31
DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

PENDIDIKAN MUZIK

TAHUN EMPAT

Page 2: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid
Page 3: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

DRAF

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

(MASALAH PEMBELAJARAN)

PENDIDIKAN MUZIK

TAHUN EMPAT

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Page 4: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

Cetakan Pertama 2013 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Page 5: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan

seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi

kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif

yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita

tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 6: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

berterusan ke arah lebih memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara

Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.

Page 7: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

PENDAHULUAN 1

MATLAMAT 1

OBJEKTIF 2

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 3

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 3

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4

FOKUS MATA PELAJARAN 6

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 7

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 8

PENTAKSIRAN SEKOLAH 9

PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH 11

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN 13

Page 8: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid
Page 9: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

1

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas

Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu,

perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan

dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan

pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas Masalah

Pembelajaran adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan

tidak membebankan murid, ini selaras dengan teras kedua Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu proses pengajaran dan

pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah

Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang

menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik

pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan

aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai

tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.

KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina supaya

pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat

diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga

menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid

bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang

seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas

Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk

mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan

bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid.

Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan

intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan

berakhlak mulia.

OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran membolehkan

murid:

i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam

menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna

serta menjadi warganegara yang berguna

ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat

berdikari dalam kehidupan seharian

Page 10: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

2

iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah

kehidupan bekerjaya

iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri

dengan sempurna

v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,

berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila

masyarakat majmuk

vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian

bagi yang beragama Islam

vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian

viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah

ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya

x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi

membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan

berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang

saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan

yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Domain bagi setiap tunjang adalah:

i. Komunikasi

ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai

iii. Kemanusiaan

iv. Sains dan Teknologi

v. Perkembangan Fizikal dan Estetika

vi. Keterampilan Diri

Bentuk Kurikulum Transformasi

Page 11: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

3

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas

(Masalah Pembelajaran) digubal dalam bentuk pernyataan

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu

dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang

mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan

boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi

aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan

pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang

seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,

bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,

berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad

ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan

dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid

akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,

etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran

berfikir.

Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun

1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Secara Kritis

dan Kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada

pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada

tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah

memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

(KBAT).

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk

mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam

membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,

Page 12: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

4

membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi,

menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.

KBAT Penerangan

Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan

nilai dalam situasi berlainan untuk

melaksanakan sesuatu perkara

Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian

kecil untuk memahami dengan lebih

mendalam serta hubung kait antara bahagian

berkenaan

Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan

menggunakan pengetahuan, pengalaman,

kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi

Mencipta menghasilkan idea atau produk atau

kaedah yang kreatif dan inovatif

Jadual 1: Penerangan KBAT

Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulum

mata pelajaran.

KBAT boleh diaplikasikan di dalam bililik darjah melalui aktiviti

berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah

dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti

peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan

aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan

murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran

mereka.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah

diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,

Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif

dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan

Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR

dikekalkan dan ditambah dengan memperkenalkan elemen

Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi.

Page 13: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

5

Kreativiti dan Inovasi

Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara

umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,

pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana

idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.

Elemen kreativiti dan inovasi merupakan salah satu elemen yang

diberi penekanan dalam KSSR untuk menyediakan murid dalam

menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi murid perlu

dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka

berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan

seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan

warganegara Malaysia pada masa hadapan. Bagi mencapai

matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata pelajaran

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Suaian) yang berkaitan

dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara

tersurat. Walau bagaimanapun guru juga digalakkan menerapkan

elemen kreativiti dan inovasi di mana-mana topik yang difikirkan

sesuai jika elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru

haruslah menyediakan aktiviti yang meningkatkan minat dan

kreativiti. Murid pula perlu dibekalkan dengan pengetahuan,

kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan

kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif.

Keusahawanan

Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020

adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen

keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan

keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan

murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:

Mengamalkan sikap keusahawanan;

Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

pengurusan perniagaan;

Memformulasikan konsep, proses atau produk keusahawanan;

dan

Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam

keusahawanan.

Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap

kebolehan murid sekolah rendah.

Page 14: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

6

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk

memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.

Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet,

perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer

menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan

berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam

mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh

dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.

Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan

dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK

iaitu:

Belajar mengenai TMK

Belajar melalui TMK

Belajar dengan TMK

FOKUS MATA PELAJARAN

Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik

I. Matlamat

Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil

dan mengembangkan bakat juga potensi murid supaya

dapat mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya

melahirkan murid-murid yang berkeyakinan, berkemahiran,

berketerampilan serta bersikap positif dalam kehidupan.

Aspek yang diberi penekanan ialah kemahiran nyanyian,

bermain alat-alat perkusi dan bermain rekoder. Proses ini

memberi keutamaan kepada aktiviti bagi memenuhi

kehendak tajuk persepsi muzik, pengalaman nyanyian,

pengalaman muzikal serta apresiasi dan estetika seni

berdasarkan kebolehan dan kreativiti murid.

II. Objektif

Pendidikan Muzik membolehkan murid :

i. mengembangkan bakat dan minat dalam bidang nyanyian,

tarian ,permainan alat alat-perkusi dan rekoder.

ii. mengamalkan semangat kerjasama dan berdisiplin dalam

kumpulan

iii. mahir menggunakan alatan muzik

iv. melakukan gerakan mengikut rentak lagu

v. mengenal lagu berdasarkan melodinya

vi. mengawal koordinasi anggota badan

Page 15: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

7

III. Pelaksanaan Modul Pendidikan Muzik

Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard

Kurikulum Pendidikan Muzik untuk membantu guru

menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru

boleh mengubahsuai atau membina modul yang

bersesuaian mengikut keperluan. Mana-mana standard

kandungan dan standard pembelajaran yang sesuai boleh

digabungjalinkan bagi menghasilkan pengajaran dan

pembelajaran yang bermakna.

Modul Pembelajaran Pendidikan Muzik

Modul Pembelajaran Pendidikan Muzik juga disediakan

untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi senarai

semak untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid

untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran.

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Muzik, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai

kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

Antaranya adalah:

Inkuiri

Analisis Tugasan

Belajar Melalui Bermain

Pengajaran Bertema

Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)

Konstruktivisme

Multi Sensori

Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran Interaktif

Pembelajaran Koperatif

Simulasi

Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)

Page 16: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

8

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Definisi Rancangan Pendidikan Individu :

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen

bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang

dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan

panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid.

(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid

Berkeperluan Khas, 2000)

RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai

disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid

pendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid, dan

dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan

penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang

disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah

tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan

tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut,

perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa,

dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan

peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat

sokongan lain.

RPI memperincikan antara lain:

i. Tahap prestasi sedia ada murid

ii. Perancangan akademik dan bukan akademik

iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid

iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur

v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi

mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian

vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid

vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu perkhidmatan

dapat disediakan untuk murid, dan

viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan

membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran

mereka.

Page 17: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

9

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama

dalam PdP kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran

murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan mampu

memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan

atau dicapai dalam PdP. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak

sekolah sepenuhnya bermula dengan perancangan, pembinaan

item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau

penskoran, perekodan hingga pelaporan. PS penting untuk

menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha

menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan

aktiviti berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi, dan hala

tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk

memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS

mempunyai ciri-ciri berikut:

Holistik iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh

tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan

pengamalan nilai murni;

Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan

PdP;

Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai

mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan

Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan

standard kurikulum.

PS boleh dilaksanakan secara:

Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.

Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit

pembelajaran, semester atau tahun.

Pentaksiran Rujukan Standard

Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan

pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang

murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses

mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham

dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari

berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan.

Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian

seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan

dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid

Page 18: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

10

dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama

sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,

kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan

dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum

balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif.

Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang

bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf

dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting

dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan

negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-

masing.

Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu

yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan.

Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap

TP. Jadual 2 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna

pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran

Pendidikan Muzik.

Tafsiran Umum

TAHAP PENGUASAAN

MAKSUD TAFSIRAN UMUM

1 Tahu Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

2 Tahu dan Faham

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

4 Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Terpuji

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal, dan bersikap positif.

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Mithali

Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta boleh dicontohi.

Jadual 1: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan

Page 19: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

11

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

1 Mengetahui pengetahuan dan kemahiran asas Muzik

2 Memahami pengetahuan dan kemahiran Muzik serta dapat menjelaskan kefahaman tersebut dengan apa-apa cara.

3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran Muzik

4 Menganalisis pengetahuan dan kemahiran Muzik

5 Menganalisis dan mensintesis pengetahuan dan kemahiran Muzik

6 Menganalisis dan mensintesis pengetahuan dan kemahiran Muzik

Jadual 2: Tafsiran Tahap Penguasaan bagi mata pelajaran

Muzik

PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Setiap guru perlu melaksanakan proses PdP dalam bilik

darjah dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan

Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan guru adalah perlu

dalam merancang dan melaksanakan PdP secara berkesan

dan bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu

mentaksir dan menentukan tahap keupayaan murid

berdasarkan Standard Prestasi yang telah disusun mengikut

kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran.

Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap muridnya

untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih baik dengan

melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.

Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu

dipelajari dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi

pula mengandungi panduan untuk mentaksir murid mengikut

tahap penguasaan seperti yang dihasratkan. Dokumen

Standard Kurikulum dan Pentaksiran mengintegrasikan

standard kurikulum dan pentaksiran sekolah dalam satu

dokumen.

Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh

dijalankan adalah:

Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari

aspek kemahiran dan nilai murni. Kaedah pemerhatian adalah

untuk menilai kebolehan murid melaksanakan kemahiran

yang diperolehi dalam sebarang aktiviti.

Page 20: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

12

Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau

lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk

soalan objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.

Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan

adalah penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan

diri dan pengetahuan murid tentang kemahiran yang

dipelajari.

Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu

tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji adalah

pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai murni.

Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara

individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap

dan folio.

Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk

menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.

Page 21: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

DRAF

13

1.Persepsi Muzik

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…..

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya…..

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…..

1.1 Mengetahui irama

dalam muzik

1.1.1 Menepuk tekanan

detik pertama lagu

meter yang

didengar

1.1.2 Memainkan tempo

lagu yang didengar

i. tempo cepat

ii. tempo lambat

1

Menepuk tangan secara bebas

2

Menepuk mengikut meter

3

Menepuk tekanan detik lagu meter mengikut satu baris lagu

4

Menepuk tekanan detik meter secara berpandu

dengan tempo cepat dan lambat

5

Menepuk tekanan detik pertama meter dengan

tempo cepat dan lambat

6

Memainkan alatan mengikut tekanan detik pertama lagu

dengan tempo cepat dan lambat berpandukan meter

4

4

4

4

4

4

4

4

4

4

4

4

Page 22: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

DRAF

14

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…..

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya…..

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…..

1.2 Mengetahui sistem

notasi

1.2.1 Mengenal tanda

isyarat dan istilah

i. baluk

ii. garis bar

iii. bar

iv. kleftrebel

v. meter

1.2.2 Mengenal nilai not

i. krocet

ii. minim

1.2.3 Mengenal nilai

tanda

rehat

i. krocet

ii. minim

1

Menyatakan sistem notasi mengikut rajah dan gambar yang ditunjukkan.

2

Melukis sistem notasi mengikut rajah dan gambar yang dipamerkan.

3

Menunjuk dan menyebut sistem notasi mengikut gambar yang dipamerkan.

4

Membunyikan nilai not krocet dan minim mengikut sistem notasi yang dipamerkan di dalam skor.

