17
ONSEP TAMADUN 1.0 Pendahuluan Perbincangan tamadun dan ketamadunan oleh para sarjana tamadun banyak bertitik tolak daripada perbincangan istilah. Terdapat beberapa istilah yang dikaitkan dengan tamadun. Antara istilah yang sering digunakan ialah ‘civilization’ dalam bahasa Inggeris, tamadun dan peradaban dalam bahasa Melayu, maddana, umran dan hadarah dalam bahasa Arab. Setiap istilah ini mempunyai maksud dan tafsirannya tersendiri. Peristilahan ini memberi kesan kepada definisi tamadun. Selain ini, definisi tamadun juga berbeza antara seorang sarjana dengan sarjana yang lain kerana mereka memberi tafsiran tamadun berdasarkan disiplin ilmu masing-masing. Ini menghasilkan definisi tamadun yang pelbagai berdasarkan dimensi yang berbeza. Bagi ahli antropologi, tamadun dikaitkan dengan kebudayaan. Ahli arkeologi pula menegaskan, tamadun dihubungkan dengan peninggalan bahan-bahan bukti (artifak) yang boleh digunakan oleh sejarawan dalam menyusun kisah sejarah masyarakat lampau. Bagi para sarjana Muslim Islam, tamadun bermula dengan pengutusan para nabi dan rasul. Pembentukan masyarakat bertamadun menurut acuan Pencipta manusia adalah tujuan utama perutusan mereka. Para nabi dan rasul diberi amanat untuk meluruskan jalan kehidupan manusia dan menjadikan manusia umat yang bertamadun. Masyarakat yang bertamadun adalah masyarakat yang memiliki seluruh tingkat kemajuan kehidupan yang meliputi aspek spiritual dan material. Islam telah membekalkan asas-asas yang kukuh dan sumber yang mantap untuk manusia membina tamadun. Menurut Islam, tamadun sesebuah bangsa itu akan terbina apabila wujudnya nilai-nilai baik dan mulia dalam sesebuah masyarakat. Seandainya sesebuah masyarakat mengabaikan nilai-nilai baik atau menyalahi matlamat utama pembinaan tamadun, maka masyarakat tersebut akan mengalami zaman keruntuhan. 1.1 Peristilahan Tamadun

ketamadunan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tamadun

Citation preview

Page 1: ketamadunan

ONSEP TAMADUN

1.0 Pendahuluan

Perbincangan tamadun dan ketamadunan oleh para sarjana tamadun banyak bertitik tolak daripada perbincangan istilah. Terdapat beberapa istilah yang dikaitkan dengan tamadun. Antara istilah yang sering digunakan ialah ‘civilization’ dalam bahasa Inggeris, tamadun dan peradaban dalam bahasa Melayu, maddana, umran dan hadarah dalam bahasa Arab. Setiap istilah ini mempunyai maksud dan tafsirannya tersendiri. Peristilahan ini memberi kesan kepada definisi tamadun. Selain ini, definisi tamadun juga berbeza antara seorang sarjana dengan sarjana yang lain kerana mereka memberi tafsiran tamadun berdasarkan disiplin ilmu masing-masing. Ini menghasilkan definisi tamadun yang pelbagai berdasarkan dimensi yang berbeza. Bagi ahli antropologi, tamadun dikaitkan dengan kebudayaan. Ahli arkeologi pula menegaskan, tamadun dihubungkan dengan peninggalan bahan-bahan bukti (artifak) yang boleh digunakan oleh sejarawan dalam menyusun kisah sejarah masyarakat lampau.

Bagi para sarjana Muslim Islam, tamadun bermula dengan pengutusan para nabi dan rasul. Pembentukan masyarakat bertamadun menurut acuan Pencipta manusia adalah tujuan utama perutusan mereka. Para nabi dan rasul diberi amanat untuk meluruskan jalan kehidupan manusia dan menjadikan manusia umat yang bertamadun. Masyarakat yang bertamadun adalah masyarakat yang memiliki seluruh tingkat kemajuan kehidupan yang meliputi aspek spiritual dan material. Islam telah membekalkan asas-asas yang kukuh dan sumber yang mantap untuk manusia membina tamadun.

