18
SULIT 910/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2012 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2012 (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) SKEMA PEMARKAHAN BAHASA MELAYU 910/2 KERTAS 2 1

Kelantan STPM Percubaan BM2 Skema 2012

  • Upload
    roscha

  • View
    4.137

  • Download
    8

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kelantan STPM Percubaan BM2 Skema 2012

SULIT

910/2Bahasa MelayuKertas 22012

PEPERIKSAAN PERCUBAANSIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2012(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

SKEMA PEMARKAHANBAHASA MELAYU

910/2KERTAS 2

Kertas ini mengandungi 12 halaman bercetak

1

Page 2: Kelantan STPM Percubaan BM2 Skema 2012

Sulit

BAHAGIAN A

1. Langkah Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan setiap pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan, selaras dengan Dasar 1Murid 1Sukan dapat memberikan kesan yang positif kepada pelajar. Jelaskan pernyataan ini.

Pendahuluan ;

-Konsep sukan: sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga, seperti renang, bola sepak, tenis, olahraga dan lain-lain.-Konsep Dasar 1Murid 1Sukan-Langkah yang diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia memberi banyak manfaat/kesan positif kepada pelajar.

Isi

Kesan positif pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan

IS1 – Memupuk perpaduan- sukan disertai oleh pelbagai kaum- aktiviti ini mewujudkan hubungan silaturrahim/perasaan muhibbah antara

peserta atau antara mereka yang terlibat sama ada di peringkat sekolah, negeri atau negara

IS2 – Dapat mengekalkan/meningkatkan kesihatan- melibatkan pergerakan kardiovaskular- berlaku perpeluhan, mengurangkan toksin dalam badan- mengurangkan pelbagai penyakit- (obesiti, darah tinggi, kencing manis dan

sebagainya)- mencerdaskan fikiran

IS3 – Membentuk disiplin diri yang baik dan sahsiah yang baik/terpuji- mematuhi peraturan permainan- menghormati keputusan pertandingan- memupuk semangat berpasukan- melatih kepepimpinan

IS4 – Mengisi masa lapang dengan berfaedah - mengelakkan/mengurangkan gejala negatif - sebagai aktiviti riadah - mengurangkan tekanan belajar

2

Page 3: Kelantan STPM Percubaan BM2 Skema 2012

IS5 – Pilihan/peluang kerjaya pada masa hadapan - atlit profesional - penglibatan sebagai jurulatih - usahawan dalam industri sukan - menjadi sumber pendapatan sampingan

IS6 – Mencungkil/mengembangkan bakat pelajar- peluang pelajar untuk menyertai bidang sukan yang diminati- kenal pasti

bakat- mengembangkan bakat/ kemahiran tertentu-melalui sukan yang disertai- melahirkan pelajar yang berbakat dalam bidang sukan/melahirkan atlit

IS7 – Meningkatkan imej - menaikkan imej kendiri- penyertaan/penglibatan dalam pertandingan- dapat menonjolkan diri- kejayaan yang diperoleh- imej diri tersohor- nama menjadi sebutan

Kesimpulan

- Aktiviti sukan banyak memberi kesan positif- Dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi JERI

- Selaras dengan Dasar 1Murid 1Sukan - Kerjasama semua pihak diperlukan agar pelajar dapat melibatkan diri dalam aktiviti sukan

3

Page 4: Kelantan STPM Percubaan BM2 Skema 2012

2. Penglibatan pelajar dalam bidang kajian angkasa lepas dapat memenuhi keperluan negara dalam teknologi aeroangkasa. Cadangkan langkah-langkah untuk menarik minat pelajar dalam bidang kajian tersebut.

Pendahuluan :

-konsep teknologi aeroangkasa: teknologi angkasa lepas merangkumi kawasan atmosfera bumi dan ruang angkasa lepas sama ada berkaitan dengan pesawat/ peluru berpandu dan sebagainya-teknologi aeroangkasa banyak memberi manfaat kepada negara-banyak langkah yang boleh dijalankan untuk menarik minat pelajar

ISI

Langkah-langkah untuk menarik minat pelajar dalam bidang aeroangkasa

IS1 – Guru/ibu bapa harus mewujudkan kesedaran/pendedahan terhadap sains dan teknologi aeroangkasa dalam persekitaran hidup pelajar/ anak sejak kecil

IS2 –Menerapkan teknologi angkasa dalam sistem pendidikan -elemen aeroangkasa dalam mata pelajaran fizik, sains, geografi -aktiviti kokurikulum : pertandingan roket, mengarang esei

IS3 – Pendedahan yang lebih meluas tentang kerjaya dalam bidang aeroangkasa -lawatan ke Planetarium Negara, Pusat Sains Negara -pameran/ceramah kerjaya

