29
KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) FATHIAH BINTI.MUSTAFFA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

  • Upload
    ngomien

  • View
    331

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN

(PENGAJIAN ISLAM)

FATHIAH BINTI.MUSTAFFA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

PZS 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya : FATHIAH BINTI MUSTAFFA (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) ALAMAT TETAP: 198, KG. ALOR MELINTANG, SAYED MAHUSSAIN B. SAYED AHMAD MK. GUNONG, Nama Penyelia 05150, ALOR STAR, KEDAH. Tarikh: 28 APRIL 2009 Tarikh: 28 APRIL 2009

CACATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak yang berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)”

Tandatangan : ……………………………………… Nama Penyelia : Sayed Mahussain Bin Sayed Ahmad Tarikh : ……………………………………….

Page 4: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN

(PENGAJIAN ISLAM)

FATHIAH BINTI.MUSTAFFA

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2009

Page 5: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

ii

”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ..................................................

Nama Penulis : Fathiah Binti Mustaffa

Tarikh : 28 APRIL 2009

Page 6: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

iii

DEDIKASI

Khas buat Ayahanda Allahyarham Mustaffa Bin Ahmad dan

Bonda Fauziah Binti Ismail

yang amat disayangi dan disanjungi. Terima kasih yang tidak terhingga dari

anakandamu ini. Segala jasa dan pengorbanan tidak akan anakanda

lupakan hingga ke akhir hayat. Segala kenangan yang terukir menjadi kekuatan dan

semangatku untuk selamanya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Ayahanda.

Adinda-adindaku, Muhammad Nasuha dan

Muhammad Farhan

Janganlah leka dengan kenikmatan hidup yang sementara ini. Tuntutlah ilmu demi

masa depanmu. Semoga kita menjadi kebanggaan Ayahanda dan Bonda tercinta dan

menjadi anak-anak yang soleh dan solehah sepertimana yang diimpikan mereka..

Tidak lupa buat Pensyarah

sekalian yang tidak pernah jemu mendidik dan mencurahkan ilmu.

Terima kasih atas segala tunjuk ajar. Halalkan segala ilmu yang pernah kupelajari.

Sahabat-sahabat Seperjuangan.

Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar

kalian. Memori kita bersama tetap terpahat kukuh dalam ingatanku

buat selama-lamanya. Kalian tetap di hatiku selamanya.

Salam penuh kasih sayang...Selamat berjuang sahabat-sahabatku...

Ukhuwah Fillah Abadan Abada...

Page 7: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

iv

PENGHARGAAN

بسم اهللا الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan

kurniaNya, dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat serta

salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan untuk

membawa rahmat ke seluruh alam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia

Ustaz Sayed Mahussain Bin Sayed Ahmad selaku penyelia dan pembimbing

penyelidik kerana sanggup meluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk

ajar dan panduan kepada penyelidik. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan

dalam menyiapkan projek ini amatlah penyelidik hargai dan sanjungi. Semoga Allah

S.W.T. melimpahkan rahmatNya di atas segala jasa baik yang dihulurkan.

Di kesempatan ini juga, terima kasih kepada ibu tercinta serta keluarga yang

tidak jemu memberi sokongan moral kepada penyelidik dalam apa sahaja yang

penyelidik lakukan. Terima kasih juga ditujukan kepada Perpustakaan Sultanah

Zanariah, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM, Perpustakaan Akademi Pengajian

Islam, Universiti Malaya (UM)dan lain-lain kerana menyediakan bahan-bahan ilmiah

yang berguna kepada penyelidik. Tidak ketinggalan juga kepada teman-teman

seperjuangan, terima kasih diucapkan kerana sudi memberi tunjuk ajar, kerjasama

yang baik dan berkongsi idea kepada penyelidik. Semoga segala usaha dan cita-cita

diberkati Allah S.W.T.

Akhir kalam, penyelidik ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak

terhingga kepada para pensyarah dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang

dapat membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah S.W.T.

Amin.

Sekian, Wassalam.

