31
Kemahiran Asas Seseorang pemain bola keranjang memerlukan kemahiran seperti melontar, menangkap, dan menjaring. Dia juga perlu kemahiran kemahiran lain seperti ketangkasan, iaitu kebolehan bergerak dengan pantas ke sebarang arah termasukan melompat. Para pemain perlu bergerak tanpa rehat dari satu hujung gelanggang ke hujung yang lain, jika tiada hentian permainan sementara. Prasyarat yang mustahak bagi setiap pemain ialah daya tahan, kekuatan, kelembutan, ketangkasan dan pelaziman untuk membolehkannya mengendalikan bola. Untuk membolehkan seseorang itu menjadi pemain bola keranjang yang berjaya, dia hendaklah boleh bergerak dengan cepat, tangkas, pantas, dan mempunyai daya tenaga untuk melompat. Di samping itu dia juga perlu mempunyai pengamatan tentang ruang dan para pemain yang bergerak dalam ruang yang kecil. Dalam permainan bola keranjang, terdapat beberapa jenis kemahiran yang perlu diperolehi bagi setiap pemain. Biasanya kemahiran-kemahiran ini dibahagikan kepada kemahiran permulaan, pertengahan, dan kemahirkan lanjutan. Kemahiran tersebut telah disusun mengikut perkembangan pengajaran yang lojik dan bukannya mengikut fungsi. Kemahiran permulaan, iaitu kemahiran asas amat diperlukan untuk membolehkan seseorang itu bermain bola keranjang. Kemahiran pertengahan dan lanjutan pula merupakan satu bahagian penting dalam permainan bola keranjang secara menyeluruh yang membolehkan pemain

Kemahiran Asas Bola Keranjang

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kemahiran Asas Bola Keranjang

Kemahiran Asas

Seseorang pemain bola keranjang memerlukan kemahiran seperti

melontar, menangkap, dan menjaring. Dia juga perlu kemahiran kemahiran

lain seperti ketangkasan, iaitu kebolehan bergerak dengan pantas ke

sebarang arah termasukan melompat. Para pemain perlu bergerak tanpa

rehat dari satu hujung gelanggang ke hujung yang lain, jika tiada hentian

permainan sementara. Prasyarat yang mustahak bagi setiap pemain ialah

daya tahan, kekuatan, kelembutan, ketangkasan dan pelaziman untuk

membolehkannya mengendalikan bola. Untuk membolehkan seseorang itu

menjadi pemain bola keranjang yang berjaya, dia hendaklah boleh bergerak

dengan cepat, tangkas, pantas, dan mempunyai daya tenaga untuk

melompat. Di samping itu dia juga perlu mempunyai pengamatan tentang

ruang dan para pemain yang bergerak dalam ruang yang kecil. Dalam

permainan bola keranjang, terdapat beberapa jenis kemahiran yang perlu

diperolehi bagi setiap pemain.

Biasanya kemahiran-kemahiran ini dibahagikan kepada kemahiran

permulaan, pertengahan, dan kemahirkan lanjutan. Kemahiran tersebut telah

disusun mengikut perkembangan pengajaran yang lojik dan bukannya

mengikut fungsi. Kemahiran permulaan, iaitu kemahiran asas amat diperlukan

untuk membolehkan seseorang itu bermain bola keranjang. Kemahiran

pertengahan dan lanjutan pula merupakan satu bahagian penting dalam

permainan bola keranjang secara menyeluruh yang membolehkan pemain

menghadapi lebih banyak jenis keadaan. Namun begitu, kemahiran

permulaan tetap menjadi asa permainan di semua tahap kemahiran.

