14
Komponen-Komponen Gaya Hidup Sihat Kebersihan diri Tahukah anda bahawa kebersihan diri merupakan antara kriteria yang penting untuk mewujudkan kesihatan diri yamg baik? Daripada segi jasmani, tubuh yang bersih dapat mengurangkan risiko seseorang terhadap kemungkinan jangkitan sesuatu penyakit terutamanya penyakit yang berhubungan dengan kebersihan diri seperti serangan kuman atau bakteria pada kulit. mereka juga berkemungkinan untuk dijangkiti oleh penyakit-penyakit yang berkaitan seperti kudis, kurap, sakit perut, sakit gigi dan lain-lain lagi. Antara aspek-aspek yang seharusnya diberikan fokus yang sewajarnya ialah penjagaan anggota badan sendiri dan alatan peribadi seperti berus gigi, sikat, pakaian, tuala, bantal dan sebagainya. Sekiranya seseorang tidak dapat menjaga kebersihan dirinya dengan baik, memang mustahil untuk orang tersebut untuk menikmati hidup yang bebas daripada penyakit. Kita haruslah mengelakkan daripada terikut-ikut dengan gaya hidup yang tidak mementingkan kebersihan diri seperti penampilan yang kurang kemas dan tidak rapi, badan berbau yang kurang menyenangkan, rambut kusut-masai, berkuku panjang, kotor dan bardaki. Kesan daripada gaya hidup yang negatif ini ialah masalah untuk berinteraksi dengan golongan lain dan mengakibatkan wujudnya kelemahan daripada segi sosial. Individu-individu sedemikian akan kurang disenangi oleh rakan- rakan dan keluarga sendiri. Berbanding dengan individu yang sentiasa menjaga kebersihan diri dan berusaha untuk menampakkan penampilan diri yang unggul, golongan sebegini

Komponen GHS 4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

GHS4

Citation preview

Page 1: Komponen GHS 4

Komponen-Komponen Gaya Hidup Sihat

Kebersihan diri

Tahukah anda bahawa kebersihan diri merupakan antara kriteria yang penting untuk

mewujudkan kesihatan diri yamg baik? Daripada segi jasmani, tubuh yang bersih dapat

mengurangkan risiko seseorang terhadap kemungkinan jangkitan sesuatu penyakit

terutamanya penyakit yang berhubungan dengan kebersihan diri seperti serangan kuman atau

bakteria pada kulit. mereka juga berkemungkinan untuk dijangkiti oleh penyakit-penyakit

yang berkaitan seperti kudis, kurap, sakit perut, sakit gigi dan lain-lain lagi. Antara aspek-

aspek yang seharusnya diberikan fokus yang sewajarnya ialah penjagaan anggota badan

sendiri dan alatan peribadi seperti berus gigi, sikat, pakaian, tuala, bantal dan sebagainya.

Sekiranya seseorang tidak dapat menjaga kebersihan dirinya dengan baik, memang mustahil

untuk orang tersebut untuk menikmati hidup yang bebas daripada penyakit.

Kita haruslah mengelakkan daripada terikut-ikut dengan gaya hidup yang tidak

mementingkan kebersihan diri seperti penampilan yang kurang kemas dan tidak rapi, badan

berbau yang kurang menyenangkan, rambut kusut-masai, berkuku panjang, kotor dan

bardaki. Kesan daripada gaya hidup yang negatif ini ialah masalah untuk berinteraksi dengan

golongan lain dan mengakibatkan wujudnya kelemahan daripada segi sosial. Individu-

individu sedemikian akan kurang disenangi oleh rakan-rakan dan keluarga sendiri.

Berbanding dengan individu yang sentiasa menjaga kebersihan diri dan berusaha untuk

menampakkan penampilan diri yang unggul, golongan sebegini akan lebih berkeyakinan,

mudah mesra dan bergaul dengan masyarakat sekitar dan disenangi ramai.

Pemakanan yang seimbang

Selain itu, pemakanan yang seimbang juga merupakan salah satu daripada komponen

gaya hidup sihat. Secara generalisasinya, tabiat makan yang seimbang akan memberikan

tenaga dan zat-zat yang diperlukan oleh badan. Amalan pemakanan yang seimbang secara

tidak langsung akan memberi kesan kepada aspek jasmani seseorang individu kerana tanpa

makanan yang berkhasiat dan seimbang, individu tersebut tidak dapat mencapai prestasi yang

tinggi dan produktiviti akan menurun. Misalnya, sebuah kereta yang tidak mempunyai

minyak yang mencukupi tidak dapat mencapai destinasinya. Seiring dengan analogi ini,

badan manusia juga mempunyai tindak balas yang sama dan memerlukan rangsangan atau

stimulasi yang merujuk kepada makanan untuk melakukan sesuatu tugasan pada tahap

Page 2: Komponen GHS 4

produktiviti yang optimum. Berdasarkan intipati Garis Panduan Pemakanan Malaysia 1999,

garis panduan ini mencadangkan tiga pertimbangan yang penting apabila merancang

pemakanan yang sihat iaitu, makan makanan yang seimbang, makan pelbagai jenis makanan

dan makan secara sederhana ( Majalah Generasi Pengguna , edisi November 2011 : pg 9 )

Garis panduan ini dapat direalisasikan melalui pelbagai cara dan pada pendapat saya,

cara terbaik ialah dengan mengikuti piramid makanan yang sedia ada. Piramid Makanan

Malaysia bertindak sebagai panduan untuk mengenalpasti jenis dan jumlah makanan yang

boleh diambil dalam kombinasi untuk memastikan pemakanan yang seimbang. Justifikasinya,

seseorang individu perlu memperbanyakkan pengambilan kumpulan makanan yang

disenaraikan di dasar piramid dan mengurangkan pengambilan makanan yang disenaraikan di

bahagian atas piramid. untuk memenuhi keperluan harian ialah makan makanan berbeza-

beza yang menggabungkan bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran , daging, ikan , ayam,

kekacang dan hasil tenusu.

Selain itu , sewajarnya kurangkan pengambilan gula dan garam, serta mengurangkan

pengambilan makanan bergoreng , membanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-

buahan. Elakkan juga dari makan berlebihan samada dari segi makanan atau kekerapan.

Amalan pemakanan yang berlebihan atau kandungan yang tidak seimbang sering

menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, darah

tinggi, penyakit buah pinggang, kanser dan sebagainya.

Berdasarkan Rajah 3 , Piramid makanan : Aras 1 yang paling bawah merangkumi

makanan yang terdiri daripada bijirin, produk bijirin dan ubi dan perlu dimakan dalam

kuantiti yang paling banyak. Seterusnya Aras 2 pula meliputi makanan yang terdiri daripada

buah-buahan dan sayuran yang perlu diambil dalam kuantiti yang banyak manakala Aras 3

pula merangkumi makanan seperti susu, dadih dan keju, ikan, ayam, daging dan kekacang.

Akhirnya Aras 4 makanan yang seharusnya diambil dalam kuantiti yang paling sedikit

merupakan makanan dari jenis berlemak,berminyak , garam dan gula.

Page 3: Komponen GHS 4

Senaman

Melakukan senaman atau latihan fizikal adalah sesuatu aktiviti yang baik untuk

kecergasan diri. Selain dapat meningkatkan tahap kecergasan diri, aktiviti ini juga mampu

mengurangkan berat badan yang berlebihan serta mengelakkan risiko serangan penyakit

kronik. Selain itu, ia juga mampu mengurangkan tekanan hidup yang adakalanya

mengganggu kehidupan seperti tekanan emosi, sosial dan mental. Hal ini disokong oleh Fox

dan Mathew (1981) yang menyatakan bahawa kecergasan fizikal ialah kebolehan seseorang

individu menyaingi kehidupan dan dapat memberi sumbangan terhadap dirinya dan orang

lain dengan sempurna.

Dari sudut jasmani, senaman merupakan satu elemen yang sangat penting dalam

kehidupan seharian. Sekiranya kita bersenam selalu, kita akan mempunyai daya tahan otot

yang lebih tinggi untuk melakukan perkara yang biasanya di luar kemampuan. Bukan itu

sahaja, daya tahan kardiovaskular kita juga akan meningkat secara berperingkat bergantung

kepada kadar dan ulangan senaman supaya kita dapat melakukan perkara tanpa berasa lelah

dan boleh mengekalkan tahap produktiviti yang tinggi walaupun mempunyai banyak tugasan.

Bertitik-tolak daripada perkembangan tersebut, kita dapat melahirkan badan yang sihat dan

cergas dan minda yang cerdas. Otak yang cerdas seterusnya amat berkaitan dengan aspek

intelek yang lebih tinggi bagi golongan yang bersenam. Secara khususnya, senaman dapat

menghilangkan rasa lelah/lenguh dan melancarkan saliran darah ke sel-sel, secara tidak

langsung melahirkan insan yang proaktif. Lebih-lebih lagi, senaman dapat

memperkembangkan aspek sosial seseorang. Terdapat sebilangan besar yang inginkan tubuh

badan yang cantik dan tegap agar dapat mewujudkan penampilan diri ataupun imej yang

lebih meyakinkan. Dalam konteks inilah, senaman memainkan peranan yang penting kerana

kita dapat membakar lemak dan berusaha untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal

sekiranya berusaha melalui senaman agar dapat kekal yakin untuk berinteraksi dengan orang

ramai. Rentetan itu, hubungan sosial yang dititikberatkan akan menjadi satu unsur yang

sinonim dengan kehidupan seharian kita.

Persepsi bahawa senaman merupakan aktiviti yang mementingkan perjalanan aktiviti

daripada fungsi adalah salah kerana senaman bukan hanya terhad kepada aktiviti pergerakan

fizikal yang hanya boleh dilakukan di tempat tertentu atau aktiviti tertentu sahaja tetapi

senaman yang dimaksudkan boleh juga menjadi satu aktiviti seharian kita yang melibatkan

Page 4: Komponen GHS 4

satu pergerakan anggota badan dan mengeluarkan peluh tanpa meninggalkan aktiviti rutin

harian yang biasa dilakukan seharian. Sebagai contohnya, golongan yang sudah bekerja dapat

menjadikan beberapa situasi sebagai teladan seperti memilih untuk menggunakan tangga

daripada lif, mengamalkan amalan berkongsi kereta untuk ke pejabat, bahkan lebih baik dan

seronok lagi sekiranya kita sama-sama rakan-rakan atau keluarga berjalan kaki ke tempat

tersebut.

Ibu bapa juga berperanan mengubah fokus dan perhatian anak-anak daripada

ketagihan komputer ataupun gajet-gajet abad ke-21 ini kepada aktiviti-aktiviti senaman.

Golongan yang mengabaikan aspek fizikal juga akan mengakibatkan aspek sosial terjejas dan

tidak akan mahir berkomunikasi Ekoran daripada mengamalkan gaya hidup yang sedentari

dari segi fizikal ini akan membawa masalah bagi jangka panjang dan hakikatnya, individu

yang mengalami masalah ini mempunyai jangka hidup yang lebih singkat dan berisiko untuk

mendapat penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetis dan kanser (Grundy, 1999). Daro

segi intelek, murid-murid didedahkan kepada kepentingan kesedaran diri bahawa senaman

dan amalan gaya hidup yang sihat menerusi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan. Lebih-lebih lagi, pelancaran Dasar 1 Murid 1 Sukan yang telah dilaksanakan pada

tahun 2011 setelah setahun diwar-warkan dalam kalangan warga Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) iaitu sejak 2010 merupakan inisiatif yang bertujuan memberi setiap murid

peluang untuk melibatkan diri sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.

Rehat yang mencukupi

Sebagai seorang manusia , rehat yang cukup adalah perkara yang sangat diperlukan di dalam

setiap perkara. Aktiviti ini dapat memulihkan semula tenaga yang telah digunakan sewaktu

bekerja atau berurusan dengan segala perkara. Ibarat sebuah mesin yang sentiasa bekerja ,

mesin itu perlu juga direhatkan untuk kerja selanjutnya, jika tidak hayat mesin itu tidak

panjang. Begitu jugalah dengan manusia , jika kita mengabaikan waktu rehat dan asyik

memikirkan kerja dan mengutamakan kerja tanpa ada istilah rehat dalam diri maka pluang

kita diserang penyakit adalah tinggi. Apa yang jelas , kebanyakan orang yang bekerja

menjadi letih , lesu, sakit kepala dan produk yang dihasilkan akan menjadi tidak berkualiti.

Rehat adalah faktor penting dan sering dikaitkan dengan tidur. Kita sering

menganggap tidur yang cukup perlu untuk pembelajaran yang berkesan. Dalam hal ini

Page 5: Komponen GHS 4

terdapat banyak definasi tentang beberapa jumlah masa untuk tidur yang baik dalam setiap

hari . Sebenarnya apabila kita berbicara tentang tidur maka kita harus faham bahawa tidur

juga memerlukan tidur yang berkualiti. Maksudnya kita tidur atau berehat apabila kita benar-

benar terasa bahawa kita perlu tidur. Kadang-kanag kita lihat ramai orang mengatakan

bahawa mereka perlu tidur petang selama 3 jam dan waktu malam selama 8 jam. Ini adalah

kaedah yang tidak begitu baik. Sepatutnya kita mesti menguruskan waktu tidur dengan

berkesan.

Berdasarkan perbincangan tadi dapatlah dirumuskan bahawa rehat yang cukup bukan

bermakna rehat yang terlalu panjang dan membazirkan waktu tetapi rehat yang diambil

cukulah untuk mencari kesegaran diri, mengendurkan kembali urat-urat badan yang tegang

dan stress, dan memulihkan pening kepala akibat bebanan kerja yang dilakukan sebelumnya.

Seperti yang dikatakan oleh pakar motivasi , Dr. Fadilah Kamsah, “ Biar tidur 5 minit tetapi

tidur itu benar-benar tidur dan tiada gangguan daripada tidur seharian tetapi kepala sarat

dengan masalah dan beban kerja dan menjadi igauan ketika tidur “.

Berat badan yang ideal

Berat badan merupakan salah satu penanda aras bagi mengukur tahap kesihatan seseorang

individu. Hari ini , kebanyakan penyakit seperti penyakit jantung , diabetis , obesiti, strok ,

tekanan, kanser dan mandul berpunca dari berat badan yang berlebihan manakala kekurangan

berat badan pula menunjukkan individu tersebut malnutrisi.

Merujuk kepada kesan tidak mengawal berat badan dan mengamalkan cara

pengambilan makanan yang tidak seimbang , seseorang akan mengalami masalah obesiti. Kes

obesity telah menjadi bualan hangat seluruh dunia dan kajian-kajian demi kajian telah dibuat

untuk melihat sejauhmana masalah ini diperolehi dan cara mengatasinnya.

2. 0 Obesiti

Page 6: Komponen GHS 4

Obesiti merupakan antara masalah lazim yang dialami oleh ramai wanita di negara ini dan di

seluruh dunia.Masalah tersebut bukan saja menggambarkan amalan pemakanan seseorang

yang tidak betul, bahkan lebih buruk ia kerap diiringi dengan pelbagai penyakit termasuk

jantung dan darah tinggi.

Dalam pada itu, kajian terbaru mendapati bahawa wanita mempunyai ukur lilit

pinggang yang besar mempunyai risiko meninggal dunia lebih awal berbanding dengan

mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang yang lebih kecil. Kajian yang dibuat oleh

Universiti Harvard dan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Amerika Syarikat,

menunjukkan wanita yang berpinggang besar lebih cenderung untuk menghidap penyakit

yang berkaitan jantung ataupun kanser, walaupun hakikatnya mereka mempunyai berat

badan yang ideal dengan ketinggian mereka.

Menurut para penyelidik, obesiti ditentukan menerusi indeks berat badan (BMI) yang

mengukur kesesuaian antara ketinggian seseorang dengan berat badan mereka. BMI antara

18.5 dikategorikan berat badan yang ideal dan sihat, manakala BMI 30 hingga 39.9 adalah

obes.Saiz ukur lilit pinggang wanita yang lebar adalah tanda pengumpulan lemak berlebihan

pada bahagian depan perut, istilah ini dipanggil ‘abdominal obesity’. Menurut kajian

Panduan Klinikal Untuk Mengenalpasti, Memerhati dan Rawatan Berat Badan

Berlebihan dan Obesiti di Kalangan Orang Dewasa, saiz had pinggang yang sihat ialah 35

inci bagi wanita dan lelaki 40 inci. Saiz ukur lilit pinggang ini boleh diukur keliling pinggang

dari paras pusat.

Penyelidik daripada Sistem Kesihatan Universiti Loyola, Chicago, Amerika Syarikat

(AS) dan beberapa pusat berkaitan, membandingkan wanita Afrika-Amerika di kota

metropolitan Chicago dengan wanita di pedalaman Nigeria. Secara purata, wanita Chicago

mempunyai berat kira-kira 83 kilogram (kg) dan wanita Nigeria sekitar 58kg. Masalah obesiti

kian melanda kanak-kanak di negara Malaysia. Salah satu puncanya menurut  Harian Metro ,

adalah iklan makanan segera.Tubuh montok atau ‘bulat’ ketika kanak-kanak memang comel

dipandang walaupun sebenarnya ia petanda kurang baik kepada bentuk fizikal yang kurang

menarik apabila menjangkau dewasa.

Page 7: Komponen GHS 4

Kementerian Kesihatan pada 2009 menerusi Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai

juga dipetik sebagai berkata bahawa kerajaan akan melaksanakan pelbagai usaha untuk

mengawal aktiviti pemasaran dan promosi makanan segera bagi mendidik masyarakat

mengamalkan pemakanan sihat.Beliau berkata, antara langkah yang akan diambil ialah

memperkukuhkan pengawalan iklan makanan segera menerusi televisyen selain menambah

slot dan kekerapan penyebaran mesej pemakanan sihat menerusi radio, televisyen, surat

khabar serta majalah tempatan. Apa pun juga penyebab berlakunya masalah obesiti di

kalangan kanak-kanak negara ini, peranan utama dalam membentuk mereka ke arah

kehidupan yang sihat adalah bermula daripada amalan pemakanan keluarga dan pemakanan

harian mereka di rumah. Amalan pemakanan yang betul serta melakukan aktiviti senaman

secara berkala dengan betul dapat mengelakkan seseorang daripada mengalami masalah

obesiti yang turut menyumbang kepada punca pelbagai penyakit berbahaya yang boleh

membawa maut seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Tidak menyalahgunakan bahan

Gaya hidup yang sihat juga termasuklah cara pergaulan dengan manusia di sekeliling kita.

Seseorang yang mengamalkan gaya hidup sihat sentiasa berfikiran positif dan bercampur

dengan masyarakat setempat. Setiap manusia memerlukan kawan , namun untuk berkawan

kita seharusnya pandai memilih kawan. Hal ini dapat mengelakkan kita daripada terpengaruh

dan terjerumus dalam perkara yang tidak sihat seperti terlibat dalam jenayah atau

penyalahgunaan dadah atau ketagih alkohol dan menghisap rokok. Kawan yang bersikap baik

pula dapat dijadikan tempat untuk meluahkan perasaaan dan berbincang tentang perancangan

masa depan.

Perbuatan merokok, mengambil minuman beralkohol dan dadah mendatangkan banyak

keburukan . Antara kesan penyalahgunaan bahan ini menyebabkan kebakaran di mana

perokok sering membuang puntung rokok yang masih menyala ke merata tempat tanpa

menghiraukan nyalaan tersebut berkemungkinan menjadi punca kepada merebaknya

kebakaran terutamanya di kawasan belukar yang kering. Selain itu perbuatan perokok ini

telah mencemarkan kebersihan sekitar . Bahan kimia yang terkandung di dalam sebatang

Page 8: Komponen GHS 4

rokok, dadah dan alkohol boleh menjejaskan kesihatan kepada diri, keluarga , masyarakat

sekeliling dan Negara terlibat juga.

Penyalahgunaan dadah boleh mengubah cara berfikir, perasaan dan perlakuan

seseorang serta mengakibatkan kematian. Oleh itu , kita perlu mengelakkan diri kita

daripada terjebak dengan dadah supaya hidup kita bahagia.

Nama dan maruah keluarga juga tercemar dan masyarakat juga bakal menyisih

mereka dan yang lebih buruk lagi ada di antara ahli kelurga mereka yang terkena

tempias anggapan buruk masyarakat terhadap keluarga si penagih dan tidak kurang

umpat dan keji. Negara juga turut merasai bahang kesan daripada penagihan dadah ini

kerana terdapatnya aktiviti jenayah, kurang keupayaan melaukan kerja , keharmonian

tergugat dan kos perbelanjaan juga meningkat.

Hal yang demikian kerana mereka akan menyimpan satu persepuluh partikel asap dalamn

jantung mereka dan menggandakan risiko mati. Selain memberikan kesan kepada perokok

itu sendiri , merokok juga membawa kesan buruk kepada orang lain. Orang yang tidak

merokok juga diserang penyakit apabila terhidu asap tembakau rokok yang dihembus keluar

oleh perokok. Kandungan asap tembakau ini mengandungi bahan kimia yang beracun jua.

Perokok di kalangan perempuan yang mengandung boleh mencacatkan proses pembesaran

bayi dalam rahim.

Memandangkan jika dilihat dari rajah di atas jelas menunjukan bahawa sebatang

rokok itu sendiri telah membawa pelbagai bahan kimia ke dalam badan seseorang perokok.

Oleh itu jangan menjerat diri atau cuba mati sebelum waktunya. Hargai diri dan waktu yang

diberikan untuk bergelar seorang yang sihat. Bersesuaian dengan itu amalan menjauhi rokok

sangat bertepatan dengan amalan gaya hidup sihat.

Banyak kajian menunjukkan banyak kes-kes jenayah berpunca dari gejala arak. Meminum

arak boleh membawa akibat-akibat yang sangat buruk terhadap diri peminum, keluarga dan

mastyarakat. Kesan yang sangat jelas dan cepat adalah hilang kewarasan berfikir . Selain itu

peminum arak yang mabuk yang membawa kenderaan boleh mengakibatkan kemalanagan di

Page 9: Komponen GHS 4

jalanraya. Kemalangan sebegini akan menyebabkan orang lain yang tidak bersalah

mengalami penderitaan .

Selain itu , kesan-kesan yang buruk yang boleh berlaku akibat meminum arak seperti

melibatkan kestabilan ekonomi, keamanan dan berlaku huru-hara dalam sesebuah negara.

Oleh yang demikian dapat kita lihat kesan yang sangat memudaratkan bukan sahaja kepada

kesihatan tubuh badan malahan mengheret orang lain sekali dalam dilema huru-hara,

ketakutan, kebencian dan lain-lain lagi. Amalan meminum arak bukan gaya hidup sihat, oleh

yang demkian jauhi amalan meminum arak untuk kesejaheraan diri dan semua.

Berdasarkan huraian jelas menunjukkan aktiviti penyalahgunaan bahan yang

terlarang seperti rokok, arak dan dadah boleh menyebabkan kesihatan diri menjadi kurang,

masyarakat menjadi agak huru-hara, banyak kejadian tidak diingini berlaku dan suasana

persekitaran kejiranan menjadi kurang harmoni. Jadi dengan mengelakkan daripada diri

terjebak dengan penyalahgunaan bahan-bahan tersebut kita telah menyempurnakan amalan

gaya hidup sihat yang lebih beerti untuk diri, keluarga, masyarakat dan Negara.

Pengurusan stres