Page 8: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kemahiran-kemahiran berkomunikasi

secara berkesan dalam kalangan pelajar. Di samping itu, kajian ini juga adalah bagi

mengenalpasti halangan-halangan dalam berkomunikasi secara berkesan serta bagi

mengenalpasti langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam berkomunikasi secara

berkesan. Seramai 102 orang responden dari kalangan pelajar kursus Sarjana Muda

Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), Universiti Teknologi Malaysia, bagi sesi

2008/2009 telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan

menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi 40 item soalan.

Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS)

versi 14.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan soal

selidik ini ialah α= 0.891. Purata min dari objektif pertama iaitu mengenalpasti

kemahiran-kemahiran berkomunikasi secara berkesan ialah 4.05. Manakala objektif

kedua ialah mengenalpasti halangan-halangan dalam berkomunikasi secara berkesan,

menunjukkan purata min soalan sebanyak 4.24. Purata min bagi objektif ketiga iaitu

mengenalpasti langkah-langkah mengatasi masalah dalam berkomunikasi secara

berkesan pula ialah 4.21. Data yang diperolehi dihuraikan dalam bentuk jadual. Secara

keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa kemahiran berkomunikasi secara

berkesan dalam kalangan pelajar kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian

Islam) berada pada tahap yang tinggi dengan purata min keseluruhan ialah 4.17. Kajian

ini diakhiri dengan beberapa cadangan dari penyelidik yang dikemukakan kepada pihak-

pihak tertentu. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk kajian pada masa akan

datang.

Page 9: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

vi

ABSTRACT

This study aims to examine effective communication skills among students from

Faculty of Education. It was also to identify the problems that affect the effective

communications and find ways to solve the problems occurred. There were 102

respondents involved in this study and all of them are taking Bachelor of Science with

Education (Islamic Studies), Universiti Teknologi Malaysia for the 2008/2009 session

This study used quantitative method by which a set of questionnaire was distributed to

all of the respondents. The questionnaire consisted 40 questions. The data of this study

were analyzed by using Statistical Package For Social Science (SPSS) version 14.0 to

obtain mode, mean and percentage. The findings, the reliability of the questionnaire was

α= 0.891. The results showed that the mean for objective number 1 were 4.05, objective

number 2 were 4.24 and objective number 3 were 4.21. The data of the findings was put

in a table. Overall the findings showed that the mean of effective communication skills

among students of Islamic Studies was high which 4.17 were respectively. At the end of

this study some recommendations were put forward for the future researchers.

Page 10: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan/ Skop Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 Kemahiran 10 1.8.2 Berkomunikasi 10 1.8.3 Berkesan 10

Page 11: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

viii

1.8.4 Pelajar 11

1.9 Kesimpulan 11

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 12 2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi 21 2.5 Jenis-jenis Komunikasi 22

2.5.1 Komunikasi Lisan 22 2.5.2 Komunikasi Bukan Lisan 24

2.5.2.1 Prinsip Komunikasi Bukan Lisan 25

2.5.2.2 Fungsi Komunikasi Bukan Lisan 27 2.6 Kemahiran-kemahiran Komunikasi 28

2.6.1 Komunikasi Intrapersonal 28

2.6.2 Komunikasi antara individu 30

2.6.3 Komunikasi Awam 32

2.6.4 Komunikasi Massa 33

2.7 Halangan-halangan dalam berkomunikasi 35

2.8 Langkah-langkah mengatasi halangan komunikasi 41

2.9 Komunikasi yang berkesan 46

2.10 Model Komunikasi 48

2.10.1 Model Lasswell 48

2.10.2 Model Shannon dan Weaver 49

2.11 Kajian Lepas 50 2.12 Kesimpulan 52

Page 12: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 53

3.2 Reka Bentuk Kajian 53

3.3 Tempat Kajian 54

3.4 Populasi Kajian 55

3.5 Sampel Kajian 55

3.6 Instrumen Kajian 56

3.6.1 Pengumpulan Data Primer 56

3.6.2 Pengumpulan Data Sekunder 59 3.7 Tatacara Kajian 60

3.7.1 Kajian Rintis 60

3.7.2 Kajian Sebenar 60

3.8 Analisis Data 62

3.9 Jangka Masa Kajian 62

3.10 Kesimpulan 63

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 64

4.2 Analisis Data (Bahagian A) 65

4.2.1 Jantina 65

4.2.2 Umur 66

4.2.3 Tahun Pengajian 66

4.2.4 Aliran Pendidikan 67

4.2.5 Kelayakan Pendidikan 68

4.3 Analisis Data (Bahagian B) 68

4.3.1 Maklumat mengenai kemahiran-kemahiran

berkomunikasi secara berkesan.