Menurut Islam, tamadun sesebuah bangsa itu akan terbina apabila wujudnya nilai-nilai baik dan mulia dalam sesebuah masyarakat. Seandainya sesebuah masyarakat mengabaikan nilai-nilai baik atau menyalahi matlamat utama pembinaan tamadun, maka masyarakat tersebut akan mengalami zaman keruntuhan.

1.1 Peristilahan Tamadun

Peristilahan tamadun yang sering memenuhi diskusi para sarjana ketamadunan terdiri daripada istilah-istilah berikut:

• ‘Umran

• Hadharah

• Madaniyah

• Tamadun

• Civilization

Page 2: ketamadunan

• Peradaban

1.1.1 Istilah Umran dan Hadarah

Istilah umran dan hadarah diperkenalkan oleh Ibn Khaldun (14M) dalam karya beliau yang terkenal berjudul Muqaddimah. Beliau menggunakan dua istilah ini untuk menggambarkan masyarakat yang bertamadun. Istilah umran digunakan untuk menerangkan sifat-sifat fizikal tamadun; iaitu kawasan tanah yang didiami secara tetap dan aspek-aspek pembangunan yang wujud di satu-satu kawasan. Manakala hadarah pula merujuk kepada kehidupan yang menetap (M.A.J. Beg, 1982a, , 1982b). Oleh itu, istilah umran digunakan untuk maksud pembangunan dan kuantiti penduduk sebagai hasil daripada kewujudan tamadun. Ini bermakna apabila organisasi sosial terbentuk maka bilangan penduduk bertambah besar. Sehubungan itu, tamadun akan terhasil.

Ibn Khaldun juga menentukan beberapa kriteria utama masyarakat yang bertamadun. Antaranya seperti berikut:

• Aspek keagamaan

• Organisasi sosial

• Sistem perhubungan

• Sistem perundangan

• Bandar

• Aspek kesenian – senibina, seni khat dll.

Ibn Khaldun tidak meninggalkan peranan agama dalam pembentukan masyarakat bertamadun. Malah bagi beliau, agama memainkan peranan penting. Demikian juga peranan penting yang dimainkan oleh sistem perundangan kerana sistem ini mampu menghasilkan keadilan. Nilai keadilan amat besar pengaruhnya dalam menentukan jatuh bangun sesebuah tamadun. Bandar juga merupakan salah satu asas yang penting dalam pembinaan masyarakat yang bertamadun kerana kota atau bandar merupakan pusat pemerintahan dan kekuasaan. Oleh itu, pembangunan bandar mestilah menggunakan perancangan yang baik dan rapi. Antara faktor penting yang mesti diambilkira dalam perancangan sesebuah bandar adalah seperti berikut:

• Udara yang bersih

• Kemudahan asas yang lengkap seperti terusan sebagai jalan perhubungan

• Sumber makanan asasi

• Berhampiran dengan sumber binaan

• Kawasan penternakan (M.A.J. Beg, 1982a; 1995)

.

Page 3: ketamadunan

1.1.2 Istilah Madaniyah

Istilah madaniyah diperkenalkan oleh Muhammad Farid Wajdi (19M) dan Syeikh Muhammad Abduh (20M) (M.A.J. Beg, 1982b). Istilah ini juga merujuk kepada makna tamadun. Perkataan madaniyah diambil daripada perkataan madinah yang bermaksud bandar, kota atau city. Kota merupakan pusat peradaban atau tamadun. Ini jelas menunjukkan kaitan yang rapat antara keempat-empat perkataan ini. Keempat-empat perkataan ini juga sama dengan maksud perkataan civitas dalam bahasa Latin. Oleh itu, civitas dan madinah menjadi pusat dan lambang kemunculan tamadun.

1.1.3 Istilah Tamaddun

Istilah tamaddun yang mempunyai maksud yang sama dengan civilization telah diperkenalkan oleh Jurji Zaydan, seorang penulis Arab (M.A.J. Beg, 1982b).

