24
Kesan Jerebu Antara kesan jerebu ialah 1. Mengehadkan jarak penglihatan. Jarak penglihatan terhalang oleh asap tebal yang menyebabkan jerebu. 2. Menjejaskan aktiviti harian. Contohnya, penutupan sekolah kerana bahaya kepada pelajar dan warga sekolah. Keadaan darurat, semua aktiviti di luar rumah terpaksa dihentikan. 3.Penyakit Udara dipenuhi partikel-partikel berbahaya dan meningkatkan risiko

Kesan Jerebu- 6,7,8(Tugasan Pk)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

oum

Citation preview

Page 1: Kesan Jerebu- 6,7,8(Tugasan Pk)

Kesan JerebuAntara kesan jerebu ialah

1. Mengehadkan jarak penglihatan.

Jarak penglihatan terhalang oleh asap tebal yang menyebabkan jerebu.

2. Menjejaskan aktiviti harian.

Contohnya, penutupan sekolah kerana bahaya kepada pelajar dan warga sekolah. Keadaan darurat, semua aktiviti di luar rumah terpaksa dihentikan.

3.Penyakit

Udara dipenuhi partikel-partikel berbahaya dan meningkatkan risiko penyakit berkaitan paru-paru seperti radang paru-paru dan asthma (lelah). Batuk dan sesak nafas yang teruk bagi pengidap lelah.Kulit menjadi gatal-gatal (exzema) kerana terdedah kepada udara yang tercemar.

Page 2: Kesan Jerebu- 6,7,8(Tugasan Pk)

4. Hujan Asid

Oleh kerana udara dipenuhi gas-gas beracun, apabila hujan akan membentuk hujan asid yang bahaya kepada hidupan. Sumber air juga akan tercemar! Tanah menjadi berasid, hasil pertanian juga terjejas!

JerebuJerebu merupakan satu fenomena cuaca akibat tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab. Antara punca-punca berlakunya jerebu ialah

1. Pembakaran terbuka.

Pembakaran ladang-ladang kelapa sawit di Riau dan selatan Sumatera telah menyebabkan kejadian jerebu yang teruk bagi negara Malaysia terutamanya di Muar dan Ledang di Johor.  

2. Pelepasan asap kilang.

Pelepasan asap kilang juga menyebabkan kejadian jerebu terutamanya di kawasan perkilangan kelapa sawit dan getah.

3. Pelepasan asap dari stesen jana kuasa elektrik terma

Asap yang dilepaskan dari stesen jana kuasa elektrik terma yang menggunakan bahan api gas asli, petroleum dan arang batu juga cenderung menyebabkan jerebu. Contohnya di Paka, Terengganu yang menggunakan gas asli sebagai bahan bakarnya telah menyebabkan kejadian jerebu. 

4. Pelepasan asap kenderaan. 

Peningkatan kenderaan bermotor seperti bas, lori dan kereta di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur juba boleh membawa kepada kejadian jerebu. Pengangkutan awam seperti bas dan lori yang menggunakan minyak diesel telah melepaskan asam hitam yang cenderung mencemarkan udara dan jerebu.

5. Pembakaran terbuka dari sektor rumah tangga.

Sikap sesetengah penduduk yang sering membakar sampah sarap dan daun-daun kering, juga menyumbang kepada kejadian jerebu.

6. Pembakaran jerami oleh petani padi sawah.

Setelah selesai musim menuai, kebanyakkan petani membakar jerami dengan tujuan menyuburkan tanah. Tetapi tindakan ini boleh membawa kepada kejadian jerebu.

7. Pembakaran hutan.

Pembakaran hutan sama ada secara sengaja atau tidak, telah menyebabkan pencemaran udara dan jerebu yang teruk. Kita dikejutkan dengan berita kebakaran hutan yang mengorbankan nyawa manusia dan memusnahkan hutan dalam skala yang besar akibat kecuaian manusia seperti membuang puntung rokok atau tidak memadamkan api memasak di kawasa perkhemahan. Keadaan bertambah teruk dengan cuaca kemarau yang melanda kini. 