IS4 – Penyebaran maklumat tentang teknologi aeroangkasa melalui media massa/kempen -dokumentari/rencana melalui media massa

IS5 – Memberi pengiktirafan /anugerah individu/organisasi atas sumbangan dalam kajian aeroangkasa

IS6 – Menambah peluang pendidikan tinggi dalam bidang aeroangkasa -lebih banyak IPT yang menawarkan kursus aeroangkasa -menawarkan biasiswa -meningkatkan prasarana pembelajaran

Kesimpulan

-peranan semua pihak penting untuk menggalakkan minat pelajar dalam teknologi aeroangkasa

4

Page 5: Kelantan STPM Percubaan BM2 Skema 2012

-usaha menarik minat perlu dilaksanakan dari peringkat awal

3. Sejak belakangan ini, kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam semakin meningkat dan sering dilaporkan oleh media massa. Bincangkan punca-punca peningkatan masalah tersebut dan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Pendahuluan

- Konsep pengangkutan awam - jenis kenderaan yang digunakan oleh orang awam yang dikenakan bayaran/bukan untuk kenderaan persendirian - Kemalangan pengangkutan awam semakin kerap berlaku seperti yang dilaporkan oleh media massa- contohnya, bas dan teksi- Banyak menyebabkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa- Pelbagai punca yang melibatkan kemalangan pengangkutan awam- Langkah-langkah berkesan perlu dilaksanakan segera

Isi

Punca-punca kemalangan pengangkutan awam

IS1 – Faktor kenderaan- Keadaan kenderaan yang digunakan tidak selamat

- usia kenderaan terlalu lama- lebih 15 tahun - peralatan kenderaan tidak selamat : tayar celup, brek tidak berfungsi/sempurna, alat ganti tidak tulen

IS2 – Faktor pemandu- Latar belakang/kelayakan pemandu- usia terlalu muda/ tua- pemanduan tidak berhemah

- pemandu terlibat dalam penyalahgunaan dadah/arak - tahap kesihatan rendah - penyakit

IS3 – Sistem upah - upah/gaji berdasarkan trip- pemandu membawa laju dan dalam keadaan letih

IS4 - Jadual perjalanan kenderaan yang membebankan pemandu - jadual padat - tiada rehat yang cukup Langkah-langkah mengatasi

IS5 – Meningkatkan tahap keselamatan pengangkutan awam

5

Page 6: Kelantan STPM Percubaan BM2 Skema 2012

- penyelenggaraan kenderaan yang sempurna- ikut jadual, kondisi kenderaan mesti dipantau - pemeriksan oleh pihak berkuasa- Puspakom - wajibkan penggunaan alat ganti tulen

IS6 – Pemilihan pemandu kenderaan awam yang lebih ketat - adakan rekod pemeriksaan JPJ, saman trafik, pemeriksaan kesihatan/usia pemandu

IS7 – Mengubah sistem upah/gaji - gaji berdasarkan trip diubah kepada gaji bulanan yang lebih tinggi

IS8 – Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas - LPKP mesti tegas menguatkuasakan peraturan lesen kenderaan awam - JPJ/Polis Trafik kerap melakukan operasi - penggunaan kotak hitam, penggera amaran had laju, pemandu kedua dikuatkuasakan secara menyeluruh dan tegas

IS9 – Kempen kesedaran oleh pihak berwajib/berkuasa - ceramah/seminar keselamatan kepada pemandu/pengusaha pengangkutan awam

Kesimpulan

- Banyak punca kemalangan pengangkutan awam telah dikenal pasti dan langkah- langkah yang sewajarnya perlu dilaksanakan- Pengangkutan awam mesti meningkatkan mutu perkhidmatan mereka- Kembalikan keyakinan pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam- Imej pengangkutan awam yang tinggi/baik akan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam

6

Page 7: Kelantan STPM Percubaan BM2 Skema 2012

4. Masyarakat kini kurang berminat untuk menyertai aktiviti gotong-royong. Anda diminta untuk menyediakan laporan tentang faktor-faktor berlakunya hal demikian dan mengemukakan cadangan untuk mengatasinya. Tulis laporan anda selengkapnya.

PENDAHULUAN

- Konsep gotong-royong : melakukan sesuatu pekerjaan bersama-sama secara sukarela- Aktiviti gotong- royong menjadi amalan penting dalam kalangan anggota masyarakat khususnya di kampung-kampung- Banyak punca masyarakat kurang berminat dengan aktiviti gotong-royong- Langkah yang wajar perlu dilakukan untuk menarik minat masyarakat menyertai aktiviti gotong-royong

ISI

Punca-punca masyarakat tidak berminat menyertai aktiviti gotong-royong

IS1 – Kesibukan anggota masyarakat dengan urusan harian/kerjaya - kesuntukan masa untuk menyertai aktiviti gotong-royong.

