5
KREATIVITI PENULISAN PEMANGKIN TERBITAN BERMUTU Oleh Syed Zulflida S.M. Noor* Man in his role of a creator is ever creating forms, and they come out of his abounding joy. - Rabindranath Tagore (Nobel Laureate 1913) Rabindranath Tagore, dalam artikelnya Realisation in Love dalam Sadhana, 1946, halaman 104, menyatakan bahawa manusia sebagai pencipta, sentiasa mencipta pelbagai bentuk, dan bentuk-bentuk ini adalah hasil daripada kegembiraannya yang melimpah ruah. Tagore berpendapat bahawa selain keperluan harian manusia mempunyai pelbagai kelebihan, yang jika diluahkan melalui sesuatu penciptaan, maka inilah yang dinyatakan sebagai kreativiti. Dan kreativiti yang halus dan mendalam akan melahirkan keindahan pada hasil kreativiti itu dan rasa puas dalam sanubari penciptanya. Di kalangan manusia, hasil-hasil daripada kreativiti ini dapat dimanifestasikan dalam bidang seni dan Sastera. Bidang seni akan merangkumi bidang seni lukis. seni area, seni ukir. seni bina, seni lakon, seni tari, seni muzik dan sebagainya. Bidang Sastera pula merangkumi prosa dan puisi. Prosa dan puisi inilah yang paling dekat dengan penulisan kreatif. Penulisan yang kurang kreativitinya ialah penulisan surat dan laporan, yang dilakukan dalam dunia pentadbiran dan dunia perniagaan. Masalah Dunia Pentadbiran dan Perniagaan Masalahnya timbul oleh sebab orang yang bertugas dalam dunia pentadbiran dan perniagaan, yang kurang kreatif itu, jailing sekali mempunyai masa untuk mentelaah. meneliti atau mengkaji hasil karya dunia Sastera kreatif. Pada hal dunia inilah yang paling kreatif dalam penulisan, dari apa segi sekalipun baik isi kandungan, tema, kaedah, orientasi, gaya, bahasa, teknik menulis dan sebagainya. Oleh sebab itulah juga pihak sasterawan cukup susah hendak menulis surat atau laporan, sama ada yang bersifat birokratik ataupun bisnes, disebabkan bahasa undang- undangnya jumud dan amat mementingkan struktur; misalnya, borang-borang kerajaan dan surat-surat perjanjian dalam urusan jual beli. Bahasa rasmi dan * Editor Perunding, INTAN struktur yang mengongkongnya menjadi penghalang kepada para penulis dalam sistem itu juga bak lembu dalam kandang tidak dapat keluar bebas. Disebabkan perkara inilah bahawa para penulis kerajaan dan perniagaan tidak dapat membuahkan kreativiti dalam. penulisan mereka. Namun demikian para ketua di jabatan kerajaan, juga di pihak perniagaan cuba sedaya upaya menggalakkan pegawai-pegawai mereka menulis. Pihak perniagaan yang mempunyai wang bolehlah membayar penulis luar yang baik untuk menulis advertorial atau iklan mereka, tetapi pihak kerajaan yang kedekut wang tidak dapat berbuat demikian, lalu yang ada bakat menulis pun merasa bakatnya tersekat kerana tidak dapat upahan lumayan daripada kerajaan. Sesetengah jabatan seperti INTAN diadakan ruang (pelbagai buletin, siri buku, jurnal) sebagai saluran, selain bayaran untuk artikel, kertas dan buku. Tetapi bayaran masih tidak setimpal dengan usaha yang dicurahkan untuk menghasilkan penulisan yang baik, jauh sekali kreatif. inilah dilema kita. Namun demikian, agensi kerajaan harus menerbitkan surat berita, buletin, laporan dan sebagainya. Dan para penulis harus mengolah bahan agar dapat dibaca dan difahami. Maka para editor dan penulis harus tahu akan beberapa petua tentang penulisan. Diakui bahawa kreativiti penulisan adalah pemangkin terbitan yang bermutu. Mula-mula apakah kreativiti penulisan? Kreativiti ialah keupayaan mencipta, mereka atau menghasilkan sesuatu terutamanya yang bersifat asli dan dipersembahkan secara menarik dan indah. Kreativiti penulisan atau writing creativity mencangkum segala bidang, usaha atau pendekatan yang menjurus ke arah penghasilan penulisan yang asli, indah dan menarik. Jadi, apakah usaha-usaha seseorang untuk memenuhi kehendak kreativiti penulisan ini? Secara ringkas ada tiga pendekatan Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

