Upload
yunging84
View
709
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
SME6044
COMTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS
EDUCATION
TUGASAN 4
KERJA PROJEK
PENSYARAH:
DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE BIN ABDULLAH
NAMA NO. MATRIK
HII YUNG ING M20131000412
2
KEBERKESANAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS
ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai keberkesanan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di sebuah sekolah
di Bandar Miri, Sarawak. Terdapat 3 objektif dalam kajian ini, iaitu (i) mengenalpasti tahap
penguasaan Bahasa Inggeris murid Tingkatan 4 dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris, (ii) mengenalpasti tahap pengajaran guru
dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris, dan (iii)
mengenalpasti penggunaan bahan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah dalam
membantu meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap Matematik dalam bahasa Inggeris.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada temu bual dan soal selidik. Soal
selidik terdiri daripada soalan-soalan tentang tahap penguasaan Bahasa Inggeris murid
Tingkatan 4 dan tahap pengajaran guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini melibatkan 3 orang guru Matematik dengan
kaedah temu bual dan 84 orang murid Tingkatan 4 sebagai responden. 3 orang guru akan
ditemubual manakala 84 murid Tingkatan 4 akan diberikan soal selidik. Data dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 21 untuk
mendapatkan maklumat statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian telah
mendapati bahawa tahap penguasaan Bahasa Inggeris murid Tingkatan berada pada tahap yang
sederhana dengan min sebanyak 3.46. Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa tahap
pengajaran guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa
Inggeris mencatatkan nilai min sebanyak 3.71. Kajian ini turut mendapati bahawa guru-guru
jarang menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah dalam membantu
meningkatkan kefahaman Matematik murid Tingkatan 4 dalam Bahasa Inggeris.
3
1.0 PENGENALAN
Sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957, pendidikan telah menjadi salah satu
mekanisme terpenting dalam usaha kerajaan untuk merealisasikan matlamat bagi
menyatupadukan rakyat berbilang kaum supaya dapat membina sebuah negara yang aman dan
maju (Mok Soon Sang, 2002). Pada tahun 1991, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad telah membentangkan pemikirannya tentang negara bertamadun maju dalam satu
kertas perdana bertajuk “Malaysia: Melangkah ke Hadapan” atau lebih dikenali dengan
“Wawasan 2020”. Wawasan 2020 ialah aspirasi untuk membina satu tamadun dan masyarakat
maju bertaraf dunia dan turut menekankan aspek kemajuan industri berasaskan kemajuan ilmu
Sains dan teknologi dan juga taraf pendidikan yang tinggi. Oleh itu, institusi pendidikan seperti
sekolah dilihat akan menjadi saluran utama untuk melahirkan generasi wawasan. Justeru itu,
institusi pendidikan yang bermula dari peringkat pendidikan rendah hingga ke Institut
Pengajian Tinggi (IPT) harus berusaha untuk menjadi lebih bersifat global. Ini bermaksud
institusi pendidikan mesti bergerak ke arah global dengan menggunakan beberapa cara
pendekatan yang tersendiri. Salah satu aspek yang diberi keutamaan ialah penekanan kepada
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah tempatan.
Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)
ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris untuk
menggantikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantara untuk mata pelajaran Sains dan
Matematik di semua peringkat pendidikan. Pelaksanaan penuh PPSMI adalah pada tahun 2007
untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah adalah pada tahun
2008. Tun Dr Mahathir Mohamed (NST, 2003) menyatakan bahawa kerajaan perlu “...modifying
or changing policy, an old policy, because of new situations”. Ini adalah selari dengan Kogan (1985)
yang menyatakan, “education policy and values interact with the moods and circumstances of their
4
periods. ...it is, therefore, particularly prone to change as social and economic circumstances
change”.
Berasaskan kenyataan di atas, kerajaan Malaysia maka telah memutuskan supaya mata
pelajaran Sains dan Matematik di sekolah diajar dalam bahasa Inggeris. Menteri Pendidikan pada
masa itu, Tan Sri Dato’ Seri Musa Mohamad menjelaskan kepada rakyat Malaysia mengenai
rasional tindakan ini melalui satu kenyataan akhbar tempatan,
“Sains dan Matematik adalah suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai
inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan
pembangunan. Bidang ini merupakan asas penting kepada kemajuan dan pembangunan
negara. Sebahagian besar maklumat terkini mengenai sains dan teknologi ditulis atau
disampaikan dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, pendedahan awal kepada Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris akan memberi peluang kepada pelajar untuk
menguatkan asas bagi memperoleh maklumat dan ilmu terutama dalam bidang Sains dan
Matematik, selain menambah masa kontak terhadap bahasa Inggeris.”
