6
Kesan Kegiatan terhadap Alam Sekitar Pengenalan - Kegiatan manusia merujuk kepada aktiviti manusia yang boleh membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada manusia. - Aktiviti asas utama manusia ialah:- 1. Pertanian 2. Perlombongan 3. Pembalakan 4. Perikanan 5. Perindustrian Aktiviti Pertanian Aktiviti pertanian melibatkan penerokaan hutan dan tanah. - Aktiviti pertanian yang tidak dirancang

Kesan Kegiatan Terhadap Alam Sekitar

  • Upload
    zu

  • View
    130

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

geo

Citation preview

Page 1: Kesan Kegiatan Terhadap Alam Sekitar

Kesan Kegiatan terhadap Alam Sekitar

Pengenalan

- Kegiatan manusia merujuk kepada aktiviti manusia yang boleh membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada manusia.

- Aktiviti asas utama manusia ialah:-

1. Pertanian

2. Perlombongan

3. Pembalakan

4. Perikanan

5. Perindustrian

Aktiviti Pertanian

Aktiviti pertanian melibatkan penerokaan hutan dan tanah.

Page 2: Kesan Kegiatan Terhadap Alam Sekitar

- Aktiviti pertanian yang tidak dirancang seperti aktiviti pertanian di lereng bukitvbukan sahaja menyebabkan kepupusan hutan tetapi juga menyebabkan permukaan tanah terhakis dan mengalami tanah runtuh

- Selain itu, habitat flora dan fauna juga turut musnah. Ini menyebabkan kepupusan flora dan fauna berlaku

Page 3: Kesan Kegiatan Terhadap Alam Sekitar

Akitiviti Perlombongan

- Aktiviti ini melibatkan penerokaan tanah sama ada dengan mengorek permukaan atau menggerudi permukaan tanah untuk mendapatkan hasil mineral.

- Aktiviti perlombongan yang tidak terkawal boleh menyebabkan kejadian hakisan tanah, banjir, dasar sungai menjadi cetek dan tanah lapang terbiar

Page 4: Kesan Kegiatan Terhadap Alam Sekitar

Aktiviti Pembalakan

- Aktiviti pembalakan merupakan aktiviti yang penting bagi negara-negara tropika termasuk Malaysia kerana mempunyai spesies pokok yang bermutu.

- Pembalakan yang tidak dirancang mempunyai kesan buruk ke atas alam sekitar kerana ia boleh memusnahkan habitat haiwan liar.

- Pembalakan haram dan pembalakan yang tidak dikawal boleh menyebabkan kemusnahan ekologi hutan yang boleh membawa kepada perubahan suhu setempat.

- Aktiviti pembalakan perlu dikawal kerana kemusnahan hutan memerlukan 40 tahun untuk pulih semula.

Page 5: Kesan Kegiatan Terhadap Alam Sekitar

Aktiviti Perikanan.

- Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting terutama sekali di kawasan pinggir laut, sungai dan tasik.

- Kaedah perikanan tradisional yang diamalkan oleh nelayan dengan menggunakan pancing, pukat, jala dan bubu tidak mengancam kepupusan sumber ikan.

- Aktiviti perikanan moden yang menggunakan teknologi moden seperti penggunaan bot, kapal dan juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut yang mengancam hidupan akuatik sekali gus boleh menyebabkan ancaman sumber protein berasaskan sumber laut.

- Selain itu, tumpahan minyak dan pembuangan sampah sarap ke dalam sungai dan laut turut menyebabkan pencemaran sumber air berlaku

Pembinaan Jalan Raya

Page 6: Kesan Kegiatan Terhadap Alam Sekitar

- Pembinaan jalan raya di kawasan tanah tinggi menyebabkan pokok ditebang, tanah ditarah dan diratakan.

- Aktiviti ini menyebabkan perubahan landskap asal kawasan menyebabkan kejadian hakisan dan tanah runtuh.

Aktiviti perindustrian

- Perindustrian merupakan aktiviti ekonomi yang melibatkan pemprosesan bahan dan barangan

- Aktiviti perindustrian menyediakan banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan negara

- Namun, aktiviti perkilangan yang tidak cekap telah menyebabkan pencemaran terhadap alam sekitar