KB2 MENCERAP

Embed Size (px)

Citation preview

1

MENCERAP

2

Fakta penting berkaitan mencerap Kepentingan mencerap Pengertian mencerap Proses mencerap Halangan kepada mencerap yang berkesan Langkah mencerap dengan berkesan Jenis-jenis cerapan

3

Fakta penting berkaitan mencerap

Kajian dalam bidang komunikasimenunjukkan mencerap merupakan aktiviti yang paling banyak berlaku berbanding dengan bercakap iaitu antara 53%-60%

4

Mencerap Dalam Organisasi Dua pertiga masa yang digunakan oleh pengurus ialah mencerap berbanding dengan satu pertiga oleh pekerja biasa. Dalam kajian yang dilakukan ke atas pengurus, mencerap dianggap masalah nombor satu. Selalu diperkatakan a good manager is a good listener. Hampir 70 peratus masa pengurus dalam organisasi ialah berkomunikasi. Daripada jumlah berkomunikasi 65 peratus masa ialah untuk mencerap.5

Masa yang diguna oleh pengurus dalam organisasi30%Komunikasi Aktiviti lain

70%

Masa yang digunakan oleh pengurus dalam organisasi ialah 70 % untuk berkomunikasi.

35%

Mencerap Lain-lain komunikasi

65%

Daripada jumlah masa berkomunikasi 65 % ialah mencerap dalam aktiviti seperti mesyuarat, membuat keputusan, menyelesai masalah, mendengar laporan dan lain-lain

6

Kepentingan mencerap kepada individu Pencerapan berkualiti akan membantu menjana kognitifterutama untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan Apa yang dicerap boleh memberi kesan dari segi ingatan dalam jangkamasa panjang terutama bagi maklumat yang penting Tindakbalas pencerapan iaitu jika kita mencerap mesej orang lain dengan baik tindakbalas mencerap orang lain akan turut meningkat Mengelak kekecewaan kerana mendapat maklumat secara tidak pasti Tidak mencerap dengan bersungguh-sungguh mungkin ditanggapi tidak menunjukkan kejujuran atau kurang kepercayaan. Ia boleh merosakkan komunikasi. Supaya mesej yang dihantar tidak ditafsirkan secara tidak tepat sehingga menimbulkan salahfaham.7

Kepentingan mencerap dengan berkesan H:\VIDEO\klm_pan am crash.flv

8

Perbezaan mencerap dan mendengar (listening vs hearing) Mencerap yang berasal daripada perkataanInggeris listening ialah istilah yang digunakan bagi dibezakan dengan perkataan mendengar atau hearing.

Mendengar ialah aktiviti yang melibatkan salah satudaripada lima pancaindera yang dimiliki oleh manusia. Ia adalah satu proses fisiologi yang biasa apabila unsurunsur berbentuk bunyi diterima oleh alat pendengaran iaitu telinga dan dalam bentuk gelombang dihantar ke bahagian otak manusia.

9

Mencerap pada asasnya menggunakan pancainderapendengaran tetapi berlaku secara aktif yang memerlukan usaha dan iltizam untuk terlibat dalam keadaan yang sukar. Ia tidak berlaku secara automatik seperti mendengar tetapi lebih daripada itu. Mencerap merupakan satu proses yang aktif menerima rangsangan yang bukan sahaja berbentuk verbal tetapi sebarang isyarat yang dikirim melalui udara.

10

Proses Mencerap DeVito (1994) membahagikan proses mencerap kepadalima tahap iaitu: Menerima Memahami Mengingati Menilai Memberi tindakbalas

11

Proses mencerapModel mencerap (DeVito, 1994) Menerima: Menerima rangsangan lisan dan bukan lisan Memahami:Cuba memahami apa yang dimaksudkan penyampai Mengingati: Minda menyusun semula maklumat dan diingati Menilai: Penerima membuat pertimbangan secara kurang sedar atau kritikal Memberi tindakbalas: Dua peringkat tindakbalas iaitu semasa penyampai menyampai dan selepas berhenti menyampai boleh berupa maklumbalas, soalan, empati atau cabaran12

Menerima

Memahami

Memberi tindakbalas Menilai

Mengingati

Halangan Dalam Mencerap- Fisiologi

Halangan fizikal kadangkala tidak dapat dikawal secaralangsung oleh kita. Antara bentuk halangan fizikal ialah kesihatan perucap yang tidak baik, masalah pendengaran atau mengantuk. Masalah pendengaran adalah halangan fizikal yang utama kerana proses mencerap bermula daripada mendengar. Selain daripada itu halangan fisiologi ialah batasan kepada keupayaan manusia untuk mencerap. Sesetengah individu dapat bercakap 120 perkataan seminit tetapi kebanyakan manusia hanya dapat mencerap sebanyak 60 perkataan seminit.

13

Halangan dalam mencerap - psikologi

Merangkumi aspek kognitif, sikap dan ciriciri peribadi individu itu sendiri. Faktor psikologi merupakan halangan paling utama dalam proses mencerap. Antaranya ialah: Gangguan Beban berlebihan Stres Sikap pencerap14

Halangan mencerap - psikologi Ingatan terpilih Jangkaan terpilih Persepsi terpilih Bimbang dipengaruhi dan dipujuk Berat sebelah dalam membuat pertimbangan Mendengar separuh hati Jemu Emosi

15

Halangan dalam mencerap - Persekitaran

Halangan persekitaran meliputi keadaan seperti

kebisingan, keadaan cuaca (terlalu sejuk atau panas) atau kurang selesa dengan ruang yang digunakan untuk berkomunikasi. Kebisingan misalnya telah dianggap sebagai alah satu unsur gangguan yang dimasukkan dalam model komunikasi. Ini menunjukkan komunikasi menjadi kurang berkesan apabila ada kebisingan yang mengganggu proses mencerap. Bayangkan jika kita sedang mendengar satu ucapan atau berinteraksi berhampiran dengan bunyi jentera yang kuat atau berhampiran dengan seseorang yang bercakap dengan kuat.

16

Mencerap secara berkesan Terdapat empat komponen utama untuk mencerapsecara berkesan iaitu:

penerimaan rangsangan pendengaran penafsiran maklumat yang diterima penilaian ke atas maklumat (bukan penilaian awal) tindakan berdasarkan pada apa yang didengar dandinilai.

17

Mencerap secara berkesan Dengar idea utama penyampai Gunakan minda secara berkesan Gunakan masa lapang Mengawal sikap dan psikologi Guna kontak mata secara langsung Elak melakukan banyak perkara dalam satu masa Beri perhatian teliti terhadap bahasa lisan dan bukan lisan

18

Untuk mencerap secara berkesan amalkan aspek berikut:

Dorongan atau motivasi untuk mencerap Atasi sebarang gangguan Beri perhatian Hindarkan penilaian awal

19

Bersifat empati terhadap penyampai Tempat yang sesuai Masa yang sesuai

20

Sigband dan Bell (1994) menyarankan:

Bercakap dengan penyampai Tafsir makna perkataan menurut pandangan penyampai Beri perhatian kepada tanda-tanda bukan lisan Mengetahui ketika sepatutnya saluran komunikasi dibuka dan ditutup terutama bagi mesej berkaitan perasaan Cerap dengan fikiran terbuka Pilih masa dan tempat yang sesuai jika ada kemungkinan berbuat demikian

21

JENIS CERAPAN Tujuan sosial Mencerap dalam konteks sosial ialah cerapan yangberlaku dalam suasana hubungan sosial. Cerapan dalam situasi ini tidak melibatkan usaha atau iltizam yang banyak. Ia berlaku mungkin secara spontan misalnya dalam majlis jamuan. Satu lagi cerapan yang seakan-akan cerapan sosial ialah untuk bersenangsenang seperti menonton filem, mendengar lagu atau perbualan dengan rakan-rakan.

22

Mencerap faktual-kritikal (atentif) Dikenali juga sebagai cerapan atentif. Berlaku dalamkonteks khusus seperti dalam taklimat atau dalam kelas. Ia melibatkan aktiviti penerima menganalisis, menafsir dan menilai. Ia juga mungkin berlaku dalam tempoh waktu yang tertentu. Penyertaan yang tidak menepati waktu seperti lewat menghadiri pembentangan akan memberi kesan kepada cerapan.

23

Sigband dan Bell (1994) memberi beberapa panduan untuk cerapan fakta-kritikal iaitu:

Beri perhatian kepada kata kunci Lakukan usaha secara sedar untuk menangani beralih tumpuan apabila mencerap idea-idea penting Gunakan masa lapang untuk review idea utama dan beri fokus dan bersedia untuk meningkatkan cerapan secara kritikal Minda harus terbuka dan cerap secara kritikal dengan membuat pertimbangan yang adil Terus mencerap walaupun tidak bersetuju Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencerap24

Mencerap secara aktif

Mencerap secara faktual-aktif hampir sama dengankritikal atau empati. Perbezaannya ialah penerima hanya diminta mendengar tanpa membuat pertimbangan dan analisis atau bersifat kritikal. Khutbah jumaat misalnya termasuk dalam kategori ini kerana penerima tidak diminta memberi maklumbalas secara serta merta seperti perbincangan dalam mesyuarat.

25

Tubbs dan Moss (1994) menggunakan istilah mencerapdalam bentuk diskriminatif. Mencerap dalam bentuk ini lebih serius kerana melibatkan kefahaman dan ingatan. Ia wujud dalam suasana tempat kerja, kelas pengajian, dan mencerap arahan tertentu. Mencerap dalam bentuk ini memerlukan beberapa kaedah memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap mesej penyampai. Tumpuan ialah mendapatkan fakta yang disampaikan.

26

Mencerap secara empatiMencerap secara empati dalam situasi yang formal biasanya melibatkan ahli perubatan, ahli psikologi, guru, peguam atau kaunselor. Mencerap secara ini melibatkan tindak balas pencerap seperti tindak balas menilai, tindak balas secara analitikal, tindak balas bersifat menyokong dan tindak balas menggunakan soalan kepada perucap. Pencerap juga peka terhadap tanda bukan lisan, meletakkan dirinya dalam keadaan seseorang serta lebih menumpukan perhatian terhadap mesej yang disampaikan oleh perucap. Empati berasal daripada perkataan einfulling yang digunakan oleh ahli psikologi German yang bermakna turut merasakan.

27