(Dipetik daripada http://www.moe.gov.my/keratanBI.asp, 2002)
Bidang Sains dan Matematik adalah berkait rapat antara satu sama lain di mana
kedudukan Matematik adalah sangat penting dalam penyelidikan sains dan teknologi (Latif,
1999). Matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan
dan pembangunaan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini
berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini
banyak terdapat dalam bahasa Inggeris. Maka, perubahan kurikulum Matematik adalah dibuat
selaras dengan perkembangan negara. Sekiranya bidang pendidikan tidak selari dengan
kemajuan Sains dan teknologi, maka adalah mustahil untuk sesebuah negara itu berkembang
ke arah yang lebih maju berikutan daripada kurangnya tenaga mahir dalam bidang-bidang
tertentu yang diperlukan. Mengikut pendapat Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri
Malaysia yang ke-4, Malaysia semakin ketinggalan dalam arus globalisasi dan adalah
5
diharapkan agar dasar ini akan dapat memberikan kelebihan kompetitif kepada negara dengan
mencontohi kejayaan Negara Singapura dan India yang semakin melangkah ke hadapan kerana
kebiasaan dengan bahasa Inggeris.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Menurut Mohd Hishamuddin (2007), setiap murid mempunyai potensi untuk mencapai
kejayaan yang diharapkan sekiranya mereka sanggup untuk belajar dengan bersungguh-
sungguh dengan menggunakan kemahiran belajar yang betul. Kebolehan diukur tidak hanya
pada keupayaan yang tinggi tetapi pencapaian akademik yang biasa juga mempunyai peluang
untuk mencapai kejayaan. Peperiksaan disediakan dengan taraf penilaian bagi kebanyakan
murid. Tetapi sekiranya kebolehan digabungkan dengan sikap kuat bekerja dan kemahiran
belajar yang betul, murid akan dapat mencapai kejayaan yang cemerlang.
Bagi murid yang memiliki kemahiran dalam mata pelajaran Matematik tetapi
bermasalah untuk berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris, pelaksanaan PPSMI ternyata
membebankan mereka. Seperti yang kita tahu, tidak semua murid mampu untuk menguasai
bahasa Inggeris dengan baik terutamanya bagi murid luar bandar di mana penggunaan bahasa
Inggeris di dalam kehidupan harian amatlah kurang jika dibandingkan dengan murid yang
tinggal di kawasan bandar. Kekangan bahasa ini menjejaskan prestasi mereka yang berminat
untuk turut sama cemerlang di dalam mata pelajaran Matematik. Masalah bahasa merupakan
satu masalah yang serius kerana penentu kepada sampainya sesuatu maklumat itu bergantung
kepada kelancaran bahasa yang digunakan oleh penyampai dan penerima.
6
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat tiga objektif dalam kajian ini:
i) Mengenalpasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris murid Tingkatan 4 dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris,
ii) Mengenalpasti tahap pengajaran guru dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris,
iii) Mengenalpasti penggunaan bahan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak
sekolah dalam membantu meningkatkan kefahaman Matematik dalam bahasa
Inggeris.
4.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Bagi pihak murid, pembelajaran mata pelajaran Matematik memerlukan pemahaman konsep
yang jelas. Justeru itu, adalah amat penting untuk murid menerima segala tunjuk ajar dan ilmu
pengetahuan tanpa sebarang masalah dari segi penggunaan bahasa. Tetapi, masalah bahasa
selalunya merupakan satu beban yang terpaksa dihadapi oleh murid apabila pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan dalam bahasa Inggeris oleh pihak guru. Maka, adalah diharapkan
supaya kajian yang dijalankan dapat membantu para murid untuk mengatasi masalah bahasa
semasa pengajaran dan pembelajaran Matematik dijalankan.
Bagi pihak guru Matematik, pengajaran mereka adalah sangat penting kerana guru
merupakan sumber ilmu pengetahuan bagi murid. Melalui kajian ini, adalah diharapkan supaya
guru-guru Matematik dapat meningkatkan kesedaran mereka terhadap penggunaan Bahasa
Inggeris supaya pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat berlaku dalam kelas.
Kecekapan guru-guru Matematik bertutur dalam Bahasa Inggeris adalah penting supaya hasil
pembelajaran yang ingin disampaikan kepada murid-murid berjaya diterima dengan baik.
Guru-guru merupakan sumber ilmu pengetahuan yang paling utama kepada murid-murid di
7
peringkat sekolah.
Bagi pihak sekolah pula, adalah diharapkan melalui kajian ini, pihak sekolah dapat
mengenalpasti dan melaksanakan kemudahan yang diperlukan pleh pihak guru dan murid
untuk memastikan penggunaan Bahasa Inggeris sewaktu pengajaran dan pembelajaran
Matematik berjalan dengan lancar. Sekolah merupakan agen utama dalam proses penyampaian
maklumat.
5.0 SKOP KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
Matematik dalam bahasa Inggeris di sebuah sekolah di bandar Miri, Sarawak. Kajian ini hanya
melibatkan sebuah sekolah yang terletak di Bandar Miri. Sekolah ini masih menggunakan
Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik di kelas-kelas Tingkatan 4. Kajian ini terbatas
oleh kekangan untuk mendapatkan semua responden daripada semua sekolah di Bandar Miri.