Page 3: Kesan Jerebu- 6,7,8(Tugasan Pk)

Berikut adalah nilai IPU untuk kualiti udara : 

Nilai IPU Kualiti udara

0 - 50 Baik

51 - 100 Sederhana

101 - 200 Tidak sihat

201 - 300 Sangat tidak sihat

301 - 400 Berbahaya

401 - 500 Sangat berbahayaLebih 501 Darurat

MONDAY, JULY 8, 2013

Langkah-langkah mengatasi jerebuAntara langkah-langkah yang boleh diambil ialah :

1. Penguatkuasaan undang-undang.

Kilang-kilang diwajibkan memasang alat penapis asap di serombong asap. Serombong asap

hendaklah ditinggikan 30 meter melepasi lapisan atmosfera bumi.

Tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat perladangan yang membakar ladang kelapa

sawit di Sumatera, Riau atau Sumatera yang telah menyebabkan kejadian jerebu yang teruk

di rantau ini.

2. Pendidikan alam sekitar.

Melalui pendedahan dalam mata pelajaran geografi dan sains, diharap dapat menyemai

rasa mencintai alam sekitar. Diharap pembakaran terbuka sampah sarap oleh sektor rumah

tangga dapat dikurangkan apabila telah ada kesedaran untuk melindungi bumi daripada

fenomena cuaca seperti jerebu.

3. Kempen kesedaran alam sekitar.

Kempen yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti MNS dan WWF

Malaysia juga dapat mengatasi masalah jerebu. Badan NGO melalui ceramah dan seminar

Page 4: Kesan Jerebu- 6,7,8(Tugasan Pk)

boleh memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menghargai alam sekitar.

4. Pembenihan awan untuk menghasilkan hujan.

Walaupun hujan yang turun merupakan hujan asid, tetapi dapat mengurangkan masalah

jerebu! Udara akan kembali bersih selepas berlakunya hujan. 

4. Penggunaan petrol tanpa plumbum

Ini dapat mengurangkan pengeluaran asap karbon kenderaan yang mencemarkan udara.

5. Penggunaan catalytic converter

Penggunaan alat ini juga mampu mengurangkan pengeluaran asap kenderaan. Oleh itu

keadaan jerebu juga dapat dikurangkan.

6. Memakai topeng muka.

Untuk mengatasi daripada mendapat kesesakan nafas, batuk dan selsema pemakaian

topeng muka ketika berada di luar rumah amatlah digalakkan.

7. Kempen kitar semula.

Melalui kempen kitar semula bahan buangan/sisa pertanian boleh dikitar menjadi bahan

baru. 

Sisa-sisa pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh dijadikan baja kompos ataupun

makanan ternakan. Manakala kayu  getah pula boleh dijadikan perabot seperti meja dan

kerusi.

Punca-punca Pencemaran Udara Dan Langkah MengatasinyaBaru-baru ini, negara kita dilanda jerebu yang teruk akibat pembakaran ladang kelapa sawit di negara Indonesia (selatan Sumatera dan Riau). Sebenarnya jerebu ini adalah satu fenomena pencemaran udara. Banyak punca yang menyebabkan pencemaran udara. Antaranya ialah

1. Pembebasan asap kilang yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida.Asap yang dikeluarkan juga bewarna hitam dan berjelaga yang boleh mencemarkan udara persekitarannya.

Langkah mengatasi : Meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan meletak penapis asap. Dengan ini asap yang dibebaskan telah dirawat. Pihak pengilang yang engkar, boleh diambil tindakan undang-undang seperti denda dan penjara.

2. Pembebasan asap kenderaan bermotor. Kenderaan awam seperti bas, lori dan teksi menggunakan minyak diesel kerana harganya yang lebih murah. Namun penggunaan minyak diesel ini menyebabkan asap yang terhasil dan dibebaskan adalah bewarna hitam dan mencemarkan udara, disamping baunya yang menyakitkan hidung.

