Keperluan Undang Jenayah Islam

  • Upload
    joe-hen

  • View
    62

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jurnal

Citation preview

1. Pengertian JenayahMelakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya.

2. Falsafah JenayahPeraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah.

Hukum-Hukum Jenayah Islam

Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada

1. HukumHudud

2. HukumQisas

3. Hukum Tazir

Hukum Hudud

1. Pengertian Hudud

1. Dan segi bahasahududbererti menahan atau mencegh

2. Dan segi segi istilahhududditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.Maksudnya;

Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim

2. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya

1. Zina;Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.

Hukuman:Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.

2. Qazaf(menuduh zina);Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.

Hukuman:sebat 80 kali

3. Minum arak;Meminum minuman yang memabukkan boleh menghilangkan kewarasan akal.

Hukuman:sebat 40 kali

4. Mencuri;Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.

Hukuman: potong tangan

5. MerompakMengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.

Hukuman:Sekiranyamembunuh hendaklah dibunuhsekiranyahanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.sekiranyahanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

6. Riddah(murtad)Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.

Hukuman: Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3kali) Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @ wang.

Hukum Qisas

1. Pengertian qisas;

1. Dan segi bahasaqisasbermaksud memotong.

2. Dan segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak individu.

2. Jenis jenayah qisas;

Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukumanqisasialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.

3. Hukuman terhadap kesalahan qisas;

Mengikut hukumqisasseseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.

Maksudnya;

Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya

(Surah al-Maidah ayat 45)

DiatDiat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.

Kadar DiatKadar diat adalah dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu.Kadar penuh diat ialah100ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama' berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Di antaranya ialah;

1. wang emas =1000 dinar2. wang perak =10,000 -12,000 dirham3. lembu =200 ekor4. kambing =2000ekor5. Persalinan = 200 persalinan lengkap

Diat jenayah membunuh.

1. 1. Pembunuhan sengaja -100ekor unta secara terus (tanpa tangguh) yang terdiri drp ;

1. 30 ekor Juz'ah(unta berumur 5 tahun)

2. 30 ekor Hiqqah(unta berumur4 tahun)

3. 40 ekor HulqahBagi jenayah membunuh dengan sengaja,ada dua hukuman iaituqishas @ diat.Diathanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris.Jika tidak, qishas bunuh dikenakan.2. 2. Pembunuhan separuh sengaja -100ekor unta spt di atas tetapi bayaran boleh ditangguhkan sehingga 3 tahun.

3. 3. Pembunuhan tidak sengaja -100ekor unta dan ditangguhkan sehingga 3 tahun yang terdiri drp ;

1. 20 ekor Juz'ah(unta berumur 5 tahun)

2. 20 ekor Hiqqah(unta berumur4 tahun)

3. 20 ekor Bintu Labun(unta betina berumur 3 tahun)

4. 20 ekor Ibnu Labun(unta berumur 3 tahun)

5. 20 ekorBintuMukhad(unta betina berumur 2 tahun)

Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan Pembunuhan Tidak Sengaja adalahDiat sahaja.Qishas tidak dikenakan.

1. Diat perempuan1/2drp diat lelaki

2. Diat hamba1/2drp diat merdeka

1. Pembunuhan Sengaja ialah membunuh dengan niat.

2. Pembunuhan Separuh Sengajaialah spt seorang memukul orang dengan tongkat @ melempar dengan batu kelikir, tanpa disangka-sangka terus mati orang tersebut. (tanpa niat membunuhnya)

3. Pembunuhan Tidak Sengajaialah spt seorang yang tertembak rakannya yang disangkanya binatang buruan.

4. Bagi jenayah membunuh, pembunuhhanyaboleh diampunkan oleh warisnya sahaja.Pemerintah tidak ada kuasa dlm pengampunan.b. Diat jenayah mencederakan anggota1. 100ekor unta untuk anggota tunggal spt terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.

2. 50ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka diatnya 100 unta. Ia melibatkan salah satu drp kaki atau tangan, mata dan telinga.

3. ekor unta untuk lukaal-Ja'ifah(luka hingga ke dlm bhg otak)4. ekor unta untuk lukaAl-Ma'muumah( luka yang sampai ke selaput kepala)5. 25ekor unta untuk anggota yang 4 bahagian (pasang) spt kelopak mata. Setiap satu kelopak mewakili 25 unta.

6. 10ekor unta untuk lukaAl-Hasyimah(luka yang memecah @ mematahkan tulang)7. 15ekor unta untuk lukaAl-Munqilah(luka yang sampai ke tulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya).8. 10ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri. Setiap satu jari jika patah mewakili 10 ekorunta.

9. 5ekor unta untuk lukaMudhihah@Muwadhdhohah(luka yang menampakkan tulang)

Hukum Ta'zir

1. Pengertiantazir. (a) Dan segi bahasatazirbererti menolak atau menghalang.(b) Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.

2. Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni tazir;1. Kesalahan-kesalahanhududatauqisasyang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atauqisas.2. Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.

3. Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.

1. 3. Hukuman bagi kesalahantazir.1. Nasihat;

Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.

2. Teguran;

Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.

3. Ancaman;

Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.

4. Pemulauan;

Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.

5. Perisytiharan umum;

Membuat pengisytiharan kepada umum terhadapkesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat..

6. Denda dan merampas harta;

Iaitu hukuman ta zirdengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang dimiliki oieh penjenayah.

7. Penjara;

Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut pertimbangan realiti semasa.

8. Sebat;

Mengenakan hukuman sebat kepadapenjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu mengikut reaiiti

9. Bunuh;

Hukuman bunuh bagi kesalahantazirdibenarkan oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan umum masyarakat.

10. Buang daerah;

Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan tersisih akibat dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.

Matlamat Hukum Hudud, Qisas dan Tazir

1. untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku.

2. untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah.

3. untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.

Peranan undang-undang jenayah Islam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat

1. Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama. Misalnya orang yang membunuh dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam.

2. Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera..

3. Hukuman jenayah Islam mengandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam masyarakat.

Terbitan: http://tayibah.com/eIslam/jenayah_Islam.htmKeperluan undang-undang jenayah Islam

Oleh ROOSFA HASHIMPenulis adalah Pensyarah di Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia. [email protected]

BukuMengapa Perlu Kepada Undang-undang Jenayah Islam?oleh Mohd. Shukki Othman dan Mohamad Hadi Admah Talhah terbit dalam pasaran ketika masyarakat berdepan dengan pelbagai gejala jenayah. Keruntuhan moral akibat pelbagai gejala sosial telah mendorong pertambahan angka pelbagai kes jenayah.

Indeks jenayah 2005-2006 yang ditampilkan pada bahagian awal buku ini sedikit sebanyak memberi alasan kenapa buku ini wajar hadir dalam suasana masyarakat sekarang. Sepanjang tempoh tersebut, berlaku pertambahan dalam kes yang dicatatkan.

Pengarang memulakan perbincangan mereka dengan membentangkan falsafah dan dasar perundangan Islam, iaitu suatu topik yang umum dan memang telah diketahui oleh kebanyakan pembaca. Falsafah penghukuman dalam undang-undang Islam juga dibincangkan iaitu Islam menekankan konsep keadilan dan konsep pencegahan jenayah dalam masyarakat. Pelaksanaan undang-undang jenayah Islam selain menghukum penjenayah juga bertindak dalam memelihara nilai murni dalam masyarakat, iaitu memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.

Pada prinsipnya, pelaksanaan undang-undang jenayah ialah bagi menunaikan tuntutan Allah SWT. Pelaksanaannya dilakukan sebagai tanda taat kepada Allah tanpa ragu atau mempersoalkannya kerana Allah yang Maha Pencipta lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya di dunia.

Pengarang menjawab persoalan yang menjadi judul buku ini, mengapa kita memerlukan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam dalam bab kedua. Undang-undang jenayah Islam menurut pengarang mempunyai sifat ketinggian dan keadilan berbanding undang-undang ciptaan manusia yang ada ketikanya tunduk kepada manusia berkedudukan dan berkuasa.

Ahli falsafah Barat pernah mengakui undang-undang manusia bagaikan sarang labah-labah, serangga kecil sering tersangkut dan terperangkap sedangkan yang besar seperti gajah dapat merempuhnya dengan sombong.

Undang-undang jenayah Islam bukan sekadar menghukum atau suatu pembalasan tetapi juga berbentuk pencegahan sebuah masyarakat daripada kerosakan dan kemusnahan akibat salah laku jenayah.

Pengarang juga membincangkan perbezaan yang jelas antara undang-undang jenayah Islam dengan undang-undang ciptaan manusia. Undang-undang jenayah Islam datangnya daripada Allah yang Maha Mengetahui segala keperluan hamba-Nya, maka syariat yang diturunkan bersesuaian dengan fitrah manusia.

Dalam buku ini pengarangnya menekankan keyakinan mereka akan keberkesanan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam dalam membanteras jenayah dengan memperlihatkan kegagalan undang-undang ciptaan manusia dalam menangani jenayah yang semakin kompleks pada hari ini.

