atas jasanya (Pahamin) itu, Fernandes berkata, beliau telah mempelawa Pahamin menjadi rakan kongsi.

Fernandes dan rakan-rakan kongsinya itu kemudian mengambil alih syarikat penerbangan AirAsia Sdn. Bhd.

daripada DRB-Hicom Bhd. menerusi Tune Air Sdn. Bhd., pada 8 September 2001 untuk diterapkan konsep

tambang murah.

Ketika mengambil alih Tune Air, mereka juga terpaksa mengambil alih hutang tertunggak syarikat tersebut

dengan Malaysia Airlines Bhd., Malaysia Airport Holdings Bhd. dan Petronas yang berjumlah RM20 juta,

katanya.

“Selepas mengambil alih AirAsia, kami diberi tempoh selama enam bulan untuk melunaskan kesemua hutang

yang tertunggak itu.

“Kami telah berbincang bagi mencari jalan bagaimana untuk menjelaskan hutang tersebut kerana kami tidak

mempunyai modal yang mencukupi,” katanya.

Penyelamat

Menurut Fernandes, penyelamat mereka ketika itu adalah kontrak AirAsia dengan Tabung Haji yang diwarisi

daripada DRB-Hicom, yang menjana keuntungan kepada AirAsia.

Beliau berkata, keuntungan daripada kontrak AirAsia itu telah digunakan untuk membayar balik hutang tersebut.

“Kontrak penerbangan jemaah haji yang berbaki dua tahun ketika kami mengambil alih AirAsia telah menjadi

penyelamat, kalau tiada kontrak itu, tak tahulah apa yang mungkin berlaku pada kami ketika itu.

“Kami juga telah meminta seorang lagi rakan kami iaitu, bekas pemain gitar base kumpulan Discovery (Datuk)

Nasser Abdul Kassim yang pernah bermain bersama Fauzi Marzuki dan Goh Boon Hoe untuk menguruskan

kontrak tersebut,’’ katanya.

Nasser kini merupakan Pengarah Rantau Kargo AirAsia, tambah beliau.

Page 11: TERKINI terkaya

Nasser berjaya melaksanakan tugasnya dengan cemerlang, namun begitu kontrak tersebut tidak dilanjutkan

kerana kerajaan memberikan kontrak itu semula kepada MAS, katanya.

“Kami di AirAsia memang suka berkawan dan kami melantik kawan-kawan daripada pelbagai latar belakang dan

keturunan untuk menjadi rakan kongsi kami. Ternyata formula ini telah membuahkan kejayaan kepada AirAsia,”

katanya.

Fernandes berkata, kejayaan AirAsia bukan sahaja merupakan manifestasi kejayaan negara tetapi merupakan

simbol kejayaan masyarakat majmuk dalam menguruskan sebuah syarikat perniagaan.

Ketika menceritakan lebih lanjut perkembangan AirAsia, Fernandes berkata: “Baru-baru ini, kami telah melantik

Mark Lankester (adik kepada pelakon Susan Lankester) sebagai Timbalan Ketua Eksekutif Tune Hotels.Com;

Datuk Seri Kalimullah Hassan sebagai Pengerusi AirAsia X; Tengku Zafrul Aziz (bekas Ketua Avenue Securities

Sdn. Bhd.) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tune Money Sdn. Bhd. dan penyanyi rock, Jason Lo sebagai Ketua

Eksekutif Tune Talk Sdn. Bhd.”

Fernandes berkata, beliau mengenali Kalimullah semasa makan di sebuah restoran.

Beliau berkata, kesemua mereka itu adalah rakan-rakan rapatnya dan langkah melantik mereka ke dalam

syarikat adalah bertujuan mengembangkan AirAsia.

“Saya sedar, kejayaan besar saya dalam tempoh yang singkat itu telah menimbulkan pelbagai tuduhan

kononnya syarikat kami dimiliki oleh Ananda Krishnan, Vincent Tan, Mokhzani, Khairy dan beberapa orang lain.

“Malah ada yang mendakwa nombor pendaftaran pada pesawat kami bermula dengan ‘AK’ membawa maksud

Ananda Krishnan. Sebenarnya nombor itu telah lama ada pada pesawat kami dan kami warisi nombor itu

daripada syarikat induk terdahulu iaitu DRB-Hicom Bhd.,” katanya.

Sambil menafikan semua desas-desus itu, Fernandes berkata, kejayaan syarikat tersebut adalah hasil kerja

keras seluruh warga kerja AirAsia yang terdiri daripada berbilang kaum, yang bertungkus-lumus membawa

AirAsia ke puncak kejayaannya sekarang.

Mengenai hubungannya dengan Khairy, Fernandes berkata, beliau mengenali Khairy semasa Naib Ketua

Pemuda UMNO itu memperkenalkan program pasukan bola sepak berkonsep realiti, MyTeam pada tahun 2006.

“Saya tertarik dengan konsep itu kerana merasakan ia berpotensi untuk diketengahkan dan kemudian bersetuju

menaja pasukan tersebut, tidak lebih daripada itu,” katanya.

Fernandes juga bangga kerana kejayaan AirAsia adalah atas sikap berdikari dan tidak bergantung kepada

subsidi kerajaan.

Katanya, tiada yang istimewa dalam AirAsia, sesiapa sahaja mampu melakukannya, jika ada tekad dan azam

yang kuat, di samping sikap tidak mahu mengalah.

Page 12: TERKINI terkaya

Dalam tempoh enam tahun sejak penubuhannya, kakitangan AirAsia kini

meningkat daripada 200 orang kepada 5,000 orang dengan pesawat

meningkat kepada 65 buah berbanding dua buah pesawat pada

permulaan dan jumlah penumpang daripada 200,000 setahun kepada 18

juta setahun.

Kini Fernandes dan rakan-rakan daripada semua kaum membuktikan

syarikat Malaysia mampu bersaing di pentas global dan mengubah

landskap industri penerbangan negara selaras dengan label syarikat itu,

‘Now Everyone Can Fly’.

Tony Fernandes

Page 13: TERKINI terkaya

Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar

TAN Sri Mustapha Kamal Abu Bakar adalah Pengerusi Eksekutif, MK Land Holdings Berhad, iaitu syarikat pembangunan hartanah yang ditubuhkan pada 2 Ogos 1978 dan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada 8 Jun 1992.

Asalnya, MK Land Holdings Berhad dikenali sebagai Perfect Food Industries Sdn. Bhd. yang melibatkan diri dalam pembuatan dan penjualan biskut dan bahan makanan melalui kilang mereka di Melaka. Selepas penyenaraiannya di BSKL, ia dikenali sebagai Perfect Food Industries Berhad dan akhir sekali, namanya ditukar kepada MK Land Holdings Berhad pada 27 Ogos 1999.