Oleh itu, dalam buku ini terdapat huraian tentang kegunaan bagi setiap

kemahiran. Kemahiran-kemahiran itu sianalisis dan seterusnya diperkenalkan

butir-butir untuk pengajaran dan pembelajaran. Setiap kemahiran disusuli

dengan latihan yang sesuai. Semasa menghurai kemahiran tersebut, situasi

permainan ulung dan yang diubahsuai juga disentuh yang menekankan pada

situasi permainan yang dialami oleh pemain di peringkat awal

pengalamannya. Kemahiran yang memang diperlukan oleh seseorang

pemain ialah menghantar, menangkap dan menjaring bola pada jarak dekat

Page 2: Kemahiran Asas Bola Keranjang

dan jerak sederhana jauh. Di samping itu pemain juga perlu mempunyai

kemahiran gerak kaki asas untuk mengawal bola. Walaupun kemahiran

pertahanan amat penting dalam permainan bola keranjang, tetapi permainan

boleh diadakan sebelum kemahiran pertahanan disampaikan kepada pemain

berkenaan.

Page 3: Kemahiran Asas Bola Keranjang

Kemahiran Asas Bola Keranjang

Mengelecek

Mengelecek merupakan kemahiran asas terpenting dalam bola

keranjang yang perlu diketahui dan dimahirkan oleh seseorang pemain.

Kemahiran mengelecek bertujuan untuk pemain mengerakkan bola dalam

gelanggang sebelum pemain membuat hantaran kepada rakannya atau

menjaringkan gol.pemain yang dapat menguasai dengan baik kemahiran

mengelecek ini sudah tentu berkeupayaan bergerak ke sana ke sini di dalam

gelanggang dengan berkesan.

Bagaimanapun dalam kebanyakan permainan terdapat kecenderungan

di kalangan pemain terutamanya pemain barun yang asyik mengelecek

menyebabkan permainan bola keranjang solah-olah bersifat perseorangan

dan bukan berpasukan.Jadi adalah perlu bagi pemain menekankan bahawa

walaupun kemahiran mengelecek amat perlu,dia tidak seharusnya lupa

bahawa bola keranjang sebenarnya ialah permainan berpasukan.

Seseorang pemain harus mempelajari cara dan kaedah mengelecek

menggunakan mana-mana tangan,sama ada kanan ataupun kiri sehingga

pemain itu melakukan kelecek tanpa sebarang masalah.jika seseorang

pemain itu tidak dapat melakukan kelecek pada tangan kanan atau tangan kiri

mungkin dia tidak dapat bergerak dengan berkesan kerana pemain lawan

mudah mengawalnya.Jika dia mampu melakukan kelecek dengan mana-

mana tangan , dia bukan sahaja dapat bergerak dengan baik tetapi mampu

pula memperdayakan lawan menerusi pergerakan menggunakan mana-mana

tangan.Bagaimanapun pemain tidak dibenarkan kedua-dua belah tangan

serentak untuk melantun bola.Dia hanya dibenarkan melantun bola

menggunakan salah satu tangan untuk satu lantunan.Bagaimanapun, dengan

meggunakan sebelah tangan, memberikan peluang tangan yang satu lagi

mengawal pergerakan pemain dan mengelakkan diri daripada pemain lawan.

Jika pemain menyentuh bola dengan kedua-dua belah tangan bermakna dia

telah memegang bola, dan ini bererti dia harus melepaskan bola itu sama ada

menghantar bola itu kepada rakannya ataupun terus membuat jaringan gol.

Page 4: Kemahiran Asas Bola Keranjang

Teknik mengelecek

Sebagai pemain bola keranjang setiap pemain harus tahu bagaimana

hendak melakukan kemahiran ini. Kemahiran ini merupakan satu cara untuk

menggerakkan bola,mengawal bola serta menipu pertahanan lawan. Untuk

mempelajari teknik mengelecek ini, kita harus tahu terlebih dahulu jenis-jenis

atau cara melakukan kelecek. Terdapat beberapa cara mengelecek dalam

bola keranjang. Antaranya ialah kelecek rendah, kelecek tinggi, kelecek

dengan menukar tangan dan putaran arah semasa mengelecek.

Apabila semua ini boleh dilakukan pada kedudukan statik, pemain

boleh belajar mengelecek bola dalam kedudukan berlari pula.

