80
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117) 1.0 PENGENALAN Dalam kehidupan sehari-harian, kita menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan untuk berkomunikasi dengan orang di sekeliling kita. Bahasa menjadikan urusan kita menjadi mudah dan tanpa bahasa, kita tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain bagi menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengalaman, pengetahuan, mendapatkan informasi dan menambahkan ilmu pengetahuan serta memahami orang lain di sekeliling kita. Tanpa bahasa siapalah kita, kerana bahasa melambangkan bangsa. Secara formalnya, pembelajaran bahasa berlaku di sekolah. Pendidikan menjadi wadah utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan penguasaan bahasa adalah lebih ketara dalam bidang pendidikan yang penuh dengan cabaran ini. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Ini jelas dibuktikan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dan sekolah menengah. Aspek- aspek kemahiran bahasa amatlah ditekankan melalui aktiviti-aktiviti dan kemahiran yang dilaksanakan oleh guru-guru. Objektifnya ; untuk memastikan setiap pelajar dapat menguasai kebolehan mendengar, bertutur, membaca dan menulis dengan baik dan lebih mantap bagi melahirkan barisan generasi baru yang celik ilmu selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang demikian, sudah tentu sekali guru bahasa Melayu memainkan peranan yang penting bagi menggalas tanggungjawab menyampaikan pengajaran bahasa dengan berkesan agar pelajar dapat menguasai bahasa dengan baik. Guru juga menjadi medium penentu kejayaan pelajar dalam penguasaan bahasa. Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt dan Ab. Rahim Selamat (1997) menggariskan empat peranan guru bahasa Melayu iaitu sebagai perancang pengajaran dan pembelajaran; penggerak dan pendorong pengajaran dan pembelajaran; pembimbing murid; dan pemupuk semangat dan pembentuk sahsiah murid. Justeru, pembentukan guru-guru bahasa yang dikehendaki dan dapat melaksanakan peranan dan tanggungjawab seperti yang disebutkan hendaklah bermula daripada peringkat institut. Guru-guru pelatih hendaklah didedahkan dengan pelbagai kaedah pengajaran bahasa yang sesuai untuk diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran apabila mereka sudah 1

kaedah pengajran BMSR

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tugasan kerja kursus bmm3117 pismp sem 1

Citation preview

Page 1: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

1.0 PENGENALAN

Dalam kehidupan sehari-harian, kita menggunakan bahasa sebagai alat

perhubungan untuk berkomunikasi dengan orang di sekeliling kita. Bahasa menjadikan

urusan kita menjadi mudah dan tanpa bahasa, kita tidak dapat berkomunikasi dengan

orang lain bagi menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah

fikiran, pengalaman, pengetahuan, mendapatkan informasi dan menambahkan ilmu

pengetahuan serta memahami orang lain di sekeliling kita. Tanpa bahasa siapalah kita,

kerana bahasa melambangkan bangsa.

Secara formalnya, pembelajaran bahasa berlaku di sekolah. Pendidikan menjadi

wadah utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan

penguasaan bahasa adalah lebih ketara dalam bidang pendidikan yang penuh dengan

cabaran ini. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Ini jelas

dibuktikan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dan sekolah

menengah. Aspek-aspek kemahiran bahasa amatlah ditekankan melalui aktiviti-aktiviti

dan kemahiran yang dilaksanakan oleh guru-guru. Objektifnya ; untuk memastikan

setiap pelajar dapat menguasai kebolehan mendengar, bertutur, membaca dan menulis

dengan baik dan lebih mantap bagi melahirkan barisan generasi baru yang celik ilmu

selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Oleh yang demikian, sudah tentu sekali guru bahasa Melayu memainkan

peranan yang penting bagi menggalas tanggungjawab menyampaikan pengajaran

bahasa dengan berkesan agar pelajar dapat menguasai bahasa dengan baik. Guru

juga menjadi medium penentu kejayaan pelajar dalam penguasaan bahasa. Ab.

Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt dan Ab. Rahim Selamat (1997) menggariskan empat

peranan guru bahasa Melayu iaitu sebagai perancang pengajaran dan pembelajaran;

penggerak dan pendorong pengajaran dan pembelajaran; pembimbing murid; dan

pemupuk semangat dan pembentuk sahsiah murid.

Justeru, pembentukan guru-guru bahasa yang dikehendaki dan dapat

melaksanakan peranan dan tanggungjawab seperti yang disebutkan hendaklah

bermula daripada peringkat institut. Guru-guru pelatih hendaklah didedahkan dengan

pelbagai kaedah pengajaran bahasa yang sesuai untuk diaplikasikan di dalam

pengajaran dan pembelajaran apabila mereka sudah bergelar guru suatu hari nanti.

1

Page 2: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Oleh itu, pelaksanaan kursus Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

( BMM 3117 ) adalah satu usaha yang amat berguna kepada setiap guru pelatih bagi

mempersiapkan bekalan mereka untuk mengajar anak-anak murid pada masa akan

datang.

Dalam tugasan kerja kursus projek Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah

rendah ini, mengenalpasti teori-teori huraian dan pemerolehan bahasa, definisi dan

konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang menarik dalam pengajaran

bahasa serta menyediakan satu penyediaan Rancangan Pengajaran Harian.

Rancangan Pengajaran Harian hendaklah disediakan dengan mengambilkira

pendekatan, kaedah dan teknik yang menarik untuk diaplikasikan dalam satu sesi

pengajaran selama 60 minit. Objektif tugasan ini adalah termasuk dalam modul

pembelajaran kursus Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini.

2.0 TEORI-TEORI HURAIAN BAHASA

Pengajaran bahasa merupakan tugas amali yang kompleks. Hal ini kerana ianya

digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran.

Dalam mendefinisikan bahasa, para ahli linguistik telah memberi pandangan yang

berbeza-beza berdasarkan kajian yang telah mereka lakukan. Tiap-tiap mereka telah

mentakrifkannya dengan susunan perkataan dan ayat yang berlainan. Walau apa pun

yang telah diperkatakan oleh tiap-tiap definisi itu, dapatlah dikatakan bahawa konsep

tatabahasa itu merupakan satu set peraturan yang terdapat dalam sesuatu bahasa.