Jual saham

Namun, pada bulan Jun 2003, MK Land Holdings Berhad menjual semua sahamnya dalam Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd, Markins Corporations Sdn Bhd dan Fairway Review Sdn Bhd dengan harga RM6,739,674. Ini adalah kerana Tan Sri Mustapha bercadang mahu menumpukan perniagaan syarikatnya pada pembangunan hartanah dan pelaburan.

Aktiviti lain

Selain pembangunan hartanah, MK Land Holdings Berhad juga melibatkan diri dalam operasi hotel, operasi tempat peranginan, operasi taman tema, perkhidmatan penyelenggaraan harta dan pelaburan.Antara subsidiari utama MK Land Holdings Berhad adalah Paramoden Sdn. Bhd., Medan Prestasi Sdn. Bhd. dan Saujana Triangle Sdn. Bhd.

Tumpuan MK Land Holdings Berhad

Walaupun kebanyakan projek MK Land Holdings Berhad adalah berkos rendah dan sederhana, ini tidak bermakna projek-projek itu menggadaikan mutu. Projek-projek perumahan MK Land Holdings Berhad lengkap dengan kemudahan yang terkini dan berkualiti.

Antara aspirasi MK Land Holdings Berhad adalah bagi menjadi pendahulu pasaran dalam memberikan produk yang inovatif dan berkualiti di samping mengekalkan khidmat pelanggan yang baik.

Kepentingan lain

Selain pembinaan dan pembangunan hartanah, kumpulan MK juga mempunyai

Page 14: TERKINI terkaya

kepentingan dalam sektor pendidikan dan juga pembuatan perabot. Secara langsung, Tan Sri Mustapha mempunyai 23.45 peratus kepentingan dalam MK Land Holdings Berhad dan secara tidak langsung, beliau memiliki 20.68 peratus kepentingan melalui MKN Holdings Sdn. Bhd.

Projek-projek besar MK Land Holdings Berhad

Di bawah kepimpinan Tan Sri Mustapha, MK Land Holdings Berhad melibatkan diri dalam banyak projek. projek perumahan Damansara Perdana dan Damansara Damai, kedua-duanya di Petaling Jaya. Projek itu, dengan lokasinya yang strategik, iaitu dalam Segi tiga Emas Petaling Jaya. Kawasan itu kini muncul sebagai pusat membeli belah, fesyen, makanan dan hiburan dengan pusat membeli belah seperti One Utama, IKEA, Tesco, The Curve dan Cathay Cineleisure.

Selain itu, Taman Bunga Raya di kawasan Bukit Beruntung iaitu bernilai RM840 juta, projek perumahan Cyberia di Cyberjaya, projek Bukit Merah Laketown Resort di Taiping, Perak iaitu bernilai RM3 bilion dan Langkawi Lagoon.

Latar belakang

Tan Sri Mustapha adalah seorang bekas penuntut Universiti Malaya dalam jurusan Sejarah. Sebelum bergiat cergas dalam dunia perniagaan, beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah. Hobinya adalah membaca.

Penumpuan pada gaya hidup canggih

Semua projek perumahan MK Land Holdings Berhad dilengkapkan dengan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi supaya penghuninya menjadi rakyat Malaysia dengan gaya hidup yang memanfaatkan IT atau e-lifestyle township. Bagi mencapai hasrat ini, MK Land Holdings Berhad memeterai perjanjian dengan Palette Multimedia Berhad bagi membekalkan pengurusan dan operasi rangkaian multimedia yang pantas dan juga membekalkan kandungan dan aplikasi multimedia.

Usahawan yang cintakan kebajikan

Tan Sri Mustapha adalah usahawan dermawan dan suka melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan. Contohnya, beliau banyak memberi sumbangan kepada pendidikan orang pekak. Sumbangannya diiktiraf apabila beliau dianugerahkan anugerah Caring Hearts.

Subsidiari dan syarikat bersekutu MK Land Holdings Berhad

BML Management Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam perniagaan perkhidmatan

Page 15: TERKINI terkaya

penyelenggaraan harta.

Bukit Merah Resort Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam operasi hotel, tempat peranginan dan taman tema air.Dominant Star Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah, operasi hotel dan pelaburan.

Fairview Review Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah.Golden Precinct Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam penyewaan dan penyelenggaraan hartanah.

MK Land Resources Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pengurusan hartanah dan pelaburan.

MK Land Ventures Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pelaburan dan urus niaga hartanah.

MK Development Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pelaburan dan urus niaga hartanah.

Prominent Valley Berhad, subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam operasi padang golf.Pujaan Pastik Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam operasi hotel.

Segi Objective (M) Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah, hotel, tempat peranginan dan taman tema air.Sumbangan Berkat Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam menguruskan hotel.Tema Teladan Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah, operasi hotel dan pelaburan.

Vibrant Leisure Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah.Zaman Teladan Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah.Markins International (HK) Ltd., syarikat bersekutu MK Land Holdings Berhad dengan 14 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pengedaran bahan

Page 16: TERKINI terkaya

makanan.

Melur Unggul Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pengurusan hartanah.

------------------------------

-----------------------------

TAN Sri Rozali Ismail adalah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad. Bhd. Kejayaan besarnya tiba apabila beliau memiliki 33.9 peratus kepentingan dalam Puncak Niaga Holdings Berhad. TAN Sri Rozali Ismail adalah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad.

Kerjaya

Tan Sri Rozali dilahirkan pada bulan Disember 1957, iaitu tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Tan Sri Rozali adalah peguam yang kemudiannya melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Sebelum melibatkan diri dalam dunia perniagaan, beliau bekerja dengan kerajaan dan lapan agensi kerajaan selama lapan tahun.

Selepas menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya pada tahun 1981, Tan Sri Rozali memulakan kerjayanya di Biro Penyiasatan Kebangsaan sebelum bekerja dengan UDA sebagai Penasihat Undang-undang dalam perkara yang berkaitan dengan pekerja, pembangunan dan perancangan.

Penglibatan dalam sektor swasta

Page 17: TERKINI terkaya

Pada tahun 1983, Tan Sri Rozali menyertai Bank Islam (M) Berhad sebagai Pengurus Jabatan Undang-undang dan Kesetiausahaan. Pada masa itu, Tan Sri Rozali adalah perintis dalam Bank Islam Malaysia Berhad banyak membantu mengembangkan lagi institusi perbankan Islam itu. Tan Sri Rozali kemudiannya dijemput oleh Bank Rakyat supaya bertindak sebagai jururunding bagi menukarkan operasi perbankan mereka kepada operasi yang mematuhi kehendak Shariah. Kini, Bank Rakyat adalah antara institusi kewangan pembangunan (IKP) yang berdaya maju dengan menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan Islam yang inovatif.