Page 13: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

x

4.4 Analisis Data (Bahagian C) 79

4.4.1 Maklumat mengenai halangan-halangan

berkomunikasi secara berkesan.

4.5 Analisis Data (Bahagian D) 85

4.5.1 Maklumat mengenai langkah-langkah

mengatasi masalah berkomunikasi secara

berkesan.

4.6 Analisis Keseluruhan 90

4.7 Kesimpulan 94

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 95

5.2 Perbincangan 96

5.2.1 Perbincangan Maklumat dan

Latar Belakang Responden 96

5.2.2 Perbincangan Analisis Deskriptif

Soal Selidik 98

5.2.2.1 Analisis Deskriptif terhadap kemahiran-

kemahiran untuk berkomunikasi

secara berkesan 98

5.2.2.2 Analisis Deskriptif terhadap halangan-

halangan untuk berkomunikasi

secara berkesan 100

5.2.2.3 Analisis Deskriptif terhadap langkah-

langkah untuk mengatasi masalah

dalam berkomunikasi secara berkesan 102

5.3 Rumusan

5.3.1 Kemahiran-kemahiran untuk

berkomunikasi secara berkesan 104

5.3.2 Halangan-halangan untuk

berkomunikasi secara berkesan 104

5.3.3 Langkah-langkah untuk mengatasi

Page 14: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

xi

masalah dalam berkomunikasi secara berkesan 105

5.4 Cadangan

5.4.1 Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia (UTM) 105

5.4.2 Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan

Sosial (PPIPS) 106

5.4.3 Pelajar 107

5.5 Kajian Lanjutan 108

5.6 Kesimpulan 109

BIBLIOGRAFI 110

LAMPIRAN

Page 15: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Pengkelasan skala Likert 58

3.2 Nilai skor min 58

3.3 Klasifikasi Item 59

3.4 Tatacara kajian 61

4.1 Taburan responden mengikut jantina 65

4.2 Taburan responden mengikut umur 66

4.3 Taburan responden mengikut tahun pengajian 66

4.4 Taburan responden mengikut aliran pendidikan 67

4.5 Taburan responden mengikut kelayakan pendidikan 68

4.6 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 1 69

4.7 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 2 69

4.8 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 3 70

4.9 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 4 70

4.10 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 5 71

4.11 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 6 71

4.12 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 7 72

4.13 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 8 72

4.14 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 9 73

4.15 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 10 73

4.16 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 11 74

4.17 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 12 74

4.18 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 13 75

4.19 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 14 75

4.20 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 15 76

4.21 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 16 76

4.22 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 17 77

4.23 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 18 77

4.24 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 19 78

4.25 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 20 78

Page 16: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

xiii

4.26 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 21 79

4.27 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 22 80

4.28 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 23 80

4.29 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 24 81

4.30 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 25 81

4.31 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 26 82

4.32 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 27 82

4.33 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 28 83

4.34 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 29 84

4.35 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 30 84

4.36 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 31 85

4.37 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 32 85

4.38 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 33 86

4.39 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 34 86

4.40 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 35 87

4.41 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 36 87

4.42 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 37 88

4.43 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 38 88

4.44 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 39 89

4.45 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 40 89

4.46 Rumusan dapatan kajian bagi mengenalpasti kemahiran

kemahiran berkomunikasi secara berkesan. 90

4.47 Rumusan dapatan kajian bagi mengenalpasti halangan-

halangan dalam berkomunikasi secara berkesan. 92

4.48 Rumusan dapatan kajian bagi mengenalpasti langkah-

langkah mengatasi masalah dalam berkomunikasi secara berkesan. 93

Page 17: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

xiv

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN

% - Peratus

N - Jumlah Responden

α Alpha

BSc. - Bachelor of Science (Sarjana Muda Sains)

