Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00

    1/18

     

     

    PENGENALAN

    Tajuk kolaj dalam Topik 4 dimulai dengan pengenalan tentang kolaj, diikutipenerangan definisi kolaj dan melihat berbagai jenis peralatan, media sertateknik-teknik yang boleh dihasilkan dalam kolaj. Dalam sub tajuk berikutnyaditerangkan tentang bagaimana cara mengaplikasikan alatan, media dan teknikdalam kolaj. Penentuan tema, pemilihan warna dan penyusunan bahan dalammenghasilkan kolaj juga disentuh dalam sub topik ini. Berbagai contohpersembahan hasil karya dinyatakan untuk mendapat gambaran dengan lebih

     jelas lagi. Akhir sekali rumusan tentang keseluruhan tajuk kolaj, perkataan

    penting yang digunakan dan bahan rujukan dinyatakan. Sebelum anda mulamembaca, nyatakan apa yang anda fahami dengan istilah kolaj?

    TTooppiik k  44

    KegiatanMembuat

    Kolaj

    HASIL PEMBELA ARANDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1.  Mengaplikasikan alat, media dan bahan dalam menghasilkan kolaj;

    2.  Mereka cipta kolaj sendiri dengan menggunakan pelbagai teknik;

    3.  Menilai dan membuat penentuan tema, pemilihan warna danpenyusunan bahan; dan

    4.  Penghargaan seni terhadap kolaj yang dihasilkan.

  • 8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00

    2/18

        TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ56

    PENGENALAN AKTIVITI KOLAJ

    (a)  Definisi Kolaj

     

    Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan keatas suatu permukaan.

      Dari perkataan perancis bermaksud gam. Kerja-kerja dibuat denganmenampal cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di ataspermukaan 2D.

      Kolaj ialah satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej sepertigambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih.

      Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi.

      Berbagai jenis bahan dilekat disatu

    permukaan khas disebut kolaj.  Satu komposisi daripada imej yang

     berlainan dan daripada berbagaimedia.

      Kolaj bermakna menghasilkan satukomposisi artistik daripada imej ataugambar yang berlainan, latarbelakangyang berlainan dan daripada berbagaiwarna dan corak.

     

    Satu teknik menggambar di manafoto, keratan akhbar atau mana-mana bahan berbentuk 2D dilekat dan disatukan di atas permukaan.

      Teknik di mana imej bergambar ataucorak berjalinan dihasilkan secaraÂsuperimposeÊ di antara satu samalain.

      Satu hasil kepingan seni dibuatdengan menggam berbagai elemen.

     

    Satu susunan objek dan bahan di atasdilekat di atas suatu permukaansupaya menjadi satu gambar bagisesuatu tajuk atau tema tertentu.

    4.1

    Rajah 4.1: Contoh kolaj dari kertas warna

    Sumber: Raja Baharudin Raja Husain,

    Mat Aris Suradi, Syed Rukaidar SyedIsa Al-Idroes. (2001). Panorama Teks

    Pendidikan Seni. Subang Jaya: Pan Asia

  • 8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00

    3/18

      TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ   57

    (b)  Alat dan MediaPencipta kolaj selalunya menjadikan objek-objek di sekeliling mereka

     berharga untuk dijadikan bahan-bahan dalam hasil kerja kolaj mereka.

    Mereka bebas menggunakan apa sahaja peralatan, media, teknik sepertidawai, kepingan besi, kaca, plastik, kulit pokok, batu, dedaun kering,lalang kering, kain perca, butang, reja reben, benang, potongan gambar darimajalah atau suratkhabar, setem, gambar foto, tiub kadbod, berbagai jeniskertas yang berjalinan, kotak telur, kapas, tisu dan sebagainya. Kolaj juga

     boleh dihasilkan daripada campuran pasta kering, beras dan kekacangseperti lentil dan pea yang mempunyai bentuk dan warna yang menarik.Pengkarya mengguunakan sekeping kadbod yang kuat sebagai dasar.Biasanya bahan-bahan yang digunakan adalah tahan dan boleh kekal padakolaj tersebut. Mereka juga menjadikan stor sebagai tempat penyimpananperalatan dan bahan-bahan yang hendak digunakan dalam aktiviti kolaj.