Kejayaan

Beliau pernah menjalankan perniagaan dalam bidang guaman, pembangunan hartanah, pembinaan dan juga perbankan. Beliau menceburkan diri dalam bidang hartanah melalui beberapa syarikat persendirian seperti Central Plus Sdn. Bhd. dan Corporate Line (M) Sdn. Bhd.

Kejayaan terbesarnya dalam sektor pembangunan hartanah adalah projek perumahan Puncak Alam di Kuala Selangor. Tan Sri Rozali juga mengasaskan firma guamannya sendiri, iaitu Rozali Ismail & Co. sebagai peguam cara dan peguam bela. Beliau menguruskan firma guamannya itu selama tujuh tahun dan mengkhususkan kepada kes korporat, hartanah dan perbankan.

Pada tahun 1989 pula, Tan Sri Rozali mengasaskan syarikat milikan keluarga, iaitu Puncak Alam Housing Sdn. Bhd. bagi menjalankan projek pembangunan hartanah di Lembah Klang, Kuantan dan Johor. Antara projek terbesarnya adalah Bandar Baru Puncak Alam dan Bandar Puncak Perdana. Puncak Alam Housing Sdn. Bhd. juga melibatkan diri dalam perniagaan kemudahan awam, juga pada tahun 1989, dengan penubuhan Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd.

Disebabkan pengalamannya yang luas dalam pelbagai bidang, Tan Sri Rozali diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri Selangor bagi menguruskan loji penapisan air bagi Selangor dan Wilayah Persekutuan. Pada tahun 1997, Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Kejayaan besarnya tiba apabila beliau memiliki 33.9 peratus kepentingan dalam Puncak Niaga Holdings Berhad. Tan Sri Rozali juga memiliki kepentingan dalam dua buah lagi syarikat yang tersenarai, iaitu U-Wood Holdings Berhad dengan 8.1 peratus kepentingan dan WWE Holdings Berhad dengan 30 peratus kepentingan melalui Peribadi Johan Sdn. Bhd.

Puncak Niaga Holdings Berhad memegang konsesi dalam 28 buah pusat rawatan air di Selangor, menjadikannya pembekal air yang terbesar di Selangor dengan membekalkan 1,929 juta liter air sehari. Konsesi itu berakhir pada tahun 2020.

Page 18: TERKINI terkaya

Kontrak yang dianugerahkan bagi menjalankan sistem pembekalan air Selangor dan Wilayah Persekutuan bernilai RM1 bilion. Projek ini melibatkan pembekalan dan penggantian pair air dan ini dijalankan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), yang dikuasai oleh Tan Sri Rozali melalui syarikatnya, Central Plus (M) Sdn. Bhd. yang memegang 69.9 peratus kepentingan dan adiknya Mat Hairi yang memegang 30 peratus saham dalam Syabas melalui syarikatnya, Corporate Line (M) Sdn Bhd.

Bagi memudahkan perjalanan projek penswastaan itu, Syabas dibeli oleh Puncak Niaga.Puncak Niaga membeli 700,000 saham Syabas daripada Central Plus (M) Sdn. Bhd. pada harga RM38 juta. Dengan demikian, 70 peratus saham Syabas dimiliki oleh Puncak Niaga dan baki 30 peratus saham Syabas dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Persekutuan pula memegang satu unit saham emas dalam Syabas. Melalui projek penswastaan ini, Kerajaan Persekutuan memberi bantuan kewangan sebanyak RM2.9 bilion kepada Syabas. Dana itu digunakan bagi memenuhi keperluan modal kerja, pembayaran hutang oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada tiga syarikat rawatan air dan juga bagi membiayai kerja-kerja modal.

Pengiktirafan dan anugerah

Tan Sri Rozali juga adalah Ahli Lembaga Pengarah dalam U-Wood pada 3 September 1999. Tan Sri Rozali juga adalah Pengerusi Eksekutif WWE Holdings Berhad, iaitu syarikat pelaburan dan pembinaan yang membekalkan perkhidmatan kejuruteraan yang berkaitan dengan reka bentuk, aktiviti memasang siap, pemasangan, pembekalan air, pemprosesan kumbahan dan kemudahan alam sekitar.

Tan Sri Rozali juga adalah Ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat persendirian. Tan Sri Rozali juga pernah dan sedang memegang jawatan sebagai Penasihat dan Pengerusi bersama Generasi Wawasan FELDA dan Timbalan Presiden Persatuan Air Malaysia.

Antara anugerah yang pernah diterima oleh Tan Sri Rozali adalah Fellowship Award dari Institut Pemasaran Malaysia pada 6 November 2001. Ini adalah kerana sumbangannya kepada institut itu dan juga strategi unik yang digunakan bagi memasarkan projek Bandar Baru Puncak Alam dan Bandar Puncak Perdana.

Pada 26 Mac 2002, Tan Sri Rozali dianugerahkan Anugerah Pengurusan Air Cemerlang peringkat Asia 2002 bagi kategori Anugerah Individu oleh Persatuan Air Malaysia. Ini adalah kerana sumbangannya dalam menjana pengurusan yang cemerlang dan amalan terbaik dalam industri air.Pada 16 Januari 2003, Tan Sri Rozali dinamakan sebagai antara 10 usahawan terbaik Malaysia oleh Ernst & Young. Ini adalah kerana sumbangannya dalam bidang keusahawanan dan kepimpinan.

Page 19: TERKINI terkaya

---------------------------------

Beliau tidak menganggap berniaga sebagai kerja tetapi sebagai hobi. Dia tidak takut membuat kesalahan dan sentiasa belajar daripadanya. Beliau juga berani mengambil risiko. HARSUKHLAL Maganlal Kamdar adalah Pengasas dan Pengarah Urusan pasar raya Kamdar. Harsukhlal juga adalah Presiden Persatuan Gujarati.

Latar belakang

Harsukhlal adalah usahawan yang dilahirkan di Gujerat. Beliau tiba di Malaysia pada tahun 1941 bagi menyertai ayah dan abangnya dari kampung halamannya di Rajkot, iaitu selepas menamatkan tingkatan lima pada usia 14 tahun. Pada masa itu, bapanya menghendaki beliau meneruskan pelajaran tetapi beliau ingin bekerja. Walaupun kurang mendapat pendidikan formal kerana belajar hanya setakat tingkatan lima, beliau banyak mendapat ilmu daripada sumber-sumber lain seperti pengalaman kerja dan juga pengalamannya sebagai usahawan.

Mula berniaga

Harsukhlal memulakan perniagaannya dalam bidang import eksport tetapi perniagaannya itu terpaksa dihentikan apabila Perang Dunia Kedua melanda. Selepas itu, beliau sering menunggang basikal 20 batu sehingga 30 batu sehari di sekitar Pulau Pinang bagi mencari peluang-peluang perniagaan.