Konsep dan pembahagian jenayah dalam Islam juga dibincangkan dalam buku ini. Dalam undang-undang jenayah Islam asas dalam mengiktibar sesuatu perbuatan jenayah bergantung pada sejauh mana perbuatan itu membawa kemudaratan kepada masyarakat, sama ada menggugat keselamatan dan mengancam keamanan, memecah perpaduan, mencabar sistem atau merosakkan akidah.

Penghakiman undang-undang jenayah juga melihat sejauh mana perbuatan individu itu membawa mudarat sehingga menggugat kepentingan individu yang dilindungi oleh syarak. Soal kepentingan individu melibatkan juga soal memelihara agama, jiwa, akal, keturunan, maruah dan harta.

Segala bentuk jenayah tanpa sebarang pengecualian boleh mengganggu kepentingan individu dan membahayakan masyarakat di mana jenayah itu dilakukan. Undang-undang moden buatan manusia meskipun mempunyai beberapa aspek yang menyamai prinsip undang-undang jenayah Islam namun jika diperhalusi, mempunyai banyak perbezaannya.

Undang-undang Islam menitikberatkan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Jadi diperuntukkan hukuman mati bagi mereka yang murtad, sebat dan rejam bagi yang berzina, dan sebat bagi mereka yang minum arak. Aspek ini yang tidak terdapat dalam undang-undang moden ciptaan manusia yang melihatnya sebagai tidak berperi kemanusiaan dan zalim. Namun, hanya Allah yang Maha Mengetahui segala ketentuan yang telah Dia tetapkan.

Perbincangan dan perbahasan tentang undang-undang jenayah Islam bukanlah suatu topik yang baru di negara ini sama ada dalam kalangan sarjana undang-undang Islam, ahli politik mahupun penulis undang-undang.

Buku-buku yang asas tentang jenayah Islam telah banyak diterbitkan misalnyaJenayah dalam Islam: Satu kajian ilmiah mengenai hukum-hukum hududoleh Mahfodz Mohamad (PUM Nurin Enterprise 1987). Ahmad Kamaruddin Hamzah telah menerbitkanPengantar undang-undang jenayah Islam(al- Rahmaniah 1989) manakala Paizah Ismail pula tampil dengan bukunya berjudulUndang-undang jenayah Islam(ABIM 1991) manakala Musa Fathullah Harun pula menerbitkanUndang- undang jenayah Islam(DBP 1996).

Perkembangan yang terbaru memperlihatkan perbahasan yang jauh lebih mendalam tentang isu undang-undang jenayah di Malaysia. Alwi Abdul Rahman membincangkan satu sosok yang lebih menarik dengan menulisJenayah kanak-kanak menurut undang-undang Islam(DBP 1998) dan Paizah Ismail pula menyorot kedudukan wanita dalam bukunyaStatus wanita dalam undang-undang jenayah Islam(Yadim 2004).

Abdul Halim El-Muhammady pula meninjau pelaksanaannya di peringkat negeri dalam bukunyaUndang-undang jenayah dalam Islam dan Enakmen Negeri-Negeri(Fakulti Undang-Undang UKM 1998) manakala Nasimah Hussin menerbitkanUndang-undang Islam: Jenayah, keterangan dan prosedur(DBP 2007).

Ternyata korpus ilmu dalam bidang undang-undang jenayah Islam di negara ini telah subur, melebar dan besar. Mengambil kira buku yang telah terbit, dapatlah dikatakan buku yang baru ini tidak menampilkan sesuatu yang baru kepada korpus ilmu bidangnya.

Jika kedua-dua penulis ini mengambil kira buku-buku terdahulu yang telah terbit sebelum ini tentulah perbahasan mereka akan mengambil sosok perbahasan yang lebih kontemporari sifatnya, iaitu yang belum pernah dibincangkan khususnya dalam konteks pelaksanaan undang-undang jenayah di Malaysia. Aspek inilah yang mesti ditekankan oleh penulis Islam di negara ini agar Islam dan sarjananya lebih terpandang dalam membicarakan isu terkini dalam masyarakat.

Buku ilmiah mesti bergerak ke persempadanan baru ilmu pengetahuan. Baru bermakna sesuatu yang belum dikaji atau dibincangkan oleh orang lain. Dalam keadaan sistem perundangan Islam telah maju ke depan, pembaca dahagakan buku yang dapat menjawab persoalan baru dalam masyarakat.

Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz33y89eXhp Utusan Melayu (M) BhdKekangan dalam pelaksanaan undang-undang Islam

2013/11/22 - 02:09:58 AMMohd Ayop Abd Razid

HYPERLINK "http://o.bharian.com.my/bharian/articles/Kekangandalampelaksanaanundang-undangIslam/Article/cetak" Cetak

HYPERLINK "http://o.bharian.com.my/bharian/articles/Kekangandalampelaksanaanundang-undangIslam/Article/emel" Emel KawanPeruntukan Perkara 3(1) adalah antara peruntukan penting yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan ini meletakkan Islam sebagai 'agama Persekutuan.' Pun begitu, Perkara 3 memberi kebebasan kepada penganut agama lain mengamalkan kepercayaan mereka dengan aman dan harmoni.

Ia harus dibaca bersama Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan, tiap-tiap orang berhak menganut dan mengamalkan agamanya. Namun, dalam mengembangkan agama lain itu, ia tertakluk kepada fasal (4) dalam Perkara 11 yang memperuntukkan bahawa undang-undang negeri dan undang-undang Persekutuan mempunyai kuasa untuk mengawal atau menyekat apa-apa iktikad (kepercayaan) agama lain daripada dikembangkan kepada orang Islam.Hakikatnya, peruntukan berkaitan agama dalam Perlembagaan Persekutuan adalah jaminan mengenai kebebasan beragama di Malaysia. Peruntukan mengenai kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan terhad kepada upacara serta adat istiadat agama. Maknanya, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan tidak menjadikan undang-undang Islam itu undang-undang tertinggi kerana Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara.

Ia diperkukuhkan lagi dengan Perkara 75 yang jelas menyatakan jika undang-undang Negeri berlawanan dengan undang-undang Persekutuan maka undang-undang Persekutuan hendaklah dipakai manakala undang-undang Negeri adalah terbatal setakat mana undang-undang itu berlawanan dengan undang-undang Persekutuan. Malah, Perkara 160 tidak pun menyebut undang-undang Islam sebagai takrifan undang-undang yang terkandung dalam Perlembagaan.

Selain itu, di bawah Perkara 76 (1), Parlimen mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang ke atas apa-apa perkara dalam Senarai Negeri dalam beberapa perkara, iaitu: i) bagi melaksana apa-apa perjanjian atau konvensyen antara persekutuan dengan negeri-negeri lain; atau, ii) bagi mengadakan persamaan undang-undang di antara dua negeri atau lebih; atau, iii) jika diminta sedemikian oleh mana-mana negeri.

Fakta sokongan yang lain menunjukkan bahawa walaupun Islam agama Persekutuan, tetapi ia tidak mempunyai ketua agama Islam bagi seluruh Persekutuan. Dalam konteks ini, Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua bagi Persekutuan hanya kekal sebagai ketua agama negeri baginda sendiri serta menjadi ketua agama bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Hakikatnya, kuasa mentadbir hal ehwal Islam adalah bidang kuasa Raja negeri-negeri. Pun begitu, kuasa perundangan hal ehwal negeri adalah tanggungjawab Badan Perundangan Negeri. Raja-raja hanya menerima nasihat dalam perkara berkaitan hal ehwal Islam. Namun, undang-undang yang hendak dilaksanakan itu mestilah tidak bercanggah atau bertentangan dengan peruntukan undang-undang yang ada dalam undang-undang Persekutuan.Kuasa Badan Perundangan Negeri membuat undang-undang adalah berkaitan dengan mana-mana perkara yang dinyatakan dalam Senarai Negeri (Senarai Kedua) seperti yang termaktub dalam Jadual Kesembilan atau Senarai Bersama. Satu daripadanya adalah menyentuh pentadbiran hal ehwal orang Islam. Jika diteliti, senarai dalam Jadual Kesembilan itu maka dapat difahami bahawa bidang kuasa yang dimiliki negeri dalam mentadbir hal ehwal orang Islam dan undang-undang Islam adalah terhad.

Dalam hal jenayah, Mahkamah Syariah hanya mempunyai kuasa menjatuhkan hukuman maksimun tiga tahun penjara atau denda RM5,000 atau enam sebatan atau gabungan mana-mana hukuman terbabit. Kuasa yang dimiliki Mahkamah Syariah ini sering disebut secara sinis oleh pengkritik sebagai hukuman 356. Ini bermakna hukuman berkaitan hudud dan qisas sebagai mana yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunah tidak berupaya dilaksanakan.