    Warna-warna basah seperti cat, warna poster, warna air, akrilik, dantempera juga digunakan untuk bahagian latarbelakang kolaj. Tujuannyaialah untuk mendapatkan ÂmoodÊ bagi sesuatu hasil kerja kolaj. Warnaminyak adalah tidak digalakkan untuk menghasilkan kolaj kerana bahansusah melekat pada permukaan. Warna yang paling baik digunakan dalammenghasilkan kolaj ialah warna akrilik dan warna air kerana berganding

     baik dengan berbagai jenis gam. Elakkan dari menggunakan warnaÂgouacheÊ kerana ia mudah retak dan terkopek

    Terdapat beberapa jenis gam sesuai digunakan dalam proses menghasilkankolaj. Pelekat akrilik adalah yang terbaik untuk digunakan pada kerja-kerjakolaj. Kadangkala kerja-kerja menghasilkan kolaj ini tidak menggunakanpelekat tetapi menggunakan skru, ikatan, dawai untuk melekatkan bahanke atas kolaj. Berikut ialah contoh berbagai jenis pelekat atau gam yangdicadangkan untuk digunakan ke atas kerja-kerja menghasilkan kolaj:

     Jadual 4.1: Contoh Jenis Gam atau Pelekat

    Media Jenis Ketelusan Kegunaan

    1. Gam kilat Cair Lut sinar Pelekat untuk kertas, kain, bahanringan. Boleh digunakan sebagai

    varnis pada akhir proses kolaj.

    2. Gam

    tidak kilat

    Cair Lut sinar pada

    lapisan pertama.

    Lapisan seterusnya

    lut cahaya

    Pelekat untuk kertas, kain, bahan

    ringan. Boleh digunakan sebagai

    varnish pada akhir proses kolaj.

    Terlalu banyak lapisan akan

    mengaburkan gambar di bawahnya.

  • 8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00

    4/18

        TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ58

    3. Gam gel Krim Lut sinar Pelekat untuk kertas, kain, kulit kayu

    pokok, logam. Media yang terdedah

    akan kelihatan kusam.

    4. Gam

    model

    Pekat Legap Pelekat untuk batu. Boleh digunakan

    untuk 3D, dipotong, kikis, warna

    apabila kering. Kawasan yang tebal

    memerlukan berjam-jam untuk

    kering.

    5. Gesso Krim Legap Serupa dengan cat akrilik putih.

    Digunakan untuk menutup bahan

     berasid sebelum mengecat atau

    menghasilkan kolaj.

    Berikut pula peralatan yang boleh dicadangkan untuk digunakan dalammenghasilkan kolaj:

     Jadual 4.2: Peralatan Digunakan untuk Menghasilkan Kolaj

    Alat Kegunaan

    1. Pisau kraf Memotong bahan nipis seperti kertas dan fabrik. Hujung

    mata pisau boleh digunakan untuk mengangkat cebisan

    kertas. Tukar mata pisau selalu untuk mendapatkan mata

    yang tajam dan pemotongan yang bersih dan licin.2. Gunting Memotong bentuk bulat, kain.

    3. Plastik tiga segi Sudut rata dalam setiap potongan, menggunakan sudut

    empat segi untuk memeriksa bentuk empat segi yang

    diperlukan.

    4. Pembaris Membuat potongan yang panjang.

    5. Âfrench curveÊ Melukis dan memotong kepingan kertas yang bengkok.

    6. Palet Untuk kegunaan warna air atau akrilik.

    7. Berus Digunakan untuk aplikasi warna dan pelekat pada kolaj.

    8. Bekas air Membersihkan berus daripada kekotoran warna dan gam.

    9. Penggelek Menekankan kepingan bahan-bahan di atas tempatnya.

    10. Plastik

    pembungkus

    makanan

    Menutup kerja kolaj di kedudukan sebenar. Melindungi kolaj

    dari tangan yang kotor dan lebihan gam.

    11. Span Menekan warna untuk mendapatkan kesan jalinan.

  • 8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00

    5/18

      TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ   59

    12. Kertas tekap Membuat lakaran.

    13. Pensel atau pen Membuat lakaran.

    14. Kompas Untuk melukis bulatan, atau memotong bulatan apabilapisau ÂbladeÊ digunakan bersamanya.

    Terdapat juga bahan-bahan sampingan yang boleh digunakan untukmenghasilkan kolaj seperti berbagai jenis papan pengalas, Âwater colour

     boardÊ, Âillustration boardÊ, Âmat boardÊ, Âfoam boardÊ, Âwood and hard boardÊ. Berbagai jenis kertas juga boleh dicadangkan seperti kertas kolaj,kertas warna air, kertas lukisan, kertas pastel, kertas hiasan, kertas eksotik,kertas binaan, surat khabar, kertas majalah.