5

Menunjukkan nilai tanda rehat krocet dan nilai tanda rehat minim mengikut sistem notasi yang dipamerkan di dalam skor

6

Membezakan nilai not dan nilai tanda rehat krocet dan minim dalam sistem notasi

Page 23: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

DRAF

15

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…..

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya…..

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…..

1.3 Mengetahui melodi

dalam muzik

1.3.1 Mengajuk melodi

mudah dengan

menggunakan

vokal

i. melodi mendatar

ii. melodi menaik

iii. melodi menurun

1.3.2 Mengenal bentuk

lagu struktur A

1.3.3 Mengenal warna

ton

i. suara lelaki,

suara perempuan

ii. suara kanak-

kanak,

suara orang

dewasa

1.3.4 Mengenal solfa

dengan isyarat

tangan Curwen

i. Mi

ii. So

1

Membunyikan melodi mudah dengan bimbingan guru

2

Membunyikan melodi dengan isyarat tangan Curwen dan

mengajuk lagu dalam struktur A .

3

Mengajuk melodi dalam nyanyian lagu struktur A

4

Membezakan melodi dan warna ton dalam muzik yang diperdengarkan.

5

Menyatakan melodi dan warna ton dalam muzik yang diperdengarkan

6

Menyanyikan solfa lagu struktur A berserta dengan isyarat tangan Curwen.

Page 24: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

DRAF

16

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…..

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya…..

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…..

1.4 Memahami ekspresi

dalam muzik

1.4.1 Mengenal pasti

dinamik pada lagu

yang didengar

i. dinamik lembut (p)

ii. dinamik kuat (f)

1.4.2 Mengenal pasti mud

lagu yang didengar

i. mud riang

ii. mud sedih

iii. mud bersemangat

1

Memberi respon terhadap bunyi

i. kuat ii. lembut

2

Memberi respon terhadap lagu yang di dengar mengikut dinamik dan mud.

3

Membezakan lagu yang didengar mengikut dinamik dan mud.

4

Membezakan lagu yang didengar mengikut dinamik dan mud dengan ekspresi.

5

Menunjukkan pelbagai ekspresi wajah yang sesuai dengan lagu yang didengar

6

Memilih ekspresi yang sesuai untuk lagu yang dipersembahkan.

Page 25: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

DRAF

17

2. Pengalaman Nyanyian

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…..

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya…..

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…..

2.1 Menyanyi mengikut muzik

2.1.1 Menyanyi dengan

teknik pernafasan

yang betul

2.1.2 Menyanyi dengan

postur badan yang

betul

i. duduk

ii. berdiri

2.1.3 Menyanyi dengan

sebutan yang jelas

2.1.4 Menyanyi dengan

ekspresi yang sesuai

i. mud riang

ii. mud sedih

iii. mud bersemangat

2.1.5 Menyanyi lagu

mengikut

i. pic

ii. tempo

iii. dinamik

1

Melakukan teknik pernafasan yang betul

menarik nafas

menghembus nafas

2

Menyanyi secara ‘humming’ satu rangkap lagu dengan teknik pernafasan yang betul

3

Menyanyi dengan postur badan yang betul

i. duduk ii. berdiri

4

Menyanyi dengan ekspresi yang sesuai untuk mud lagu riang, sedih dan semangat

5

Menyanyi lagu mengikut pic, tempo dan dinamik yang betul

6

Menyanyi lagu dengan teknik, postur, ekspresi dan cara yang betul

Page 26: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

DRAF

18

3. Pengalaman Muzikal

STANDARD

KANDUNGAN

Murid dibimbing…..

STANDARD

PEMBELAJARAN

Murid berupaya…..

TAHAP

PENGUASAAN

TAFSIRAN

Murid boleh…..