Terdapat empat teori huraian bahasa yang telah digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran iaitu teori tradisional (Panini), teori analisis struktural (Bloomfield), teori

analisis transformasi-generatif (Chomsky) dan teori fungsional (Halliday).

2

Page 3: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

2.1 Teori tradisional ( Panini )

Teori huraian bahasa yang pertama yang akan dibincangkan ialah teori

tradisional yang dikonsepsikan oleh Panini bermula pada sejak zaman silam Yunani

iaitu abad ke-5 S.M. Tatabahasa pd masa ini adalah salah satu cabang falsafah yg

membantu ahli falsafah mengkaji tabii alam. Teori ini kemudiannya berkembang ke

Eropah pada zaman pertengahan dan seterusnya meresap ke dalam beberapa bahasa

lain. Huraian tatabahasa yang dibuat oleh ahli-ahli falsafah Yunani ini adalah

berasaskan logika. Plato (429-437 S.M) telah membahagikan golongan kata kepada

dua iaitu kata nama dan perbuatan. Pembahagian ayat adalah berdasarkan fungsi

bahagian ayat tersebut. Ayat didefinisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran

yang lengkap. Susunan ayat dibuat bertujuan untuk menempatkan bahagian-bahagian

ayat yang berhubung antara satu sama lain. Bahagian-bahagian itu dikenali sebagai

subjek, predikat, objek dan keterangan. Istilah-istilah seperti aktif, pasif, transitif juga

wujud sebagai akibat kecenderungan untuk mencari kenyataan dan hubungan logika

dalam ayat.

Tatabahasa tradisional dikatakan bersifat nasional iaitu pendirian yang

menganggap ada kategori-kategori bahasa yang universal dan kategori ini dijadikan

asas penggolongan kata dan sebagainya. Di samping itu juga, teori ini dikatakan tidak

mempunyai ‘theoretical framework’ yang memuaskan. Secara ringkasnya teori

tradisional boleh disimpulkan dengan bersifat nasional dan tidak mengikut konsep

formal atau struktur, terdapat campur aduk antara kategori semantik dengan nahu, tidak

mempunyai pola morfologi atau sintaksis tetap yang boleh digunakan sebagai dasar

untuk menerbitkan pelbagai struktur, tidak mempunyai pemeringkatan atau pemilihan

bahan sama ada gramatikal atau leksikal, berasaskan yang mudah atau yang kompleks

serta kekerapan dan kenyataan butir-butir yang hendak diajar. Dalam teori tradisional

ini, ayat-ayat dibina dengan menggunakan konsep ‘word building’ manakala dalam

menghuraikan bahasa, tatabahasa tradisional bersifat preskriptif, humanistik dan

normatif.

Terdapat juga ciri-ciri tertentu tentang huraian bahasa yang dibuat oleh ahli-ahli

bahasa tradisional. Ahli bahasa zaman ini berpendapat bahawa bahasa dapat

3

Page 4: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

dihuraikan berasaskan tatabahasa sejagat yang berasaskan tatabahasa Yunani dan

Latin. Mereka juga menganggap bahawa bahawa bahasa-bahasa yang terbit di dunia

ini merupakan variasi daripada kedua-dua bahasa tersebut.

Selain daripada itu, teori ini tidak mementingkan pemilihan dan pemeringkatan

bahan-bahan pengajaran sama ada bahan-bahan itu gramatik atau leksikon; iaitu

daripada yang mudah kepada yagn lebih rumit. kekerapan dan kebolehan pengajaran

Bahasa menurut teori ini pula adalah suatu organisma iaitu ia hidup dan berubah.

Manakala, bahasa adalah tulisan dan rakaman bahasa dalam bentuk tulisan adalah

bentuk yang tulen dan percakapan merupakan kedua terpenting. Bahasa juga adalah

konvensional, dicipta, dinamik, progresif, dan beragaman mengikut tujuan dan objektif

penggunaannya.

Di samping itu, huraian bahasa pula tidak dibuat berasaskan unsur-unsur

struktural yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Sebaliknya bahasa dibuat berasaskan

anggapan disiplin lain yang tidak ada kaitan dengan bahasa, contohnya falsafah, logik,

epistomologi dan lain-lain. Contohnya dalam huraian tatabahasa bahasa Melayu dibuat

berasaskan tatabahasa tradisional ialah kata nama am. Menurut Pelita Bahasa Melayu

Penggal 1, 1954 halaman 83, kata nama am didefinisikan sebagai;

‘...... nama yang dipakai bagi menyebut segala benda yang sejenis

(satu aneka) asalkan sama keadaannya dan sifatnya seperti budak,

negeri, kitab.....’

Huraian di atas berbentuk tanggapan, tetapi huraian kata sifat pula berasaskan

fungsi.

..... segala perkataan yang menerangkan atau menunjukkan sifat

sesuatu nama atau perbuatan atau lain-lainnya seperti besar, bodoh,

pandai, segera, selalu.....

(Pelita Bahasa Melayu, Penggal 1, 1954:72)

4

Page 5: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Kategori tatabahasa ini dirumuskan kepada tiga fungsi iaitu;

i. Kategori utama iaitu golongan kata,

ii. Kategori-kategori sampingan- kala,mood,kasus infleksi, gender dan

sebagainya dan

iii. Kategori-kategori tugas- subjek, predikat, objek dan sebagainya.

Plato (429-397SM) mengemukakan golongan kata itu dibahagikan kepada dua

bahagian iaitu; nama dan perbuatan. Nama ialah kata yg mempunyai fungsi sebagai

subjek dalam ayat manakala perbuatan merupakan kata yang dapat memberikan

gambaran tindakan. Ahli falsafah juga mentafsirkan ayat sebagai ucapan yang

mengandungi fikiran yang lengkap.

Tatabahasa tradisional telah melahirkan analisa tradisional yang bersifat

preskriptif iaitu bertujuan menetapkan peraturan untuk penggunaan yang betul. Ia

mengutamakan pelajar menghafaz peraturan tersebut. Dari segi analisa ayat pula, ia

mementingkan penjenisan kata. Deskriptif menekankan morfologi dan pembinaan

perkataan manakala preskripsi struktur dan bentuk mestilah dielakkan.