KREATIVITI PENULISAN PEMANGKIN TERBITAN BERMUTUmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1025/1/Sekitar_2000_31_5.pdf · Pada hal dunia inilah yang paling kreatif dalam penulisan,

  • Upload
    hatruc

  • View
    221

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KREATIVITI PENULISAN PEMANGKIN TERBITAN BERMUTUmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1025/1/Sekitar_2000_31_5.pdf · Pada hal dunia inilah yang paling kreatif dalam penulisan,

KREATIVITI PENULISANPEMANGKIN TERBITAN BERMUTU

OlehSyed Zulflida S.M. Noor*

Man in his role of a creator is ever creating forms,and they come out of his abounding joy.

- Rabindranath Tagore(Nobel Laureate 1913)

Rabindranath Tagore, dalam artikelnya Realisation inLove dalam Sadhana, 1946, halaman 104, menyatakanbahawa manusia sebagai pencipta, sentiasa menciptapelbagai bentuk, dan bentuk-bentuk ini adalah hasildaripada kegembiraannya yang melimpah ruah.

Tagore berpendapat bahawa selain keperluan harianmanusia mempunyai pelbagai kelebihan, yang jikadiluahkan melalui sesuatu penciptaan, maka inilah yangdinyatakan sebagai kreativiti. Dan kreativiti yang halusdan mendalam akan melahirkan keindahan pada hasilkreativiti itu dan rasa puas dalam sanubari penciptanya.

Di kalangan manusia, hasil-hasil daripada kreativiti inidapat dimanifestasikan dalam bidang seni dan Sastera.Bidang seni akan merangkumi bidang seni lukis. seniarea, seni ukir. seni bina, seni lakon, seni tari, seni muzikdan sebagainya. Bidang Sastera pula merangkumi prosadan puisi. Prosa dan puisi inilah yang paling dekatdengan penulisan kreatif. Penulisan yang kurangkreativitinya ialah penulisan surat dan laporan, yangdilakukan dalam dunia pentadbiran dan dunia perniagaan.

Masalah Dunia Pentadbiran dan Perniagaan

Masalahnya timbul oleh sebab orang yang bertugas dalamdunia pentadbiran dan perniagaan, yang kurang kreatifitu, jailing sekali mempunyai masa untuk mentelaah.meneliti atau mengkaji hasil karya dunia Sastera kreatif.Pada hal dunia inilah yang paling kreatif dalam penulisan,dari apa segi sekalipun baik isi kandungan, tema, kaedah,orientasi, gaya, bahasa, teknik menulis dan sebagainya.

Oleh sebab itulah juga pihak sasterawan cukup susahhendak menulis surat atau laporan, sama ada yang bersifatbirokratik ataupun bisnes, disebabkan bahasa undang-undangnya jumud dan amat mementingkan struktur;misalnya, borang-borang kerajaan dan surat-suratperjanjian dalam urusan jual beli. Bahasa rasmi dan

* Editor Perunding, INTAN

struktur yang mengongkongnya menjadi penghalangkepada para penulis dalam sistem itu juga bak lembudalam kandang tidak dapat keluar bebas. Disebabkanperkara inilah bahawa para penulis kerajaan danperniagaan tidak dapat membuahkan kreativiti dalam.penulisan mereka.

Namun demikian para ketua di jabatan kerajaan, juga dipihak perniagaan cuba sedaya upaya menggalakkanpegawai-pegawai mereka menulis. Pihak perniagaan yangmempunyai wang bolehlah membayar penulis luar yangbaik untuk menulis advertorial atau iklan mereka, tetapipihak kerajaan yang kedekut wang tidak dapat berbuatdemikian, lalu yang ada bakat menulis pun merasabakatnya tersekat kerana tidak dapat upahan lumayandaripada kerajaan. Sesetengah jabatan seperti INTANdiadakan ruang (pelbagai buletin, siri buku, jurnal) sebagaisaluran, selain bayaran untuk artikel, kertas dan buku.Tetapi bayaran masih tidak setimpal dengan usaha yangdicurahkan untuk menghasilkan penulisan yang baik,jauh sekali kreatif. inilah dilema kita.

Namun demikian, agensi kerajaan harus menerbitkansurat berita, buletin, laporan dan sebagainya. Dan parapenulis harus mengolah bahan agar dapat dibaca dandifahami. Maka para editor dan penulis harus tahu akanbeberapa petua tentang penulisan.

Diakui bahawa kreativiti penulisan adalah pemangkinterbitan yang bermutu. Mula-mula apakah kreativitipenulisan? Kreativiti ialah keupayaan mencipta, merekaatau menghasilkan sesuatu terutamanya yang bersifat aslidan dipersembahkan secara menarik dan indah. Kreativitipenulisan atau writing creativity mencangkum segalabidang, usaha atau pendekatan yang menjurus ke arahpenghasilan penulisan yang asli, indah dan menarik. Jadi,apakah usaha-usaha seseorang untuk memenuhi kehendakkreativiti penulisan ini? Secara ringkas ada tiga pendekatan

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: KREATIVITI PENULISAN PEMANGKIN TERBITAN BERMUTUmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1025/1/Sekitar_2000_31_5.pdf · Pada hal dunia inilah yang paling kreatif dalam penulisan,

yang harus ditempuh, dihayati dan sentiasa diamalkan:

• Ilmu tentang penulisan

• Galakan dan amalan

• Pengukuhan hasil kerja

Ilmu tentang penulisan

Ilmu penulisan termasuklah bidang berikut:

• Sejarah penulisan

• Teori penulisan

• Dunia penulisan

• Teknik penulisan

Sejarah penulisan, selain menceritakan tentang evolusipenulisan setiap tamadun, juga membutirkan jenis-jenis aksara atau bentuk-bentuk penulisan, sepertihiroglif, cuneiform (tulisan pepaku), devanagari danaksara Arab. Teori penulisan merangkumi pelbagaiaspek penulisan itu digunakan termasuklah psikologi,propaganda, kirografi (chirography) dan kriptografi(cryptography). Dunia penulisan akan menggambarkandi mana dan jenis apa penulisan digunakan, yaknidunia persendirian, dunia umum, dunia pengajiantinggi dan dunia kerja. Teknik penulisan termasuklahpengajian retorik (rhetoric) dan struktur penulisan. Aspekinilah yang paling penting dalam ilmu penulisan.

Galakan dan amalan

Amalan menulis biasanya digerakkan oleh tiga jenispenggalakan : Pertama, ganjaran yang berupa wang,hadiah atau penghargaan (menjadi terkenal). Wang berupahadiah yang diberikan kepada penulis alas karya penulisan,sama ada buku, rencana, advertorial atau sebarangpenulisan yang diletak harga padanya. Disebabkan hasilpenulisannya, nama seseorang penulis mungkinmenjadi terkenal, dan dia disebut seorang 'penulis'.Kedua, inspirasi yang boleh berbentuk manusiayang memberi galakan dan sokongan kepada penulisagar terus menulis. Ahli-ahli keluarga seperti ibubapa, suami isteri, sanak saudara dan sahabat(boyfriend/girlfriend) turut menjadi inspirasi. Selainmereka ini, institusi atau organisasi juga menjadi faktordorongan dan sokongan disebabkan ciri atau tugasorganisasi itu yang bergantung pada penulisan danpenerbitan. Ketiga, kepuasan yang timbul di dalam diriseseorang penulis apabila berjaya menghasilkan ide,pendapat, cita-cita atau hasil penyelidikan untuk dikongsiatau disebar untuk umum, Dengan adanya galakansedemikian seseorang penulis akan terus mempraktikkanpenulisannya sama ada dalam satu bidang atau pelbagaicabang penulisan.

Pengukuhan penulisan

Seseorang penulis tidak boleh membiar dirinya kaku, dansekiranya ini berpanjangan, mutu penulisannya akanmenurun, lebih-lebih lagi jika dia tidak berbakat. Untukmengukuhkan kemahirannya seseorang penulis harusmelakukan perkara-perkara yang berikut:

• Banyak membaca untuk menambah pengetahuan,maklumat serta Perbendaharaan katanya.

• Menyimpan bahan (Salinan artikel, keratanakhbar dan maklumat yang khusus) untukmenyokong penulisannya.

• Berbincang dengan rakan-rakan sehaluan ataupakar-pakar khusus dalam bidangnya.

• Dia harus menghadiri seminar, Persidangan,forum anjuran badan-badan tertentu yang adakaitan dengan bidang/jurusan/pengkhususannya.