Keb. - Kebangsaan

KS - Kurang Setuju

Men. - Menengah

PPIPS - Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial

PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah

RTM - Radio Televisyen Malaysia

S - Setuju

s.a.w - Sallallahu alaihi wasallam

Sek. - Sekolah

SMA - Sekolah Menengah Agama

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

SPSS - Statistical Packages for the Social Science

SS - Sangat Setuju

STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

STS - Sangat Tidak Setuju

S.W.T - Subhanahu Wa Taala

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

UM - Universiti Malaya

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

Lampiran A Borang Soal Selidik

Lampiran B Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan

Untuk Menjalankan Kajian

Page 19: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam menjalani kehidupan seharian, kehidupan manusia sentiasa diwarnai

dengan pelbagai ragam manusia di sekeliling. Setiap anggota masyarakat saling

berhubung antara satu sama lain untuk melaksanakan kehendak dan tanggungjawab

sebagai seorang insan dan khalifah yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Dengan itu,

menjadi tanggungjawab setiap manusia untuk mentadbir dan memakmurkan bumi

ciptaan Allah ini, di samping untuk beribadat kepada Nya. Firman Allah S.W.T:

$ tΒ uρ àMø) n= yz £⎯Åg ø:$# }§Ρ M} $#uρ ωÎ) Èβρ ߉ç7 ÷èu‹ Ï9 ∩∈∉∪

Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”.

(Surah al-Dzariyaat : Ayat 56)

Oleh itu, apabila setiap manusia saling berhubung antara satu sama lain, akan

wujudlah aktiviti yang dikenali sebagai berkomunikasi. Komunikasi adalah satu

Page 20: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

2

perkara yang sangat penting dan menjadi nadi kepada perkembangan sosial.

Komunikasi sememangnya tidak akan wujud tanpa manusia. Walau bagaimanapun,

keberkesanan proses komunikasi juga bergantung sepenuhnya kepada individu yang

mempraktikkan aktiviti berkomunikasi. Individu yang gagal berkomunikasi dengan

baik dianggap sebagai satu kerugian kepada dirinya dan juga masyarakat. Firman

Allah S.W.T:

ô⎯ tΒuρ ß⎯|¡ ômr& Zωöθ s% ⎯ £ϑÏiΒ !%tæ yŠ ’n< Î) «!$# Ÿ≅Ïϑ tãuρ $ [sÎ=≈|¹

Maksudnya: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada(mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang saleh”.

(Surah Fussilat : Ayat 33)

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa proses komunikasi adalah

suatu proses yang berkaitan dengan tindakan manusia dengan dirinya sendiri,

dengan orang lain dan juga dengan persekitarannya. Begitu juga dengan peranan dan

tanggungjawab sebagai seorang guru dalam mengajar dan mendidik pelajar. Jelaslah

di sini bahawa tugas seseorang guru tidak dapat dipisahkan daripada proses

berkomunikasi dengan pelajar untuk menyampaikan ilmu kerana ia adalah amanah

Allah S.W.T. Oleh sebab itu, mereka perlu berhati-hati untuk melaksanakan

tanggungjawab yang diamanahkan ini.

Proses komunikasi amat penting dalam menyampaikan sesuatu mesej kepada

individu lain. Apatah lagi dalam dunia pendidikan. Tidak dapat dinafikan lagi

peranan komunikasi dalam bidang pendidikan memberikan impak yang besar

kepada guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru

yang memiliki kemahiran berkomunikasi akan dipandang sebagai seorang yang

mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Mereka dapat menarik minat pelajar untuk

mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Bahkan kemahiran

Page 21: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

3

berkomunikasi merupakan satu bonus kepada seorang guru untuk menarik perhatian

pelajar dan mendampingi pelajar sekaligus dapat merapatkan jurang di antara

mereka.

1.2 Latar Belakang Masalah

Jika diperhatikan, terdapat banyak masalah yang membelenggu kehidupan

masyarakat pada hari ini. Hampir setiap hari, masyarakat negara ini sering

dikejutkan dengan berita-berita tentang masalah yang melanda negara terutamanya

yang melibatkan guru dan pelajar. Media massa juga sama ada media cetak

mahupun media elektronik seringkali memaparkan berita-berita yang berkaitan

masalah tersebut. Masalah ini timbul disebabkan kelemahan dalam proses

berkomunikasi di kalangan guru dan pelajar. Lantaran itu, timbul pelbagai masalah

yang mencalarkan imej guru sebagai pendidik.