1.1.4 Istilah Civilization

Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunapakai untuk menggambarkan masyarakat yang bertamadun ialah civilization. Istilah ini diambil daripada perkataan Latin civitas yang bermaksud kota, di mana kota merupakan salah satu faktor penting kewujudan sesebuah tamadun (Beg, 1982). Civilization juga dihubungkan dengan perkataan civil yang bermaksud keadaan masyarakat yang mempunyai tahap kehidupan yang tinggi (Azhar Hj Mad Aros dll, 2003).

Para sarjana barat pula telah memberi beberapa gambaran berikut bagi masyarakat yang bertamadun.

i. Collingwood:

Masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang mencapai tahap kehidupan civil iaitu kehidupan sopan. Masyarakat civil ini akan melahirkan masyarakat bandar iaitu masyarakat yang mempunyai kehalusan budi.

ii. Samuel Johnson:

Masyarakat yang bertamadun ialah suatu keadaan yang bertentangan dengan kehidupan biadab (barbaric). Masyarakat ini telah mencapai tahap kesopanan yang tinggi.

iii. Gordon Childe (sejarawan):

Pencapaian material adalah lambang ketamadunan. Civilization mempunyai persamaan dengan revolusi perbandaran. Pengukuran tamadun adalah berdasarkan kepada kewujudan bandar. Beliau menyamakan erti tamadun dengan revolusi bandar kerana apabila berlakunya revolusi bandar di satu-satu kawasan, maka akan lahirlah satu tamadun baru di kawasan berkenaan.

iv. Edward L. Farmer:

Page 4: ketamadunan

Masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang memiliki unit kebudayaan yang besar yang mengandungi norma-norma sosial, tradisi dan institusi yang dikongsi bersama dan diwarisi dari generasi ke generasi. Beliau juga memasukkan beberapa ciri berikut bagi menggambarkan masyarakat yang bertamadun iaitu:

• Penempatan kekal

• Revolusi pertanian

• Stratifikasi sosial

• Kewujudan agama

• Urbanisasi

• Pengkhususan kerja

• Sistem tulisan.

v. Darcy Riberio (Ahli antropologi):

Proses kehidupan bertamadun melibatkan aspek-aspek berikut:

• Penyebaran teknologi pertanian – berakhirnya corak kehidupan nomad.

• Wujud aktiviti perternakan dan pengkhususan kerja berasaskan kelompok kemahiran.

• Revolusi bandar – pertumbuhan bandar dan negara, wujud stratifikasi sosial.

• Penggunaan peralatan tembaga dan gangsa.

• Wujudnya sistem tulisan, angka, kalendar dan lain-lain.

• Revolusi pengairan

• Revolusi penghasilan inovasi teknologi berasaskan besi

• Revolusi penternakan

• Revolusi perdagangan

• Revolusi teknologi

• Revolusi industri

vi. E.B. Taylor (ahli antropologi):

Tamadun merangkumi keseluruhan pencapaian manusia termasuk pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat dan keupayaan serta tabiat-tabiat lain yang diusahakan oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

vii. Albert Schwetzer (ahli falsafah Jerman):

Page 5: ketamadunan

Tamadun merupakan keseluruhan kemajuan hasil daripada tindakan dan pemikiran manusia yang membawa kepada penyempurnaan kerohanian seseorang individu (Azhar Hj Mad Aros dll, 2003; M.A.J. Beg, 1982b).

1.1.5 Istilah Peradaban

Peradaban merupakan istilah dalam bahasa Melayu yang sering dikaitkan dengan masyarakat yang bertamadun. Menurut Kamus Dewan, masyarakat yang beradab atau bertamadun ialah masyarakat yang memiliki tingkat kemajuan dalam kehidupan jasmani dan rohani. Tamadun dinyatakan sebagai satu keadaan masyarakat yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran sama ada aspek sosial, budaya, politik dan lain-lain yang tinggi (Kamus Dewan, 2002).