Kajian ini hanya mewakili sebahagian kecil sahaja daripada semua populasi kajian.
6.0 METODOLOGI
6.1 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini terdiri daripada kajian kualitatif dan kuantitatif. Ia dibahagi kepada 2
bahagian utama. Bahagian pertama terdiri daripada kajian berbentuk kualitatif di mana temu
bual bersama guru-guru Matematik Tingkatan Empat. Bahagian kedua pula adalah dengan
menggunakan kaedah kuantitatif di mana soalan kaji selidik diedarkan kepada murid-murid
Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Miri, Sarawak.
6.2 Tempat Kajian
Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di Bandar Miri, Sarawak. Sekolah ini dipilih sebagai
tempat kajian kerana sekolah ini terletak di kawasan bandar.
8
6.3 Sampel Kajian
Pengambilan sampel dari populasi mestilah benar-benar mewakili populasi (Mohd Yusof,
2005). Sampel kajian ini melibatkan semua murid Tingkatan 4 dengan bilangan seramai 84
orang dan tiga orang guru Matematik di sebuah sekolah di Bandar Miri, Sarawak.
6.4 Instrumen Kajian
Instrumen pertama yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Pengkaji akan
mengedarkan satu set borang soal selidik kepada setiap responden yang terdiri daripada murid-
murid Tingkatan 4. Syed Arabi (1992) menyatakan bahawa pemilihan kaedah ini amat sesuai
digunakan kerana ia adalah praktikal, berkesan dan dan menjimatkan masa. Soal selidik
merupakan alat pengukuran yang digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Soal selidik
merupakan alat pengukuran yang digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Ia digunakan
untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan dan
sebagainya (Najib, 1999).
Soal selidik dijalankan kepada murid Tingkatan 4. Soal selidik yang digunapakai adalah
adaptasi daripada “Muz-Zammil dan Norhawani” dari Universiti Teknologi Malaysia. Skala
likert digunakan dalam soal selidik ini di mana skor bernombor diberikan pada setiap subjek
bermula dengan nombor 1 (bagi pilihan di satu hujung) hingga 5 (bagi pilihan di akhir skor)
dan kemudiannya menjumlahkan keseluruhan nilai jawapan bagi setiap soalan.
5 - Sangat setuju (SS)
4 - Setuju (S)
3 - Tidak pasti (TP)
2 - Tidak setuju (TS)
1 - Sangat tidak setuju (STS)
9
Set soal selidik mengandungi 18 item dan terdiri daripada 3 bahagian, iaitu Bahagian A (latar
belakang responden), B (soal selidik untuk menguji tahap penguasaan Bahasa Inggeris di
kalangan murid) dan C (soal selidik untuk menguji tahap pengajaran guru Matematik dalam
Bahasa Inggeris).
Instrumen kedua yang digunakan adalah secara temu bual dengan melibatkan 12 soalan
terbuka bersama dengan guru Matematik. Kaedah temu bual digunakan dengan guru
Matematik bagi menguji objektif penggunaan bahasa Inggeris di kalangan guru Matematik dan
sejauh manakah penggunaan bahan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah.
Melalui kaedah temu bual, hubungan mesra dapat diwujudkan dengan guru sekaligus
membolehkan maklumat yang ingin diperolehi ditanyakan secara lebih terperinci.
7.0 DAPATAN KAJIAN
7.1 Hasil temu bual dengan 3 orang responden.
Bagi Responden A
1. Penggunaan Bahasa Inggeris Oleh Guru Semasa Mengajar Matematik
Penggunaan Bahasa Inggeris semasa mengajar Matematik adalah tertakluk kepada jenis
kelas yang diajar. Penggunaan istilah adalah dalam bentuk Bahasa Inggeris tetapi kadang-
kala penerangannya adalah dalam Bahasa Melayu bagi memastikan murid dapat menerima
ilmu yang diajarkan.
2. Kelancaran Guru Untuk Bertutur Dalam Bahasa Inggeris
Mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik semasa mengajar Matematik.
3. Komunikasi Antara Guru-Murid dalam Kelas Matematik
Selalu menggalakkan murid menggunakan bahasa Inggeris dalam kelas Matematik. Namun
demikian, murid tidak akan dipaksa untuk bercakap sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.
Penggunaannya adalah mengikut kemampuan murid itu sendiri.
10
4. Pandangan Guru Matematik Mengenai Pelaksanaan PPSMI di Sekolah
Pelaksanaan PPSMI membebankan murid sekolah ini kerana mereka menghadapi masalah
untuk memahami bahasa yang digunakan sewaktu pengajaran dan pembelajaran (PdP)
Matematik.
5. Pandangan Guru mengenai Pelaksanaan MBMMBI di Sekolah
Perlu dikaji dengan teliti untuk manfaat semua murid sekolah.
6. Penggunaan Laptop dan LCD oleh Guru Matematik Semasa Mengajar
Penggunaan laptop dan LCD semasa mengajar adalah jarang kerana menghadapi masalah
kekurangan masa.