    (c) 

    TeknikDalam menghasilkan sebuah kolaj, seseorang perlu menggunakan idea dankreativiti tersendiri untuk mendapatkan hasil kerja yang cantik dan

     bermutu. Penggunaan bahantara yang bersesuaian dengan tema atau tajukcatan juga perlu diambil kira apabila menjalani proses kolaj. Berikut ialahcontoh teknik yang paling mudah bagaimana seseorang itu bolehmenghasilkan sebuah kolaj:

    (i)  Fikirkan tema atau tajuk yang hendak dihasilkan supaya mesejnyasampai.

    (ii)  Sediakan dan racik/koyak/gunting bahan-bahan seperti kertas atau

    fabrik yang diperlukan untuk kolaj tersebut.

    (iii)  Dapatkan kertas pelbagai warna untuk menimbulkan kesan jalinan,harmoni, kontra pada kolaj anda.

    (iv)  Buat lakaran pada kertas lukisan untuk menyenangkan kerja-kerjamenampal.

    (v)  Sapukan gam pada permukaan kertas.

    (vi)  Gam cebisan kertas atau fabrik mengikut gaya tersendiri untukmendapatkan satu hasil kerja kolaj yang baik.

    (vii)  Apabila sudah kering sapukan pula gam di atas lapisan pertamauntuk menampal kertas bagi menimbulkan kesan objek.

    Aktiviti kolaj amat sesuai dijalankan sebagai salah satu kegiatanmenggambar terutama di peringkat sekolah rendah. Murid-murid padatahap tersebut perlu didedahkan dengan berbagai jenis dan teknikmenghasilkan kolaj supaya dapat gambaran sebenar tentang apa itu kolaj.Perlu diingat juga tidak semua jenis dan teknik kolaj sesuai dijalankan padamurid tersebut. Guru harus menyesuaikan jenis dan teknik kolaj yanghendak dijalankan mengikut tahap kecerdasan murid iaitu dari darjah satu

  • 8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00

    6/18

        TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ60

    hingga ke darjah enam. Di bawah ini disenaraikan berbagai jenis teknikkolaj yang boleh diaplikasikan kepada murid:

      Teknik potong kertas dan fabrik

     

    Teknik koyak kertas dan fabrik

      Teknik menggunakan berbagai jenis kertas yang berjalinan

      Teknik media campuran

      Teknik kertas tisu

      Teknik tisu dan kertas buangan

      Teknik catan dalam kolaj

      Teknik percikan dalam kolaj

      Teknik span dalam kolaj

     

    Teknik ÂskrapingÊ dalam kolaj

      Teknik stensil dalam kolaj

      Teknik jalinan dalam kolaj

    APLIKASI ALAT MEDIA DAN TEKNIK

    Apabila murid mula menggunakan gunting untuk menghasilkan kolaj, merekaselalu memotong objek atau imej dari majalah berwarna lalu menampalnya diatas kertas. Ini adalah kolaj yang paling mudah walaupun susunannya tidakdiambilkira. Kebanyakan kolaj mempunyai tema tersendiri untuk menampakkan

    idea atau gambaran yang lebih jelas lagi apabila terpandang sesuatu hasil kerjakolaj itu. Tema boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian guru atau muridseperti tema:

      Cerita, sajak, pantun dan nyanyian

      Figura secara individu, keluarga, kawan, orang awam, jiran

      Rumah, pondok, banglo, rumah teres, rumah flat, rumah kampong, calet

      Haiwan seperti kucing, anjing, burung, ayam, itik, gajah, harimau, kuda

      Pokok, bunga, daun, lalang, sayur-sayuran, buah-buahan.

    4.2

    1.  Apakah perbezaan di antara teknik-teknik kolaj yangdikemukakan?

    2. 

    Hasilkan beberapa kolaj mudah dari pelbagai jenis teknik yangtelah dinyatakan.

    AKTIVITI 4.1

  • 8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00

    7/18

      TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ   61

      Alam benda seperti meja, kerusi, basikal, cawan, piring, garpu, sudu

      Fenomena alam dan sains, metafizik dan agama

    Rajah 4.2: Contoh kolaj bertemakan haiwan menggunakan kertas majalah berwarna

    Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford

    Pengenalan menggunakan fabrik dalam kolaj kepada murid-murid adalahsupaya mereka peka terhadap berbagai jenis permukaan dan jalinan yang adapada bahan tersebut. Terdapat dua cara menggunakan fabrik dalam kolaj iaitusecara menampal atau menjahit di atas sesuatu permukaan. Projek secara

     berkumpulan dalam menghasilkan sesuatu tema adalah lebih cepat dijalankandaripada individu. Bahan latar yang paling sesuai ialah seperti kain kanvas yangkasar supaya dapat menahan berat kolaj di atasnya. Berat kertas dan fabrik

    adalah berbeza. Lebihan kain perca boleh didapati dengan mudah di kedai-kedaimenjahit pakaian. Ia tidak memerlukan budget yang besar. Permukaannyalembut dan sesuai digunakan untuk murid-murid di sekolah rendah. Kain perca

     boleh digunting, dipotong, digulung, ditindih atau dilipat semasa prosesmenampal keatas permukaan. Setelah ditampal, kesan-kesan jalinan dan kesanpermukaan tidak rata ke atas kolaj akan kelihatan menghasilkan satu kelainan.

    Rajah 4.3: Contoh kolaj dari fabrik

    Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford

  • 8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00

    8/18

        TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ62

    Tali juga adalah antara bahan yang popular digunakan dalam menghasilkankolaj. Bahan ini digunakan untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi tentang

     jalinan dan bagaimana mengaplikasikan tali dalam kegiatan menggambar.

    Berbagai jenis tali terdapat di pasaran dan penggunaannya di dalam kolaj perludisesuaikan dengan jenis pelekat. Tidak semua bahan yang digunakan dalammenghasilkan kolaj sesuai dengan satu jenis pelekat sahaja.

    Cara meletakkan tali tersebut pada permukaan boleh dipelbagaikan seperti berkumpulan, dipiuhkan, disimpulkan, berantai, bergulung atau bebas supayamendapat permukaan jalinan yang berlainan. Permukaan yang paling sesuaiadalah dari jenis ÂstrawboardÊ dan kadbod ini boleh didapati secara percuma darikotak-kotak, papan kalender dan papan iklan. Pelekat jenis cepat kering sesuaidigunakan pada tali. Pelekat diratakan di atas permukaan ÂstrawboardÊ tersebutdan diratakan dengan spatula. Kemudian tali yang telah disusun tadi dilekatkandi atas permukaan bergam. Kadangkala tali yang berbagai jenis ketebalannyadan berbagai jenis warna boleh digunakan.

    Rajah 4.4: Contoh kolaj menggunakan tali dari murid umur 79 tahun

    Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford

    Murid-murid lebih peka terhadap benda-benda baru dan pelik. Mereka mulameneroka dan guru mengambil peluang untuk bertanya. Mereka boleh menjadipencipta, boleh bercerita, menjadi pelukis apabila berhadapan dengan berbagaialat, bahan dan media. Mereka juga boleh mengaitkan pengalaman lalu dengan

     benda-benda yang mereka lihat sekarang. Sebagai contoh murid bolehmenghasilkan sebuah kolaj diatas Âillustration boardÊ atau Âmounting boardÊ.

    Mulakan dengan tajuk autobiografi termasuk memori semasa kecil, persepsi dirisekarang, dan harapan untuk masa depan. Masukkan benda-benda yang anda

  • 8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00

    9/18

      TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ   63

    suka dan tidak suka. Lekatkan gambar-gambar dari majalah, lukis, cat, ataugunakan objek sebenar jika tidak terlalu besar. Gunakan krayon, warna pensel,warna air, dakwat dan apa sahaja yang disukai. Tidak ada betul atau salah cara

    meletakkan atau melekatkan objek tersebut. Gunakan kolaj tersebut sebagairujukan untuk imaginasi yang kreatif. Berikut ialah contoh kolaj bertemakanautibiografi termasuk tempat-tempat yang saya kunjungi, barang-barang yangsaya sukai, dan aktiviti yang saya gemari.

    Rajah 4.5: Contoh kolaj media campuran

    Sumber: Leland, Nita. (1990). Creative artist. Cincinnati: North Light Book

    Berikut ialah contoh dengan lebih jelas lagi bagaimana sesuatu kolaj itudihasilkan dengan menggunakan alat, bahan dan media seperti kertas binaanyang berbagai warna, gunting, gam, pensel dan kertas lukisan tebal:

    Rajah 4.6: Contoh kolaj peringkat permulaan

    Langkah 1  Membuat lakaran untuk mendapatkan idea atau tema. Dalam kolajini pelukis telah menggunakan rupa-rupa yang telah diubahsuai atau dipiuhkanmengikut teknik yang diguna pakai oleh seorang pelukis barat terdahulu iaitu

  • 8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00

    10/18

        TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ64

    Henry Matisse. Lihat perbezaan ketara di antara permulaan kolaj dengan akhirkolaj.

    Rajah 4.7: Contoh kolaj peringkat pertengahan

    Langkah 2   Meletakkan latarbelakang dan rupa bentuk. Warna latar adalahsangat penting kerana setiap warna yang digunakan untuk objek kemudianperlu berhubung kait atau bersesuaian dengannya. Gunakan pisau kraf danpembaris untuk memotong rupa tanpa memikirkan bentuk sebenar. Ini adalahsatu cara bagaimana menjalankan aktiviti menggambar secara lebih seronok dangembira. Teknik menggunting banyak berlaku pembaziran kertas tetapi cebisankertas tersebut boleh juga digunakan untuk menghasilkan kolaj di masa akandatang.

    Rajah 4.8: Contoh kolaj peringkat pertengahan

  • 8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00

    11/18

      TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ   65

    Langkah 3   Eksperimentasi dan mencipta ruang. Pelukis memotong kesemua bentuk tersebut secara bebas tanpa memikirkan ukuran dan bentuk sebenar.Memperkenalkan unsur ruang dan kedalaman dengan membuatkan kerusi lebih

    kecil daripada objek di hadapan. Satu cara memperkenalkan perasaankedalaman atau menampakkan ruang dalam kolaj ialah dengan pertindihanobjek. Dalam kolaj ini menindihkan epal dan jug air secara automatikmemberitahu pemerhati bahawa jug air lebih jauh ke belakang daripada epaltersebut.

    Rajah 4.9: Contoh kolaj peringkat akhir

    Rajah 4  Lengkap. Kolaj ini masih memperlihatkan kejadian sebenar. Sentuhanterakhir dalam kolaj ini ialah bunga dan batang. Teknik yang digunakan ialahkoyak dan tampal. Hasilnya adalah satu cara yang menarik selain gunting dantampal.

    Rajah 4.6, 4.7. 4.8, 4.9, Aplikasi alat, media dan teknik secara langkah demilangkah.

    Sumber: Brown, M. D. & Philmetzger (1998). Realistic collage step by step. GlennMarcam & Joyce Dolan.

    Analisa hasil kerja kolaj pelukis barat dari aspek tema, alat, mediadan teknik yang mereka gunakan.

    AKTIVITI 4.2

  • 8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00

    12/18

        TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ66

    PERSEMBAHAN HASIL KARYA

    Untuk menghasilkan sebuah kolaj bukanlah semudah yang disangkakan.Aktiviti kolaj boleh dikatakan agak rumit dan cerewet untuk disudahkan keranaia banyak melibatkan koordinasi tangan, mata, ketekunan dan perasaan individuyang menghasilkannya. Apabila seorang guru mengajar matapelajaranPendidikan Seni Visual di kelas, dia seharusnya perlu mengetahui danmengenalpasti tahap perkembangan pembelajaran murid-murid di kelastersebut. Tahap perkembangan murid-murid adalah berbeza dan banyakdipengaruhi oleh keupayaan dan sikap kanak-kanak itu sendiri. Guru jugaseharusnya perlu pandai menyesuaikan tahap murid-murid yang hendak diajardengan aktiviti yang hendak dijalankan di kelas.

    Tahap keupayaan kanak-kanak boleh dikategorikan kepada tiga tahap iaitutahap manipulatif, tahap simbolik dan tahap realistik. Tahap manipulatif ialahtahap di mana kanak-kanak suka meneroka apa saja yang dilihat dipersekitaranmereka dan berusaha mendapatkan bukti-bukti dari penerokaan mereka. Hasilkerja seni yang mereka buat adalah untuk tujuan bergembira dan mendapatkankeseronokan. Pada peringkat ini koordinasi tangan, mata dan perkaitan denganpersekitaran mereka sangat penting.

    Di peringkat simbolik pula kanak-kanak dikatakan suka membuat eksperimenkerana dikatakan suka terhadap sesuatu benda itu. Imej atau objek yang dilukis

     bersifat tidak tepat. Korelasi visual dan membuat pemerhatian sangat penting ditahap ini. Unsur ruang masih kurang jelas. Imej-imej disusun mengikut perasaansendiri tanpa memikirkan logik.

    Di peringkat sekolah rendah murid-murid sudah boleh dikategorikan berada ditahap realistik. Murid-murid menjadi semakin matang dan boleh meluahkanperasaan secara Âfactually orientedÊ. Peka terhadap keadaan dunia yang begitukompleks dan cuba menyesuaikannya dengan pengalaman yang mereka ada.Pada tahap ini seorang guru itu haruslah memperkenalkan berbagai jenis alat,

     bahan, media dan teknik dalam setiap kegiatan menggambar yang mereka jalani.

    Murid menjalani kegiatan seni dengan bimbingan dan panduan guru danakhirnya menjalani sessi penilaian dan penghargaan seni dalampembelajaran mereka.

    Sebelum murid dan guru menjalani sesi apresiasi seni dari hasil kolaj yangdibuat, guru boleh mencadangkan beberapa aktiviti kolaj yang menarik.Tujuannya adalah untuk menggalakkan murid-murid berkomunikasi,

     berinteraksi dengan kawan-kawan dan guru, meluahkan perasaan dan isi hati,membuat kritikan yang membina dan membuat penilaian tentang persembahan

    4.3

  • 8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00

    13/18

      TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ   67

    hasil kerja tersebut. Berikut ialah beberapa contoh aktiviti kolaj yang bolehdicadangkan:

    CONTOH 1

    TAJUK: Kolaj dari tisu dan gambar majalah

    OBJEKTIF: Rancang dan hasilkan sebuah kolaj berbentuk 2D dari bahan kertastisu dan gambar majalah untuk menerangkan konsep kesatuan dan keharmonian

    ALATAN DAN BAHAN: Kertas lukisan, pensel, tisu berwarna-warni, kadbod,gunting, gam, berus lukisan, marker, krayon atau cat, gambar-gambar darimajalah

    ARAHAN:

    1.  Cari satu idea yang boleh dikaitkan dengan sikap bekerjasama, tolongmenolong, bersatu hati untuk melambangkan kesatuan dan keharmonian. 

    2.  Rancang beberapa komposisi dengan menggunakan lakaran-lakaran untukmendapatkan gambaran secara keseluruhan. Pilih satu yang terbaik. 

    3.  Lukis lakaran yang dipilih di atas kertas putih keras. 

    4.  Sediakan alat dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kolajtersebut. 

    5. 

    Cari dari majalah untuk mendapatkan kawasan dan menggunakan bahagian yang berwarna dan gambar-gambar yang boleh digunakan.Sebagai contoh: warna coklat pada kasut atau kek boleh digunakan untukmenghasilkan batang pokok atau warna biru air laut boleh digunakan padapakaian pada imej atau gambar dalam kolaj. Susun gambar-gambarsebegitu rupa untuk menampakkan konsep kesatuan dan keharmonianSemasa menampal kertas berwarna dari majalah dan tisu-tisu berwarna,tak perlu hasilkan secara teliti sebaliknya boleh ditindih kertas-kertastersebut supaya nampak lebih natural dan bebas. Tidak perlu berada dalamkeadaan kemas dengan meletakkan kertas-kertas warna tersebut di dalam

    garisan lakaran semasa menghasilkan kolaj. 

    6.  Teknik-teknik lain boleh diaplikasikan seperti menambahkan garisan-garisan dengan menggunakan pen marker, krayon, warna-warna poster,gosokan dari objek yang berjalinan untuk menampakkan kesatuan dankeharmonian dalam hasil kerja tersebut.

    7.  Bingkaikan hasil kerja kolaj tersebut dengan kemas dan gantung di tempatyang sesuai supaya senang dilihat. Jalani satu sesi penilaian dan kritikan(apresiasi seni) secara mudah. 

  • 8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00

    14/18

        TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ68

    CARA-CARA MENILAI:

    1.  Apakah tema/tajuk yang boleh dipilih untuk menerangkan tentang konsepkesatuan dan keharmonian?

    2. 

    Apakah elemen-elemen yang perlu diambilkira semasa menghasilkanlakaran?

    3.  Lakaran yang mana satu dipilih dan kenapa?

    4.  Apakah jenis alat, bahan, media dan teknik yang anda gunakan dalam kolajtersebut?

    5.  Bagaimana kamu membuat eksperimen dengan tindihan kertas-kertaswarna dari majalah, kertas-kertas tisu dan imej-imej yang digunakan?

