5
Soalan 1 Aku dan beberapa orang rakan sedang berbasikal di taman. Tiba- tiba kamu terlihat seorang kanak-kanak terjatuh daripada buaian. Ceritakan bagaimana kamu dapat membantu kanak-kanak tersebut. Baca contoh karangan di bawah ini. Aku dan beberapa orang rakan sedang berbasikal di taman. Tiba-tiba aku terlihat seorang kanak-kanak terjatuh daripada buaian. Kanak-kanak tersebut tersembam di atas tanah. Aku dan rakan-rakanku bergegas menghampiri kanak-kanak tersebut. Beberapa orang rakan kanak-kanak tersebut kelihatan ketakutan dan ada yang menangis. Lebih-lebih lagi apabila mendengar rakannya yang terjatuh itu meraung kesakitan. Kulihat lutut dan siku kanak-kanak itu berdarah. Aku menyuruh Amar segera mencari ibu kanak-kanak yang malang itu. Aku dan Faizal pula mengangkat kanak-kanak itu ke tempat yang redup di bawah pokok tidak jauh dari situ. Ketika aku mengangkatnya, kanak-kanak itu meraung kesakitan. Aku pasti tangan kanak-kanak itu terseliuh atau mungkin patah. Sementara menunggu ibu bapa kanak-kanak itu sampai, aku menyuruh Ahmad menahan kereta di jalan besar yang tidak jauh dari situ. Dengan pengalaman dan pengetahuan sebagai ahli persatuan bulan sabit merah di sekolah, aku segera membuat anduh daripada bajuku untuk mengampu tangannya yang cedera. Sejurus kemudian, ibu kanak-kanak itu sampai. Dia terkejut melihat anaknya yang cedera itu. Aku terus menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku. Ibu kanak-kanak itu kelihatan cemas kerana anaknya tidak sedarkan diri. Ahamad dan seorang pemuda muncul dan bersedia untuk membawa kanak-kanak itu ke hospital. Ibu kanak-kanak itu, tanpa berlengah-lengah, terus mengangkat anaknya ke dalam kereta pemuda tersebut. Aku mengingatkan rakan-kanak-kanak yang malang itu, supaya berhati-hati ketika bermain.

karangan tindakan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tindakan budak jatuh

Citation preview

Page 1: karangan tindakan

Soalan 1

Aku dan beberapa orang rakan sedang berbasikal di taman. Tiba-tiba kamu terlihat seorang kanak-kanak terjatuh daripada buaian. Ceritakan bagaimana kamu dapat membantu kanak-kanak tersebut.

Baca contoh karangan di bawah ini.

Aku dan beberapa orang rakan sedang berbasikal di taman. Tiba-tiba aku terlihat seorang kanak-kanak terjatuh daripada buaian. Kanak-kanak tersebut tersembam di atas tanah.

Aku dan rakan-rakanku bergegas menghampiri kanak-kanak tersebut. Beberapa orang rakan kanak-kanak tersebut kelihatan ketakutan dan ada yang menangis. Lebih-lebih lagi apabila mendengar rakannya yang terjatuh itu meraung kesakitan. Kulihat lutut dan siku kanak-kanak itu berdarah.

Aku menyuruh Amar segera mencari ibu kanak-kanak yang malang itu. Aku dan Faizal pula mengangkat kanak-kanak itu ke tempat yang redup di bawah pokok tidak jauh dari situ. Ketika aku mengangkatnya, kanak-kanak itu meraung kesakitan. Aku pasti tangan kanak-kanak itu terseliuh atau mungkin patah.

Sementara menunggu ibu bapa kanak-kanak itu sampai, aku menyuruh Ahmad menahan kereta di jalan besar yang tidak jauh dari situ. Dengan pengalaman dan pengetahuan sebagai ahli persatuan bulan sabit merah di sekolah, aku segera membuat anduh daripada bajuku untuk mengampu tangannya yang cedera.

Sejurus kemudian, ibu kanak-kanak itu sampai. Dia terkejut melihat anaknya yang cedera itu. Aku terus menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku. Ibu kanak-kanak itu kelihatan cemas kerana anaknya tidak sedarkan diri.

Ahamad dan seorang pemuda muncul dan bersedia untuk membawa kanak-kanak itu ke hospital. Ibu kanak-kanak itu, tanpa berlengah-lengah, terus mengangkat anaknya ke dalam kereta pemuda tersebut. Aku mengingatkan rakan-kanak-kanak yang malang itu, supaya berhati-hati ketika bermain.

Page 2: karangan tindakan

Soalan 2

Anda sedang membeli barang di sebuah kedai. Tiba-tiba terdengar bunyi satu letupan dan diikuti asap yang berkepul-kepul dari bahagian belakang kedai tersebut.

Contoh jawapan

Aku meletakkan basikalku di tepi sebuah kedai. Aku masuk ke dalam kedai itu untuk membeli barang yang disuruh oleh ibu. Tiba-tiba aku terdengar bunyi satu letupan yang sangat kuat. Asapa berkepul-kepul dari arah belakang kedai. Orang ramai menjadi gempar…

“Kebakaran! Tolong! Tolong! Api! Api!” suara orang ramai menjerit.