Kesimpulan, walaupun Perlembagaan Persekutuan meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, bidang kuasa mentadbir hal ehwal Islam dan undang-undang Islam yang diberikan di bawah bidang kuasa negeri terhad dan masih tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan. Justeru, sejauh mana usaha untuk memperkukuh undang-undang Islam dan kuasa Mahkamah Syariah adalah bergantung kepada sejauh mana halangan yang mengekang dapat diatasi terlebih dulu.

Mungkin perlu dimasukkan satu peruntukan khusus ke dalam Perlembagaan yang boleh mengangkat kedudukan undang-undang Islam menjadi sebahagian daripada undang-undang utama negara di mana tidak ada mana-mana peruntukan lain yang boleh membatalkan pelaksanaannya. Jika tidak, kita akan terus berada dalam polemik yang tidak berkesudahan berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini.

Penulis ialah Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA:REALITI DAN CABARANOleh(Suwaid Tapah1.LATAR BELAKANGPentadbiran undang-undang Islam di Malaysia kini, harus difahami berdasarkan perkembangan perundangan negara terutama zaman sebelum merdeka iaitu zaman penjajahan Inggeris. Pengalaman-pengalaman mereka menjajah negara ini dan seterusnya memperkenalkan beberapa statut atau undang-undang bertulis dimana sebahagiannya telah dikekalkan hingga ke hari ini juga harus diteliti kerana ia mempunyai hubungan dalam konteks perkembangan pentadbiran undang-undang Islam. Beberapa istilah berkaitan misalnya istilah undang-undang Islam dan istilah pentadbiran undang-undang itu sendiri ada hubungan dengan perlaksanaan undang-undang itu sendiri.

Secara umum, istilah pentadbiran undang-undang lebih hampir kepada urusan siyasah yang membawa maksud bagaimana mengurus sesuatu perkara yang merujuk kepada kehendak dan kepentingan masyarakat itu sendiri atau dengan perkataan lain difahami sebagai kuasa budibicara melalui autoriti pemerintah yang dibuat secara rasmi(1). Peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan itu membawa kebaikan jika dirujuk berdasarkan semangat atau ruh Syariat itu sendiri. Sebab itu, realitinya peruntukan undang-undang yang digubal semasa penjajahan Inggeris berkaitan dengan pentadbiran hukum Syarak di negara ini sebahagiannya telah dilanjutkan selepas merdeka hingga kini meskipun konsep atau niat asal penggubalan undang-undang tersebut lahir secara kebetulan semata-mata untuk menjaga kepentingan atau maslahah masyarakat yang mereka tadbir.

Sebagaimana dimaklumi, penjajahan Inggeris di Tanah Melayu bermula di negeri-negeri yang dikategoriikan sebagai Negeri-negeri Selat dan kemudiannya di Negeri-negeri Melayu yang lain yang diistilahkan sebagai negeri-negeri Melayu Bersekutu dan negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Sejarah menukilkan bahawa sebahagian kuasa pentadbiran mereka ditentukan melalui autoriti Sultan sebagai ketua negeri dan ketua agama di negeri masing-masing dan kuasa eksekutif di tangan mereka. Ini boleh dilihat selepas Perjanjian Pangkor 1874(2) dan kemudiannya banyak mempengaruhi sistem pemerintahan negara ini selepas merdeka termasuk undang-undang pentadbiran hal ehwal Islam di negeri-negeri. Pengalaman dan kecekapan pentadbiran mereka amat berkesan sekali mempengaruhi perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama Islam sehingga ke hari ini. Umum memahami bahawa antara perkara dipersetujui dalam perjanjian tersebut ialah mereka tidak mencampuri dalam urusan hal ehwal agama Islam. Namun, hampir kesemua negeri-negeri Melayu mempunyai suatu undang-undang pentadbiran agama Islam yang hampir seragam yang ditumpukan kepada soal undang-undang diri bagi orang-orang Islam di negeri masing-masing misalnya undang-undang pendaftaran perkahwinan dan perceraian orang-orang Islam (3), dan undang-undang penubuhan dan bidang kuasa Mahkamah Kadi.(4) Mereka beranggapan bahawa mereka tidak mencampuri urusan agama tetapi sebagai pihak yang mempunyai kuasa eksekutif yang mutlak maka adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaga kepentingan awam tanpa mengira agama. Sebab itu, mereka berjaya memperkenalkan undang-undang pentadbiran bagi tujuan penyelarasan semua undang-undang yang mereka perkenalkan. Malah, dalam soal yang menyentuh secara spesifik tentang hukum Syarak iaitu dalam menentukan tafsiran sesuatu perkara itu sebagai hukum Syarak atau adat Melayu dimana mempunyai hubungkait dengan soal keterangan atau persoalan yang tidak jelas, maka peraturan bertulis diperkenalkan(5) bagi memberi kuasa kepada Majlis Negeri (State Council) mengesahkan sesuatu perkara yang dibangkitkan itu sama ia releven dengan hukum Syarak atau adat Melayu. (6)

Secara umum, pada fasa pemerintahan mereka, undang-undang substantif yang diperkenalkan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu undang-undang keluarga, harta dan kesalahan-kesalahan terhadap agama. Pertama, kandungan undang-undang keluarga meliputi perkara yang berkaitan dengan permulaan kepada perkahwinan misalnya pertunangan dan mungkir janji pertunangan, mahar; semasa akad misalnya soal wali dan sebagainya; perceraian misalnya talak biasa, khul` dan fasakh. Sementara kedua, perkara yang berkaitan dengan harta adalah tertumpu kepada harta pusaka, wasiat dan harta wakaf orang-orang Islam yang banyak berkaitan dengan undang-undang bertulis lain dan bukan perkara yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal Islam misalnya Ordinan Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)(7) dimana kuasa diberikan kepada Pegawai Pemungut Hasil Tanah untuk mentadbir serta menyelesaikan pertikaian, dan sebarang rayuan mengenai pertikaian berkenaan akan dibuat di Mahkamah Sivil (Mahkamah Tinggi). Hingga kini, pertikaian kes berkenaan dibuat di Mahkamah Sivil dimana biasanya hukum Syarak akan diambil kira jika tidak menyentuh undang-undang bertulis atau selaras dengan undang-undang bertulis yang dipakai.(8) Ketiga, perkara yang berkaitan dengan kesalahan terhadap agama yang bermula dari kesalahan-kesalahan misalnya tidak mendaftarkan perkahwinan dan perceraian, mengakadnikah tanpa kebenaran atau tidak mengikut undang-undang hinggalah kepada kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan moral misalnya melakukan zina, khalwat, meminum minuman keras serta hal-hal yang menyentuh akidah misalnya tidak bersolat Jumaat tanpa uzur, tidak membayar zakat, tidak berpuasa pada bulan Ramadhan dan seumpamanya.

Kecekapan mereka memperkenalkan sistem perundangan menerusi penubuhan Majlis Negeri yang bertindak sebagai badan pemutus tindakan-tindakan eksekutif disamping berfungsi sebagai badan yang mengesahkan sesuatu tindakan menerusi statut-statut bertulis yang diperkenalkan dan prinsip duluan mengikat(9) banyak mempengaruhi tafsiran status dan rujukan hukum Syarak atau undang-undang Islam jika kes berkenaan dibicarakan di Mahkamah Sivil. Tambahan pula, pemakaian undang-undang lazim Inggeris (English common law) dan peraturan ekuitinya yang dikuatkuasakan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1937 melalui Enakmen Undang-undang Sivil dan diluaskan ke negeri-negeri lain pada tahun 1951 dan dikenali kemudiannya sebagai Ordinan Undang-undang Sivil 1956(10) telah dengan sendirinya mengukuhkan pentadbiran undang-undang sivil dan sedikit sebanyak menyempitkan tafsiran undang-undang Islam. (11)

Kes-kes yang diputuskan semasa penjajahan yang melibatkan soal adat Melayu dan hukum Syarak juga mempengaruhi peruntukan-peruntukan perlembagaan yang digubal kemudiannya dan seterusnya memberi kesan kepada perkembangan pentadbiran hal ehwal Islam di negara ini. Biasanya hakim-hakim Inggeris tidak dapat membezakan antara perkara hukum Syarak dan adat Melayu atau adat Melayu yang selaras dengan hukum Syarak atau sebaliknya. Boleh disimpulkan bahawa kebanyakan penghakiman dibuat banyak mengambilkira aspek prosedural dan aspek keterangan yang jika dipenuhi maka barulah mengambilkira hukum Syarak atau yang diistilahkan sebagai undang-undang Islam.(12) Boleh dikatakan semua kes yang diputuskan yang berkaitan dengan pemakaian undang-undang Islam melibatkan kes-kes sivil yang secara relatifnya boleh ditafsirkan sebagai perkara yang mempunyai hubungkait dengan undang diri bagi orang-orang yang menganut agama Islam(13) dan tidak sama sekali melibatkan undang-undang jenayah awam.(14) Malah, kesalahan-kesalahan yang ada ditafsirkan sebagai kesalahan agama atau kesalahan melanggar peruntukan undang-undang pentadbiran agama. Sebab itu, meskipun dalam sejarah penghakiman mereka di Tanah Melayu ada dicatitkan yang undang-undang Islam bukan undang-undang asing tetapi sebagai undang-undang negeri, sebenarnya ia hanya merujuk kepada undang-undang diri.(15) Pengalaman-pengalaman ini(16) adalah selaras dengan laporan Suruhanjaya yang mencadangkan apakah bentuk dan kandungan Perlembagaan Persekutuan yang sesuai kepada sebuah negara yang akan merdeka pada tahun 1957 itu.

