Kamus Mikrobiologi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kamus Biologi Mikrobiologi

Citation preview

  • Aabakteria (Ig. abacteria; Y. a- tanpa; bacterion kayu kecil)

    Keadaan yang bebas daripada bakteria.

    adenovirus (Ig. adenovirus; Y. aden kelenjar; L. vivium racun)Kumpulan virus yang menjangkiti salur pernafasan atas. Virusmi tidak begitu virulen jika dibandingkan dengan virus influ-enza.

    adjuvan (Ig. adjuvant; Pr. adjutare menolong)Bahan yang meningkatkan keberkesanan antigen tetapi bukanbersifat antigen.

    aerob (Ig. aerobe; Y. aer udara; bios nyawa)Organisma yang memerlukan oksigen bebas untuk melakukanrespirasi. Mikroorganisma tertentu, tumbuhan, dan haiwanperingkat tinggi termasuk dalam golongan mi. Bd. anaerob.

    aglutinin (Ig. agglutinin; L. agglutinare melekat bersama)Antibodi khusus yang menyebabkan protein bakteria tertentumelekat di antara satu dengan yang lain untuk membentukgumpalan.

    aglutinogen (Ig. agglutinogen; L. agglutinare melekat bersama)Antigen yang merangsang penghasilan aglutinin apabila di-masukkan ke dalam badan haiwan.

    aglutinoid (Ig. agglutinoid; L. agglutinare melekat bersama)Aglutinin yang hanya boleh bergumpal dengan antigen homo-lognya tetapi tidak menjalani pengaglutinatan

    ahli bakteriologi (Ig. bacterzologist; Y. bacterion kayu kecil; logosilmu)Orang yang mengkaji tentang bakteria.

    1

  • aktinobasilosis antibiotik

    aktinobasilosis (Ig. actinobacillosis; Y. aktis pancaran; L. bacilluskayu)Penyakit yang biasanya menyerang tisu lembut pada lembuyang disebabkan oleh hakteria genus Actinobacillus. Pada lidah,penyakit mi menyebabkan gejala lidah kayu yang bolehmembawa maut. Penyakit mi jarang berjangkit kepadamanusia.

    amfoterisin (Ig. amphotericin; Y. amphoteros kedua-dua)Antibiotik antikulat yang dmhasilkan oleh Streptomyces nodosus,dan digunakan untuk terapi sistemik.

    ampisilin (Ig. ampicillin)Antibiotik separa sintetik yang dihasilkan melalui peng-ubahsuaian kimia penisilin. Ampisilin dihasilkan oleh kulatPenicillum tertentu. Ampisilin merencat pembentukan dindingsel bakteria.

    anaerob (Ig. anaerobe/anaerobic; Y. a- tanpa; aerudara; bios nyawa)Organisma yang tidak memerlukan oksigen bebas untuk me-lakukan respirasi. Misalan anaerob ialah bakteria denitrifikasi.

    anemia (Ig. anaemia; Y. a- tanpa; haima darah)Gejala yang berlaku kerana kekurangan sel darah merah dalamdarah, atau kerana kekurangan hemoglobin dalam sel darahmerah. Keadaan mi menyebabkan darah kurang berupayamengangkut oksigen yang secukupnya untuk keperluan ba-dan. Dengan itu, tisu akan kekurangan oksigen dan badanmenjadi sangat lemah.

    antagonis (Ig. antagonist; Y. antagonistes lawanan)Bahan atau organisma yang berantagonisme.

    antagonisme (Ig. antagonism; Y. antagonistes lawanan)Pertalian di antara dua organisma, apabila satu organismamembahayakan yang satu lagi.

    antibiosis (Ig. antibiosis; Y. anti lawanan; bios nyawa)Perencatan salah satu organisma akibat tindakan antibiotikyang dihasilkan oleh organisma yang satu lagi.

    antibiotik (Ig. antibiotic; Y anti lawanan; bios nyawa)Bahan yang dihasilkan oleh mikroorganisma, dan berupaya

    2

  • antigen antistreptokinase

    merencatkan pembiakan dan pertumbuhan mikroorganismalain. Antibiotik digunakan untuk merawat penyakit yang di-sebabkan oleh mikroorganisma, terutamanya bakteria. Anti-biotik yang pertama ditemui ialah penisilin, yang dihasilkanoleh kulat Penisillium notatum. Misalan antibiotik termasuklahstreptomisin, aureomisin, kloromisin, dan tetramisin.

    antigen (Ig. antigen; Y. anti lawanan; genosmenghasilkan)Protein asing yang merangsang set limfosit untuk mengha-silkan antibodi padanannya. Misalan antigen iatah bakteria, vi-rus, atau bahan asing yang mengandungi protein.

    antigen Kahn (Ig. Kahn antigen; Kahn ahti sains Amerika; Y. antilawanan; genos menghasitkan)Antigen tak khusus yang digunakan untuk mengesan sifilis.

    antigtobulin (Ig. antiglobulin; Y. anti tawanan, L. globulus botakecit).Antibodi yang mengikat dan memendakkan globulin.

    antisepsis (Ig. antisepsis; Y. anti tawanan; sepsis reput)Perencatan oleh antiseptik.

    antiseptik (Ig. antiseptic; V. anti lawanan; sepsis reput)Bahan kimia yang digunakan untuk membunuh atau mence-gah pembiakan mikroorganisma pada permukaan kulit, tuka,dan alatan tertentu. Antiseptik hanya digunakan pada per-mukaan luar. Misatnya iodin, atkohot, asid borik, dan heksakto-rofena.

    antiserum (Ig. antiserum; Y. anti tawanan; serum cecairjernih)Serum yang mengandungi antibodi pada kadar yang dapatmemusnahkan virus atau bakteria tertentu. Antiserum di-peroteh daripada haiwan yang telah diimunkan, sama ada se-cara penyuntikan antigen ke dalam badan atau jangkitan Se-mula jadi.

    antistreptokinase (Ig. antistreptokinase; V. anti lawanan; strep ber-bentuk rantai; kinase enzim)Antibodi yang meneutralkan kesan enzim streptokinase, yangdirembeskan oteh bakteria kumputan streptokokos.

