Upload
habibah-abdullah
View
35
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
TAJUK : SUKATAN PANJANG
Sinopsis
Tajuk ini meliputi idea intuitif konsep matematik tentang ukuran dan instrumen bukan konvensional dan unit bukan piawai.
Ukuran memainkan peranan yang sangat penting dalam hidupan harian. Ia adalah biasa dan amalan kemahiran matematik ini
digunakan dalam sains dan hidupan seharian. Ukuran adalah satu daripada tajuk yang paling menarik dalam kurikulum
matematik sekolah kita. Oleh itu, murid perlu belajar konsep dan proses yang berkaitan dengan ukuran melalui penglibatan aktif
daripada situasi pelbagai amalan.
Hasil Pembelajaran
Takrif ukuran panjang.
Menyenaraikan pengetahuan kandungan pedagogi untuk tajuk panjang.
Rancang aktiviti pembelajaran dan pengajaran berkaitan dengan tajuk panjang.
Idea Intuitif Konsep Matematik
Pengajaran kemahiran untuk mengukur perlu dilakukan secara praktikal. Murid perlu mempunyai pengalaman hands-on
barkaitan dengan ukuran. Secara spesifik, kemahiran matematik yang utama memerlukan mereka arif dalam:
membandingkan dua kuantiti secara terus.
mengecam unit bukan piawai dan piawai untuk mengukur kuantiti.
menganggar dan mengukur kuantiti dalam unit bukan piawai dan piawai.
menukar antara unit-unit piawai pengukuran
melakukan operasi matematik yang melibatkan ukuran dalam unit piawai
menyelesaian masalah harian yang melibatkan ukuran dalam unit piawai.
DEFINISI PANJANG
Panjang ialah jarak antara dua titik yang diukur sepanjang garis lurus. Dua ukuran panjang boleh dibandingkan secara terus
dengan meletakkannya sebelah menyebelah. panjang boleh dibandingkan secara tidak langsung dengan membandingkannya
dengan panjang ketiga. Perbandingan ukuran panjang sebenarnya boleh diukur dengan menggunakan alat pengukur seperti
pembaris dan pita pengukur.
Unit bukan piawai ialah sebarang ukuran panjang abitrari yang digunakan sebagai unit.
Contohnya: (a)bahagian badan seperti jengkal, tapak kaki dan panjang lengan; dan (b)objek seperti pen, klip kertas, rod, lidi dan
sebagainya. Dahulu kala, bahagian badan menjadi ukuran untuk mengukur unit panjang , contohnya:
hasta – daripada siku ke hujung jari hantu
jengkal – daripada hujung ibu jari ke hujung jari kelengkeng yang diluaskan pembukaan jari
depa – daripada hujung jari hantu ke hujung jari hantu sebelah tangan lagi satu
genggam – semua jari ditutup dan dari tepi tapak tangan ke tepi ibu jari (masih lagi gigunakan untuk mengukur tinggi
kuda)
kaki – membahagikan ukuran kepada 12 inci, dan ukuran asalnya berdasarkan kepada panjang kaki.
Unit piawai ukuran panjang telah diterima di peringkat antarabangsa. Contohnya :
(a) ela
(b) meter
(c) batu
Page 1
(d) inci dan
(e) kilometer
Unit-unit seperti ela, batu dan inci dikenali sebagai unit imperial. Manakala unit meter kilometer dikenali sebagai unit metrik.
Walaubagaimana pun, kurikulum sekolah Malaysia hanya menyentuh unit metrik sahaja. Contoh-contoh unit metrik untuk
panjang termasuklah milimeter, sentimeter and desimeter.
Instrumen Bukan Konvensional dan Unit Bukan Piawai
Eksplorasi ukuran adalah penting untuk murid-murid disebabkan ianya adalah satu bidang matematik yang digunakan secara
meluas. Apabila melakukan pelbagai aktiviti contohnya menentukan jarak daripada rumah ke sekolah (panjang) maka ukuran
adalah mudah dilakukan di mana-mana sahaja. Dengan mempertimbangkan penyatuan unit ini maka konsep pengukuran ada
di mana-mana sahaja.
Tambahan, ukuran cenderung ke arah mengintegrasikan dan menggabung pelbagai tajuk matematik. Tajuk ukuran perlu
digabung selari dengan hidupan dunia nyata dan pengalaman kerana ini akan meninggikan pengetahuan murid tentang
mustahaknya konsep matematik di sekolah dan kehidupan seharian. Juga, pengajaran ukuran kepada murid-murid sekolah
rendah akan membantu mereka membina kemahiran dan konsepnya diperluas dan ditajamkan mengikut perbesaran dan
perkembangan semasa mereka.
Urutan Pengukuran Pengajaran
Pengertian panjang berbeza antara sama lain tetapi pada asasnya urutan pengajaran adalah sama. Secara keseluruhan, murid
belajar konsep ukuran melalui urutan berikut:
mengamati dan mengenal pasti atribut panjang, melalui perbandingan secara langsung dan tidak langsung.
membina konsep unit pengukuran melalui pengukuran unit bukan piawai diikuti dengan unit piawai secara langsung.
menyatukan konsep unit ukuran melalui penggunaan instrument pengukuran.
membangunkan hubungan antara unit piawai bagi ukuran.
melakukan operasi aritmetik dengan melibatkan unit piawai bagi panjang.
menyelesaikan masalah harian melibatkan unit piawai bagi panjang.
Pada peringkat awal, aktiviti yang melibatkan pembandingan terus bagi panjang membantu murid untuk memahami pengertian
setiap atribut. Oleh itu, murid perlu sedar bahawa perbandingan terus tidak semestinya berlaku sepanjang masa misalnya
membandingkan ketinggian dua pohon pokok yang memerlukan kita memotong pokok tersebut. Justeru, aktiviti yang melibatkan
perbandingan tidak langsung akan membantu murid membangunkan idea unit sebagai titik rujukan untuk membandingkan dua
kuantiti.