Langkah mengatasi : Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbun dan

Page 5: Kesan Jerebu- 6,7,8(Tugasan Pk)

memasang alat catalytic converter pada enjin kenderaan untuk mengurangkan pengeluaran asap. Di Kuala Lumpur, penggunaan kereta api elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan Monorel berjaya mengurangkan pencemaran udara. Ini kerana kereta api elektrik ini merupakan sistem pengangkutan yang bersifat mesra alam sebab tidak mengeluarkan asap hitam!

3. Pembakaran bahan api fosil di stesyen jana kuasa elektrik terma. Apabila bahan api fosil yang terdiri dari petrolium, gas asli dan arang batu dibakar, asap hitam akan dilepaskan di stesyen jana kuasa berkenaan. Contohnya, pencemaran udara di Paka dan Bintulu  adalah kerana pembakaran gas asli di stesyen jana kuasa terma di Paka dan Bintulu.

Langkah mengatasi : Penggunaan tenaga alternatif yang mesra alam seperti kuasa hidro elektrik, biomas dan tenaga suria.  Negara kita telah menuju ke arah ini apabila beberapa pusat tenaga suria telah dibina di Teluk Ewa, Langkawi dan Ulu Tembeling, Pahang. 

4. Pembakaran jerami di kawasan pertanian padi sawah. Bagi menjimatkan kos, kebanyakan pesawah membakar jerami padi setelah musim menuai. Keadaan ini menyebabkan pencemaran udara di kawasan tersebut seperti yang sering berlaku di Dataran Kedah dan Dataran Kelantan suatu ketika dahulu. 

Langkah mengatasi : Sisa pertanian seperti jerami padi boleh dijadikan sumber untuktenaga biomas seperti yang digunakan oleh Kilang Beras di Alor Setar.

5. Pembakaran ladang kelapa sawit sebagaimana yang dilakukan oleh pemilik ladang di Sumatera dan Riau baru-baru ini. Kesannya bukan hanya menyebabkan pencemaran udara tetapi juga kejadian jerebu yang amat teruk.

Langkah mengatasi: Hampas kelapa sawit boleh dikitar semula seperti dijadikan baja kompos dan makanan ternakan. Lidinya boleh dijadikan penyapu.

6. Pembakaran terbuka di kawasan perumahan. Walaupun kegiatan ini tidak melibatkan kawasan yang luas, tetapi telah menyebabkan pencemaran udara di kawasan perumahan berkenaan.

Langkah mengatasi : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menetapkan hari-hari tertentu untuk mengangkut bahan-bahan buangan pepejal di kawasan perumahan. Diharap usaha ini dapat mengurangkan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh penduduk perumahan.

Fenomena jerebu yang melanda negara kita telah mendatangkan pelbagai kesan buruk.Bincangkan kesan-kesan nagatif maslah jerebu kepada masyarakat dan negara.

     Memang tidak dinafikan juga, fenomena jerebu mendatangkan kesan negatif terutama terhadap tahap kesihatan rakyat di negara kita.   Antaranya ialah, jerebu boleh menjejaskan kesihatan rakyat terutamanya sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, selesema, batuk, nemonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung.  Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah.  Oleh itu bilangan golongan tua dan kanak-kanak yang jatuh sakit berkaitan dengan sistem pernafasan telah meningkat mendadak akibat jerebu dan terpaksa menerima rawatan di hospital atau di klinik.

      Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan menyerakkan cahaya matahari.    Hal ini amat menakutkan kerana risiko

Page 6: Kesan Jerebu- 6,7,8(Tugasan Pk)

kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan kapal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar.  Keadaan ini amat membahayakan keselamatan rakyat kerana kemalangan boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda, kecederaan dan kehilangan nyawa.

         Tambahan pula, aktiviti harian masyarakat turut terjejas akibat masalah jerebu. Apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap tidak sihat atau membahayakan, sebarang bentuk aktiviti luar tidak digalakkan.  Contohnya, di kawasan-kawasan yang dilanda jerebu, banyak sekolah terpaksa ditutup demi menjamin kesihatan pelajar. Program-program dan acara luar seperti sukan, dibatalkan.  Keadaan ini menunjukkan bahawa masalah jerebu telah mengganggu aktiviti harian masyarakat di negara kita.

          Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara turut terjejas akibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan yang rendah menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan demi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang perikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif yang lain untuk mencari pendapatan buat sementara waktu.

      Selimut jerebu  pula biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekaligus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.

       Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatif yang lebih serius akan timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam akibat jerebu. Sumber pendapatan negeri-negeri yang berasaskan industri pelancongan seperti Sabah dan Sarawak akan merosot kerana industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari dalam negeri malah dari negara asing tidak akan melawat ke Malaysia sekiranya jerebu masih berlaku di Malaysia kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka semasa melancong ke Malaysia. Secara tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.

          Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi menyelesaikanmasalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam mengatasi masalah tersebut, persis kata orang-orang tua, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Pelbagai langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi. Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu, sudah pasti negara Malaysia dapat berkembang maju dalam semua bidang.         

Page 7: Kesan Jerebu- 6,7,8(Tugasan Pk)

Jerebu memberi kesan terhadap kesihatan seseorang terutama kepada golongan tertentu yang berisiko tinggi iaitu :

Kanak-kanak.  Orang tua.  Perokok.  Mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah. 

Golongan berpenyakit seperti :

Asma.  Bronkitis.  Radang paru-paru.  Penyakit paru-paru yang kronik.  Penyakit jantung.  Alahan. 

Kesan-kesan yang akan di alami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah :

Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk.  Sukar bernafas atau sesak nafas. 

Page 8: Kesan Jerebu- 6,7,8(Tugasan Pk)

Mata pedih dan berair.  Hidung berair dan kerap bersin.  Kulit badan terasa gatal-gatal.  Sakit-sakit dada. 

Justeru, langkah pencegahan perlu di ambil apabila terdapat tanda-tanda tersebut bagi mengelak diserang penyakit yang boleh membawa maut.

Di antara langkah-langkah pencegahan tersebut ialah :

Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

Mereka yang berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan. 

Penutup hidung (topeng muka) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan kumpulan berisiko tinggi.

Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. Pakai topeng muka jika ingin keluar dari rumah.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

Gunakan alat penghawa dingin dalam kenderaan ketika sedang memandu. 

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak. 

Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100). 

Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka

Semak Online Bacaan Terkini IPU Jerebu - Indeks Pencemaran Udara

Page 9: Kesan Jerebu- 6,7,8(Tugasan Pk)

Status Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar turun mendadak namun masih di

paras tidak sihat dengan bacaan 148 setakat 7 pagi ini berbanding bacaan 690 yang

direkodkan setakat pukul 5 petang semalam.

Jabatan Alam Sekitar menerusi laman sesawangnya melaporkan satu lagi kawasan

di Johor iaitu di Larkin Lama turut mencatat IPU tidak sihat iaitu dengan bacaan 111.

Sementara di Pasir Gudang dan Kota Tinggi masing-masing mencatatkan bacaan

IPU tahap sederhana iaitu 83 dan 78.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Muar dan

Ledang berstatus darurat berkuatkuasa serta merta selepas bacaan Indeks

Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750.

Sejurus pengumuman itu, semua 211 buah sekolah di sini yang membabitkan 76,940

pelajar dan 6,846 ditutup hari ini sehingga diberitahu.

Selain itu, semua sekolah di kawasan Segamat turut diarah ditutup.

Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! mendapati bandar ini tenang dan lengang dan

keadaan ini berbeza pada hari sebelum jerebu melanda.

