Click here to load reader

Kertas Cadangan Kit Pembelajaran Buruj (Autosaved)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh laporan pertandingan reka cipta

Citation preview

Error! No text of specified style in document.1

7

KERTAS CADANGAN KIT PEMBELAJARAN BURUJ

SENARAI KANDUNGAN KERTAS CADANGAN KIT PEMBELAJARAN INTERAKTIF BURUJ1. TAJUK3

2. PENGENALAN2.1 PENGENALAN KIT PEMBELAJARAN INTERAKTIF BURUJ..... 32.2 PENGENALAN BURUJ DI LANGIT

3. OBJEKTIF... 5 4. RASIONAL PROJEK. 55. SKOP DAN LIMITASI PROJEK.. 6 6. KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK 67. ANGGARAN KOS PROJEK 78. TINJAUAN/KAJIAN LITERATUR.. 79. METADOLOGI PROJEK.810. PELAN PERANCANGAN PROJEK. 811. KESIMPULAN.. 9

SENARAI KANDUNGAN KERTAS CADANGAN KIT BURUJ1. TAJUKKIT PEMBELAJARAN INTERAKTIF BURUJ (KIT-BUJ)

2. PENGENALAN2.1 PENGENALAN KIT PEMBELAJARAN INTERAKTIF BURUJKit pembelajaran sains merupakan satu alatan yang digunakan untuk mengajar sesuatu konsep saintifik disekolah. Mereka bentuk alat-alat atau kit pengajaran dan pembelajaran sains yang dapat ditransformasi oleh guru dan murid sebagai bahan untuk melakukan eksperimen di dalam bilik darjah (atau makmal). Kit-kit ini mungkin mengandungi alatan asas yang berkaitan dengan topik-topik yang diajar serta boleh digunakan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran proses sains murid.. Aplikasi kit pembelajaran sains amat sesuat digunakan di kawasan pendalaman disebabkan masalah infrastruktur dan batasan bahan yang terdapat di sekolah. Di malaysia, Projek Integrasi Arahan Terancang Untuk Persekitaran Luar Bandar ataupun singkatanya Inspire 2, yang bertujuan mengatasi masalah pembelajaran dan pengajarandi sekolah-sekolah rendah di kawasan luar bandar. Salah satu komponen dalam projek ini adalah pembinaan kit pembelajaran sains, dan melalui keputusan yang diperolehi, jelas menunjukan kesan yang postif apabila kit pembelajaran dikntegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah luar bandar.Dalam membina satu kit pembelajaran yang effektif perlulahMengambil kira persekitaran setempat dalam pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran serta pengajaran perlu mengambil kira pengalaman murid terhadap persekitarannya. Selain daripada itu, guru dan murid juga harus bijak Menggunakan sumber-sumber alam semulajadi yang terdapat dipersekitaran sekolah sebagai bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulanya penggunaan kit pembelajaran adalah berkesan dalam meningkatkan prestasi pelajar2.2 PENGENALAN BURUJ DI LANGITKesemua bintang yang dapat dilihat di langit terletak dalam galaksi kita, iaitu galaksi bima sakti. Terdapat lebih kurang 100 Billion bintang dlaam galaksi bima sakti, tetapi walaupun pada malam yang cerah dan jelas kita hanya mampu melihat hanya beberapa ribu sahaja bintang di langit menggunakan mata kasar. Buruj merupakan gugusan bintang yang dapat dilhat di langit malam.

Menurut Persatuan Astronomi antarabangsa, terdapat 88 jenis buruj yang disahkan secara rasmi tetapi dalam sukatan sekolah rendah tahun 6, hanya buruj biduk, pari, belantik dan skorpio sahaja yang perlu dipelajari. Kebanyakan buruj telah dikenalpasti sejak beribu tahun dahulu terutamanya oleh orang greek dan rom. Pada zaman dahulu, petani menggunakan buruj untuk menentukan musim dalam setahun. Ini menjadi panduan bagi mereka untuk menanam dan mengaut hasil tanaman dalam setahun.

Buruj bukanlah sekumpulan bintang yang mempunyai saiz dan jarak yang dekat antara satu sama lain, tetapi hanya dilihat dalam kedudukan yang sama jika diperhatikan daripada bumi. Ahli astronomi menggunakan buruj sebagai penunjuk arah untuk mencari objek dilangit. Buruj yang berbeza dapat dilihat dalam waktu yang berbeza.Sebagai contoh, di hemisfera utara, buruj orion sentiasa dapat dilihat ketika musim sejuk. Tanda zodiak merupakan gugusan buruj yang seolah-olah dilalui oleh matahari dalam tempoh setahun. Tujuan utama kit pembelajaran ini dihasilkan adalah untuk memberikan pengalaman kepada pelajar untuk mencerap buruj dilangit kerana sesetengah buruj tidak dapat dilihat sepanjang tahun dan sukar untuk mencerap buruj dalam situasi sebenar. Dengan penggunaan kit pembelajaran ini untuk belajar mengenai buruj akan menimbulkan minat pengalaman sebenaar kepada murid-murid yang menjurus kepada pembelajaran yang bermakna3. OBJEKTIFKIT PEMBELAJARAN INTERAKTIF BURUJ (KIT-BUJ) direka cipta untuk mencapai objektif-objektif seperti yang berikut;

a) Menyediakan persekitaran pembelajaran yang interaktif untuk memahami konsep burujb) Merangsang dan memupuk minat murid kepada topik sains angkasa c) Memupuk kerjasama yang effektif antara guru dan murid untuk memahami konsep sains.

4. RASIONAL PROJEKSebelum mereka cipta Kit Pembelajaran Interaktif Buruj ini, kami telah menyenaraikan beberapa faktor-faktor permasalahan yang wujud semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) tajuk buruj dalam subjek sains.

i)Kesukaran untuk melihat buruj di langit dalam keadaan sebenarBuruj hanya dapat dilihat di waktu malam, oleh itu sukar untuk guru menerangkan dan menunjukan contoh buruj dilangit yang sebenar kerana tidak berlaku sesi PDP di waktu malam

ii) Kebanyakan gambar rajah buruj tidak menunjukan fenomena buruj yang sebenar, hal ini menyukarkan murid membentuk kefahaman sainstifik yang sebenar

iii) Buat masa sekarang tidak terdapat mana-mana alat bantu belajar dalam bentuk konkrit dan interaktif berkenaan subjek buruj disekolah rendah. Carta-carta buruj yang hanya memaparkan imej buruj tidak lagi berkesan didalam kelas abad ke-21.

5. SKOP DAN LIMITASI PROJEKSkop kajian ini adalah meliputi keseluruhan sukatan pembelajaran konsep buruj dalam kurikulum sekolah rendah iaitu sains tahun 5 untuk kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR) dan bermula tahun hadapan perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah akan meliputi standard kandungan dan pembelajaran sains tahun 6. Limitasi projek ini adalah kit ini hanya akan melibatkan 4 buruj utama yang terdapat dalam kedua-dua sukatan pelajaran iaitu buruj pari, biduk, belantik dan skorpio.

6. KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK

Disebabkan kekangan masa untuk guru dan murid berinteraksi diluar waktu persekolahan untuk memerhatikan fenomena buruj dilangit maka projek inovasi ini penting untuk dihasilkan kerana perlunya sebuah alat bantu belajar yang effektif dan dapat membantu murid memahami konsep buruj yang sebenar.

Selain daripada itu, persekitaran pembelajaran alaf ke-21 yang memerlukan suasana pembelajaran yang interaktif juga menjadi sebab pentingnya kit model interaktif buruj ini direka dan dihasilakan. Melalui kit ini, kefahaman murid dapat dipertingkatkan dan diperkukuhkan kerana kit ini melibatkan pelbagai deria rangsangan yang membantu murid membina kefahaman kognitif. Kepelbagaian deria semasa sesi pemahaman konsep membantu murid membina konsep saintifik dengan lebih berkesan (Piaget dalam Stout, 2006)

Impak yang akan diperolehi melalui perlaksanaan projek inovasi ini dari aspek pihak sekolah terutamanya guru ialah para guru akan mempunyai sumber pengajaran dan pembelajaran yang effektif, interaktif dan mesra pengguna. Hal ini memudahkan guru mengajar didalam kelas dengan lebih berkesan dan menyeronokan

Impak perlaksanaan projek ini daripada sudut murid pula, murid akan dapat belajar dengan lebih berkesan dengan bantuan alat bantu mengajar yang menarik dan interaktif. Selain itu murid juga dapat dirangsang kreativiti dan imaginasinya dalam memupuk nilai kreativiti dan keinginan mencipta dalam diri murid. Pembudayaan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid disekolah mampu memupuk persekitaran sekolah yang kondusif untuk pembelajaran berlaku dengan berkesan.7. ANGGARAN KOS PEMBINAAN PROJEKBil.ItemKos seunit (RM)kuantitiKos

1.kadbod6.0015RM90

2.Selotep berwarna410RM40

3.Wayar kuprum1 (1 METER)5 METERRM5

4.Spray102RM20

5.Gunting71RM7

6.Kertas laminate251RM25

7.Double Tape2.504RM10

8.Selotep lutsinar2.504RM10

9.Penyuluh LED301RM30

10.Kertas pembalut hadiah25Rm10

11.Lampu suluh 2.5012RM30

12.Mounting Board91RM9

13.Kertas A4 105 RIMRM50

14.Polistrena105RM50

15Dakwat Epson 125RM60

16Pin tekan41RM4

KOS KESELURUHANRM450

8. TINJAUAN/KAJIAN LITERATURPembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang memberikan makna kepada pelajar nya (Santrock,2011). Oleh itu, untuk mewujudkan sebuah persekitaran pembelajaran yang berkesan, medium yang sesuai perlulah dihasilkan. Medium yang baik adalah medium yang dapat merangsang pelbagai deria pada manusia (Skinner dalam Turner 2010). Kit pembelajaran Interaktif buruj ini, bukan sahaja memberikan pengalaman pembelajaran sebenar, namun melalui rangsangan deria yang pelbagai dapat membantu murid memahami konsep sains yang sebenar. Selain daripada kepelbagaian rangsangan melalui pembelajaran menggunakan kit pembelajaran interaktif ini, murid juga akan dapat meningkatkan input pembelajaran murid melalui teknik belajar sambil bermain. ramai penyelidik seperti Wood dan Artfield (1996), Drake (2001), Riley (2003), Broedhead (2004) dan Brock et. al (2009). Menurut Brock et. al (2009), bermain dapat menyediakan peluang kepada kanak-kanak melalui proses penyusunan semula, penemuan baru, proses pengayaan, pembinaan pengalaman dan pengetahuan serta penemuan konsep-konsep baru. Unsur-unsur bermain yang disediakan oleh guru bukan sahaja bertujuan untuk menggembirakan suasana bilik darjah malah memberi makna yang luas kepada kanak-kanak sewaktu berinteraksi dengan suasana dan persekitarannya (Hurlock, 1987). Oleh itu dengan penggunaak kit interaktif buruj ini akan dapat membantu murid memahami konsep sains yang sebenar.9. METADOLOGI PROJEKKajian ini telah mengunakan kaedah soal selidik dimana beberapa orang murid telah disoal selidik untuk mendapatan maklum balas berkenaan keberkesanan penggunaan kit pembelajaran interaktif buruj. Beberapa orang guru juga telah diberikan borang soal selidik untuk melihat pandangan serta pendapat mereka berkenaan keberkesanan penggunaan kit pembelajaran interaktif buruj ini ini.

11.KESIMPULANKesimpulan, aplikasi kit pembelajaran sains disekolah dapat memupuk minat dan merangsang nilai inkuiri sains dalam diri pelajar. Kit sains yang berkesan adalah kit sains yang interaktif, yang dapat memberikan pengalaman yang hampir serupa seperti pengalaman sebenar kepada penggunanya. Kit sains yang berkesan bukan sahaja meninkatkan prestasi murid-murid sewaktu penilaian tetapi juga mampu menanam minat dalam diri pelajar untuk meneroka dengan labih mendalam lagi ilmu yang dipelajarinya menggukan kit sains.

SK PENGHULU IMBAN/ PERTANDINGAN INOVASI 2015