2.TAKAT KUASA KERAJAAN NEGERI DALAM MENTADBIR HAL EHWAL AGAMA ISLAMPerlembagaan Persekutuan dianggap sebagai undang-undang tertinggi negara.(17) Dari segi definisi, perlembagaan merupakan suatu himpuan peraturan tertinggi yang telah dipersetujui bersama dan maksud setiap peruntukan memberi manfaat kepada warga selain memasyurkan sebagai sebuah negara merdeka.. Pembebasan sesebuah tanah jajahan seperti Malaysia dan pembentukan sesebuah negara moden biasanya ditanda oleh pembentukan sebuah perlembagaan bertulis.

Keistimewaan Perlembagaan Persekutuan ialah dengan memasukkan empat elemen tradisi dimana antaranya(18) ialah agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan,(19) serta kedudukan dan keistimewaan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam dalam negeri sebagaimana diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri. Tertakluk kepada Perlembagaan Negeri, segala hak, keistimewaan dan kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua Agama Islam tidak tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan dan upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja adalah meliputi seluruh Persekutuan, maka atas sifat Raja sebagai ketua Agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.(20) Perlembagaan-perlembagaan bagi negeri-negeri yang tidak beraja (Melaka, Pulau Pinang, Sabah(21) dan Sarawak) hendaklah membuat peruntukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri itu.(22) Yang di-Pertuan Agong juga menjadi Ketua Agama Islam bagi Wilayah-wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) dimana Parlimen diberi kuasa untuk membuat undang-undang mengenai pentadbiran hal ehwal Islam dan penubuhan Majlis Agama untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara berhubung dengan agama Islam. (23)

Bertitik tolak dari semangat Perkara 3 (1-5), maka perkara-perkara lain berkaitan mempunyai hubungan dengan pentadiran hal ehwal agama Islam misalnya penubuhan Majlis/Jabatan Agama Islam di negeri-negeri, Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah dan lain-lain.(24) Selaras dengan tuntutan semasa untuk memperkemaskan pentadbiran hal ehwal Islam, kerajaan-kerajaan negeri telah mula mengasingkan tiga institusi penting iaitu Majlis /Jabatan Agama, Jabatan Mufti dan Mahkamah Syariah apabila undang-undang induk (pentadbiran hukum Syarak) dipinda dengan memperuntukkan fungsi Majlis secara jelas iaitu membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong/Sultan berkenaan dengan semua perkara yang berhubung dengan agama Islam di dalam negeri kecuali perkara-perkara hukum Syarak iaitu penubuhan Jabatan Mufti dan yang berhubung dengan pentadbiran keadilan iaitu penubuhan Mahkamah Syariah, dan. Majlis Agama negeri menjadi pihak berkuasa utama di dalam negeri masing-masing. (25)

Apa yang perlu difahami ialah dalam perkara yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama Islam, Perlembagaan Persekutuan juga telah memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal Islam di negeri masing-masing termasuk di Wilayah-wilayah Persekutuan. Apa yang menarik perhatian ialah di Wilayah-wilayah Persekutuan, undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran undang-undang Islam adalah diluluskan oleh Parlimen yang juga berfungsi sebagai Badan Perundangan Persekutuan. Namun, perlu difahami bahawa status undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama atau hukum Syarak hanya berkuat kuasa di dalam Wilayah-wilayah Persekutuan sahaja dan sama seperti undang-undang Islam yang digubal di negeri-negeri (dalam Jadual Kesembilan Senarai 2 Senarai Negeri Butiran 1). Kuasa tersebut dibuat dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Jadual Kesembilan Senarai 1 Senarai Persekutuan Butiran 4 (k) yang memperuntukkan bahawa Undang-undang dan acara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan termasuk menentukan Hukum Syarak(26) dan lain-lain undang-undang diri bagi maksud undang-undang Persekutuan.(27) Malah, dalam Perkara 3 (5) Perlembagaan Persekutuan dimana peruntukan dibuat bagi memberi kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang mengenai pentadbiran hal ehwal Islam dan penubuhan Majlis Agama Agama Islam.

Kerajaan-kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang Persekutuan iaitu peruntukan hukuman bagi kesalahan-kesalahan termasuk kesalahan jenayah Syariah untuk seluruh Persekutuan,(28) namun peruntukan yang diluluskan hanya berkuatkuasa di negeri-negeri jika Badan Perundangan Negeri menggubal atau meminda undang-undang kesalahan jenayah Syariah di negeri masing-masing supaya selaras dengan peruntukan berkenaan. Badan Perundangan Negeri tidak diberi kuasa menggubal suatu peruntukan yang melebihi daripada peruntukan berkenaan dan harus mengambikira perkara 75 Perlembagaan Persekutuan. (29)

Kerajaan-kerajaan negeri yang lain juga diberi kuasa untuk menggubal undang-undang yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam di bawah Jadual Kesembilan Senarai 2 Senarai Negeri Butiran 1 memperuntukkan:

Hukum Syarak dan Undang-undang diri dan keluarga bagi orang-orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, maskawin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat;

Wakaf Islam dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat agama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama Islam dan khairat, yayasan, amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan;

Zakat fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; (30)

Masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam;

Mengadakan atau menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan;

Keanggotaan, penyusunan dan acara bagi mahkamah-mahkamah Syar`iyyah, yang akan mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang Persekutuan;

Mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut agama Islam;

Menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu.

3.CABARAN PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM- Peringkat PersekutuanSelepas Merdeka, usaha-usaha di peringkat Persekutuan telah dibuat untuk menyeragamkan pentadbiran undang-undang Islam. Penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKHEIM) yang dipersetujui oleh Majlis Raja-raja Melayu (MRR) dan urusetianya ialah Bahagian Ugama di Jabatan Perdana Menteri yang kini dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Antara fungsi Majlis ini ialah memberi nasihat kepada Majlis Raja-raja, kerajaan-kerajaan negeri atau Majlis Agama Islam negeri atau apa-apa perkara berkenaan perundangan atau pentadbiran agama Islam dan pelajaran agama Islam dengan tujuan hendak memperbaiki, menyamakan atau menggalak persamaan undang-undang atau pentadbiran.(31) Untuk tujuan itu, beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan di bawah urusetia dan termasuklah Jawatkuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan lain-lain. Sejauh penelitian, penubuhan MKHEIM dan JAKIM adalah selaras dengan kehendak peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 38 (2) (b) (c) yang menjelaskan tugas-tugas MRR antara lain ialah mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan dan mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat dan memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang menurut Perlembagaan ini, memerlukan persetujuan MRR atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan MRR

Walau bagaimanapun, sebagaimana dijelaskan bahawa kuasa untuk menggubal undang-undang Islam adalah di bawah kuasa kerajaan-kerajaan negeri termasuk juga di Wilayah-wilayah Persekutuan, maka usaha-usaha penyeragaman di peringkat kebangsaan adalah bergantung kepada kuasa budibicara kerajaan-kerajaan negeri. Pihak yang bertindak sebagai urusetia sebenarnya tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk menentukan kerajaan-kerajaan negeri mengikuti model atau syor penyeragaman yang telah disediakan itu. Sebaliknya kerajaan-kerajaan negeri walaupun sedia menerimapakai suatu model undang-undang yang sepatutnya diterimapakai, tetapi tiada halangan dari sudut perundangan bagi pihak kerajaan-kerajaan negeri meminda mana-mana peruntukan dalam undang-undang yang disyorkan itu terutama bagi kesesuaian di negeri masing-masing. Sebab itu, sekali lagi mutakhir ini suatu penyelarasan menyeluruh cuba dibuat dengan memperkenalkan undang-undang keluarga yang baru. Di bawah undang-undang yang baru ini, tiada banyak perubahan yang dipinda kecuali yang paling ketara iaitu soal poligami iaitu memberi kuasa kepada mahkamah memanggil wali, isteri yang sedia ada dan lain-lain yang berkenaan hadir di Mahkamah untuk memberi keterangan serta permohonan pihak-pihak untuk membahagikan apa-apa harta atau aset yang dikumpulkan dalam tempoh perkahwinan setelah Mahkamah membenarkan permohonan suami. Sehingga kini, hanya beberapa buah negeri sahaja yang mengemukakan deraf undang-undang berkenaan untuk diluluskan oleh Badan Perundangan Negeri.(32) Sebagaimana dijelaskan, tiada halangan bagi sesetengah negeri membuat pindaan terhadap deraf undang-undang yang kemudiannya diluluskan itu. (33)

Usaha meminda beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan juga misalnya peruntukan "Perkara 121 (1A)" (34) merupakan satu usaha untuk menjelaskan bidang kuasa Mahkamaha Syariah dan Mahkamah Sivil. Menjadi satu cabaran kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk menggubal undang-undang tertentu yang memberi kuasa yang jelas dan eksklusif kepada Mahkamah Syariah setakat yang dibenarkan Perlembagaan.