Dalam Islam, komunikasi amat penting dalam kehidupan manusia kerana

dengan wujudnya komunikasi maka akan wujudlah proses berkenalan antara satu

sama lain sekaligus dapat mencetuskan kemesraan di samping mengeratkan

hubungan silaturrahim sesama manusia.

Al-Syahid Imam Hasan al-Banna pernah berpesan dalam sepuluh wasiatnya

iaitu “Berkenal-kenalanlah dengan setiap saudara ikhwanul Muslimin yang saudara

bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas

dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan”. Oleh itu, jelaslah bahawa

ulama’ Islam terdahulu juga amat mementingkan komunikasi untuk saling

mengenali antara satu sama lain bagi menyampaikan dakwah.

Page 22: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

4

Jika dilihat dalam masyarakat pada hari ini, masalah komunikasi sering

dianggap sebagai sesuatu yang remeh dan dipandang mudah. Bagi masyarakat,

kemahiran berkomunikasi memang wujud dalam diri setiap individu yang

diciptakan oleh Allah S.W.T. Dari aspek keberkesanannya pula, masyarakat tidak

mempedulikannya. Terdapat juga di kalangan masyarakat yang beranggapan bahawa

perkara yang penting adalah komunikasi dan bukan keberkesanannya. Oleh itu,

disebabkan sikap segelintir masyarakat yang sedemikian, masalah ini menjadi

semakin parah dalam kehidupan seharian terutamanya di kalangan insan yang

bergelar guru atau pendidik.

Masalah ini secara tidak langsung mencalarkan imej guru pada pandangan

masyarakat. Selama ini, guru dianggap sebagai insan yang banyak berjasa dan

sanggup berkorban apa sahaja untuk anak bangsa. Tetapi, apa yang berlaku pada

hari ini adalah sebaliknya. Guru yang dianggap sebagai ’role model’ di kalangan

masyarakat tidak lagi memainkan peranannya sebagai contoh terbaik untuk para

pelajar. Dalam beberapa kes sebelum ini, terdapat segelintir guru yang sanggup

menggunakan kata-kata kesat, kotor dan berunsur lucah dengan sengaja terhadap

para pelajar. Tidak dinafikan juga, walaupun terdapat segelintir pelajar yang

bermasalah di sekolah, seseorang guru tidak boleh bertindak melampaui batas dalam

menghukum pelajar untuk memberi kesedaran kepada mereka. Hal ini menunjukkan

bahawa terdapat masalah komunikasi yang berlaku di kalangan guru kerana kurang

keberkesanannya dalam menyampaikan sesuatu mesej kepada pelajar.

Oleh itu, kemahiran berkomunikasi di kalangan bakal guru perlu

dipertingkatkan dan dimantapkan lagi untuk mengembalikan kegemilangan dalam

bidang pendidikan. Secara tidak langsung, ia dapat mengembalikan imej guru yang

semakin terjejas disebabkan sikap segelintir guru yang tidak menggunakan

kemahiran berkomunikasi dengan cara yang betul dan berkesan. Firman Allah

S.W.T:

Page 23: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

5

äí ÷Š$# 4’n< Î) È≅‹ Î6y™ y7 În/u‘ Ïπ yϑ õ3 Ït ø: $$Î/ Ïπ sà Ïãöθyϑø9$#uρ Ïπ uΖ|¡ ptø: $# (

Maksudnya : “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik”.

(Surah al- Nahl : Ayat 125)

Dalam Islam, seseorang guru juga dikenali sebagai da’ie, murabbi dan

mursyid iaitu masing-masing membawa maksud pendidik. Guru berperanan sebagai

pemimpin, pembimbing dan pengajar masyarakat. Mereka diharapkan dapat

memimpin generasi muda ke arah kehidupan yang selamat dan sejahtera. Oleh itu,

di samping mengajar, mereka juga diharap dapat membentuk nilai dan akhlak yang

murni di kalangan generasi muda. Menurut Zawawi Hj. Ahmad dalam Ahmad

Mohd. Salleh (2003), guru juga perlu mengamalkan konsep ’kepimpinan melalui

teladan’. Guru adalah insan yang diamanahkan oleh Allah S.W.T untuk

menyampaikan ilmu di samping menyeru kepada kebenaran dan mencegah

kemungkaran. Firman Allah S.W.T:

