5
Kolaborasi Pulau Pinang dan Melaka untuk lancar institut latihan perkhidmatan bekalan air baharu / Page 1 of 3 4.12.2018 KENYATAAN MEDIA oleh Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa, Ketua Pegawai Eksekutif, PBA Holdings Bhd (PBAHB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) KOLABORASI PULAU PINANG DAN MELAKA UNTUK LANCAR INSTITUT LATIHAN PERKHIDMATAN BEKALAN AIR BAHARU PBA Resources Sdn Bhd menandatangani perjanjian dengan KYM STES Sdn Bhd bagi kolaborasi untuk Institut Air Malaysia (MWI). MWI akan menjadi kampus cawangan Akademi Perkhidmatan Air Pulau Pinang (PWSA) di Melaka yang menawarkan kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang terakreditasi dan kursus- kursus profesional. PULAU PINANG, Selasa, 4.12.2018: PBA Resources Sdn Bhd (PBAR) mengadakan satu perkongsian pintar dengan KYM STES Sdn Bhd (KYM STES) untuk bekerjasama mewujudkan sebuah institut latihan perkhidmatan bekalan air baharu yang dikenali sebagai “Institut Air Malaysia”(MWI), berpangkalan di Melaka. PBAR, anak syarikat 100% milik PBA Holdings Bhd, menguruskan Akademi Perkhidmatan Air Pulau Pinang (PWSA). KYM STES adalah anak syarikat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM). Sejak 2014, PWSA telah mendapat akreditasi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk menawarkan kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kepada lepasan sekolah Malaysia. Oleh itu, pensijilan SKM PWSA bagi industri bekalan air diiktiraf di seluruh Malaysia. Pada 8.10.2018, KYM STES telah menubuhkan Institut Air Malaysia (MWI), dengan kerjasama Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). Pada 3.12.2018, PBAR menandatangani perjanjian perkongsian pintar 2

KOLABORASI PULAU PINANG DAN MELAKA UNTUK LANCAR …syarikat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM). Sejak 2014, PWSA telah mendapat akreditasi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KOLABORASI PULAU PINANG DAN MELAKA UNTUK LANCAR …syarikat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM). Sejak 2014, PWSA telah mendapat akreditasi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kolaborasi Pulau Pinang dan Melaka untuk lancar institut latihan perkhidmatan bekalan air baharu / Page 1 of 3

4.12.2018 KENYATAAN MEDIA oleh Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa, Ketua Pegawai Eksekutif, PBA Holdings Bhd (PBAHB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) KOLABORASI PULAU PINANG DAN MELAKA UNTUK LANCAR INSTITUT LATIHAN PERKHIDMATAN BEKALAN AIR BAHARU • PBA Resources Sdn Bhd menandatangani perjanjian dengan

KYM STES Sdn Bhd bagi kolaborasi untuk Institut Air Malaysia (MWI).

• MWI akan menjadi kampus cawangan Akademi Perkhidmatan Air Pulau Pinang (PWSA) di Melaka yang menawarkan kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang terakreditasi dan kursus-kursus profesional.

PULAU PINANG, Selasa, 4.12.2018: PBA Resources Sdn Bhd (PBAR) mengadakan satu perkongsian pintar dengan KYM STES Sdn Bhd (KYM STES) untuk bekerjasama mewujudkan sebuah institut latihan perkhidmatan bekalan air baharu yang dikenali sebagai “Institut Air Malaysia”(MWI), berpangkalan di Melaka. PBAR, anak syarikat 100% milik PBA Holdings Bhd, menguruskan Akademi Perkhidmatan Air Pulau Pinang (PWSA). KYM STES adalah anak syarikat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM). Sejak 2014, PWSA telah mendapat akreditasi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk menawarkan kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kepada lepasan sekolah Malaysia. Oleh itu, pensijilan SKM PWSA bagi industri bekalan air diiktiraf di seluruh Malaysia. Pada 8.10.2018, KYM STES telah menubuhkan Institut Air Malaysia (MWI), dengan kerjasama Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). Pada 3.12.2018, PBAR menandatangani perjanjian perkongsian pintar 2

