6
Kesan isu pencemaran pesisir pantai Isu-isu pencemaran pesisir pantai boleh mendatangkan banyak kesan.Pertamanya ialah ia boleh mengakibatkan hakisan tanah.Kebanyakan pantai yang terdapat di Malaysia telah mengalami kesan hakisan yang amat membimbangkan.Secara amnya,hakisan ialah proses penghausan atau pengukiran bumi yang melibatkan pemindahan bahan oleh agen-agen hakisan seperti air hujan,air mengalir,angin,ombak dan lain-lain.Kadar hakisan biasa iaitu tanpa faktor hujan di Malaysia ialah di antara 2000-3000 tan metrik sekilometer persegi setahun antara paling tinggi di dunia.Hakisan semakin menjadi-jadi di kawasan pinggir pantai dan dikatakan juga garis pesisir semakin kurang akibat faktor semula jadi iaitu akibat kenaikan aras laut.Faktor manusia adalah dianggap paling utama kerana aktiviti mereka iaitu seperti penarahan pinggir pantai untuk dibina chalet,hotel dan premis perniagaaan telah menyebabkan berlakunya hakisan tanah ini . Kesan kedua ialah ia akan mengakibatkan pemendapan.Pemendapan ialah bahan-bahan seperti tanah,kelodak dan pasir yang terdapat di dasar pantai.Pemendapan akan memberi kesan kepada kualiti air marin,ekosistem pinggir pantai,bakau dan terumbu karang.Aktiviti manusia yang rakus yang menarah tanah untuk pembangunan akan memburukkan lagi keadaan apabila hakisan tanah meningkatkan proses pemendapan pantai.Pemendapan di dasar sungai dan pinggir pantai akan mencetekkan lagi sungai dan pantai.Pemendapan sebenarnya adlah merupakan suatu proses yang baik sekiranya berlaku di temapt yang diperlukan.Tetapi,pemendapan seperti bahan mendak dan kelodak seperti lumpur di pantai boleh menjejaskan dan membawa kesan buruk kepada aktiviti pelancongan dan rekreasi yang dijalankan di sana.

Kesan Isu Pencemaran Pesisir Pantai

Embed Size (px)

Citation preview

Kesan isu pencemaran pesisir pantai

Isu-isu pencemaran pesisir pantai boleh mendatangkan banyak kesan.Pertamanya ialah ia boleh

mengakibatkan hakisan tanah.Kebanyakan pantai yang terdapat di Malaysia telah mengalami kesan

hakisan yang amat membimbangkan.Secara amnya,hakisan ialah proses penghausan atau pengukiran

bumi yang melibatkan pemindahan bahan oleh agen-agen hakisan seperti air hujan,air

mengalir,angin,ombak dan lain-lain.Kadar hakisan biasa iaitu tanpa faktor hujan di Malaysia ialah di

antara 2000-3000 tan metrik sekilometer persegi setahun antara paling tinggi di dunia.Hakisan semakin

menjadi-jadi di kawasan pinggir pantai dan dikatakan juga garis pesisir semakin kurang akibat faktor

semula jadi iaitu akibat kenaikan aras laut.Faktor manusia adalah dianggap paling utama kerana aktiviti

mereka iaitu seperti penarahan pinggir pantai untuk dibina chalet,hotel dan premis perniagaaan telah

menyebabkan berlakunya hakisan tanah ini .

Kesan kedua ialah ia akan mengakibatkan pemendapan.Pemendapan ialah bahan-bahan seperti

tanah,kelodak dan pasir yang terdapat di dasar pantai.Pemendapan akan memberi kesan kepada kualiti

air marin,ekosistem pinggir pantai,bakau dan terumbu karang.Aktiviti manusia yang rakus yang menarah

tanah untuk pembangunan akan memburukkan lagi keadaan apabila hakisan tanah meningkatkan

proses pemendapan pantai.Pemendapan di dasar sungai dan pinggir pantai akan mencetekkan lagi

sungai dan pantai.Pemendapan sebenarnya adlah merupakan suatu proses yang baik sekiranya berlaku

di temapt yang diperlukan.Tetapi,pemendapan seperti bahan mendak dan kelodak seperti lumpur di

pantai boleh menjejaskan dan membawa kesan buruk kepada aktiviti pelancongan dan rekreasi yang

dijalankan di sana.