Menyertai abang…

Usahanya itu kurang membuahkan hasil. Pada tahun 1945, beliau menghentikan usahanya mencari peluang per-niagaan di sekitar Pulau Pinang dan menyertai abangnya yang membuka sebuah kedai kain di Ipoh. Harsukhlal menyertai perniagaan abangnya itu buat seketika sebelum pulang ke India selepas Perang Dunia Kedua berakhir. Selepas beberapa lama di India, beliau pergi ke Singapura bagi menyertai perniagaan yang dimiliki oleh bangsa Punjabi. Perniagaan itu melibatkan import eksport kain, sagu, kekacang, kain guni dan bermacam barangan lagi. Harsukhlal bekerja di situ selama tiga tahun.

Mencari pendapatan tambahan

Semasa bekerja dengan kedai itu, Harsukhlal berasakan gaji yang diterimanya sebanyak 80 dolar tidak mencukupi. Jadi, bagi menampung pendapatannya, beliau bekerja secara sambilan dari pukul 5 petang sampai 7 malam di pejabat juruaudit. Di situ, tugas beliau adalah memeriksa akaun. Beliau dibayar sebanyak 120 dolar.

Page 20: TERKINI terkaya

Permulaan Kamdar

Selepas berhenti dari kedai itu, beliau mula bekerja dengan abangnya, Balvantrai di kedai dua tingkat di Ipoh. Di situlah ‘Kamdar’ bermula pada tahun 50-an dengan nama asalnya BA Lalaji yang seterusnya bertukar kepada BH Kamdar & Kamdar. Kedai kedua dibuka di Pulau Pinang, diikuti dengan kedai di Singapura bagi menguruskan perniagaan pemborongan tekstil.

Berkembang ke KL

Selepas membuka kedai di Ipoh dan Pulau Pinang, Kamdar terus berkembang ke Kuala Lumpur. Kedai itu dibuka pada tahun 1973 di No. 431-433, Jalan Tuanku Abdul Rahman. Namun, empat tahun selepas dibuka, iaitu pada tahun 1977, kedai itu ditutup dan lot rumah kedai yang kosong itu disewakan kepada orang lain. Harsukhlal tidak bersetuju dengan keputusan abang-abangnya dan berpendapat pendapatan yang dijana daripada penyewaan lot kedai itu tidak berbaloi. Malangnya, nasihatnya tidak diendahkan.

Berusaha memperbaiki keadaan

Harsukhlal kemudiannya membuat keputusan pergi sendiri ke Kuala Lumpur pada tahun 1977 dan cuba memperbaiki keadaan. Pada tahun 1980, beliau membuka kedai di Jalan Chow Kit, iaitu pasar raya 6 tingkat di sebelah pasar raya Batu Road. Kemudian, sebuah lagi dibuka di sebelah Globe Silk Store.

Pertukaran dalam tumpuan perniagaan

Harsukhlal dan abang-abangnya kemudiannya membuat keputusan beralih daripada perniagaan borong kepada runcit. Pertukaran dalam tumpuan perniagaan itu adalah disebabkan terma kredit yang terlalu lama dalam perniagaan borong. Namun, mereka tetap mempunyai sebuah unit di Pulau Pinang yang mengkhususkan pada perniagaan borong.

Kejayaan

Perniagaan Kamdar terus berkembang pesat dan mereka terus membuka cawangan kedai di bandar-bandar utama di seluruh Semenanjung Malaysia. Dengan enam buah kedai di Kuala Lumpur, yang mana empat adalah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kamdar kini mempunyai 18 buah kedai dengan 1,000 orang pekerja. Harsukhlal juga bercadang mengembangkan lagi perniagaannya hingga ke Sabah dan Sarawak.

Kemelesetan

Walaupun melalui banyak kemelesetan ekonomi, Kamdar masih kekal sebagai pasar raya tempatan yang berdaya saing. Pada hari ini, pasar raya Kamdar menawarkan pelbagai jenis tekstil dan fabrik pada harga yang berpatutan.

Page 21: TERKINI terkaya

Kamdar memperoleh kainnya daripada sumber tempatan dan juga melalui pejabat operasinya di luar negara seperti di India, Indonesia, Korea dan Emiriyah Arab Bersatu.

Kebajikan

Harsukhlal adalah orang yang pemurah dan menguruskan beberapa rumah anak yatim di India. Beliau juga membina asrama khusus bagi kanak-kanak perempuan terbiar di Gujarat. Harsukhlal juga dilaporkan menderma sebanyak RM500,000 kepada mangsa gempa bumi di Bhuj, India.

Rahsia kejayaan

Beliau tidak menganggap berniaga sebagai kerja tetapi sebagai hobi. Dia tidak takut membuat kesalahan dan sentiasa belajar daripadanya. Beliau juga berani mengambil risiko.Perniagaannya juga kekal teguh kerana semangat kekeluargaan yang mantap. Semua ahli keluarganya bekerja dengan Kamdar. Harsukhlal sentiasa berusaha menambahkan kepelbagaian produk yang dijual supaya setiap kehendak pelanggan dapat dipenuhi.

Mereka juga sentiasa memastikan segala komitmen kepada pihak bank dipenuhi tepat pada masanya. Contohnya, mereka memastikan segala hutang dijelaskan dengan sepenuhnya dan tepat pada masanya. Tidak lupa juga pihak pembekal yang harus dibayar tepat pada masanya.

Kamdar juga memastikan sewa kedai, iaitu apabila mereka menyewa ruang niaga di pusat membeli belah dibayar tepat pada masanya. Harsukhlal juga adalah orang yang rajin.FalsafahFalsafah perniagaan Kamdar adalah ‘beli murah dan jual murah’. Ini bermakna mereka sentiasa berusaha menjual dengan harga yang berpatutan.

Kejayaan Kamdar juga adalah kerana syarikat itu mempunyai beberapa peraturan. Pertama, pengarah syarikat tidak dibenarkan mengambil overdraf daripada pihak syarikat. Kedua, syarikat tidak dibenarkan menjadi penjamin kepada orang perseorangan. Ketiga, syarikat tidak boleh terlalu aktif dalam pasaran saham.

Keempat, wang syarikat tidak boleh dilaburkan dalam sektor hartanah bagi mendapatkan pendapatan sewa dan juga peningkatan dalam harga. Contohnya, apabila salah seorang pemegang saham dalam Kamdar ingin membuka perniagaan lain, hartanah yang dibeli bagi memulakan perniagaan itu perlu dibeli dengan menggunakan wangnya sendiri. Ini kerana apabila wang syarikat digunakan, syarikat kelak akan kekurangan wang bagi membayar pembekal dan bank.