Begitu juga dalam konteks selain undang-undang yang diistilahkan sebagai undang-undang diri, pengaruh ajaran Islam atau hukum-hukum Islam telah mula mendapat tempat dan secara langsung dapat membantu ke arah pelaksanaan undang-undang Islam yang menyeluruh misalnya dalam sistem perbankan, takaful dan pajak gadai. (35)

-Peringkat Kerajaan NegeriMulai awal tahun 1980-an, kerajaan-kerajan negeri mula mengasingkan perkara yang berkaitan dengan undang-undang keluarga daripada undang-undang induk dengan menggubal undang-undang keluarga Islam yang baru (36) sebagaimana yang disyorkan di peringkat kebangsaan. Undang-undang baru ini dikatakan banyak mengandungi pembaharuan misalnya mengenai kesalahan-kesalahan matrimoni, peraturan-peraturan berpoligami, soal perceraian di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah dan lain-lain. Perkembangan yang positif ini dilihat sebagai usaha kerajaan Persekutuan mengatasi sesetengah rungutan masyarakat Islam di dalam negara tentang perlunya pembaharuan dalam pentadbiran undang-undang Islam terutama undang-undang keluarga yang dikatakan tidak memberi keadilan kepada wanita dan seringkali Mahkamah Syariah akan menjadi sasaran kritikan kerana dikatakan berat sebelah memberi keadilan kepada pihak-pihak yang bertikai. (37)

Sebagaimana dijelaskan, dari segi pentadbiran, tindakan sudah dibuat untuk memisahkan antara Mahkamah Syariah yang disebut sebagai institusi yang mentadbir keadilan dan Majlis Agama sebagai pihak berkuasa utama selepas Ketua Agama Islam dalam hal ehwal agama Islam dan Jabatan Kemuftian bertanggungjawab mentafsirkan dalam perkara yang diklasifikasikan sebagai hukum Syarak. (38)

Dalam hal atau perkara yang berkaitan dengan hukum Syarak, sesetengah negeri cuba melakukan sendiri pindaan-pindaan dengan memanfaatkan peruntukan-peruntukan di negeri-negeri lain yang dianggap terkehadapan dan negeri-negeri berkenaan sedang atau akan berhadapan dengan masalah yang sama. Sebagai contoh, dalam perkara status pemelukan Islam dalam kes percubaan keluar agama(39) dan isu mengenai anak yang masih di bawah umur 18 tahun. Merujuk beberapa kes yang diputuskan di Mahkamah Sivil dimana mahkamah ini tidak ada bidang kuasa dalam menentukan status akidah seseorang,(40) malah sebaliknya, ia menjadi kuasa badan perundangan negeri menggubal undang-undang dan memberi bidang kuasa kepada Mahkamah-mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan tindakan cuba keluar agama(41) atau status anak bawah umur di bawah penjagaan seseorang. Misalnya peruntukan yang jelas dibuat oleh sesetengah negeri yang menyebut bahawa seseorang yang didaftarkan memeluk agama Islam hendaklah bagi semua maksud termasuk mana-mana undang-undang Persekutuan atau negeri dan untuk semua masa diiktiraf sebagai seorang Islam dan jika apa-apa soal timbul di dalam negeri sama ada seseorang itu telah memeluk Islam dan orang itu tidak didaftarkan dalam daftar memeluk Islam atau tidak didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang negeri sebagai orang yang telah memeluk Islam, maka soal itu hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Syariah(42) berdasarkan kepada hukum Syarak. Jika pada saat ia memeluk Islam, seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan ada mempunyai anak kandung atau anak angkat yang belum mencapai umur baligh mengikut hukum Syarak, maka kanak-kanak yang berada di dalam jagaannya hendaklah dianggap telah memeluk Islam. (43)

Terdapat juga negeri cuba memanfaatkan kuasa yang diberi oleh Perlembagaan dengan menggubal undang-undang baru(44) atau mengembangkan undang-undang induk yang sedia ada bagi memantapkan pentadbiran. (45)

Kebanyakan negeri telah menyelaraskan peruntukan hukuman sebagaimana ditetapkan dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1984 (Pindaan) dengan beberapa peruntukan dalam Akta/Enakmen Jenayah Syariah negeri-negeri termasuklah hukuman sebat bagi kesalahan melibatkan akidah dan kesusilaan. Umumnya, dari sudut kategori kesalahan adalah hampir sama iaitu kesalahan yang berhubung dengan akidah, kesucian agama dan institusinya, kesusilaan, kesalahan pelbagai dan lain-lain. Walau bagaimanapun, dalam perkara yang berkaitan dengan pentadbiran undang-undang jenayah masih memerlukan kepada penelitian yang menyeluruh terutama dari segi hukuman yang diperuntukkan. menggambarkan ketidakselarasan penggubalan undang-undang bagi kesalahan jenayah Syariah antara negeri-negeri. (46)

Manakala penggubalan undang-undang berkaitan lain misalnya undang acara mal Syariah dan acara jenayah Syariah, umumnya hampir seragam kecuali dari aspek pentadbiran lain misalnya undang-undang pentadbiran Mahkamah Syariah dimana dari aspek takat bidangkuasa mal Mahkamah Syariah (Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah) ada yang tidak selaras di antara satu negeri dengan negeri yang lain. (47)

Secara umum dapatlah dibuat penelitian awal dalam perbincangan mengenai pelaksanaan undang-undang Islam iaitu masih banyak lagi halangan-halangan yang perlu ditangani terutama dari sudut mekanisme pentadbiran undang-undang tersebut misalnya pelantikan hakim-hakim, bidang kuasa mahkamah yang terhad, tiada panduan penjelasan kepada peruntukan undang-undang yang umum, prosedur yang tidak lengkap, pertindihan dengan undang-undang lain, pelaksanaan perintah, tafsiran peruntukan yang berbeza, masalah penyelarasan dan kerjasama negeri atau pihak berkuasa dan lain-lain. (48)

4.KESIMPULANSecara umum, dapatlah disimpulkan bahawa negara ini telah melaksanakan sebahagian undang-undang Islam. Dengan aspek tertentu, negeri-negeri dalam Persekutuan telah melaksanakan undang-undang-undang Islam. Undang-undang Islam yang ditadbir terus berkembang berbanding sebelum negara mencapai kemerdekaan. Banyak pembaharuan telah dilakukan oleh pihak berkuasa agama sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat kerajaan-kerajaan negeri selaras dengan perkembangan masyarakat Islam di negara ini. Dari semasa ke semasa beberapa pindaan dibuat oleh Badan Perundangan Negeri masing-masing selaras dengan kepentingan dan untuk kebaikan masyarakat sejauh yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Usaha-usaha untuk menyelaraskan pentadbiran undang-undang Islam di negeri-negeri sedang dan terus dijalankan. Sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan harus mengambilkira kehendak Perkara 38 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan untuk dilaksanakan oleh negeri-negeri masing-masing.

HUDUD; REALITI ATAURETORIK

May 18, 2014Ustaz Idris Sulaiman

Hari ini masyarakat hangat membincangkan tentang implimentasi hudud. Sepatutnya dalam hukum yang besar seperti ini kita bertanya sejauh mana kefahaman kita tentang hudud yang ingin kita laksanakan.

Adakah kita maksudkan sekadar pelaksanaan hukuman ke atas beberapa jenayah yang digariskan dalam hukum syariat, seperti jenayah zina, mencuri, qazaf, murtad. Adakah ini yang dimaksudkan dengan hukum hudud? Atau hukum hudud itu sebenarnya lebih luas pengertiannya.

Hakikatnya fokus hukuman hudud tidak hanya kepada beberapa kesalahan jenayah semata-mata. Itu cuma sebahagian kecil dari pelaksanaan syariat Islam. Ini yang kita risaukan. Kita risau mereka yang hangat membincangkan tentang pelaksanaan hudud hakikatnya tidak faham maksud yang lebih luas di sebaliknya.

Dari aspek Islam, pelaksanaan hudud sebenarnya memiliki motif dan objektif yang lebih luas, iaitu fokusnya adalah menegakkan dan mempraktikkan syariat Islam secara keseluruhan dalam Negara.

Itu yang perlu kita amati. Adakah masyarakat di Malaysia sudah bersedia, adakah mereka mempunyai kemampuan untuk melaksanakan hukuman hudud itu dengan ertikata yang sebenarnya.