Mengelecek adalah satu perlakuan melantun-lantun bola tanpa henti

iaitu melakukan lantunan secara berterusan untuk menggerak sambil

mengatur serangan ke pihak lawan. Untuk melakukan kelecek dengan

baik,beberapa teknik atau panduan berikut boleh dipatuhi:

1. Pemain hendaklah menggunakan jari untuk mengelecek dan bukan tapak

tangan.

2. Pemain tidak menampar atau memukul bola untuk mengelecek.

3. Bola hendaklah menyentuh jari-jari pemain secara terkawal.

4. Pemain hendaklah sentiasa mengendurkan pergelungan tangan atau

membiarkan pergelangan tangan dalam keadaan relax.

5. Pemain hendaklah mempelbagaikan ketinggian lantunan bola mengikut

kadar kelajuan jarak pemain lawan.

6. Bagi mengelakkan bola daripada dihalang oleh lawan,pemain hendaklah

mengawal lamtunan supaya rendah dan berhampiran dengan badan supaya

membolehkan badan membantu dalam menghalang lawan.

7. Pemain hendaklah memastikan bola tidak melantun melepasi pinggan.

Page 5: Kemahiran Asas Bola Keranjang

Jenis –jenis kelecek

Terdapat beberapa jenis mengelecek yang boleh dilakukan oleh

pemain dalam permainan bola keranjang. Pemain harus dapat menguasai

jenis-jenis kelecek ini bagi membantunya bergerak dengan baik dalam

pelbagai situasi terutama apabila diasak oleh pemain lawan. Bagaimanapun

matlamat daripada pelbagai jenis kelecek ini ialah untuk menggerakkan bola.

Page 6: Kemahiran Asas Bola Keranjang

Kelecek rendah

Kelecek rendah dilakukan dan digunakan untuk mengelakkan bola

terlepas daripada penguasaan pemain apabila dicabar atau diasak oleh

pemian lawan. Dengan melakukan kelecek rendah pemain lawan tidak

mempunyai peluang untuk merampas bola itu,kecuali pemain yang

mengelecek bola terlepas bola daripada pengawalannya. Dalam hal ini

pemain perlu dapat mengawal serta menguasai bola dengan baik.

Kelecek tinggi

Kelecek tinggi dilakukan semasa pemian lawan berada agak jauh

daripada pemain yang melakukan kelecek. Kelecek ini juga digunakan

apabila gelanggang terbuka luas tanpa ada pemain yang berada di

sekitarnya. Kelecek ini dilakukan untuk menggerakkan bola dengan pantas

dari satu tempat ke satu tempat yang lain, termasuk dalam pergerakan

menjaringkan gol. Perbezaan ketara antara kelecek rendah dengan kelecek

tinggi ialah dalam kelecek tinggi badan pemain adalah dalam kedudukan

yang lebih lurus atau menegak daripada kelecek rendah.

Kelecek sambil menukar tangan

Dalam keadaan tertentu,pemain terpaksa melakukan sesuatu bagi

mengelakkan bola daripada cuba dirampas atau dihalang oleh pemain lawan.

Pemain akan mengambil tindakan menukar tangan semasa mengelecek

supaya dia dapat terus mengelecek walaupun dihalang oleh lawan. Pemain

hendaklah menepuk dan menolak bola dengan tangan supaya bola bergerak

ke kanan atau ke kiri badannya. Jika pemain menolak dengan tangan kanan,

pemain itu hendaklah pastikan supaya bola itu bergerak ke kiri badan dan

melantun dekat kaki kanan pemain. Pemain kemudian meneruskan kelecek

dengan tangan kiri.pemain boleh menukar kembali menggunakan tangan

yang boleh mengelecek dengan baik dan selesa. Mengelecek boleh dilakukan

semasa dalam kedudukan berdiri atau berlari.