7. Penggunaan Makmal Matematik di Sekolah oleh Guru Matematik
Penggunaan makmal di sekolah juga jarang.
8. Penggunaan Buku Teks oleh Guru Matematik semasa Mengajar
Penggunaan buku teks sepenuhnya semasa mengajar.
9. Penggunaan myCD Dalam Membantu Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan myCD adalah jarang kerana kekangan masa.
10. Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) seperti Carta Dalam Membantu
Meningkatkan Kefahaman Murid
Sekali-sekala. Responden berpendapat bahawa penggunaan ABM yang menarik akan dapat
menarik minat dan perhatian murid untuk belajar Matematik dalam kelas.
11. Penggunaan Komputer dalam Menjadikan Matematik Menarik
Penggunaan komputer adalah sekali-sekalau dan mengikut kesesuaian untuk tajuk-tajuk
yang tertentu sahaja.
11
12. Pandangan Guru Matematik sekiranya Kelas Matematik Tidak Menggunakan Papan
Hitam
Penggunaan papan hitam adalah paling penting dan sesuai digunakan sewaktu pengajaran
dan pembelajaran Matematik.
Bagi Responden B:
1. Penggunaan Bahasa Inggeris oleh Guru Semasa Mengajar Matematik
Penggunaannya bergantung kepada kebolehan murid yang diajar.
2. Kelancaran Guru untuk Bertutur dalam Bahasa Inggeris
Bertutur dengan lancar dalam bahasa Inggeris.
3. Komunikasi antara Guru-Murid dalam Kelas Matematik
Responden selalu menggalakkan murid menggunakan bahasa Inggeris dalam kelas. Tetapi,
terdapat sesetengah murid yang tidak mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dan mereka
akan menggunakan Bahasa Melayu untuk bertanyakan soalan.
4. Pandangan Guru Mengenai Pelaksanaan PPSMI di Sekolah
Pelaksanaan PPSMI bergantung kepada tahap murid.
5. Pandangan Guru mengenai Pelaksanaan MBMMBI di Sekolah
Baik kerana murid akan dapat memahami kandungan Matematik dengan lebih baik dengan
menggunakan Bahasa Malaysia.
6. Penggunaan Laptop dan LCD oleh Guru Matematik Semasa Mengajar :
Penggunaan Laptop dan LCD adalah amat jarang kerana masa tidak mencukupi.
7. Penggunaan Makmal Matematik di Sekolah oleh Guru Matematik
Tidak pernah menggunakan makmal matematik.
8. Penggunaan Buku Teks oleh Guru Matematik Semasa Mengajar
Menggunakan buku teks sepenuhnya sewaktu mengajar Matematik.
12
9. Penggunaan myCD dalam Membantu Pengajaran Dan Pembelajaran
Kurang menggunakan myCD kerana masalah masa dan silibus.
10. Penggunaan Alat Bantu Mengajar seperti Carta Dalam Membantu Meningkatkan
Kefahaman Murid
Penggunaannya bergantung kepada subjek yang diajarkan. Bagi subjek yang senang,
penggunaannya dapat membantu meningkatkan kefahaman murid.
11. Penggunaan Komputer Dalam Menjadikan Matematik Menarik
Pengggunaan komputer dapat membantu sewaktu PdP dengan menarik minat murid-murid
terhadap topic-topik tertentu tetapi penggunaannya adalah bergantung kepada tajuk yang
diajarkan.
12. Pandangan Guru Matematik sekiranya Kelas Matematik Tidak Menggunakan Papan
Hitam
Penggunaan papan hitam penting dalam kelas Matematik kerana penggunaan papan hitam
membolehkan responden membuat penerangan secara berperingkat bagi menjelaskan
konsep Matematik.
Bagi Responden C
1. Penggunaan Bahasa Inggeris Oleh Guru Semasa Mengajar Matematik
Bahasa Inggeris digunakan untuk kelas yang baik manakala untuk kelas yang sederhana
dan lemah, dwibahasa akan digunakan.
2. Kelancaran Guru Untuk Bertutur Dalam Bahasa Inggeris
Mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik semasa mengajar Matematik.
3. Komunikasi Antara Guru-Murid dalam Kelas Matematik
Untuk kelas yang baik, komunikasi antara guru dan murid adalah dalam Bahasa Inggeris
manakala untuk kelas yang sederhana dan lemah, komunikasi adalah dalam Bahasa
Malaysia.
13
4. Pandangan Guru Matematik Mengenai Pelaksanaan PPSMI di Sekolah
Pelaksanaan PPSMI adalah baik kerana murid didedahkan dengan istilah matematik yang
berbentuk “Inggeris”.
5. Pandangan Guru mengenai Pelaksanaan MBMMBI di Sekolah
Perlu dikaji dengan teliti untuk manfaat semua murid di sekolah.
6. Penggunaan Laptop dan LCD oleh Guru Matematik Semasa Mengajar
Tidak pernah menggunakan laptop dan LCD sewaktu mengajar Matematik.
7. Penggunaan Makmal Matematik di Sekolah oleh Guru Matematik
Tidak pernah menggunakan makmal Matematik.
8. Penggunaan Buku Teks oleh Guru Matematik semasa Mengajar
Penggunaan buku teks dengan bantuan buku kerja semasa mengajar.
9. Penggunaan myCD Dalam Membantu Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan myCD adalah jarang kerana kekangan masa.
10. Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) seperti Carta Dalam Membantu
Meningkatkan Kefahaman Murid
Jarang menggunakan ABM.
11. Penggunaan Komputer dalam Menjadikan Matematik Menarik
Jarang menggunakan komputer.
12. Pandangan Guru Matematik sekiranya Kelas Matematik Tidak Menggunakan Papan
Hitam
Penggunaan papan hitam penting dan responden mengatakan bahawa alat teknologi tidak
dapat menggantikan papan hitam dalam pengajaran Matematik.
14
7.2 Analisi Data daripada soal selidik
Jadual 1 di bawah menunjukkan taburan keputusan Matematik responden pada peringkat PMR.
Semua responden terdiri daripada murid tingkatan 4, maka ini bermakna kesemua responden
telah mengambil peperiksaan PMR pada tahun 2013.
Jadual 1: Taburan Responden Mengikut Keputusan Matematik Peringkat PMR
Keputusan Bilangan Peratus (%)
A 18 21.4
B 19 22.6
C 27 32.1
D 14 16.7
E 6 7.1
Jumlah 84 100
Objektif 1: Mengenalpasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris murid Tingkatan 4 dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Jadual 2 menunjukkan taburan analisis tahap penguasaan Bahasa Inggeris murid Tingkatan 4
dalam mata pelajaran Matematik semasa pengajaran dan pembelajaran di sebuah sekolah
menengah di Bandar miri, Sarawak. Jadual ini menunjukkan secara keseluruhannya purata nilai
min adalah 3.46, iaitu berada pada tahap sederhana.
Berdasarkan analisis data, terdapat lima item yang berada pada tahap tinggi iaitu item
1, 2, 3, 7, dan item 8. Terdapat dua item menunjukkan nilai min sama, iaitu item satu dan tujuh
dengan mencatat nilai 3.85. Manakala item 4, 5, 6, 9 dan item 11 menunjukkan nilai min
sederhana. Berdasarkan analisis yang dibuat, didapati bahawa pernyataan ‘saya memahami
kandungan buku teks Matematik dengan baik’ mencatat nilai min terendah, iaitu 2.60 dengan
26.19 peratus sangat setuju, 23.81 peratus tidak pasti dan 50 peratus responden menyatakan
tidak setuju.
Secara keseluruhannya, didapati min keseluruhan bagi tahap penguasaan Bahasa
Inggeris murid dalam mata pelajaran Matematik adalah berada pada tahap sederhana iaitu 3.46.
15
Jadual 2: Taburan Analisis Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Murid dalam Mata
Pelajaran Matematik
No.
Item Pernyataan
Maklumbalas Responden
Min STS TS TP S SS
f
%
f
%
f
%
f
%
f
%
1
Saya dapat mengikuti pengajaran
Matematik dalam Bahasa Inggeris
dengan baik.
5 4 26 13 36
3.85 5.95 4.76 30.95 15.48 42.86
10.7 30.95 58.33
2
Saya dapat menjawab soalan dalam
Bahasa Inggeris yang dikemukakan
oleh guru dengan baik.
2 5 29 28 20
3.70 2.38 5.95 34.52 33.33 23.81
8.3 34.52 57.14
3
Saya dapat menjawab soalan
peperiksaan Matematik dalam
Bahasa Inggeris dengan baik.
3 5 21 32 23
3.80 3.57 5.95 25.00 38.10 27.38
9.5 25.00 65.48
4 Saya bercakap Bahasa Inggeris
dengan guru dalam kelas.
6 33 31 7 7
2.71 7.14 39.29 36.90 8.33 8.33
46.4 36.90 16.67
5 Saya menguasai asas Bahasa
Inggeris dengan baik.
0 11 41 16 16
3.44 0.00 13.10 48.81 19.05 19.05
13.1 48.81 38.10
6 Saya dapat menguasai pelajaran
dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
3 9 34 21 17
3.48 3.57 10.71 40.48 25.00 20.24
14.3 40.48 45.24
7 Saya boleh membaca buku dalam
Bahasa Inggeris dengan baik.
2 3 27 26 26
3.85 2.38 3.57 32.14 30.95 30.95
6.0 32.14 61.90
8 Saya boleh menulis dalam Bahasa
Inggeris dengan baik.
4 5 22 27 26
3.79 4.76 5.95 26.19 32.14 30.95
10.7 26.19 63.10
9 Saya boleh berkomunikasi dalam
Bahasa Inggeris dengan baik.
2 9 41 22 10
3.35 2.38 10.71 48.81 26.19 11.90
13.1 48.81 38.10
10 Saya memahami kandungan buku
teks Matematik dengan baik.