    3

  • antistreptolism asepsis

    antistreptolisin (Ig. antistreptolysin; V. anti lawanan; strep berben-tuk rantai; lysis memecahkan)Antibodi yang meneutratkan streptolisin yang dirembeskanoleh bakteria kumputan streptokokus hemolisis A.

    antitoksin (Ig. antitoxin; V. anti lawanan; toxikon racun)Antibodi yang dihasilkan oleh badan sebagai gerak batas ter-hadap toksin yang diketuarkan oleh agen jangkitan atau pato-gen. Antitoksin akan bergabung dengan toksin, dan seterusnyameneutralkan toksin itu.

    antivirus (Ig. antiviral/antivirus; V. anti tawanan; L. vivium racun)Bahan yang merencatkan kesan virus. Misalan antivirus ialahinterferon.

    antraks(Ig. anthrax; Y anthrax arang terhakar)Penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Bacillusantracis yang lazimnya menyerang haiwan ternakan sepertibin-bin, lembu, dan kuda. Penyakit mi berjangkit kepadamanusia melatui sentuhan, pernafasan, atau makanan.

    aplasia (Ig. aplasia/aplastic; V. a- tanpa; plasis pembentukan)Pertumbuhan tisu atau organ, yang tidak lengkap disebabkanterbantutnya perkembangan perimordium embrio.

    aptus (Ig. apthous)Luka yang berwarna putih dan pent di dalam mulut. Sebab-sebab luka mi terjadi tidak diketahui.

    arbovirus (Ig. arbovirus/arboruirus; V. ar + bo bawaan artropod; L.vivium racun)Kumpulan virus tutaran artropod yang menyebabkan berbagai-bagai jenis penyakit ensefalitis pada haiwan invertebrat. Virusmi tidak stabil pada suhu bitik, dan boleh dinyahaktiflan otehnatrium deoksilat.

    artrospora (Ig. arthrospore; V. arthron bersambung; sporos biji.)Rangkaian spora rehat berdinding tebal, yang terbentuk akibatdaripada penyerpihan filamen pada alga biru-hijau dan kulat.

    asepsis (Ig. asepsis; V. a- tanpa; sepsis reput)Keadaan yang bebas daripada mikroorganisma.

    4

  • askogonium avirulen

    askogonium (Ig. ascogonium; V. askos kantung; gonos tahiran)Gamet betina pada kutat Ascomycete.

    auksospora (Ig. auxospore; V. auxanein menambah; sporos biji)Spora rehat diatom yang tetah menjatani pembiakan seks.

    auksotrof (1g. auxotroph; V. auxanein menambah; troph makanan)Mikroonganisma yang memerlukan faktor pertumbuhan yangtertentu seperti vitamin, dan asid amino tertentu untuk hidup.

    aureomisin (Ig. aureomycrn; L. aures berwarna emas; mykes kulat)Antibiotik ktorotetrasilin yang mengawal penyakit tertentuyang disebabkan oteh mikroorganisma.

    autoantibodi (Ig. autoantibody; V. auto sendiri; anti tawanan; bodyjasad)Antibodi yang melawan atau bertindak balas dengan jasadnyasendini.

    autoantigen (Ig. autoantigen; V. auto sendiri; anti tawanan; genosmenghasilkan)Antigen yang bertindak batas dengan limfosit organisma itusendiri dengan menghasilkan antibodi.

    autolisis (Ig. autolysis; V. auto sendiri; lisis memecahkan)Penguraian tisu atau sel akibat tindak balas enzim hidrolisisyang dihasitkan oleh lisosom apabila sel tersebut rosak.

    autotoksin (Ig. autotoxin; V. auto sendiri; toxicon racun)Toksin yang memberi kesan yang mudarat kepada set itusendini.

    autovaksin (Ig. autovaccine; V. auto sendiri; vaccinus lembu)Vaksin yang dihasitkan oteh pesakit itu sendiri.

    avirulen (Ig. avirulent; Y. a- tanpa; L. virulentus penuh denganracun)Darjah keupayaan patogen, yang tidak mampu menyebabkanpenyakit.

    5

    KAMUS BIOLOGI - MIKROBIOLOGIKANDUNGANKata PengantarPendahuluanPanduan Menggunakan Kamus IniKata MasukanTakrifJenis Huruf dan Tanda Baca1. Huruf Tebal2. Huruf Condong3. Tanda Kurung Bulat

    Singkatan

    Kamus Biologi : MikrobiologiABCDEFGHIJKLMNOPRSTUVWZ

    Daftar Istilah Bahasa Inggeris - Bahasa MalaysiaABCDEFGHIJKLMNOPRSTUVWYZ