PERSEDIAAN

Persoalan penting yang perlu dijawab; di manakah rujukan kita untuk melaksanakan syariat Islam di Negara ini. Adakah kita mempunyai persediaan dari sudut pakar-pakar dalam bidang Islam yang pelbagai. Pakar dalam bidang ilmu tafsir, hadis, fekah. Yang dimaksudkan di sini adalah ulama. Adakah kita mempunyai ulama yang semestinya akan menjadi rujukan dalam kita hendak melaksanakan syariat islam di Negara ini.

Ini persoalan yang perlu kita jawab secara jujur. Saya melihat Negara ini secara khasnya amat kekurangan pakar-pakar ilmu islam. Kita tidak mempunyai ulama yang diiktiraf di persada antarabangsa, yang kata-kata mereka menjadi rujukan di seluruh dunia. Ini menunjukkan ketidaksediaan kita untuk melaksanakan hukuman hudud secara khasnya.

Antara permasalahan berkaitan hudud di mana wujud kesamaran di dalamnya, adalah sejauh mana hukuman itu akan dilaksanakan.

Hukum hudud apabila dilaksanakan di sesebuah Negara, ia hendaklah dilaksanakan secara menyeluruh melibatkan seluruh masyarakat. Hukum hudud itu tidak lain tidak bukan hanya sebahagian dari pelaksanaan hukuman syariat di sesebuah Negara Islam.

Maka Negara yang melaksanakan hukuman hudud dengan benar adalah Negara yang melaksanakan syariat Islam dengan ertikata yang sebenar; negara yang menjadikan syariat Islam sebagai undang-undangnya yang tertinggi, yang menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah semata-mata sebagai sumber hukum. Tidak selain dari itu.

Di beberapa Negara yang melaksanakan hudud, apabila mereka melaksanakan hukuman sebat misalnya, kita dapati tukang sebat itu menutup mukanya supaya khalayak yang menyaksikan hukum sebat itu tidak mengenalinya. Di sini timbul persoalan. Adakah ini cara melaksanakan hukum sebat?

Kita katakan secara tegas bahawa ini sama sekali bukan caranya, tetapi ia berlaku akibat ketidaksediaan. Negara dan kerajaan itu tidak mempunyai kekuatan untuk melaksanakan hukuman itu secara benar. Tukang sebat itu jelas takut akan keselamatannya, sedangkan hal ini tidak patut berlaku sekiranya Negara itu sudah bersedia dan masyarakat sudah faham keperluan melaksanakan hukum itu.

Dari aspek lain, apabila dilaksanakan hukum hudud, sama sekali kita tidak boleh fokus kepada beberapa kesalahan jenayah yang melibatkan hukuman hudud itu, sebaliknya semestinya syariat islam itu dilaksanakan secara keseluruhan kerana itu maksud dan tujuan pelaksanaan hukum hudud.

Maka bersediakah kita untuk menutup institusi-institusi perbankan riba, kilang-kilang arak, menghalang penjualan arak di tempat awam, menutup tempat ibadah yang melakukan ritual syirik secara terang-terangan di tempat awam? Bersediakah kita menutup tempat judi dan yang bercanggah dengan syariat Islam?

Bersediakah kita menutup kedai-kedai apabila tiba waktu solat dan solat Jumaat secara khasnya, adakah kita mempunyai kekuatan dari pihak kerajaan dan sokongan dari rakyat? Adakah rakyat sudah mempunyai kefahaman tentang syariat islam, dan bukan tentang hal-hal hudud sahaja.

Jika kita tidak bersedia, tetapi kita sekadar melaungkan hukuman hudud, ini menunjukkan ketidakfahaman dan kedangkalan pemikiran kita tentang hukum hudud secara khasnya dan agama Islam secara amnya.

Kita tidak wajar terburu-buru, kerana terburu-buru akan buruk padahnya. Pepatah arab mengatakan, Barang siapa terburu-buru mencapai sesuatu sebelum tiba masanya, akhirnya dia akan terhalang dari mendapatkannya.

Kita perlu menginsafi dan mengambil pelajaran dari metod yang diambil oleh Rasulullah SAW. Apabila Baginda berdakwah kepada Islam, tentu sahaja Baginda berdakwah secara menyeluruh dan tidak hanya pada aspek agama yang tertentu sahaja. Bagaimanapun, kita melihat Rasulullah berdakwah secara berperingkat.

Baginda tidak terus fokus kepada melaksanakan hudud. Sebaliknya sepanjang Baginda di Mekah selama 13 tahun, baginda fokus pada aspek penting yang menjadi dasar kepada hukuman hudud itu. Tidak lain tidak bukan adalah akidah, aspek tauhid yakni mengesakan Allah SWT di dalam ibadah dan membasmi segala bentuk syirik dan penyembahan selain Allah SWT.

Ini metod Rasulullah SAW yang perlu kita contohi. Kita perlu fokus pada memperbetulkan akidah tauhid masyarakat. Kita perlu jelaskan kepada masyarakat tentang asas agama ini, yang mana saya dapati terdapat banyak kekurangan yang perlu dibetulkan dalam asas akidah itu. Kita melihat masyarakat masih terpalit dengan kepercayaan khurafat, meminta kepada kuasa-kuasa ghaib selain Allah SWT. Masyarakat masih mendatangi bomoh yang ini semua menyalahi ajaran Islam bahkan meruntuhkan akidah.

Maka seperti mana yang disebutkan oleh seorang ulama hadis yang bernama syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani, beliau rahimahullah melihat bahawa masyarakat Islam pada hari ini sewajarnya terus maju ke arah memperkasakan agama Islam yang merangkumi hudud juga tetapi dengan bermula dengan asas, iaitu bermula dengan akidah; memperbetulkan akidah masyarakat, memperbetulkan ibadah masyarakat dan membasmi segala amalan bidah.

Masyarakat Islam secara amnya dan para ilmuan harus fokus memperbetulkan pemahaman masyarakat terhadap agama Islam di samping menerapkan aspek-aspek ajaran Islam yang sebenar, yang jauh dari kepercayaan dan amalan syirik, khurafat, bidah, maksiat dan seumpamanya. Beliau rahimahullah meringkaskan hal ini dengan rangkap tasfiyah dan tarbiyah.

Perlu tasfiyah dan tarbiyahTasfiyah bermaksud membersihkan agama Islam dari segala yang terpalit dalam ajaran Islam yang bukan daripada ajaran Islam. Di samping tasfiyah perlu ada tarbiyah; mendidik masyarakat Islam akan ajaran Islam yang sebenarnya.

Apabila asas ini kita ambil dan apabila masyarakat mempunyai kefahaman, insyaAllah pada ketika itu masyarakat dan kerajaan akan bersedia untuk melaksanakan hukuman hudud. Tetapi kalau masyarakat atau kerajaan tidak mempunyai kefahaman yang benar dan menyeluruh tentang ajaran Islam, masakan mereka dapat melaksanakan hukuman hudud dengan ertikata yang benar.

Masyarakat Islam pada hari ini di Negara kita secara khasnya masih lagi tidak faham ajaran Islam itu dengan erti sebenar. Kita dapati masih banyak ajaran sesat, masih ada yang menganut ajaran Syiah, masih ramai yang berpegang dengan ajaran sufi yang berzikir secara menari-nari, menyanyi-nyanyi, terlompat-lompat. Adakah ini dari ajaran Islam? Kita katakan secara tegas, sama sekali tidak.

Ini yang perlu dibasmi dan dibetulkan terlebih dahulu. InsyaAllah apabila usaha gigih ke arah memperbetulkan keadaan masyarakat di Negara ini diambil, pada ketika itulah mereka akan bersedia secara automatik, bahkan masyarakat akan menuntut dan kerajaan juga akan berusaha ke arah melaksanakan hukuman hudud itu.

Jika tidak, laungan melaksanakan hudud itu sebenarnya hanyalah retorik, omong-omong kosong semata-mata untuk mengalih tumpuan, mendapatkan sokongan dari masyarakat awam yang tidak memahami Islam dalam ertikata sebenar. Akhirnya masyarakat awam itu dipermainkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan, dan akhirnya seluruh Negara akan rugi kerana membuang masa di dalam hal yang tidak memberi faedah yang diinginkan. Wallahu alam.

Artikel ini disiarkan di akhbar pada Jumaat, 16 Mei 2014Share this:

Halangan perundangan yang jelas ialah Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 mengehadkan skop kuasa Mahkamah Syariah. Seksyen 2 Akta itu memperuntukkan bahawa:

Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis:

Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.

Akta ini menetapkan had dari sudut jenis atau skop kesalahan iaitu kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut. Buat masa ini skop kesalahan ini ditafsirkan secara luas sesuai dengan keluasan Syariah Islam itu sendiri.

Dalam enakmen-enakmen jenayah syariah yang sedia ada sudah mengandungi kesalahan-kesalahan seperti berjudi, mencuri, zina, sumbang mahram, persetubuhan luar tabii dan seumpamanya.

Bahkan bentuk kesalahan yang ada dalam jenis hukum hudud seperti zina dan qazaf pun sudah ada dalam undang-undang hari ini. Lihat contohnya seksyen 22 hingga 38 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Sesetengah kesalahan yang disebut dalam enakmen ini sebenarnya juga diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan.

Contohnya seseorang yang didakwa melakukan kesalahan liwat, dia tertakluk kepada dua undang-undang iaitu enakmen jenayah syariah dan juga Kanun Keseksaan. Berdasarkan hakikat ini dapat disimpulkan bahawa kewujudan kesalahan-kesalahan seperti mencuri, bunuh dan lain-lain seperti yang disebutkan dalam Enakmen Jenayah Syariah 2 Kelantan adalah tidak bercanggah dengan Akta.

Jika hukuman bagi kesalahan itu ada disebut dalam ajaran Islam, maka ia juga sepatutnya dianggap sebagai sebahagian dari jenayah Syariah.

Namun demikian, seksyen 2 mengehadkan bidang kuasa jenayah mahkamah Syariah dari sudut hukuman. Mahkamah Syariah tertakluk kepada had hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda RM5,000 atau enam sebatan atau gabungan mana-mana hukuman terbabit.

Had inilah merupakan halangan sebenar kepada enakmen jenayah syariah Kelantan dan Terengganu.

Memandangkan enakmen jenayah Syariah menetapkan hukuman yang lebih tinggi seperti iaitu seratus rotan dan penjara yang lebih lama, maka ia dikira pertentangan dengan Akta.

Demikian juga hukuman yang tidak disebut oleh akta itu seperti rejam dan potong tangan tidak boleh berkuat kuasa kerana bertentangan dengan Akta. Mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan undang-undang Persekutuan akan dikira tidak sah dan batal.

Bagi mengatasi halangan ini Parlimen perlu membuat pindaan ke atas Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 iaitu dengan menaikkan had yang disebut itu sesuai dengan kadar yang ditetapkan oleh enakmen-enakmen terbabit.

Bercanggah Perlembagaan?

Isu kedua adalah berkaitan dengan percanggahan antara enakmen jenayah syariah Kelantan dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 4 secara jelas menyebut bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dan mana-mana undang-undang yang bercanggah dengannya adalah terbatal.

Mana-mana akta atau Enakmen, termasuk enakmen jenayah syariah tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan.

Aspek yang disebut bercanggah ialah Perkara 74 memperuntukkan agihan kuasa antara negeri dan Persekutuan berdasarkan Jadual Kesembilan. Kerajaan persekutuan dan negeri hanya boleh membuat undang-undang dan mentadbir dalam ruang bidang kuasa masing-masing.

Jika mana-mana kerajaan membuat undang-undang di luar bidang kuasanya, undang-undang itu adalah pertentangan dengan Perlembagaan.

Oleh itu enakmen ini dianggap bercanggah dengan Perlembagaan kerana ia mengadakan kesalahan-kesalahan seperti mencuri, membunuh, merompak yang sebahagian besarnya bertindan dengan kesalahan-kesalahan yang termasuk di dalam Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan dan kesalahan-kesalahan ini terdapat dalam undang-undang Persekutuan iaitu Kanun Keseksaan.

Ini juga bercanggah dengan butiran 1, Senarai Negeri yang mengehadkan kuasa membuat undang-undang jenayah Islam setakat mana ia tidak berkaitan dengan perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan.

Namun begitu dakwaan bahawa ia bercanggah dengan perlembagaan masih boleh dipertikaikan. Ini kerana, jika ia dianggap bercanggah maka undang-undang ke atas kesalahan berjudi, mencuri, zina, sumbang mahram, persetubuhan luar tabii, zina dan qazaf yang sedia ada kini dalam enakmen-enakmen jenayah syariah negeri juga dianggap bercanggah.

Namun setakat ini tiada orang yang mencabarnya, dan ia diterima umum sebagai undang-undang yang sah.

Pertembungan kuasa

Contoh terbaik untuk menggambarkan pendekatan mahkamah dalam kes ini ialah kes Mamat bin Daud lwn. Kerajaan Malaysia (1988) 1 MLJ 119. Dalam kes ini plaintif-plaintif telah dituduh di bawah seksyen 298A Kanun Keseksaan, yang baru dipinda bagi menambah satu kesalahan baru iaitu melakukan tindakan di atas asas agama, yang boleh menjejaskan perpecahan atau menyebabkan atau menjejaskan keharmonian di antara rakyat yang menganut agama yang sama atau berbeza.

Mereka dituduh melakukan tindakan yang menjejaskan perpaduan di kalangan masyarakat Islam iaitu apabila bertindak sebagai bilal, khatib dan imam yang tidak bertauliah. Mereka menuntut pengisytiharan bahawa s. 298A adalah ultra vires dengan Perkara 74 kerana ia secara inti pati dan isi (pith and substance) berkaitan dengan agama Islam yang tertakluk kepada bidang kuasa negeri, dan Parlimen tidak ada kuasa untuk membuat undang-undang tersebut.

Setelah meneliti secara terperinci, Mahkamah Agung telah memutuskan dengan majoriti tiga daripada lima orang hakim, bahawa tindakan yang dilarang oleh akta tersebut tiada kaitan langsung dengan keselamatan awam yang tertakluk kepada bidang kuasa Persekutuan, sebaliknya ia menyentuh secara langsung dengan agama Islam yang terletak di bawah bidang kuasa negeri. Menurut Salleh Abas KHN :

Dengan melihat dari sudut pandangan yang sepatutnya, setakat untuk perlaksanaan ke atas orang-orang Islam, seksyen yang dipertikaikan ini adalah satu undang-undang yang bertujuan untuk memastikan agama Islam diamalkan di negara ini menepati panduan, aturan dan amalan yang dibenarkan oleh negeri-negeri. Dalam meluluskan seksyen yang dipertikaikan ini, saya tidak fikir bahawa Parlimen boleh bergantung kepada kuasa perundangan berasaskan ketenteraman awam kerana penggunaan kuasa tersebut akan menyebabkan pertembungan secara langsung dengan kuasa kerajaan negeri untuk membuat undang-undang dan mengawal urusan amalan agama Islam.

Seah dan Mohamad Azmi HHMA yang turut bersetuju dengan keputusan pengisytiharan pembatalan seksyen berkenaan menjelaskan;

apa yang perlu diambil kira adalah isi atau inti pati kepada sesuatu statut bukannya bentuk atau sifat luarannya sebanyak mana pun kosmetik digunakan untuk membuat hiasan perundangan tidak dapat menutup penyamaran dalam perundangan.

Matlamat, tujuan dan bentuk seksyen yang berkenaan mesti diterokai untuk mengenal pasti rupa sebenar dan inti pati sesuatu undang-undang dan untuk mengenal pasti kategori undang-undang tersebut

Hujah majoriti berkisar di sekitar tujuan dan matlamat sebenar yang membawa kepada kewujudan seksyen 298A Kanun Keseksaan itu. Walaupun diakui bahawa ia mempunyai kaitan dengan ketenteraman awam, tetapi hubungannya dengan pengamalan agama Islam adalah lebih dekat dan hampir dengan tujuan undang-undang itu diperkenalkan.

Keputusan ini memberikan perlindungan kepada kuasa perundangan terpenting kerajaan negeri iaitu hal ehwal agama Islam.

Contohnya dalam kes terdahulu iaitu Tengku Nik Maimunah lwn Majlis Ugama dan Adat Melayu Negeri Terengganu [1979] 1 MLJ 157, mahkamah telah memutuskan bahawa persoalan wakaf adalah di bawah bidang kuasa negeri berdasarkan Perkara 74 dan Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, maka undang-undang negeri yang berkaitan iaitu Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Terengganu 1955 adalah berkuat kuasa.

Selagi negeri-negeri tidak menyerahkan kuasa membuat undang-undang kepada kerajaan Persekutuan melalui beberapa mekanisme seperti Perkara 76 yang membenarkan kerajaan Persekutuan membuat undang-undang di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri dengan sebab-sebab tertentu, selagi itulah Negeri mempunyai kuasa perundangan mutlak ke atas urusan agama Islam.

Jika di lihat kepada pendekatan yang telah digunakan dalam kes-kes ini, kita dapat andaikan bahawa enakmen jenayah syariah yang melibatkan hudud dan qisas di Kelantan dan Terengganu adalah tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Langkah penyelesaian

Walau bagaimana pun, halangan utama ialah halangan politik. Jika ada kemahuan politik kekangan yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana akta boleh dirungkaikan dengan mudah. Jika kekangan politik ini dapat diatasi tindakan yang wajar dilakukan untuk menjamin kelancaran pelaksanaan undang-undang jenayah Islam dengan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa) 1965 bagi membolehkan Mahkamah Syariah membicarakan kes-kes jenayah berkaitan dan menjatuhkan hukuman-hukuman seperti potong tangan, sebat dan mati.