21 21 20 15 7
2.60 25.00 25.00 23.81 17.86 8.33
50.00 23.81 26.19
11
Pencapaian saya dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris adalah
baik.
4 14 21 27 18
3.49 4.76 16.67 25.00 32.14 21.43
21.4 25.00 53.57
Purata Min 3.46
16
Objektif 2: Mengenalpasti tahap pengajaran guru dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran Matetmatik dalam Bahasa Inggeris
Jadual 3 menunjukkan taburan analisis tentang tahap pengajaran guru dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah
di Bandar miri, Sarawak. Jadual ini menunjukkan secara keseluruhannya purata nilai min
berada pada tahap yang tinggi, iaitu 3.71.
Item skor min tertinggi adalah item ke-17, iaitu dengan nilai min sebanyak 4.23, diikuti
dengan item yang ke-15 (4.11), item ke-13 (4.07), item ke-12 (3.85), item ke-16 (3.63), item
ke-18 (3.19) dan akhirnya item yang ke-14 yang menunjukkan nilai min paling rendah iaitu
3.00.
Item yang ke-14, iaitu dengan pernyataan “Guru menggunakan Bahasa Inggeris
sepenuhnya semasa mengajar” mempunyai nilai min terendah, iaitu 3.00 dengan peratusan
sebanyak 40.48 responden memilih setuju, 11.90 menyatakan tidak pasti dan 47.60 adalah tidak
setuju.
Kesimpulannya, didapati bahawa min keseluruhan bagi pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris berdasarkan pengajaran guru dalam Bahasa
Inggeris adalah 3.71, iaitu berada pada tahap tinggi.
17
Jadual 3: Taburan Analisis Item Pengajaran Guru Dalam Bahasa Inggeris
No.
Item Pernyataan
Maklumbalas Responden
Min STS TS TP S SS
f
%
f
%
f
%
f
%
f
%
12
Kaedah pengajaran dalam Bahasa
Inggeris yang digunakan oleh guru
mudah difahami.
3 6 29 16 30
3.85 3.57 7.14 34.52 19.05 35.71
10.7 34.52 54.76
13
Guru menggunakan pelbagai
pendekatan pengajaran dalam
Bahasa Inggeris.
3 4 16 22 39
4.07 3.57 4.76 19.05 26.19 46.43
8.3 19.05 72.62
14 Guru menggunakan Bahasa Inggeris
sepenuhnya semasa mengajar.
12 28 10 16 18
3.00 14.29 33.33 11.90 19.05 21.43
47.6 11.90 40.48
15 Guru menggunakan Bahasa Inggeris
yang mudah difahami.
1 8 13 21 41
4.11 1.19 9.52 15.48 25.00 48.81
10.7 15.48 73.81
16
Guru memberi penerangan dalam
Bahasa Inggeris apabila saya
menghadapi sebarang masalah
dalam pembelajaran Matematik.
4 12 17 29 22
3.63 4.76 14.29 20.24 34.52 26.19
19.0 20.24 60.71
17 Guru akan mengulang kembali isi
pelajaran jika saya tidak faham.
1 3 12 28 40
4.23 1.19 3.57 14.29 33.33 47.62
4.8 14.29 80.95
18 Guru bercakap dalam Bahasa
Inggeris dengan spontan.
7 10 35 24 8
3.19 8.33 11.90 41.67 28.57 9.52
20.2 41.67 38.10
Purata Min 3.71
8.0 PERBINCANGAN
Daripada perbincangan berkenaan dengan dapatan kajian yang diperolehi, beberapa rumusan
dapat dibuat mengenai aspek-aspek yang ingin dikaji, iaitu mengenai tahap penguasaan Bahasa
Inggeris di kalangan murid, tahap pengajaran guru dalam Bahasa Inggeris dan penggunaan
kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah dalam membantu meningkatkan kefahaman
murid terhadap Matematik.
Didapati murid di sekolah ini berada pada tahap sederhana dalam penguasaan Bahasa
Inggeris, iaitu dengan min sebanyak 3.59. Hasil kajian ini mendapati bahawa item yang ke-10,
18
iaitu pernyataan “saya memahami kandungan buku teks Matematik dengan baik” mencatatkan
nilai min yang terendah, iaitu 2.60. Hasil dapatan ini adalah serupa dengan kajian lepas yang
pernah dijalankan oleh Aziz (2005) yang mendapati bahawa majoriti responden tidak
memahami kandungan buku teks disebabkan penggunaan Bahasa Inggeris. Tambahan lagi,
dalam kajian yang dijalankan oleh Tarmizi (2003) pula menyatakan bahawa murid yang tidak
mempunyai asas Bahasa Inggeris yang baik sukar untuk memahami buku-buku, bahan-bahan
bacaan mahupun nota dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Ini menyebabkan responden sering
membuat kesalahan dan ketidakfahaman dalam memahami sesuatu petikan atau struktur ayat.