• Harus ada padanya beberapa buku rujukan:

- Pelbagai jenis kamus (dalam pelbagai bahasa)

- Roget's Thesaurus dan tesaurus Bahasa Melayu

- Daftar Ejaan Bahasa Melayu

- Ensiklopedia

- Pelbagai rujukan tentang penulisan

- Buku-buku quotations (al-Quran, Hadis, dll)

• Harus menulis jurnal harian (diari) ataupunmembawa buku nota ke mana saja dia pergi danmembuat Catatan tentang peristiwa-peristiwapenting, pemerhatiannya, gagasan dan lain-lain.

Selain perkara-perkara tersebut di atas, sumber-sumberpenulisan dapat dikemukakan dengan rajah segitiga berikutini.

PENGALAMAN

PENYELIDIKAN KHAYALAN

• Pengalaman merupakan segala perkara yangdirakam oleh pancaindera kita sejak lahirhinggalah ke saat ini. Ia terdiri daripada

pengamatan deria-deria kita akibat mengharungalam Sekitar dan interaksi sesama manusia. Pahit-maung serta suka-duka kita yang terpahat di

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: KREATIVITI PENULISAN PEMANGKIN TERBITAN BERMUTUmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1025/1/Sekitar_2000_31_5.pdf · Pada hal dunia inilah yang paling kreatif dalam penulisan,

dalam ingatan menjadi khazanah yang berhargauntuk ditimba dan diluahkan dalam penulisankita.

• Penyelidikan adalah ilmu pengetahuan yangdicari semata-mata untuk memenuhi sesuatukeperluan hidup, seperti bersekolah, belajar dikolej dan Universiti, selain membuat penyelidikandalam kerjaya kita. Dalam menyelenggarakanpenulisan, seseorang penulis tidak dapat laridaripada membuat penyelidikan. Tanpapenyelidikan hasil penulisan tidak akanmendalam, mantap, atau menarik minat pembaca.

• Khayalan berperanan dalam penulisan sebagaiperintis dan perentas batasan realiti. Khayalanatau imaginasi adalah dunia terokaan di dalamminda kita untuk mendapatkan bahan-bahan yangtidak ada dalam pengalaman atau penyelidikan.Imaginasi ini akan memberi warna dan membukatirai-tirai luar biasa untuk memarakkan keinginanpembaca agar membaca karya seseorang penulis.

Prinsip dan Pegangan

Seseorang penulis yang ingin maju dan kekal harusberpegang kepada beberapa prinsip dan pegangan. Yangpaling penting ialah sikap bekerja kuat dan ketekunan,dan ini mudah digambarkan dengan segi tiga berikut:

CONSISTENT INSISTENT

PERSISTENT

Rajah ini mengandungi tiga 'SISTER' yang bersifattekun, tidak berganjak dan berterusan.

PERSISTENT - bermaksud berterusan tanpa henti-henti(constant, unrelenting)

CONSISTENT - tekal, sejajar, selaras(reliable, regular, steady)

INSISTENT - mendesak, tidak berhenti-henti(persevering, compelling)

Semoga ketiga-tiga SIS di alas dapat menjadi temanpenulis dalam memperjuangkan cita-citanya.

Kompas Penulis

Kompas penulis ini juga sesuai bagi jurnalis dan editor.bahkan untuk sesiapa yang ingin menajamkan deria

pancainderanya terutama dalam bidang ilmu pengetahuan.

INGIN TAHU

Sifat-sifat penulis yang digambarkan dalam rajah di atasmerupakan lapan 'mata angin" atau haluan kompas danmerangkumi tabiat-tabiat penulis yang gigih.

1. Ingin Tahu.Seseorang penulis harus ada sifat ingin tahu {curios-ity) yang menyebabkan dia mendalami danmenyelidik dengan lebih teliti dan mendapatkanbutiran yang lengkap

2. Rajin Membaca.Tak dapat dinafikan tabiat ini amat penting bagiseseorang penulis. Dia harus mengharungi bidang-bidang yang pelbagai dan luas, dan dapat menulis,menganalisis serta membincangkan pelbagai jurusanilmu.

3. Memerhati.Memerhati (lebih teliti daripada hanya melihat) amatpenting bagi seseorang penulis kerana butiran yangditulisnya akan menarik perhatian pembaca. Lepasitu barulah deria-deria yang lain: mendengar,menghidu, merasa dan menyentuh.