Page 22: TERKINI terkaya

----------------------------------

Pada tahun 1990, ketika berusia 36 tahun kedudukannya bertambah baik apabila beliau dilantik sebagai Pengarah atau Ketua Pengurus Besar EON. TAN Sri Nadzmi berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan lahir pada 1 Mei 1954. Tan Sri Nadzmi dibesarkan dalam sebuah keluarga yang ramai, iaitu 10 orang adik-beradik. Bapanya adalah pegawai daerah dan kemudian menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Permulaan kerjaya

Beliau memulakan kerjayanya sebagai pensyarah ekonomi di Universiti Putra Malaysia. Sebenarnya, cita-cita awalnya adalah mahu menjadi jurutera elektrik, dan kemudian bertukar kepada juruukur kuantiti.

Selepas itu, beliau pernah bekerja di Petronas sebagai eksekutif pemasaran di bahagian pemasaran antarabangsa. Atas pelawaan seorang rakan, beliau menyertai HICOM sebagai Penolong Pengurus Bahagian Projek. Beliau bertanggungjawab mengenal pasti dan menguruskan pembangunan projek.

Penglibatan Nadzmi dalam pasukan projek kereta nasional yang melahirkan PROTON dan EON, menyebabkan beliau dilantik sebagai Pengurus Pemasaran Perkhidmatan EON pada tahun 1984.

Pengurus Besar EON

Pada tahun 1990, ketika berusia 36 tahun kedudukannya bertambah baik apabila beliau dilantik sebagai Pengarah atau Ketua Pengurus Besar EON.

Sentuhan Nadzmi

Selepas setahun beliau memegang jawatan ini, pencapaian keuntungan EON sebelum cukai pada tahun itu meningkat daripada RM38 juta ke RM120.6 juta.Kini Nadzmi turut memegang jawatan penting dalam beberapa syarikat besar. Antaranya adalah Pengerusi Eksekutif Mara Holding Sdn. Bhd., Pengerusi R. J. Reynold, Pengerusi Eksekutif ERL, Pengarah/Pengerusi Len Brothers Rubber Products Industries Berhad, dan Pengarah SIRIM.

Faktor kejayaan

Salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaannya adalah perwatakannya yang sentiasa ceria dan tersenyum, mudah mesra dan senang didekati. Ketika beliau memegang jawatan di EON, beliau menemui ramai pegawai kanan dan pengerusi syarikat pengeluar kereta di seluruh dunia dan belajar daripada mereka. Pengalaman dan idea yang banyak diperolehnya daripada pengalaman ini yang digunakannya bagi mengembangkan EON.

Page 23: TERKINI terkaya

Kepelbagaian

Nadzmi percaya kepada kepelbagaian dalam pengurusan diri. Semasa kecil, beliau seperti kanak-kanak biasa suka mengumpul setem dan duit syiling. Beliau juga gemar memasak dan pernah diberi penghargaan sebagai tukang masak terbaik dalam pasukan pengakap yang dianggotainya ketika bersekolah dahulu. Beliau mahir memasak masakan antarabangsa, antaranya masakan Itali dan Iran.

Ilmu

Pada awal pembabitannya dalam korporat, beliau mendapat banyak ilmu yang berguna dalam dunia pengurusan dan perniagaan melalui pergaulan rapatnya dengan mendiang Tan Sri Loh Boon Siew dan Tan Sri Eric Chia.

Beliau juga yakin pengurusan perlu dilakukan dengan bermatlamat, memerlukan kesabaran dan usahawan perlu berani mengambil risiko.

-----------------------------------

Lia Farhana, eksekutif muda di sebuah syarikat multinasional yang giat mencari ilmu berkenaan bidang keusahawanan. Dia ingin menjadi usahawan yang berjaya. Beliau ingin mengetahui siapakah usahawan berjaya tetapi murah hati membuat kebajikan. Ikuti dialog ini... Lia Farhana berdiri sahaja di luar bilik rakannya, Amir Hamzah. Menerusi tingkap di luar bilik itu, dia melihat buku-buku yang tersusun rapi di sebuah rak kayu berukir. Sedari tadi, dia tidak henti-henti melihat jam tangannya. Tiba-tiba, Amir Hamzah sudah berdiri di depannya. Mengapa Lia Farhana begitu beria-ia ingin berjumpa dengan Amir Hamzah?

Amir Hamzah : Sudah lama sampai, Hana?

Lia Farhana : Tidaklah lama sangat.

Amir Hamzah : Silakan masuk (Amir membuka pintu pejabatnya untuk Lia Farhana).

Lia Farhana : Terima kasih.

Amir Hamzah : Ya, semalam Hana kata Hana hendak tahu berkenaan usahawan?

Lia Farhana : Ya, sebenarnya saya sedang buat kertas kerja berkenaan usahawan-usahawan di Malaysia. Dalam kertas kerja saya nanti, saya ingin memfokuskan pada seorang usahawan sahaja. Tidak perlu ramai.

Amir Hamzah : Boleh. Tapi Hana hendak tahu usahawan macam mana?

Page 24: TERKINI terkaya

Lia Farhana : Sebenarnya saya berminat hendak mengetahui usahawan yang berjiwa kebajikan.

Amir Hamzah : Apa maksud Hana?

Lia Farhana : Maksud saya usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal seperti Bill Gates, Pengerusi Microsoft. Adakah usahawan seperti itu di Malaysia?

Amir Hamzah : Oh, begitu. Ada, memang ada usahawan seperti itu di Malaysia.

Lia Farhana : Siapa dia?

Amir Hamzah : Tidak lain tidak bukan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary !

Lia Farhana : Macam pernah dengar. Orang Kedah kah?

Amir Hamzah : Ya, Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951.

Lia Farhana : Tetapi daripada namanya, beliau berketurunan Arab. Betul kah, Amir?

Amir Hamzah : Ya, Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, ayahnya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Memang giat ayahnya berniaga. Seterusnya, bapanya pergi ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Lia Farhana : Dia anak sulung kah, Amir? Bukan apa, selalunya anak sulung yang berjaya.

Amir Hamzah : Ya kah? Habis, sekiranya saya anak bongsu, saya tidak boleh berjaya? (sambil tersenyum). Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai 7 orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Bukan anak sulung, ya, anak yang ketiga.

Lia Farhana : Oh, begitu…. nampaknya saya pun bolehlah berjaya, ya.

Amir Hamzah : Ya, Insya Allah…. dengan usaha, doa dan tawakal, siapa pun boleh berjaya. Lihat sahaja pada Tan Sri Syed Mokhtar. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkannya susah hendak menelaah. Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorongnya

Page 25: TERKINI terkaya

bagi memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan Albukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Lia Farhana : Wah ! Bagus ya ! Semangatnya cukup mengagumkan ! Ceritalah lagi Amir. Bagaimana dengan alam persekolahannya?