Premis-premis perniagaan yang ditutup sebelum ini dilihat beroperasi seperti biasa

dan orang ramai masih mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengenakan

topeng meskipun kadar IPU di bandar ini semakin baik.

Kesan jerebu ke atas ekonomiOleh DR. MOHD. NAHAR MOHD. ARSHAD

KEADAAN jerebu semasa telah memaksa kerajaan mengisytiharkan darurat bagi kawasan Muar dan Ledang. Beberapa buah negeri juga menutup sekolah-sekolah bagi mengelakkan masalah kesihatan yang serius, terutama buat kanak-kanak.

Masalah jerebu sejak sedekad kebelakangan ini sudah menjadi masalah tahunan. Pembakaran di Indonesia bagi pembersihan ladang menjadi punca utama kedatangan jerebu secara bermusim ini.

Meskipun di peringkat kerajaan Malaysia, Singapura dan Indonesia sudah wujud usaha serantau bagi mengatasi masalah jerebu, namun setakat ini tidak ada hasil yang ketara. Langkah-langkah yang diambil adalah reaktif dan tidak membawa kepada penyelesaian menyeluruh.

Sikap pihak tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan keuntungan sendiri dengan membakar ladang untuk membersihkannya menunjukkan betapa kepentingan sosial tidak diambil peduli oleh mereka. Ya, kosnya murah buat syarikat ladang, namun kos kepada umum adalah mahal.

Page 10: Kesan Jerebu- 6,7,8(Tugasan Pk)

Kesan jerebu boleh dilihat dalam jangka masa panjang dan pendek. Gangguan kepada aktiviti ekonomi dan sosial harian boleh membawa kesan kepada segala perancangan yang telah sedia dibuat.

Jika keadaan berjerebu ini berakhir kurang dari seminggu dan tidak melangkau jauh ke banyak kawasan, impak ekonominya mungkin minimum, tidak mencecah bilion ringgit.

Sekiranya keadaan jerebu kali ini bertambah serius, berpanjangan serta melangkau kebanyakan kawasan, kesan ke atas ekonomi boleh menjejaskan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun semasa. Kerugian boleh mencecah hingga berbilion ringgit ekoran daripada banyak kegiatan sosial dan ekonomi yang tergendala.

Banyak lagi kesan negatif jerebu yang mungkin kita terlepas pandang dalam menilai kesannya. Misalnya, kita tidak pasti apakah kesan ke atas kesihatan akibat terdedah dengan sinaran matahari yang terbias dek jerebu. Kos juga sukar dikira bagi impak pertanian yang musnah dek kurangnya pancaran matahari akibat bumi diselubungi jerebu. Sehinggalah saintis mengenal pasti perkara-perkara ini, barulah kita dapat membuat anggaran kos jerebu kepada ekonomi dan kesejahteraan hidup manusia.

Antara industri yang akan terjejas teruk oleh jerebu adalah sektor pelancongan. Hotel, restoran dan taman-taman tema di kawasan berjerebu akan menerima tempias negatif jerebu berikutan kurangnya aktiviti luaran oleh orang ramai.

Lebih dikhuatiri jika masalah jerebu ini konsisten trendnya dan agensi-agensi pelancongan asing tidak mengesyorkan pelanggan mereka untuk datang ke rantau ini dalam bulan-bulan jerebu.

Di sinilah impak jangka panjang jerebu akan mula kita rasai. Pelancong asing tidak lagi mahu datang ke sini dan pelancong tempatan memilih destinasi luar negara sebagai pilihan.

Keadaan jerebu yang serius juga boleh membawa kesan negatif kepada sektor perindustrian. Dengan keadaan berjerebu, pihak berkuasa akan memerintahkan kilang-kilang, kuari dan semua aktiviti yang melibatkan pelepasan pencemaran ke udara dikurangkan atau terus diberhentikan.

Di kawasan darurat jerebu misalnya, semua aktiviti ini mesti diberhentikan. Semua ini merenjatkan aktiviti ekonomi di mana banyak kilang dan syarikat akan terpaksa menanggung kos tinggi tanpa pulangan yang diharapkan.

Jerebu juga membawa kepada masalah kesihatan yang serius dan kosnya sukar dikira. Bil-bil untuk mendapatkan rawatan dek masalah jerebu pastinya meningkat pada masa ini.

Sekurang-kurangnya pun kita terpaksa membeli topeng muka. Semua ini merupakan kos dek jerebu. Meskipun industri kesihatan akan menyaksikan lonjakan hasil, pulangan ini kecil dan hanya untuk firma atau individu minoriti berbanding kesan dan kos negatif besar yang terpaksa ditanggung masyarakat.

Page 11: Kesan Jerebu- 6,7,8(Tugasan Pk)

Para pekerja pasti ramai yang terpaksa mengambil cuti sakit atau pihak majikan sendiri mengambil langkah menutup syarikat dalam keadaan jerebu pada paras bahaya.

Di sini, kos lepas atau kos akibat dari kegiatan ekonomi yang tidak dijalankan akan menambahkan lagi kesan negatif jerebu kepada ekonomi.

Jerebu merupakan masalah oleh tangan-tangan manusia. Masalah ini menjadi ketara sekarang kerana wujudnya estet-estet perladangan berskala besar. Natijahnya, pembakaran ladang untuk tujuan pembersihan juga mencapai ke skala industri yang mencemarkan.

Jika pihak syarikat tidak ambil peduli dengan kesan kegiatan mereka, pihak berkuasa mesti mengambil langkah serius untuk menangani masalah ini ke akar umbi.

Pemberian lesen, permit serta cukai pencemaran boleh dilaksanakan sebagai langkah kawalan. Semua ketidakpatuhan kepada undang-undang wajar dikenakan tindakan keras agar masalah tidak berulang.

Udara bersih merupakan hak semua yang wajar dipelihara. Rakyat marah dengan pencemaran ini dan rakyat menuntut kebajikan mereka dipelihara!

Artikel

Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130626/re_01/Kesan-

jerebu-ke-atas-ekonomi#ixzz2gGm7fQxb 

© Utusan Melayu (M) Bhd 

sumber : www.ukm.my

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam posting di Facebook beliau berkata, beberapa langkah akan diambil jika darurat  , merangkumi semua premis pejabat kerajaan serta swasta dan lain-lain tempat bekerja.

Beberapa langkah akan diambil : -

1. Mengeluarkan perintah penutupan semua pejabat sama ada kerajaan dan swasta dan lain-lain tempat bekerja termasuk kilang, ladang, pembinaan dan kuari.

2. Menentukan semua sekolah ditutup.3. Menghadkan pengurangan penggunaan kenderaan persendirian.4. Menentukan pemberhentian kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah.5. Menentukan penyebaran maklumat Indeks Pencemaran Udara (IPU)

kepada media massa dijalankan seberapa kerap.

Page 12: Kesan Jerebu- 6,7,8(Tugasan Pk)

6. Penguatkuasaan pengharaman pembakaran secara terbuka. Bagaimanapun, langkah penutupan yang dikuatkuasa itu tidak membabitkan:

o Kedai-kedai yang menjual barang-barang makanan dan minuman,

pasar dan pasar rayao Klinik, farmasi dan kedai-kedai ubato Perkhidmatan-perkhidmatan perlu.

Jerebu : Panduan Kesihatan Untuk Anda

Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :

Pembakaran Secara Terbuka Asap Dari Kilang Asap Dari Kenderaan

HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

NILAI IPU STATUS

0 - 50 Baik

51 - 100 Sederhana

101 - 200 Tidak Sihat

201 - 300 Sangat Tidak Sihat

301 - 500 Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

Kanak-kanak Orang tua Mereka yang mengalami penyakit

o asma

Page 13: Kesan Jerebu- 6,7,8(Tugasan Pk)

o bronkitiso radang paru-paruo penyakit paru-paru yang kroniko jantungo alahan

Perokok Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk. Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas. Mata terasa pedih dan berair. Hidung berair dan kerap bersin. Kulit badan terasa gatal-gatal. Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

 

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.

Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.

Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.

Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang

terdedah kepada jerebu dengan air bersih. Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu

IPU yang melebihi 100 ) Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang

berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

24-06-2013

TAHUKAH anda fenomena panas yang melanda bumi boleh mendatangkan kesan

secara langsung dan tidak langsung kepada kesihatan manusia?

Page 14: Kesan Jerebu- 6,7,8(Tugasan Pk)

Kesan langsung berkaitan dengan peningkatan suhu panas manakala kesan

tidak langsung adalah disebabkan cuaca panas seperti kejadian jerebu dan

kemarau hingga menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan air untuk

minuman dan pertanian.

Bagi negara yang beriklim khatulistiwa, fenomena cuaca panas tidak

menunjukkan kesan yang besar disebabkan adaptasi penduduknya adalah lebih

baik berbanding mereka yang menetap di negara beriklim sejuk.

Sebagai contoh, semasa berlaku fenomena El Nino pada 1997 dan 1998, negara

kita pernah mencatatkan suhu maksimum sehingga 41 darjah Celsius.

Bagaimanapun kesan akibat suhu panas ini adalah tidak begitu ketara.

Kini negara berhadapan dengan masalah jerebu yang boleh menyebabkan

penyakit seperti serangan asma, gangguan mata dan jangkitan saluran

pernafasan (URTI).

Ketika berlakunya fenomena cuaca panas orang ramai dinasihatkan supaya

mengamalkan pemakanan seimbang dan meminum air dengan lebih kera

Page 15: Kesan Jerebu- 6,7,8(Tugasan Pk)

sa menjaga kesihatan

Apa itu jerebu ? 

Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan

kehadiran partikel di atmosfera yang akan mengurangkan jarak

penglihatan.

Ia disebabkan oleh campuran konsentrasi bahan pencemar udara yang

tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di

atmosfera.

Apakah bahan pencemaran udara yang bertanggung jawab kepada

kesan kesihatan semasa jerebu ?

Bahan utama pencemar udara semasa jerebu termasuk:

Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter

Ozon

Gas Karbon monoksida

Gas Nitrogen dioksida

Sulfur dioksida 

Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan Kesan Kesihatan Apakah Indeks

Pencemaran Udara?

IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada lima bahan pencemar udara

seperti yang di atas untuk menunjukkan status kualiti udara dan hubungannya

kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk mengambil tindakan

seterusnya.

Nilai IPU

Status Kualiti Udara, Diskripsi

0 hingga 50 > Baik

51 - 100 > Sederhana

101 - 200 > Tidak sihat

Page 16: Kesan Jerebu- 6,7,8(Tugasan Pk)

Kumpulan berisiko mungkin terjejas

201 - 300 > Sangat tidak sihat

Orang ramai terjejas

Lebih daripada 300

Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan ?

Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti

udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada

kesihatan .

Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok,

umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting

dalam memberi kesan kepadaemungkinan kesan kesihatan termasuk;

Kesukaran untuk bernafas

Serangan jantung

Gatal-gatal pada tekak

Gatal-gatal pada mata

Jangkitan pada bahagian 

atas saluran pernafasan

Gatal-gatal pada kulit

Langkah penjagaan Penutup hidung (nasal mask) mesti digunakan jika indeks

pencemar udara (IPU) melebihi 20

Bagaimanapun bagi mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit lelah, jantung

dan paru-paru serta warga emas dan kanak-kanak, adalah dinasihat memakai

penutup hidung walaupun IPU lebih rendah daripada itu.

Orang ramai juga dinasihatkan minum air yang banyak, basuh bahagian tubuh

terdedah kepada jerebu dan kurangkan aktiviti di luar rumah.

Perokok juga dinasihatkan tidak merokok apabila keadaan udara berada pada

tahap tidak sihat iaitu IPU melebihi 100.

Jerebu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Page 18: Kesan Jerebu- 6,7,8(Tugasan Pk)

Jerebu di Tanah Pamah China Utara.

Perbatasan angin sejuk, dikaitkan dengan asbut, di Laut Kuning. Perbatasan angin sejuk,

ketika bergerak ke selatan, menyerap asbut dari timur China membentuk "perbatasan asbut"

Jerebu melitupi Masjid Faisal diIslamabad.

Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain

zarah mencemar kejelasan langit. [1] Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World

Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam

kategori kabus , kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk ,

pasir dan salji. [2] Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada

hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan

mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga

dikenali sebagai asbut. Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca

kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka

serta asap perindustrian dan kenderaan.

Page 19: Kesan Jerebu- 6,7,8(Tugasan Pk)

Dilihat dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri) dan bergantung pada arah

penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari, jerebu mungkin kelihatan keperangan

atau kebiruan, manakala kabus cenderung kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering

dianggap sebagai satu fenomena udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena

udara lembap. Walau bagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai nukleus

pemeluwapan untuk pembentukan titisan kabus berikutnya; bentuk jerebu seperti itu dikenali

sebagai "jerebu basah."

Di Amerika Syarikat dan di tempat lain, istilah "jerebu" dalam kesusasteraan meteorologi

umumnya digunakan untuk mewakili aerosol jenis basah yang mengurangkan-penglihatan.

Aerosol seperti itu biasanya timbul hasil daripada tindak balas kimia yang kompleks yang

berlaku seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan kepada

titisan seni asid sulfurik. Reaksi ini dipertingkatkan dengan kehadiran cahaya matahari,

kelembapan tinggi, dan keheningan udara. Satu komponen halus aerosol jerebu basah

kelihatannya datangnya dari bahan yang dikeluarkan oleh pokok, seperti terpenes . Bagi

kesemua sebab-sebab ini, jerebu basah cenderung untuk wujud kebanyakannya sebagai

fenomena musim panas lembab. Kawasan luas yang diselitupi jerebu yang meliputi beribu-

ribu kilometer mampu terhasil dalam keadaan yang sesuai pada setiap musim panas.

jerebu di Asia Tenggara[sunting]

Jerebu di Kuala Lumpur pada 2006

Jerebu merupakan satu masalah biasa di Asia Tenggara akibat pembakaran hutan yang

tidak terkawal. Akibat jerebu teruk pada September 1997, 7 anggota ASEAN telah

menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN

Agreement on Transboundary Haze Pollution) pada 2002.

Pada Ogos 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan menyebabkan keadaan

jerebu yang agak teruk di pantai barat Semenanjung Malaysiaterutamanya di

sekitar Lembah Klang. Dua kawasan diisytiharkan darurat iaitu Kuala

Selangor dan Pelabuhan Klang setelah IPU di dua kawasan itu mencecah lebih 500.[5][6]

Pada 2006, masalah jerebu berulang lagi. Pada Jun 2013 jerebu datang kembali seluruh

asia tengara terutamanya di Singapura & Malaysia. Di Malaysia, kawasan yang paling teruk

terjejas adalah di Muar dan Ledang yang terletak di Johor dan juga di Bukit Rambai yang

terletak di Melaka. IPU di kawasan tersebut mencecah sehingga 746[1] pada jam 7 pagi 23

Jun 2013 dan kawasan ini telah pun diisytihar darurat. Bagi kawasan - kawasan lain, IPU

juga mencatatkan peningkatan yang tinggi. Di Kuala Lumpur dan Selangor, sekolah -

Page 20: Kesan Jerebu- 6,7,8(Tugasan Pk)

sekolah telah diarah tutup pada 24 Jun 2013 bagi mengelakkan kesan kesihatan yang teruk

kepada para pelajar.