Pada keseluruhannya kajian-kajian ahli bahasa tradisonal adalah bersifat

deduktif yang mengutamakan pembentukan hukum-hukum sesuatu bahasa. Mereka

juga telah membentuk tatabahasa normatif yang mengandungi hukum-hukum

bahasa yang mesti dikuasai oleh pelajar-pelajar supaya mereka dapat menggunakan

bahasa dengan betul.

2.2 Teori Stuktural ( Bloomfield )

Sejarah pertumbuhan tatabahasa struktural ini sering dikaitkan dengan

tumbuhnya linguistik empiris yang dianggap sebagai linguistik ilmiah di Amerika pada

tahun 1930-an yang kemudiannya berkembang luas kira-kira antara tahun 1940-an

5

Page 6: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

hingga 1950-an. Pelopor utama teori ini ialah Leonard Bloomfield yang terkenal dengan

bukunya yang bertajuk Language (1933). Pada zaman itu, buku ini didapati paling baik

dalam menghuraikan ilmu linguistik. Justeru, buku ini dianggap sebagai ‘Bible of

Amrican Linguistics’.

Teori linguistik yang telah dikemukakan oleh Bloomfield ini kemudiannya

merebak ke Eropah. Pengaruh Bloomfield ke atas linguistik di Amerika dan Eropah

amat kuat sehinggakan dalam tempoh beberapa tahun setelah terbitnya buku

Language itu, Bloomfield telah menjadi pakar rujuk dalam kajian bahasa yang paling

berjaya dalam menghuraikan bahasa yang pernah dibuat pada zaman tersebut.

Aliran struktur ini juga dikenali dengan nama ‘taxonomic’ atau ‘Bloomfieldian’. Ia

muncul sebagai tentangan kepada cara-cara penyelidikan yang dijalankan oleh aliran

tradisional.Teori analisis struktural ini merupakan teori yang bertentangan dengan cara

penyelidikan yang dibuat oleh aliran tradisional. Perkara yang ditentang kuat oleh

mereka ialah dasar nasional yang digunapakai oleh para ahli bahasa aliran tradisional

untuk membentuk kategori-kategori bahasa dan pegangan bahawa semua bahasa

mempunyai kategori universalnya. Antara ahli-ahli bahasa yang menganuti aliran ini

ialah de Saussure, Bloomfield, Otto Jespherson, Harris dan lain-lain lagi.

Aliran struktural mengkaji bahasa sebagai lambang-lambang pertuturan. Data-

datanya terdiri daripada bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan oleh penutur asli

daripada bahasa yang hendak diselidiki. Tujuannya ialah untuk membuat kenyataan am

yang berkaitan dengan stuktur-struktur pada data ini dan ia akan mengkaji kenyataan-

kenyataan am berasaskan data itu sahaja. Mereka menggunakan istilah bahasa bagi

merujuk kepada sistem yang diandaikan dn ujaran (speech) untuk merujuk kepada

ucapan yang dikeluarkan oleh penutur asli.

Aliran ini juga mengkaji bahasa secara deskriptif dan menganggap bahasa

sebagai satu sistem bunyi pertuturan yang arbitari iaitu berkaitan dengan sifat bahasa

yang menunjukkan tiadanya kepadanan fizikal yang semula jadi antara bentuk bahasa

6

Page 7: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

dengan entiti sebenar untuk menyatakan sesuatu objek, keadaan atau konsep. Ia juga

digunakan dalam perhubungan manusia dan kajiannya bersifat saintifik dan empirikal.

Tegasnya, huraian bahasa menurut teori ini adalah semata-mata berdasarkan fakta

yang tidak dilihat. Jadi pendekatan yang digunakan bagi ahli-ahli teori ini ialah

pendekatan deduktif. Manakala bahasa yang dianalisis adalah bahasa lisan.

Huraian tatabahasa struktural bersifat formal dan tidak mengambil kira kategori

psikologi, logika dan metafizik. Peringkat tatabahasa bermula daripada bunyi dan diikuti

oleh morfem, frasa, klausa dan ayat serta unsur supra segmental. Penggolongan kata

yang dibuat berasaskan distribusi dan fungsi setiap unit linguistik. Kata dibahagikan

mengikut kelas. Ayat dipecahkan mengikut konstituen. Konstituen yang paling kecil

ialah perkataan, diikuti oleh frasa, klausa, subjek dan predikat.

Terdapat pelbagai cara boleh digambarkan bagi mununjukkan hubungan

konstituen dalam sesuatu konstruksi salah satunya ialah mengikut Fries, dalam

bukunya yang berjudul The introduction to the Construction of English Sentences, 1957,

beliau telah menggunakan ‘hierarchical bracketing’. Nida pula menggunakan lambang

anak panah dan pangkah untuk menandakan hubungan yang tertentu antara bahagian

dalam ayat. Manakala menurit Nelson Francis pula beliau menggunakan ‘Chinese box’

untuk menjelaskan maksud tersebut.

Antara ciri-ciri tatabahasa struktur ialah;

i. Tatabahasa struktur membuat kajian bahasa secara objektif yang padanya

penggolongan kata dan peraturan-peraturan kajiannya berasaskan analisis

struktur yang terdapat pada fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam hal ini, ia

telah menunjukkan bagaimana filtur-filtur bahasa yang penting berkait antara

satu sama lain.

ii. Ia hanya melibatkan fakta-fakta bahasa yang dapat dilihat sahaja dan tidak

melibatkan faktor-faktor yang bukan linguistik serta perkara-perkara yang

tidak dapat diamati.

iii. Ia menghindarkan faktor-faktor yang berkaitan dengan psikologi, logika dan

metafizikal.

7

Page 8: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

iv. Tatabahasa struktur membezakan pelbagai peringkat analisis seperti

peringkat morfologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu

dapat digolongkan dalam kelas kata tertentu tetappi pada peringkat sintaksis

penentuan kelas itu harus dibuat dengan berdasarkan pada kedudukannya

dalam ayat.

v. Ia mengkaji semua ujaran dengan maksud untuk meghuraikan ciri-ciri bentuk

lain yang berbeza.

vi. Teori penguasaan dan pembelajaran bahasanya berdasarkan teori psikologi

aliran behaviurisme.

vii. Tidak mementingkan makna dalam analisis bahasa.dengan kata lain

kajiannya bersifat formal.

viii. Tumpuan aliran ini adalah semata-mata kepada struktur permukaan ( surface

structure ) iaitu penganalisisan yang memecahkan bahagian-bahagian dalam

sesuatu ayat kepada konstituen-konstituennya, iaitu sintaksis dihurai

berdasarkan konstituen terdekat.