Konsep pengukuran unit bagi murid mula dibangunkan melalui penggunaan unit bukan piawai. Ini akan menjurus kepada idea
penggunaan unit piawai untuk ketekalan.
Kedua-dua unit piawai dan bukan piawai, murid biasanya belajar melalui urutan berikut:
mengecam unit ukuran,
menganggar menggunakan unit ukuran
mengukur menggunakan unit ukuran.
Pengangaran menggunakan unit ukuran adalah proses penting untuk dijalani kerana penganggaran dapat menggalakkan
mereka berfikir dan membantu mereka untuk memproleh “measurement sense”. Oleh itu, adalah berfaedah jika kita
Page 2
menggalakkan murid membuat anggaran sebelum membuat sebarang ukuran. Belajar untuk membaca skala dengan
menggunakan instrumen piawai untuk mengukur panjang, u diberi penekanan utama. Selain daripada penggunaan instrument
pengukuran konvensional, kita juga memberi peluang kepada murid untuk melakukan pengukuran sendiri.
Konsep pengukuran digabungkan dengan memahami hubungan antara unit piawai ukuran seperti 1 meter bersamaan 100
centimeter. 1 centimeter bersamaan 10 millimeter, maka 1 meter bersamaan 1000 millimeter. Latihan penukaran antara antara
unit piawai akan membantu murid untuk memperoleh kecekapan tinggi dalam matematik untuk tajuk pengukuran. Kecekapan ini
kemudiannya dipindahkan dalam menyelesaikan pelbagai masalah matematik
Aktiviti 1: Penganggaran dan pengukuran panjang dalam unit bukan piawai
Hasil Pembelajaran: Menganggar dan mengukur panjang dengan unit bukan piawai.
Bahan: Pen, klip kertas
Prosedur:
1. Guru mempekenalkan unit bukan piawai (contoh pen atau klip kertas)
2. Murid dalam kumpulan kecil menganggar panjang meja mereka dengan unit bukan piawai
3. Murid menyemak anggaran dengan mengukur panjang meja dengan unit bukan piawai.
4. Bincang idea pengukuran dan penggunaan unit bukan piawai untuk mengukur panjang meja.
5. Bincang masalah penggunaan unit bukan piawai dan keperluan unit piawai
Aktiviti 2:
Mengenal pasti unit meter
Hasil pembelajaran:
Mengenal pasti unit meter.
Bahan: Pembatis meter
Prosedur:
1. Minta murid menganggar dan tunjukkan panjang satu meter dengan kedua-dua tangan
2. Semak anggaran murid dengan menggunakan pembaris meter.
3. Dalam kumpulan kecil, murid mencari barang-barang dalam kelas yang panjangnya anggaran satu meter dengan pembaris
meter.
4. Murid berkongsi dapatan dengan rakan-rakannya.
5. Minta murid untuk menganggar berapa banyak jumlah tapak kaki mereka yang menyamai panjang satu meter seperti rajah di
bawah
(**biarkan mereka memijak kertas sebak dan meninggalkan bekas tapak kaki)
6. Minta murid menyemak anggaran mereka dengan bantuan pembaris meter.
7. Bincang soalan berikut bersama murid: 1 meter
Adakah tapak kaki anda panjangnya tepat 1 meter?Jika tidak apakah anda lakukan.
Page 3
Dalam kumpulan anda siapakah yang mempunyai tapak kaki terpanjang? Kenapa?
Dalam kumpulan anda siapakah yang mempunyai tapak kaki terpendek? Kenapa?
Aktiviti 3:
Lompat lurus (ini boleh dilakukan di perkarangan sekolah)
Hasil pembelajaran:
Menganggar dan mengukur panjang dalam centimeter.
Bahan: Pembaris dalam skala centimeter
Prosedur:
1. Murid menganggar jarak yang boleh dilompat dengan badan lurus (tanpa membengkokkan lutut).
2. Murid melakukan lompatan dan ukur jarak lompatan dalam unit centimeter.
3. Bincang soalan berikut bersama murid.
Siapakah yang melompat paling jauh ?
Siapakah yang melompat paling pendek?
ISU YANG DIHADAPI DALAM MENGAJAR TAJUK UKURAN PANJANG
Ada beberapa jenis miskonsepsi yang dapat dikesan berlaku semasa murid menjawab soalan yang bersangkutan dengan
pembelajaran ukuran.
(a) Ukuran panjang
Jika murid-murid diberikan petak berukuran 1sm2 murid dikehendaki melukis satu garisan, murid-murid tidak
mengikut petak yang disediakan dan tidak menggunakan alat pembaris.
Mengukur garisan yang diberikan dengan menggunakan pembaris yang disertakan.
Murid-murid akan melakukan kesilapan apabila mereka hanya melihat penghujung garisan sahaja tanpa melihat
permulaan garisan.
MODEL, PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PEGAJARAN
Model Pengajaran
Model pengajaran yang digunakan oleh setiap ahli kumpulan berbeza-beza antara satu sama lain. Model pengajaran
mempunyai banyak fungsi, antaranya ialah untuk memberi panduan kepada guru untuk merancang langkah-langkah mengajar
dengan berkesan, untuk membentuk rangka pengajaran yang lengkap serta sebagai panduan asas bagi guru dalam sesi
maklum balas serta pengubahsuaian untuk sesi pengajaran yang akan datang.
Terdapat beberapa model pengajaran yang digunakan dalam Rancangan Pengajaran Harian berkumpulan ini iaitu :
Model Pemprosesan Maklumat
Model Behavioral
Model Sosial
Page 4
MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
Penggunaan Model Pemprosesan Maklumat dapat dilihat dengan jelas dalam Rancangan Pengajaran Harian pada set induksi
dan pengajaran langkah satu. Menurut Azizi Bin Yahaya dan Syazwani Binti Abdul Razak, Model pemprosesan maklumat ialah
pendekatan intelek yang diberi keutamaan oleh individu untuk percambahan maklumat.
