28
KOMSAS TINGKATAN 3 - Novel Cempaka Putih Untukmu (Rohani Deraman) Novel ini mengisahkan keakraban dan keikhlasan dalam persahabatan antara dua kaum iaitu Hartini (orang Melayu) dan Satiah (orang Asli). Hartini telah mengikut ayahnya Encik Hasrul berpindah ke sebuah perkampungan orang asli iaitu Kampung Kuala Batu di Jerantut, Pahang. Hartini bersekolah di Sekolah Menengah Kuala Batu dan telah berkenalan dengan beberapa orang rakan baharunya seperti Satiah, Mijod, Ineng, Sinda, Ambok dan Meramu. Satiah merupakan rakan karibnya. Satiah seorang murid yang pendiam kerana latar belakang dan masalah peribadinya. Justeru keluarga Hartini mengambil keputusan untuk mengambil Satiah sebagai anak angkat mereka. Lalu, Satiah tinggal bersama keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah. Hubungan dan persahabatan antara dua keluarga semakin erat. Namun pada suatu hari Satiah didapati pengsan. Satiah telah dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan Satiah menghidap penyakit barah paru-paru yang kronik. Encik Hasrul mencadangkan supaya Satiah dirawat di hospital, tetapi hal ini mendapat bantahan daripada ayah Satiah, Pak Morit yang masih kuat berpegang kepada rawatan tradisional. Penyakit Satiah masih tidak menampakkan apa-apa perubahan sehinggalah tiba hari keputusan peperiksaan PMR diumumkan. Satiah merupakan calon tunggal yang berjaya memperoleh keputusan 8A tetapi pada masa yang sama dia terpaksa bertarung dengan kesakitan. Akhirnya Pak Morit akur dan bersetuju agar Satiah dirawat di hospital. Keadaan Satiah beransur 213 Sinopsis

KOMSAS TINGKATAN 3 - Novel - MySchoolChildren | … · Web viewBab 1 – Akur Akan Perintah Berita kenaikan pangkat Encik Hasrul disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira oleh

  • Upload
    buinhi

  • View
    225

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KOMSAS TINGKATAN 3 - Novel - MySchoolChildren | … · Web viewBab 1 – Akur Akan Perintah Berita kenaikan pangkat Encik Hasrul disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira oleh

KOMSAS TINGKATAN 3 - NovelCempaka Putih Untukmu

(Rohani Deraman)

Novel ini mengisahkan keakraban dan keikhlasan dalam persahabatan antara dua kaum

iaitu Hartini (orang Melayu) dan Satiah (orang Asli). Hartini telah mengikut ayahnya Encik

Hasrul berpindah ke sebuah perkampungan orang asli iaitu Kampung Kuala Batu di Jerantut,

Pahang. Hartini bersekolah di Sekolah Menengah Kuala Batu dan telah berkenalan dengan

beberapa orang rakan baharunya seperti Satiah, Mijod, Ineng, Sinda, Ambok dan Meramu.

Satiah merupakan rakan karibnya. Satiah seorang murid yang pendiam kerana latar belakang

dan masalah peribadinya. Justeru keluarga Hartini mengambil keputusan untuk mengambil

Satiah sebagai anak angkat mereka. Lalu, Satiah tinggal bersama keluarga Encik Hasrul dan

Puan Sarah. Hubungan dan persahabatan antara dua keluarga semakin erat. Namun pada

suatu hari Satiah didapati pengsan. Satiah telah dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan

Satiah menghidap penyakit barah paru-paru yang kronik. Encik Hasrul mencadangkan supaya

Satiah dirawat di hospital, tetapi hal ini mendapat bantahan daripada ayah Satiah, Pak Morit

yang masih kuat berpegang kepada rawatan tradisional. Penyakit Satiah masih tidak

menampakkan apa-apa perubahan sehinggalah tiba hari keputusan peperiksaan PMR

diumumkan. Satiah merupakan calon tunggal yang berjaya memperoleh keputusan 8A tetapi

pada masa yang sama dia terpaksa bertarung dengan kesakitan. Akhirnya Pak Morit akur dan

bersetuju agar Satiah dirawat di hospital. Keadaan Satiah beransur pulih tetapi mereka

terpaksa berpisah kerana mereka berdua akan melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama

yang berasingan. Pelbagai dugaan telah Hartini lalui di sekolah baharu, antaranya dia telah

dimasukkan ke dalam lokap kerana difitnah oleh Junainah yang mengedarkan pil ecstasy.

Semua dugaan berjaya diatasi dengan bantuan Encik Hasrul. Hartini dan Satiah berpeluang

bertemu kembali sewaktu cuti persekolahan. Namun pertemuan mereka merupakan pertemuan

terakhir apabila Satiah telah kembali kerahmatullah. Hartini telah membaca catatan Satiah dan

sebelum kembali ke asrama dia telah menanam sepohon cempaka putih di pusara Satiah

sebagai tanda kasihnya dan memenuhi permintaan Satiah.

213

Sinopsis Keseluruhan

Page 2: KOMSAS TINGKATAN 3 - Novel - MySchoolChildren | … · Web viewBab 1 – Akur Akan Perintah Berita kenaikan pangkat Encik Hasrul disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira oleh

Bab 1 – Akur Akan Perintah

Berita kenaikan pangkat Encik Hasrul disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira

oleh Encik Hasrul dan keluarga. Walau bagaimanapun Encik Hasrul sekeluarga terpaksa

berpindah ke tempat baharu. Encik Hasrul diarah bertugas di daerah pedalaman masyarakat

Orang Asli di Pahang. Pertukaran ini menyebabkan semua ahli keluarganya merungut kerana

bimbang tidak dapat menyesuaikan diri tinggal di kawasan luar bandar. Encik Hasrul tetap

tenang menerima rungutan daripada isteri dan anak-anaknya. Berita pertukaran Encik Hasrul

juga tersebar luas di kawasan perumahan mereka. Jiran-jiran mula bertanya tentang hal

tersebut. Encik Hasrul berangkat ke Jerantut untuk membuat tinjauan tentang rumah baharu

mereka. Encik Hasrul berpuas hati dengan keadaan rumah baharu mereka . Mereka akan

berpindah dalam masa seminggu lagi. Perpindahan awal ini untuk menguruskan persekolahan

anak-anak dan juga agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan setempat.