Walaupun agak sukar untuk mengatakan bahawa pelancongan menyebabkan

hakisan dan pemendapan di zon pinggir pantai, terdapat aktiviti pembangunan

kawasan destinasi pelancongan di zon pinggir pantai yang “mampu” menimbulkan

masalah hakisan dan pemendapan.Proses hakisan dan pemendapan pinggir pantai

sememangnya wujud

secara semulajadi dalam rangka proses fizikal bertindak untuk mewujudkan

keadaan pinggir pantai yang seimbang sama ada daripada segi pelan ataupun

profil, aktiviti manusia dalam rangka pembangunan zon pinggir pantai sebenarnya

telah banyak mengganggu proses fizikal

yang bertindak. Malahan, aktiviti manusia di zon pinggir pantai didapati telah bukan

hanya mengganggu, tetapi juga mempercepatkan proses fizikal pinggir pantai

untuk bertindak.

Seterusnya pula ialah kesan kepada kualiti air.Menurut kajian oleh Kadaruddin Aiyub (2000), kualiti air

di pinggir pantai rekreasi di Semenanjung Malaysia telah menunjukkan bahawa terdapat banyak

daripadanya yang mengalami masalah pencemaran daripada pelbagai punca..Efluen cecair biasanya akan

dilepaskan ke pantai akibat daripada kegagalan perancasangan yang rapi untuk mewujudkan sistem

pembetungan terpusat.Masalah pEncemaran ini pula ditambah lagi dengan kemudahan pelancongan yang

dikendalikan oleh pengusaha kecil-kecilan yang menjalankan perniagaan mereka di sana.Akibat daripada

ini,ia akan menyebabkan pinggir pantai yang terdapat berhampiran akan tercemar dan menjadikannya

tidak sesuai untuk dijalankan aktiviti berasakan air.

Di samping itu,ia turut juga mewujudkan pencemaran marin.Pencemaran marin ini adalah jenis

pencemaran yang boleh memudartkan alam sekitar marin. Contoh yang dikumpulkan daripada

237 stesen telah menunjukkan bahawa pencemar utama perairan pantai di semua

negeri di Malaysia adalah minyak dan gris,jumlah pepejal terampai dan bacteria

Escherichia coli (E.coli).Larutan seperti minyak dan gris ini berpunca daripada

tumpahan minyak akinbat daripada perlanggaran kapal.Kesan larutan ini boleh

merebak ke pinggir pantai dan akan menjejaskan hidupan akuatik kerana ia akan

menutupi lapisan air dan tidak akan membenarkan cahaya matahari

memasukinya.Cahaya matahari ini amat diperlukan terutamanya oleh tumbuhan

untuk membuat proses fotosintesis dan kepada hidupan marin untuk

bernafas.Pepejal terampai pula adalah kepada pepejal yang terapung di atas

permukaan air laut.Contohnya adalah seperti pembuangan sampah sarap dan sisa

toksik di mana akibat tidak ada kawalan yang baik maka ia akan mencemarkan

perairan di mana sisa toksik yang terhasil daripada sampah sarap ini boleh

membunuh hidupan akuatik yang ada.Bakteria e.coli pula boleh mengubah kualiti

air laut.