Sejurus kemudian aku lihat api mulai marak di belakang kedai itu. Orang ramai yang sedang membeli barang, bergegas keluar dari kedai. Aku berlari ke pondok telefon di hadapan kedai untuk menghubungi pasukan bomba dan penyelamat.

Aku lihat tuan kedai dan beberapa orang pekerjanya berusaha mengeluarkan barang-barang dari kedainya. Aku segera membantu. Begitu juga orang ramai yang berada di situ. Barang-barang yang sempat diangkat dihimpunkan di halaman kedai.

Api semakin marak, tuan kedai masih mahu menyelamatkan barang-barangnya. Orang ramai telah menghalangnya. “ Wang saya masih tertinggal di dalam kedai!” jerit pekedai itu sambil meronta-ronta. Kami cuba menenagkan pekedai itu. Setelah dipujuk akhirnnya pekedai itu akur.

Sejurus kemudian pasukan bomba dan penyelamat tiba. Mereka terus berusaha memadamkan api agar tidak merebak ke kedai-kedai yang berdekatan. Akhirnya, api dapat dipadamkan. Pasukan bomba memeriksa kawasan dalam kedai. Tuan kedai ikut bersama-sama.

Menurut pihak bomba punca kebakaran tersebut masih belum dapat dipastikan. Pihak bomba akan membuat siasatan tentangnya. Pasukan bomba mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana telah memberikan kerjasama. Pihak bomba juga menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati supaya kebakaran dapat dielakkan.

Page 3: karangan tindakan

SOALAN 3 :: Kamu dan rakan-rakan kamu sedang menyiapkan tugasan di Bilik Kemahiran Hidup. Tiba-tiba salah seorang daripada rakan kamu tercedera kerana terkena benda tajam. Ceritakan tindakan-tindakan yang kamu lakukan.

Contoh jawapan

Pada suatu hari, aku dan rakan-rakan sedang mengikuti kelas Kemahiran Hidup. Tiba-tiba seorang rakanku tercedera akibat terkena pahat. Pada waktu itu, Cikgu Ali iaitu guru Kemahiran Hidup kami pergi ke tandas.

Justeru, aku terus ke bilik guru untuk memberitahu guru tentang kejadian itu. Aku turut mendapatkan peti pertolongan cemas yang terletak di situ. Kami bergegas ke bilik Kemahiran Hidup.

Pada mulanya aku menyapu ubat antiseptik untuk membunuh kuman yang terdapat pada luka tersebut. Kemudian, aku membalut luka tersebut mengikut cara yang aku pelajari semasa aku menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah pada tahun lalu.

Selepas itu, aku dan guruku memapah rakanku ke bilik rehat dan menelefon kedua-dua ibu bapa rakanku untuk memaklumkan mereka tentang peristiwa tersebut. Kemudian, kami membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.

Beberapa minggu kemudian, luka rakanku semakin pulih. Dia berterima kasih atas pertolongan yang aku berikan semasa dia tercedera di Bilik Kemahiran Hidup tempoh hari. Aku bersyukur kerana luka kawanku tidak serius dan sudah semakin pulih.

Dia berjanji akan mematuhi segala peraturan semasa berada di Bilik kemahiran Hidup dan berhati-hati ketika menggunakan benda-benda yang tajam semasa pengajaran dan pembelajaran.

Page 4: karangan tindakan

Soalan 4 :

Semasa kamu dan kawan-kawan kamu sedang menunggu bas, kamu ternampak seorang tua terjatuh di atas jalan raya, semua barang yang dibawanya bertaburan.Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk membantunya.

Contoh jawapan

Saya dan kawan-kawan saya menuju ke pondok perhentian bas. Kami bercadang hendak pergi ke bandar. Saya berhasrat untuk membeli barang-barang keperluan sekolah dan buku rujukan UPSR.

Semasa saya menunggu bas, saya terpandang seorang lelaki tua. Dengan tidak semena-mena, lelaki tua itu terjatuh. Semua barang yang dibawanya bertaburan di atas jalan raya.

Saya segera membantunya, saya mengutip barang-barang yang bertaburan diatas jalan raya. Saya memimpin lelaki tua itu ke pondok perhentian bas. Namun demikian, dia bernasib baik kerana mengalami luka kecil sahaja.

Lelaki tua itu memberitahu saya bahawa dia dalam perjalanan pulang ke rumahanaknya. Saya berjanji untuk menghantarnya pulang. Saya menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ.

Setelah saya dan pak cik tiba di rumah anaknya, dia mempelawa saya masuk kedalam rumah. Dia menghidangi saya segelas minuman sejuk. Kami minum bersama-sama. Dia mengucapkan terima kasih atas pertolongan saya tadi.

Sungguhpun rancangan untuk membeli peralatan sekolah dan buku rujukan tidak kesampaian, namun saya berasa sungguh gembira kerana dapat membantu orang yang dalam kesusahan.