Bab 2 – Tersalah Duga

Keluarga Encik Hasrul berpindah ke Jerantut pada awal pagi. Rumah mereka dibiarkan

kosong tanpa penyewa. Ramai rakan ayah dan ibu Hartini yang datang berkunjung ke rumah

untuk memberikan ucapan selamat jalan. Akhirnya, Encik Hasrul sekeluarga selamat sampai

ke Kampung Kuala Batu kira-kira jam 5.00 petang. Masyarakat di Kampung Kuala Batu

menyambut kedatangan Encik Hasrul sekeluarga dengan meriah. Encik Hasrul melayani

penduduk kampung dengan mesra dan ceria walaupun beliau keletihan. Encik Hasrul dan

keluarga berpuas hati dengan keadaan rumah baharu mereka yang agak selesa. Pada malam

itu, anak-anak Encik Hasrul tidur dalam keletihan. Keesokan harinya, Hartini bangun dengan

satu perasaan yang berbeza. Dia sungguh damai kerana dapat menghirup udara segar pada

pagi itu. Dia berasa seronok mendengar muzik alam yang begitu asli. Hartini tidak menduga

keadaan di pedalaman ini begitu indah. Jalan raya yang bertar dengan baik dan kampung

tersebut dilengkapi dengan kemudahan asas. Keadaan rumah masyarakat Orang Asli juga

telah berubah.

214

Sinopsis

Page 3: KOMSAS TINGKATAN 3 - Novel - MySchoolChildren | … · Web viewBab 1 – Akur Akan Perintah Berita kenaikan pangkat Encik Hasrul disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira oleh

Bab 3 – Sekolah Baharu Kawan Baharu

Hartini mula bersekolah di Sekolah Menengah Kuala Batu dan dia dimasukkan ke

Tingkatan Tiga Teratai. Cikgu Malik, guru Tingkatan Tiga Teratai memperkenalkan Hartini

kepada murid-murid dalam Tingkatan Tiga Teratai. Murid- murid Tingkatan Tiga Teratai

menyambut baik kedatangan Hartini. Mereka berkenalan dengan rasa senang hati. Hartini

berasa geli hati apabila mendengar nama rakan-rakan barunya yang pelik. Hartini mendapati

tidak banyak perbezaan antara kelasnya yang dahulu dengan kelas baharunya. Kelas ini bersih

dan susunan kerusi mejanya tersusun rapi. Hiasan kelas juga menarik. Perbezaan yang ketara

adalah dari segi penampilan murid-murid. Baju, kasut dan beg sekolah mereka agak lusuh. Hal

ini mungkin disebabkan kemiskinan. Selain itu, cara belajar mereka juga berlainan. Murid-murid

di sini tekun mendengar pengajaran guru dan sangat menghormati guru-guru. Pada waktu

rehat, Hartini berbual-bual dengan Ineng, Ambok, Satiah dan Sinda. Hartini mengajak rakan-

rakannya mengulang kaji bersama-sama. Rakan-rakan Hartini agak keberatan apabila Hartini

mencadangkan mereka mengulang kaji di rumahnya. Mereka bimbang bapa mereka tidak

memberi kebenaran. Hartini meminta mereka memujuk bapa masing-masing. Satiah

menyatakan bahawa bapanya tidak suka dia bercampur dengan orang lain selepas waktu

persekolahan. Bapanya akan memukul Satiah jika ada rakan-rakannya yang datang ke rumah.

Hartini berasa simpati terhadap Satiah. Masalah Satiah ini mengganggu fikiran Hartini. Dia ingin

Satiah belajar bersama-sama mereka kerana Satiah bijak dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu. Hartini menceritakan masalah Satiah kepada ibunya. Ibunya memahami keadaan

tersebut dan bercadang untuk berkunjung ke rumah Satiah tetapi Hartini melarang kerana

bimbang Satiah akan dipukul oleh bapanya.

Bab 4 – Masalah Satiah

Hartini berasa beban yang ditanggung menjadi ringan setelah bercerita kepada ibunya

tentang masalah Satiah. Ibunya memanjangkan berita itu kepada ayah Hartini dan ayahnya

berjanji akan menziarah keluarga Satiah dengan alasan atas urusan kerjanya. Keesokan

harinya, Hartini ke sekolah dan dia tidak sabar memberitahu hal tersebut kepada rakan-

rakannya. Hartini mencari Satiah dan mendapati Satiah tidak hadir ke sekolah pada hari

tersebut. Aton, jiran Satiah menyatakan bahawa Satiah tidak hadir ke sekolah kerana demam.

215

Page 4: KOMSAS TINGKATAN 3 - Novel - MySchoolChildren | … · Web viewBab 1 – Akur Akan Perintah Berita kenaikan pangkat Encik Hasrul disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira oleh

Hartini ingin menziarahi Satiah tetapi dilarang oleh Ambok. Akhirnya mereka bersetuju

menunggu berita daripada ayah Hartini yang akan menziarahi keluarga Satiah. Pada petang itu,

ayah Hartini memaklumkan bahawa dia tidak dapat berjumpa dengan Pak Morit kerana Pak

Morit ke hutan untuk mencari ramuan ubat-ubatan untuk Satiah. Hartini terkejut dengan

tindakan Pak Morit yang hanya memberi daun dan akar kayu untuk mengubati penyakit Satiah.

Ayahnya menjelaskan bahawa masyarakat Orang Asli masih mengamalkan perubatan

tradisional. Setelah dua hari, Satiah masih tidak hadir ke sekolah. Hartini segera mencari Aton

untuk bertanya khabar Satiah. Aton memberitahu bahawa Satiah sudah beransur pulih. Semasa

waktu rehat, Cikgu Malik berjumpa dengan Hartini dan memaklumkan hasratnya untuk melantik

Hartini asebagai ketua Kelab Komputer. Pada mulanya, Hartini agak keberatan menerima

jawatan tersebut tetapi setelah dipujuk oleh Cikgu Malik, Hartini bersetuju. Ayah Hartini

menyambut baik berita pelantikan Hartini dan berharap Hartini dapat belajar tentang komputer

dengan lebih mendalam. Hartini bertanyakan perkembangan Satiah kepada ayahnya. Ayahnya

memberitahu sebab-sebab Pak Morit melarang anaknya bergaul dengan orang lain. Hal ini

kerana peristiwa hitam yang telah menimpa anak perempuannya yang pernah belajar di

Jerantut. Ayah Hartini telah meminta kebenaran daripada Pak Morit supaya membenarkan

anaknya Satiah belajar bersama dengan Hartini dan rakan-rakannya di rumahnya nanti. Ayah

Hartini juga menjamin keselamatan Satiah dan akan bertanggungjawab terhadap Satiah.