⎯ä3 tF ø9uρ öΝ ä3ΨÏiΒ ×π ¨Β é& tβθ ããô‰tƒ ’n< Î) Î ösƒ ø: $# tβρããΒ ù'tƒuρ Å∃ρã÷èpRùQ $$ Î/ tβ öθyγ ÷Ζ tƒuρ Ç⎯tã Ì s3Ψßϑ ø9$# 7 Í× ¯≈s9'ρ é&uρ ãΝèδ šχθßsÎ= ø ßϑø9$# ∩⊇⊃⊆∪

Maksudnya: ”Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”.

(Surah al-’Imran : Ayat 104)

Begitu juga dengan masalah komunikasi yang dihadapi oleh pelajar-pelajar

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), Universiti Teknologi

Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Mereka merupakan bakal guru yang akan

Page 24: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

6

berkecimpung dalam dunia pendidikan pada masa akan datang. Apabila menyebut

istilah ’bakal guru’, sudah pastilah ia tidak dapat dipisahkan daripada proses

interaksi dan komunikasi antara guru dan pelajar. Mereka perlu didedahkan dengan

suasana pengajaran dan pembelajaran yang aktif untuk mempersiapkan dan

membiasakan diri mereka dengan dunia pendidikan yang sebenarnya.

Sebenarnya, masalah komunikasi yang dihadapi oleh mereka bukanlah

begitu ketara dan membimbangkan. Penyelidik mendapati ada di kalangan mereka

yang mampu berkomunikasi dengan baik. Cuma, terdapat segelintir sahaja pelajar

yang menghadapi masalah dalam berkomunikasi. Masalah ini berkemungkinan

timbul disebabkan oleh kurang keyakinan diri, kurang terdedah dengan interaksi

sosial bersama masyarakat sekeliling dan sebagainya. Komunikasi yang berkesan

perlu diterapkan di kalangan bakal guru kerana mereka akan berdepan dengan

kehidupan bermasyarakat. Menurut Abdul Halim El-Muhammadi dalam Ahmad

Mohd. Salleh (2003), menegaskan bahawa guru merupakan ejen kepada

keberkesanan pendidikan. Walau sebaik manapun sesuatu sistem pendidikan,

maksud yang ingin disampaikan tidak akan mencapai matlamatnya sekiranya ejen

yang menyampaikan tidak efektif.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk dan membimbing

pelajar ke arah kebaikan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Dengan itu, setiap

pendidik perlu memiliki kemahiran berkomunikasi secara berkesan untuk

memudahkan dan melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

1.3 Penyataaan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang dikemukakan adalah sesuai

membuat kajian dengan lebih terperinci kerana komunikasi yang baik dan berkesan

Page 25: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

7

di kalangan guru amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penyelidik mendapati bahawa terdapat masalah berkomunikasi secara berkesan

dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam),

Universiti Teknologi Malaysia. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan

sewajarnya, dibimbangi ia akan mendatangkan kesan kepada mereka apabila berada

di dalam dunia pendidikan kelak. Melalui kajian ini, mereka dapat mengenalpasti

kemahiran-kemahiran untuk berkomunikasi secara berkesan dan seterusnya

mengambil langkah yang bijak sekiranya terdapat sebarang permasalahan dalam

mengaplikasikan kemahiran tersebut. Jadi, masalah ini telah mendorong penyelidik

untuk membuat kajian tentang kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam

kalangan pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM bagi

sesi 2008/2009.

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk :

1.4.1 Mengenalpasti kemahiran-kemahiran untuk berkomunikasi secara berkesan

dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian

Islam).

1.4.2 Mengenalpasti halangan-halangan untuk berkomunikasi secara berkesan

dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian

Islam).

1.4.3 Mengenalpasti langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam

berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Sains

serta Pendidikan (Pengajian Islam).

Page 26: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

8

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif, persoalan kajian yang akan dikaji ialah:

1.5.1 Apakah kemahiran-kemahiran untuk berkomunikasi secara berkesan?

1.5.2 Apakah halangan-halangan untuk berkomunikasi secara berkesan?

1.5.3 Apakah langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam berkomunikasi

secara berkesan?