3.1 Memainkan alat

perkusi

3.1.1 Memainkan alat

perkusi daripada

bahan persekitaran

i. peralatan bilik

darjah

ii. peralatan dapur

iii. tumbuh-tumbuhan

3.1.2 Memainkan alat

perkusi

i. loceng

ii. kastanet

iii. tamborin

iv. kayu tik tok

v. kerincing

3.1.3 Mengaplikasi

permainan alat

perkusi mengikut

i. corak irama

ii. dengan dinamik

iii. mengiringi lagu

1

Menyatakan 3 alat perkusi daripada bahan persekitaran

2

Menamakan 5 jenis alat perkusi konvensional

3

Menamakan alat perkusi mengikut lagu yang didengar

secara berpandu

4

Bermain alat perkusi mengikut corak irama dalam satu

garis bar meter

5

Bermain pelbagai alat perkusi dengan dinamik dalam

satu garis bar meter

6

Bermain alat perkusi mengikut corak irama dan dinamik

dengan iringi lagu

4 4

4 4

Page 27: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

PENDIDIKAN MUZIK DRAF

19

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…..

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya…..

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…..

3.2 Mengenal rekoder

3.2.1 Struktur Rekoder

i. kepala

ii. badan

iii. kaki

3.2.2 Penjagaan rekoder

Mengetahui cara-

cara:

i. membersih

rekoder

ii. menyimpan

rekoder

1

Menyebut struktur rekoder dengan betul

2

Menunjuk dan menamakan 3 struktur rekoder

3

Mengenal struktur rekorder dan menjaga rekorder

4

Menyatakan langkah membersihkan rekorder

5

Menunjukkan langkah membersihkan rekorder

6

Menunjukkan cara membersih dan menyimpan rekorder dengan betul

Page 28: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

DRAF

20

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…..

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya…..

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…..

3.3 Bermain rekoder

3.3.1Teknik asas meniup

rekoder

i. postur

ii. cara memegang

iii. Emboucher

iv. pernafasan

v. tiupan

vi. penglidahan

3.3.2 Penjarian

i. Not B

ii. Not A

iii. Not G

3.3.3 Meniup lagu

mengikut

i. tempo

ii. dinamik

1

Menyebut teknik asas meniup rekoder

2

Menunjukkan teknik asas meniup rekorder

3

Menunjukkan penjarian Not B, Not A dan Not G dengan teknik asas yang betul

4

Membunyikan penjarian Not B, Not A dan Not G dengan teknik asas

5

Meniup lagu dengan teknik asas mengikut tempo dan dinamik secara berpandu

6

Meniup lagu menggunakan rekorder mengikut tempo dan dinamik

Page 29: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

DRAF

21

4. Apresiasi dan Estetika Seni Muzik

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…..

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya…..

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…..

4.1 Menghayati muzik

4.1.1 Menyatakan

perasaan terhadap

lagu yang didengar

4.1.2 Melakukan gerakan

mengikut

i. lirik lagu

ii. irama

1 Memberi respon terhadap lagu yang didengar

2

Menyatakan perasaan terhadap lagu yang di dengar

3

Melakukan gerakan bebas mengikut lagu yang didengar

4

Melakukan gerakan yang sesuai mengikut lirik lagu dan irama yang didengar

5

Melakukan gerakan mengikut lirik lagu dan irama dengan perasaan yang sesuai

6

Membuat persembahan mengikut lirik lagu dan irama

Page 30: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

DRAF

22

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…..

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya…..

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…..

4.2 Menghargai

kesenian dan

kebudayaan muzik

tradisional Malaysia

4.2.1 Mengenali Gamelan

4.2.2 Menghasilkan buku

skrap

1

Menunjukkan 5 alat gamelan berdasarkan gambar

2

Menyatakan alat gamelan secara berpandu.

3

Mengumpul 5 gambar alat gamelan

4

Menyatakan cara alat gamelan dimainkan.

5

Menghasilkan buku skrap gamelan dengan bimbingan

6

Menghasilkan buku skrap gamelan dan menghias buku skrap

Page 31: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR) Pendidikan Khas ... ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

ARAS 4-8 BLOK E9

KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604

PUTRAJAYA

Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917

http//www.moe. gov.my/bpk