Page 7: Kemahiran Asas Bola Keranjang

Membuat Hantaran

Selain daripada mengelecek, bola boleh digerakkan dari satu tempat

ke satu tempat lain, atau dari seorang pemain kepada pemain lain menerusi

hantaran.Hantaran ini juga adalah cara paling mudah untuk menggerakkan

bola ke arah keranjang.Apabila seseorang pemain tidak dapat mengelecek

disebabkan pemain itu terhalang atau mendapati sukar untuk melakukan

kelecek, pemain berkenaan harus melakukan hantaran supaya bola masih

dalam penguasaan pasukannya.Perkara penting dan utama yang harus diberi

perhatian oleh seseorang pemain apabila membuat hantaran bola ialah dia

hendaklah membuat hantaran yang selamat.

Apabila pemain mendapat bola, dia harus meneliti situasi yang muncul

selepas itu berdasarkan perkara-perkara berikut :

a) Sejauh mana rakan paling dekat berada, sama ada dalam kedudukan

statik atau berlari ataupun bergerak.Pemain perlu ingat iaitu lebih jauh

jarak di antara penghantar dengan penerima, lebih mudah pemain lawan

cuba memintasnya.

b) Berapa jauhkah pemain lawan berada berbanding dengan pemain yang

memegang bola, adakah dia mempunyai masa untuk menghalang jika

hantaran dibuat?

c) Adakah hantaran boleh dibuat mengikut isyarat yang dilakukan oleh

rakan?

d) Adakah membuat hantaran merupakan satu-satunya cara untuk

menggerakkan bola ketika itu?

Page 8: Kemahiran Asas Bola Keranjang

Teknik membuat hantaran

Membuat hantaran merupakan kemahiran individu yang harus dimiliki

dan dikuasai oleh setiap pemain.Daripada kemahiran individu inilah

kemahiran pasukan dibentuk.Dalam hal ini sering dianggap bahawa membuat

hantaran dan menerima hantaran merupakan gabungan dua pergerakan

dalam satu tindakan. Ini bermakna kedua-dua pergerakan iaitu menghantar

dan menerima bola sering dikategorikan sebagai satu kemahiran tersendiri.

Teknik umum dalam melakukan hantaran dalam permainan bola

keranjang adalah seperti berikut :

a) Pemain hendaklah membuat hantaran dengan cepat, awal dan tepat

kepada rakan.

b) Pemain hendaklah berusaha menggunakan tipu-helah bagi memudahkan

hantaran dibuat.

c) Pemain hendaklah mengelak daripada tersekat atau terhalang untuk

membuat hantaran bola kepada rakan.

d) Pemain jangan hanya menumpukan padangan mata semata-mata kepada

penerima hantaran itu kerana ini menyebabkan lawan mengetahuinya.

e) Pemain hendaklah membuat hantaran dan bergerak cepat bagi

menyukarkan lawan.

f) Pemain hendaklah mengelak daripada memaksa diri untuk membuat

hantaran, sebaliknya pemain harus sedar bahawa membuat hantaran

bertujuan menghantar bola ke destinasinya.

g) Pemain hendaklah sentiasa bersedia sama ada untuk membuat hantaran

ataupun ketika menerima hantaran daripada rakan sebelumnya.

Page 9: Kemahiran Asas Bola Keranjang

Jenis Hantaran

Dalam permainan bola keranjang, permainan mempunyai berbagai-

bagai cara untuk membuat hantaran bola.Pemilihan jenis membuat

hantaran bola ini bergantung kepada keadaan, kedudukan pemain yang

memegang bola, kedudukan rakan yang akan menerima hantaran dan

kedudukan lawan.Bagaimanapun, sebarang jenis hantaran yang dipilih

hendaklah memenuhi matlamat utama iaitu supaya dapat diterima dengan

baik dan selamat oleh rakan.Hantaran boleh dilakukan sama ada pada

kedudukan statik ataupun kedudukan berlari.

Secara amnya, terdapat lima jenis hantaran yang biasa dilakukan

dalam permainan bola keranjang.Keberkesanan sesuatu hantaran bukan

bergantung pada jenis hantaran tetapi sebenarnya bergantung pada

ketepatan dan keselesaan bola yang dihantar itu sama ada diterima atau

ditangkap oleh rakan.

