18
PENGENALAN Tajuk kolaj dalam Topik 4 dimulai dengan pengenalan tentang kolaj, diikuti penerangan definisi kolaj dan melihat berbagai jenis peralatan, media serta teknik-teknik yang boleh dihasilkan dalam kolaj. Dalam sub tajuk berikutnya diterangkan tentang bagaimana cara mengaplikasikan alatan, media dan teknik dalam kolaj. Penentuan tema, pemilihan warna dan penyusunan bahan dalam menghasilkan kolaj juga disentuh dalam sub topik ini. Berbagai contoh persembahan hasil karya dinyatakan untuk mendapat gambaran dengan lebih jelas lagi. Akhir sekali rumusan tentang keseluruhan tajuk kolaj, perkataan penting yang digunakan dan bahan rujukan dinyatakan. Sebelum anda mula membaca, nyatakan apa yang anda fahami dengan istilah kolaj? T T o o p p i i k k 4 4 Kegiatan Membuat Kolaj HASIL PEMBELA J ARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengaplikasikan alat, media dan bahan dalam menghasilkan kolaj; 2. Mereka cipta kolaj sendiri dengan menggunakan pelbagai teknik; 3. Menilai dan membuat penentuan tema, pemilihan warna dan penyusunan bahan; dan 4. Penghargaan seni terhadap kolaj yang dihasilkan.

kolaj

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: kolaj

PENGENALAN

Tajuk kolaj dalam Topik 4 dimulai dengan pengenalan tentang kolaj, diikuti penerangan definisi kolaj dan melihat berbagai jenis peralatan, media serta teknik-teknik yang boleh dihasilkan dalam kolaj. Dalam sub tajuk berikutnya diterangkan tentang bagaimana cara mengaplikasikan alatan, media dan teknik dalam kolaj. Penentuan tema, pemilihan warna dan penyusunan bahan dalam menghasilkan kolaj juga disentuh dalam sub topik ini. Berbagai contoh persembahan hasil karya dinyatakan untuk mendapat gambaran dengan lebih jelas lagi. Akhir sekali rumusan tentang keseluruhan tajuk kolaj, perkataan penting yang digunakan dan bahan rujukan dinyatakan. Sebelum anda mula membaca, nyatakan apa yang anda fahami dengan istilah kolaj?

TTooppiikk 44 Kegiatan

Membuat

Kolaj

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengaplikasikan alat, media dan bahan dalam menghasilkan kolaj;

2. Mereka cipta kolaj sendiri dengan menggunakan pelbagai teknik;

3. Menilai dan membuat penentuan tema, pemilihan warna dan penyusunan bahan; dan

4. Penghargaan seni terhadap kolaj yang dihasilkan.

Page 2: kolaj

TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ

56

PENGENALAN AKTIVITI KOLAJ

(a) Definisi Kolaj

Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan.

Dari perkataan perancis bermaksud gam. Kerja-kerja dibuat dengan menampal cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D.

Kolaj ialah satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih.

Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi.

Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas disebut kolaj.

Satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media.

Kolaj bermakna menghasilkan satu komposisi artistik daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak.

Satu teknik menggambar di mana foto, keratan akhbar atau mana-mana bahan berbentuk 2D dilekat dan di satukan di atas permukaan.

Teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara ÂsuperimposeÊ di antara satu sama lain.

Satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen.

Satu susunan objek dan bahan di atas dilekat di atas suatu permukaan supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.

4.1

Rajah 4.1: Contoh kolaj dari kertas warna

Sumber: Raja Baharudin Raja Husain,

Mat Aris Suradi, Syed Rukaidar Syed

Isa Al-Idroes. (2001). Panorama Teks Pendidikan Seni. Subang Jaya: Pan Asia

Page 3: kolaj

TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ !

57

(b) Alat dan Media Pencipta kolaj selalunya menjadikan objek-objek di sekeliling mereka berharga untuk dijadikan bahan-bahan dalam hasil kerja kolaj mereka. Mereka bebas menggunakan apa sahaja peralatan, media, teknik seperti dawai, kepingan besi, kaca, plastik, kulit pokok, batu, dedaun kering, lalang kering, kain perca, butang, reja reben, benang, potongan gambar dari majalah atau suratkhabar, setem, gambar foto, tiub kadbod, berbagai jenis kertas yang berjalinan, kotak telur, kapas, tisu dan sebagainya. Kolaj juga boleh dihasilkan daripada campuran pasta kering, beras dan kekacang seperti lentil dan pea yang mempunyai bentuk dan warna yang menarik. Pengkarya mengguunakan sekeping kadbod yang kuat sebagai dasar. Biasanya bahan-bahan yang digunakan adalah tahan dan boleh kekal pada kolaj tersebut. Mereka juga menjadikan stor sebagai tempat penyimpanan peralatan dan bahan-bahan yang hendak digunakan dalam aktiviti kolaj. Warna-warna basah seperti cat, warna poster, warna air, akrilik, dan tempera juga digunakan untuk bahagian latarbelakang kolaj. Tujuannya ialah untuk mendapatkan ÂmoodÊ bagi sesuatu hasil kerja kolaj. Warna minyak adalah tidak digalakkan untuk menghasilkan kolaj kerana bahan susah melekat pada permukaan. Warna yang paling baik digunakan dalam menghasilkan kolaj ialah warna akrilik dan warna air kerana berganding baik dengan berbagai jenis gam. Elakkan dari menggunakan warna ÂgouacheÊ kerana ia mudah retak dan terkopek Terdapat beberapa jenis gam sesuai digunakan dalam proses menghasilkan kolaj. Pelekat akrilik adalah yang terbaik untuk digunakan pada kerja-kerja kolaj. Kadangkala kerja-kerja menghasilkan kolaj ini tidak menggunakan pelekat tetapi menggunakan skru, ikatan, dawai untuk melekatkan bahan ke atas kolaj. Berikut ialah contoh berbagai jenis pelekat atau gam yang dicadangkan untuk digunakan ke atas kerja-kerja menghasilkan kolaj:

Jadual 4.1: Contoh Jenis Gam atau Pelekat

Media Jenis Ketelusan Kegunaan

1. Gam kilat Cair Lut sinar Pelekat untuk kertas, kain, bahan

ringan. Boleh digunakan sebagai

varnis pada akhir proses kolaj.

2. Gam

tidak kilat

Cair Lut sinar pada

lapisan pertama.

Lapisan seterusnya

lut cahaya

Pelekat untuk kertas, kain, bahan

ringan. Boleh digunakan sebagai

varnish pada akhir proses kolaj.

Terlalu banyak lapisan akan

mengaburkan gambar di bawahnya.

Page 4: kolaj

TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ

58

3. Gam gel Krim Lut sinar Pelekat untuk kertas, kain, kulit kayu

pokok, logam. Media yang terdedah

akan kelihatan kusam.

4. Gam

model

Pekat Legap Pelekat untuk batu. Boleh digunakan

untuk 3D, dipotong, kikis, warna

apabila kering. Kawasan yang tebal

memerlukan berjam-jam untuk

kering.

5. Gesso Krim Legap Serupa dengan cat akrilik putih.

Digunakan untuk menutup bahan

berasid sebelum mengecat atau

menghasilkan kolaj.

Berikut pula peralatan yang boleh dicadangkan untuk digunakan dalam menghasilkan kolaj:

Jadual 4.2: Peralatan Digunakan untuk Menghasilkan Kolaj

Alat Kegunaan

1. Pisau kraf Memotong bahan nipis seperti kertas dan fabrik. Hujung

mata pisau boleh digunakan untuk mengangkat cebisan

kertas. Tukar mata pisau selalu untuk mendapatkan mata

yang tajam dan pemotongan yang bersih dan licin.

2. Gunting Memotong bentuk bulat, kain.

3. Plastik tiga segi Sudut rata dalam setiap potongan, menggunakan sudut

empat segi untuk memeriksa bentuk empat segi yang

diperlukan.

4. Pembaris Membuat potongan yang panjang.

5. Âfrench curveÊ Melukis dan memotong kepingan kertas yang bengkok.

6. Palet Untuk kegunaan warna air atau akrilik.

7. Berus Digunakan untuk aplikasi warna dan pelekat pada kolaj.

8. Bekas air Membersihkan berus daripada kekotoran warna dan gam.

9. Penggelek Menekankan kepingan bahan-bahan di atas tempatnya.

10. Plastik

pembungkus

makanan

Menutup kerja kolaj di kedudukan sebenar. Melindungi kolaj

dari tangan yang kotor dan lebihan gam.

11. Span Menekan warna untuk mendapatkan kesan jalinan.

Page 5: kolaj

TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ !

59

12. Kertas tekap Membuat lakaran.

13. Pensel atau pen Membuat lakaran.

14. Kompas Untuk melukis bulatan, atau memotong bulatan apabila

pisau ÂbladeÊ digunakan bersamanya.

Terdapat juga bahan-bahan sampingan yang boleh digunakan untuk menghasilkan kolaj seperti berbagai jenis papan pengalas, Âwater colour boardÊ, Âillustration boardÊ, Âmat boardÊ, Âfoam boardÊ, Âwood and hard boardÊ. Berbagai jenis kertas juga boleh dicadangkan seperti kertas kolaj, kertas warna air, kertas lukisan, kertas pastel, kertas hiasan, kertas eksotik, kertas binaan, surat khabar, kertas majalah.

(c) Teknik

Dalam menghasilkan sebuah kolaj, seseorang perlu menggunakan idea dan kreativiti tersendiri untuk mendapatkan hasil kerja yang cantik dan bermutu. Penggunaan bahantara yang bersesuaian dengan tema atau tajuk catan juga perlu diambil kira apabila menjalani proses kolaj. Berikut ialah contoh teknik yang paling mudah bagaimana seseorang itu boleh menghasilkan sebuah kolaj:

(i) Fikirkan tema atau tajuk yang hendak dihasilkan supaya mesejnya sampai.

(ii) Sediakan dan racik/koyak/gunting bahan-bahan seperti kertas atau fabrik yang diperlukan untuk kolaj tersebut.

(iii) Dapatkan kertas pelbagai warna untuk menimbulkan kesan jalinan, harmoni, kontra pada kolaj anda.

(iv) Buat lakaran pada kertas lukisan untuk menyenangkan kerja-kerja menampal.

(v) Sapukan gam pada permukaan kertas.

(vi) Gam cebisan kertas atau fabrik mengikut gaya tersendiri untuk mendapatkan satu hasil kerja kolaj yang baik.

(vii) Apabila sudah kering sapukan pula gam di atas lapisan pertama untuk menampal kertas bagi menimbulkan kesan objek.

Aktiviti kolaj amat sesuai dijalankan sebagai salah satu kegiatan menggambar terutama di peringkat sekolah rendah. Murid-murid pada tahap tersebut perlu didedahkan dengan berbagai jenis dan teknik menghasilkan kolaj supaya dapat gambaran sebenar tentang apa itu kolaj. Perlu diingat juga tidak semua jenis dan teknik kolaj sesuai dijalankan pada murid tersebut. Guru harus menyesuaikan jenis dan teknik kolaj yang hendak dijalankan mengikut tahap kecerdasan murid iaitu dari darjah satu

Page 6: kolaj

TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ

60

hingga ke darjah enam. Di bawah ini disenaraikan berbagai jenis teknik kolaj yang boleh diaplikasikan kepada murid:

Teknik potong kertas dan fabrik

Teknik koyak kertas dan fabrik

Teknik menggunakan berbagai jenis kertas yang berjalinan

Teknik media campuran

Teknik kertas tisu

Teknik tisu dan kertas buangan

Teknik catan dalam kolaj

Teknik percikan dalam kolaj

Teknik span dalam kolaj

Teknik ÂskrapingÊ dalam kolaj

Teknik stensil dalam kolaj

Teknik jalinan dalam kolaj

APLIKASI ALAT MEDIA DAN TEKNIK

Apabila murid mula menggunakan gunting untuk menghasilkan kolaj, mereka selalu memotong objek atau imej dari majalah berwarna lalu menampalnya di atas kertas. Ini adalah kolaj yang paling mudah walaupun susunannya tidak diambilkira. Kebanyakan kolaj mempunyai tema tersendiri untuk menampakkan idea atau gambaran yang lebih jelas lagi apabila terpandang sesuatu hasil kerja kolaj itu. Tema boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian guru atau murid seperti tema:

Cerita, sajak, pantun dan nyanyian

Figura secara individu, keluarga, kawan, orang awam, jiran

Rumah, pondok, banglo, rumah teres, rumah flat, rumah kampong, calet

Haiwan seperti kucing, anjing, burung, ayam, itik, gajah, harimau, kuda

Pokok, bunga, daun, lalang, sayur-sayuran, buah-buahan.

4.2

1. Apakah perbezaan di antara teknik-teknik kolaj yang dikemukakan?

2. Hasilkan beberapa kolaj mudah dari pelbagai jenis teknik yang telah dinyatakan.

AKTIVITI 4.1

Page 7: kolaj

TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ !

61

Alam benda seperti meja, kerusi, basikal, cawan, piring, garpu, sudu

Fenomena alam dan sains, metafizik dan agama

Rajah 4.2: Contoh kolaj bertemakan haiwan menggunakan kertas majalah berwarna

Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford

Pengenalan menggunakan fabrik dalam kolaj kepada murid-murid adalah supaya mereka peka terhadap berbagai jenis permukaan dan jalinan yang ada pada bahan tersebut. Terdapat dua cara menggunakan fabrik dalam kolaj iaitu secara menampal atau menjahit di atas sesuatu permukaan. Projek secara berkumpulan dalam menghasilkan sesuatu tema adalah lebih cepat dijalankan daripada individu. Bahan latar yang paling sesuai ialah seperti kain kanvas yang kasar supaya dapat menahan berat kolaj di atasnya. Berat kertas dan fabrik adalah berbeza. Lebihan kain perca boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai menjahit pakaian. Ia tidak memerlukan budget yang besar. Permukaannya lembut dan sesuai digunakan untuk murid-murid di sekolah rendah. Kain perca boleh digunting, dipotong, digulung, ditindih atau dilipat semasa proses menampal keatas permukaan. Setelah ditampal, kesan-kesan jalinan dan kesan permukaan tidak rata ke atas kolaj akan kelihatan menghasilkan satu kelainan.

Rajah 4.3: Contoh kolaj dari fabrik

Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford

Page 8: kolaj

TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ

62

Tali juga adalah antara bahan yang popular digunakan dalam menghasilkan kolaj. Bahan ini digunakan untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi tentang jalinan dan bagaimana mengaplikasikan tali dalam kegiatan menggambar. Berbagai jenis tali terdapat di pasaran dan penggunaannya di dalam kolaj perlu disesuaikan dengan jenis pelekat. Tidak semua bahan yang digunakan dalam menghasilkan kolaj sesuai dengan satu jenis pelekat sahaja. Cara meletakkan tali tersebut pada permukaan boleh dipelbagaikan seperti berkumpulan, dipiuhkan, disimpulkan, berantai, bergulung atau bebas supaya mendapat permukaan jalinan yang berlainan. Permukaan yang paling sesuai adalah dari jenis ÂstrawboardÊ dan kadbod ini boleh didapati secara percuma dari kotak-kotak, papan kalender dan papan iklan. Pelekat jenis cepat kering sesuai digunakan pada tali. Pelekat diratakan di atas permukaan ÂstrawboardÊ tersebut dan diratakan dengan spatula. Kemudian tali yang telah disusun tadi dilekatkan di atas permukaan bergam. Kadangkala tali yang berbagai jenis ketebalannya dan berbagai jenis warna boleh digunakan.

Rajah 4.4: Contoh kolaj menggunakan tali dari murid umur 7 9 tahun

Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford

Murid-murid lebih peka terhadap benda-benda baru dan pelik. Mereka mula meneroka dan guru mengambil peluang untuk bertanya. Mereka boleh menjadi pencipta, boleh bercerita, menjadi pelukis apabila berhadapan dengan berbagai alat, bahan dan media. Mereka juga boleh mengaitkan pengalaman lalu dengan benda-benda yang mereka lihat sekarang. Sebagai contoh murid boleh menghasilkan sebuah kolaj diatas Âillustration boardÊ atau Âmounting boardÊ. Mulakan dengan tajuk autobiografi termasuk memori semasa kecil, persepsi diri sekarang, dan harapan untuk masa depan. Masukkan benda-benda yang anda

Page 9: kolaj

TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ !

63

suka dan tidak suka. Lekatkan gambar-gambar dari majalah, lukis, cat, atau gunakan objek sebenar jika tidak terlalu besar. Gunakan krayon, warna pensel, warna air, dakwat dan apa sahaja yang disukai. Tidak ada betul atau salah cara meletakkan atau melekatkan objek tersebut. Gunakan kolaj tersebut sebagai rujukan untuk imaginasi yang kreatif. Berikut ialah contoh kolaj bertemakan autibiografi termasuk tempat-tempat yang saya kunjungi, barang-barang yang saya sukai, dan aktiviti yang saya gemari.

Rajah 4.5: Contoh kolaj media campuran

Sumber: Leland, Nita. (1990). Creative artist. Cincinnati: North Light Book

Berikut ialah contoh dengan lebih jelas lagi bagaimana sesuatu kolaj itu dihasilkan dengan menggunakan alat, bahan dan media seperti kertas binaan yang berbagai warna, gunting, gam, pensel dan kertas lukisan tebal:

Rajah 4.6: Contoh kolaj peringkat permulaan

Langkah 1 Membuat lakaran untuk mendapatkan idea atau tema. Dalam kolaj ini pelukis telah menggunakan rupa-rupa yang telah diubahsuai atau dipiuhkan mengikut teknik yang diguna pakai oleh seorang pelukis barat terdahulu iaitu

Page 10: kolaj

TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ

64

Henry Matisse. Lihat perbezaan ketara di antara permulaan kolaj dengan akhir kolaj.

Rajah 4.7: Contoh kolaj peringkat pertengahan

Langkah 2 Meletakkan latarbelakang dan rupa bentuk. Warna latar adalah sangat penting kerana setiap warna yang digunakan untuk objek kemudian perlu berhubung kait atau bersesuaian dengannya. Gunakan pisau kraf dan pembaris untuk memotong rupa tanpa memikirkan bentuk sebenar. Ini adalah satu cara bagaimana menjalankan aktiviti menggambar secara lebih seronok dan gembira. Teknik menggunting banyak berlaku pembaziran kertas tetapi cebisan kertas tersebut boleh juga digunakan untuk menghasilkan kolaj di masa akan datang.

Rajah 4.8: Contoh kolaj peringkat pertengahan

Page 11: kolaj

TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ !

65

Langkah 3 Eksperimentasi dan mencipta ruang. Pelukis memotong kesemua bentuk tersebut secara bebas tanpa memikirkan ukuran dan bentuk sebenar. Memperkenalkan unsur ruang dan kedalaman dengan membuatkan kerusi lebih kecil daripada objek di hadapan. Satu cara memperkenalkan perasaan kedalaman atau menampakkan ruang dalam kolaj ialah dengan pertindihan objek. Dalam kolaj ini menindihkan epal dan jug air secara automatik memberitahu pemerhati bahawa jug air lebih jauh ke belakang daripada epal tersebut.

Rajah 4.9: Contoh kolaj peringkat akhir

Rajah 4 Lengkap. Kolaj ini masih memperlihatkan kejadian sebenar. Sentuhan terakhir dalam kolaj ini ialah bunga dan batang. Teknik yang digunakan ialah koyak dan tampal. Hasilnya adalah satu cara yang menarik selain gunting dan tampal. Rajah 4.6, 4.7. 4.8, 4.9, Aplikasi alat, media dan teknik secara langkah demi langkah. Sumber: Brown, M. D. & Philmetzger (1998). Realistic collage step by step. Glenn Marcam & Joyce Dolan.

Analisa hasil kerja kolaj pelukis barat dari aspek tema, alat, media dan teknik yang mereka gunakan.

AKTIVITI 4.2

Page 12: kolaj

TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ

66

PERSEMBAHAN HASIL KARYA

Untuk menghasilkan sebuah kolaj bukanlah semudah yang disangkakan. Aktiviti kolaj boleh dikatakan agak rumit dan cerewet untuk disudahkan kerana ia banyak melibatkan koordinasi tangan, mata, ketekunan dan perasaan individu yang menghasilkannya. Apabila seorang guru mengajar matapelajaran Pendidikan Seni Visual di kelas, dia seharusnya perlu mengetahui dan mengenalpasti tahap perkembangan pembelajaran murid-murid di kelas tersebut. Tahap perkembangan murid-murid adalah berbeza dan banyak dipengaruhi oleh keupayaan dan sikap kanak-kanak itu sendiri. Guru juga seharusnya perlu pandai menyesuaikan tahap murid-murid yang hendak diajar dengan aktiviti yang hendak dijalankan di kelas. Tahap keupayaan kanak-kanak boleh dikategorikan kepada tiga tahap iaitu tahap manipulatif, tahap simbolik dan tahap realistik. Tahap manipulatif ialah tahap di mana kanak-kanak suka meneroka apa saja yang dilihat dipersekitaran mereka dan berusaha mendapatkan bukti-bukti dari penerokaan mereka. Hasil kerja seni yang mereka buat adalah untuk tujuan bergembira dan mendapatkan keseronokan. Pada peringkat ini koordinasi tangan, mata dan perkaitan dengan persekitaran mereka sangat penting. Di peringkat simbolik pula kanak-kanak dikatakan suka membuat eksperimen kerana dikatakan suka terhadap sesuatu benda itu. Imej atau objek yang dilukis bersifat tidak tepat. Korelasi visual dan membuat pemerhatian sangat penting di tahap ini. Unsur ruang masih kurang jelas. Imej-imej disusun mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan logik. Di peringkat sekolah rendah murid-murid sudah boleh dikategorikan berada di tahap realistik. Murid-murid menjadi semakin matang dan boleh meluahkan perasaan secara Âfactually orientedÊ. Peka terhadap keadaan dunia yang begitu kompleks dan cuba menyesuaikannya dengan pengalaman yang mereka ada. Pada tahap ini seorang guru itu haruslah memperkenalkan berbagai jenis alat, bahan, media dan teknik dalam setiap kegiatan menggambar yang mereka jalani. Murid menjalani kegiatan seni dengan bimbingan dan panduan guru dan akhirnya menjalani sessi penilaian dan penghargaan seni dalam pembelajaran mereka. Sebelum murid dan guru menjalani sesi apresiasi seni dari hasil kolaj yang dibuat, guru boleh mencadangkan beberapa aktiviti kolaj yang menarik. Tujuannya adalah untuk menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi dengan kawan-kawan dan guru, meluahkan perasaan dan isi hati, membuat kritikan yang membina dan membuat penilaian tentang persembahan

4.3

Page 13: kolaj

TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ !

67

hasil kerja tersebut. Berikut ialah beberapa contoh aktiviti kolaj yang boleh dicadangkan: CONTOH 1 TAJUK: Kolaj dari tisu dan gambar majalah OBJEKTIF: Rancang dan hasilkan sebuah kolaj berbentuk 2D dari bahan kertas tisu dan gambar majalah untuk menerangkan konsep kesatuan dan keharmonian ALATAN DAN BAHAN: Kertas lukisan, pensel, tisu berwarna-warni, kadbod, gunting, gam, berus lukisan, marker, krayon atau cat, gambar-gambar dari majalah ARAHAN:

1. Cari satu idea yang boleh dikaitkan dengan sikap bekerjasama, tolong menolong, bersatu hati untuk melambangkan kesatuan dan keharmonian.

2. Rancang beberapa komposisi dengan menggunakan lakaran-lakaran untuk mendapatkan gambaran secara keseluruhan. Pilih satu yang terbaik.

3. Lukis lakaran yang dipilih di atas kertas putih keras.

4. Sediakan alat dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kolaj tersebut.

5. Cari dari majalah untuk mendapatkan kawasan dan menggunakan bahagian yang berwarna dan gambar-gambar yang boleh digunakan. Sebagai contoh: warna coklat pada kasut atau kek boleh digunakan untuk menghasilkan batang pokok atau warna biru air laut boleh digunakan pada pakaian pada imej atau gambar dalam kolaj. Susun gambar-gambar sebegitu rupa untuk menampakkan konsep kesatuan dan keharmonian Semasa menampal kertas berwarna dari majalah dan tisu-tisu berwarna, tak perlu hasilkan secara teliti sebaliknya boleh ditindih kertas-kertas tersebut supaya nampak lebih natural dan bebas. Tidak perlu berada dalam keadaan kemas dengan meletakkan kertas-kertas warna tersebut di dalam garisan lakaran semasa menghasilkan kolaj.

6. Teknik-teknik lain boleh diaplikasikan seperti menambahkan garisan-garisan dengan menggunakan pen marker, krayon, warna-warna poster, gosokan dari objek yang berjalinan untuk menampakkan kesatuan dan keharmonian dalam hasil kerja tersebut.

7. Bingkaikan hasil kerja kolaj tersebut dengan kemas dan gantung di tempat yang sesuai supaya senang dilihat. Jalani satu sesi penilaian dan kritikan (apresiasi seni) secara mudah.

Page 14: kolaj

TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ

68

CARA-CARA MENILAI:

1. Apakah tema/tajuk yang boleh dipilih untuk menerangkan tentang konsep kesatuan dan keharmonian?

2. Apakah elemen-elemen yang perlu diambilkira semasa menghasilkan lakaran?

3. Lakaran yang mana satu dipilih dan kenapa?

4. Apakah jenis alat, bahan, media dan teknik yang anda gunakan dalam kolaj tersebut?

5. Bagaimana kamu membuat eksperimen dengan tindihan kertas-kertas warna dari majalah, kertas-kertas tisu dan imej-imej yang digunakan?

6. Apakah teknik tambahan yang anda gunakan untuk melengkapkan kolaj tersebut?

7. Terangkan bagaimana kamu membuat persembahan dan kemasan kolaj anda?

8. Apakah perasaan anda apabila melihat hasil kerja anda?

9. Apakah sebenarnya yang hendak anda sampaikan dalam kolaj tersebut?

10. Adakah anda bersihkan kawasan kerja anda? CONTOH 2

TAJUK: Kolaj media campuran OBJEKTIF: Hasilkan sebuah kolaj media campuran dengan menggabungkan simbol-simbol visual, bahan-bahan terbuang/jumpa dan sebahagian dari lagu/ sajak ALAT DAN BAHAN: Kertas lakaran, pensel, kertas lukisan tebal, barangan jumpa atau bahan terbuang, majalah, gunting, gam, warna-warna kering, warna-warna basah dan kadbod poster ARAHAN:

1. Lihat contoh media campuran oleh pelukis terdahulu. Perhatikan bagaimana mereka menghasilkannya.

2. Untuk menghasilkan kolaj yang bermakna, fikirkan bahagian atau baris-baris penting pada lirik lagu atau sajak. Tulis lirik yang dipilih dan fikir tentangnya untuk diaplikasikan ke dalam kolaj.

3. Fikirkan imej atau gambar-gambar yang bersesuaian dengan lirik/baris sajak yang dipilih.

4. Kumpul bahan-bahan lain untuk digunakan dalam menghasilkan kolaj.

Page 15: kolaj

TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ !

69

5. Fikirkan tentang jalinan, rupa, bentuk, saiz dan warna bahan yang dikumpul.

6. Buat satu lakaran ringkas untuk mendapatkan idea keseluruhan kolaj. Fikirkan bagaimana anda dapat selitkan atau simpulkan ke dalam kata-kata yang dipilih sebagai salah satu elemen penting dalam kolaj.

7. Susun di permukaan kertas tebal bahan-bahan yang dipilih untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kolaj dan jangan digam.

8. Ambil masa untuk membuat pengubahsuaian sehingga anda berasa puas hati tentang cara susunan bahan-bahan tersebut barulah dilekat.

9. Tambah warna, jalinan, garisan, huruf ke atas kolaj anda supaya nampak lebih menarik.

10. Buat persembahan dan kemasan dan gantung ditempat yang sesuai.

11. Jalani sessi ekspresi diri, luahan perasaan, penghargaan, pujian dan kritikan seni bersama rakan dan guru.

CARA-CARA MENILAI:

1. Apakah jenis lagu atau sajak yang anda pilih untuk digunakan dalam kolaj anda dan kenapa?

2. Apakah simbol visual yang anda fikirkankan dan mempunyai kaitan dengan lagu atau sajak yang dipilih?

3. Terangkan bahan apakah yang anda gunakan untuk menghasilkan kolaj?

4. Adakah anda membuat lakaran sebelum menghasilkan kolaj dan memilih idea yang terbaik?

5. Kenapa anda memilih idea itu untuk dijadikan kolaj?

6. Terangkan bagaimana anda laksanakan visual, simbol dan kata-kata untuk dijadikan latar?

7. Bagaimana kamu menyusun sehingga kamu berpuashati tentang susunan tersebut?

8. Apakah imej atau gambar-gambar yang anda gunakan sebagai tambahan dalam kolaj anda?

9. Bagaimana kamu membuat kemasan kolaj anda?

10. Apakah asas seni reka yang anda aplikasikan dalam kolaj anda?

11. Apakah perasaan anda apabila melihat kolaj tersebut?

Page 16: kolaj

TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ

70

CONTOH 3

Lihat hasil kerja kolaj yang buat oleh pelukis berbangsa Cuba iaitu Juan Gris (Jose Victoriano Gonzalez). Kolaj ini bertajuk Breakfast yang dihasilkan pada tahun 1914.

Sumber: Ocvirk, O.G., Stinson, R.E., eigg, P.R., Bone, R.O., & Cayton, D.L. (1999). Art fundamentals: Theory and Practice, USA: McGraw-Hill

Buat satu penilaian dan kritikan dari hasil karya anda dengan memberi penekanan terhadap teknik-teknik yang anda gunakan dan asas seni reka.

AKTIVITI 4.3

Dalam kolaj tersebut Gris telah menggunakan teknik potong dan tampal dengan menggunakan kertas, krayon dan warna minyak di atas kanvas. Buat satu analisa dan kajian dari aspek garisan, warna, rupa, bentuk, jalinan dan ruang yang digunakan dalam hasil karya tersebut. Apakah imej atau objek yang digunakan dalam kolaj ini. Bahan apakah yang banyak digunakan dalam kolaj ini. Adakah anda berpuashati dengan hasil karya ini? Sila kemukakan komen-komen lain selain dari apa apa yang telah dinyatakan.

Page 17: kolaj

TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ !

71

Kolaj ialah satu komposisi artistik yang mengandungi berbagai imej.

Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata.

Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.

Pelekat-pelekat dan alatan yang digunakan dalam menghasilkan kolaj mempunyai kegunaannya yang tersendiri.

Berbagai jenis permukaan boleh digunakan dalam menghasilkan kolaj bergantung kepada jenis bahan-bahan yang hendak digunakan.

Teknik-teknik yang berbagai dalam kolaj mempunyai kesan yang berlainan pada setiap kolaj yang dihasilkan.

Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj perlu fikirkan tema terlebih dahulu.

Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid.

Langkah permulaan menghasilkan kolaj ialah dengan membuat lakaran untuk mendapatkan idea atau tema.

Penekanan terhadap warna pada latar belakang, rupa, bentuk, ruang, yang berkaitan dengan tajuk perlu diutamakan semasa menghasilkan kolaj.

Langkah terakhir yang sangat penting dan perlu dititikberatkan ialah memperlihatkan kejadian sebenar.

Aktiviti kolaj banyak melibatkan koordinasi tangan dan mata, ketekunan dan perasaan individu.

Dalam aktiviti kolaj, guru harus menyesuaikan tahap umur murid-murid dengan aktiviti kolaj yang hendak dijalankan.

Tahap keupayaan murid boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu tahap manipulatif, tahap simbolik, dan tahap realistik.

Tahap manipulatif ialah tahap di mana murid suka meneroka, mencari bukti dan mendapatkan keseronokan.

Tahap simbolik ialah tahap di mana murid boleh menjalani eksperimen mudah dan suka terhadap sesuatu benda.

Tahap realistik ialah tahap di mana murid berada di peringkat matang dan boleh meluahkan perasaan melalui hasil kerja mereka.

Page 18: kolaj

TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ

72

Brown, M. D., & Philmetzger. (1998). Realistic collage step by step. Glenn Marcam & Joyce Dolan.

Raja Baharudin Raja Husain, Mat Aris Suradi, Syed Rukaidar Syed Isa Al-Idroes. (2001). Panorama Teks Pendidikan Seni. Subang Jaya: Pan Asia

Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford.

Leland, Nita. (1990). Creative artist. Cincinnati: North Light Book.

Brown, M. D.& Philmetzger (1998). Realistic collage step by step. Glenn Marcam & Joyce Dolan.

Ocvirk, O.G., Stinson, R.E., eigg, P.R., Bone, R.O., & Cayton, D.L. (1999). Art fundamentals: Theory and Practice, USA: McGraw-Hill.

Wankelman, W.F& Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts, USA: Brown and Benchmark.

Rosalind Ragans, (1995). Art talk. (2nd ed.). New York: McGraw-Hill.

Âfactually orientedÊ

ÂsuperimposeÊ

Autobiografi

Dadaisme

Gam gel

Gam kilat

Gam model

Gesso

Kolaj

Komposisi

Koordinasi

Manipulatif

Realistik

Surealisme

Simbolik

Teknik ÂskrapingÊ

Teknik catan

Teknik jalinan

Teknik kertas buangan

Teknik kertas tisu

Teknik koyak

Teknik media campuran

Teknik percikan

Teknik potong

Teknik span

Teknik stensil