Langkah-langkah pengurusan

Banyak langkah yang boleh kita ambil untuk mengatasi masalah isu pencemaran

ini.Pertamanya ialah seperti pengezonan pinggir pantai seperti di Taman Marin

Great Barrier Reef.Pengezonan pinggir pantai adalah satu cara yang mudah dan

paling berkesan untuk mengurus sesebuah kawasan pinggir pantai.Aktiviti di zon

mungkin dibenarkan tetapi dengan kebenaran iaitu seperti pemegang lesen atau

dilarang,dan boleh digunakan dalam situasi ekonomik,pembangunan,palancongan

atau pemuliharaan.Taman Marin Great Barrier Reef telah mengubah suai seperti

strategi penzonan.Disebabkan saiz taman telah dibahagikan kepada beberapa

bahagian,supaya bahagian individu lebih senang diuruskan dan kesan manusia

dikurangkan.Contoh satu jenis zon yang telah ditetapkan untuk bahagian Cairns

termasuklah zon untuk kegunaan biasa,perlindungan habitat,taman

pemuliharaaan,sempadan,taman negara dan pemeliharaan (Kay and

Alder,2005).Walaupun ia telah disetujui yang mana penzonan seperti itu adalah

mekanisma yang hebat untuk mengurus taman dalam skala yang luas,ia

memerlukan tambahan dalam aras lokal.Sebagai contoh,dalam bahagian

Cairns,Pelan Pengurusan Pulau Hijau telah dibawa dalam kesan pada tahun 1993

untuk merasmikan kegunaan sumber Pulau Hijau untUk aktiviti rekreasional yang

dibenarkan tetapi juga untuk melindungi aset semulajadinya.

Keduanya pula ialah dengan menggunakan teknologi oleh pengurus pinggir pantai

unuk mengenal pasti dengan mudah pencemaran atau apa-apa yang berlaku di

pinggir pantai.Pengurusan pinggir pantai ini melibatkan perubahan kawalan dan

pengendalian banyak maklumat.Tugasan ini telah dibantu sejak beberapa tahun

lamanya oleh perkembangan teknik satelit(remote sensing) dan sistem maklumat

geografi (gis).Satelit melibatkan pemerhatian jarak yang sedikit daripada subjek

dan semakin jauh garis pantai yang berkenaan.Teknik seperti ini membolehkan

pinggir pantai yang panjang untuk ditinjau dan dianalisa dengan cepat,memberi

pandangan yang komprehensif,Teknik ini membolehkan pinggir pantai untuk

dipetakan dan kawalan yang telah diubah,seperti perubahan ekosistem dan

geomorfologi pulau-pulau penghalang,pantai dan gumuk.Teknik GIS ini telah

digunakan untuk memetakan paleografi pinggir pantai Holocene.Teknik ini bukan

sahaja membenarkan perubahan fizikal untuk diukur,tetapi juga pencemaran dan

kualiti air untuk dikesan dan dikawal.Mereka ini kebiasaanya berguna dalam

mengesan tumpahan minyak seperti untuk tumpahan Exxon Valdez di Alaska.satu

peralatan telah dikenal untuk mengawal pinggir pantai seperti Pengimbas Warna

Pinggir Pantai NASA.

Langkah yang terakhir yang boleh diambil ialah dengan mewujudkan pendekatan

pengurusan pinggir pantai secara bersepadu (ICZM).Pengurusan ini memerlukan

perancangan yang menyeluruh bukan sahaja setakat perancangan untuk sesuatu

projek,tetapi juga dengan mengambilkira daya tampung sesuatu destinasi untuk

mengelakkan beban terhadap kemudahan yang sedia ada.Untuk mewujudkan suatu

bentuk pembangunan berterusan sektor pelancongan di zon pinggir pantai tidak

perlu diwujudkan suatu sistem pengurusannya yang tersendiri.Pengurusannya

boleh diletakkan bersama-sama sistem pengurusan zon pinggir pantai

bersepadu.Sistem pengurusan zon pinggir pantai bersepadu melibatkan cara-cara

perundangan dan juga bukan perundangan.Pengurusan zon pinggir pantai

merupakan suatu proses yang digunakan untuk mencapai sesuatu set objektif

dalam penggunaan sumber di zon pinggir pantai.Ia melibatkan perlindungan dan

pemuliharaan zon pinggir pantai untuk kegunaan manusia terutamanya melalui

penggunaan yang berkualiti dan tidak merosakkan alam sekitar.Pihak kerajaan

mempunyai peranan yang penting dalam menguruskan zon pinggir pantai.Dasar

dan peraturan kerajaan boleh menentukan cara dan jenis penggunaan di zon

pinngir pantai.Malahan sistem pemerintahn kerajaan di negara ini adalah

merupakan satu nilai tambah untuk mencapai objektif pengurusan zon pinggir

pantai (Jamaluddin Md.Jahi 1984).Pihak kerajaan pusat jga mempunyai keupayaan

untuk megkordinasikan pelaksanaan sesuatu projek pembangunan di zon pinggir

pantai supaya akan terwujud suatu sistem pengurusan zon pinggir pantai besepadu

untuk membolehkan pembangunan beterusan.