    6.  Apakah teknik tambahan yang anda gunakan untuk melengkapkan kolaj

    tersebut?7.  Terangkan bagaimana kamu membuat persembahan dan kemasan kolaj

    anda?

    8.  Apakah perasaan anda apabila melihat hasil kerja anda?

    9.  Apakah sebenarnya yang hendak anda sampaikan dalam kolaj tersebut?

    10.  Adakah anda bersihkan kawasan kerja anda?

    CONTOH 2

    TAJUK: Kolaj media campuran

    OBJEKTIF: Hasilkan sebuah kolaj media campuran dengan menggabungkansimbol-simbol visual, bahan-bahan terbuang/jumpa dan sebahagian dari lagu/sajak

    ALAT DAN BAHAN: Kertas lakaran, pensel, kertas lukisan tebal, barangan jumpa atau bahan terbuang, majalah, gunting, gam, warna-warna kering, warna-warna basah dan kadbod poster

    ARAHAN:

    1.  Lihat contoh media campuran oleh pelukis terdahulu. Perhatikan bagaimana mereka menghasilkannya.

    2.  Untuk menghasilkan kolaj yang bermakna, fikirkan bahagian atau baris- baris penting pada lirik lagu atau sajak. Tulis lirik yang dipilih dan fikirtentangnya untuk diaplikasikan ke dalam kolaj.

    3.  Fikirkan imej atau gambar-gambar yang bersesuaian dengan lirik/barissajak yang dipilih.

    4.  Kumpul bahan-bahan lain untuk digunakan dalam menghasilkan kolaj.

  • 8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00

    15/18

      TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ   69

    5.  Fikirkan tentang jalinan, rupa, bentuk, saiz dan warna bahan yangdikumpul.

    6.  Buat satu lakaran ringkas untuk mendapatkan idea keseluruhan kolaj.

    Fikirkan bagaimana anda dapat selitkan atau simpulkan ke dalam kata-kata yang dipilih sebagai salah satu elemen penting dalam kolaj.

    7.  Susun di permukaan kertas tebal bahan-bahan yang dipilih untukmendapatkan gambaran keseluruhan kolaj dan jangan digam.

    8.  Ambil masa untuk membuat pengubahsuaian sehingga anda berasa puashati tentang cara susunan bahan-bahan tersebut barulah dilekat.

    9.  Tambah warna, jalinan, garisan, huruf ke atas kolaj anda supaya nampaklebih menarik.

    10.  Buat persembahan dan kemasan dan gantung ditempat yang sesuai.

    11.   Jalani sessi ekspresi diri, luahan perasaan, penghargaan, pujian dankritikan seni bersama rakan dan guru.

    CARA-CARA MENILAI:

    1.  Apakah jenis lagu atau sajak yang anda pilih untuk digunakan dalam kolajanda dan kenapa?

    2.  Apakah simbol visual yang anda fikirkankan dan mempunyai kaitandengan lagu atau sajak yang dipilih?

    3.  Terangkan bahan apakah yang anda gunakan untuk menghasilkan kolaj?

    4.  Adakah anda membuat lakaran sebelum menghasilkan kolaj dan memilihidea yang terbaik?

    5.  Kenapa anda memilih idea itu untuk dijadikan kolaj?

    6.  Terangkan bagaimana anda laksanakan visual, simbol dan kata-kata untukdijadikan latar?

    7.  Bagaimana kamu menyusun sehingga kamu berpuashati tentang susunantersebut?

    8.  Apakah imej atau gambar-gambar yang anda gunakan sebagai tambahan

    dalam kolaj anda?9.  Bagaimana kamu membuat kemasan kolaj anda?

    10.  Apakah asas seni reka yang anda aplikasikan dalam kolaj anda?

    11.  Apakah perasaan anda apabila melihat kolaj tersebut?

  • 8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00

    16/18

        TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ70

    CONTOH 3

    Lihat hasil kerja kolaj yang buat oleh pelukis berbangsa Cuba iaitu Juan Gris

    (Jose Victoriano Gonzalez). Kolaj ini bertajuk Breakfast   yang dihasilkan padatahun 1914.

    Sumber: Ocvirk, O.G., Stinson, R.E., eigg, P.R., Bone, R.O., & Cayton, D.L. (1999). Art

    fundamentals: Theory and Practice, USA: McGraw-Hill

    Buat satu penilaian dan kritikan dari hasil karya anda denganmemberi penekanan terhadap teknik-teknik yang anda gunakandan asas seni reka.

    AKTIVITI 4.3

    Dalam kolaj tersebut Gris telahmenggunakan teknik potong dan tampaldengan menggunakan kertas, krayon danwarna minyak di atas kanvas. Buat satuanalisa dan kajian dari aspek garisan, warna,rupa, bentuk, jalinan dan ruang yangdigunakan dalam hasil karya tersebut.

    Apakah imej atau objek yang digunakandalam kolaj ini. Bahan apakah yang banyakdigunakan dalam kolaj ini. Adakah anda

     berpuashati dengan hasil karya ini?Sila kemukakan komen-komen lain selaindari apa apa yang telah dinyatakan.

  • 8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00

    17/18

      TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ   71

      Kolaj ialah satu komposisi artistik yang mengandungi berbagai imej. 

      Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting,menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata. 

      Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan- bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik. 

      Pelekat-pelekat dan alatan yang digunakan dalam menghasilkan kolajmempunyai kegunaannya yang tersendiri. 

      Berbagai jenis permukaan boleh digunakan dalam menghasilkan kolaj bergantung kepada jenis bahan-bahan yang hendak digunakan. 

     

    Teknik-teknik yang berbagai dalam kolaj mempunyai kesan yang berlainanpada setiap kolaj yang dihasilkan. 

      Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj perlu fikirkan tematerlebih dahulu. 

      Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid. 

      Langkah permulaan menghasilkan kolaj ialah dengan membuat lakaranuntuk mendapatkan idea atau tema. 

      Penekanan terhadap warna pada latar belakang, rupa, bentuk, ruang, yang

     berkaitan dengan tajuk perlu diutamakan semasa menghasilkan kolaj. 

      Langkah terakhir yang sangat penting dan perlu dititikberatkan ialahmemperlihatkan kejadian sebenar. 

      Aktiviti kolaj banyak melibatkan koordinasi tangan dan mata, ketekunan danperasaan individu. 

      Dalam aktiviti kolaj, guru harus menyesuaikan tahap umur murid-muriddengan aktiviti kolaj yang hendak dijalankan. 

      Tahap keupayaan murid boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu tahapmanipulatif, tahap simbolik, dan tahap realistik. 

      Tahap manipulatif ialah tahap di mana murid suka meneroka, mencari buktidan mendapatkan keseronokan. 

      Tahap simbolik ialah tahap di mana murid boleh menjalani eksperimenmudah dan suka terhadap sesuatu benda. 

      Tahap realistik ialah tahap di mana murid berada di peringkat matang dan boleh meluahkan perasaan melalui hasil kerja mereka. 

  • 8/19/2019 Dokumen.tips Kolaj 55c8045944d00

    18/18

        TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ72

    Brown, M. D., & Philmetzger. (1998). Realistic collage step by step.Glenn Marcam & Joyce Dolan.

    Raja Baharudin Raja Husain, Mat Aris Suradi, Syed Rukaidar Syed Isa Al-Idroes.(2001). Panorama Teks Pendidikan Seni. Subang Jaya: Pan Asia

    Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford.

    Leland, Nita. (1990). Creative artist. Cincinnati: North Light Book.

    Brown, M. D.& Philmetzger (1998). Realistic collage step by step. Glenn Marcam& Joyce Dolan.

    Ocvirk, O.G., Stinson, R.E., eigg, P.R., Bone, R.O., & Cayton, D.L. (1999). Artfundamentals: Theory and Practice, USA: McGraw-Hill. 

    Wankelman, W.F& Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts,  USA: Brown and Benchmark.

    Rosalind Ragans, (1995). Art talk. (2nd ed.). New York: McGraw-Hill.

    Âfactually orientedÊ

    ÂsuperimposeÊ

    Autobiografi

    Dadaisme

    Gam gel

    Gam kilat

    Gam model

    GessoKolaj

    Komposisi

    Koordinasi

    Manipulatif

    Realistik

    Surealisme

    Simbolik

    Teknik ÂskrapingÊ

    Teknik catan

    Teknik jalinan

    Teknik kertas buangan

    Teknik kertas tisu

    Teknik koyak

    Teknik media campuranTeknik percikan

    Teknik potong

    Teknik span

    Teknik stensil