Kategori model pembelajaran ini menghuraikan proses bagaimana maklumat diperoleh, disusun, disimpan dan digunakan.
Dalam hal ini, pada langkah set induksi, guru telah menggunakan konsep Ekspositori daripada Model Pemprosesan Maklumat
ini dengan memberi penerangan yang jelas dan terperinci mengenai konsep panjang. Guru juga melakukan imbas kembali
kepada murid mengenai unit ukuran bukan piawai yang telah dipelajari oleh murid dalam Darjah 2. Pada peringkat ini, guru
menggunakan kaedah ingatan jangka panjang yang terdapat dalam Model Pemprosesan Maklumat ini. Hal ini kerana, murid
telah pun mempunyai ingatan semantik mengenai konsep ukuran unit bukan piawai menggunakan anggota badan.
MODEL BEHAVIORAL
Model kedua yang digunakan ialah model Behavioral. Choong Lean Keow(2011) menyatakan bahawa kerangka teoretikal yang
merentasi model pengajaran Behavioral telah menggunakan asas teori pembelajaran sosial yang lebih dikenali sebagai
modifikasi tingkah laku dan cybernetics. Model ini telah digunakan dengan berkesan dalam langkah pengajaran ketiga. Dalam
langkah ini, guru menekankan penguasaan kemahiran akademik yang terdapat dalam Pembelajaran Masteri yang diasaskan
oleh Benjamin Bloom dan James Block, di mana murid mengaplikasikan kemahiran mengukur yang telah dipelajari dalam
langkah pembelajaran sebelum itu.
Di samping itu, guru juga menggunakan Pengajaran Langsung kerana guru meninjau prasyarat yang diperlukan oleh murid
untuk memahami tajuk yang diajar. Guru memastikan murid memahami kaedah mengukur dengan betul sebelum mengajar
tentang konsep mengukur menggunakan unit sentimeter dan milimeter menggunakan pembaris. Guru juga memberi peluang
kepada pelajar untuk mempraktis sendiri kemahiran dan konsep yang baru diperoleh. Hal ini dapat dilihat apabila guru memberi
peluang pelajar mengukur sendiri dan membantu murid yang mengalami masalah ketika mengukur objek.
MODEL SOSIAL
Selain itu, model lain yang digunakan ialah model Sosial. Model ini memberi fokus kepada perkembangan konsep dan
kemahiran yang diperlukan untuk bekerja dalam kumpulan. Terdapat dua jenis pembelajaran di bawah model ini iaitu
pembelajaran koperatif dan pembelajaran berasaskan main peranan dan simulasi. Hafizah Husain et.al (2006) menyatakan
bahawa kaedah pembelajaran koperatif yang berpusatkan pelajar merupakan satu metodologi pengajaran aktif dalam kumpulan-
kumpulan kecik berbanding kaedah pembelajaran kompetititf atau secara individu yang berpusatkan guru (pensyarah). Perkara
ini tidak dapat dinafikan lagi kerana pembelajaran koperatif memerlukan setiap ahlinya berbincang dan saling bekerjasama
untuk melakukan tugasan yang diberikan oleh guru. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas dalam pelaksanaan langkah
pengajaran kedua. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan dan memberi tugasan kepada murid. Murid perlu saling
membantu kerana terdapat pelajar yang bermasalah penglihatan di samping melaksanakan tugasan guru.
Langkah keempat juga menerapkan kaedah koperatif ini dimana murid dibahagikan kepada kumpulan dan diminta untuk
mengambil objek yang boleh diukur dan objek yang tidak boleh diukur daripada sebuah kotak misteri yang diberikan. Pelajar
perlu berinteraksi bersama pasangannya untuk menentukan barang yang dipilih.
Page 5
Kesimpulannya, model-model pengajaran ini telah digunakan secara komprehensif dan menyeluruh dalam Rancangan
Pengajaran berkumpulan ini. Dengan ini, pengaplikasi terhadap model-model ini perlu diterapkan dalam pengajaran di sekolah
pada masa akan datang.
TEORI PEMBELAJARAN
Saya dan ahli kumpulan saya telah menerapkan beberapa teori pembelajaran semasa kami menghasilkan Rancangan
Pengajaran Harian untuk subjek matetematik tahun 3 topik ukuran panjang. Antara teori pembelajaran yang telah kami pilih ialah
teori pembelajaran kognitif ausubel dan bruner, teori pembelajaran behaviouris dan teori pembelajaran konstrutivisme.
Penggunaan pelbagai teori pembelajaran boleh dilihat dalam setiap langkah pengajaran kami supaya isi pelajaran yang kami
ingin sampaikan boleh difahami oleh semua pelajar. Teori pertama yang telah kami gunakan ialah teori pembelajaran kognitif
ausubel dalam langkah 1. Teori ini mementingkan pembelajaran penemuan dan secara resepsi. Tetapi, kami telah memilih
pembelajaran secara resepsi yang murid akan terima maklumat secara bermakna dan bukan secara hafalan. Pelajar akan
terima maklumat yang tersusun dan teratur dari guru.
Dalam langkah 1, guru akan beri definisi panjang kepada murid. Murid hanya perlu dengar dan memahaminya. Selain itu, guru
akan kaitkan unit bukan piawai yang telah dipelajari pada tahun 2 dengan unit piawai yang akan diajar pada sesi pengajaran
nanti.
Manakala untuk Langkah 2, Teori pembelajaran yang telah kami gunakan ialah teori pembelajaran konstruktivisme. Teori
pembelajaran konstruktivisme ialah murid sendiri akan membina pengetahuan baru dengan menyesuaikan maklumat
pengetahuan sedia ada dan membuat kaitan dengan persekitaran.
Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan
baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya. Guru telah menggunakan pendekatan 5E
dalam pengajaran ini. E yang pertama ialah menarik perhatian murid dengan menggunakan gambar dan pembaris. E yang
kedua ialah guru memberi arahan kepada murid mencari jawapan untuk gambar rajah yang diberi oleh guru. E yang ketiga ialah
murid diminta menyatakan unit piawai yg sesuai untuk objek yg diukur. E yang keempat ialah guru menerangkan perbezaan unit
piawai cm dan mm. Akhir sekali ialah E yang kelima murid diminta memberi contoh lain untuk objek besar dan kecil.
Seterusnya untuk Langkah 3 yang menggunakan Teori behaviouris. Teori ini mementingkan rangsangan sekali dengan gerak
balas serta peneguhan. Sebagai contoh, guru memberi ganjaran kepada murid semasa jawapan soalan dengan betul. Ganjaran
yang diberi ialah token ekonomi atau cap kepujian. Guru juga menggunakan prinsip yang terlibat dengan aktif dalam
pembelajaran. Murid melibatkan diri semasa perbincangan dengan guru dan kumpulan lain.
Tambahan pula, guru perlu menyediakan bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik semasa P&P dijalankan. Antara
susunan yang patut diikuti ialah memberi bahan, menyusun bahan mengikut urutan, mengukur mengikut objek yang diberi,
tuliskan atau catatkan jawapan dalam kertas, dan akhir sekali guru bincang dengan murid. Jika murid mendapat jawapan yang
betul atau respon yang tepat, guru akan memberi ganjaran sebagai galakkan atau motivasi.
Page 6
Akhir sekali ialah Langkah 4 yang menggunakan Teori Pembelajaran Kognitif Bruner. Teori ini menyatakan pembelajaran
konsep atau kategori mempunyai ciri-ciri yang berbeza berbanding objek dengan objek yang lain. Contohnya guru minta murid
membuat banding beza antara bahan dapat diukur dan tidak dapat diukur. Selain itu, murid-murid diberi peluang untuk
meneroka, memegang dan merasa. Ini merupakan pembelajaran penemuan yang dipentingkan dalam teori kognitif Bruner.
Sebagai contoh, guru menyediakan kotak misteri dan murid diminta menutup mata sambil mencari bahan-bahan yang dapat
diukur dan tidak dapat diukur.
Murid-murid juga bekerja dalam kumpulan serta perbincangan dengan ahli kumpulan. Penyataan ini boleh dibuktikan dalam
situasi selepas murid mendapat bahan-bahan tersebut, guru meminta murid-murid membincang dengan ahli kumpulan sama
ada bahan itu dapat diukur atau tidak serta mencatat dalam jadual yang disediakan oleh guru
Secara kesimpulannya, penggunaan semua teori pembelajaran ini adalah untuk membantu guru mencapai objektif pengajaran
dan murid dapat mencapai hasil pembelajaran. Selain itu, dengan menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertolak
ansur, tolong-menolong dapat dipupuk melalui pembelajaran menggunakan teori. Sebagai contoh, semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan murid perlu memiliki sikap seperti bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong antara satu sama lain
supaya kelas boleh mewujudkan keadaan yang harmoni.
PENDEKATAN
Menurut Edward M. Anthony (1963) , maksud pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses
pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Pendekatan pengajaran terbahagi kepada beberapa jenis
pendekatan iaitu induktif, deduktif, eklektif, tematik dan kesepaduan.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini kumpulan, kami telah mengaplikasikan dua pendekatan yang berbeza iaitu
induktif dan deduktif. Berdasarkan Ahmad Subki Miskon dan Syed Ismail Syed Mustapa (2013), mereka telah menjelaskan
bahawa pendekatan induktif merupakan suatu pendekatan apabila guru memulakan pengajaran dengan memberikan contoh
yang khusus dan di akhir pembelajaran murid akan membuat rumusan.
Kumpulan kami telah menggunakan pendekatan induktif dalam langkah 3. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan ialah guru telah memberi bahan-bahan maujud sebagai bahan bantu mengajar seperti sepit rambut, syiling 5 sen,
getah rambut, rantai kunci, putik kapas, blok kayu, dan butang. Kemudian, guru memberi contoh umum tentang bahan-bahan
yang boleh diukur dengan menggunakan unit centimeter (cm) dan unit milimeter (mm). Contohnya, objek-objek yang bersaiz
kecil akan diukur dengan milimeter manakala objek-objek yang bersaiz besar akan diukur dengan sentimeter (cm).
Seterusnya, kumpulan kami juga mengaplikasikan pendekatan deduktif dalam aktiviti tersebut. Menurut pendapat daripada
Ahmad Subki Miskon dan Syed Ismail Syed Mustapa (2013), mereka menyatakan bahawa pendekatan deduktif boleh
didefinisikan sebagai pendekatan mengajar yang bermula dengan hukum, peraturan, dan rumus. Kemudian ia diikuti dengan
aplikasi ke atas contoh-contoh yang khusus.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kumpulan kami ini juga, kami telah menggunakan pendekatan deduktif pada
langkah 1, langkah 2 dan langkah 3. Pada langkah 1, guru telah menerangkan tentang definisi panjang dan meminta murid
memberi contoh objek yang panjang dengan berdasarkan alat bantu mengajar yang telah disediakan seperti pembaris. Guru
juga menjelaskan maksud unit bukan piawai serta meminta murid-murid menyenaraikan contoh-contoh unit bukan piawai yang
menggunakan anggota badan manusia seperti hasta dan jengkal.
Page 7
Pada langkah 2, guru telah memberi pendedahan kepada murid tentang konsep unit piawai sentimeter (cm) dan milimeter (mm)
secara ringkas. Kemudian, guru mengarahkan murid-murid untuk melakukan analisis serta memilih unit piawai yang amat sesuai
untuk mengukur bahan-bahan yang telah diberi oleh guru.
Langkah yang terakhir ,guru telah memberitahu kepada murid-murid tentang bahan-bahan yang dapat mengukur panjang dan
bahan yang tidak dapat diukur dengan menggunakan pembaris. Guru juga menyediakan contoh bahan-bahan seperti pensel,
tali, sudu, sikat, bedak, batu, pasir, minyak wangi dan lain-lain. Penggunaan bahan bantu mengajar ini dapat membantu murid-
murid lebih memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas. Guru akan menerangkan sebab-sebab bahan-bahan dapat
diukur dan tidak dapat diukur. Selepas itu, guru akan menyuruh murid-murid mencari bahan-bahan yang dapat diukur dan tidak
dapat diukur dalam kotak misteri serta mencatat dalam kertas latihan. Melalui kaedah ini, murid-murid akan lebih memahami
konsep pengukuran tersebut.
MODEL, PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PEGAJARAN
MODEL PENGAJARAN
Model pengajaran yang digunakan oleh setiap ahli kumpulan berbeza-beza antara satu sama lain. Model pengajaran
mempunyai banyak fungsi, antaranya ialah untuk memberi panduan kepada guru untuk merancang langkah-langkah mengajar
dengan berkesan, untuk membentuk rangka pengajaran yang lengkap serta sebagai panduan asas bagi guru dalam sesi
maklum balas serta pengubahsuaian untuk sesi pengajaran yang akan datang.
Terdapat beberapa model pengajaran yang digunakan dalam Rancangan Pengajaran Harian berkumpulan ini iaitu :
Model Pemprosesan Maklumat
Model Behavioral
Model Sosial
Ketiga-tiga model ini digunakan secara komprehensif dalam rancangan pengajaran yang berlangsung selama 60 minit
dalam kelas yang dipantau oleh pensyarah.
MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
Penggunaan Model Pemprosesan Maklumat dapat dilihat dengan jelas dalam Rancangan Pengajaran Harian pada set
induksi dan pengajaran langkah satu. Menurut Azizi Bin Yahaya dan Syazwani Binti Abdul Razak, Model pemprosesan
maklumat ialah pendekatan intelek yang diberi keutamaan oleh individu untuk percambahan maklumat.
Kategori model pembelajaran ini menghuraikan proses bagaimana maklumat diperoleh, disusun, disimpan dan
digunakan. Dalam hal ini, pada langkah set induksi, guru telah menggunakan konsep Ekspositori daripada Model Pemprosesan
Maklumat ini dengan memberi penerangan yang jelas dan terperinci mengenai konsep panjang. Guru juga melakukan imbas
kembali kepada murid mengenai unit ukuran bukan piawai yang telah dipelajari oleh murid dalam Darjah 2. Pada peringkat ini,
guru menggunakan kaedah ingatan jangka panjang yang terdapat dalam Model Pemprosesan Maklumat ini. Hal ini kerana,
murid telah pun mempunyai ingatan semantik mengenai konsep ukuran unit bukan piawai menggunakan anggota badan.
MODEL BEHAVIORAL
Model kedua yang digunakan ialah model Behavioral. Choong Lean Keow(2011) menyatakan bahawa kerangka teoretikal
yang merentasi model pengajaran Behavioral telah menggunakan asas teori pembelajaran sosial yang lebih dikenali sebagai
modifikasi tingkah laku dan cybernetics. Model ini telah digunakan dengan berkesan dalam langkah pengajaran ketiga. Dalam
langkah ini, guru menekankan penguasaan kemahiran akademik yang terdapat dalam Pembelajaran Masteri yang diasaskan
Page 8
oleh Benjamin Bloom dan James Block, di mana murid mengaplikasikan kemahiran mengukur yang telah dipelajari dalam
langkah pembelajaran sebelum itu.
Di samping itu, guru juga menggunakan Pengajaran Langsung kerana guru meninjau prasyarat yang diperlukan oleh
murid untuk memahami tajuk yang diajar. Guru memastikan murid memahami kaedah mengukur dengan betul sebelum
mengajar tentang konsep mengukur menggunakan unit sentimeter dan milimeter menggunakan pembaris. Guru juga memberi
peluang kepada pelajar untuk mempraktis sendiri kemahiran dan konsep yang baru diperoleh. Hal ini dapat dilihat apabila guru
memberi peluang pelajar mengukur sendiri dan membantu murid yang mengalami masalah ketika mengukur objek.
MODEL SOSIAL
Selain itu, model lain yang digunakan ialah model Sosial. Model ini memberi fokus kepada perkembangan konsep dan
kemahiran yang diperlukan untuk bekerja dalam kumpulan. Terdapat dua jenis pembelajaran di bawah model ini iaitu
pembelajaran koperatif dan pembelajaran berasaskan main peranan dan simulasi. Hafizah Husain et.al (2006) menyatakan
bahawa kaedah pembelajaran koperatif yang berpusatkan pelajar merupakan satu metodologi pengajaran aktif dalam kumpulan-
kumpulan kecik berbanding kaedah pembelajaran kompetititf atau secara individu yang berpusatkan guru (pensyarah). Perkara
ini tidak dapat dinafikan lagi kerana pembelajaran koperatif memerlukan setiap ahlinya berbincang dan saling bekerjasama
untuk melakukan tugasan yang diberikan oleh guru. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas dalam pelaksanaan langkah
pengajaran kedua. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan dan memberi tugasan kepada murid. Murid perlu saling
membantu kerana terdapat pelajar yang bermasalah penglihatan di samping melaksanakan tugasan guru.
Langkah keempat juga menerapkan kaedah koperatif ini dimana murid dibahagikan kepada kumpulan dan diminta untuk
mengambil objek yang boleh diukur dan objek yang tidak boleh diukur daripada sebuah kotak misteri yang diberikan. Pelajar
perlu berinteraksi bersama pasangannya untuk menentukan barang yang dipilih.
Kesimpulannya, model-model pengajaran ini telah digunakan secara komprehensif dan menyeluruh dalam Rancangan
Pengajaran berkumpulan ini. Dengan ini, pengaplikasi terhadap model-model ini perlu diterapkan dalam pengajaran di sekolah
pada masa akan datang.
TEORI PEMBELAJARAN
Saya dan ahli kumpulan saya telah menerapkan beberapa teori pembelajaran semasa kami menghasilkan Rancangan
Pengajaran Harian untuk subjek matetematik tahun 3 topik ukuran panjang. Antara teori pembelajaran yang telah kami pilih ialah
teori pembelajaran kognitif ausubel dan bruner, teori pembelajaran behaviouris dan teori pembelajaran konstrutivisme.
Penggunaan pelbagai teori pembelajaran boleh dilihat dalam setiap langkah pengajaran kami supaya isi pelajaran yang
kami ingin sampaikan boleh difahami oleh semua pelajar. Teori pertama yang telah kami gunakan ialah teori pembelajaran
kognitif ausubel dalam langkah 1. Teori ini mementingkan pembelajaran penemuan dan secara resepsi. Tetapi, kami telah
memilih pembelajaran secara resepsi yang murid akan terima maklumat secara bermakna dan bukan secara hafalan. Pelajar
akan terima maklumat yang tersusun dan teratur dari guru.
Dalam langkah 1, guru akan beri definisi panjang kepada murid. Murid hanya perlu dengar dan memahaminya. Selain itu,
guru akan kaitkan unit bukan piawai yang telah dipelajari pada tahun 2 dengan unit piawai yang akan diajar pada sesi
pengajaran nanti.
Manakala untuk Langkah 2, Teori pembelajaran yang telah kami gunakan ialah teori pembelajaran konstruktivisme. Teori
pembelajaran konstruktivisme ialah murid sendiri akan membina pengetahuan baru dengan menyesuaikan maklumat
pengetahuan sedia ada dan membuat kaitan dengan persekitaran.
Page 9
Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk
pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya. Guru telah menggunakan
pendekatan 5E dalam pengajaran ini. E yang pertama ialah menarik perhatian murid dengan menggunakan gambar dan
pembaris. E yang kedua ialah guru memberi arahan kepada murid mencari jawapan untuk gambar rajah yang diberi oleh guru. E
yang ketiga ialah murid diminta menyatakan unit piawai yg sesuai untuk objek yg diukur. E yang keempat ialah guru
menerangkan perbezaan unit piawai cm dan mm. Akhir sekali ialah E yang kelima murid diminta memberi contoh lain untuk
objek besar dan kecil.
Seterusnya untuk Langkah 3 yang menggunakan Teori behaviouris. Teori ini mementingkan rangsangan sekali dengan
gerak balas serta peneguhan. Sebagai contoh, guru memberi ganjaran kepada murid semasa jawapan soalan dengan betul.
Ganjaran yang diberi ialah token ekonomi atau cap kepujian. Guru juga menggunakan prinsip yang terlibat dengan aktif dalam
pembelajaran. Murid melibatkan diri semasa perbincangan dengan guru dan kumpulan lain.
Tambahan pula, guru perlu menyediakan bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik semasa P&P dijalankan.
Antara susunan yang patut diikuti ialah memberi bahan, menyusun bahan mengikut urutan, mengukur mengikut objek yang
diberi, tuliskan atau catatkan jawapan dalam kertas, dan akhir sekali guru bincang dengan murid. Jika murid mendapat jawapan
yang betul atau respon yang tepat, guru akan memberi ganjaran sebagai galakkan atau motivasi.
Akhir sekali ialah Langkah 4 yang menggunakan Teori Pembelajaran Kognitif Bruner. Teori ini menyatakan pembelajaran
konsep atau kategori mempunyai ciri-ciri yang berbeza berbanding objek dengan objek yang lain. Contohnya guru minta murid
membuat banding beza antara bahan dapat diukur dan tidak dapat diukur. Selain itu, murid-murid diberi peluang untuk
meneroka, memegang dan merasa. Ini merupakan pembelajaran penemuan yang dipentingkan dalam teori kognitif Bruner.
Sebagai contoh, guru menyediakan kotak misteri dan murid diminta menutup mata sambil mencari bahan-bahan yang dapat
diukur dan tidak dapat diukur.
Murid-murid juga bekerja dalam kumpulan serta perbincangan dengan ahli kumpulan. Penyataan ini boleh dibuktikan
dalam situasi selepas murid mendapat bahan-bahan tersebut, guru meminta murid-murid membincang dengan ahli kumpulan
sama ada bahan itu dapat diukur atau tidak serta mencatat dalam jadual yang disediakan oleh guru
Secara kesimpulannya, penggunaan semua teori pembelajaran ini adalah untuk membantu guru mencapai objektif
pengajaran dan murid dapat mencapai hasil pembelajaran. Selain itu, dengan menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama,
bertolak ansur, tolong-menolong dapat dipupuk melalui pembelajaran menggunakan teori. Sebagai contoh, semasa pengajaran
dan pembelajaran dijalankan murid perlu memiliki sikap seperti bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong antara satu sama
lain supaya kelas boleh mewujudkan keadaan yang harmoni.
PENDEKATAN
Menurut Edward M. Anthony (1963) , maksud pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses
pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Pendekatan pengajaran terbahagi kepada beberapa jenis
pendekatan iaitu induktif, deduktif, eklektif, tematik dan kesepaduan.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini kumpulan, kami telah mengaplikasikan dua pendekatan yang berbeza
iaitu induktif dan deduktif. Berdasarkan Ahmad Subki Miskon dan Syed Ismail Syed Mustapa (2013), mereka telah menjelaskan
bahawa pendekatan induktif merupakan suatu pendekatan apabila guru memulakan pengajaran dengan memberikan contoh
yang khusus dan di akhir pembelajaran murid akan membuat rumusan.
Kumpulan kami telah menggunakan pendekatan induktif dalam langkah 3. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan ialah guru telah memberi bahan-bahan maujud sebagai bahan bantu mengajar seperti sepit rambut, syiling 5 sen,
getah rambut, rantai kunci, putik kapas, blok kayu, dan butang. Kemudian, guru memberi contoh umum tentang bahan-bahan
Page 10
yang boleh diukur dengan menggunakan unit centimeter (cm) dan unit milimeter (mm). Contohnya, objek-objek yang bersaiz
kecil akan diukur dengan milimeter manakala objek-objek yang bersaiz besar akan diukur dengan sentimeter (cm).
Seterusnya, kumpulan kami juga mengaplikasikan pendekatan deduktif dalam aktiviti tersebut. Menurut pendapat
daripada Ahmad Subki Miskon dan Syed Ismail Syed Mustapa (2013), mereka menyatakan bahawa pendekatan deduktif boleh
didefinisikan sebagai pendekatan mengajar yang bermula dengan hukum, peraturan, dan rumus. Kemudian ia diikuti dengan
aplikasi ke atas contoh-contoh yang khusus.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kumpulan kami ini juga, kami telah menggunakan pendekatan deduktif pada
langkah 1, langkah 2 dan langkah 4. Pada langkah 1, guru telah menerangkan tentang definisi panjang dan meminta murid
memberi contoh objek yang panjang dengan berdasarkan alat bantu mengajar yang telah disediakan seperti pembaris. Guru
juga menjelaskan maksud unit bukan piawai serta meminta murid-murid menyenaraikan contoh-contoh unit bukan piawai yang
menggunakan anggota badan manusia seperti hasta dan jengkal.
Pada langkah 2, guru telah memberi pendedahan kepada murid tentang konsep unit piawai sentimeter (cm) dan milimeter
(mm) secara ringkas. Kemudian, guru mengarahkan murid-murid untuk melakukan analisis serta memilih unit piawai yang amat
sesuai untuk mengukur bahan-bahan yang telah diberi oleh guru.
Langkah yang terakhir iaitu langkah 4, guru telah memberitahu kepada murid-murid tentang bahan-bahan yang dapat
mengukur panjang dan bahan yang tidak dapat diukur dengan menggunakan pembaris. Guru juga menyediakan contoh bahan-
bahan seperti pensel, tali, sudu, sikat, bedak, batu, pasir, minyak wangi dan lain-lain. Penggunaan bahan bantu mengajar ini
dapat membantu murid-murid lebih memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas. Guru akan menerangkan sebab-sebab
bahan-bahan dapat diukur dan tidak dapat diukur. Selepas itu, guru akan menyuruh murid-murid mencari bahan-bahan yang
dapat diukur dan tidak dapat diukur dalam kotak misteri serta mencatat dalam kertas latihan. Melalui kaedah ini, murid-murid
akan lebih memahami konsep pengukuran tersebut.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu penentuan dan perancangan kaedah dengan menggunakan
teknik mengajar. Melalui kedah ini jangka sesuatu pendekatan dapat dilakasanakan dengan secara berlancar dan berjaya
mencapai matlamat. Antara strategi pengajaran adalah strategi pemusatan guru, strategi pemusatan murid, strategi berdasarkan
tugasan / aktiviti dan strategi pemusatan bahan.
Kumpulan kami hanya mengaplikasikan dua strategi iaitu, strategi pemusatan murid dan strategi pemusatan bahan
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Strategi pemusatan murid adalah murid-murid memainkan peranan yang amat
penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran manakala guru menjadi fasilitator untuk memberi bimbingan kepada murid-
murid. Secara tidak langsung, murid-murid akan melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran.
Strategi yang seterusnya adalah strategi pemusatan bahan. Terdapat dua jenis bahan yang digunakan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran merupakan bahan yang
perlu digunakan oleh guru iaitu bahan-bahan maujud. Manakala bahan pembelajaran merupakan bahan yang mesti diguanakan
oleh murid seperti buku teks, buku latihan dan lain-lain.
Pada langkah 1 guru menggunakan bahan maujud supaya murid-murid dapat membanding beza antara bahan yang
panjang dan bahan yang pendek. Secara tidak langsung murid-murid telah diberi pendedahan tentang perbendaharaan kata
mengenai ukuran. Murid-murid menggunakan unit bukan piawai anggota badan untuk mengukur objek yang diberikan.
Page 11
Seterusnya pada langkah 2 murid-murid akan diberi dua gambar yang berlainan dan pembaris daripada guru. Tujuannya
adalah murid-murid untuk mengajar murid-murid menggunakan pembaris dengan betul untuk mengukur panjang dalam gambar
yang disediakan. Aktiviti ini dijalankan secara berpasangan dengan melakukan perbincangan antara satu sama lain.
Selain itu, dalam langkah 3 murid-murid telah diberi peluang untuk meneroka bahan-bahan maujud seperti sepit rambut,
syiling 5 sen, getah rambut, rantai kunci, putik kapas, blok kayu, dan butang. Pembaris digunakan untuk mengukurkan bahan-
bahan dalam unit ukuran piawai iaitu centimeter (cm) dan milimeter (mm). Murid-murid dapat membezakan antara bahan kecil
yang perlu menggunakan milimeter (mm) dan bahan besar yang menggunakan sentimeter (cm).
Akhirnya, pada langkah 4, murid-murid diberi satu permainan iaitu permainan explorace untuk meneroka kepanjangan
sesuatu bahan. Bahan-bahan telah diletakkan dalam satu kotak misteri dan murid-murid dihendaki menggunakan penutup mata
untuk menutup mata untuk mencari bahan-bahan yang telah disenaraikan daripada guru. Murid-murid akan mencuba
mendapatkan bahan-bahan serta membuat perbandingan antara bahan yang boleh diukur dan bahan yang tidak boleh diukur.
JUSTIFIKASI PEMILIHAN DAN PENGAPLIKASIAN KAEDAH
Dalam merangka perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kesan terdapat beberapa kaedah yang
difikirkan bersesuaian digunakan misalnya kaedah pemudahcaraan, perbincangan dan demonstrasi.
Berdasarkan kaedah pertama iaitu pemudahcaraan, justifikasi yang menjadikan kaedah ini sebagai pilihan ialah kerana
melalui kaedah ini guru dapat memotivasikan murid, membimbing dan mengalakkan murid melibatkan diri di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pendekatan sebegini amatlah sesuai dijalankan di sekolah rendah kerana kaedah ini lebih
dekat dengan murid dimana pada peringkat inilah mereka memerlukan bimbingan yang berterusan untuk memahami sesuatu
konsep yang konkrit kepada konsep yang lebih abstrak lagi.
Bukan itu sahaja, apa yang lebih penting lagi, kaedah ini juga dapat membantu melicinkan pembelajaran agar tiada
sebarang gangguan.Tambahan pula, kaedah ini turut mampu mengukuhkan kemahiran pertuturan di samping melatih murid
untuk berfikir dengan cepat dan spontan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Situasi sebegini boleh diwujudkan kerana jika
guru menguasai teknik menyoal yang kesan sudah pastilah pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan baik serta dapat
mencapai objektif pembelajaran yang disasarkan.
Sebagai contohnya, pada langkah yang kedua guru telah memilih kaedah ini untuk diaplikasi di dalam proses pengajaran
dan pembelajarannya yang mana guru ini telah melakukan sesi soal jawab dengan murid-murid berkaitan cara bagaimana
mengukur objek dengan unit piawai yang betul. Responnya murid dapat memberi jawapan yang spontan dan cepat kepada guru
semasa tempoh pengajaran tersebut.
Selanjutnya ialah berkaitan justifikasi pemilihan dan pengaplikasian kaedah perbincangan di dalam pengajaran dan
pembelajaran. Secara amnya, mengapa kaedah ini dipilih ialah kerana untuk memberi peluang kepada murid-murid saling
bertukar-tukar idea dan berkongsi pengalaman serta ilmu yang mereka peroleh bersama-sama dengan rakan-rakannya yang
lain. Melalui cara ini mereka dapat melatih diri murid-murid untuk berfikiran lebih rasional dalam mengemukakan sebarang idea
dan pendapat.
Biar kita ambil contoh pengaplikasian kaedah ini. Jika dilihat dengan teliti kaedah ini telah diaplikasikan sebanyak dua
kali iaitu semasa di langkah pengajaran 3 dan 4. Kedua-dua langkah ini tidak jauh berbeza kerana guru telah memberikan bahan
rangsangan serta arahan yang jelas untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Di dalam proses pengajaran tersebut, guru
membenarkan murid-murid untuk berkongsi idea dalam menyelesaikan masalah selain melontarkan pendapat mengenai isu
yang bercanggahan dengan kumpulan yang lain.
Page 12
Selain itu juga, kaedah ini secara tidak langsung mampu memberi rangsangan kepada murid-murid untuk mempunyai
sifat ingin membaca bagi mencari dan menambahkan maklumat sedia ada mereka. Senario ini berlaku kerana mereka
merasakan satu kepuasan jika dapat melontarkan idea yang bernas bersama-sama bukti yang kukuh iaitu melalui pembacaan.
Tambahan pula, keadaan ini turut mendorong kepada perkembagan mental mereka kerana kaedah ini telah berjaya memupuk
murid-murid untuk berfikiran lebih kritis, analitis dan kreatif semasa menjalani sesi perbincangan.
Akhir sekali, kewajaranan memilih kaedah demostrasi ialah kerana kaedah ini mampu melatih murid melakukan
pemerhatian dan seterusnya melaksanakan aktiviti tersebut mengikut prosedur yang tertentu. Ini penting kerana murid-murid di
sekolah rendah akan lebih mudah memahami sesuatu isi pelajaran jika mereka diberikan contoh untuk dilihat. Bukan itu sahaja,
melalui kaedah demostrasi ini juga akan mempercepatkan proses kefahaman murid melalui pemerhatian disamping membuka
peluang untuk murid lebih memahami apa yang hendak dipelajari.
Contoh mudah pengaplikasian kaedah demostrasi ini ialah guru melakukan demostrasi untuk mengukur bahan dalam
unit piawai. Semasa demostrasi ini berlangsung, murid-murid akan memerhati dan menilai aktiviti tersebut dan apabila mereka
diberi peluang untuk melakukannya dengan mudah mereka dapat boleh memahami apa kemahiran yang ingin disampai oleh
guru tersebut. Ini menunjukkan bahawa objektif pembelajaran guru tersebut telah tercapai dan murid dapat menguasai
kemahiran itu dengan baik.
Laman Sesawang :
1. http://www.allmeasures.com/
2. http://www.tedmontgomery.com/convrsns/index.html
3. http://www.digitaldutch.com/unitconverter/area.htm
4. http://www.nctm.org/resources/content.aspx?id=11382
Rujukan
Blitzer, R (2003).
Thinking mathematically.2nd ed
. Upper Saddle River, New
Jersey: Prentice-Hall.
Booker, G. Boon, D, Briggs, J. Davey G. (1998).
Teaching primary mathematics 2nd
ed
. Sydney: Longman.
Bitter G. Hartfield M. Edward N.T. (1989).
Mathematics method for the elementary
and middle school, A comprehensive approach
. Boston: Allyn and Bacon.
Page 13