Akhirnya Pak Morit bersetuju membenarkan Satiah belajar bersama-sama Hartini dan dia juga

bersetuju menyerahkan Satiah sebagai anak angkat Encik Hasrul.

Bab 5 – Ahli Baharu Keluarga Kami

Pak Morit dan Mak Sukin datang ke rumah Encik Hasrul untuk menghantar Satiah. Ibu

Hartini menjamu keluarga Pak Morit dengan hidangan makan tengah hari yang istimewa. Mulai

hari itu, Hartini dan Satiah menjadi rakan belajar yang akrab. Satiah seorang yang ringan

tulang. Dia sering membantu ibu Hartini di dapur walaupun dihalang. Semua ahli keluarga

Hartini menyayangi Satiah. Hubungan antara keluarga Encik Hasrul dengan Pak Morit juga

semakin erat. Peperiksaan akan bermula tidak lama lagi. Ayah Hartini menasihati mereka

berdua supaya bersedia menghadapi peperiksaan. Pada suatu hari, sewaktu Hartini dan Satiah

mengulangkaji bersama-sama. Hartini berasa mengantuk dan ingin tidur sebentar. Dia meminta

Satiah mengejutkannya. Hartini tersedar daripada tidur dan dia ternampak Satiah tidur tertiarap

di atas katil. Hartini cuba mengejutkan Satiah tetapi tiada tindak balas dari Satiah. Hartini

membalikkan badan Satiah dan mendapati ada kesan tompokan darah pada bantal. Hartini

216

Page 5: KOMSAS TINGKATAN 3 - Novel - MySchoolChildren | … · Web viewBab 1 – Akur Akan Perintah Berita kenaikan pangkat Encik Hasrul disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira oleh

memberitahu ibu bapanya. Pak Morit dimaklumkan tentang perkara tersebut. Pak Morit

menjelaskan bahawa mereka sudah biasa dengan penyakit Satiah dan dia telah membawa

Satiah berubat dengan dukun. Menurut dukun, Satiah terlangkah ‘benda kotor’ dan dia perlu

dihantar ke satu tempat untuk membuang ‘benda’ yang ada di dalam tubuhnya. Ayah Hartini

mencadangkan agar Hartini dibawa ke hospital tetapi dilarang oleh Pak Morit dengan alasan

dukun yang mengubati Satiah tidak mengizinkan. Ayah Hartini memujuk Pak Morit agar

bersetuju dengan cadangannya apabila keadaan kesihatan Satiah semakin merosot. Akhirnya

Pak Morit bersetuju dan Satiah dibawa ke hospital.

Bab 6 – Senyuman Satiah Mulai Tawar

Satiah mendapat rawatan awal daripada pihak hospital. Dia dibenarkan pulang pada

malam itu. Pihak hospital telah mengambil contoh darah, air kencing dan kahak Satiah untuk

dihantar ke Makmal Kaji Penyakit. Pada malam itu, Pak Morit dan Mak Sukin bermalam di

rumah Encik Hasrul. Kira-kira jam 3 pagi, Satiah mengaduh perlahan. Hartini terjaga dan

membancuhkan segelas susu untuk Satiah. Keesokan hari, rakan-rakan di sekolah sibuk

bertanya tentang Satiah. Sinda mengajak rakan-rakan menziarahi Satiah yang sedang sakit di

rumah Hartini. Pada petang itu, rakan-rakan sekelas Hartini datang melawat Satiah bersama-

sama Cikgu Malik dan Cikgu Anis. Ibu Hartini dan Mak Sukin menjamu mereka dengan

cempedak goreng dan kopi O. Ayah Hartini berjanji akan mengadakan kenduri besar-besaran

sekiranya mereka semua lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan nanti. Janji Encik Hasrul

menjadi pembakar semangat dalam dada murid-murid Tingkatan Tiga Teratai.

Bab 7 – Perpisahan Sementara

Peperiksaan telah selesai. Satiah dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat.

Encik Hasrul dan Pak Morit telah membawa Satiah ke hospital unutk rawatan lanjut namun

doktor belum dapat mengesan punca sebenar penyakit Satiah. Cuti sekolah bermula, Hartini

mengikut neneknya pulang ke Johor. Hartini akan mengikuti kelas komputer di sana. Sebelum

berangkat, Hartini berpesan kepada Satiah agar selalu datang melawat ibunya dan menjaga

bilik mereka. Hartini berasa sedih berpisah dengan Satiah. Satiah menitiskan air mata sebelum

berpisah. Semasa berada di rumah nenek, Hartini selalu terkenangkan ibunya dan Satiah.

Nenek memujuk Hartini dan berjanji akan menghantar Hartini pulang ke Jerantut selepas tamat

kelas komputernya. Nenek meluahkan perasaan sunyinya kerana tinggal seorang diri. Anak

bongsu nenek kini tinggal bersama abangnya di Ipoh. Nenek menghantarnya ke sana kerana

217

Page 6: KOMSAS TINGKATAN 3 - Novel - MySchoolChildren | … · Web viewBab 1 – Akur Akan Perintah Berita kenaikan pangkat Encik Hasrul disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira oleh

dia terlibat dalam masalah sosial. Keesokan hari, Hartini dan nenek ke Bandar Pontian untuk

mendaftarkan Hartini ke kelas komputer. Nenek menasihati Hartini agar bijak memilih kawan.

Dalam perjalanan pulang, mereka terserempak dengan Mak Leha yang baru pulang dari balai

polis kerana anak lelakinya terlibat dalam penyalahgunaan najis dadah. Nenek menasihati Mak

Leha agar bersabar.

Bab 8 – Berita Yang Membimbangkan

Setelah selesai menduduki ujian komputer, Hartini dan nenek berangkat ke Jerantut. Ibu

Hartini riang menyambut kepulangan Hartini dan nenek. Setelah saling bertanya khabar, Hartini

menuju ke biliknya. Dia mendapati biliknya kemas dan rapi. Ibunya memberitahu bahawa Satiah

yang telah mengemaskan bilik tersebut. Ibunya juga menceritakan bahawa Satiah disahkan

menghidap barah paru-paru. Hartini terkejut apabila mendengar berita itu. Hartini terus menuju

ke rumah Satiah. Dia pasti Satiah memerlukannya pada saat itu. Satiah menyambut

kedatangan Hartini dengan senyuman yang tawar dan hambar. Hartini menangis melihat

keadaan Satiah. Dia menangis semahu-mahunya, begitu juga Satiah. Satiah memohon maaf

kerana tidak memberitahu Hartini tentang penyakitnya kerana bimbang akan mengganggu

pelajaran dan cuti Hartini di Johor. Hartini menasihati Satiah agar tidak berputus asa dan Satiah

mesti menguatkan semangatnya untuk melawan penyakit itu. Satiah memberitahu Hartini

bahawa bapanya tidak bersetuju dengan cara perubatan moden malah dia menyesal kerana

membenarkan Satiah dibawa ke hospital dulu. Mak Sukin menyuruh Satiah bersabar dan dia

berjanji akan memujuk bapa Satiah supaya membenarkan Satiah berubat di hospital.

Bab 9 - Kerana Adat dan Pantang Larang

Sejak hari itu, Hartini berasa tidak tenang. Peristiwa Mak Sukin datang mengadu

tentang pendirian suaminya kepada ibu Hartini turut menganggu fikiran Hartini. Hartini berasa

tidak berdaya untuk membantu kerana ayahnya sendiri tidak dapat memujuk Pak Morit. Namun

Hartini bertekad untuk mencuba memujuk Pak Morit. Pada keesokan hari, Hartini menziarahi

Satiah. Dia membawa kuih kegemaran Satiah iaitu bingka jagung. Sewaktu Hartini sampai di

rumah Satiah, Pak Morit berada di rumah. Hartini memberitahu Mak Sukin tentang hasratnya

ingin memujuk Pak Morit. Mak Sukin dan Satiah membantah tindakan Hartini tetapi Hartini

tetap ingin mencuba. Hartini cuba untuk menerangkan keadaan Satiah kepada Pak Morit tetapi

Pak Morit tetap berkeras dengan pendiriannya. Pak Morit tidak mempedulikan rayuan dan

tangisan Hartini. Hartini berasa sedih dan kecewa kerana usahanya memujuk Pak Morit gagal.

218

Page 7: KOMSAS TINGKATAN 3 - Novel - MySchoolChildren | … · Web viewBab 1 – Akur Akan Perintah Berita kenaikan pangkat Encik Hasrul disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira oleh

Hartini pulang ke rumah dan memeluk ayahnya sambil menangis teresak-esak. Hartini

menceritakan peristiwa yang berlaku dan ibunya menasihatinya agar berhati-hati menangani

masalah ini. Ibu Hartini bimbang jika Pak Morit memutuskan hubungan antara dua keluarga ini.

Pada keesokan hari, Hartini menziarahi Satiah seperti biasa tetapi Satiah tiada di rumah kerana

Pak Morit telah membawa Satiah berubat di Kampung Langsat.

Bab 10 – Keruhnya Air yang Tenang

Hubungan antara keluarga Satiah dan keluarga Hartini semakin renggang. Mak Sukin

berasa kesal dengan sikap suaminya yang semakin dingin terhadap keluarga Encik Hasrul.

Encik Hasrul dan keluarga tidak menghiraukan sikap Pak Morit mereka tetap menziarahi Satiah.

Hartini berasa hari-hari yang dilaluinya sudah tawar dan hambar. Dia hanya merasakan

hubungannya dengan Satiah sahaja yang tetap utuh. Hartini cuba memberi sokongan dan

semangat kepada Satiah. Kini Satiah sudah boleh bangun dan berjalan sendiri. Satiah terpaksa

mematuhi pantang larang dukun yang melarangnya memijak tanah selama beberapa hari.

Hartini memberitahu Satiah bahawa keputusan peperiksaan akan diumumkan pada esok hari.

Hartini mengajak Satiah ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan namun Satiah

pasti bapanya tidak membenarkannya pergi ke sekolah.

Bab 11- Berita Gembira Di Sambut Duka

Sewaktu keputusan PMR diumumkan, Hartini, Ineng dan rakan-rakannya ke sekolah

untuk mengambil keputusan masing-masing. Satiah tidak hadir untuk mengambil keputusan

PMR kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan. Jam 11.00 pagi, Cikgu Malik

kembali ke sekolah bersama keputusan PMR yang diambil dari bandar. Keputusan PMR tidak

ditampalkan di papan notis untuk mengelakkan kesesakan. Setiap murid mengambil keputusan

masing-masing di bilik Cikgu Malik. Satiah mendapat keputusan terbaik iaitu 8A. Hartini

menduduki tempat kedua dengan memperolah 7A 1B. Rakan-rakan yang lain juga memperoleh

keputusan yang cemerlang dan membanggakan pihak sekolah. Pak Morit yang hadir untuk

mengambil keputusan Satiah pulang tergesa-gesa setelah dimaklumkan oleh anaknya Akob

tentang Satiah yang kembali diserang penyakitnya. Apabila Hartini mengetahuinya, dia juga

tergesa-gesa ke sana dan meminta rakan-rakannya memberitahu ibu bapanya di rumah.

Kedegilan Pak Morit untuk mengubati Satiah dengan cara tradisional akhirnya terlerai setelah

Encik Hasrul dan Hartini merayu sehabis mungkin demi masa hadapan Satiah yang cemerlang

dalam pelajaran. Keadaan Satiah yang semakin kritikal dengan darah yang membuak-buak

219

Page 8: KOMSAS TINGKATAN 3 - Novel - MySchoolChildren | … · Web viewBab 1 – Akur Akan Perintah Berita kenaikan pangkat Encik Hasrul disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira oleh

keluar dari mulutnya juga menyedarkan Pak Morit akan ketidakberkesanan perubatan

tradisional itu. Akhirnya Satiah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Bab 12 - Kuntum yang Hampir Layu

Kecanggihan peralatan dan kakitangan yang cukup untuk merawat di samping doa-doa

semua orang yang menyayanginya telah berjaya mengurangkan penderitaan penyakit Satiah.

Keluarga Satiah dan keluarga Hartini bergilir-gilir untuk menjaganya di hospital. Pak Morit juga

telah sedar akan kesilapannya yang membiarkan Satiah menderita lama dan berjanji akan

mengubah pendiriannya. Encik Hasrul dan Pak Morit merancang untuk mengadakan majlis

kenduri kesyukuran setelah Satiah pulih di samping memenuhi janji Encik Hasrul kepada murid-

murid Sekolah Menengah Kuala Batu sebelum peperiksaan PMR dahulu. Satiah telah

mendapat tawaran untuk ke sekolah berasrama di Sekolah Menengah Tanjung Bestari

sementara Hartini pula di Sekolah Menengah Gemilang Wawasan.

Bab 13 - Demi Cita-cita dan Harapan Keluarga

Kenduri kesyukuran yang dirancang berjalan dengan baik. Hampir semua murid lepasan

tingkatan 3 dan guru-guru Sekolah Menengah Kuala Batu hadir. Pengetua juga hadir bersama

isterinya. Penduduk kampung juga turut memeriahkan kenduri tersebut. Hubungan keluarga

Encik Hasrul dan Pak Morit kembali pulih seperti sedia kala dan semakin erat. Sewaktu kenduri,

Hartini dan Satiah memakai pakaian sedondon yang ditempah khas oleh Puan Sarah dan

mereka menjadi usikan Along yang menggelar mereka ‘kembar siam’. Rakan-rakan mereka

juga gembira melihat keakraban Hartini dan Satiah. Keesokan paginya, Hartini telah diserang

demam selsema tetapi keadaannya semakin pulih setelah dibawa ke klinik oleh bapanya. Puan

Sarah dan Encik Hasrul sibuk membuat persiapan untuk Hartini dan Satiah yang akan

memasuki asrama. Pak Morit dan Mak Sukin cuba memberi wang untuk pembelian barang

keperluan Satiah ke asrama tetapi ditolak dengan baik oleh Puan Sarah kerana mereka ikhlas

dan menganggap Satiah seperti anak sendiri. Masa untuk Hartini dan Satiah berpisah akhirnya

tiba juga setelah masing-masing memasuki sekolah berasrama yang berasingan.

220

Page 9: KOMSAS TINGKATAN 3 - Novel - MySchoolChildren | … · Web viewBab 1 – Akur Akan Perintah Berita kenaikan pangkat Encik Hasrul disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira oleh

Bab 14 - Kesabaran juga Ada Batasnya

Hartini dan Satiah sering berutus surat walaupun tinggal di asrama untuk mengetahui

perkembangan diri masing-masing. Keakraban hubungan antara Hartini dan Satiah telah

menarik perhatian Nora rakan sebilik Hartini. Rakan sebiliknya yang lain, iaitu Junaidah pula

tidak mempercayai kejujuran persahabatan Hartini dan Satiah. Sikap Junaidah yang tidak

sopan di samping perlakuan dan bahasa yang kasar telah menyebabkan Hartini hilang

kesabaran dan timbul pertengkaran yang membawa kepada pergaduhan sehingga

menyebabkan Junaidah cedera. Perkara itu dibawa kepada pengetahuan pengetua dan setelah

disiasat, pengetua meminta mereka berdamai dan memperbaiki kelemahan dan kesilapan

masing-masing.

Bab 15- Pecahnya Tembelang

Cuti semester pertama hampir tiba. Hartini menyatakan kegembiraannya kepada Nora

kerana Satiah akan datang menjemputnya bersama bapanya nanti. Dia juga berhasrat untuk

memperkenalkan Satiah kepada Nora. Selepas konflik terjadi antara Hartini dan Junaidah,

kelibat Junaidah jarang-jarang dilihat di dalam bilik mereka kerana dia menumpang di bilik

sebelah iaitu bersama rakan karibnya Salha. Ketika di dalam kelas, Hartini, Nora dan Najmi

telah dipanggil untuk balik ke asrama kerana ada pemeriksaan mengejut di bilik mereka.

Apabila digeledah, polis Cawangan Narkotik telah menjumpai pil ecstacy di dalam kotak kecil di

dalam laci Hartini. Akibatnya Hartini telah ditahan di lokap. Encik Hasrul menyarankan dan

meminta jasa baik pengetua untuk menjalankan pemeriksaan mengejut di kawasan asrama

bersama dengan pihak polis sewaktu proses pembelajaran berjalan. Tindakan itu menemui

kegagalan tetapi keanehan tingkah laku Encik Kancho, pengawal keselamatan asrama telah

menimbulkan kecurigaan. Kelalaian Encik Kancho telah meninggalkan bukti kepada pihak polis

dan pihak polis telah menjejaknya sehingga dia ditahan disebuah restoran di bandar Kuantan

ketika menyerahkan sejumlah pil itu kepada pelanggannya. Kehadiran Satiah, ibu bapanya dan

ibu bapa Satiah melawatnya di lokap menimbulkan suasana sedih tetapi Satiah memujuknya

kerana Hartini memang didapati tidak bersalah. Pengetua yang hadir sama juga meminta maaf

kepada Hartini atas segala yang berlaku.

221

Page 10: KOMSAS TINGKATAN 3 - Novel - MySchoolChildren | … · Web viewBab 1 – Akur Akan Perintah Berita kenaikan pangkat Encik Hasrul disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira oleh

Bab 16 - Dia Pergi Jua

Sewaktu di rumah, Hartini menghabiskan masa seharian untuk tidur sepuasnya. Satiah

balik ke rumahnya tanpa ditemani oleh Hartini, tetapi Hartini berjanji untuk menyusulnya pada

waktu petang. Encik Hasrul dan Puan Sarah mengatur kenduri kesyukuran untuk Hartini yang

telah terlepas daripada semua mala petaka. Orang kampung sibuk membantu termasuk Pak

Morit dan Mak Sukin. Pada waktu petang, Hartini ingin menunaikan janji terhadap Satiah dan

ingin menemuinya di rumah Satiah tetapi tidak menemuinya. Hartini menunggu sehingga

ditegur oleh Akob dan Amat yang balik dari berkubang dengan rakannya. Jeritan Amat dari

perigi telah mengejutkan Hartini. Satiah terlentang di situ dengan darah yang banyak sekali.

Satiah segera dikejarkan ke hospital oleh Encik Hasrul dan Pak Morit dan ditempatkan di wad

ICU. Kematian Satiah telah menjadi pukulan hebat kepada Hartini sehingga dia pengsan.

Pengebumian Satiah terpaksa dilewatkan atas permintaan Pak Morit yang mahu menunggu

sehingga Hartini sedar daripada pengsannya. Ustaz Amin berusaha memulihkan semangat

Hartini. Setelah sedar, Hartini teringat kembali kata-kata Satiah dan dia reda dengan pemergian

sahabatnya itu.

Bab 17 - Tersingkap Misteri

Encik Hasrul telah memohon kepada pengetua untuk melanjutkan cuti Hartini selama

seminggu lagi kerana keadaan kesihatan Hartini yang merosot sejak pemergian Satiah.

Keluarga Hartini cuba untuk menghiburkan hatinya yang kosong. Encik Hasrul dan Puan Sarah

mengambil barang-barang arwah Satiah dari asramanya di Kuantan. Setelah memeriksa

barang-barang tersebut satu persatu, Puan Sarah menyerahkan sebuah buku berkulit tebal

kepada Hartini. Hartini sedar, arwah Satiah sering menghabiskan masanya untuk menulis di

buku itu ketika masa lapang tetapi tidak mengizinkan orang lain melihatnya dan dia menyatakan

bahawa Hartini akan mengetahui juga isi kandungannya suatu hari nanti. Kesempatan ini

digunakan oleh Hartini untuk membaca catatan arwah Satiah yang telah meluahkan segala isi

hatinya tentang persahabatan mereka di dalam buku itu. Setelah selesai membaca buku

catatan sebanyak 180 helai, Hartini dapat merasai bahawa arwah Satiah telah tahu dan yakin

akan detik kematiannya. Hartini bertekad untuk merealisasikan wasiat sahabat dan saudaranya

itu.

222

Page 11: KOMSAS TINGKATAN 3 - Novel - MySchoolChildren | … · Web viewBab 1 – Akur Akan Perintah Berita kenaikan pangkat Encik Hasrul disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira oleh

Bab 18 - Cempaka Putih Untukmu

Percutian tambahan yang dipohon daripada pengetua telah berakhir. Hartini akan

kembali semula ke asrama. Hartini dihantar oleh ibu bapanya bersama Pak Morit dan Mak

Sukin. Sebelum bertolak, Hartini meminta ayahnya supaya singgah di tanah perkuburan.

Setelah menghadiahkan al-Fatihah, Hartini mengajak Pak Morit menanam pokok bunga

cempaka putih yang dibawa oleh Mak Sukin di atas pusara arwah Satiah untuk memenuhi

permintaan sahabatnya itu.

Novel ini bertemakan keakraban dan keikhlasan persahabatan antara dua orang remaja

walaupun berbeza latar belakang dan keturunan. Hartini dan Satiah bersahabat baik dan

persahabatan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya;

i. Kasih sayang antara keluarga.

Contoh: Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah begitu menyayangi keluarga Pak Morit

dan Mak Sukin sehingga mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk kebaikan

anak mereka iaitu Hartini dan anak angkatnya Satiah. Encik Hasrul telah membawa

Satiah ke hospital manakala Puan Sarah mempelawa Mak Sukin tidur di rumahnya.

ii. Ketabahan menghadapi dugaan hidup.

Contoh: Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru tabah menghadapi

penyakitnya dan tetap meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Tanjung

Bestari.

iii. Kebijaksanaan mengatasi masalah.

Contoh: Encik Hasrul berjaya membuktikan anaknya tidak bersalah dengan meminta

kerjasama pengetua dan beberapa pegawai polis Cawangan Narkotik supaya

mengadakan pemeriksaan mengejut di seluruh bilik asrama.

223

Persoalan

Tema

Page 12: KOMSAS TINGKATAN 3 - Novel - MySchoolChildren | … · Web viewBab 1 – Akur Akan Perintah Berita kenaikan pangkat Encik Hasrul disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira oleh

iv. Percaya kepada perkara karut.

Contoh : Pak Morit percaya bahawa penyakit Satiah berpunca daripada terlangkah

‘benda kotor’ dan dia perlu dihantar ke suatu tempat untuk membuang ‘benda’ yang ada

pada tubuhnya.

v. Sanggup berkorban menghadapi kehidupan baharu

Contoh: Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah menerima dengan hati yang terbuka

untuk berpindah ke perkampungan orang asli dengan meninggalkan kehidupan yang

selesa di bandar.

Secara keseluruhannya plot novel Cempaka Putih digarap mengikut kronologi. Terdapat empat

peringkat garapan plot iaitu:

i. PermulaanCerita bermula dengan sebuah keluarga iaitu Encik Hasrul yang bertugas sebagai

pegawai kerajaan melalui Jabatan Pertanian telah ditawarkan berkhidmat di sebuah

perkampungan orang Asli. Ahli keluarga terpaksa mengikut Encik Hasrul berpindah ke

tempat tersebut sebagai menghormati beliau sebagai ketua keluarga.

ii. PerkembanganKeluarga Encik Hasrul mengambil Satiah yang merupakan kawan karib Hartini sebagai

anak angkat. Hubungan antara keluarga Encik Hasrul dan Pak Morit semakin erat.

Hartini menjalani kehidupan seperti biasa namun Satiah terpaksa bertarung dengan

penyakit yang dihidapinya.

iii. KlimaksPenyakit Satiah semakin serius walaupun Pak Morit telah menghantar anaknya berubat

dengan seorang dukun di Kampung Langsat. Satiah pengsan pada hari keputusan PMR

diumumkan. Darah keluar membuak-buak dari mulutnya sehingga Pak Morit akhirnya

bersetuju menghantar Satiah ke hospital untuk mendapat rawatan.

iv. PeleraianSetelah bertahun-tahun menanggung penderitaan, akhirnya Satiah menemui ajal. Dalam

catatan hariannya, Satiah telah meminta Hartini supaya menanam pohon cempaka putih

224

Plot

Page 13: KOMSAS TINGKATAN 3 - Novel - MySchoolChildren | … · Web viewBab 1 – Akur Akan Perintah Berita kenaikan pangkat Encik Hasrul disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira oleh

di pusaranya. Permintaan tersebut telah ditunaikan oleh Hartini sebelum dia kembali ke

asrama.

Watak Utama

Hartini

i. Anak ketiga kepada Encik Hasrul dan Puan Sarah.

ii. Merupakan pelajar Tingkatan Tiga Teratai di Sekolah Menengah Kuala Batu.

Melanjutkan pelajaran tingkatan empat di Sekolah Menengah Gemilang Wawasan,

Raub.

iii. Mempunyai kakak (Along), abang (Angah) dan adik bernama Amin.

iv. Seorang yang berani. Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju agar

Satiah dirawat di hospital.

v. Seorang yang tabah. Contoh: Hartini menerima kehilangan rakan karibnya dengan

tabah. Dia berjanji tidak akan menangis lagi.

vi. Seorang yang penyayang. Contoh: Hartini sangat menyayangi rakannya Satiah.

Buktinya sewaktu Satiah meninggal dunia Hartini pengsan dan tidak sedarkan diri. Agak

sukar bagi Hartini menerima hakikat bahawa rakan karibnya itu telah meninggal dunia.

vii. Seorang pelajar yang bijak. Contoh: Hartini merupakan seorang pelajar yang bijak. Dia

telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR iaitu 7A 1B.

Watak Sampingan

Satiah

i. Anak sulung kepada Pak Morit dan Mak Sukin

ii. Mempunyai adik iaitu Akob dan Amat.

iii. Rakan karib Hartini

iv. Menghidap penyakit barah paru-paru.

225

Watak dan Perwatakan

Page 14: KOMSAS TINGKATAN 3 - Novel - MySchoolChildren | … · Web viewBab 1 – Akur Akan Perintah Berita kenaikan pangkat Encik Hasrul disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira oleh

v. Seorang yang pendiam. Contoh: Tidak banyak bercakap di dalam kelas dan jarang ke

rumah kawan-kawan .

vi. Seorang yang tabah. Contoh: Satiah tabah menanggung kesakitan akibat penyakit

barah paru-paru.

vii. Seorang yang bijak. Contoh: Satiah merupakan pelajar cemerlang dalam peperiksaan

PMR. Beliau memperoleh keputusan 8A. Dia juga mahir dalam penulisan. Menyambung

pelajaran tingkatan empat di Sekolah Menengah Tanjung Bestari, Kuantan.

Encik Hasrul

i. Suami kepada Sarah .

ii. Mempunyai empat orang anak iaitu Along, Angah, Hartini dan Amin.

iii. Merupakan seorang kakitangan kerajaan di Jabatan Pertanian.

iv. Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: Sebelum berpindah ke tempat baharu beliau

memastikan segala urusan persekolahan anak-anak dan keperluan tempat tinggal

diselesaikan terlebih dahulu.

v. Seorang yang baik hati. Contoh: Encik Hasrul telah menghantar Satiah ke hospital untuk

mendapatkan rawatan.

vi. Seorang yang menepati janji. Contoh: Encik Hasrul mengotakan janjinya untuk

mengadakan kenduri kesyukuran apabila Hartini dan rakan-rakannya mencapai

keputusan cemerlang dalam PMR.

Latar Masa

i. Pagi

Contoh: Pada pukul 9.00 pagi, Encik Hasrul sekeluarga bertolak dari Kuala Lumpur

menuju ke Jerantut

226

Latar

Page 15: KOMSAS TINGKATAN 3 - Novel - MySchoolChildren | … · Web viewBab 1 – Akur Akan Perintah Berita kenaikan pangkat Encik Hasrul disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira oleh

ii. Petang

Contoh: Pada suatu petang setelah keluarga Encik Hasrul tiba di rumah baharu,

masyarakat setempat menyambut kedatangan mereka.

iii. Malam

Contoh: Encik Hasrul mempelawa Pak Morit dan Mak Sukin bermalam di rumahnya

kerana keadaan Satiah yang masih lemah. Encik Hasrul bimbang penyakit Satiah

berulang kembali.

Latar Tempat

i. Di Kuala Lumpur

Contoh: tempat tinggal asal keluarga Encik Hasrul.

ii. Di kampung Kuala Batu.

Contoh: sebuah perkampungan orang asli yang dihuni oleh Pak Morit dan Mak Sukin

yang juga merupakan tempat tinggal baharu Encik Hasrul dan keluarganya.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Batu

Contoh: Tempat Hartini , Satiah dan rakan-rakannya bersekolah sehingga tamat PMR.

Sekolah Menengah Gemilang Wawasan.

Contoh: Sekolah Berasrama Hartini setelah beroleh keputusan cemerlang dalam PMR.

iii. Pontian

Contoh: Tempat tinggal nenek Hartini dan di situlah Hartini belajar komputer selepas

peperiksaan PMR.

iv. Kampung Langsat

Contoh : Tempat Pak Morit menghantar anaknya Satiah berjumpa dukun.

Latar Masyarakat

i. Masyarakat bandar

Contoh: Keluarga Encik Hasrul yang telah lama tinggal di bandar agak keberatan untuk

berpindah ke kawasan pedalaman.

227

Page 16: KOMSAS TINGKATAN 3 - Novel - MySchoolChildren | … · Web viewBab 1 – Akur Akan Perintah Berita kenaikan pangkat Encik Hasrul disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira oleh

ii. Masyarakat orang Asli

Contoh: Masyarakat orang Asli suka bersedekah dengan memberikan hasil pertanian

seperti keledek, dan pisang kepada keluarga Encik Hasrul.

iii. Masyarakat yang percaya kepada amalan tradisional

Contoh: Dukun dari Kampung Langsat dan Pak Morit mempercayai Satiah jatuh sakit

kerana telah terlangkah ‘benda kotor’.

iv. Masyarakat pelajar

Contoh: Hartini, Satiah, Sinda, Ineng, Ambok, Meranu, Ali Sintok dan rakan-rakan yang

lain menduduki peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kuala Batu.

v. Masyarakat peniaga

Contoh: Pak Dollah seorang peniaga yang menjual ikan.

vi. Masyarakat pendidik

Contoh: Cikgu Hanafi sentiasa memberi pujian ke atas Satiah yang pandai mengarang.

i. Pemerian

Contoh: Murid-murid dalam Tingkatan Tiga Teratai hanya 25 orang sahaja termasuk

aku. Ada 15 orang murid perempuan dan 10 orang murid lelaki. Ketua kelas kami ialah

Ali Sintok. Dia murid yang cukup serius dan berdisiplin.

ii. Dialog

Contoh: “Yalah. Dua tiga hari lagi kita berangkat. Nenek tahu Tini rindu akan mama dan

kawan-kawan di sana. Sabarlah, nanti nenek uruskan tiket dulu,” kata nenek

iii. Imbas kembali

Contoh: Ketika membaca catatan demi catatan yang ditulis itu aku terasa seperti berada

di sisi Satiah. Aku seperti sedang bercakap dengannya. Bayangan peristiwa semasa

228

Teknik Penulisan

Page 17: KOMSAS TINGKATAN 3 - Novel - MySchoolChildren | … · Web viewBab 1 – Akur Akan Perintah Berita kenaikan pangkat Encik Hasrul disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira oleh

bersama-sama seperti hadir semula dalam hidupku. Semua peristiwa yang berlaku

antara kami ditulis dengan menarik.

iv. Monolog Dalaman

Contoh: “Apa agaknya yang sedang Satiah lakukan pada saat ini?”

v. Saspens

Contoh:: Hartini, Nora dan Najmi dipanggil oleh pengetua berkaitan kes pengedaran pil

ecstasy.

vi. Kejutan

Contoh: Hartini terkejut dengan kematian rakan karibnya Satiah, menyebabkan

badannya lemah longlai.

i. Diksi

Penggunaan bahasa Arab

Contoh: Allahyarhamah Satiah

ii. Penggunaan bahasa Inggeris

Contoh: `mood`,‘computer games’ , phobia

iii. Simile

Contoh: seperti kuntum bunga yang hampir layu (m/s 78),

teguh seperti tiang batu

iv. Kata ganda

Contoh: tempat-tempat, rumah-rumah, kelam-kabut.

v. Sinkope

Contoh: “Aku berasa tak sabar nak ke sekolah esok”

229

Gaya Bahasa

Page 18: KOMSAS TINGKATAN 3 - Novel - MySchoolChildren | … · Web viewBab 1 – Akur Akan Perintah Berita kenaikan pangkat Encik Hasrul disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira oleh

vi. Peribahasa

Contoh : ringan tulang, berbesar hati, sebusuk-busuk daging dikunyah-kunyah tetap

juga boleh dimakan, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

vii. Hiperbola

Contoh: Udara sejuk menerjah tubuh

viii. Metafora

Contoh : Seronok sekali rasanya mendengar muzik alam yang begitu asli. ,

entahlah, rasanya kotak fikiranku belum dapat menjangkau sejauh itu.

ix. Personifikasi

Contoh: Hatiku berbunga rasa bangga

i. Nilai keberanian

Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju membenarkan Satiah

dirawat di hospital.

ii. Nilai ketabahan

Contoh: Penderitaan yang dialami oleh Satiah sangat menyakitkan. Walaupun dia

mengalami kesakitan yang teruk, dia tetap meneruskan pelajarannya di sekolah

berasrama penuh.

iii. Nilai bertanggungjawab

Contoh: Encik Hasrul merupakan seorang pegawai kerajaan yang bertanggungjawab,

beliau sanggup menerima tawaran berkhidmat di luar Bandar untuk memajukan

masyarakat di sana.

iv. Nilai kasih sayang

Contoh: Hartini sangat menyayangi Satiah sehingga dia tidak dapat menerima

kenyataan pemergian rakan karibnya itu pada peringkat awal.

230

Nilai

Page 19: KOMSAS TINGKATAN 3 - Novel - MySchoolChildren | … · Web viewBab 1 – Akur Akan Perintah Berita kenaikan pangkat Encik Hasrul disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira oleh

v. Nilai kebijaksanaan

Contoh: Encik Hasrul bijak menangani masalah anaknya yang difitnah mengedar pil

ecstasy di sekolahnya.

vi. Nilai kegigihan

Contoh : Satiah, Ineng, Sinda, Ambok, Meramu dan rakan-rakan yang lain gigih belajar

sehingga berjaya dalam peperiksaan PMR.

i. Kita hendaklah ikhlas dalam persahabatan

Contoh: Hartini dan Satiah telah menjalin hubungan persahabatan dengan ikhlas

walaupun berbeza kaum. Satiah menjadi teman belajar, menangis dan ketawa Hartini.

ii. Kita hendaklah saling menyayangi.

Contoh: Keluarga Hartini amat menyayangi Satiah walaupun Satiah hanyalah anak

angkat mereka dan berasal daripada anak orang Asli.

iii. Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah

Contoh: Encik Hasrul bijak menyelesaikan masalah anaknya yang telah difitnah

mengedar pil ecstasy

iv. Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan

Contoh: Hartini, Satiah dan rakan-rakan yang lain bersungguh-sungguh belajar secara

berkumpulan untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan PMR.

v. Kita hendaklah berpegang kepada janji

Contoh: Encik Hasrul telah menunaikan janjinya dengan mengadakan kenduri

kesyukuran setelah Hartini dan rakan-rakannya berjaya dalam PMR

vi. Kita janganlah menganiaya orang lain

Contoh: Junainah telah menganiaya Hartini dengan meletakkan pil ecstasy di dalam

almari. Perbuatannya telah terbongkar dan dia telah menerima balasan.

231

Pengajaran

Page 20: KOMSAS TINGKATAN 3 - Novel - MySchoolChildren | … · Web viewBab 1 – Akur Akan Perintah Berita kenaikan pangkat Encik Hasrul disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira oleh

i. Tuliskan tema novel ini.

ii. Senaraikan 3 persoalan yang terdapat di dalam novel ini?

i. Novel ini membawa tema keakraban dan keikhlasan persahabatan antara dua orang

remaja, iaitu Hartini dan Satiah yang bersahabat baik walaupun berbeza latar belakang

dan keturunan. Persahabatan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

ii. Tiga persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah kasih sayang antara keluarga.

Contoh: Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah begitu menyayangi keluarga Pak Morit

dan Mak Sukin sehingga mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk kebaikan

anak mereka iaitu Hartini dan Satiah. Encik Hasrul telah membawa Satiah ke hospital

manakala Puan Sarah mempelawa Mak Sukin tidur di rumahnya. Persoalan kedua

ketabahan menghadapi dugaan hidup. Contoh: Satiah yang menghidap penyakit barah

paru-paru tabah menghadapinya dan tetap meneruskan persekolahannya di Sekolah

Menengah Tanjung Bestari. Ketiga persoalan kebijaksanaan mengatasi masalah.

Contoh: Encik Hasrul berjaya membuktikan anaknya tidak bersalah dengan meminta

kerjasama pengetua dan beberapa pegawai polis Cawangan Narkotik supaya

mengadakan pemeriksaan mengejut di seluruh bilik asrama.

232

Soalan

Jawapan