Page 2: KOLABORASI PULAU PINANG DAN MELAKA UNTUK LANCAR …syarikat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM). Sejak 2014, PWSA telah mendapat akreditasi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kolaborasi Pulau Pinang dan Melaka untuk lancar institut latihan perkhidmatan bekalan air baharu / Page 2 of 3

tahun dengan KYM STES untuk meletakkan MWI sebagai kampus cawangan PWSA. Majlis menandatangani perjanjian itu diadakan di kampus ICYM di Melaka. PBA Holdings Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa menandatangani perjanjian itu sebagai Pengarah PBAR sementara Pengarah Urusan KYM STES Datuk Hj Saroni bin Hj Judi menandatangani perjanjian bagi pihak syarikatnya. Sebagai sebuah kampus cawangan PWSA, MWI akan dapat: • Akses kepada bahan arahan bertulis (WIM) yang dimiliki oleh PWSA

untuk tujuan akreditasi, latihan dan kursus SKM;

• Hubungi tenaga pengajar yang diperakui oleh PWSA untuk menjalankan kursus latihan SKM yang telah diakreditasi; dan

• Menggunakan bahan dan peralatan PWSA untuk tujuan pengajaran

dan pembelajaran.

Dengan kerjasama dengan PWSA, MWI akan dapat menawarkan kursus-kursus yang diakreditasi SKM berikut kepada lepasan sekolah Tingkatan 5 dan pekerja-pekerja operator air : No. Program Sub-Program Aras 1 Pengagihan Air Operasi Pengagihan Air 2

Penyeliaan Pengagihan Air 3 2 Rawatan Air Perkhidmatan Operasi Rawatan Air 2

Penyeliaan Operasi Rawatan Air 3 3 Pengagihan Air Juruteknik Instrumentasi Pengagihan

Air

2 4 Air Tanpa Hasil

(NRW) Operasi NRW

1

Operasi NRW 2 Kawalan Operasi NRW 3

Selain itu, MWI juga akan dapat menawarkan program "Track Fast" atau program khusus PWSA berikut untuk pekerja operator air Malaysia: • Teknologi Pengagihan Air • Teknologi Rawatan Air

Page 3: KOLABORASI PULAU PINANG DAN MELAKA UNTUK LANCAR …syarikat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM). Sejak 2014, PWSA telah mendapat akreditasi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kolaborasi Pulau Pinang dan Melaka untuk lancar institut latihan perkhidmatan bekalan air baharu / Page 3 of 3

• Sistem Pengurusan Kualiti dalam Kerja Air • Instrumentasi dalam Kerja Air • Operasi dan Keselamatan Empangan • Perkhidmatan Pelanggan dalam Utiliti Air • Sistem Pengurusan Prestasi KYM STES akan memasarkan semua kursus PWSA di seluruh negara; dan membayar royalti kepada PBAR berdasarkan bilangan dan jenis kursus yang dijalankan oleh MWI. Oleh itu, perkongsian pintar ini merupakan senario “win-win” untuk kedua-dua PBAR dan KYM STES. PBAR telah meluaskan skop dan kedalaman aktivitinya bagi mempromosi latihan kompetensi untuk lepasan sekolah dan industri perkhidmatan bekalan air Malaysia, tanpa perlu melabur dalam kemudahan latihan baru. KYM STES juga akan dapat menawarkan kursus SKM yang diiktiraf di seluruh negara, dengan memanfaatkan sumber dan akreditasi PWSA yang sedia ada. Terima kasih. Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa, Ketua Pegawai Eksekutif, PBA Holdings Bhd (PBAHB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) ____________________________________________________________ Dikeluarkan oleh : Puan Syarifah Nasywa bt Syed Feisal Barakbah

Unit Komunikasi Korporat Tel : 04-200 6607 Email : [email protected]

Page 4: KOLABORASI PULAU PINANG DAN MELAKA UNTUK LANCAR …syarikat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM). Sejak 2014, PWSA telah mendapat akreditasi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran
Page 5: KOLABORASI PULAU PINANG DAN MELAKA UNTUK LANCAR …syarikat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM). Sejak 2014, PWSA telah mendapat akreditasi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran