34
9.0 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 9.1 PENGENALAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran- kemahiran bahasa ini meliputi kemahiran lisan iaitu (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

9.0 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

9.1 PENGENALAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan

insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi

intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara.

Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib,

selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi

negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-

murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, bak kata pepatah Melayu,

melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan kemahiran

asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga

Tahun 6. Kemahiran-kemahiran bahasa ini meliputi kemahiran lisan iaitu (mendengar

dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan

sintaksis bahasa Melayu.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula,

mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa

Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan kecekapan berbahasa

dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh

bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat murid.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan

(SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan

dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa

Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi

Page 2: HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

huraian, kemahiran bahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah

perbendaharaan kata yang dicadangkan.

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberi fokus kepada Hasil

Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran ini berteraskan

kemahiran bahasa dan menggabungkan peraturan dalam sistem bahasa serta disokong

oleh elemen Pengisian Kurikulum. Elemen yang terdapat di dalam pengisian kurikulum

ialah aspek nilai, ilmu, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya dan kemahiran

bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi

maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran

konstruktivisme dan konstektual.

9.2 DEFINISI

Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen perincian kepada Sukatan

Pelajaran untuk memudahkan guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dan

mencapai objektif Huraian Pembelajaran Utama dan Huraian Pembelajaran Khusus.

9.3 CIRI-CIRI HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

1. Huraian Sukatan Pelajaran mempunyai tiga lajur iaitu hasil pembelajaran,

huraian hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti yang menunjukkan aras

perbezaan murid bagi kemahiran yang berkenaaan contohnya kemahiran

mendengar. Contohnya :

Page 3: HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Hasil Pembelajaran Huraian Hasil

Pembelajaran

Cadangan aktiiviti

Terdapat

Huraian

Pembelajaran

Utama dan

Huraian

Pembelajaran

Khusus

Mempunyai aras

1, 2 dan 3

Dalam Huraian Hasil Pembelajaran, terdapat tiga aras yang mengikuti aras

Taknsonomi Bloom. Aras 1 merupakan aras yang minimum yang perlu dikuasai oleh

murid-murid Kemudian, aras 2 dan 3 merupakan aras yang mencabar yang perlu

dikuasai oleh murid setelah mereka menguasai aras 1.

2. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran terdapat Konsep 5p iaitu :

Rajah 1.0 : Konsep 5P

KONSEP 5P

Penggabungjalinan

Penyerapan

PengayaanPemulihan

Penilaian

Page 4: HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

9.4 PERBEZAAN SUKATAN PELAJARAN DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

SUKATAN PELAJARAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Definisi : Dokumen standard

yang digunakan oleh guru

sebagai garis panduan untuk

melaksanakan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran.

Definisi : Dokumen perincian

kepada Sukatan Pelajaran untuk

memudahkan guru melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran dan

mencapai objektif Huraian

Pembelajaran Utama dan Huraian

Pembelajaran Khusus

Sama bagi setiap sekolah

kebangsaan dan jenis

kebangsaan.

Berbeza di antara sekolah

kebangsaan dan sekolah jenis

kebangsaan.

Mempunyai matlamat dan 10

objektif

Tiada

Tidak mempunyai Konsep 5p Mempunyai Konsep 5P iaitu

Pengabungjalinan, Penerapan ,

Pengayaan, Pemulihan dan

Penerapan

Page 5: HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

10.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Berdasarkan Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang

teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran pula, strategi ini bermaksud kebijaksanaan guru mengurus

perlaksanaan p dan p dalam bilik darjah. Menurut Kementerian Pelajaran (1983 :

27), strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan adalah untuk membina dan

mengukuhkan minat murid-murid terhadap pembelajaran serta membimbing mereka

supaya bersedia menerima pelajaran seterusnya dan berupaya pula meneruskannya

sendiri. Mengikut strategi ini, setiap murid akan mengambil bahagian secara aktif di

dalam pelbagai kegiatan meliputi pelbagai unsur daripada komponen-komponen

kemahiran asas, kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan, dan persekitaran serta

kesenian dan rekreasi. 

Strategi ini bertujuan : 

I. Membolehkan murid-murid menguasai beberapa kemahiran serentak dengan

lebih bermakna.

II.  Mengelakkan rasa bosan dan menimbulkan suasana yang lebih menarik.

III. Menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan.

IV. Kemahiran-kemahiran saling memperkukuh.

10.1 KONSEP 5P

Konsep 5P adalah tajuk di bawah Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Melayu di peringkat sekolah. Konsep ini merupakan satu saranan supaya bidang-

bidang kemahiran atau bahan-bahan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

disampaikan secara bersepadu bagi memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Semua elemen di dalam 5P ini dijalankan secara bersepadu

dan bukan secara berasingan. 5P terdiri daripada penggabungjalinan, penyerapan,

pemulihan, pengayaan dan penilaian.

Page 6: HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

10.2 Penggabungjalinan

Penggabungjalinan didefinisikan sebagai suatu pengolahan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran bahasa yang melibatkan pengajaran beberapa aspek

kemahiran bahasa dikumpulkan dan diajar serentak dan berkait rapat di antara satu

dengan lain dalam satu waktu pengajaran. Penggabungjalinan juga meliputi

penggabungan beberapa kemahiran mata pelajaran lain, bahan dan juga aktiviti.

10.2.1Tujuan penggabungjalinan :

1) Kemahiran bahasa dapat dikuasai secara serentak iaitu kemahiran lisan

( mendengar dan bertutur, kemahiran mambaca dan menulis.

2) Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan kerana guru dapat

mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

3) Berpeluang untuk menggunakan kemahiran semula jadi.

4) Melibatkan pelbagai kemahiran, iaitu kemahiran lisan membaca dan menulis.

5) Melibatkan ramai pelajar.

10.2.2 Bentuk-bentuk penggabungjalinan :

1) Penggabungjalinan kemahiran bahasa

Dalam pengajaran bahasa, kita dapati ada empat kemahiran yang sering dijalankan

dalam kelas, dan kemahiran-kemahiran itu ialah kemahiran mendengar, bertutur,

membaca, dan kemahiran menulis. Guru boleh menggabungjalinkan beberapa atau

semua kemahiran itu dalm sesuatu pengajaran.  Perlu diingat bahawa susuanan atau

cara penggabungjalinan itu adalah mudah berubah. Ia mungkin wujud sama ada

kebetulan ataupun secara terancang. Sekiranya ia dirancangkan, maka guru hendaklah

mengetahui : 

a) Apakah objektif yang hendak dicapai? 

b) Apakah kemahiran yang hendak digabungjalinkan? 

c) Sebanyak mana penggabungjalinan dalam satu-satu masa hendak dilakukan?

Page 7: HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Gabungan dan susunan kemahiran di dalam sesuatu pelajaran boleh disampaikan

berdasarkan kepada objektif, kebolehan pencapaian murid, dan masa yang

diperuntukkan.

Contohnya :

Lisan  … membaca … menulis 

Membaca … lisan  … menulis 

Lisan  … membaca … lisan 

Lisan   … menulis … membaca 

2) Penggabungjalinan kemahiran mata pelajaran lain

Penggabungan yang kedua ialah melakukan penggabungjalinan kemahiran

daripada beberapa mata pelajaran dalam satu pelajaran. Misalnya, dalam pelajaran

bahasa, kemahiran bahasa boleh digabungjalinkan dengan kemahiran pendidikan seni

dan muzik. Kemahiran bahasa merupakan kemahiran fokus sementara kemahiran

pendidikan seni dan muzik menjadi kemahiran sampingan.

CONTOH :

Tajuk   : Kawan saya. 

Kemahiran Bahasa  : Membaca dan menulis tentang kawan saya. 

Kemahiran Pend. Seni : Melukis dan mewarna gambar kawan saya. 

Kemahiran Muzik  : Menyanyi lagu ‘Kawan Saya’ untuk mengukuhkan  perbendaharaan

kata yang digunakan dalam bacaan.

3) Penggabungjalinan aktiviti

Penggabungjalinan aktiviti ini berlaku sekurang-kurangkan menggabungkan dua

aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti ini

merangkumi aspek lisan, bacaan, kefahaman dan tulisan. Guru perlu merancang

Page 8: HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

penggabungjalinan dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik.

Contohnya :

a) Berceramah - mencatat isi

b) Bercerita – berbincang – menulis karangan

c) Membaca – mengesan isi – mengulas – menulis ulasan

4) Penggabungjalinan bahan

Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan-bahan atau tema

pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan terdiri daripada bahan utama atau bahan

sokongan. Perancangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai

dengan keperluan, pengalaman dan tahap pencapaian murid. Contohnya :

a) Rencana – gambar

10.3 Penyerapan

Penyerapan adalah strategi penyatuan isi pengetahuan daripada satu mata

pelajaran dengan bidang-bidang kemahiran dalam mata-mata pelajaran lain. Selain itu,

penyerapan juga bermaksud proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan

atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi

sesuatu mata pelajaran yang diajar.

10.3.1 Penyerapan Ilmu Pengetahuan

Penyerapan pengetahuan melibatkan proses penyebatian dan penyepaduan

pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam

isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. Hal ini adalah kerana setiap perkara yang

dipelajari dalam suatu mata pelajaran adalah saling berkaitan dan amat berguna bagi

mata pelajaran lain. Sebagai contohnya isi pengetahuan daripada mata pelajaran Sains

Page 9: HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

dan Matematik diserapkan seiring dengan penguasaan kemahiran-kemahiran dalam

mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

Konsep ini sedikit berbeza dengan konsep penggabungjalinan kerana proses

penyerapan pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan bukannya kemahiran.

Dalam proses ini murid akan dapat melihat perkaitan antara suatu mata pelajaran

dengan mata pelajaran yang lain. Hasil daripada penyerapan ini maka wujudlah

beberapa kelebihan kepada proses pengajaran dan pembelajaran antaranya seperti

aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang

hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya.

10.3.2 Penyerapan nilai murni

Penyerapan nilai murni merupakan proses menerapkan nilai-nilai dalam

pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai murni ini melibatkan

semangat kewarganegaraan masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepada

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Melalui proses pengajaran dan

pembelajaran, penyerapan nilai murni ini telah dilakukan secara sedar dan terancang

tetapi murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara semulajadi dan sendirinya.

Walaubagaimanapun, secara terperincinya penyerapan nilai-nilai murni ini telah

berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan juga pendekatan

eksplisit. Pendekatan implisit digunakan apabila guru-guru secara tidak langsung telah

menerapkan sesuatu nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti apabila

guru bercakap benar, berpakaian kemas dan adil. Pendekatan ini boleh berlangsung

secara merentas kurikulum serta oleh semua guru kerana nasihat, bimbingan, teguran,

contoh dan teladan boleh berlangsung pada bila-bila masa dan di mana-mana yang

difikirkan sesuai.

Pendekatan eksplisit pula boleh diaplikasikan dengan mengadakan ssesuatu

peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara

Page 10: HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

yang diharapkan sepert arahan untuk tidak membuang sampah di merata-rata serta

menjaga kebersihan persekitaran. Terdapat juga sesetengah pihak sekolah yang

mengadakan program atau aktiviti yang khusus untuk menerapkan sesuatu nilai murni

dalam kalangan murid seperti program motivasi, khemah ibadat, sambutan Hari

Kemerdekaan, Hari Guru, kempen kebersihan dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti lain yang

bersesuaian. Penyerapan nilai murni melalui pendekatan eksplisit adalah lebih

terancang bersesuaian dengan matlamat dan kaedah pelaksanaan serta penilaian yang

jelas.

Terdapat 17 nilai murni yang perlu diserapkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran iaitu:

NILAI CONTOH

Baik hati 1. Belas kasihan

2. Bertimbang rasa

3. Murah hati

4. Saling memahami

5. Sedia memaafkan

Berdikari 1. Bertanggungjawab

2. Tidak berharap atau bergantung

kepada bantuan orang lain

3. Jaya diri

4. Yakin kepada diri sendiri

Berhemah tinggi 1. Kesopanan

2. Mengaku kesalahan sendiri

3. Ramah mesra

Hormat-menghormati 1. Hormat kepada ibu bapa

2. Hormat kepada orang yang lebih tua

Page 11: HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

3. Taat kepada raja dan Negara

4. Hormat kepadda hak asasi

5. Hormat kepada undang-undang

6. Menghargai maruah diri

Kasih sayang 1. Sayang kepada nyawa

2. Sayang kepada alam sekeliling

3. Cinta kepada Negara

4. Cinta kepada keamanan dan

keharmonian

Keadilan 1. Bertindak adil

2. Sentiasa saksama

Kebebasan

1. Kebebasan di sisi undang-undang

2. Kebebasan dalam sistem demokrasi

Keberanian 1. Berani dengan tidak membuta tuli

2. Berani kerana benar

3. Berani mempertahankan kebenaran

4. Berani bertanggungjawab

Kebersihan fizikal dan mental 1. Kebersihan diri

2. Kebersihan persekitaran

3. Pertuturan dan kelakuan yang sopan

Kejujuran 1. Bersifat amanah

2. Bercakap benar

3. Sentiasa ikhlas

Kerajinan 1. Cekal

Page 12: HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

2. Daya usaha

3. Dedikasi

4. Gigih

5. Tekun

Kerjasama 1. Persaudaraan

2. Tanggungjawab bersama

3. Gotong-royong

4. Toleransi

5. Kebaikan bersama

6. Perpaduan

Kesederhanaan 1. Sederhana dalam meningkatkan

kepentingan diri dan orang lain

2. Tidak keterlaluan dalam pertuturan

dan tingkah laku

Kesyukuran 1. Berterima kasih

2. Mengenang budi

3. Menghargai

Rasional 1. Boleh membuat pertimbangan

2. Boleh membuat penaakulan

3. Berfikiran logik dan terbuka

Semangat bermasyarakat 1. Bermuafakat

2. Kejiranan

3. Peka kepada isu-isu sosial dan

masyarakat

Semangat kewarganegaraan 1. Berbangga menjadi rakyat Malaysia

2. Bersemangat patriotik

3. Berusaha ddan produktif

Page 13: HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

10.3.3 Penyerapan kewarganegaraan

Penyerapan unsur semangat patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu adalah untuk memupuk semangat cinta dan setia kepada tanah air. Ia

bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan mempunyai semangat cinta

akan bangsa dan negara.

10.3.4 Penyerapan peraturan sosio-budaya

Peraturan sosio-budaya mencerminkan falsafah dan kebudayaan masyarakat

Malaysia. Kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa merupakan peraturan

sosio-budaya dalam pendidikan Bahasa Melayu yang diamalkan dalam kehidupan

masyarakat Malaysia.

10.3.5 Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah

Bagi menerapkan kemahiran bernilai tambah ini ke dalam diri setiap pelajar,

terdapat beberapa komponen dalam kemahiran bernilai tambah menurut Kementerian

Pendidikan Malaysia (2003). Komponen-komponen inilah apa yang disebut sebagai

kemahiran bernilai tambah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk

diterapkan kepada pelajar melalui aplikasi teknik dan kaedah pengajaran tertentu.

Komponen-komponen kemahiran bernilai tambah yang dinyatakan dalam Sukatan

Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah tahun 2003 adalah seperti dalam rajah

berikut. Terdapat lima komponen kemahiran bernilai tambah yang terdapat dalam

bahasa Melayu.

Page 14: HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Rajah 5 : Komponen-komponen kemahiran bernilai tambah

1. Kecerdasan Pelbagai

Dalam konteks kecerdasan pelbagai, Howard Gardner (1983) (dalam Haliza

Hamzah et. al (2009) mendefinisikan kecerdasan sebagai kebolehan untuk

menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk yang bernilai dalam satu lingkungan

budaya. Kecerdasan pelbagai bukan sahaja diperluas keluarga kecergasan, malah

menjana definisi dan konsep kecerdasan yang releven dalam pendidikan hari ini. Dalam

hal ini, dapat kita fahami konsep kecerdasan pelbagai itu sebagai kebolehan

menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar, kebolehan menjana

masalah baru untuk diselesaikan dan kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan

perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Jenis-jenis kecergasan

yang terkandung dalam kemahiran kecerdasan pelbagai ialah seperti dalam jadual di

bawah berikut.:

Kemahiran Teknologi

Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran Kajian Masa

Depan

Kemahiran Kecerdasan

Pelbagai

Kemahiran Berfikir Kemahiran Belajar

KOMPONEN-KOMPONEN

KEMAHIRAN BERNILAI

TAMBAH

Page 15: HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Jenis Kecerdasan Huraian

Verbal Linguistik Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan

dalam lisan dan penulisan, termasuklah kebolehan

mengingat maklumat, menyakinkan orang lain, serta

bercakap tentang bahasa itu sendiri.

Logik matematik Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan

bijak berhujah, termasuklah memahami kelompok nombor

asas, prinsip sebab dan akibat serta kebolehan

menjangka.

Visual-ruang Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang,

warna dan garisan, termasuklah kebolehan

mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.

Kinestetik Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea,

perasaan dan menyelesaikan masalah, termasuklah

kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan

dan keseimbangan.

Muzik Kebolehan mengesan irama dan lagu, termasuklah

kebolehan mengenal lagu mudah serta membeza atau

mengubah rentak dan tempoh dalam melodi dengan

mudah.

Interpersonal Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta

hasrat orang lain. Kecerdasan ini juga merupakan

kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain

secara praktikal, seperti menggalakkan murid menyertai

sesuatu projek.

Intrapersonal Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan,

kelemahan, hasrat dan kehendak, termasuklah kemahiran

bagaimana seseorang itu sama ada berbeza dengan

orang lain. Kecerdasan ini juga membantu individu

menangani perasaan, beradap sopan, serta mengawal

Page 16: HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

kemarahan atau kesedihan diri.

Naturalis Kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuh-

tumbuhan, galian, dan binatang, termasuk rumput dan

batu-batuan, serta pelbagai flora dan fauna. Kecerdasan

ini juga merupakan kebolehan untuk mengenali artifak

budaya dari segi pekaian dan makanan.

Jadual 1 : Jenis-jenis kecerdasan pelbagai

Berdasarkan kepada jadual di atas, kita dapat melihat bahawa terdapat lapan

jenis kecerdasan pelbagai. Kecerdasan pelbagai ini perlu diaplikasikan dalam

pengajaran kerana dapat menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh

selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid. Di samping itu,

kemahiran ini dapat menghasilkan pelajar yang seimbang, model kecerdasan pelbagai

membantu murid memperoleh apa yang perlu untuk hidup di abad akan datang.

Kecerdasan pelbagai diaplikasikan dalam pengajaran kerana pelajar dapat menerima

persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap murid

adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. Kecerdasan pelbagai membantu

guru memahami motivasi murid dan kepentingan menggunakan pelbagai cara murid

dapat belajar dan menunjukkan kefahaman mereka. Murid lebih bermotivasi untuk

belajar dengan cara yang lebih selesa jika cara ini digunakan.

1. Kemahiran berfikir

Menurut Tuan Jah Tuan Yusof (2011), beliau menyatakan kemahiran berfikir adalah

apa sahaja proses kognitif yang diperincikan dalam satu set langkah-langkah yang jelas

yang kemudiannya digunakan untuk memandu pemikiran. Contohnya, membuat

inferens atau andaian adalah proses kognitif yang terlibat dalam kebanyakan kurikulum

yang standard. Daripada definisi ini, dapat difahami bahawa kemahiran berfikir

merupakan sebarang bentuk atau proses mental atau pemikiran yang berlaku dalam

Page 17: HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

minda kita. Pemikiran itu boleh menjadi apa sahaja jenis atau bentuk pemikiran yang

dihasilkan dalam minda kita kerana perkara utama yang dilihat ialah berlakunya proses

penjanaan atau pensintesisan tentang apa sahaja menggunaka minda kita.

Edward de Bono (1976) menyatakan berfikir ini melibatkan pengelolaan operasi

mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang

bertujuan menyelesaikan masalah. Beliau menambah bahawa berfikir ini merupakan

pembentukan idea, pembetukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam

bentuk tertentu. kurikulum kemahiran berfikir secara kreatif dan kritif, kemahiran berfikir

dibahagikan kepada dua komponen yang penting iaitu kemahiran berfikir secara kritis

dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis banyak digunakan

aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan merujuk kepada keberkesanan

seseorang dalam menggunakan minda dalam menilai keesahan atau kebaikan satu-

satu idea, buah fikiran, pandangan dan boleh memberi respons berdasarkan kepada

bukti dan sebab musabab.

Berdasarkan definisi-definisi yang telah diberikan ini, dapat kita fahami bahawa

kemahiran berfikir ialah sebarang proses kognitif atau mental yang berlaku dalam

minda dan pemikiran kita. Terdapat beberapa kepentingan kemahiran berfikir adalah

seperti berikut.

Mengelakkan kesilapan berfikir, iaitu berfikir secara terburu-buru dan berfikir

secara sempit

Mengelakkan kesilapan membuat keputusan

Meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif

Memperkembangkan daya intelek

Meningkatkan daya fikir dan kreativiti

Berfikir di luar kotak pemikiran

Merealisasikan Wawasan 2020 bagi mencapai status negara maju\

Page 18: HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

2. Kajian masa depan

Pengajaran berasaskan kajian masa depan diperkenalkan bertujuan untuk mendidik

generasi baru yang bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Kajian masa depan

akan membantu generasi ini menyedari bahawa masa depan pasti berubah dan penuh

dengan cabaran dan dugaan. Mereka juga boleh merancang masa depan sesuai

dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia berwawasan, rasional, kreatif,

dinamik, boleh menerima serta boleh menangani perubahan. Pengajaran masa depan

membolehkan murid menangani cabaran sebagai ahli masyarakat global yang

berperanan aktif pada masa depan.

Mengikut Umar Alkhatab (dalam Mok Soon Sang (2004)), mengatakan

“Berilah pendidikan kepada anak-anak kamu yang dilahirkan untuk zaman lain daripada

zaman kamu”. Dalam dunia sekarang, terdapat banyak perubahan yang pesat dan

mendadak dalam bidang teknologi, industri, ekonomi dan sebagainya berdasarkan asas

untuk membuat keputusan dan merancang. Era globalisasi telah menyebabkan

perhubungan fizikal dan sosial di dunia semakin dekat. Kajian yang berlaku di sesuatu

tempat akan memberi kesan pada orang dan tempat yang lain. Kemahiran

berpandangan jauh ini memberi perlindungan daripada kesan-kesan tersebut. Selain

itu, berpandangan jauh membolehkan seseorang mengambil langkah-langkah

pencegahan sebelum krisis berlaku.

Sekiranya krisis itu masih berlaku, seseorang masih berupaya menangani

perubahan dan kesan daripada krisis tersebut. Pengajaran masa depan membolehkan

murid menghadapi kekangan-kekangan pada masa depan. Mereka diperkenalkan

dengan prinsip perancangan strategik. Bayangan dan andaian tentang masa depan

boleh membentuk dan mempengaruhi tindakan kita pada masa ini. Oleh itu, bayangan

dan andaian tersebut boleh digunakan dalam perancangan secara strategik untuk

mencapai masa depan yang diingini. Selain itu, remaja selalunya menunjukkan

keprihatinan dan kebimbangan tentang masa depan mereka. Mereka perlu dibekalkan

Page 19: HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

dengan kemahiran perancangan strategik, cara menangani masalah serta cara

penyelesaian masalah kendiri agar mereka tidak dilanda kebimbangan dalam

menghadapi perubahan atau sesuatu yang tidak dijangka.

Secara totalnya, dapatlah kita simpulkan tentang kajian masa depan itu sebagai

kemahiran berfikir tentang sesuatu yang akan atau mungkin berlaku pada masa depan

yang akan membantu kita memandu tindakan kita pada masa sekarang untuk

menghasilkan kesan yang baik pada masa depan.

3. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

Kamarudin Hj. Husin (1995) menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi

dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk membolehkan murid

dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi

maklumat yang pelbagai bentuk. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi pada

hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti teks, grafik,

audio, video atau kombinasi pelbagai mod. Kemajuan teknologi maklumat dan

komunikasi ini dapat digunakan sebagai alat aplikasi apabila membantu murid

melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat

pembelajaran dan pengajaran.

Hal ini bermaksud bahawa murid perlu terlibat dalam penggunaan dan bukan

sekadar mengikuti pembelajaran tersebut menggunakan teknologi maklumat dan

komunikasi sahaja. Dengan yang demikian, kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi perlu diajar kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer

untuk bertujuan komunikasi seperti menghantar e-mel, menggunakan aplikasi perisian

dalam menyempurnakan tugasan hariandan mengakses maklumat melalui internet.

Kemahiran ini akan dapat melatih murid-murid supaya cerdas dalam menggunakan

teknologi komputer terkini dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran.

Page 20: HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Antara manfaat yang boleh diperolehi daripada penggunaan teknologi maklumat

menurut dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap murid

adalah seperti berikut :

Mengakses maklumat yang sukar diperoleh terutama berkaitan isu semasa dan

global.

Mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama atau terlalu mahal

untuk diperoleh.

Meningkatkan kreativiti, keyakinan diri dan imaginasi murid melalui tugas projek

dan aktiviti kumpulan.

Memberi peluang kepada murid belajar dengan berkesan dengan bimbingan

yang minimum daripada guru.

Meningkatkan kemahiran TMK melalui penggunaan secara professional.

4. Kemahiran Belajar

Kamarudin Hj. Husin (1995) menjelaskan bahawa belajar adalah satu proses tindakan

yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan suatu perubahan tingkahlaku yang

baru secara keseluruhan, sebagai hasil pengalaman individu itu sendiri dalam interaksi

dengan persekitarannya. Dalam hal ini, belajar dilihat sebagai perubahan dari segi

pengetahuan dan tingkahlaku secara tekal. Kemahiran belajar cara belajar diajarkan

supaya murid peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Kemahiran belajar

yang perlu dikuasai ialah menentukan bahan yang optimum, pemerolehan maklumat

dan memproses maklumat. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid

meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak dan mengamalkan pembelajaran seumur

hidup.

Kamus Dewan (1966) pula mengatakan bahawa perkataan ‘belajar’ bermaksud

memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Belajar ialah satu proses tindakan yang

dilakukan oleh seseorang untuk mencapai sesuatu tingkah laku baru secara

Page 21: HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

keseluruhan. Perubahan yang berlaku dalam diri yang dimaksudkan ialah perubahan

yang berlaku akibat dari proses pembelajaran tadi. Selain itu, belajar juga bermaksud

satu proses yang melibatkan seseorang itu memproses maklumat yang diperolehi yang

membawa kepada perubahan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran.

Mok Soon Sang (2004) menjelaskan bahawa belajar berlaku apabila

berubahnya pengetahuan dan tingkah laku seseorang secara tekal. Perubahan ini

biasanya disedari oleh diri sendiri atau kadang kala juga disedari oleh orang yang

berada di sekeliling. Perubahan ini adalah berlaku secara sengaja ataupun tidak

sengaja. Perubahan tersebut boleh juga mempengaruhi dan mengubah hidup

seseorang ataupun ianya hanya sesuatu yang boleh dilupakan. Ada sesetengah

individu merasakan bahawa proses pembelajaran dan pengajaran merupakan sesuatu

yang memberatkan pemikiran. Antara aspek kemahiran belajar cara belajar ialah:

Kemahiran mendengar iaitu mendengar secara aktif dan intensif.

Kemahiran merujuk termasuk kemahiran perpustakaan.

Kemahiran membaca untuk pemahaman dan membaca pantas.

Kemahiran mencatat dan menulis pantas.

Kemahiran menghasilkan laporan.

Kemahiran mengorganisasian termasuk membina peta konsep, struktur senarai

jadual, carta alir dan hierarki.

Pengurusan masa dan gaya pembelajaran termasuk penetapan matlamat diri,

rancangan pembelajaran, pengawalan tingkah laku belajar dan senarai semak.

Persediaan menghadapi peperiksaan.

