KERTAS CADANGAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pendidikan seni visual

Citation preview

KERTAS CADANGAN PENYEDIAAN BILIK UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH KEBANGSAAN MANSUD KUALA PENYU SABAH

1.0 PENDAHULUANSekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Tenom akan menjalakan satu Projek Seni Visual iaitu melukis mural dengan kerjasama sekolah-sekolah Zon 1 Daerah Tenom. Projek Seni Visual merupakan satu aktiviti yang biasanya dijalankan di luar bilik darjah. Ia melibatkan semua murid untuk menjalankan sesuatu kajian tentang sesuatu perkara atau melaksanakan pelbagai jenis aktiviti untuk memperkembangkan kemahiran mereka di dalam pengaplikasian unsur-unsur seni serta prinsip rekaan dalam menghasilkan sesebuah karya seni.

Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah-indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui penglihatan atau pendengaran. Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam Al- Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan.

Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa aspek pernyataan diri ( self expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh samada dalam bentuk 2D dan 3D. Selain itu, pendidikan seni visual berperanan dalam membentuk dan mengembang budaya setempat dan sejagat ( seni dan masyarakat ). Antara peranan Seni Visual adalah seperti berikut :

1.1 Semangat Nasionalisme

Falsafah,pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan dalam menyebar dan membangkit nilai, semangat dan perasaan melalui SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan Negara.Contoh hasil karya yang memaparkan unsur nasionalisme ialah Tugu Negara (arca) dan juga potret-potret pemimpin negara.

1.2 Persekitaran

Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian dalam seni visual. Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apreasiasinya dapat mengukuhkan kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan. Antara contohnya Rumah rakit Kuala Lipis karya Peter Harris dan Waktu Pagi Di Kampung, karya Lai Foog Mooi, reka bentuk lanskap dan hiasan dalaman. 1.3 Saluran Propaganda

Seni Visual sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea, hasrat atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa. Contohnya Poskad kepada Dunia, karya Awang Damit Ahmad.Poskad kepada dunia (1990)

1.4 Ritual / upacaraSeni visual dalam melaksanakan ritual/upacara sesuatu budaya dan adat resamdalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D atau arca. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung penyembahan orang-orang asli di Pahang dan Selangor.

1.5 Spiritual Seni Visual untuk ketenangan, kepuasan dan keselesaan. Hasil karya yang dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan dalaman diri pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara, karya Patrick Ng Kah Onn.

1.6 Pengeluaran Hasil seni SV berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi dan kegunaan. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan mutu pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan nilai keindahan yang tinggi. Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan. Contohnya penghasilan batik dan songket.

1.7 Pemujukan Hasil seni visual berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contoh-contohnya yang jelas ialah papan billboard dan poster.

1.8 Perniagaan dan perdaganganPembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan. Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan.

2.0 RASIONAL PROJEKProjek lukisan 2D di Dewan Sri Antanum dilaksanakan untuk :

1. Merapatkan jurang di antara masyarakat setempat dan sekolah dalam aspek pencapaian,

perlaksanaan aktiviti dan juga kerjasama.

2. Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat memupuk semangat kerjasama dan meningkatkan keyakinan individu atau pun kumpulan.

3. Projek ni dilaksanakan untuk mengubah suasana pemandangan dewan dan menghargai nilai-nilai yang terdapat dalam budaya persekitaran kita.

3.0 OBJEKTIFLukisan mural yang dicadangkan adalah bertujuan seperti berikut :

1. Melatih guru-guru Pendidikan Seni Visual membudayakan aktiviti melukis mural bagi pengukuhan serta pengisian ke arah menghargai karya seni iaitu menempatkan hasil karya di tempat dan situasi yang sebenar agar individu luar dapat berkongsi pengalaman dengan pengkarya selari dengan kehendak sukatan Pendidikan Seni Visual yang menuntut agar hasil karya dipamerkan dalam konsep mural 2D.

2. Membimbing dan melatih para staf-staf sekolah lain dan murid berinteraksi sesama sendiri dan berkongsi pengalaman semasa menyediakan lukisan dan mengendalikan bengkel.

3. Memberi latihan dan menyediakan pengalaman dalam aspek pengurusan projek dan profesional.

4. Persediaan bagi melengkapkan lagi dalam pengisian mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

5. Mengadakan bengkel untuk melatih para murid tentang teknik dan kaedah lukisan mural bagi menghargai seni visualdi sekolah.

6. Memberi pendedahan dan menambahkan pengetahuan dalam bidang kepimpinan dan tanggungjawab terhadap seni.

7. Menguji tahap kemahiran individu.

8. Mewujudkan semangat kekitaan di bawah nama Pendidikan Seni Visual.4.0 Sasaran4.1 Sekolah-sekolah Zon 1 Daerah Tenom yang terdiri daripada sekolah seperti berikut :

4.1.1 SJK(C ) Chung Hwa

4.1.2 SJK(C ) Kong Ming

4.1.3 SK Mantailang

4.1.4 SK Kalang Kanar

4.1.5 St. Anthony

4.1.6 SK Pekan

4.1.7 SK Pangi

5.0 TempatDewan Sri Antanum Tenom

6.0 Tarikh Pelaksanaan

1-5August 2015

7.0 Cara Pelaksanaan

7.1 Mesyuarat (1 hari).

7. 2 Bengkel7.3 Merancang serta menjalankan aktiviti perkongsian tentang lukisan mural.

7.4 Mewujudkan suasana pembelajaran secara melukis mural dan berkesan.

8.0 Ahli JawatankuasaPenasihatEn. Azlan Dimon ( Pegawai Pelajaran Daerah Tenom)

PengerusiPn. Ooi Foo Suan ( Guru Besar SJK(C ) Chung Hwa

Naib PengerusiSemua Guru Besar Sekolah Zon 1 Daerah Tenom

SetiausahaCik Suzila Abu Bakar (Ketua Panitia PSV,

SJK(C ) Chung Hwa

Penolong Setiausaha1. En. Yunus Ismail (Ketua Panitia PSV SK Mantailang)

2. En. Alvin (Ketua Panitia PSV SK Kalang Kanar)

BendahariEn. Johnny ( SJK (C) Chung Hwa Tenom)

Penyediaan MakananSt. Anthony

Penyediaan lukisanSJK (C ) Kong Ming

Penyediaan AlatanSK Pekan

Keselamatan SK Mantailang

Publisiti SK. Kalang Kanar

kebersihanSJK(C ) Chung Hwa

9.0 Tentatif PelaksanaanBilTarikhAktiviti

13/7/15Mengedar surat makluman mesyurat kepada semua sekolah Zon 1.

28/7/15Mesyurat Projek Mural Kali Pertama.

39-20 /7/15Semua sekolah masing-masing menjalani mesyuarat dan persediaan.

425/7/15Mesyuarat Kali Kedua. (Laporan setiap Penyediaan Projek)

51/8/15hingga

2/8/15Melakar mural

63/8/15hingga

5/8/15Mewarna mural

78/8/15Post Moterm Projek

10.0 Anggaran Belanjawan

BilPerkara / BahanKosJumlahSumber

101- 05 August 2015

i. SarapanSumbangan dari Lembaga Pengelola

Murid RM 5 x 15RM 75 x 5 hariRM 375

Guru / petugas RM5 x 30RM 150 x 5 hariRM 750

ii. Makan TengahariSekolah SJK (C ) Chung Hwa

Murid RM 7 x 15RM 105 x 5 hariRM 525

Guru / petugas RM7 x 30RM 210 x 5 hariRM 1,050

iii. Minum Petang

Murid RM 5 x 15RM 75 x 5 hariRM 375

Guru / petugas RM5 x 30RM 150 x 5 hariRM 750

2Cat Mural

5 Liter (Warna Asas)RM 70 x 15 tinRM 1,050Sumbangan dari PIBG

SJK(C ) Chung Hwa

3Berus

i. KecilRM 10.90 x 2 setRM 21.80PCG Panitia PSV SJK(C ) Chung Hwa

ii. SederhanaRM 15 x 2 SetRM 30.00

iii. BesarRM 26.90 x 2 SetRM 53.80

4Tangga -SK Pekan

5Plastik Sampah / Penyapu/-SJK(C ) Chung Hwa

Penyedok

Jumlah RM 4,980.60

11.0 KESIMPULAN

Disediakan oleh,

Disemak oleh, Disahkan oleh,

.

(AZLIN SUHAIMI) (CHAN SAU LIN) ( WONG SUN TECK)

Ketua Panitia,

Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Besar,Pendidikan Seni Visual, SJK(C ) Chung Hwa, Tenom. SJK(C ) Chung Hwa, Tenom. SJK( C) Chung Hwa,Tenom.

Ruj.Kami : XCC4949/500/2003/2

Tarikh : 13 JULAI 2015

Kepada,

Guru Besar,

SK Pekan, Tenom.

Tuan,

Jemputan Mesyuarat Projek Melukis Mural Zon 1 Daerah Tenom Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sekolah SJK(C ) Chung Hwa akan melaksanakan Projek Pendidikan Seni Visual. Dengan itu, pihak sekolah agar sekolah tuan menghadiri mesyuarat seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 14 Julai 2015

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat, PPD Tenom

3. Tuan dijemput hadir ke mesyuarat ini. Kehadiran tuan amat kami hargai.Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

_________________

(WONG SUN TECK)

Guru Besar,

SJK(C) Chung Hwa, Tenom.

Sk. PPD Tenom

Semua sekolah Zon 1

Lampiran 1Lampiran 2

Lampiran 3

KERTAS CADANGAN LUKISAN MURAL

2D DEWAN SRI ANTANUM

DAERAH TENOM

Anjuran

SJK(C ) Chung Hwa Tenom dengan kerjasama sekolah-sekolah Zon 1 Daerah Tenom

Tarikh

1-5August 2015

Contoh Surat Panggilan Mesyuarat

Lukisan mural yang akan dilukis dengan ukuran 3mx 3m

Sekolah Kebangsaan Jenis (C ) Chugn Hwa Tenom

Peti Surat 106, 89908 Tenom, Sabah.

Tel : 087-773337 Fax : 087 734567

Email : [email protected]

Lakaran lukisan mural