Hantaran Aras Dada

Hantaran aras dada biasanya digunakan apabila terdapat ruang dan

kelajuan diperlukan.Hantaran jenis ini sesuai dilakukan jika tiada pemain

lawan menghalang atau berada berdekatan dengan pemain yang akan

membuat hantaran dan hantaran itu perlu dilakukan dengan deras.Sebagai

salah satu cara menghantar bola dalam bola keranjang, hantaran ini

hendaklah dikuasai oleh setiap pemain.

Hantaran aras dada ini dilakukan dengan menggunakan kedua-dua

belah tangan pemain.Biasanya kedudukan pemain semasa melakukan

hantaran dada adalah suatu kedudukan yang memudahkan pemain membuat

hantaran, jaringan, atau mengelecek bola itu.

Page 10: Kemahiran Asas Bola Keranjang

Hantaran Aras Bahu

Hantaran aras bahu adalah satu lagi jenis hantaran yang sering

dilakukan pemain dalam membuat hantaran dalam bola keranjang.Untuk

melakukan hantaran ini hanya sebelah tangan digunakan.Hantaran jenis ini

lebih sesuai untuk membuat hantaran jauh yang memerlukan hantaran bola

yang pantas.

Walaubagaimanapun, dalam permainan bola keranjang hantaran ini

tidak dapat digunakan sepenuhnya disebabkan kebanyakan hantaran dibuat

adalah hantaran jarak pendek atau hantaran dekat.

Page 11: Kemahiran Asas Bola Keranjang

Hantaran Ayun Bawah

Hantaran ini disebut juga sebagai hantaran bawah tangan.Hantaran ini

digunakan untuk membuat hantaran dari jarak dekat, iaitu ketika pemain yang

memegang bola cuba dihalang atau diasak oleh pemain lawan.Jika hantaran

ini dilakukan untuk hantaran jarak jauh, besar kemungkinan bola itu akan

dipintas atau dirampas oleh pemain lawan yang sudah tentu bersedia untuk

melakukan hantaran.Biasanya untuk hantaran ini sebelah tangan digunakan,

tetapi ada kalanya pemain menggunakan kedua-dua belah tangan.Hantaran

bawah ini didapati berkesan apabila seseorang rakan pemain menuju ke arah

pemain yang memegang bola, yang berada berhampiran dengannya.

Hantaran Lantun

Hantaran lantun merupakan jenis hantaran ketiga membuat hantaran

dalam permainan bola keranjang.Hantaran ini boleh dilakukan sama ada

menggunakan sebelah ataupun kedua-dua belah tangan.Hantaran lantun

dilakukan apabila pemain yang memegang bola dihalang oleh pemain lawan

yang lebih tinggi atau pemain lawan berada hampir dengannya.Dalam

hantaran ini, pemain melantun bola ke permukaan gelanggang supaya bola

melantun dengan baik untuk diterima oleh rakan yang sudah bersedia untuk

menerima bola.Walaupun bola daripada hantaran ini agak lambat sedikit tiba

ke tangan penerima, hantaran ini menjadi lebih tepat dan berkesan.

Page 12: Kemahiran Asas Bola Keranjang

Hantaran Di Atas Kepala

Hantaran ini merupakan jenis hantaran pantas, di mana bola bergerak

pantas melepasi kepala pemain lawan.Hantaran ini sesuai dilakukan oleh

pemain yang tinggi, khususnya pemain fowad dan pertahanan.Hantaran ini

juga penting untuk hantaran pendek yang dikawal dekat oleh lawan.Dalam

situasi begini pemain boleh memilih sama ada mahu melakukan hantaran

tinggi atas kepala ataupun hantaran lantun.

Page 13: Kemahiran Asas Bola Keranjang

Menangkap Bola

Satu lagi kemahiran asas individu dalam permainan bola keranjang

ialah menangkap bola.Pemain memerlukan kedudukan tangan yang baik dan

mempunyai antisipasi yang tinggi, pergerakan kaki yang pantas serta

kecergasan fikiran yang akan membolehkan seseorang pemain bebas dan

bersedia untuk membuat tangkapan bola yang diarahkan kepadanya.

Teknik Menangkap

Dalam melakukan penangkapan bola, tapak tangan tidak menyentuh

bola, sebaliknya jari-jari memainkan peranan.Pemain hendaklah sentiasa

menggunakan kedua-dua belah tangan menangkap bola.Hanya dalam

keadaan-keadaan tertentu sahaja pemain dibolehkan menggunakan sebelah

tangan. Dalam melakukan tangkapan teknik berikut hendaklah digunakan

oleh setiap pemain :

a) Keluarkan tangan dan hulurkan ke hadapan ke arah bola datang.

b) Gunakan jari-jari tangan untuk menangkap.Jari-jari hendaklah dibuka

dengan ibu jari di belakang bola.

c) Jangan sekali-kali gunakan tapak tangan untuk menangkap.

d) Bawa bola ke badan selepas menangkap bola.

e) Bersedia untuk pergerakan selanjutnya sama ada untuk mengelecek

ataupun menghantar bola itu.

Jenis Tangkapan

Seperti membuat hantaran, cara menangkap bola juga adalah

berbagai-bagai.Cara mana yang akan digunakan oleh seseorang pemain

bergantung kepada cara hantaran yang dibuat oleh rakannya, serta

kedudukan bola itu sendiri, dan kedudukan pemain lawan.Sebarang jenis

tangkapan yang akan digunakan, yang penting ialah bola yang ditangkap itu

adalah tepat, selamat dan tidak boleh dicapai atau dipintas oleh lawan.

Page 14: Kemahiran Asas Bola Keranjang

Tangkapan Statik

Tangkapan statik dilakukan ketika pemain berada pada kedudukan

berdiri statik.Bagaimanapun ini tidak bermakna seseorang pemain itu sekadar

berdiri tegak tanpa menyediakan dirinya untuk sebarang kemungkinan atau

pergerakan yang akan dilakukan oleh rakannya terhadapnya.Setiap pemain

hendaklah berada pada kedudukan atau gaya berdiri yang sesuai supaya dia

tidak terperangkap sekiranya rakannya menghantar bola kepadanya.

Page 15: Kemahiran Asas Bola Keranjang

Tangkapan Lompat

Pemain membuat tangkapan lompat daripada dalam kedudukan statik

juga, tetapi apabila bola yang dihantar kepadanya adalah terlalu tinggi untuk

ditangkap tanpa membuat lompatan.Tangkapan lompat bermaksud pemain

menangkap bola semasa kakinya berada di udara tanpa menyentuh

lantai.Untuk melakukan tangkapan cara ini pemain hendaklah memastikan

supaya lompatannya itu tepat mencapai ketinggian mengikut bola.Pemain

juga hendaklah memastikan supaya dia dapat mendarat dengan selamat

bersama bola selepas membuat penangkapan.

Page 16: Kemahiran Asas Bola Keranjang

Tangkapan Berlari

Dalam permainan bola keranjang, pergerakan bola dan pemain yang

pantas memaksa setiap pemain sentiasa dalam kedudukan sedia.Jika pemain

berlari, walau ke arah mana sekalipun dia berlari, dia hendaklah bersedia

untuk mengalih kedudukan tangkapan, hantaran dan tangkapan dan

hantaran.Sebaik sahaja pemain berlari, dia hendaklah membentukkan

sasaran rakannya dengan jari terbuka dengan baik, tangannya berbentuk

seperti cawan, sama ada di atas ataupun di aras pinggangnya, bergantung

kepada ketinggian bola sebaik sahaja bola sampai kepadanya.Tangkapan

bola semasa berlari akan lebih selamat jika pemain menggunakan kedua-dua

belah tangannya.Tangkapan ini biasanya dibuat dalam kedudukan

pergerakan bola dan pemain yang pantas iaitu dalam situasi menyerang.