Pada dasarnya, istilah-istilah di atas merujuk kepada satu keadaan yang memiliki dua aspek pencapaian iaitu material dan spiritual dalam kehidupan. Kedua-dua pencapaian ini membentuk pencapaian asas dalam kehidupan masyarakat bertamadun. Antara pencapaian tersebut ialah seperti berikut:

• Kehidupan beragama

? Pembentukan kota sebagai pusat pemerintahan atau pembinaan tamadun.

? Kehidupan menetap.

? Kemunculan dan perkembangan ilmu dan kemahiran.

? Tahap kehidupan yang tinggi iaitu kehidupan hadarah bukannya badawah.

? Kemajuan rohani dan jasmani.

1.2 Masyarakat Maju

Pada masa kini, penggunaan istilah masyarakat maju lebih dominan daripada istilah masyarakat bertamadun. Masyarakat maju diertikan sebagai masyarakat yang mempunyai tahap kemajuan sains dan teknologi serta ekonomi yang berasaskan perindustrian. Justeru itu, muncul beberapa istilah khusus untuk menggambarkan tahap kemajuan sesebuah negara yang diukur dari aspek pembangunan. Pencapaian ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu:

* Negara-negara maju (yang telah membangun). Antara negara-negara yang termasuk dalam kategori ini ialah:

? Amerika Syarikat

? Britain

? Perancis

? Kanada

Page 6: ketamadunan

? Australia

? New Zealand

? Jepun

* Negara-negara yang mempunyai ekonomi yang stabil dan pembangunan yang pesat dalam jangka masa yang agak lama seperti:

? Republik Rakyat China

? Mexico

? India

? Malaysia

? Thailand.

* Negara-negara yang mempunyai rekod pembangunan yang kurang pesat, iaitu:

? Benua Afrika

? Amerika Tengah

? Wilayah-wilayah Caribbean (kecuali Jamaica dalam kategori kedua)

? Arab

? Asia Tenggara (kecuali Singapura – kategori pertama, Filipina, Malaysia, Brunai dan Thailand – kategori kedua).

76% negara-negara dunia termasuk dalam kategori ini. Oleh sebab itulah negara–negara ini disebut juga sebagai negara ‘Two-Thirds World’ kerana ? daripada negara-negara dunia termasuk dalam kategori ini iaitu negara yang tidak membangun.(Wikipedia)

* Negara-negara yang tidak membangun atau negara yang sentiasa berhadapan dengan siri peperangan yang panjang atau suasana politik yang tidak stabil. Negara-negara ini di sebut juga sebagai ‘failed states’. Antara negara-negara tersebut ialah :

? Haiti

? Somalia

? Sudan

? Burma

? Korae Utara (Wikipedia).

Page 7: ketamadunan

Selain itu, pembahagian negara juga dibuat berdasarkan pengkelasan dunia iaitu:

? Negara-negara Dunia Pertama

? Negara-negara Dunia Kedua

? Negara-negara Dunia Ketiga

? Negara-negara Dunia Keempat

? Negara-negara Dunia Kelima

Negara-negara Dunia Pertama disebut juga negara yang telah membangun (Developed countries) seperti negara-negara Liberal Barat. Negara-negara Dunia Pertama ialah negara yang mempunya pencapaian yang tinggi dalam semua aspek, seperti berikut:

? Kemudahan infrastruktur yang moden (fizikal dan institusi)

? Tahap kehidupan

? Most Economically Developed Countries (MEDCs)

? Negara-negara perindustrian

? Pendapatan per kapita

? Human Development Index (HDI)

? Gross Domestic Product (GDP) per kapita

Negara-negara Dunia Kedua ialah negara-negara Kesatuan Soviet (USSR). Walau bagaimanapun istilah ini sudah tidak digunakan lagi sejak tahun 1991 apabila USSR runtuh dan negara-negara dibawah kesatuannya berjaya mendapat kuasa otonomi masing-masing. (Wikipedia).