Aliran struktural menggunakan hubungan terdekat untuk menganalisis ayat atau

sintaksis. Mereka menganggap bahawa ayat atau binaan sintaksis merupakan suatu

konstruksi. Teori ini membuat kajian tentang bahasa secara objektif dengan membuat

penggolongan kata dan peraturan-peraturan kajiannya berasaskan analisis struktural

yang terdapat pada aspek fonologi, morfologi, dan sintaksis. Secara ringkasnya teori ini

boleh disimpulkan sebagai satu teori yang hanya menyatakan fakta-fakta bahasa yang

dapat dilihat sahaja, tidak melibatkan faktor-faktor bukan linguistik dan perkara-perkara

yang tidak diamati, membezakan pelbagai peringkat analisis, mengkaji semua bentuk

ujaran dengan maksud menghuraikan ciri-ciri bentuk lain yang berbeza dan tidak

mementingkan makna dalam analisis bahasa.

8

Page 9: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

2.3 Teori Transformasi-Generatif ( Chomsky )

Dipelopori oleh Noam Chomsky dari Massachussetts Institute of Technology,

USA. Ia bermula pada tahun 1957 dengan terbitnya sebuah buku berjudul ‘Syntactic

Structures’ . Sejak tahun 1957 banyak perubahan yang berlaku pada teori Transformasi

Generatif sehinggalah terbitnya sebuah lagi buku Noam Chomsky yang bertajuk

Aspect of the Theory of Syntax (1965). Peringkat perkembangan pertama teori ini

dikonsepsikan pada tahun 1957 dengan menggunakan Model Teori Struktur

Sintaksis yang terdiri daripada rumus struktur frasa, tranformasi dan fonologi.

Peringkat kedua, menggunakan Extended Standard Theory ( EST ) yang terdiri

daripada komponen sintaksis, semantik dan fonologi. Perbezaan antara kedua-duanya

ialah pada semantik.

Perbezaan kedua-dua peringkat ini terletak pada semantik. Disinilah timbulnya

Selectional Rules dan Strict Sub-Categorization Rules bergantung kepada konsep

nahu. Selectional Rules menghuraikan kehadiran kata semata-mata berdasarkan

perhubungan kata, sementara Strict Sub-Categorization Rules bergantung kepada

konsep nahu.

Teori ini menyatakan bahawa seseorang penutur asli suatu bahasa mempunyai

kecekapan bebahasa yang dikenali sebagai(competence). Keadaan ini ditafsirkan

sebagai mengandungi satu set rumus yang sifatnya explisit. Dengan adanya set rumus

ini membantu penutur asli membentuk serta memahami berbagai ayat dalam

bahasanya. Penutur asli boleh membezakan berbagai jenis struktur ayat, boleh

mengenali sama ada ayat itu gramatis atau tidak, boleh membentuk, mengenali dan

memahami ayat yang terkira jumlahnya. Kebolehan ini dikaitkan dengan persepsi intuitif

seorang penutur terhadap sesuatu yang disebut sebagai struktur dalaman. Melalui

struktur dalaman ini, penutur asli boleh mengenali ayat yang berprafrasa dan ayat yang

punyai unsur ketaksaan. Ayat berprafrasa terdiri daripada dua ayat yang berlainan

struktur permukaannya, tetapi mempunyai struktur dalaman yang sama.

Contohnya;

9

Page 10: kaedah pengajran BMSR

Struktur dalamanRumus Struktur Frasa

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

a) anjing mengejar kucing

b) kucing dikejar anjing

Kedua-dua ayat di atas mempunyai pengertian yang sama. Oleh itu ia

dinamakan sebagai ayat yang berprafrasa. Ayat yang mempunyai unsur ketaksaan

ialah ayat yang mempunyai satu struktur permukaan tapi mempunyai dua atau lebih

struktur dalaman. Contohnya :

a) Ibu kepada Cong,iaitu nenek Ali telah mati.

b) Kedua ibu dan bapa Cong telah mati.

Teori ini mengandaikan terdapat dua peringkat struktur ayat iaitu struktur

dalaman dan struktur permukaan. Ia juga mengandaikan rumus tatabahasa menjadi

sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa bagi seseorang individu. Fonologi

menentukan representasi fonetik untuk sesuatu ucapan manakala semantik merujuk

representasi semantik. Antara kedua-dua ini, wujud sintaksis tatabahasa. Ciri-ciri

tatabahasa tranformasi-generatif adalah berasaskan teori psikologi koda kognitif yang

termasuk dalam aliran mentalis. Aliran ini mempercayai bahawa pembelajaran dan

penguasaan bahasa merupakan proses mental yang bertunggakkan Alat Pemerolehan

Bahasa (LAD). Dalam melakukan huraian terhadap bahasa, teori ini menggunakan

sistem rumus. Sistem ini melibatkan penggunaan dua set peraturan sintaksis iaitu

peraturan frasa dan transformasi. Teori ini mementingkan semantik dalam

menghasilkan kajian dan menganalisis bahasa berasaskan ciri-ciri rasional.

Leksikal

Rajah 1.1 Komponen Sintaksis

10

Rumus transformasi

Struktur permukaan

Reprensentasi semantik

Komponen fonologi

Komponen semantik

Reprensentasi fonetik

Page 11: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Dalam rajah di atas, komponen fonologi menentukan representasi fonetik untuk suatu

ucapan, komponen semantik merujuk kepada representasi semantik. Antara kedua-dua

ini terdapat apa yang disebut sebagai komponen sintaksis tatabahasa. Oleh sebab itu,

bunyi dan makna adalah berkaitan melalui peraturan sintaksis yang berkait dengan

struktur dalaman yang bertindak sebagai input kepada peraturan semantik dan struktur

prmukaan bertindak sebagai input kepada peraturan fonologi.