Kajian Goh, Rahimah dan Wong (2005) turut mendapati bahawa murid tidak
memahami kandungan buku teks Matematik, rujukan dan sebagainya dalam Bahasa Inggeris
disebabkan penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah. Dapatan kajian ini disokong oleh Tarmizi
(2003) yang menyatakan faktor yang paling mempengaruhi penguasaan Bahasa Inggeris di
kalangan murid adalah pengetahuan asas Bahasa Inggeris di peringkat sekolah. Di samping itu,
murid yang lemah pengetahuan asas Bahasa Inggeris di peringkat sekolah adalah sukar untuk
menguasai Bahasa Inggeris (Jumali, 1992). Oleh yang demikian, tahap penguasaan Bahasa
Inggeris yang kurang memuaskan menyebabkan responden tidak dapat mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris dengan
baik.
Pada keseluruhannya, tahap pengajaran guru Matematik dalam Bahasa Inggeris di
adalah berada pada tahap yang tinggi, iaitu dengan nilai min 3.71. Guru-guru Matematik
Tingkatan 4 dapat menggunakan bahasa Inggeris dengan baik. Ini berikutan daripada guru tidak
menghadapi masalah untuk mengajar dan bertutur dengan baik dalam Bahasa Inggeris. Guru
juga tidak menghadapi masalah dengan terlaksananya PPSMI sejak tahun 2003. Guru mampu
menyediakan diri dengan kemahiran komunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik.
Hasil kajian mendapati item yang ke-17, iaitu “Guru akan mengulang kembali isi
19
pelajaran jika saya tidak faham” mencatat nilai min yang tertinggi, iaitu 4.23. Untuk
pernyataan yang ke-15, iaitu “Guru menggunakan Bahasa Inggeris yang mudah difahami”
telah mencatat nilai min sebanyak 4.11. Dapatan nilai ini adalah hampir sama dengan kajian
yang dijalankan oleh Fadlina (2008) yang mendapati bahawa tahap kompetensi guru di sekolah
rendah dalam pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris semasa proses
pengajaran dan pembelajaran adalah berada pada tahap yang tinggi.
Bagi item yang ke-14, iaitu “Guru menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya semasa
mengajar” mencatat nilai min paling rendah, iaitu sebanyak 3.00. Ini adalah bertepatan dengan
keputusan kajian yang pernah dijalankan oleh Rohana (2004) yang menyatakan bahawa 84
peratus guru adalah kurang mahir dan professional dalam bertutur Bahasa Inggeris sewaktu
mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Akibatnya, ini telah
menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik menjadi kurang
berkesan dalam kelas. Terdapat juga segelintir guru Matematik yang masih tidak dapat
mengajar Matematik dalam Bahasa Inggeris dengan cara yang kreaktif dan berkesan untuk
memupuk sikap pembelajaran pelajar.
Akhirnya, hasil temu bual dengan 3 orang guru mendapati bahawa penggunaan
kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah tidak begitu digunakan. Penggunaan
kemudahan buku teks sahaja yang mendapat sambutan di kalangan guru dan murid untuk
menjalankan pengajaran dan pembelajaran Matematik. Masalah masa dan bahasa
membataskan penggunaan kemudahan seperti komputer di kalangan guru. Penggunaan
courseware yang menggunakan bahasa Inggeris membuatkan murid tidak berminat dan hilang
tumpuan kerana mereka tidak dapat memahami bahasa yang digunakan.
20
9.0 RUJUKAN
Azizi Yahaya (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn Bhd.
Aziz Nordin (2004). Pandangan Guru Pelatih Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains
dalam Bahasa Inggeris. Buletin fakulti Pendidikan UTM. 13(1): 64-71.
Duncan anak Phillip (2003). Persepsi Pelajar, Guru dan Ibu Bapa Terhadap Penggunaan
Bahasa Inggeris dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di Sekolah-
sekolah Menengah di Zon Skudai, daerah Johor Bahru, Johor. Universiti Teknologi
Malaysia: Projek Sarjana Muda.
Farah Asnida binti Che Shariff (2004). Persepsi Guru Terhadap Pengajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.
Hishamuddin Md. Som (2005). Panduan Mudah Analisis Data Menggunakan SPSS Windows.
Johor: Penerbit UTM
Jumaat Hasim (2004). Pandangan Pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Luar Bandar
Terhadap Pengajaran Guru Matapelajaran Matamatik dalam Bahsa Inggeris. Universiti
Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.
Khadijah Abdul Rahman (2006). Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di
Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah Melaka Tengah, Melaka. Universiti Teknologi
Malaysia: Projek Sarjana Muda.
Lim Guan Lee (2006). Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dalam Bahasa
Inggeris Terhadap Pelajar Tingkatan 1 Dari Aspek Kognitif dan Afektif. Universiti
Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.
Maizatul Fariha A. Razak (2007). Pencapaian Matematik Pelajar Menggunakan Bahasa
Pengantar Bahasa Inggeris. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda
Mat Rofa Ismail (2004). Matematik Merentas Tamadun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
21
Pustaka.