Istilah Negara-negara Dunia Ketiga mula digunakan oleh seorang ahli demografi bernama Alfred Sauvy yang merujuk kepada Third Estate. Kebanyakan negara yang termasuk dalam kategori ini ialah negara-negara yang mendapat kemerdekaan daripada penjajah. Negara-negara ini disebut juga sebagai negara yang sedang membangun (Developing Countries), The South. Negara-negara yang termasuk dalam kategori ini ialah negara yang mempunyai kriteria berikut:

? Less Developed Countries (LDCs)

? Least Economically Developed Countries (LEDCs)

? Undeveloped Nations

? Non-Industrialized Nations Or Not Technologically Advanced As OECD Countries (Organisation for Economic Co-operation and Development)

? Tahap kehidupan yang rendah

? Indeks Pembangunan Manusia (HDI) yang sederhana ke rendah

Page 8: ketamadunan

Negara-negara yang sedang membangun meliputi 8 buah negara Islam yang disebut Developing 8 (D-8 atau Developing Eight) iaitu:

i. Iran

ii. Indonesia

iii. Malaysia

iv. Pakistan

v. Bangladesh

vi. Turki

vii. Mesir

viii. Nigeria

Antara objektif pengenalan D-8 ialah untuk meletakkan negara-negara dalam ekonomi dunia, membuka ruang untuk hubungan dagang, menaikkan taraf hidup dan memberi peluang untuk membuat keputusan di peringkat antarabangsa. Kerjasama utama termasuklah dalam pengurusan kewangan, perbankan, pembangunan luarbandar, sains dan teknologi, pembangunan manusia, pertanian, sumber tenaga, persekitaran dan kesihatan. (Wikipedia)

Ukuran klasifikasi negara-negara ini kepada beberapa blok adalah berdasarkan beberapa pencapaian berikut:

? Tahap pembangunan ekonomi yang rendah.

? Tahap hidup yang rendah – Dari segi pencapaian pendidikan, penjagaan kesihatan, dll.

? Negara yang tidak berasaskan perindustrian tetapi berasaskan pertanian dan penternakan.

? Perkembangan sektor perindustrian yang tidak setara dengan perkembangan penduduk.

? Indeks Pembangunan Manusia yang rendah (Human Development Index – HDI) - Pendapatan per kapita yang rendah

? Pertumbuhan penduduk yang tinggi (Wikipedia).

Walaupun terdapat beberapa istilah yang digunapakai, tetapi istilah yang signifikan dari segi penggunaannya ialah “negara membangun” dan “negara yang sedang membangun” atau Third World. Dominasi istilah “negara atau masyarakat maju” berbanding istilah “tamadun” amat berkait rapat dengan kejayaan barat mendominasi kemajuan dunia keseluruhannya dari pelbagai aspek. Hal ini bertambah kukuh dengan adanya teknologi canggih ciptaan barat seperti teknologi komputer yang menjadi tunggak asas pelebaran teknologi maklumat ke seluruh dunia. Selain itu, matlamat hidup hari ini yang bertumpu pada aspek ekonomi dan keselesan hidup mengukuhkan penggunaan istilah masyarakat maju. Semua negara dan masyarakat di dunia enggan di kategorikan sebagai sebagai masyarakat mundur, sebaliknya mereka lebih bersedia diberi sandaran sebagai masyarakat maju apatah lagi masyarakat moden.

Page 9: ketamadunan

1.3 CIRI-CIRI TAMADUN

Masyarakat yang bertamadun memiliki beberapa ciri yang menggambarkan masyarakat maju. Antaranya ialah penempatan kekal, revolusi pertanian, stratifikasi sosial, kehidupan beragama, urbanisasi, sistem tulisan, organisasi politik dan pengkhususan kerja.

1.3.1 Penempatan kekal

Penempatan kekal merupakan salah satu perkara asas dalam mewujudkan masyarakat bertamadun. Penempatan kekal memungkinkan pembinaan kota dan bandar. Bermula dari kota dan bandar muncul pula unsur-unsur pembentukan tamadun yang lain. Penempatan kekal akan dipilih berdasarkan lokasi yang mempunyai ciri-ciri berikut:

• Kemudahan perhubungan seperti lembah sungai dan pesisir pantai atau telok.

• Tanah yang subur bagi mewujudkan revolusi pertanian.

• Kawasan yang selamat untuk penternakan.

Contoh penempatan kekal pada sejarah awal masyarakat bertamadun ialah Tamadun Mesir yang bertempat di Lembah Sungai Nil, Tamadun Sumeria di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates, Tamadun India di Lembah Indus, Tamadun Cina di Lembah Sungai Kuning dan Tamadun Melayu di pesisir Selat Melaka dan Selat Sunda.

1.3.2 Revolusi Pertanian

Revolusi pertanian merubah pertanian sebagai satu sumber sara hidup kepada pertanian bentuk komersil. Revolusi ini merupakan salah satu bentuk peningkatan dalam tamadun. Revolusi ini juga mampu meningkatkan taraf kehidupan melalui kegiatan berikut:

• Pengumpulan kekayaan daripada hasil perkembangan industri pertanian dan penternakan.

• Revolusi pertanian adalah pra syarat penting mewujudkan peluang pekerjaan bagi menambah produktiviti dan melahirkan revolusi perdagangan.

1.3.3 Stratifikasi Sosial

Stratifikasi sosial turut menjadi aspek penting dalam kehidupan masyarakat bertamadun. Kewujudan stratifikasi sosial dalam masyarakat bertamadun berdasarkan pembahagian tugas dan tanggungjawab secara tidak langsung. Sebagai contohnya, pengkelasan masyarakat bermula dengan

Page 10: ketamadunan

pemilikan tanah pertanian yang mewujudkan penempatan kekal dan seterusnya dapat mengumpul kekayaan. Pemilikan tanah melahirkan golongan pemilik atau tuan tanah yang kuat berusaha dan berpengaruh. Beberapa tuan tanah telah membentuk satu kelompok golongan atasan, sementara buruh sebagai golongan pekerja atau hamba yang membentuk golongan bawahan. Pengkelasan masyarakat seperti ini telah melahirkan satu sistem kelas masyarakat yang di kenali dengan feudalisme. Dalam sistem ini, golongan atasan merupakan golongan minoriti, sementara golongan bawahan merupakan golongan majoriti.

Dalam masyarakat perindustrian hal ini tetap berlaku. Dalam lembaran sejarah Barat, tuan-tuan kilang merupakan golongan atasan yang mempergunakan sepenuhnya buruh atau pekerja kilang. Aktiviti tuan-tuan kilang bertambah rancak apabila wujudnya sistem kapitalisma di Barat yang memberi hak kebebesan individu. Stratifikasi sosial baru yang muncul di Barat telah memberi satu pergolakan dalam masyarakat yang mendorong kepada pemikiran baru Karl Marx yang berusaha untuk mencorakkan satu stratifikasi sosial yang tidak memberi kebebesan hak individu. Pemikiran Karl Marx dikenali dengan komunisma. Stratifikasi sosial baru yang dianjurkan oleh Karl Marx memberi kuasa kepada negara, bukan individu . Semua rakyat adalah sama. Rakyat berkerja untuk negara, bukan untuk tuan-tuan tanah atau tuan-tuan kilang. Stratifikasi sosial dalam bentuk ini dapat mengatasi pergolakan masyarakat yang dicetuskan oleh tuan-tuan kilang. Namun dalam pengalaman Soviet Union, stratifikasi sosial bentuk ini masih tetap melahirkan pergolakan yang lebih dahsyat. Kini Soviet Union bukan lagi satu kesatuan negara, sebaliknya negara-negara kecil yang telah mempunyai kuasa otonomi masing-masing. Dengan kata lain, stratifikasi soisal komunisma yang dianjurkan oleh Karl Marx menemui jalan buntu. Perkembangan ekonomi selanjutnya yang banyak berkaitrapat dengan teori kapitalisma melahirkan golongan pedagang yang mempengaruhi perubahan sosial masyarakat kerana mereka merupakan golongan yang boleh mencorak masyararakat ke arah masyarakat maju.

Walau apapun bentuk kelas dalam masyarakat, stratifikasi sosial pasti wujud, hanya bentuk dan hak dalam masyarakat yang berbeza.

1.3.4 Kehidupan beragama

Kehidupan beragama merupakan salah satu ciri masyarakat bertamadun. Dalam tamadun Islam, Ibn Khaldun menetapkan aspek ini sebagai perkara asas. Manakala sarjana Barat yang turut memasukkan aspek agama sebagai salah satu ciri masyarakat bertamadun ialah Edward L. Farmer manakala R.A. Buchanan pula menyebut wujudnya upacara agama yang kompleks adalah ciri-ciri kerahiban (Azhar Hj Mad Aros dll, 2003). Hal ini bukan sahaja wujud semasa lahirnya Tamadun Islam yang menjadikan agama sebagai teras masyarakat bertamadun, namun tamadun silam juga banyak membuktikan aspek agama wujud dalam pembinaan tamadun. Ini dapat dilihat dengan adanya perkara berikut:

• Kepercayaan

• Pemikiran tentang kuasa ghaib yang mengawal kehidupan

• Peninggalan bangunan keagamaan

Page 11: ketamadunan

1.3.5 Urbanisasi

Kewujudan bandar atau kota yang menjadi pusat tamadun mencetuskan proses pembandaran atau urbanisasi. Oleh itu, urbanisasi merupakan salah satu ciri tamadun kerana bandar bertindak sebagai pusat pertemuan dan kegiatan masyarakat. Revolusi bandar merupakan salah satu proses yang amat penting dalam meningkatkan taraf kehidupan masyarakat bertamadun. Kelahiran kota dan negara adalah hasil daripada revolusi bandar. Dalam tamadun silam, muncul juga kerajaan yang berbentuk “negara kota” atau city-state. Kemunculan kota telah mewujudkan beberapa aspek dan institusi penting dalam pembinaan tamadun seperti berikut:

• Penempatan kekal

• Pembentukan pusat pemerintahan iaitu kota, kerajaan dan pertumbuhan tamadun.

• Institusi keagamaan

• Institusi pendidikan

• Institusi pemerintahan

• Institusi ekonomi.

1.3.6 Pengkhususan kerja dan inovasi teknologi

Peningkatan dalam kehidupan memberi kesan kepada peningkatan keperluan untuk memenuhi kehidupan. Justeru itu, lahirlah inovasi dan daya kreativiti serta pengkhususan kerja. Maka dengan ini akan wujudlah pelbagai aktiviti berdasarkan bidang khusus. Antara bidang yang muncul pada tahap awal masyarakat bertamadun adalah seperti berikut:

• Perekonomian

• Pertukangan

• Seni bina

• Teknologi logam

Perkembangan ini melahirkan tenaga mahir dalam pelbagai bidang. Antara bidang yang muncul pada tahap awal adalah seperti berikut:

• Perkapalan

• Pembinaan pelabuhan dagang

• Penyediaan mata wang

• Penciptaan alat pengangkutan

Page 12: ketamadunan

Selain mencetuskan kemahiran teknologi, muncul juga perkembangan yang meningkatkan daya kreativiti dan karya-karya estetika seperti berikut:

• Seni lukis

• Seni ukiran

• Seni hiasan

• Seni tenunan dan anyaman

• Seni seramik

1.3.7 Sistem Tulisan

Tulisan merupakan salah satu bukti penting kewujudan sesebuah tamadun yang dapat dipelajari dan disaksikan oleh genarasi kemudian. Sistem tulisan dapat dilihat pada tugu-tugu peringatan, bangunan keagamaan, makam, lembaran kertas, wang syiling dan lain-lain. Sistem tulisan lahir dan berkembang berdasarkan perkembangan sesebuah tamadun. Pada peringkat awal, sistem tulisan adalah dalam bentuk simbol, dan seterusnya berkembang membentuk sistem nombor dan tulisan.

1.3.8 Organisasi Politik Dan Pemerintahan

Kewujudan sistem politik dan pemerintahan merupakan ciri yang perlu ada dalam sesebuah masyarakat yang bertamadun. Kesatuan politik dan budaya mewujudkan keutuhan tamadun. Antara bentuk pemerintahan yang wujud dalam tamadun ialah:

• Homogeneous (serba sama). Kuasa pemerintah dalam bentuk ini tidak dipersoal oleh rakyat. Contohnya, pemerintahan Firaun di Mesir dan Kerajaan Byzantine.