Rumus struktur frasa berfungsi melahirkan rajah-rajah pohon yang menunjukkn

hubungn gramatis (subjek,predikat,objek dan lain-lain) antara berbagai kata yang

terdapat pada sesuatu ayat dasar. Berdasarkan penulisan buku oleh Juriah Long, et al.

(1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia, menyatakan bahawa analisis

bahasa yang dijalankan oleh ahli-ahli linguistik transformasi generatif bertujuan untuk

membentuk rumus-rumus yang lengkap berdasarkan kecekapan bahasa penutur naif.

Pendekatan yang digunakan oleh ahli-ahli teori ini pula ialah bersifat deduktif dan ‘kaji

diri’. Tegasnya, teori ini tidak menghasilkan kaedah pengajaran yang dapat diubah

untuk dijadikan teknik pengajaran.

2.4 Teori Fungsional ( Halliday )

Muncul dan berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-an. Tokoh yang terlibat

ialah Halliday, Wilkins, Widdowsondan Candlin. Menumpukan fungsi bahasa sebagai

alat untuk komunikasi dan melihat kepentingan sistem bahasa. Halliday berpendapat

dalam bukunya yang berjudul Journal of Linguistic,3, 1967 bahawa bahasa digunakan

untuk melahirkan fikiran, perasaan dan pendapat serta memperlihatkan status sosial

penutur bahasa dalam masyarakat.

Elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukan hubungan sintaksis.

Halliday menghuraikan unsur dalaman berdasarkan fungsi struktur tersebut sebagai

alat untuk berkomunikasi. Fungsi setiap unsur yang terdapat dalam struktur bahasa

diinterprestasikan berdasarkan aspek semantik. Beliau cuba mengkaji sumbangan

11

Page 12: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

bahasa kepada manusia dan bagaimana manusia dapat mencapai maksud melalui

pendengaran, pertuturan, membaca dan menulis.

Ahli bahasa fungsionalis menyatakan sistem tatabahasa dan fungsi bahasa ialah

dua perkara yang diutamakan. Pengajaran harus dapat memberi pengetahuan kepada

pelajar tentang sistem tatabahasa atau prinsip struktur bahasa yang dipelajari.

Penggunaan variasi bahasa yang pelbagai dapat meningkatkan tahap kemahiran

berbahasa pelajar.

Halliday merupakan salah seorang ahli teori Fungsionalis. Beliau telah

menghuraikan pengajaran dan pembelajaran bahasa berdasarkan fungsi-fungsi

tertentu. Dalam buku Exploration In The Functions of Language, beliau telah

mengemukakan lima aspek perbincangan tentang fungsi bahasa iaitu Model bahasa

yang sesuai mencadangkan interprestasi fungsional kepada perkembangan bahasa

awal kanak-kanak apabila mereka mula belajar bahasa. Fungsi instrumental dan fungsi

kebiasaan menunjukkan bahawa mereka sedang belajar makna bahasa dan potensi

makna yang dibina untuk mengukur kebolehan berbahasa.

Aspek perbincangan beliau yang kedua ialah beliau menghubungkan fungsi

perkembangan bahasa kanak-kanak dalam menguasai aspek pengajaran dan

pembelajaran bahasa daripada penjaganya sendiri, dengan teori fungsional orang

dewasa. Selain itu beliau juga mencadangkan supaya interprestasi fungsional bahasa

dalam konteks signifikan dilakukan berdasarkan arah sosial dan perubahan sosial yang

berlaku. Faktor fungsionalis dalam proses sosialisasi dapat memberikan kanak-kanak

menggunakan bahasa secara efektif.

Bagi ahli – ahli fungsionalis, pengajaran bahasa adalah bertujuan untuk memberi

pengetahuan kepada pelajar tentang prinsip struktur bahasa yang merangkumi bidang

tatabahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan laras bahasa. Pelajar

akan dapat mempraktikkan pengetahuan mereka tentang prinsip tersebut dalam

kehidupan seharian mereka atau dalam sebarang situasi sosial melalui pengajaran

bahasa. Berikut merupakan ciri-ciri penting teori fungsionalis ;

12

Page 13: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

i. Sistem bahasa bukan satu sistem yang statik atau tertutup sifatnya tetapi

sistem itu bertenaga dan terbuka.

ii. Perkara dasar yang ditekankan dalam struktur bahasa ialah semantik dan

bukan hubungan-hubungan sintaksis.

iii. Terdapat kepelbagaian di dalam bahasa semasa bahasa dituturkan.

iv. Bahasa sebagai alat untuk berhubung, melahirkan pendapat dan

menyatakan perasaan dan dapat menggambarkan watak dan peribadi

penuturnya.

2.5 Banding Beza Teori-Teori Huraian Bahasa

2.5.1 Banding Beza Dari Aspek Tokoh

Rajah 1.2 Perbezaan teori huraian bahasa dari aspek tokoh

13

Chomsky Halliday &Wilkins

Bloomfield Panini

Tradisional

Struktural

Transforasi -

Generatif

Fungsional

Page 14: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

2.5.2 Banding Beza Dari Aspek Ciri-Ciri

Rajah 1.3 : Perbezaan Ciri Teori Huraian Bahasa

2.5.3 Banding Beza Dari Aspek Ciri-Ciri

Rajah 1.4 : Perbezaan Ciri Teori Huraian Bahasa

14

TradisionalBersifat nasional dan tidak mengikut konsep formal / struktur.

StrukturalKajian bahasa secara objektif

FungsionalElemen dalam struktural bahasa adalah semantik dan bukan hubungan sintaksis.

Transformasi - GeneratifBerasaskan teori psikologi kod-kognitif yang terdapat dalam aliran mentalis.

TradisionalSetiap bahasa ada hubungan dengan bahasa induk.

StrukturalBersifat pertuturan, bersistem, arbitrari dan untuk perhubungan

Transformasi - GeneratifBersifat sejagat & kreatif

Fungsional Terdiri daripada 3 fungsi iaitu idea, interpersonal, tekstual.