Mohd Hishamuddin Md Basar (2007). Kemahiran belajar di Kalangan Pelajar Tahun Akhir
Jabatan Pendidikan Sains dan Matematik, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.
Sabariah Sarigan (2004). Persepsi Bakal-bakal Guru Lepasan Universiti Teknologi Malaysia
Terhadap Tahap Kesediaan Mereka Mengajar Mata Pelajaran Sains dan Matematik
Dalam Bahasa Inggeris. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.
Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal dan Aziz Omar (2006). Isu-isu dalam
Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.
Siti Adibah Asmawani Ismail (2006). Kajian Kesediaan Diri Bakal Guru 5 SPM UTM untuk
Mengajar Matematik dalam Bahasa Inggeris. Universiti Teknologi Malaysia: Projek
Sarjana Muda.
Sulaiman Ngah Razali (1996). Analisis Data Dalam Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tajul Ariffin Noordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Farahayu Wan Mohd (2007). Kaedah Pengajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris
Guru Pelatih UTM. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.
Wan Mokhtar bin Wan Daud (2007). Persepsi Pelajar terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di Tiga Buah Sekolah Menengah Kebangsaan
di Pasir Puteh, Kelantan. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.
Woolfolk, A.E (1995). Educational Psychology. Boston: Allyn and Bacon Company.
22
10.0 LAMPIRAN
10.1 SOAL SELIDIK
ARAHAN:
Sila tandakan (/).
Sila gunakan pen berdakwat biru/hitam atau pencil 2B sahaja.
BAHAGIAN A: Latar Belakang Responden
1. Jantina Lelaki Perempuan
2. Bangsa Melayu Cina
India Iban
Bidayuh Lain-lain: ______
3. Keputusan PMR untuk Bahasa Inggeris
A B
C D
E Lain-lain: ______
4. Keputusan PMR untuk Matematik
A B
C D
E
23
BAHAGIAN B: Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan Murid
No.
Item Pernyataan
Maklumbalas Responden
STS TS TP S SS
1
Saya dapat mengikuti pengajaran
Matematik dalam Bahasa Inggeris
dengan baik.
2
Saya dapat menjawab soalan dalam
Bahasa Inggeris yang dikemukakan
oleh guru dengan baik.
3
Saya dapat menjawab soalan
peperiksaan Matematik dalam
Bahasa Inggeris dengan baik.
4 Saya bercakap Bahasa Inggeris
dengan guru dalam kelas.
5 Saya menguasai asas Bahasa
Inggeris dengan baik.
6 Saya dapat menguasai pelajaran
dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
7 Saya boleh membaca buku dalam
Bahasa Inggeris dengan baik.
8 Saya boleh menulis dalam Bahasa
Inggeris dengan baik.
9 Saya boleh berkomunikasi dalam
Bahasa Inggeris dengan baik.
10 Saya memahami kandungan buku
teks Matematik dengan baik.
11
Pencapaian saya dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris adalah
baik.
24
BAHAGIAN C: Tahap Pengajaran Guru Matematik dalam Bahasa Inggeris
No.
Item Pernyataan
Maklumbalas Responden
STS TS TP S SS
12
Kaedah pengajaran dalam Bahasa
Inggeris yang digunakan oleh guru
mudah difahami.
13
Guru menggunakan pelbagai
pendekatan pengajaran dalam
Bahasa Inggeris.
14 Guru menggunakan Bahasa Inggeris
sepenuhnya semasa mengajar.
15 Guru menggunakan Bahasa Inggeris
yang mudah difahami.
16
Guru memberi penerangan dalam
Bahasa Inggeris apabila saya
menghadapi sebarang masalah
dalam pembelajaran Matematik.
17 Guru akan mengulang kembali isi
pelajaran jika saya tidak faham.
18 Guru bercakap dalam Bahasa
Inggeris dengan spontan.
(Adaptasi daripada “Muz-Zammil dan Norhawani” dari Universiti Teknologi Malaysia)
25
10.2 SOALAN TEMU BUAL
1. Adakah guru menggunakan Bahasa Inggeris Semasa Mengajar Matematik?
2. Adakah guru lancar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris?
3. Bagaimakah hubungan komunikasi antara guru dengan murid dalam kelas Matematik?
4. Apakah pandangan guru matematik mengenai pelaksanaan PPSMI di sekolah?
5. Apakah pandangan guru mengenai pelaksanaan MBMMBI di sekolah?
6. Adakah guru menggunakan Laptop dan LCD semasa mengajar dalam kelas?
7. Adalah guru menggunakan makmal matematik di sekolah?
8. Adakah guru menggunakan buku teks semasa mengajar?
9. Adakah guru menggunakan myCD dalam membantu pengajaran dan pembelajaran?
10. Adakah guru menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) seperti carta dalam membantu
meningkatkan kefahaman murid?
11. Adakah guru menggunakan komputer dalam menjadikan Matematik lebih menarik?
12. Apakah pandangan guru Matematik sekiranya kelas Matematik tidak menggunakan papan
hitam?