Peluasan kuasa ini bukan hanya dapat dinikmati oleh Kelantan dan Terengganu, bahkan juga untuk negeri-negeri lain.

Selain itu, bagi memberikan laluan yang lebih selesa, agar tidak dianggap wujud percanggahan antara enakmen jenayah syariah dan undang-undang Persekutuan, maka perkataan kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam senarai Persekutuan perlu digugurkan dari Butiran 1 Senarai Negeri.

Bagi memberikan ruang yang lebih selesa perkataan jenayah syariah dan skopnya perlu dimasukkan dalam Senarai Negeri.

Pilihan yang lain ialah dengan memberikan kuasa khusus kepada Kelantan dan Terengganu untuk meluluskan dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan jenayah. Pada dasarnya bidang kuasa jenayah adalah di bawah bidang kuasa Pusat melalui Jadual Kesembilan Perlembagaan, namun Parlimen boleh meluaskan kuasa kerajaan negeri melalui Perkara 76A. Oleh itu enakmen jenayah syariah boleh berkuat kuasa jika ia diberikan laluan melalui kaedah ini.

Hak bukan Islam

Pemimpin dan rakyat bukan Islam tidak seharusnya gusar dengan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah di Kelantan. Undang-undang yang diluluskan itu hanya meliputi orang-orang Islam sahaja. Oleh itu penganut agama lain tidak tertakluk kepada undang-undang hudud.

Selain itu, persoalan hak asasi sewajarnya menjadi pertimbangan pemimpin dan rakyat bukan Islam. Ini kerana hasrat untuk diadili melalui undang-undang Islam adalah sebahagian dari hak asasi rakyat Kelantan untuk beramal dengan agama sebagai mana yang diperuntukkan di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Jika mereka dihalang untuk mendapat keadilan melalui sistem perundangan Islam, mereka sebenarnya dinafikan hak asasi untuk mengamalkan agama mereka sendiri.

Selain itu, hak untuk diadili dengan undang-undang jenayah syariah juga merupakan hak demokratik rakyat Kelantan. Pas secara terbuka dan jelas menyatakan hasratnya untuk menguatkuasakan undang-undang Islam.

Undi majoriti yang diberikan kepada Pas di Kelantan pada pilihan raya umum 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 membuktikan kewujudan hasrat rakyat Kelantan untuk mengamalkan undang-undang jenayah Islam. Menghalang pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah bermakna menafikan hak demokratik rakyat Kelantan.

Selain itu perlu diingat juga bahawa undang-undang berkenaan hanya mahu dilaksanakan di Kelantan. Kedudukan Kelantan sebagai sebuah negeri yang mempunyai ciri-ciri khusus perlu dihormati.

Penghayatan kepada semangat federalime meliputi pengiktirafan perbezaan yang wujud antara satu negeri dengan negeri lain. Fakta bahawa undang-undang tersebut mendapat sokongan kerajaan dan juga pembangkang di Kelantan juga satu yang unik.

Seruan dan titah Baginda Sultan Kelantan agar undang-undang itu dikuatkuasakan mengukuhkan pandangan bahawa Kelantan perlu dibenarkan menjalankan undang-undang hudud.

Tegasnya, kini terpulang kepada pihak berkuasa khususnya kerajaan Persekutuan untuk menggerakkan langkah bagi memberikan laluan perlaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.

Sebenarnya kebenaran perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah 2 Kelantan boleh dilakukan oleh kerajaan Persekutuan tanpa perlu menunggu usul Rang Undang-undang Persendirian dari wakil Kelantan.

Jalan yang paling mudah ialah dengan meminda Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965. Pindaan ini boleh diusulkan oleh Menteri kerajaan Persekutuan menggunakan kaedah biasa. Ia boleh diluluskan dengan sokongan majoriti mudah, tanpa perlu persetujuan dua per tiga ahli Parlimen.

Dr Muhammad Fathi YusofPensyarah KananFelo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan)Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan TeknologiUTM Kuala Lumpur.* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.ARTIKEL BERKAITAN

Walaupun kesalahan berzina dan qazaf boleh ditafsirkan sebagai kesalahan melanggar perintah agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan hukuman hudud sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Al Quran tidak dapat dijatuhkan kerana Dewan Undangan Negeri tidak berkemampuan menggubal hukuman tersebut sebagai hukuman selepas disabitkan. Akta Bidangkuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1984 hanya memperuntukkan Dewan Undangan Negeri boleh mengadakan kesalahan melanggar perintah agama Islam yang hukumannya tidak melebihi tiga tahun penjara lima ribu ringgit denda dan enam kali sebatan.

Dalam hal yang demikian selagi Akta ini tidak dipinda hukuman maksimum yang boleh dikenakan adalah sebagaimana yang telah dinyatakan di atas. Akta ini telah menghalang pelaksanaan hukuman hudud sebagaimana yang ditentukan oleh Al Quran dan Al Sunnah. Akta ini perlu dimansuhkan terlebih dahulu sebelum Dewan Undangan Negeri dapat menggubal undang-undang bagi meaksanakan hukuman hudud.

PERANCANGAN

Taraf Mahkamah Syariah masih jauh lebih rendah dari mahkamah sivil dari sudut perjawatan, prasarana, gaji dan bidangkuasa. Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam pada bulan Julai lepas telah meluluskan syor penstrukturan semula mahkamah syariah yang akan mewujudkan 5 peringkat mahkamah sebagaimana mahkamah sivil. Hakim-hakim mahkamah tinggi syariah ke atas tidak akan lagi diletakkan sebagai penjawat awam tetapi dalam skim khas sebagaimana rakan mereka di mahkamah sivil.

Dengan pewujudan skim khas ini sudah pasti peranan mahkamah syariah menjadi besar dan mempunyai justifikasi untuk mendapatkan lebih banyak bidangkuasa. Ini termasuklah memansuhkan Akta Bidangkuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1984 bagi membolehkan sebahagian hukuman hudud dilaksanakan tanpa perlu pindaan Perlembagaan.

Strategi ini juga bagi membolehkan mahkamah syariah bersedia menerima kes-kes hudud yang lebih kompleks berbanding dengan kes kekeluargaan sahaja. Jika dengan tiba-tiba sahaja mahkamah syariah diberikan kuasa melaksanakan hukuman hudud sedangkan prasarana dan persediaan tidak mencukupi adalah dikhuatiri ia akan menjadi fitnah kepada agama Islam pula. Difahamkan Majlis Raja Raja akan bersidang pada bulan Oktober ini bagi membincangkan syor penstrukturan semula Mahkamah Syariah ini dan diharapkan ia dapat dipekenankan oleh DYMM Raja Raja Melayu.

KESIMPULAN

Melaksanakan Undang-Undang Hudud adalah kewajipan orang Islam. Namun masih terdapat halangan-halangan yang perlu dilupuskan bagi melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia. Semua pihak perlu ikhlas di dalam usaha bagi melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia.

Mahkamah Syariah perlu bersedia menerima kes-kes hudud untuk didengar oleh mereka. Latihan dan pengalaman perlu dicari bagi mengelakkan penghakiman kelak bertentangan dengan prinsip Islam itu sendiri disamping mengelakkan salahtanggapan terhadap agama Islam. Kerjaan Perseketuan perlu segera meminda Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan memansuhkan Akta Bidangkuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1984 bagi membolehkan negeri-negeri menggubal undang-undang bukan sahaja hudud tetapi undang-undang lain yang melanggar perintah agama Islam.

Dalam masa yang sama, perlu juga dipentingkan bahawa dalam keadaan kegawatan ekonomi, sosial dan kebejatan akhlak umat Islam yang begitu ketara, factor-faktor non-legal ini juga perlu diberi penekanan. Sistem ekonomi, pendidikan, tataatur masyarakat dan pemantapan aqidah perlu juga diperbaiki seiring dengan tuntutan melaksanakan hukuman hudud di Malaysia.

Hudud adalah batasan-batasan yang telah digariskan supaya umat Islam tidak melanggarinya. Batasan-batasan ini bukan hanya dalam aspek jenayah sahaja tetapi juga dalam setiap detik kehidupan kita. Janganlah diambil Islam itu dalam kompartmen tertentu sahaja tetapi Islam semestinya diambil secara keseluruhannya.

Adalah amat penting mendapat komitmen daripada Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan hukuman hudud ini. Tanpa pindaan Perlembagaan dan pemasuhan Akta Bidangkuasa Mahkamah Syariah 1984 mungkin undang-undang hudud akan dicabar di mahkamah kelak. Sudah sampai masanya umat Islam bersatu bagi membuang semua halangan bagi pelaksaan undang-undang Islam bukan memberi pelabagai alasan untuk tidak melaksanakannya.

Adalah amat menyedihkan di dalam menegakkan hujah masing-masing terdapat golongan yang telah menegenepikan tuntutan Al Quran dan seolah-olah mempertikaikan nas-nas yang sahih di dalamnya.