4. Berfikir.Berfikir merupakan proses analisis, penyusunan logikdan peraturan pembentangan idea agar pembacamudah memahami penulisannya. Tanpa prosespemikiran yang teratur hasil karya tak mungkindapat dibentangkan dengan baik.

5. Menulis Nota/Diari.Kerja itulah satu-satunya yang membezakan antarapenulis yang gigih dan yang sambil lewa, Nota dandiari merupakan tempat simpanan bahan pemerhatian,emosi, petikan dialog, peristiwa dan sebarang perkarayang menarik, yang dapat ditimba daripadanyakemudian.

6. 'Double check' Fakta.Fakta-fakta yang dikemukakan harus diperiksa sekali

MENCABAR IDEA

BERBINCANG

-DOUBLECHECKFAKTA

MENULISNOTA/DIARI

BERFIKIR

MEMERHATI

RAJIN MEMBACA

SIFAT-SIFATPENULIS

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: KREATIVITI PENULISAN PEMANGKIN TERBITAN BERMUTUmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1025/1/Sekitar_2000_31_5.pdf · Pada hal dunia inilah yang paling kreatif dalam penulisan,

lagi untuk menentukan ketepatannya. Ini amat pentingjika anda seorang jurnalis atau pemberita. Editorjuga harus meneliti fakta sebab dia bertanggungjawabkepada institusi atau organisasi yang menerbitkanbahan itu, sama ada artikel, berita atau buku.

7. Berbincang.Berbincang dengan rakan-rakan dapat menguji samaada bahan tulisan itu telah dilihat dari pelbagai segi- kesesuaian (relevance), sensitiviti, tahap Sasaran(audience level) dan lain-lain. Berbincang juga dapatmenggilap, menokok tambah atau mengurangkanbahan anda.

8. Mencabar Idea.Seseorang penulis tidak menerima secara membabibuta sebarang idea, gangguan atau pendapat. Diaharus mencabar dan mendebatkannya. Teliti baik-buruk, faedah-rugi atau sebab-akibatnya. Mungkindari pencabaran itu akan membuahkan wacana ataudebat tentang gagasan yang dikemukakan olehpenulis lain.

Sifat atau amalan yang berupa kompas di atas dapatmenjadi panduan kepada para penulis.

Nakhoda tua melayan perahuBintang Belantik sinari haluan;

Inilah petua yang hamba tahu.Harap dipetik menjadi panduan.

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 5: KREATIVITI PENULISAN PEMANGKIN TERBITAN BERMUTUmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1025/1/Sekitar_2000_31_5.pdf · Pada hal dunia inilah yang paling kreatif dalam penulisan,

RUJUKAN

1. Brohaugh. William (1993). Write Tight Ohio : Writers Digest Books

2. Dibeli. Scott Card & Turco (1995). How to Write a Million. London : Robinson Pub. Ltd.

3. Gorrell, Donna (1993). The Purposeful Writer : A Rhetoric With Readings. Boston : Allyn & Bacon.

4. Hall. Oakley (1989). The Art & Craft of Novel Writing. Ohio : Story Press.

5. Lannon, John M. (1983). The Writing Process: A Concise Rhetoric. Boston : Little, Brown & Co.

6. Manoley, Martin & Rubenstein, Paul Max (1980). Writing for the Media. California : Prentice-Hall.

7. Novakovich, Josip (1995). Fiction Writer's Workshop. Ohio: Story Press.

8. Provost. Gary (1985). 100 Ways to Improve Your Writing. N.Y. : Story Press.

9. Reader's Digest (1993). How to Write and Speak Better. London: Readers Digest Assoc. Ltd.

10. Roberts, William H. (1985). The Writer's Companion: A Short Handbook. Boston : Little, Brown & Co.

11. Strunk, Jr.. William & White B. (1979). The Elements of Style. N.Y. : Macmillan.

12. The Writer's Digest (1994). Guide to Good Writing. Ohio : Writers Digest Books.

13. White. Fred D. (1986). The Writer's Art: A Practical Rhetoric and Handbook. California : Wadsworth Publishing Co.

14. Wilson. John M. (1993). The Complete Guide to Magazine Article Writing. Ohio : Writers Digest Books.

15. Woolever Kristin R. (1991). About Writing : A Rhetoric for Advanced Writers. California : Wadsworth Publishing Co.

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia