25
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012 PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t. Syukur kepada Tuhan sekalian alam, kerana dengan limpah kurnianya maka dapatlah saya menyiapkan tugasan ini. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Radzi Bin Lebai Mat selaku pensyarah pembimbing yang banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudah cara sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Dengan tunjuk ajar beliau dapatlah saya memahami segala perkara yang perlu dilakukan. Penghargaan khusus dirakamkan kepada ibu saya yang banyak memberi sokongan moral sepanjang keberadaan saya di sini agar sentiasa mempelajari dan melakukan segala kerja pembelajaran dengan baik.Terima kasih atas segala bantuan seperti bantuan kewangan untuk mendapatkan bahan dan segala keperluan yang sangat membantu dalam melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang bersama-sama mencari bahan rujukan di beberapa perpustakaan IPGKDA inii. Segala tunjuk ajar, bantuan dan usaha yang telah dilimpahkan sangat membantu dalam pelaksanaan tugasan kali ini. Dengan kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang memberi pertolongan samada secara langsung atau tidak dalam membantu kami menyiapkan tugasan ini. Pelbagai ilmu dapat saya rungkai sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini.Akhir kata, saya berharap tugasan saya ini betul-betul mengikut spesifikasi pemarkahan yang betul dan mendapat markah yang cemerlang. Sekian terima kasih 1 | Page

Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

waaaa

Citation preview

Page 1: Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. Syukur kepada Tuhan sekalian alam, kerana dengan limpah

kurnianya maka dapatlah saya menyiapkan tugasan ini. Sekalung penghargaan dan

ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Radzi Bin Lebai Mat selaku

pensyarah pembimbing yang banyak membantu, membimbing dan juga sebagai

pemudah cara sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Dengan tunjuk ajar

beliau dapatlah saya memahami segala perkara yang perlu dilakukan.

Penghargaan khusus dirakamkan kepada ibu saya yang banyak memberi sokongan

moral sepanjang keberadaan saya di sini agar sentiasa mempelajari dan melakukan

segala kerja pembelajaran dengan baik.Terima kasih atas segala bantuan seperti

bantuan kewangan untuk mendapatkan bahan dan segala keperluan yang sangat

membantu dalam melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih

kepada rakan-rakan saya yang bersama-sama mencari bahan rujukan di beberapa

perpustakaan IPGKDA inii. Segala tunjuk ajar, bantuan dan usaha yang telah

dilimpahkan sangat membantu dalam pelaksanaan tugasan kali ini.

Dengan kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua

pihak yang memberi pertolongan samada secara langsung atau tidak dalam

membantu kami menyiapkan tugasan ini. Pelbagai ilmu dapat saya rungkai

sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.Sejajar dengan anjakan paradigma

dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan bakal pendidik di negara ini

untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini.Akhir kata, saya

berharap tugasan saya ini betul-betul mengikut spesifikasi pemarkahan yang betul

dan mendapat markah yang cemerlang. Sekian terima kasih

1 | P a g e

Page 2: Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012

Tamadun

Perbincangan tamadun dan ketamadunan oleh para sarjana tamadun banyak bertitik

tolak daripada perbincangan istilah. Terdapat beberapa istilah yang dikaitkan dengan

tamadun. Antara istilah yang sering digunakan ialah ‘civilization’ dalam bahasa

Inggeris, tamadun dan peradaban dalam bahasa Melayu, maddana, umran dan

hadarah dalam bahasa Arab. Setiap istilah ini mempunyai maksud dan tafsirannya

tersendiri. Peristilahan ini memberi kesan kepada definisi tamadun. Selain ini, definisi

tamadun juga berbeza antara seorang sarjana dengan sarjana yang lain kerana

mereka memberi tafsiran tamadun berdasarkan disiplin ilmu masing-masing. Ini

menghasilkan definisi tamadun yang pelbagai berdasarkan dimensi yang berbeza.

Bagi ahli antropologi, tamadun dikaitkan dengan kebudayaan. Ahli arkeologi pula

menegaskan, tamadun dihubungkan dengan peninggalan bahan-bahan bukti (artifak)

yang boleh digunakan oleh sejarawan dalam menyusun kisah sejarah masyarakat

lampau. Menurut The Oxford Dictionary (1995) salah satu makna tamadun ialah baru

dan mutakhir iaitu new and up to date. Menurut Kamus Dewan ( 1998), tamdun boleh

didefinisikan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, cara

berkelakuan, berfikir, segala hasil kegiatan, penciptaan berupa kebendaan atau

kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun dan peradaban.

Penggunaan istilah tamadun yang berasal dari bahasa Arab iaitu “tamaddun” telah

lama diterima pakai dalam perbendaharaan bahasa Melayu. Penggunaannya dalam

bahasa Melayu dikenali sebagai fenomena peminjaman mengikut teori antara

bahasa. Di dalam bahasa Arab terminologi yang sering disamakan dengan tamadun

ialah Hadharah, Umran, dan Madaniyyah atau sinonim dalam bahasa Inggeris

civilization. Semua istilah di atas, walaupun rujukan khususnya boleh dibezakan

antara satu sama lain lantaran berbezanya latar belakang sarjana dan pengalaman

hidup mereka, akan tetapi secara umumnya merujuk kepada makna yang sama.

Semua istilah tersebut secara literalnya beerti maju atau mencapai kemajuan. Makna

kemajuan ini akan dipakai sebagai suatu makna tamadun yang sama supaya mudah

difahami.

2 | P a g e

Page 3: Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012

Perkataan tamadun dari sudut etimologi berasal daripada perkataan bahasa Arab.

Maddana merupakan kata kerja yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar

atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan Maddana

ini lahirlah perkataan madani yang merupakan sifat nama. Madani merujuk kepada

sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan

budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madani sendiri

sebenarnya berasal daripada perkataan al-deen yang bermaksud agama, iaitu

menggambarkan kehidupan beragama ( Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan

Mohd Radzi, Hashim Hj Musa, Mohd Zuhdi Marsuki, 2002 : 3).

Menurut Ibrahim Anis et al. (1960), perkataan tamadun adalah kata terbitan daripada

kata kerja maddana yang beerti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan

membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Manakala

Ibrahim Mustafa et al. (1989 ) dalam Al-Mu’jam al-Wasit memberi erti yang sedikit

berbeza iaitu hidup dalam suasana kehidupan orang Bandar dan menikmati

kehidupan yang maju. Perkataan tamadun melahirkan beberapa perkataan lain yang

menjelaskan lagi kandungan maksud yang diungkapkannya. Antara yang

dimaksudkan ialah Madinah (Bandar) dan madani ( keselesaan hidup dan ketinggian

budi) ( Mohd Liki Hamid, 2004 : 4-5 ).

Tamadun juga sering disamakan pengertiannya dengan peradaban yang membawa

maksud keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani dalam

sesebuah bangsa dan masyarakat. Selain daripada itu, perkataan yang sering

digunakan dalam bahasa Inggeris untuk memberi maksud tamadun ialah civilization

atau civilization. Perkatan ini berasal daripada perkataan civitas dalam bahasa Latin

yang bermaksud Bandar atau kota. Tamadun dari segi bahasa mempunyai erti yang

sama dengan istilah civilization dalam bahasa Inggeris. Civilization berasal daripada

istilah bahasa Perancis iaitu city (Bandar ). Sehingga tahun 1732, ia merujuk kepada

proses perundangan yang mengubah perbicaraan jenayah kepada perbicaraan sivil.

Pada akhir abad ke-18, ia mula berkembang kepada makna yang lebih luas daripada

hanya proses perundangan. Istilah ini mula digunakan di England pada tahun 1772

( Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba’iyah Mohd Noor, Salina Hj. Zainol,

2000: 3 ) ). Seperti hadarah dan peradaban, civilization juga membawa maksud

3 | P a g e

Page 4: Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012

menekankan penggabungan antara ketinggian budaya hidup dan kemajuan

kebendaan.

Bagi para sarjana Muslim Islam, tamadun bermula dengan pengutusan para nabi

dan rasul. Pembentukan masyarakat bertamadun menurut acuan Pencipta manusia

adalah tujuan utama perutusan mereka. Para nabi dan rasul diberi amanat untuk

meluruskan jalan kehidupan manusia dan menjadikan manusia umat yang

bertamadun. Masyarakat yang bertamadun adalah masyarakat yang memiliki seluruh

tingkat kemajuan kehidupan yang meliputi aspek spiritual dan material. Islam telah

membekalkan asas-asas yang kukuh dan sumber yang mantap untuk manusia

membina tamadun. Menurut Islam, tamadun sesebuah bangsa itu akan terbina

apabila wujudnya nilai-nilai baik dan mulia dalam sesebuah masyarakat. Seandainya

sesebuah masyarakat mengabaikan nilai-nilai baik atau menyalahi matlamat utama

pembinaan tamadun, maka masyarakat tersebut akan mengalami zaman

keruntuhan.

Manakala menurut sarjana barat pula,Clive Bell dalam bukunya Civilization and Old

Finds menjelaskan bahawa tamadun merupakan satu kriteria masyarakat. Hal ini

bererti bahawa tamadun merupakan kata ukur yang dapat menyukat atau

menentukan tahap pencapaian sesuatu tamadun. Manakala menurut Toynbee

tamadun adalah satu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia

menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan mempunyai empat elemen iaitu,

ekonomi,politik,pengetahuan dan seni. Jacqueta Hawkes menyatakan bahawa

tamadun itu dalah satu kualiti yang tinggi dimiliki oleh sesuatu masyarakat. Beliau

menyatakan bahawa iainya dapat dilihat melalui orang Roman yang mempunyai ciri

bandar terpenting. Selain itu juga beliau menilai maksud tamadun dengan melihat

orang-orang Sepanyol menjajah bandar orang Aztec dan menganggap mereka telah

bertamadun kerana telah wujud bandar dengan segala kemudahan asas.

4 | P a g e

Page 5: Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012

Konsep tamadun

Konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari perspektif yang meliputi pencapaian

tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan penempatan dan kemudahan yang

sempurna. Bagaimanapun, konsep ketamadunan yang sering difahami oleh

masyarakat manusia hari ini lebih menjurus kepada perkara yang berkaitan dengan

kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna semata-mata. Lebih buruk

daripada itu, tasawwur terhadap kemajuan penempatan dan kemudahan disempitkan

lagi kepada persoalan kebendaan yang menjadi simbol kemewahan. Kemuncak

kewujudan sesebuah tamadun bukanlah digambarkan oleh limpahan kemewahan

tetapi suasana kemakmuran sebagaimana ungkapan umran yangdigunakan oleh Ibn

Khaldun. Umran bermaksud bangunan atau perbandaran yang mempunyai maksud

yang sama dengan Hadharah iaitu sekumpulan manusia yang tinggal kekal di

sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian.

Ciri-ciri Asas Tamadun

Sepanjang sejarah telah muncul tamadun-tamadun yang besar dan masyhur seperti

tamadun Mesir, tamadun India, tamadun Cina, tamadun Yunani, tamadun Islam dan

tain-lain. Setiap tamadun dilihat mempunyai penonjolan yang tersendiri seperti

tamadun Yunani yang masyhur dengan falsafah dan keseniannya, manakala

tamadun Islam pula masyhur dengan perspektif kehidupan yang menyeluruh di

samping perkembangan sains dan teknologi. Meskipun terdapat keistimewaan

tertentu pada tamadun yang berbeza, kesemua tamadun yang telah muncul

mempunyai ciri-ciri dasar yang sejagat seperti berikut , ciri asas ketamadunan adalah

kewujudan penempatan masyarakat manusia di sesebuah kawasan atau beberapa

kawasan yang disatukan membentuk kota, bandar, kepolisan atau madinah. Selain

mempunyai tempat penempatan sesebuah tamadun juga perlu ada peningkatan

kualiti kehidupan yang lebih sempurna berbanding sebelumnya seterusnya terhasil

peningkatan jangka hayat penghidupan yang lebih stabil dan panjang. Sesebuah

tamadun juga perlu mempunyai, kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial

dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna dan

teratur. Dengan kewujudan tamadun, munculah satu bahasa atau beberapa bahasa

yang serumpun dengan satu sistem tulisan yang tersendiri bagi menjadi perantaraan

5 | P a g e

Page 6: Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012

komunikasi, perakaman, penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dalam

pelbagai bidang ilmu. Ciri- ciri sebuah dapat dilihat kewuJudan sistem perundangan

yang teratur dan sistem nilai serta moral yang berwibawa yang dikuatkuasakan untuk

mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakatnya dalam segala kegiatan

kehidupan. Ciri sesebuah tamadun juga dapat dinilai dengan kelahiran dan

peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi dan pembinaan bagi

menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan dan lahirnya dan perkembangan daya

kreativiti dalam menghayati falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika yang

tersendiri.

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE TAMADUN MELAYU

Terdapat pelbagai teori yang memperkatakan tentang kedatangan Islam ke Tanah

Melayu.Secara umumnya Islam yang datang ke tanah melayu dikatakan datang dari

tanah Arab, China dan India.Melaka ialah negeri yang paling awal menerima ajaran

Islam.Sultan Melaka yang pertama iaitu Parameswara dikatakan telah memeluk

Islam pada tahun 1414.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa Islam yang datang ke tanah melayu

datangnya dari tanah arab. Contohnya, Raja Kedah telah diislamkan pada tahun

531H/1136M oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri al-Yamani, seorang

ulama’ berbangsa arab Yaman. Hamka adalah bukti orang arab telah belayar ke

Indonesia sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW untuk membeli rempah ratus

dan kapur barus yang hanya terdapat di tanah melayu sahaja. Ini menunjukkan peta

lokasi tanah melayu telah dihafal oleh orang arab. Pada zaman pemerintahan

Khalifah Sulaiman bin Malik, beliau telah menghantar 35 buah armada ke muara

Sabak di Jambi. Armada ini dikatakan bertolak dari Ceylon ke Palembang pada

717M sebelum berlayar ke China.

Islam telah sampai sejak pertama Hijrah (abad ke-7M) dibuktikan dengan wujudnya

perkampungan Islam di utara Sumatera yang dikenali sebagai Ta-Shih. Terdapat

pengaruh arab dalam perkataan melayu seperti kitab, surat, kertal dan lain-lain.

Selain itu terdapat juga nama-nama orang melayu yang berunsurkan arab seperti

Hassan, Malik, Abdullah dan lain-lain.

6 | P a g e

Page 7: Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012

Menurut Prof S. Q. Fatimi, perpindahan beramai-ramai orang Islam dari Canton pada

tahun 876/878 kerana pemberontakan telah membawa Islam ke Alam Melayu. Ini

berdasarkan bukti dari batu nisan Sheikh Abdul Qadir yang ditemui di Langgar, batu

bersurat Phan-rang di Kemboja dan batu bersurat di Terengganu 1303M. Pengaruh

China ini dibuktikan juga dengan bentuk masjid di Melaka dan Jawa yang berbentuk

seperti pagoda.

Orientalis seperti R.O. Winstedt dan B.Harrison menyokong teori yang dikemukakan

oleh Snouck Hurgronje yang mengatakan bahawa Islam dibawa ke Alam Melayu

melalui pedagang-pedagang India yang datang berdagang di Nusantara. Teori ini

diperkukuhkan dengan bukti batu-batu nisan yang dijumpai di Alam Melayu telah

dibawa dari Kembayat Gujerat. Selain itu tradisi kesusasteraan melayu lebih mirip

kepada tradisi India Islam.Ada catatan yang mendakwa Marco Polo dan Ibn Batutah

telah melawat Alam Melayu sekitar abad ke-13 dan 14M. Penemuan makam Sultan

Malik al-Salleh yang disebut sebagai pemerintah Pasai dalam Sejarah Melayu dan

Hikayat Raja-Raja Pasai mengukuhkan teori bahawa Islam hanya tersebar sekitar

abad ke-13M.

Kesan kedatangan Islam dalam tamadun Malaysia

Kedatangan Islam telah membawa wajah baru dan mamberi kesan yang amat besar

terhadap masyarakat melayu. Mengikut Prof S.M. Naquib al-Attas : Islam telah

membawa zaman baru di Nusantara yang berjaya mengubah wajah dan jiwa Alam

Melayu. Dengan kedatangan Islam, kehidupan masyarakat melayu banyak didasari

adat dan ajaran agama Islam. Kedatangan Islam member kesan dan pengaruh

kepada agama/ kepercayaan, sosial dan budaya, pendidikan, perundangan, adat

dan kepercayaan, ekonomi dan cara hidup.

Pengaruh terhadap kepercayaan

Dengan kedatangan tamadun Islam, masyarakat melayu yang pada awalnya

beragama Hindu-Buddha dan menganut kepercayaan animisme mula percaya

kepada konsep ketuhanan, hormat-menghormati dan persamaan taraf.Tamadun

Islam telah menghapuskan kepercayaan sinkritime Hindu-Budha-Hyang dan diganti

dengan akidah tauhid.Pada peringkat awalnya masyarakat melayu percaya kepada

kepercayaan animisme.Mereka percaya alam semulajadi.mempunyai semangat dan

7 | P a g e

Page 8: Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012

kuasa ghaib. Dengan itu mereka memuja dan menyembah batu-bata, pokok-pokok

dan fenomena alam yang lain. Mereka percaya adanya kuasa ghaib seperti jin atau

hantu yang menghuni atau menjadi penunggu objek yang mereka sembah. (Harun

Daud. 1989:26).

Tamadun Islam telah mengubah kepercayaan masyarakat melayu untuk

mempercayai Tuhan yang esa, adanya nabi-nabi dan rasul, kitab-kitab malaikat dan

suci. Pentauhidan mereka diikuti dengan ibadah-ibadah seperti sembahyang, puasa,

menunaikan zakat dan menunaikan haji.Mereka turut meraikan hari-hari kebesaran

Islam seperti Maalhijrah, Maulidulrasul dan Nuzul al-Quran.Pentauhidan mereka

menyebabkan mereka mula meninggalkan zaman kehidupan Hinduisme dan

Buddhisme dan agama Islam mula disebarkan melalui aktiviti pendidikan formal

(Azhar Hj Md. Aros 2003:304).

Kedatangan agama Islam telah mengubah kehidupan keagamaan yang sebelum itu

berabad-abad lamanya dipengaruhi oleh kepercayaan Hindu-Buddha. Dalam tempoh

hampir 15 abad dari awal Masihi sehingga permulaan abad ke-15, turun naiknya dan

jatuh bangun Kerajaan-Kerajaan Melayu boleh ditelusuri dari Zaman Funan,

Langkasuka, Sriwijaya, Majapahit dan kerajaan-kerajaan wilayah seperti di Kediri,

Singosari, Kutai Kartanegara. Sungguhpun disebut hubungan Tanah Melayu dengan

dunia Arab sudah terjadi sejak abad ke-9 Masihi mungkin kerana perdagangan,

tetapi kesan terbesar terjadi hanya sesudah terbentuknya Kerajaan Melayu Melaka

dengan kekuatan sistem pemerintahan dalam bidang siasah, ekonomi, sosial dan

kebudayaan, serentak dengan peranannya dalam penyebaran Islam ke seluruh Alam

Melayu. Yang paling penting lagi, Alam Melayu seolah-olah menjadi penyambut

kepada kejatuhan Islam di Andalusia yang mencapai kegemilangannya pada abad 7

hingga 14 Masihi dan Empayar Melaka muncul sewaktu Barat memulakan

penerokaan dunia baru dan bertarung dalam Perang Salib. Barat telah

menggerakkan Zaman Pembaharuan (Renaissance) yang bertujuan mengubah dan

menukar segala kemajuan ilmu dan pengetahuan termasuk sains Islam mengikut

kehendak dan kaca mata mereka. Mungkin Alam Melayu tidak menerima

keseluruhan isi peradaban Zaman Andalusia, tetapi hakikat penerimaan aqidah

Islamiyyah dan tradisi keilmuan sudah cukup bagi mewarnai corak keperibadian baru

dan pedoman hala tuju sebuah peradaban di timur. Di Melaka agama Islam mula

dihayati sejak agama itu diterimaoleh Raja Mahkota Iskandar Shah. Perubahan cara

8 | P a g e

Page 9: Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012

hidup menunjukkan penerimaan dan penghayatan mereka terhadap Islam. Majlis

bercorak islamik seperti muzakarah, kuliah dan ceramah dianjurkan dengan penuh

penghayatan. Proses mempelajari dan ilmu tafsir giat dijalankan melalui ulamak

setempat (Zainal Abidin bin Abdul Wahid 1992: 29). Dalam pada itu kepercayaan

dan tradisi lama tetap diamalkan seperti bacaan mentera dalam perubatan melayu

kerana dianggap tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Setelah kedatangan Islam, kehidupan baru manusia alam Melayu atau Nusantara

dalam keserumpunan itu bertukar daripada kepercayaan tahyul kepada suatu

keyakinan yang berpaksikan aqidah yang didasari intelektualisme dan rasionalisme.

Islam telah membawa kesan yang meluas dan mendalam terhadap kehidupan sosio-

budaya masa dan membentuk corak kerajaan-kerajaan Melayu di Dunia Melayu

dengan memperkenalkan pelbagai sistem, serta memperkenal dan meninggalkan

tradisi keilmuan. Islam dalam kebudayaan Melayu dikatakan denyut nadi dan degup

jantung kepada kesinambungan sejarah rantau, kemajuan bahasa, persuratan dan

budaya dalam suatu bahagian tamadun manusia di bahagian timur dunia sejak

berabad-abad yang lalu.

Perubahan yang dibawa oleh Islam merupakan suatu perubahan menyeluruh

berteraskan paradigma tauhid. Impak tauhid ini menyebabkan perubahan yang

berlaku itu terhadap ‘rupa dan jiwa’ di alam Melayu ini. Perubahan tersebut bukan

hanya melibatkan perubahan watak luaran, tetapi terkesan daripada falsafah dan

pemikiran Islam yang tulen. Ledakan tauhid itu mencetuskan zaman baru dan

meninggalkan zaman kehidupan Buddha dengan metodologinya, dengan alam

khayalannya, penyembahan berhalanya dengan pementingan kepada keseniannya.

Pengaruh terhadap bidang keilmuan.

Islam juga mencetuskan perubahan dalam bidang keilmuan. Ini kerana hukum Islam

sendiri menggalakkan usaha-usaha belajar dan mengajar ilmu pengetahuan.

Profesor Muhammad Syed Naguib al Attas menjelaskan, “Islam membawa semangat

rasionalisme dan intelektualisme bukan sahaja dalam kalangan istana dan kraton,

malah sampai juga dengan lebih merebak dalam kalangan rakyat jelata”. Ia juga

menggambarkan pola perubahan dalam hal-hal yang bersifat keilmuan ini melibatkan

golongan atasan dan istana serta golongan bawahan dan rakyat jelata. Selain itu

kedatangan Islam merubah pandangan masyarakat di alam Melayu ke arah yang

9 | P a g e

Page 10: Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012

bersifat ilmiah dan saintifik, meninggalkan era yang mengutamakan sesuatu yang

bersifat tahyul, khayalan dan memuja sesuatu yang berbentuk estatik. Menurut

Uthman el Muhammad, alam Melayu mementingkan sesuatu yang menggunakan

akal, pemahaman ilmu metafizika, serta pandangan hidup yang munasabahpada

akal yang sihat. Alam Melayu juga muncul sebagai pusat keilmuan. Antara tokoh-

tokoh keilmuan di daerah ini ialah Nasruddin al Raniri, Shamsuddin al Sumaterani,

Muhammad Singkel, Hamzah Fansuri dan lain-lain. Institusi pondok tumbuh dengan

pesatnya sebagai pusat pengembangan ilmu. Ia menjadi institusi tumpuan

masyarakat dan menjadi tempat mempertahankan tradisi suci yang diajar oleh Islam.

Melahirkan masyarakat yang bertamadun memerlukan masyarakat yang berilmu

supaya tidak ditindas atau ditipu dan untuk memperoleh masa depan yang cerah.

Pendidikan dan pengembangan ilmu adalah warisan Nabawi yang sangat utama.

Firman Allah yang pertama disampaikan melalui Jibril kepada Junjungan Besar Nabi

Muhammad s.a.w. adalah kewajipan terhadap pencarian ilmu dengan perintah

‘Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah

menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha

Pemurah. Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan

kepada manusia apa yang tidak diketahuinya’ Al ‘Alaq (Segumpal Darah) 96:1-5.

Perkembangan ilmu telah membawa kesan yang cukup besar terhadap perubahan

sosio-budaya umat Melayu sesudah kedatangan Islam. Sistem awal yang

diperkenalkan, mungkin pada mulanya dengan menadah kitab di surau, langgar dan

masjid atau di kalangan istana, sehingga kemudiannya terdirinya pondok dan

pesantren di serata wilayah dan daerah kepulauan Melayu. Ilmu adalah alat pertama

bagi kesempurnaan keperibadian seseorang insan dan pembentukan akhlak.

Sejarah intelektualisme rantau ini juga mencatatkan adanya polemik-polemik

intelektual yang menyegarkan budaya berfikir. Pada zaman tamadun Aceh telah

terjadi polemik di sekitar faham wujudiyyah dan pada zaman kebelakangan ini lebih

banyak lagi polemik-polemik tentang pelbagai isu termasuklah polemik Islam dan

adat tentang pembahagian harta pusaka dalam sistem adat perpatih, polemik politik

tentang Islam dan kenegaraan (antara Soekarno dengan Natsir) polemik Kaum Tua-

Kaum Muda (tentang pembaharuan Islam), polemik di sekitar faham sekular,

reaktualisasi Islam dan sebagainya. Perkembangan-perkembangan mutakhir dalam

bidang pendidikan di rantau ini telah membuka kemungkinan-kemungkinan baru.

10 | P a g e

Page 11: Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012

Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa dan ISTAC (Institut Pemikiran dan

Tamadun Islam Antarabangsa) di Malaysia umpamanya telah menjadikan rantau ini

sebagai salah satu pusat tumpuan para ilmuwan dunia. Sekarang ini pun kita sudah

menyaksikan semakin ramainya para pelajar dari pelbagai rantau dunia termasuk

Dunia Arab yang datang untuk belajar di kampus-kampus kita.

Kedatangan Islam juga memartabatkan bahasa Melayu dengan cara membentuk

para penggunanya menuturkan perkara-perkara yang bersifat ilmiah, membicarakan

persoalan metafizik, falsafah dan saintifik. Isu-isu sebegini sukar ditemui sebelum

kedatangan Islam. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa perantaraan di alam

Melayu. Di Melaka yang dikunjungi oleh pedagang seluruh dunia, bahasa Melayu

ditutur oleh 360 bangsa yang tiba di pelabuhan itu. Malah dikatakan bahasa ini

menjadi salah satu bahasa umat Islam yang tertinggi bilangan pengucapnya. Ia

menjadi bahasa yang menjadi bahasa rasmi lebih daripada seratus juta manusia di

alam Melayu. Aspek tulisannya ialah aspek yang paling penting. Kedatangan Islam

mengenalkan tulisan kepada orang-orang Melayu, iaitu tulisan Jawi. Tulisan ini

mempunyai hubungan yang rapat dengan tulisan arab al-Quran. Dalam pada masa

yang sama, perubahan juga berlaku di dalam bidang persuratan Melayu. Fungsi

persuratan dan kesusasteraan bertukar daripada semata-mata untuk berhibur

kepada pendidikan. Pada zaman kebangkitan kuasa kesultanan Melayu Islam di

alam Melayu, isu-isu yang dibicarakan dalam persuratan Melayu berkisar tiga tema

utama. Pertama, karya yang bertemakan tasawwuf dan falsafah seperti karya-karya

Hamzah Fansuri. Kedua, hasil kesusasteraan yang berbentuk keagamaan dan

ketatanegaraan seperti karya-karya Nuruddin al Raniri, Bukhari al Jauhari dan lain-

lain. Ketiga, kisah-kisah lagenda Islam seperti Hikayat Ali Hanafiah. Tema-tema yang

dikemukakan ini membezakan pendekatan yang wujud sebelumnya yang

mengucapkan tentang dewa-dewa dan pengaruh Hindu-Buddha.

Pengaruh dalam bidang terhadap bahasa dan kesusasteraan.

Bahasa melayu telah mula menerima pengarah agama islam sejak abad ke-14

masihi. Ia sejajar dengan perkembagan agama islam itu sendiri yang semakin

meluas dan teguh di Asia Tenggara. Buktinya dapat dilihat melalui penggunaan

tulisan jawi oleh masyarakat melayu ketua itu.bahasa melayu juga dijadikan bahasa

lingua franca kepada lapan puluh empat bahasa yang dituturkan oleh masyarakat

11 | P a g e

Page 12: Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012

Melaka ketika itu. Bahasa melayu klasik pula melalui zaman peralihan (abad ke19

M) dan zaman moden (abad ke-20 M) (Mahayudin Hj. Yahya, 1998 : 91). Perubahan

besar berlaku apabila masyarakat melayu mula menyesuaikan perkataan arab dalam

bahasa melayu. Perubahan ini turut dipermudahkan setelah tulisan Arab diubah suai

sebagai tulisan jawi.

Bahasa melayu mula digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat,

undang-undang dan pentadbiran dalam tulisan jawi. Selain itu bahasa melayu turut

menjadi bahasa pengantara persuratan, penyebaran dan penyampaian agama islam

diseluruh Alam Melayu. Sifat bahasa melayu yang fleksibel dalam menerima

pengarah penyerapan bahasa arab menjadikannya mudah diterima pakai sebagai

bahasa pengantar penyebaran dan penyampaian persuratan islam. Apabila

digunakan sebagai bahasa pengantara Agama Islam, bahasa melalui telah

menaikkan taraf, kecekapan dan kewibawaannya.Pemindahan ilmu dari bahasa Arab

ke dalam bahasa melayu menyebabkan berlakunya perkembangan keilmuan yang

pesat di Alam Melayu.Martabat bahasa melayu telah diangkat kearah bahasa

bersifat ilmiah dan saintifik sehingga mencapai taraf lingua franca. Malah terdapat

penggunaan perkataan bahasa arab yang dipinjam dan diguna pakai dalam bahasa

melayu.

Warisan kesusasteraan melayu turut mengalami perubahan yang besar dengan

kedatangan Agama Islam. Banyak hasil-hasil kesusasteraan melayu yang dihasilkan

seperti Hikayat Nabi Muhammad S.A.W, Hikayat Para Nabi dan Rasul,Hikayat Para

Sahabat,Hikayat Para Pahlawan Islam, Hikayat Ahli-ahli Sufi dan orang-orang yang

salih. Puisi-puisi yang bertemakan islam turut dihasilkan seperti syair Perahu, syair

Burung Pingai dihailkan/ ditulis oleh Hamzah Kansuri dan syair Makrifat oleh Abdul

rauf Kansuri. Selain itu buku-buku sejarah yang dihasilkan turut mengekalkan tajuk

asal dalam bahasa arab seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Bustanus-salatin

(Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992 : 28). Karya-karya yang dihasilkan bukan sahaja

bercorak fiksyen, tetapi turut meliputi ilmu fekah, ilmu tasawwuf, ilmu kalam, falsafah

dan sebagainya (Ismail, 1985 : 101). Pelbagai hasil kesusasteraan yang bertemakan

sejarah islam atau ajaran islam turut dihasilkan seperti Hikayat Nur Muhammad,

Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Nabi Mikraj.

12 | P a g e

Page 13: Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012

Tamadun China

Tamadun China merupakan salah satu tamadun yang kaya dengan penciptaan dan

penemuan sains.Ianya banyak memberi sumbangan kepada perkembangan sains

dan teknologi dunia.Hasil daripada interaksi antara tamadun maka munculnya pinjam

meminjam antara tamadun.China dalam situasi ini banyak memberi beberapa

pengetahuan kepada dunia mengenai sains dan teknologi. Namun demikian China

juga tidak ketinggalan menerima pengaruh sains dari tamadun lain. Oleh itu,

perkembangan ini menggalakkan perrkembangan sains dan teknologi dunia.

Pada dasarnya sains dan teknologi China adalah hasil daripada kepercayaan magik

dan kuasa ghaib. Dari asas ini orang Cina cuba untuk memberi jawapan tentang

fenomena-fenomena alam. Keadaan-keadaan banjir, hujan, pergerakan matahari,

bulan dan sebagainya merupakan perkara yang sukar difahami oleh masyarakat

Cina.Oleh itu muncul nujum atau bomoh yang bertindak untuk memberi beberapa

jawapan kepada persoalan alam.Daripada pengkajian orang Cina terhadap kulit

kura-kura, tulang binatang dan daun pokok maka timbulnya pengetahuan mereka

mengenai jawapan alam.

Ketamadunan China adalah antara yang terawal wujud di muka bumi ini.Tamadun

China juga merupakan tamadun yang terbesar selain Tamadun Islam dan Tamadun

India.Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian

selatan China.Tamadun China suatu ketika dahulu juga dikenali sebagai Tamadun

Hwang Ho. Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelas

bahawa teras kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup

dalam tamaduntamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan.Namun

begitu, dalam persoalan-persoalan tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan

teologi wujud beberapa perbezaan yang harus kita fahami. Memahami persamaan

dan perbezaan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain seharusnya

mendorong kita untuk lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan keharmonian

sejagat. Kesimpulannya, mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan

ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi

secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama.

13 | P a g e

Page 14: Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012

Tamadun China dalam Tamadun Malaysia.

Hubungan antara China dengan Alarn Melayu sudah lama wujud iaitu

sebelum permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M). Semasa

pemerintahan Sun Quan (222-252 M), dua orang utusannya telah melawat Funan

dan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu serta

mengadakan hubungan diplomatik dengan mereka. Pemerintahan zaman Dinasti

Tang (618-907 M) telah mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara luar

melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar, satu daripadanya

ialah perjalanan laut dari Guangzhou dengan India, Parsi dan Arab melalui Alam

Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya, He-Ling (Jawa) dan lain-lain.

(HashimHj.Musa,2005:144).

Dinasti Song (960-1279) juga telah meneruskan hubungan baik dengan

negeri¬negeri luar tetapi menumpukan lebih banyak kepada bidang perniagaan

terutama dengan negeri-negeri di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Barat.

Hubungan paling gemilang dan bermakna antara Alam Melayu dengan China ialah

yang dijalinkan antara Kesultanan Melaka dan Dinasti Ming dalam abad ke-15.

Persahabatan antara Melaka dan China wujud sebelum itu lagi apabila seorang

utusan Raja China sampai di Melaka pada tahun 1403 dan Parameswara membalas

dengan satu perutusan ke China pada tahun 1405. Laksamana Cheng Ho telah

membawa hadiah bingkisan daripada Raja China, yang dibalas pula oleh

Parameswara pada tahun 1407. Seterusnya beberapa orang Raja Melaka telah

melawat China iaitu Parameswara (1411), Megat Iskandar Syah (1414), Sultan

Muhammad Syah (1424) dan Sultan Abu Syahid (1445) (Hashim Hj. Musa, 2005:

145).

Interaksi dan pertalian kerajaan tamadun Melayu dengan tamadun Cina pad a

zaman pra-penjajah Barat tidak banyak membuahkan kesan mendalam dan besar ke

atas tamadun Melayu. Ini kerana kedatangan orang Cina ke Alam Melayu dan

negara-negara luar lain pada zaman itu tidak didorong oleh perasaan hegemoni dan

niat untuk menjajah dan mendominasi negara-negara itu. Sikap mereka saling

hormat-menghormati dan mengiktiraf kedudukan dan kewibawaan kerajaan dan ciri

budaya masing-masing. Bahkan ada kecenderungan pada pihak China untuk

14 | P a g e

Page 15: Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012

mempelajari dan memanfaatkan khazanah budaya bangsa tamadun tempatan,

contohnya I-Ching yang belajar dan berkarya di Srivijaya selama belasan tahun.

Begitu juga Laksamana Muhammad Cheng Ho dan orang-orangnya apabila melawat

Melaka pada zaman kesultanannya. (Hashim Hj. Musa, 2005: 146).

Sebelum kedatangan British bilangan masyarakat Cina terlalu kedl dan terlibat

dalam bidang perniagaan. Penghijrahan secara beramai-ramai orang Cina ke Tanah

Melayu berlaku selepas Inggeris mengambilalih Pulau Pinang pada tahun 1826,

Singapura pada tahun 1819 dan penubuhan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826.

Kebanyakan mereka berasal dari wilayah Kwangtung dan Tukuin, Amoy, Sen-Yu,

Hok-Chiu, Eng Chon dan lain-lain. Mereka terlibat dalam sektor perlombongan di

Lukut, Sungai Ujong, Larut, Kelang dan Kuala Lumpur. Di samping itu orang Cina

dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangchu yang membenarkan mereka bekerja

di ladang lada dan gambir. (Hasnah, Matdiana, 2000: 155).

Namun dari segi interaksi dan pengaruh budaya antara masyarakat Cina dan Melayu

terdapat jurang yang luas. Antara sebabnya kawasan penempatan yang berasingan;

orang Cina tertumpu di kawasan bandar terutama sekali di kawasan perlombongan

seperti Kuala Lumpur yang mempunyai 79% daripada penduduk seramai 43,786

pada tahun 1891 adalah orang Cina. Polisi pentadbiran Inggeris juga secara sengaja

memisahkan penempatan antara kaum ini. Kawasan penempatan orang Cina juga

merupakan kawasan yang berdikari (self-contained) dengan penduduknya tidak perlu

berinteraksi dengan orang luar untuk kelangsungan hidup mereka (Hashim Hj. Musa,

2005 : 148-149).

15 | P a g e

Page 16: Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012

KESAN TAMADUN CHINA DALAM TAMADUN MALAYSIA

Dari segi Bahasa dan Kesusasteraan, pengaruh tamadun China ke dalam tamadun

Melayu dapat dilihat melalui serapan beberapa istilah dan perkataan Cina ke dalam

bahasa Melayu, seperti berikut Za'ba (1962), untuk makanan dan buah-buahan

perkataan yang berasal dari China ialah Bakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang,

taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang kaki), tauhu, kine am (sayur kering), lai

(buah), laid, teh, behon, to'yu, samsu. Dari segi pakaian dan barangan juga ada

perkataan-perkataan yang berasal dari China tetapi diguna pakai dalam bahasa

melayu, contohnya Cukin, tocang, joseh, 10' cuan, kekwa (bunga), koyok, cat,

gimpai, gincu, tahil, koyan, ci (1/10 tahil), hun (1/100 tahil, 1 inci), tohar, tokok,

angklong, candu, kaci. Terdapat juga perkataan cina yang digunakan sampai

sekarang dalam kehidupan seharian kita, perkataan untuk peralatan atau apa yang

ada sekeliling rumah antaranya ialah Loting, pangkin, ang oh, loceng, langkan,

kangka, bangs aI, tongkang, jong, sampan, beca, langca, pongkis, sempua, sia,

tanglong, tangsi, cawan, tekoh, uncoi, dacing, kok (belenggu tengkok haiwan),

cacing.

Manakala kesan pengaruh Budaya dan Kesenian dapat dilihat melalui munculnya

komuniti baba dan nyonya. Kemunculan komuniti Baba dan Nyonya terutama sekali

di Melaka dan Cina peranakan di Kelantan suatu interaksi yang ketara dalam

masyarakat Melayu. Mengikut catatan De Eredia orang Cina telah menetap

semenjak tahun 1613 di Melaka dan membentuk komuniti tersendiri pada awal kurun

ke-17 dan telah berkahwin dengan wanita tempatan. Oleh sebab itu mereka terpaksa

menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja semasa berjual beli tetapi juga semasa

berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan kalangan keluarga mereka sendiri.

Dengan demikian proses pembudayaan Melayu telah berlaku ke atas mereka lalu

melahirkan budaya kacukan Cina-Melayu yang unik dinamakan Baba dan Nyonya.

Satu ragam atau dialek bahasa Melayu telah muncul menjadi bahasa pertuturan

mereka yang dikenali sebagai Melayu Baba walaupun mereka sendiri mengenalinya

sebagai bahasa Melayu sahaja. Dialek Melayu Baba ini diasaskan atas ragam

bahasa Melayu pasar dalam perdagangan di kalangan pelbagai kaum dan bangsa

bandar-bandar utama di Alam Melayu seperti Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan

Jakarta. Dialek Melayu Baba Melaka berbeza dengan bahasa Melayu baku dari

beberapa sudut. Kata pinjaman dari bahasa Cina telah banyak terserap terutamanya

16 | P a g e

Page 17: Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012

dari dialek Hokkien iaitu berkaitan dengan adat, kekeluargaan dan agama orang

Cina. Kini ramai di kalangan komuniti Baba telah berkahwin dengan komuniti Cina

yang lain dan menyerap kembali ciri-ciri budaya Cina (Hashim Hj. Musa, 2005: 146-

147).

Di samping komuniti Baba dan Nyonya terdapat satu lagi komuniti peranakan Cina

di Kelantan. Mengikut kajian, mereka telah menetap di kawasan tebing Sungai

Kelantan dari Kuala Krai di hulu sehingga ke Tumpat di muaranya. Kewujudan

hubungan yang rapat antara Melayu Kelantan dengan komuniti peranakan Cina

menyebabkan penyerapan ciri-ciri budaya Melayu di kalangan mereka. Paling ketara

ialah penggunaan dialek Kelantan yang fasih dan jenis pakaian yang serupa.

Wujudnya perasaan saling hormat-menghormati dan cita rasa yang sepunya

misalnya kegemaran kepada wayang kulit, wayang gedek, menora dan bagi

kumpulan pinggiran, permainan mahjong, pakau dan capjeki. Namun ciri budaya

Cina yang menjadi kekangan penyerapan sepenuhnya peranakan Cina ke dalam

masyarakat Melayu, bahkan yang menjadi faktor pengekalan budaya Cinanya, ialah

agamanya. Orang Cina tetap mengekalkan am alan kepercayaan dan agama

mereka yang berasaskan politeisme, kepercayaan kepada roh nenek moyang dan

juga amalan agama Buddha,. membezakannya daripada masyarakat dan budaya

Melayu yang berasaskan agama Islam (Zulkiflee Haron, Mohd Nasir Ripin, Ramli

Awang, 2005: 41).

17 | P a g e

Page 18: Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012

Kesan positif dan negatif tamadun Islam dan tamadun China dalam

pembentukan tamadun Malaysia

Kesan positif

Kesan positif kemasukan tamadun islam dan china kedalam tamadun Malaysia

dapat dapat dilihat melalui beberapa aspek. Antara aspek yang paling ketara dapat

dilihat ialah dari aspek agama, pendidikan, ekonomi dan juga perundangan. Impak

positif dari kedatangan tamadun Islam ke negara ini ialah kepercayaan kuno di

Malaysia yang kebanyakannya dipengaruhi oleh budaya hindu dalam kehidupan

seharian. Setelah kedatangan islam, kepercayaan karut yang diamalkan oleh

masyarakat setempat sedikit demi sedikit telah terhakis dan digantikan dengan

amalan yang dibawa oleh islam yang berpaksikan al-quran dan as-sunnah. Ini dapat

dilihat beberapa amalan seperti menepung tawar ketika bersanding digantikan

dengan bacaan doa untuk mendapatkan keredhaan dari Allah S.W.T.

Manakala kesan positif kemasukan dua tamadun besar ini juga dapat dilihat melalui

segi ekonomi. Ini jelas dapat dilihat berlaku perdagangan diantara dua tiga negara ini

sejak berkurun lama. Perdagangan ini berlaku kerana interaksi diantara tiga tamadun

ini berlaku yang sama-sama bergiat didalam bidang ekonomi. Tamadun melayu

mendapat bekalan minyak dari Arab dan mendapat bekalan makanan dan bahan-

bahan seramik diperolehi dari negara China. Pada konteks kini, berlakunya

perhubungan dua hala diantara ketiga-tiga buah negara dan ini menjadikan negara

kita antara negara yang mempunyai ekonomi yang kukuh dirantau asia tenggara ini.

Selain itu juga, kesan positif juga dapat dilihat dari segi perkembangan pendidikan

dinegara kita. Pendidikan dan pengembangan ilmu adalah warisan Nabawi yang

sangat utama. Firman Allah yang pertama disampaikan melalui Jibril kepada

Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah kewajipan terhadap pencarian ilmu

dengan perintah ‘Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan.

Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah

Yang Maha Pemurah. Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia

mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya’ Al ‘Alaq (Segumpal

Darah) 96:1-5. Perkembangan ilmu telah membawa kesan yang cukup besar

18 | P a g e

Page 19: Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012

terhadap perubahan sosio-budaya umat Melayu sesudah kedatangan Islam. Sistem

awal yang diperkenalkan, mungkin pada mulanya dengan menadah kitab di surau,

langgar dan masjid atau di kalangan istana, sehingga kemudiannya terdirinya

pondok dan pesantren di serata wilayah dan daerah kepulauan Melayu. Ilmu adalah

alat pertama bagi kesempurnaan keperibadian seseorang insan dan pembentukan

akhlak.

Sejarah intelektualisme rantau ini juga mencatatkan adanya polemik-polemik

intelektual yang menyegarkan budaya berfikir. Pada zaman tamadun Aceh telah

terjadi polemik di sekitar faham wujudiyyah dan pada zaman kebelakangan ini lebih

banyak lagi polemik-polemik tentang pelbagai isu termasuklah polemik Islam dan

adat tentang pembahagian harta pusaka dalam sistem adat perpatih, polemik politik

tentang Islam dan kenegaraan (antara Soekarno dengan Natsir) polemik Kaum Tua-

Kaum Muda (tentang pembaharuan Islam), polemik di sekitar faham sekular,

reaktualisasi Islam dan sebagainya. Perkembangan-perkembangan mutakhir dalam

bidang pendidikan di rantau ini telah membuka kemungkinan-kemungkinan baru.

Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa dan ISTAC (Institut Pemikiran dan

Tamadun Islam Antarabangsa) di Malaysia umpamanya telah menjadikan rantau ini

sebagai salah satu pusat tumpuan para ilmuwan dunia. Sekarang ini pun kita sudah

menyaksikan semakin ramainya para pelajar dari pelbagai rantau dunia termasuk

Dunia Arab yang datang untuk belajar di kampus-kampus kita.

Dari segi perundangan pula, bidang perundangan ini juga merupakan salah satu

aspek perubahan yang penting yang dicetuskan oleh Islam. Di Melaka terdapat dua

teks penting undang-undang yang ternyata terpengaruh dengan ajaran Islam; Hukum

Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Penampilan undang-undang ini

dapat mempamerkan bahawa Islam pernah diamalkan bukan sahaja sebagai

undang-undang diri tetapi juga sebagai undang-undang jenayah, kontrak dan

sebagainya. Perihal pengalaman Islam sebagai undang-undang di alam Melayu,

khususnya di Tanah Melayu telah pun diputuskan di dalam suatu keputusan dalam

mahkamah Inggeris yang mengatakan bahawa sememangnya undang-undang Islam

itu adalah undang-undang asal negeri ini. Jika dikaji Hukum Kanun Melaka, nyata

bahawa Islam mempengaruhi sistem perundangan di Melaka. Melaka merupakan

negeri yang menjadi negeri yang terawal mempraktikkan sistem perundangan.

Terdapat satu fasal undang-undang tersebut menyatakan, berhubung dengan

19 | P a g e

Page 20: Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012

menteri-menteri, pegawai istana dan pasukan tentera, mereka hendaklah bertindak

berdasarkan firman Allah SWT dalam al-Quran dan menjalankan suruhanNya untuk

membuat kebaikan dan mencegah kejahatan.

Islam juga memainkan peranan dalam sistem pemerintahan Melayu di Terengganu.

Pada catatan di Batu Bersurat Terengganu terdapat bukti bahawa hukum Islam

mengenai kesalahan berzina dilaksanakan di negeri itu sejak tahun 1303H lagi.

Ajaran Islam menghendaki umatnya untuk patuh kepada Allah dan menghindari

perbuatan yang keji dan dibenci Allah. Perundangan dalam sesebuah negeri amat

penting kerana ia akan mengawal segala tingkah laku manusia untuk tidak berbuat

jahat. Perundangan juga harus adil dan saksama dan hukuman yang setimpal perlu

diberikan kepada pesalah. Masyarakat akan lebih bertamadun jika dapat mematuhi

undang-undang yang telah ditetapkan selagi ia tidak terpesong daripada Islam.

Seperti yang dapat kita lihat sekarang, negara memepunyai sistem perundangan

yang teratur, adil dan saksama. Masyarakat dan negara tidak lagi terumbang-ambing

seperti pada zaman Hindu dahulu tanpa perundangan yang sistematik.

20 | P a g e

Page 21: Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012

Kesan negatif

Kesan negatif yang paling ketara dapat dilihat apabila berlakunya pertembungan tiga

tamadun ini ialah, berlakunya perubahan kaum bumiputra. Disini jika dilihat, ketika

zaman penjajahan barat, mereka meletakkan golongan imigran cina ini dibandar-

bandar untuk beniaga dan sebagainya. Ini menjadikan ramai peniaga tempatan yang

terpaksa menutup perniagaan mereka kerana tidak mampu menandingi perniagaan

yang dijalankan oleh kaum cina. Ini menyebabkan kaum melayu seolah-olah

kehilangan kuasa keatas negara mereka sendiri , sedangkan kaum melayu

merupakan kaum asal yang mendiami kepulauan melayu sejak berkurun lama. Pada

masa kini juga, golongan cina ini sudah mula berani memberontak dan ini dapat

dilihat berlakunya peristiwa 13 Mei dimana berlakunya rusuhan kaum yang

melibatkan orang melayu dengan orang cina. Ramai yang menjadi mangsa peristiwa

hitam ini. Peristiwa ini terjadi rentetan daripada kemenangan parti DAP pada

pilihanraya bahagian selangor dan juga orang-orang melayu percaya bahawa orang

cina adalah talibarut kepada komunis bintang tiga. Ini menimbulkan rasa tidak puas

hati orang-orang melayu dan terjadinya rusuhan yang menyebabkan pertumpahan

telah berlaku. Sehingga sekarang, terdapat golongan cina, cuba untuk menjatuhkan

dan menafikan kaum melayu yang mempunyai hak istimewa bumiputra. Pernah

terjadi isu dimana ada golongan cina meminta supaya hak bumiputra ini dilucutkan

untuk menjadikan semua kaum di Malaysia ini sama, ini tidak sepatutnya berlaku

kerana orang melayu merupakan penduduk asal dinegara ini dan golongan cina ini

meminta untuk dinafikan hak ketuanan orang melayu terhadap negara ini. Oleh itu,

kesan negatif dari pertembungan tamadun ini dapat dilihat dengan jelas dari segi

perkauman di negara ini.

21 | P a g e

Page 22: Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012

Penambahbaikan perhubungan dan keharmonian

Untuk memastikan hubungan dan keharmonian komuniti atau kaum di negara ini,

pelbagai inisiatif boleh diambil antara dengan mengadakan rumah terbuka setiap kali

ada perayaan sesuatu kaum. Hal ini demikian kerana dengan ini dapat menjadi

medium untuk masyarakat berbilang kaum dinegara kita dapat mengenali adat

resam antara mereka sendiri. Dan ini dapat mengeratkan lagi perhubungan diantara

kaum yang ada di mana Sebagai contoh,semua kaum bersama-sama meraikan Hari

Raya Aidilftri dengan cara berkunjung ke majlis rumah terbuka yang diadakan.

Selain itu,masyarakat yang berbilang bangsa perlu semasa perayaan yang disambut

oleh kaum yang lain.Mereka juga akan lebih memahami serta menghormati adat dan

budaya suatu kaum. Keadaan ini membolehkan masyarakat hidup dalam suasana

yang lebih harmoni.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang

memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu

sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam

jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat

yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja

sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan.

Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong

royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut

supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti

kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat

perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara

untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa

mahupun agama.

22 | P a g e

Page 23: Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012

Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program Hari Keluarga,

semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan.

Agenda program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban dan membendung

sikap diskriminasi. Serentak dengan itu, menerusi program hari keluarga ini, pelbagai

lapisan masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan

pendapat berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di seluruh

pelosok negara juga dapat melibaatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga. Di

samping itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas untuk kakitangan

kerajaan. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk perpaduan kaum di

Malysia boleh direalisasikan dengan program Hari keluarga yang berpotensi untuk

memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita.

Usaha untuk menarik penglibatan masyarakat dalam sambutan hari kemerdekaan

juga amat berkesan demi mewujudkan semangat perpaduan tanpa mengira

perbezaan agama dan bangsa. Melalui usaha ini semangat cinta akan negara akan

berkembang dalam diri setiap anggota masyarakat, seterusnya mendorong mereka

sama-sama menepis sebarang anasir yang boleh mengganngu gugat kemerdekaan

negara kita. Ini dapat menanamkan sifat cinta akan negara pada setiap lapisan

masyarakat yang da di negara kita dan ini dapat memastikan kestabilan negara kita

tetap utuh dan kita akan terus gagah untuk melangkah mencapai wawasan 2020.

Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah

negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak

harus bergerak sederap, seia sekata dalam iltizam mencapai hasrat keharmonian

dan perpaduan negara bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia

kerana muafakat. Perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar

Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan

menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

dengan negara-negara maju. Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai dalam

pembinaan negara yang berbilang kaum demi visi Wawasam 2020.

23 | P a g e

Page 24: Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012

RUJUKAN

Ahmad Ridzwan Mohd Noor, Ali Hafizar Mohamad Rawi,

Mahadi Abu Hassan, Nooraini Sulaiman, dan Sazelin Arif ,

Tamadun Islam dan Tamadun Asia.

Abdullah Jusuh (1990), Pengenalan Tamadun Islam di

Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros

(2009), Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS),

Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Osman Bakar, Azizan Baharuddin, Zaid Ahmad (2009),

Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala

Lumpur: Universiti Malaya

24 | P a g e

Page 25: Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012

25 | P a g e