Amir Hamzah : Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke Tingkatan Lima di Sekolah Saint Micheal’s.

Lia Farhana : Selepas tingkatan lima?

Amir Hamzah : Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi, iaitu beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidaklah bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi. Sesungguhnya, ilmu ada di mana-mana.

Lia Farhana : Betul juga. Bill Gates pun tidak pernah ke universiti walaupun ditawarkan tempat dalam universiti yang berprestij, iaitu Harvard. Oh ya, tadi Amir ada beritahu keluarga Tan Sri Syed kurang berkemampuan. Jadi, adakah beliau membantu keluarganya?

Amir Hamzah : Ya, sudah tentu. Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di sebuah pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama. Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya bagi membuat simpan kira atau bookkeeping. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di sebuah pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Lia Farhana : Tetapi pada masa itu, beliau cuma bantu sikit-sikit. Bila beliau mula giat berniaga, Amir?

Amir Hamzah : Begini….semuanya bermula pada era 1970-an. Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja.

Page 26: TERKINI terkaya

Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Lia Farhana : Eh, bagaimana pula Amir? Tadi awak kata beliau tidak lagi menternak haiwan. Dari mana daging itu datang? Dari langit? (Lia Farhana tersenyum meleret).

Amir Hamzah : Ya lah, dari langit biru (sambil tergelak). Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar untuk membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudian membungkus bersama ais dan menjual kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinannya bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Lia Farhana : Wah ! Rajin ya !

Amir Hamzah : Memang kita perlu rajin sekiranya kita hendak berjaya dalam apa bidang sekalipun, seperti mahu jadi usahawan, doktor, akauntan perlu rajin. Jangan jadi macam Mat Jenin.

Lia Farhana : Ada-ada sahaja awak ini. Hendak masuk bab Mat Jenin pulak. Berbalik kepada bab Tan Sri Syed, apa yang beliau lakukan seterusnya?

Amir Hamzah : Jangan terkejut, Hana. Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi 4 buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Lia Farhana : Amir, tadi awak kata ada empat permit. Beliau hanya menggunakan dua permit. Baki lagi dua permit? Jual pada awak?

Amir Hamzah : Sekiranya jual pada saya, saya pun hendak buka perniagaan pengangkutan. Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka sebuah syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud hingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Lia Farhana : 40 buah lori ?!

Amir Hamzah : Ya, betul Lia. Kenapa, tidak percaya kah?

Page 27: TERKINI terkaya

Lia Farhana : Mmm….jangan merajuk pula, Amir. Jangan risau, saya percaya awak (sambil tersenyum). Sekiranya awak berada di tempat beliau, awak jual permit itu?

Amir Hamzah : Mmm….rasa teringin juga hendak jual. Tetapi, tidak elok pula. Permit itu sudah diamanahkan kepada kita. Kita harus bertanggungjawab. Saya sokong tindakannya !

Lia Farhana : Baguslah. Awak memang ada sifat usahawan yang berkaliber. Di mana pejabat pertama Tan Sri Syed?

Amir Hamzah : Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar. Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.

Lia Farhana : Itu sahaja?

Amir Hamzah :Eh, tidak. Usahawan seperti Tan Sri Syed sentiasa mencari peluang-peluang baru. Selepas berjaya dengan Syarikat Shah , beliau menubuhkan sebuah syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai, 1976 di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Lia Farhana : Kenapa semua di Jalan Telok Wan Jah?

Amir Hamzah : Tidak tahulah, mungkin beliau teringat zaman persekolahannya semasa beliau berniaga di situ. Macam awak juga lah….teringat-ingat pada Cikgu Ridzuan (sambil tersenyum).

Lia Farhana : Eh, ke situ pula awak. Saya suka Cikgu Ridzuan kerana dia betul-betul mahu membantu mendidik anak bangsa. Selain beras, apa lagi yang Tan Sri Syed berniaga?

Amir Hamzah : Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250juta !

Page 28: TERKINI terkaya

Lia Farhana : Wah ! Banyak ! Amir mintalah sikit daripada beliau (sambil tersenyum). Bukan kah Amir mahu kumpul duit hendak kahwin?

Amir Hamzah : Ya lah tu…hendak tahu lagi berkenaan Tan Sri Syed?

Lia Farhana : Tentulah hendak, Amir. Ceritalah lagi.

Amir Hamzah : Tan Sri Syed Mokhtar sememangnya orang yang sentiasa dahagakan kejayaan. Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di sebuah rumah kedai 4 tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi. Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga ghee kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubahsuai menjadi pusat pembungkusan.

Lia Farhana : Pejabat pun boleh jadi pusat pembungkusan?

Amir Hamzah : Sudah pasti, Hana. Kita perlu pandai menggunakan sumber yang kita ada.

Lia Farhana : Tetapi, dari mana beliau dapat susu itu, Amir? Bukan kah beliau tidak menjalankan kegiatan penternakan lagi?

Amir Hamzah : Cekap betul Hana menangkap, ya. Sebenarnya, apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah sebuah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor. Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi yang melanda.

Lia Farhana : Rugilah beliau jual. Kenapa tidak teruskan sahaja?

Amir Hamzah : Ha….itu kena tanya beliau sendiri. Mungkin beliau ada strategi tersendiri.

Lia Farhana : Strategi apa pula, Amir?

Amir Hamzah : Mungkin beliau jual kerana mahu terlibat dalam perniagaan di peringkat antarabangsa. Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan barter, iaitu menukarkan kokonya dengan

Page 29: TERKINI terkaya

teh dari China.

Lia Farhana : Awak buat lawak kah, Amir? Zaman sekarang pun masih ada barter.

Amir Hamzah : Ada lagi, Hana. Cuma bezanya barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Lia Farhana : Mmm….ok lah, saya percaya. Apa lagi yang Tan Sri Syed usahakan? Tentu menarik.

Amir Hamzah : Memang menarik, Hana. Setelah mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Lia Farhana : Adakah beliau menubuhkan syarikat sendiri?

Amir Hamzah : Ada, Hana. Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah sebuah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Lia Farhana : Oh, begitu. Apa yang berlaku seterusnya?

Amir Hamzah : Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Lia Farhana : Eh, minat pula beliau dengan perniagaan pakaian, ya.

Amir Hamzah : Betul, Hana. Beliau adalah usahawan yang menggunakan strategi pempelbagaian atau diversification. Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman

Page 30: TERKINI terkaya

berusia 28 tahun pada harga USD1 juta. Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkannya terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta – USD600,000).

Lia Farhana : Eh, rugi pula?

Amir Hamzah : Begini, Hana. Rugi tidak semestinya kita gagal dalam perniagaan. Apa yang penting kita perlu mendalami sebab di sebaliknya. Kita perlu belajar daripada kesilapan.