Page 15: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

2.5.4 Banding Beza Dari Aspek Kajian Bahasa

Rajah 1.5 : Perbezaan Kajian Teori Huraian Bahasa

2.5.5 Banding Beza Dari Aspek Kajian Bahasa

Rajah 1.6 : Perbezaan Kajian Bahasa Teori Huraian Bahasa

15

TradisionalBersifat Deduktif Struktural

Mengkaji lambang pertuturan dan pentingkan fakta yang

dilihat.

Transformasi - GeneratifBahasa adalah sistem

tentang rumus bahasa dan pengetahuan bahasa adalah

fenomena mental.

Fungsional Fungsi sosial

penting dalam

pembentukan sistem bahasa.

KAJIAN BAHASA

bentuk-bentuk tulisan

Tradisional

Fonem, morfem serta kaitan antara morfem, fonem dan ayat.

Struktural

Mengkaji komponen sintaksis, semantik dan fonologi.

Transformasi - Generatif

Perubahan yang berlaku struktural ketika seseorang berkomunikasi

Fungsional

Page 16: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

3.0 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Psikolinguistik adalah gabungan dua perkataan iaitu psikologi dan linguistik

merupakan dua disiplin ilmu yang berlainan dan dapat berdiri sendiri walaupun terpisah

di antaranya. Bidang ini memperlihat pertalian antara penguasaan bahasa yang ditinjau

dari sudut psikologi yang mempengaruhi seseorang dalam proses penguasaan bahasa.

Berdasarkan buku Pengajian Melayu 1, 1997:75, menurut pandangan Lado

(1976), Psikolinguistik adalah pendekatan gabungan melalui psikologi dan linguistik

bagi kajian pengetahuan bahasa, bahasa dalam pemakaian, perubahan bahasa dan

lain-lain yang berkaitan dengannya yang tidak mudah dicapai atau didekati melalui

salah satu daripada kedua ilmu tersebut secara terpisah atau tersendiri.

Justeru, dapat disimpulkan bahasa pencapaian terhadap sesuatu tidak akan

berlaku sekiranya salah satu daripada kedua-dua ilmu sahaja digunakan sebaliknya

haruslah menggunakan kedua-dua disiplin ilmu tersebut walaupun setiap satunya

maampu berdiri dengan sendiri.

Penulisan daripada buku Pengajian Melayu 1, 1997:75, menghuraikan pendapat

yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikolinguistik seperti C.F. Miller (1964), Slobin (1974)

dan Slama-Cazaku (1973) menyatakan bahawa psikolinguistik sebagai satu ilmu yang

cuba menghuraikan proses-proses psikologi yang terjadi apabila seseorang

mengucapkan ayat-ayat dan memahami ayat-ayat yang didengarnya pada waktu

berkomunikasi dan bagaimana kebolehan itu diperoleh manusia.

Berdasarkan kepada pendapat yang dikemukakan oleh tokoh tersebut, satu

kajian berkaitan kebolehan seseorang manusia yang berlaku apabila seorang penutur

itu bertutur dan mendengar serta memahami pertuturan itu. Selain itu, Garnham (1985)

berpendapat bahawa:

16

Page 17: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

…psikolinguistik adalah kajian tentang mekanisme-mekanisme

mental yang membolehkan manusia menggunakan bahasa. Disiplin ini

merupakan disiplin saintifik yang matlamatnya untuk mencapai satu teori

yang koheren tentang cara bahasa dihasilkan dan difahami.

Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa Garnham cuba mencari penyelesaian

bagaimana mekanisme mental manusia berfungsi bagi membolehkan individu itu

menggunakan bahasa dan pada masa yang sama menterjemahkan dan memahami

bahasa yang dituturkan.

Bidang psikolinguistik telah meluasi implikasi-implikasi psikologi terhadap bidang

lain, daripada fonetik akustik hingga ke bidang patologi dan lain-lain. Sebagai

perkembangan terakhir kepada transformasi-generatif, kajian tentang cara-cara

penguasaan bahasa oleh kanak-kanak adalah antara bidang dan minat yang terpenting

dalam disiplin ini. Disebabkan skop tumpuan psikolinguistik adalah terhadap

pemerolehan bahasa di samping pembelajaran dan pengajaran bahasa, masalah-

masalah dalam pengajaran bahasa telah banyak dicuba untuk diselesaikan melalui

kajian-kajian psikolinguistik. Secara tidak langsung, sumbangan psikolinguistik dalam

pengajaran bahasa tidak sepatutnya dinilai berdasarkan teori-teori pengajaran bahasa

sahaja, malah dilakukan terhadap teori pembelajaran dan pemerolehan bahasa juga.

Kajian mengenai bagaimana manusia memperoleh bahasa terangkum dalam

disiplin psikolinguistik. Berdasarkan kajian secara empirical, terdapat dua teori utama

yang mengutarakan bagaimana manusia memperoleh bahasa. Teori pertama

menyatakan bahawa bahasa diperoleh manusia secara behaviouris atau mekanis

sementara teori yang kedua pula dikenali sebagai teori kognitif atau mentalis. Selain itu,

teoriinteraksional juga tidak kurang pentingnya serta mempengaruhi pendekatan

pengajaran dan pembelajaran bahasa. Justeru, seseorang guru bahasa wajar

mengetahui teori-teori dan proses pemerolehan dan pembelajaran bahasa agar dapat

menyampaikan pengajaran secara berkesan.

17

Page 18: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Pemerolehan bahasa ditakrifkan sebagai pengusaan bahasa oleh seseorang

tanpa disedari atau dipelajari secara langsung. Seseorang itu tidak mendapat

pendidikan secara formal untuk mempelajari sesuatu bahasa tetapi menmperolehnya

daripada bahasa yang diucapkan oleh ahli-ahli masyarakat di persekitarannya. Proses

pemerolehan bahasa berlaku dengan aktifnya pada kanak-kanak dalam lingkungan

umur dua hingga enam tahun. Hasil penyelidikan mendapati bahawa pemerolehan

bahasa yang paling kritikal di kalangan kanak-kanak adalah adalah antara umur satu

hingga lima tahun (Awang Mohamad Amin, 1979). Seandainya jangka masa ini

terlangkau, perkembangan bahasa kanak-kanak akan terhalang. Ahli-ahli psikolinguistik

bersependapat bahawa kanak-kanak akan mengalami kesukaran untuk menguasai

bahasa secara pemerolehan sesudah umur 13 tahun.Sebaliknya, kanak-kanak akan

lebih cenderung menguasai bahasa melalui proses pembelajaran yang berat. Mutu

bahasa yang diperoleh oleh kanak-kanak pada masa itu bergantung kepada bahasa

yang mula-mula didedahkan kepadanya. Namun, ini tidak bermakna orang dewasa

tidak memperoleh bahasa, tetapi pada kadar yang lebih perlahan berbanding dengan

kanak-kanak (Krashen dan Terrell, 1983).

Pemerolehan bahasa pertama berlaku sejak manusia lahir lagi berbanding

pemerolehan bahasa kedua yang berlaku melalui pembelajaran sesuatu bahasa.

Bahasa pertama adalah bahasa kandung atau bahasa ibunda seseorang itu yang mula-

mula didengar, ditutur dan dikuasai oleh kanak-kanak.. Misalnya seseorang yang lahir

dalam sebuah keluarga yang berbangsa Melayu akan memperoleh bahasa pertamanya

iaitu Bahasa Melayu dan berlaku secara tidak sedar serta melibatkan pendedahan

terhadap input linguistik dalam persekitaran alamiah. Proses penguasaan bahasa

pertama terbahagi kepada peringkat fonologi iaitu pengeluaran bunyi dan

membiasakan diri dengan bunyi-bunyi bahasa yang didengar. Sementara peringkat

morfologi pula menggabungkan unit-unit bunyi agar menjadikan bunyi yang lebih

bermakna dan peringkat sintaksis pula menggabungkan morfem-morfem menjadi frasa

dan ayat yang bermakna.

Bahasa Kedua didefinisikan sebagai bahasa yang kedua yang dipelajari oleh

seseorang itu di samping bahasa kandung yang dia peroleh dan dipelajari untuk tujuan-

18

Page 19: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

tujuan tertentu serta berlaku secara formal berbanding pemerolehan bahasa pertama

yang berlaku secara tidak formal.

Brooks (1964), menyatakan bahawa:

‘Setiap orang yang bertutur telah menguasai bahasa ibundanya

melalui ajukan dan analogi tanpa sebarang pertolongan daripada analisa,

maka adalah wajar sebahagian daripada kebolehan ini akan menolongnya

dalam mempelajari bahasa asing.

(Pedagogi untuk Asas Pendidikan, 2003: 115)

Oleh itu, adalah wajar bagi seseorang untuk memahami bahasa baru yang

dipelajarinya misalnya seseorang yang dilahirkan dan dibesarkan dengan Bahasa

Melayu, Bahasa Melayu yang diperoleh itu adalah secara semulajadi dengan membuat

ajukan dan analogi tanpa pertolongan daripada analisa. Justeru, keadaan yang sama

juga boleh diaplikasikan ketika mempelajari baharu baharu sebagaimana cara yang

telah digunakan semasa mempelajari bahasa ibundanya.

Latih tubi menggalakkan kebolehan ini berfungsi. Sementara Chomsky pula

mengatakan ‘Mempelajari bahasa adalah satu proses menguasai dengan cara sedar

akan pola-pola fonologi, sintaksis dan leksikal satu-satu bahasa itu. Teori ini

menekankan kepentingan pemahaman murid akan struktur-struktur bahasa asing.’

Kekangan yang sering berlaku kepada bahasa kedua adalah kekurangan masa untuk

mempelajari bahasa tersebut serta bahasa tersebut tidak dapat dipraktikkan dengan

sepenuhnya. Pada masa yang sama, pembelajaran bahasa kedua ini adalah terhad

kepada tujuan-tujuan yang tertentu sahaja dan keinginan belajar bahasa kedua tidak

kuat walau sedar bahasa itu berguna.

Sebagaimana yang telah diterangkan, guru yang berkesan adalah guru yang

mempunyai pengetahuan tentang bagaimana proses pemerolehan atau pembelajaran

bahasa berlaku. Pendapat yang bertentangan tentang pemerolehan bahasa timbul

daripada dua teori yang utama iaitu teori behaviouris atau mekanis dan teori kognitif

19

Page 20: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

atau mentalis. Di samping itu, teori interaksional dan teori fungsional juga

mempengaruhi dalam proses pemerolehan bahasa.

3.1 Teori Behaviouris atau Mekanis

Teori ini menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa

daripada fenomena mental. Mereka yang sealiran dengan teori ini terdiri daripada ahli-

ahli bahasa seperti Bloomfield, Sapir, Boas, Fries dan Brooks. Sementara sarjana-

sarjana psikologi yang menyertai aliran ini adalah J.B. Watson, E.R. Guthrie, Edward L.

Thorndike, I.P. Pavlov dan B.F. Skinner. Golongan ini berpendapat bahawa

pemerolehan sesuatu lakuan terjadi melalui ulangan lakuan. Proses pengulangan amat

penting dalam pemerolehan bahasa. Misalnya sesuatu perkataan atau bentuk-bentuk

bahasa yang sering diulangi akan lebih cepat dipelajari oleh kanak-kanak. Dalam kajian

mereka dalam pemerolehan bahasa, didapati dapatan mereka menuju kepada satu

kesimpulan yang sama. Thorndike menyatakan bahawa semua pemerolehan bahasa

manusia berlaku melalui proses cuba jaya sementara Watson pula berpendapat

bahawa semua tingkah laku manusia merupakan gerak balas terlazim manakala

Guthrie mengatakan bahawa rangsangan dan gerak balas mestilah berlaku secara

bersama-sama untuk mewujudkan pembelajaran. Penambahbaikkan dilakukan oleh

Skinner untuk memperbaiki teori behaviouris ini iaitu pengukuhan adalah asas dalam

proses pembelajaran dan berlaku apabila diberi ganjaran.