Page 17: Kemahiran Asas Bola Keranjang

Tangkapan Bola Lantun

Dalam permainan bola keranjang, pemain sering juga melakukan

hantaran lantun dan untuk menangkap bola daripada hantaran ini pemain

hendaklah mampu melakukan hantaran ini.Semasa bola dilantunkan oleh

rakan, pemain hendaklah mencuba melaraskan tangan segera dan berada

pada kedudukan untuk menangkap bola sekiranya bola kembali ke hadapan

pemain itu.Bagi menangkap bola daripada hantaran lantun atau daripada

lantunan, pemain hendaklah menggunakan gaya berdiri yang paling baik

untuk sama ada bola yang laju atau perlahan atau yang tinggi atau rendah.Ini

pemting kerana pemain tidak dapat memastikan dengan tepat bola yang akan

diterimanya daripada rakannya itu.Begitu juga jika lantunan itu pada aras

pinggang, pemain hendaklah menggunakan gaya berdiri atas kepala dan jika

lantunan ke arah kanan atau kiri badan pemain, pemain hendaklah

menggunakan tangkapan gaya berdiri yang paling sesuai tetapi dengan

memastikan lengannya dihulurkan ke arah bola.

Tangkapan Bola Bergolek

Ada kalanya bola terpaksa dileret atau digolekkan oleh rakan atau hasil

daripada pergerakan lawan.Untuk menangkap bola daripada kedudukan

begini, pemain hendaklah membengkokkan lututnya supaya dia hampir-

hampir menyentuh lantai.Kemudian pemain membentukkan tangannya

seperti cawan untuk menangkap atau menerima bola.Tangan pemain sebaik-

baiknya hendaklah menghampiri lantai dengan jari ditegangkan serta

menghala ke bawah.

Page 18: Kemahiran Asas Bola Keranjang

Membuat Jaringan Gol

Menjaringkan gol merupakan matlamat akhir bagi sebarang kemahiran

sama ada secara individu mahupun secara berpasukan dan taktik dalam

permainan bola keranjang.Mnejaringkan gol merupakan kemahiran asas

paling penting bagi setiap pemain.Tidak ada gunanya jika seseorang pemain

itu mampu melakukan setiap kemahiran lain dengan baik dan penuh dengan

stail, tetapi gaagl dalam membuat jaringan gol.Akhirnya pasukan mengalami

kekalahan.Oleh yang demikian adalah perlu setiap pemain dapat melakukan

kemahiran menjaringkan gol ini dengan baik dan tepat demi menjamin

kejayaan pasukannya.

Teknik Umum

Mungkin ada sesetengah pemain yang mahu mengembangkan atau

menggunakan satu-satu teknik yang dimiliki dalam membuat jaringan

gol.Walaubagaimanapun ini masih belum memadai kerana setiap pemain

mestilah dapat menguasai pelbagai teknik membuat jaringan supaya dia

dapat melakukan dengan berkesan walaupun dalam keadaan

tertekan.Penggunaan teknik yang betul adalah penting.Teknik ini bukan

sahaja mampu membuat jaringan daripada jarak yang lebih jauh tetapi akan

menyukarkan pemain lawan untuk mengawal jaringan itu.

Antara teknik umum membuat jaringan dalam permainan bola

keranjang adalah seperti berikut :

a) Penglihatan pemain hendaklah ditumpukan pada keranjang.

b) Pegang bola dengan betul pada kedua-dua belah tangan dengan jari-jari

terbuka.

c) Gunakan sebelah tangan untuk menolak bola dengan kekuatan daripada

pergelangan tangan, manakala tangan yang tidak menolak pula menekan

bola itu.

d) Lakukan jaringan dengan suatu kuisan pada pergelangan tangan dan jari

dengan pantas.

Page 19: Kemahiran Asas Bola Keranjang

Jenis Jaringan

Dalam melakukan jaringan gol, pemain mempunyai beberapa pilihan

yang boleh dilakukan.Pemilihan jenis jaringan ini bergantung pada kedudukan

pemain yang membuat jaringan dan kedudukan pemain lawan.

Jaringan Tegak Gaya Lompat

Jaringan ini juga dikenali sebagai jaringan tegak.Jaringan ini

merupakan sejenis jaringan untuk jarak dekat.Jaringan ini merupakan suatu

kemahiran asas membuat jaringan dalam permainan bola keranjang yang

biasanya dilakukan berikutan daripada hantaran atau kelecek pemain

berkenaan.Pemain hendaklah membuat jaringan dengan melontar bola

supaya menyentuh papan pantulan dan terus melambung dan memasuki

keranjang lawan.

Jaringan Statik Gaya Kaku

Jaringan statik gaya kaku merupakan jaringan dalam permainan bola

keranjang yang dilakukan daripada kedudukan pemain yang tetap, seperti

membuat jaringan daripada lontaran percuma.Jaringan cara ini boleh

dilakukan dari jarak jauh atau sederhana jauh dari keranjang lawan.Untuk

jarak jauh, pemain hendaklah melompat untuk mendapatkan kelajuan dan

kekuatan pada bola.Oleh sebab bola perlu dimasukkan ke dalam keranjang

daripada arah atas, layangan bola hendaklah melengkung tinggi dan berada

di bahagian atas keranjang.Pemain hendaklah mengelak daripada

melayangkan bola pada arah yang lurus.

Page 20: Kemahiran Asas Bola Keranjang

Jaringan Di Atas Kepala

Dalam permainan bola keranjang, jaringan aras kepala adalah

menyerupai hantaran di atas kepala.Begitu juga dengan cara pemain

memegang bola.Bagi kedua-dua pergerakan ini pemain memegang bola pada

kedua-dua belah tangan iaitu pada sisinya.Bagaimanapun pergerakan bola

antara kedua-dua pergerakan ini berbeza-beza antara satu dengan yang

lain.Dalam hantaran aras kepala bola bergerak agak laju daripada jaringan di

atas kepala.Dalam jaringan di atas kepala bola bergerak melengkung ke arah

keranjang dan tidak sepantas seperti pergerakan dalam membuat hantaran.

Page 21: Kemahiran Asas Bola Keranjang

Jaringan Larian Lonjak

Jaringan ini yang biasanya disebut jaringan lay-up dan merupakan

jaringan paling diminati dan paling banyak digunakan dalam melakukan

jaringan gol.Bagaimanapun, adalah perlu bagi setiap pemain menguasai

jaringan jenis ini.Malah ada pendapat mengatakan bahawa seseorang

pemain dapat melakukan jaringan lain daripada penguasaannya dalam

jaringan jenis ini.Jaringan ini bleh dilakukan oleh pemain dari jarak dekat dan

jarak sederhana dengan keranjang.

Perkara penting dalam jaringan cara ini ialah keupayaan pemain

melakukan jaringan ini dalam larian dan lompatan dan melakukan jaringan

apabila kedudukan pemain benar-benar berdekatan atau di bawah

keranjang.Pemain boleh dilakukan daripada pergerakan mengelecek yang

dilakukan sendiri atau selepas menerima bola daripada rakan yang hanya

memerlukan pemain melantun bola sekali lalu ditangkap dan terus membuat

jaringan gol.

Page 22: Kemahiran Asas Bola Keranjang

Jaringan Sentuh Tip-In

Sebenarnya jaringan tip-in ini bukanlah sejanis perlakuan jaringan

sebenar dalam bola keranjang.Jaringan ini adalah perlakuan menjaring

semula bola yang terkeluar atau melantun daripada papan pantulan.Jaringan

ini dilakukan sebelum bola yang melantun itu terjatuh ke lantai atau terjatuh

rendah daripada aras kepala pemain.Untuk melakukan jaringan tip-in ini

pemain hendaklah bersedia untuk bertindak dengan pantas iaitu sebaik

sahaja bola melantun daripada papan pantulan.Dalam hal ini pemain

hendaklah menyesuaikan masa lompatan dengan lantunan bola supaya

pemain itu dapat menyambut bola sejurus sebelum mencapai puncak

lompatannya.