Peperiksaan, teknik menjawab soalan pelbagai pilihan dan soalan esei.

Strategi belajar termasuk kaedah mengingat jangka panjang.

Strategi belajar dalam kumpulan.

Page 22: HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Dengan pengajian dalam bidang kemahiran belajar ini, setiap individu dapat

memperolehi pelbagai manfaat yang berguna untuk mempertingkatkan lagi kemahiran

dan strategi belajar. Pada masa yang sama, penguasaan dalam kemahiran ini dapat

membantu dalam meningkatkan tahap kognitif dan pengetahuan seseorang murid dan

manusia umumnya. Antara manfaat yang dapat diperolehi ialah :

Meningkatkan kesediaan terhadap apa yang dipelajari.

Menggunakan sumber-sumber persekitaran untuk melakukan pembelajaran dan

meningkatkan ilmu pengetahuan.

Dapat meningkatkan naluri ingin tahu dalam semua bidang melalui pelbagai

kaedah pembelajaran.

Dapat menggunakan pemikiran yang cerdik dan secara bijaksana untuk

menyelesaikan masalah-masalah yang wujud.

Dapat mengaitkan pengalaman dahulu dengan pembelajaran yang baru.

Melatih individu menggunakan persepsi yang betul untuk membina aliran

pemikiran yang rasional.

Hal-hal yang dipelajari akan berkembang mengikut :

➢ Tahap-tahap aliran pemikiran kognitif.

➢ Konkrit kepada abstrak.

➢ Pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman yang baru.

➢ Memupuk motivasi dan menggalakkan individu melibatkan diri secara aktif

dalam cara belajar.

Individu itu akan terbimbing untuk mengenalpasti ciri-ciri khusus untuk membina

konsep dan hukum.

Dapat mengukuhkan ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang melalui

kaedah menyusun, mengedit, mengklasifikasikan, menghubungkait dan cara-

cara lain yang sesuai.

10.3 Pemulihan

Page 23: HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Banyak takrifan mengenai definisi Pemulihan oleh pakar-pakar dalam dunia

pendidikan. Namun, hakikatnya ia masih membawa maksud yang sama iaitu aktiviti

alternatif yang dijalankan apabila didapati seseorang murid gagal mempelajari sesuatu

kemahiran selepas mengikuti aktiviti pembelajaran dalam kelas biasa. Program

pemulihan ini adalah sebagai ganti aktiviti pembelajaran dalam kelas biasa di Kelas

Pemulihan untuk membantu murid menguasai kemahiran berkenaan. Justeru, definisi di

atas amatlah jelas bahawa bukan sahaja dari segi siapa sasaran untuk pengajaran

Pemulihan tetapi juga dari segi fungsi dan tujuannya. Ia sebenarnya dikhususkan

kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca,

menulis dan mengira amnya, tiga kemahiran asas yang menjadi fokus dalam KBSR.

Objektif pengajaran Pemulihan pula adalah seperti berikut :

membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran

tertentu

mengubah sikap murid yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran

memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap

pembelajaran.

10.4 Pengayaan

Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah

Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan,

bakat, dan minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk

digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan seperti

bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan

kepada murid yangtelah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang

ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. Aktiviti

pengayaan ini sesuai untuk pelajar yang telah menguasai apa yang diajarkan

oleh guru mereka.

10.5 Penilaian

Page 24: HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan

pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan

maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif

pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian

berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas

seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan, dan

setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti

pengayaan yang sesuai bagi murid.

10.5.1 Jenis-jenis penilaian

1) Penilaian Formatif

Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang

proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru

dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.

Ciri-ciri:

1. dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum.

2. dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini

digunakan secara terus menerus.

3. bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah

yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran.

4.  dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

5.  maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki

pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi

manfaat daripadanya.

6. Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah

yang tidak ditentukan gred.

Page 25: HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

2) PENILAIAN SUMATIF

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/

akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan

penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam

sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada

akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan

keberkesanan sesuatu kurikulum

Ciri- ciri:

1) lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik

pembelajaran

2)  untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal

persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu

kurikulum secara keseluruhan.