13
Konsep Motivasi

Konsep Motivasi (2)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

EDU

Citation preview

Konsep Motivasi

Konsep MotivasiKonsep motivasiSejenis keadaan dalaman yang merangsang, mengarah dan mengekalkan sesuatu tingkah laku. Memotivasi: satu proses menghasilkan tenaga atas desakan atau dorongan keperluan yang diarahkan untuk mencapai sesuatu matlamat.Motivasi dapat menggalakkan kejayaan dalam kehidupan.Konsep motivasiDalam konteks pengajaran dan pembelajaran:Pelajar tergalak untuk belajar dengan dorongan diri sendiri.Kesediaan murid untuk belajar bergantung pada motivasi yang sesuai, sepertimana yang ditunjukkan dalam rajah berikut. (Mok Soon Sang:2008)

Pendekatan MotivasiPendekatan BehaviorisBerpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.Menitikberatkan persekitaran luaran untuk memotivasikan seseorang (motivasi ekstrinsik)Rangsangan perasaan kepuasan pengulangan tingkah laku terhadap rangsangan tersebut

Pendekatan BehaviorisUntuk mengekalkan pengulangan tingkah laku tersebut, penggunaan ganjaran, insentif dan peneguhan positif sebagai motivasi dalam proses pembelajaran.Rangsangan yang diikuti dengan perasaan yang kurang selesa akan dihentikan (hukuman dan dendaan.)Untuk menimbulkan kesediaan untuk belajar (motivasi) dalam murid-murid, guru-guru perlu sentiasa menyediakan peluang membolehkan murid-murid untuk menikmati proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.Pendekatan BehaviorisThorndike: motivasi yang sesuai perlu digunakan untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar murid-murid dan beri peluang kepada murid untuk menikmati kejayaan.Skinner: peneguhan positif membawa rangsangan untuk menambah keberangkalian gerak balas pelajar, peneguhan negatif pula memberi kesan yang tidak menyeronokkan kepada proses PdP.Pendekatan BehaviorisCox: desakan boleh mempengaruhi dengan tujuan perubahan tingkah laku melalui manipulasi persekitaran yang terancang. Motivasi asas adalah daripada aktiviti sendiri manakala motivasi sekunder adalah desakan daripada pengaruh luaran yang tidak berkaitan langsung dengan motivasi sendiri.

Pendekatan Kognitif Motivasi pencapaian dengan kecermelangan boleh dipupuk melalui proses pembelajaran.Tingkah laku manusia boleh dipengaruh oleh cara seseorang individu memikirkan sesuatu rangsangan.Unsur menarik dan kepentingan dalam sesuatu rangsangan amat mempengaruhi motivasi untuk belajar dalam diri murid.Tokoh mazhab kognitif yang mengaitkan motivasi dengan teori pengajaran mereka.Teori Pengajaran Bruner: menentukan butiran pengetahuan sedia ada digunakan sebagai motivasi pelajar.BBB perlu distrukturkan secara sistematik untuk memudahkan pembelajaran.Menentukan cara yang sangat berkesan untuk mengorganisasikan BBB untuk memudahkan persembahan PdP.Mengaitkan naluri ingin tahu dan pencapaian kecekapan dengan motivasi pelajar dalam teori pengajarannya.Teori Keperluan Pencapaian Mc ClellandMcClelland: setiap pelajar mempunyai motivasi untuk mencapai kejayaan dengan keperluan yang berbeza.Ciri-ciri insan berjaya: bersikap positif, berani ambil risiko munasabah dan menggunakan pemikiran refleksi dan maklum balas nyata untuk membetulkan kesilapan yang berlaku.Pelajar harus dimotivasikan ke arah mencapai kejayaan dalam pelajarannya.Melibatkan mereka dalam pelbagai aktiviti dan pertandingan yang memerlukan pengetahuan mereka, membimbing mereka supaya memahami objektif, matlamat, aspirasi dan tahap pencapaian mereka.Motivasi pembelajaran dapat ditingkatkan secara beransur-ansur melalui aktiviti pembelajaran tersebut.Teori Motivasi Pencapaian AtkinsonTeori Ekspektansi X NilaiMotivasi = gabungan dua kekuatan (harapan untuk mencapai matlamat yang ditujui dan nilai matlamat untuk dirinya.)Usaha pelajar untuk menyempurnakan tugas mereka merupakan hasil daripada tahap di mana mereka diharapkan dalam melakukan tugasan dengan berjaya dan manfaat yang diperolehi daripada penyempurnaan tugasan tersebut.

Teori Motivasi Pencapaian Atkinson4 aspek utama: (Hasil memurnikan Teori Motivasi Pencapaian Mc Clelland).Individu berminat mengejar kejayaan terhadap perkara, benda dan orang.2 jenis motivasi muncul : mengejar kejayaan atau mengelak kegagalan.Keputusan akan dilakukan sama ada melepaskan sasaran atau menganalisis peluang kejayaannya.Kuat lemah motivasi bergantung kepada peribadi seseorang. Orang yang optimistik selalu memiliki motivasi mengejar kejayaan yang lebih kuat.