24
TEKNIK KOLAJ NURUL SHAHKINA NOR AZLIN AMIRAH HANIS MOHD RAFIQI

TEKNIK KOLAJ

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TEKNIK KOLAJ

TEKNIK KOLAJNURUL SHAHKINA

NOR AZLINAMIRAH HANIS

MOHD RAFIQI

Page 2: TEKNIK KOLAJ

Kolaj bermakna tampal dan gam. Selain itu juga teknik kolaj dapat dihasilkan tanpa menggunakan bahan-bahan asas.Dalam penghasilan catan juga boleh menggunakan teknik kolaj dengan menggunakan media campuran

Bahan – bahan yang sesuai digunakan untuk kolaj ialah carikan kertas-kertas, keratan akhbar, kepingan besi ,kain atau kain perca dan kepingan – kepingan nipis yang lain

Ciri-ciri teknik kolaj ialah mengumpulkan dan menampal bahan kutipan ke permukaan lukisan atau catan untuk menghasilkan reka bentuk dan kesan tertentu

Teknik ini mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada tahun 1912. Beliau mula menggunakan kertas yang digunting untuk dijadikan lukisan dan ia merupakan kolaj pertama yang digunakan di dalam seni halus.

PENGENALAN

Page 3: TEKNIK KOLAJ

Pablo picaso pengasas kolaj

Page 4: TEKNIK KOLAJ

Kini teknik kolaj telah berkembang ke arah yang lebih tinggi.

Kalau dulu, teknik kolaj hanya menggunakan kertas tetapi kini berbagai teknik telah muncul seperti guntingan kain perca yang lebih memberi corak yang lebih menarik.

Kolaj sendiri memerlukan teknik halus yang teliti dan memerlukan kesabaran dan ketelitian

Page 5: TEKNIK KOLAJ
Page 6: TEKNIK KOLAJ

Untuk menghasilkan sesuatu hasil seni, kita perlulah memikir dan merancang kerja agar ianya mempunyai satu tema khas.

Setelah sesuatu tema telah ditetapkan, maka ianya akan lebih mudah kepada pelajar untuk menetapkan saiz dan bahan yang diperlukan.

Seterusnya ialah teknik memotong dan mengoyak atau menjahit. Pelajar perlulah teliti di dalam melakukan kerja tersebut. Untuk menjahit pula amatlahsesuai jika pelajar menggunakan perca kain sebagai bahan kolaj.

Teknik Membuat Kolaj

Page 7: TEKNIK KOLAJ

Bahan untuk kolaj sebenarnya amat senang untuk didapati .Perkara yang agak menyulit dan menyukarkan ialah apabila memotong dan menyesuaikan warna dengan kolaj agar hasil seni tersebut menjadi lebih menarik.

Semasa kerja menampal dilakukan, pelajar perlulah memberikan perhatian kepada penggunaan ruang didalam lukisan agar ianya kelihatan lebih seimbang.

Bagi menampakkan kepelbagaian teknik, pelajar boleh menambah dengan mewarnakan, merenjiskan warna dan melorek bahagian – bahagian tertentu.

Page 8: TEKNIK KOLAJ

Terdapat tiga kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman iaitu kaeadah penjanaan idea, pengolahan dan pemurnian dankemahiran menggunakan bahan.

Jika kita kaitkan ketiga – tiga proses di atas dengan penghasilan kolaj maka, amat tepatlah bahawa pelajar perlu menjana idea mereka di dalam mencari sesuatu tema untuk kolaj mereka.

Page 9: TEKNIK KOLAJ

Apabila sesuatu tema telah pun ditetapkan, pelajar akan melakukan pengolahan dan mencipta hasil kerja mereka

seterusnya melakukan pemurnian beberapa kali agar melatih mereka supaya lebih peka dan meningkatkan pengamatan mereka di dalam penelitian.

Seterusnya, kaedah yang ketiga melatihkan kemahiran mereka menggunakan bahan serta teknik yang betul.

Page 10: TEKNIK KOLAJ

Ini merujuk kepada bagaimana pelajarmenggunakan bahan seperti gam, gunting, kertas warna atau kain perca manakala teknik pula ialah seperti teknik guntingan halus, titikan pensel ataupunjahitan.

Kesimpulannya, mengambil pandangan tokoh – tokoh seni yang terkenal adalah amat penting dilakukan oleh seseorang guru di dalam menyediakan sesuatu bahan pengajaran dan pembelajaran.

Page 11: TEKNIK KOLAJ

Kolaj termasuk di dalamkumpulan seni halus. Tujuan penghasilan kolaj kalau kita nilai dari sudut kognitif adalah memberi peluang kepada pelajar menjana idea mereka.

Penghasilan mengikut tema yang sesuai banyak membantu mereka meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Corak apa danbahan apa yang perlu digunakan dan teknik yang sesuai dan menarik.

Kolaj melatih pelajar dari segi psikomotor mereka terutama motor – tangan mereka.

Page 12: TEKNIK KOLAJ

Di lihat dari aspek kreativiti pula, kolaj banyak membantu pelajar mencipta dan mencetuskan idea mereka masing – masing.

Pemilihan warna , teknik yang sesuai dan menarik membantu mereka menghasilkan kolaj yang menarik

tujuan dan fungsi kolaj adalah untuk memberi peluang kepada pelajar meluahkan idea mereka menerusi tampalan warna mengikut kebebasan mereka.

Mereka juga dapat belajar dan membuat peniruan dengan keadaan yang sebenar, mengolah dan menghasilkan kolaj mengikut gaya dan kreativiti mereka sendiri.

Page 13: TEKNIK KOLAJ

Kesimpulannya, penghasilan kolaj dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk meluahkan ekspresi mereka melalui tampalan dan jahitan.

Selain itu, ia juga mampu membina atau meningkatkan psikomotor halus pelajar di dapat proses menggunting, menjahit dan menampal. Pembentukan sikap dan penerapan nilai murni dapat dilakukan melalui proses penghasilan kolah didalam kelas.

Page 14: TEKNIK KOLAJ

TOKOH MALAYSIA

Nirmala Shanmughalingam Lahir pada tahun 1941 di Pulau Pinang Pernah menerima pendidikan seni formal di

Washington, Boston, dan England Karya beliau memaparkan isu-isu semasa

minat dalam tema peringkat global dan rantau

Page 15: TEKNIK KOLAJ
Page 16: TEKNIK KOLAJ

NAMA KARYA: Anak Asia TAHUN- 1980 KOLEKSI- Balai Seni Negara MEDIA- Campuran TEMA- Catan kritik sosial GAYA- Menggunakan kolaj dan sutera saring,

warna hitam putih, sedikit warna kuning dan biru untuk memberi kesan tragik, penderitaan serta perasaan suram, bimbang dan gelisah

NILAI- Komen masyarakat yang amat berkesan

Page 17: TEKNIK KOLAJ

REDZA PIYADASA

lahir pada tahun 1939 di Kuantan, Pahang. Berpendidikan awal di Sekolah Abdullah, Kuantan dari 1945 hingga 1956 dan menerima anugerah Cambridge Overseas School Certificate (Grade One) dalam tahun 1957.

1958 -1959, Malayan Teachers' College, Brinsford Lodge, England dan menerima ‘Certificate in Education’ dari Institute of Education, University of Birmingham, England. di Hornsey College of Art, London, England dari 1963 hingga 1967 .

Page 18: TEKNIK KOLAJ

Malay Couple: Redza Piyadasa(1988), Mixed media collage, 60 x 50 cm

Page 19: TEKNIK KOLAJ

Menerusi catan ini kelihatan seorang lelaki yang berambut putih, berkot, seluar dan berkasut coklat muda serta memakai tali leher sedang berdiri disisi seorang wanita muda yang sedang duduk di kerusi. Wanita tersebut memakai baju warna biru dan kain batik berserta kasut biru. Mereka kelihatan seperti sedang bersiap sedia untuk diambil gambarnya. Catan ini berlatarkan tumbuh-tumbuhan dan garis-garis pelbagai warna.

MaknaLelaki yang berambut hitam keputihan ini menunjukkan umurnya yang sudah sedikit lanjut dan berdiri di sisi seorang wanita menunjukkan mereka sepasang suami isteri. Berdirinya lelaki ini disisi perempuan yang sedang duduk menunjukkan rasa sayang dan sentiasa menjaga isterinya dengan baik. Daun-daun dan warna-warna kehijauan menunjukkan nilai-nilai kebahagian sepasang suami isteri.

Page 20: TEKNIK KOLAJ

CeritaDi sini Redza Pyadasa ingin menyampaikan tentang kebahagiaan sepasang suami isteri dan nilai kasih sayang seorang suami kepada isterinya dan seorang isteri kepada suaminya dari awal dan selamanya.

EkspresifDi dalam karya ini menunjukkan rasa gembira dan teruja pengkarya pada kebahagiaan pasang suami isteri tersebut dan mengabadikannya di dalam karyanya sendiri.

Page 21: TEKNIK KOLAJ

AMIR ZAINORIN

Page 22: TEKNIK KOLAJ

Amir Zainorin lahir di Malaysia, namun tinggal dan bekerja di Denmark. 

Beliau tidak mempunyai latihan formal dalam seni dan tidak pernahpergi ke universiti untuk belajar  seni tapi belajar pentadbiran perniagaan diPoliteknik di Malaysia dan University of Missouri Kansas City.

Fokus utama bagi beliau adalah pada kesederhanaan. Belajar bagaimana untuk menyederhanakan hal-hal dan untuk mencipta sesuatu dari ketiadaan.

Page 23: TEKNIK KOLAJ

Askepot II, 45cm x 60cm, collage and acrylic on linen, 2006

Image courtesy of A. Zainorin

Page 24: TEKNIK KOLAJ

ISBN 7887, 110cm x 150cm, collage and acrylic on canvas, 2007Image courtesy of A. Zainorin