IS2 – Sikap mementingkan diri sendiri - tidak bercampur dengan masyarakat

IS3 – Organisasi yang tidak terancang -JKKK tidak bergerak aktif/ tiada JKKK untuk menggerakkan aktiviti gotong-royong.

IS4 – Peranan ibu bapa/masyarakat - kurang penekanan daripada ibu bapa/masyarakat- tiada kesedaran generasi muda .IS5 – Peningkatan taraf hidup/ kemewahan - masyarakat mampu membayar upah - gaya hidup moden

ISI

Langkah-langkah menarik minat masyarakat menyertai aktiviti gotong-royong

IS6 – Peranan ibu bapa - penerapan amalan gotong-royong bermula dari rumah - ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak mereka melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong

7

Page 8: Kelantan STPM Percubaan BM2 Skema 2012

IS7 – Peranan pihak sekolah - pihak sekolah hendaklah merancang dan mengadakan lebih banyak aktiviti gotong-royong – (melalui mata pelajar Sivik) – khidmat masyarakat

IS8 – Kempen - meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan bergotong-royong melalui peranan media massa

IS9 – Peranan NGO - sumbangan dari segi kewangan/peralatan/sokongan moral(turut terlibat) - tanggungjawab sosial ( Instutusi perbankan)

IS10 – Khidmat komuniti - pelajar-pelajar universiti- khidmat masyarakat

KESIMPULAN

- Banyak punca amalan gotong-royong tidak diamalkan dan langkah-langkah mengatasinya perlu dijalankan- Amalan gotong-royong perlu dipertahankan kerana amalan tersebut banyak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan negara- Alasan sibuk untuk menyertai aktiviti gotong-royong dapat diatasi sekiranya anggota masyarakat mempunyai kesedaran yang tinggi tentang kepentingan aktiviti ini

Karangan ini hendaklah dijawab dalam format laporan Jika karangan calon tidak menepati format,

tolak 5 markah daripada markah R

1. Tajuk – ( tolak 1M)2. Subtajuk – ( tolak 1M)3. Penomboran – (tolak 1M)4. Tandatangan – ( tolak 1M)5. Nama pelapor- ( tolak 1M)

8

Page 9: Kelantan STPM Percubaan BM2 Skema 2012

BAHAGIAN BSOALAN 5

IU- Masalah sosial dalam kalangan generasi muda

semakin membimbangkan - kita bukan sahaja masih belum berjaya menangani

persoalan remaja- isu mat rempit menjadi senarai masalah sosial - remaja semakin bertambah - menjadi antara isu utama media.

IUT3/4

IS1 - masalah sosial ini sebagai suatu bentuk pelampiasan perasaan bosan golongan remaja - mereka sebenarnya bukan golongan yang bermasalah - hal ini bukan satu kelaziman bagi generasi muda

IST2/3

IS2 - masyarakat melakukan kesilapan apabila menganggap bahawa anak muda ini hanya menunjukkan ciri-ciri keremajaan yang normal

- sehingga mereka berani mempersenda dan mancabar undang-undang

- masalah ini menjadi subbudaya gerakan sindiket yang terancang

- berpotensi untuk berkembang ke seluruh pelosok negara

IST

3/4

IS3 - Penegasan pihak polis untuk tidak lagi bertolak ansur dengan sikap liar dan biadap mat rempit amat dialu-alukan

- walaupun kenyataan tersebut sepatutnya dilaksanakan jauh lebih awal apabila masalah ini mula bertunas.

IST2/2

IS4 - Keadaan yang bercanggah kini sedang berlaku - pihak penguatkuasa bertegas untuk bertindak - pada masa yang sama ada pihak memberikan

pengiktirafan kepada golongan mat rempit,

IST2/3

IS5

- jika kita memperakui kegiatan mereka- kita sudah menggadaikan prinsip untuk mencegah - beralih kepada prinsip untuk merawat- mereka tetap terus merempit dengan memperjudikan nyawa mereka dan nyawa orang

lain

IST3/4

9

Page 10: Kelantan STPM Percubaan BM2 Skema 2012

IS6 - Tiada pendekatan lain untuk membanteras gejala ini - tindakan tegas dan pencegahan habis-habisan - kini sudah menjadikan satu bentuk jenayah jalanan.

- kemalangan yang menyebabkan kematian atau kecederaan semakin meningkat

IST3/4

K

- Kita perlu mengkaji semua faktor anak muda yang berani - untuk melakukan kerja yang tidak masuk akal - semua pihak perlu menggembleng tenaga habis- habisan - membanteras gejala ini secara mutlak

KT3/4

10

Page 11: Kelantan STPM Percubaan BM2 Skema 2012

BAHAGIAN C

SOALAN 6

Setelah hari siang, Raja Merong Mahawangsa belayar untuk mencari putera raja Rom. Setelah beberapa lama belayar, Raja Merong Mahawangsa sampai ke tempat kapal anak raja Rom yang mengalami kerosakan. Baginda bertemu dengan seseorang yang sedang berenang dan membawanya naik.Baginda bertanya kepada orang itu.

Orang itu menceritakan semua peristiwa yang berlaku tentang kemusnahan yang dilakukan oleh burung garuda pada malam sebelumnya. Setelah mendengar cerita tersebut, Raja Merong Mahawangsa menitahkan anak kapal mencari putera raja Rom itu dengan harapan dapat bertemu dengan sesiapa sahaja yang terapung-apung di laut.

Setelah beberapa hari, tiada sesiapa yang dapat menemukan putera raja Rom. Raja Merong Mahawangsa terlalu dukacita kerana sultan/raja Rom menaruh harapan yang besar. Semua menteri, penggawa, dan hulubalang sudah penat mencari putera namun tidak bertemu juga.

Raja Merong Mahawangsa belayar untuk menuju ke timur. Bahtera baginda menyusuri daratan tanah besar sambil mencari putera raja Rom itu. Baginda sampai di satu tempat yang berteluk dan bertanjung.

SOALAN 7 ( LARAS BAHASA KREATIF)

Leha memanggil suaminya sambil berpaling kepada Jamil. Leha memberitahu bahawa beras simpanan mereka sudah kehabisan/tiada lagi. Jamal bertanyakan Leha sama ada mereka masih mempunyai baki beras tersebut atau tidak sambil membetulkan kain selimut Atan. Menurut Jamal lagi, beras tersebut jika dibuat bubur sudah memadai. Jamal menyatakan bahawa demam Atan teruk/kuat dan suhu badan Atan sangat tinggi/panas. Leha memberitahu bahawa itu sahaja beras yang ada, sambil menarik tangannya keluar dan menunjukkan genggaman yang mengandungi baki beras yang masih ada.

Jamal menyatakan bahawa dia tidak tahu cara untuk mendapatkan wang. Menurutnya lagi, sudah seminggu dia tidak mendapat apa-apa hasil. Jamal menyatakan bahawa jeratnya tidak mengena dan menurutnya lagi bubunya di dalam sungai tidak dimasuki ikan. Leha ingin tahu cara untuk mereka meneruskan kehidupan sekiranya keadaan mereka sedemikian. Jamal menyatakan bahawa dia memahami perkara itu Jamal menyuruh/meminta Leha supaya Leha meminjam sedikit beras daripada Pak Chin. Menurut Jamal, dia juga akan mencuba untuk meminjam wang daripada Pak Ngah sekiranya Pak Ngah bersedia untuk menolong mereka.

Leha memanggil suaminya sambil meraba dahi anaknya. Dia mrmberitahu

Jamal bahawa badan Atan semakin panas. Menurutnya lagi, mereka perlu meminta ubat daripada dukun dengan segera.

11

Page 12: Kelantan STPM Percubaan BM2 Skema 2012

BAHAGIAN D

SOALAN 8

BIL. KESALAHAN SEBAB KESALAHAN PEMBETULAN

1. …isu yang telah pemimpin masyarakat timbulkan…

Kesalahan struktur ayat pasif dengan kata ganti nama diri ketiga.

-Mesti menggunakan KSN oleh

…isu yang telah ditimbulkan oleh pemimpin masyarakat…

2. …premis perniagaan terletak berdekatan…

Kesalahan tidak menggunakan kata hubung pancangan relatif “yang” dalam ayat relatif / untuk membentuk klausa yang berfungsi sebagai kata nama/frasa nama.

-Tiada kata hubung pancangan relatif dalam ayat majmuk pancangan relatif

…premis perniagaan yang terletak berdekatan…

3. …menyedari tentang perubahan tersebut

Kesalahan kata kerja transitif (menyedari) yang tidak diikuti oleh objek ( frasa nama), tentang ialah KSN

…menyedari perubahan tersebut…

4. …di atas keputusan yang dibuat…

Kesalahan KSN, “di ” ialah kata sendi nama yang merujuk tempat/arah/ruang atau jarak bukannya kata nama (keputusan).

…atas keputusan yang dibuat…

5. …diadakan pertama kali…

Kesalahan tidak mematuhi hukum D - M, iaitu perkara yang diterangkan D (kali) perlu mendahului perkara yang menerangkan M (pertama)

…diadakan kali pertama…

12

Page 13: Kelantan STPM Percubaan BM2 Skema 2012

13