1.6 Kepentingan Kajian

Penyelidik melakukan penyelidikan ini untuk memberikan pendedahan

kepada pelajar mengenai kemahiran berkomunikasi secara berkesan. Ini adalah

kerana pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) merupakan

bakal pendidik yang akan menempuh alam pekerjaan sebagai seorang guru. Justeru

itu, kemahiran tersebut perlu diberikan penekanan agar mereka dapat melengkapkan

diri dengan kemahiran berkomunikasi untuk dilaksanakan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran.

Hasil kajian ini diharap dapat menjadi panduan kepada penyelidik, bakal

pendidik dan juga pendidik serta kepada pihak-pihak tertentu yang dibahagikan

kepada dua sasaran utama.

Page 27: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

9

1.6.1 Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS)

Pihak Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS), Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai juga boleh menjadikan kajian ini sebagai rujukan untuk

penambahbaikkan di dalam kurikulum ataupun silibus pengajaran dan pembelajaran

di kalangan pelajar-pelajar UTM.

1.6.2 Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Berdasarkan kajian yang dijalankan diharap dapat dimanfaatkan terutamanya

kepada Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) bagi

melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran apabila menceburkan diri

dalam dunia perguruan kelak. Segala dapatan boleh dijadikan panduan untuk

memantapkan lagi keberkesanan komunikasi khususnya dalam bidang pendidikan.

1.7 Batasan Kajian

Fokus kajian adalah untuk mengenalpasti kemahiran berkomunikasi secara

berkesan dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian

Islam), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Kajian tertumpu

kepada pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) bagi sesi

2008/2009 dengan melibatkan pelajar tahun satu, dua, tiga dan empat. Rasional

pemilihan responden adalah kerana responden merupakan pelajar yang bakal

bergelar guru serta pendidik anak bangsa kelak. Jumlah responden adalah seramai

102 orang pelajar.

Page 28: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

10

1.8 Definisi Istilah

Istilah-istilah yang digunakan di dalam kajian ini membawa maksud

tersendiri. Definisi yang dibuat adalah untuk memudahkan penyelidik menjalankan

penyelidikan supaya tidak terkeliru dengan istilah umum.

1.8.1 Kemahiran

Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga (2002) istilah kemahiran berasal

daripada perkataan mahir yang bermaksud terlatih untuk mengerjakan sesuatu,

cekap, lancar dan pandai. Manakala istilah kemahiran pula bermaksud kecekapan

dan kepandaian. (Kamus Dewan, 2002: 841).

1.8.2 Berkomunikasi

Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga (2002) istilah berkomunikasi

bermaksud berhubungan (secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio,

telefon dan sebagainya), mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar-

tukar pendapat dan sebagainya). (Kamus Dewan, 2002: 698).

1.8.3 Berkesan

Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga (2002) istilah berkesan membawa

maksud meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas

(tanda) dan berbekas. Selain itu juga, berkesan juga bermaksud menimbulkan hasil

(kesudahan dan sebagainya) yang diharapkan, membawa kepada sesuatu perubahan

(perkembangan dan sebagainya), efektif, mendatangkan sesuatu pengaruh kepada

Page 29: KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN · PDF file2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi ... 2.9 Komunikasi yang berkesan 46 2.10 Model Komunikasi

11

pemikiran (sikap, watak dan sebagainya) seseorang atau sesuatu golongan dan

sebagainya (seperti mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau

perasaan dan sebagainya). (Kamus Dewan, 2002: 663).

1.8.4 Pelajar

Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga (2002) istilah pelajar merujuk kepada

orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya),

orang yang mengaji (menyelidiki ilmu).

Pelajar yang dimaksudkan di sini ialah pelajar-pelajar Universiti Teknologi

Malaysia yang mengikuti kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian

Islam) bagi sesi 2008/2009 dengan melibatkan pelajar tahun satu, dua, tiga dan

empat. (Kamus Dewan, 2002: 18).

1.9 Kesimpulan

Dalam bab 1 ini, penyelidik telah menerangkan tentang pengenalan, latar

belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian,

kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi istilah. Selain itu, bab 1 ini juga

merupakan asas penyelidikan bagi penyelidik untuk kajian selanjutnya.