• Heterogeneous (pelbagai bangsa), iaitu tamadun yang mempunyai banyak pemerintahan seperti tamadun Mesopotamia dan Greek yang mempunyai beberapa buah pemerintahan dan negara-kota (city-states). Begitu juga Tamadun Islam yang mempunyai pelbagai bahasa, bangsa dan budaya.

• Monarchy atau beraja. Raja menjadi lambang ketamadunan kerana raja dikaitkan pada sesuatu kekuatan seperti pada Tamadun Mesir, raja berkonsep Tuhan dan Tamadun Melayu pula, raja mempunyai konsep daulat.

• Oligarchy atau demokrasi. Demokrasi memberi ruang kepada sekumpulan yang memegang kuasa seperti sami dan cerdik pandai agama (Azhar Hj Mad Aros dll, 2003).

1.4 KONSEP TAMADUN ISLAM

Page 13: ketamadunan

Konsep Tamadun Islam menyentuh beberapa aspek yang menetapkan world view Tamadun Islam. Penetapan aspek ini menjadi pembeza wajah antara Tamadun Islam dengan tamadun-tamadun lain. Aspek-aspek tersebut adalah seperti berikut:

1.4.1 Definisi Tamadun Islam:

Berikut dikemukakan pelbagai definisi tamadun yang diutarakan oleh para sarjana Tamadun Islam.

i. Ibn Khaldun

Beliau menjelaskan Tamadun Islam sebagai pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asas kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai estetika yang tinggi.

ii. M. A. J. Beg

Beliau membuat kesimpulan bahawa tamadun merupakan pencapaian manusia dalam bentuk kata-kata, skrip, kesenian, senibina, agama, undang-undang dan politik.

iii. Prof. Dr. Ahmad Shalaby

Tamadun Islam terbahagi kepada dua. Pertama, peradaban Islam tulen yang menjadikan Islam sebagai sumber. Kedua ialah peradaban yang dibangunkan oleh kaum muslimin dalam pelbagai bidang ilmu seperti matematik, perubatan, astrologi, muzik dan lain-lain. (1975:26)

vi. Professor Syed Naquib Al-Attas

Beliau telah mentafsirkan Tamadun Islam sebagai satu keadaan kehidupan masyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dengan mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.

v. Syed Qutb

Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat dalam seluruh dimensi kehidupan seperti dalam sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah, serta bercirikan nilai-nilai moral Islam (1989:112). Menurut beliau, Tamadun Islam tidak boleh lari dari sibghatu’Llah atau acuan Allah (Ibid: 129). Beliau mengambil contoh pencapaian tamadun yang telah di asaskan oleh Rasulullah SAW. Tamadun Islam telah mencapai kemuncak keagungan dan terus berkembangan pada zaman kemudiannya.

vi. Said Hawa

Melalui karyanya al-Islam beliau menyatakan bahawa tamadun secara umum terbahagi kepada dua kategori sahaja iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Jahiliyah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya juga relevan dengan kebudayaan Islam. Manakala Tamadun jahiliyah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan tanpa mengambil kira aspek kerohanian dan moral.

Page 14: ketamadunan

vii. Lain-lain.

Ahmad Fauzi Haji Morad, Ahmad Tarmizi Talib, Aimini Amir Abdullah dan Zarina Mohammad menyatakan bahawa tamadun merangkumi kebudayaan, peradaban, kemajuan (kebendaan dan kerohanian) dan sopan santun. Manusia tidak akan dapat mencari satu etika tamadun jika tidak mempunyai masyarakat yang bermoral. Kemajuan Tamadun Islam tidak terbatas hanya kepada kemajuan kebudayaan semata-mata. Malah ia merupakan kemajuan yang berjalan serentak dengan kerohanian. Seterusnya, mereka menyatakan bahawa Tamadun Islam ialah meletakkan al-Din sebagai pembentukan tamadun manusia.