Lia Farhana : Memang sah awak ini ada tokoh jadi usahawan berjaya (sambil tersenyum).

Amir Hamzah : Insya Allah. Hana tolong doakan.

Lia Farhana : Beres ! Mmm….tetapi selepas beliau rugi, Tan Sri Syed tidak patah semangat, Amir? Saya, mungkin sudah patah semangat.

Amir Hamzah : Pantang pejuang menyerah, Hana. Pada masa yang sama, beliau mula membabitkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa buah projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Lia Farhana : Menarik juga, Amir. Saya ingat saya hendak beli rumah yang dibangunkan syarikatnya.

Amir Hamzah : Baguslah. Nanti jangan lupa buat house warming.

Lia Farhana : Tidak ada masalah….boleh. Amir, saya pernah mendengar Tan Sri Syed juga giat dalam pembangunan negeri Johor. Betul kah?

Amir Hamzah : Betul, Hana. Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Lia Farhana : Wah ! Uruskan pelabuhan pula ?!

Amir Hamzah : Ya. Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Lia Farhana : Cekap betul dia, ya ! Tetapi, pihak Singapura tidak marah kah?

Page 31: TERKINI terkaya

Amir Hamzah : Itu saya tidak pasti pula, Hana.

Lia Farhana : Apa lagi yang beliau lakukan, Amir? Ada terbabit dalam projek penswastaan lagi?

Amir Hamzah : Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu sebuah syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta sebuah syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Lia Farhana : Mmm….memang beliau usahawan berjaya.

Amir Hamzah : Bukan setakat itu sahaja, Hana. Beliau juga membeli MMC Corporation, sebuah syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, sebuah syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan. Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu sebuah konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, sebuah syarikat peruncitan dan pengedaran buku.

Lia Farhana : MPH? Eh, itu kedai buku kegemaran saya. Saya selalu ke situ pada hujung minggu untuk membaca buku.

Amir Hamzah : Wah ! Rajin awak ya ! Siapa penulis kegemaran Hana?

Lia Farhana : Saya suka membaca karya Puan Ainon Mohd. dan saudara Ashadi Zain.

Amir Hamzah : Boleh pinjam?

Lia Farhana : Boleh….tetapi ceritalah lagi berkenaan Tan Sri Syed. Kenapa tiba-tiba beliau mengambil alih sebuah rangkaian kedai buku? Sudahlah dia beli 100 peratus kepentingan.

Amir Hamzah : Ini mungkin disebabkan minatnya supaya menggalakkan bidang pendidikan. Baginya, MPH mampu menjadi wadah bagi menerbitkan dan mengedarkan buku, termasuklah karya-karya berkenaan Islam serta menyemai tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Lia Farhana : Oh ya, bercakap berkenaan menggalakkan tabiat membaca, boleh

Page 32: TERKINI terkaya

Amir ceritakan dengan lebih lanjut berkenaan Yayasan Albukhary?

Amir Hamzah : Sebenarnya, Yayasan Albukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai sebuah badan kebajikan yang memfokuskan bagi membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban. Antara objektif utama Yayasan Albukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya. Sehingga kini, Yayasan Albukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan.

Page 33: TERKINI terkaya

BAGAIMANA sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun

Page 34: TERKINI terkaya

sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

Page 35: TERKINI terkaya

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Allah. Allah beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ..kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

Page 36: TERKINI terkaya

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya

Page 37: TERKINI terkaya

bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Posted by Siti Suraida Jamaludin at 17:48 0 comments

Labels: Prinsip Hidup Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

Siapakah Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary?

Umur - 53 tahun Pendidikan - SPM

Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)

Kekayaan -RM1,425 juta

Ke 7 terkaya di Malaysia

Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.

Page 38: TERKINI terkaya

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.

Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan

Page 39: TERKINI terkaya

bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd.,

Page 40: TERKINI terkaya

iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Strategi tersendiri

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Page 41: TERKINI terkaya

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Page 42: TERKINI terkaya

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.

Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan

Page 43: TERKINI terkaya

budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban.Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion.

Page 44: TERKINI terkaya

Posted by Siti Suraida Jamaludin at 17:37 1 comments

Labels: Siapakah Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary?

11 JULAI 2008

Petua Dapur Bagi Wanita dan Gadis

Assalamualaikum semua ...

Petang ni aku nak kongsi sikit petua yang aku ceduk dari sumber alam maya ni.. selamat membaca ye...ok..

Orang-orang tua Melayu pada zaman dahulu memang kaya dengan petua yang berguna tak kiralah samada petua kecantikan, petua nak cepat dapat jodoh, petua memasak, petua supaya awet muda, petua rumahtangga bahagia, petua memikat gadis dan macam-macam lagi petua yang berguna dan menarik. Adakah petua-petua yang diamalkan oleh nenek moyang kita boleh dipakai? Bagi saya tentulah petua-petua tersebut berkesan, kalau tak berkesan tentulah ianya tidak diperturunkan kepada genarasi yang seterusnya.Ianya merupakan satu warisan Melayu yang tidak ternilai yang ditemui oleh nenek moyang kita bagi mempermudahkan sesuatu kerja dan menyelesaikan masalah yang dihadapi pada zaman tersebut. Di bawah merupakan antara petua yang ringkas, mudah dan berkesan yang boleh dicuba oleh sesiapa sahaja terutamanya bagi golongan Wanita dan Surirumah. Selamat mencuba..

Petua menghilangkan bau nasi hangit.Nasi hangit biasanya kurang enak dimakan. Untuk menghilangkan bau hangit, periuk yang berisi nasi hangit hendaklah ditutup dengan daun pisang. Alas dengan surat khabar kemudian barulah ditutup dengan penutupnya sebelum direndam periuk nasi ke dalam besen berisi air.

Petua menghilangkan bau hanyir ikan, sotong dan udang juga petua menambahkan kesuburan pokok bunga.Semasa mencuci beras, airnya jangan dibuang. Ia boleh digunakan untuk membersihkan ikan, udang dan sotong untuk menghilangkan bau hanyirnya dan disiramkan pada pokok bunga untuk menambah kesuburannya. Selain daripada itu, air beras juga boleh dibuat mandi sebagai penawar untuk menyejukkan badan dan kepala kanak-kanak.

Petua untuk mudah kupas kulit bawang.Semasa memotong bawang, kadangkala kulitnya melekat pada isinya. Satu cara untuk mengupas kulitnya adalah dengan merendam bawang merah di dalam air selama lima minit kemudian baru dikupas.

Petua untuk mengelakkan balang atau bekas gula dimasuki semut.Untuk mengelakkan balang atau bekas gula daripada dimasuki semut, sapukan minyak masak disekeliling balang.

Petua mengelakkan hati lembu yang dimasak menjadi keras.Semasa memasak hati lembu, kebanyakan suri rumah membiarkan masakan itu terlalu lama

Page 45: TERKINI terkaya

di atas dapur hingga menyebabkan hati menjadi keras. Satu rahsia agar hati kekal lembut ialah jangan memasaknya terlalu lama di atas api. Masukkan kesemua rempah dan rencah yang diperlukan, biarkan hingga garing kemudian barulah dimasukkan hati. Kacau selama dua atau tiga minit dan terus padamkan api. Hati bukan sahaja lembut tetapi rasanya lebih enak.

Petua untuk menanggalkan getah buah-buahan yang terkena pada pakaian.Pakaian yang terkena getah buah-buahan jangan terus dibuang. Petua untuk menanggalkan getah itu ialah dengan menabur garam halus sebelum dituang air yang baru mendidih ke atasnya. Lakukan beberapa kali dan kesan getah akan hilang.

Petua mencuci pakaian yang terkena minyak.Mencuci pakaian yang terkena minyak ada caranya. Tuang minyak tanah ke bahagian yang terkena minyak dan sental untuk seketika sebelum digosok dengan limau nipis. Akhir sekali baru dicuci seperti biasa dengan sabun.

Petua menuang air yang mendidih pada gelas kaca.Air yang baru mendidih jangan terus dituang ke dalam gelas kerana ini akan menyebabkan gelas pecah. Cara yang betul ialah meletak sudu aluminium ke dalam gelas kemudian baru dituang air.

Petua untuk mengelakkan jemput-jemput daripada menjadi keras.Untuk mengelakkan jemput-jemput daripada menjadi keras, masukkan sedikit serbuk penaik ke dalam adunan tepung. Satu lagi petua ialah dengan memasukkan sedikit air perahan limau nipis.

Petua untuk memudahkan menggoreng ikan supaya tak melekat.Kuali baru atau yang tidak dicuci bersih menjadi punca ikan melekat semasa digoreng. Jadi sebelum menggoreng ikan, pastikan kuali dicuci bersih. Jangan ada sedikit pun kerak atau sisa-sisa makanan di dalamnya. Jika ikan masih melekat pada kuali, tabur sedikit kulit bawang besar ke dalam minyak dan biarkan sebentar. Ikan bukan sahaja mudah dialihkan tetapi juga menjadi garing.

Umur - 53 tahunPendidikan - SPMMula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)Kekayaan -RM1,425 jutaKe 7 terkaya di MalaysiaKe 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.

Page 46: TERKINI terkaya

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s.Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi

Page 47: TERKINI terkaya

menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama. Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Page 48: TERKINI terkaya

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar. Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi. Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang

Page 49: TERKINI terkaya

saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor. Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Strategi tersendiri

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Page 50: TERKINI terkaya

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta – USD600,000).Pada masa yang sama, beliau mula membabitkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan

Page 51: TERKINI terkaya

utamanya adalah pembuatan. Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.

Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban. Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.Sumbangan dalam bidang pendidikanPada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary

Page 52: TERKINI terkaya

mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion. --(dipetik dari I Luv Islam, 8 Julai 2007)

Page 53: TERKINI terkaya

Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (lahir 1952; 陳志遠, pinyin: Chén Zhìyuǎn), lebih dikenali sebagai Vincent Tan, merupakan seorang ahli perniagaan Malaysia. Beliau adalah pemilik Thera Sdn Bhd dan Pengerusi Berjaya Group. Majalah Forbes menyenaraikan beliau dalam kelab bilionair Malaysia ke-9 dengan aset RM4.2 bilion.

[sunting] Syarikat

Beliau menguasai Berjaya Kawat Berhad dari syarikat asalnya Broken Hill Proprietary Ltd, Australia and National Iron & Steel Mills, Singapore. 17,000 pekerja bekerja dengan syarikat gergasi ini.

Syarikat miliknya, Berjaya Group menjalankan perniagaan sejak 1984 seperti surat khabar The Sun. Menjalankan perniagaan judi berlesen sah melalui Berjaya Sport Toto Berhad, Pan Malaysian Pool Sdn Bhd dan Magnum Corporation Berhad.

Syarikat Berjaya Air dan Berjaya Hotel merupakan syarikat yang terbabit industri perhotelan, resort dan kapal terbang kecil. Antaranya ialah Berjaya Hotel di pulau Tioman. Pelancong dibawa ke pulau Tioman dari Lapangan Terbang Subang dengan syarikat Berjaya Air. Berjaya Air berasal dari Pacific Air Charter yang ditubuhkan pada 1989. Kini Berjaya air membawa penumpang ke pulau Pangkor, Redang, Tioman, Lapangan Terbang Seletar, Singapura dan Lapangan Terbang Samui di Koh Samui, Thailand.

Berjaya Hill Resort atau Bukit Tinggi Resort merupakan resort percutian di Bukit Tinggi, Pahang, bersebelahan dengan Genting Highland. Keluasan 16,000 ekar terletak pada aras 2700 kaki dari aras laut di sebelah kiri Lebuh raya Karak. Latar belakang resort ini ialah Banjaran Titiwangsa dengan tema perkampungan dan senibina Perancis.

Menara Berjaya Times Square terletak di segi tiga emas Pudu - Bukit Bintang, Jalan Imbi dan Jalan Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Di sini terletaknya pawagam IMAX 3D, Cosmos World, Border dan pasar raya Metrojaya. Sistem Monorail Kuala Lumpur menghubungi menara ini di Stesen Imbi.

Syarikat DiGi Telecommunication merupakan pengendali telefon bimbit ke-3 penting di Malaysia kerana menguasai 21 % pasaran telefon selular.

MiTV merupakan syarikat televisyen berbayar yang cuba memecahkan monopoli Astro di Malaysia dan Asia Tenggara. MiTV mendapat status MSC kerana menggunakan teknologi

Page 54: TERKINI terkaya

terkini. Bagaimanapun syarikat ini tidak berjaya. MiTV menggunakan tranmisi yang disediakan oleh Runcom Technologies Ltd - sebuah syarikat Israel. MiTV Networks Sdn Bhd beroperasi di Subang Hi-Tech, Shah Alam, Selangor. Pengerusi MiTV ialah Datuk Rosman Ridzwan.

Informatics Education Ltd memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk belajar di peringkat sijil dan diploma dalam jurusan komputer, bahasa, perakauan dan lain-lain. Ditubuhkan sejak 1983 mempunya 113 cawangan di 22 negara. Pengerusinya ialah Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Bin Othman.[1]

Kilang Inokom Corp Bhd memasang kenderaan Hyundai. Antara model yang dikeluarkan ialah Inokom Lorimas, Inokom Atos, Inokom Getz, Inokom Matrix and Inokom Santa Fe