6064805 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini

  • View
    130

  • Download
    9

Embed Size (px)

Text of 6064805 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini

ISI KANDUNGANPerkara Isi Kandungan Pengenalan 1.0 Pencemaran Udara 1.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Udara 1.2 Kesan-kesan Pencemaran Udara 1.2.1 Kesan terhadap Kesihatan Manusia 1.2.2 Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan 1.2.3 Kesan Terhadap Haiwan 1.2.4 Kesan Terhadap Bahan 1.2.5 Kesan Terhadap Lapisan Ozon 1.2.6 Kejadian Hujan Asid 1.2.7 Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global 1.2.8 Kesan Terhadap Atmosfera Muka Surat 1 2 3 3 3 4 4 4 5 5 5 5 7 8 8 8 9 9 9 10

2.0 Pencemaran Air2.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Air 2.2 Kesan-Kesan Pencemaran Air 2.2.1 Kesan Terhadap Kesihatan Manusia 2.2.2 Kesan Kepada Kualiti Air 2.2.3 Mengurangkan Kandungan Oksigen Terlarut 2.2.4 Sistem Air Bawah Tanah Tercemar 2.2.5 Banjir 2.2.6 Kemusnahan Hidupan Akuatik 3.0 Pencemaran Tanah 3.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Tanah 3.2 Kesan-Kesan Pencemaran Tanah 3.2.1 Tanah Beracun 3.2.2 Penyebaran Kuman-Kuman Penyakit 3.2.3 Kerosakan Tanah dan Kualitinya 3.2.4 Tanah Gersang 3.2.5 Membunuh Haiwan Bawah Tanah 3.2.6 Hakisan Tanah 4.0 Pencemaran Bunyi 4.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Bunyi 4.2 Kesan-Kesan Pencemaran Bunyi 4.2.1 Menggangu Persekitaran 4.2.2 Masalah Kepada Pendengaran Manusia

11 11 11 12 12 12 13 13 14 14 14 15

Penutup Rujukan Lampiran

16 17 18-20

1

PENGENALANKita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita,tetapi sebaliknya kita hanya mampu meminjamnya daripada anak cucu kita. Begitulah sebahagian daripada katakata Chief Seattle sebagai salah satu rujukan yang digunakan oleh penceramah dan aktiviti alam sekitar di seluruh dunia tentang pentingnya menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap manusia,masyarakat atau penduduk yang tinggal bumi ini. Apa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat pelbagai kesan negatif yang terjadi kepada alam sekitar yang dahulunya bersih daripada segala pencemaran atau sesuatu yang mengganggu ekosistem manusia dan hidupan yang lain. Pencemaran bermaksud sesuatu perubahan secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan bahan-bahan buangan hingga menjejaskan apaapa kegunaan yang berfaedah, yang menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya kepada kesihatan, keselamatan, atau kebajikan awam atau kepada binatang,hidupan-hidupan liar,akuatik atau tumbuh-tumbuhan. Masalah pencemaran seperti pencemaran air,tanah,udara sentiasa menghantui pemikiran manusia tetapi segelintirnya hanya memejam sebelah mata sahaja. Manusia sebagai khalifah di bumi ini seharusnya mengambil berat terhadap masalah ini dan bukannya menambahkan lagi beban hidup masyarakat yang akan datang. Seperti yang kita ketahui,pencemaran boleh diklasifikasikan kepada empat jenis yang utama iaitu:-

1. Pencemaran Udara2. Pencemaran Air 3. Pencemaran Tanah 4. Pencemaran Bunyi

2

1.0 PENCEMARAN UDARA1.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Udara Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah

yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan1 yang menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Pencemaran udara disebabkan oleh pelepasan asap melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal2. Pencemaran udara boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu primer dan sekunder. Pencemaran udara primer bermula apabila penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini akan menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udara dan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan manusia. Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal3. Pencemaran udara sekunder pula adalah hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara. 1.2 KesanKesan Pencemaran Udara 1.2.1 Kesan terhadap Kesihatan Manusia Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida (NO2) boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan cemar gas ozon (O3) boleh menimbulkan kerengsaan4. Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.

1.2.2 Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan1 2

Environmental Management in Sabah : Issues and Challenge (Hal 3) Environmental Science : A Global Concern (Page464) 3 Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal 40) 4 Environmental Science : A Global Concern (Page477)

3

Pencemaran udara juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuhtumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan5. Alfalfa, barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk dibumi juga terganggu. 1.2.3 Kesan Terhadap Haiwan Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Sebagai contoh, di Poza Rica, Mexico, sekumpulan burung kenari, ayam, itik, lembu, khinzir angsa dan anjing telah mati akibat terdedah kepada sulfur dioksida (SO2) yang dilepaskan ke udara oleh sebuah loji penapisan pada tahun 19506. Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahanbahan toksid yang terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada lembu dan kuda yang berlaku di Jerman. 7 Haiwan-haiwan ini yang meragut kawasan rumput sekitar 5 kilometer dari sebuah kawasan kilang plumbum dan zink telah mengalami keracunan akibat daripada habuk plumbum yang dilepaskan oleh kilang tersebut. 1.2.4 Kesan Terhadap Bahan Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain8. Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat kira-kira 0.3 mikrometer. Selepas beberapa lama, pengendapan ini dapat dilihat dan dipanggil kekotoran, kelunturan, atau kehitaman permukaan. Selain itu, kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida (SO2) di dalam udara. Bahan cemar juga menyebabkan fabricfabrik mudah rosak. Keadaan ini telah berlaku di Kanada dan Florida dimana stoking wanita mudah terurai disebabkan oleh kabus halus asid sulfuric yang terdapat di bandar-bandar tersebut. 1.2.5 Kesan Terhadap Lapisan Ozon5 6

Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal 41) Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal 42) 7 Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal 42) 8 Alam sekitar Anugerah Tuhan (Hal42)

4

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari9. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini10. 1.2.6 Kejadian Hujan Asid Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan11. Ianya berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat-tempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Ianya membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap kedalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur12. 1.2.7 Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global Kesan yang paling ketara dan sedang hangat deperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau13. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini14. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi9

Monitoring The Environment (Page 28) Global Environmental Issues : A Climatological Approach (Page176) 11 Global Environmental Issues : A Climatological Approach (Page70) 12 Alam sekitar A