Secara umumnya, ahli behaviouris memberi keutamaan kepada pengaruh

persekitaran dalam pemerolehan bahasa. Sesuatu ujaran terbentuk apabila adanya

rangsangan dalam bentuk bahasa atau bukan bahasa. Seseorang kanak-kanak bertutur

apabila wujudnya rangsangan daripada persekitaran. Bentuk bahasa yang dihasilkan

secara betul akan diteguhkan oleh orang dewasa dalam persekitarannya. Kemudian,

bentuk-bentuk tersebut akan diulangi lagi. Terdapat pelbagai cara yang dilakukan oleh

ibu bapa atau penjaga bagi meneguhkan gerak balas yang betul, contohnya memberi

senyuman, mengangguk kepala, kata pujian dan lain-lain lagi. Menurut golongan aliran

20

Page 21: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

behaviouris lagi, penguasaan bahasa adalah satu proses mekanis yang tidak

memerlukan daya mental tetapi diperoleh melalui latihan dan pengulangan.

Rangsangan yang ada pada seseorang itu adalah dari dalam dirinya sendiri dan

daripadanya timbul gerak balas pada orang lain untuk melahirkan pertuturan bagi

menjawab ujarannya itu.

Di samping itu, pengukuhan dalam pembelajaran ditimbulkan melalui ganjaran

adalah sangat dipentingkan. Sesuatu ganjaran akan mendorong kepada pengulangan

berlaku dan secara tidak langsung akan menjadi penguasaan atau pemerolehan

bahasa. Dalam konteks pengalaman dan pembelajaran bahasa pula, teori ini

menegaskan latihan dan latih tubi pola yang bertujuan bagi membentuk satu kebiasaan

baru bagi murid. Bloomfield (1933), ‘ Penguasaan satu-satu bahasa bukanlah satu hal

pengetahuan , adalah satu hal latihan. Latihan pula hendaklah dalam keadaan yang

bermakna. Teori pembentukan kebiasaan juga menekankan kemahiran lisan,

mendengar dan bertutur ditegaskan kerana kedua-dua kemahiran ini mempunyai

hubungan yang rapat dan mudah untuk dikuasai berbanding aktiviti membaca dan

menulis. Faktor-faktor seperti pengukuhan, pemerhatian, sifat-sifat ingin tahu dan

aktiviti meniru menjadi faktor utama dalam penguasaan bahasa.

3.2 Teori Mentalis

Teori behaviouris mendapat tentangan yang hebat daripada golongan mentalis.

Penganut-penganut teori ini adalah terdiri daripada Jean Piaget, E.H. Lenneberg, Robin

Lakoff, D. Slobin, Chomsky dan Hamboldt. Teori mentalis menganggap bahawa

pemerolehan bahasa sebagai satu proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental.

Selain itu, teori ini menjelaskan bahawa bahasa adalah pengetahuan yang dihasilkan

oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf. Bahasa sudah terancang untuk berkembang

dalam diri kanak-kanak tersebut dari segi biologis. Pada pendapat McNeill, sejak

dilahirkan, kanak-kanak telah memiliki alat pemerolehan bahasa (Language Acquisition

21

Page 22: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Device) bagi membolehkan kanak-kanak memperoleh dan menguasai bahasa yang

didedahkan.

Begitu juga Chomsky yang berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak telah

dilahirkan dengan kecekapan sejadi (innate) untuk menguasai bahasa ibundanya.

Beliau telah memberi tiga sebab utama bagi mempertahankan hipotesis sejadi (innate

hypothesis) dalam proses pemerolehan bahasa. Pertama, wujudnya ciri sejagat dalam

sesuatu bahasa kerana semua bahasa mempunyai ciri-ciri tatabahasa sejagat iaitu

kesemestaan formal dan kesemestaan substansif. Setiapp individu memiliki keupayaan

kognitif sejadi yang mengandungi kedua-dua ciri tatabahasa sejagat tersebut.

Kesemestaan formal merupakan ciri tatabahasa yang menyatakan bagaimana sesuatu

bahas itu bertugas. Misalnya, setiap bahasa di dunia ini mempunyai rumus-rumus dasar

dan rumus-rumus transformasi bagi menyatakan bagaimana bahasa bertugas

sementara kesemestaan substansif pula adalah kategori-kategori tatabahasa yang

terdapat pada sesuatu bahasa itu. Sebagai contoh, setiap bahasa mempunyai kata

kerja, kata nama dan lain-lain lagi.

Kedua, Chomsky berpendapat bahawa bentuk ujaran yang terdedah kepada

pendengaran kanak-kanak tidak mungkin diperoleh seandainya kanak-kanak tidak

dikurniakan dengan keupayaan semula jadi. Bahasa yang sering digunakan oleh orang

dewasa ketika bertutur dengan kanak-kanak adalah dalam bentuk tidak sempurna.

Justeru, seseorang kanak-kanak perlulah memiliki keupayaan bahasa yang semula jadi

untuk membolehkan mereka mentafsirkan bahasa yang didengar itu. Sementara yang

ketiga pula, Chomsky berpendapat bahawa kanak-kanak memperoleh sistem bahasa

ibundanya dalam jangka masa yang amat singkat iaitu antara empat hingga lima tahun.

Keupayaan ini tidak akan tercapai seandainya kanak-kanak tidak mempunyai

keupayaan semula jadi untuk membolehkan mereka berbuat demikian.

V. Hamboldt menekankan kreativiti yang wujud dalam atau pemikiran penutur

bahasa itu. Beliau menegaskan juga bahawa bahasa dibawa sejak kanak-kanak

dilahirkan dan penutur-penutur boleh menghasilkan unit-unit linguistik yang tidak terhad

bilangannya. Selain itu, menurut golongan mentalis lagi, seseorang itu mempunyai

kecekapan (competence), iaitu rumus-rumus yang terdapat dalaam stok mental dan

22

Page 23: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

prestasi (performance) yang merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur

berdasarkan kecekapan. Kecekapan dalam penguasaan bahasa akan mempengaruhi

prestasi berbahasa seseorang.

Lenneberg (1967) pula berpendapat bahawa kanak-kanak yang sihat dan normal

akan mula bercakap pada peringkat umur yang hampir sama. Sebelum bertutur,

mereka terlebih dahulu menguasai kebolehan memahami dan membezakan bunyi-

bunyi yang berlainan. Justeru, pada peringkat umur ini, kanak-kanak sudah dapat

mengenali dan membezakan bentuk-bentuk pertuturan yang berlainan. Ketika berumur

dua belas bulan, kanak-kanak akan belajar bunyi yang serupa dengan bunyi-bunyi

bahasa dan akan menyebut perkara yang umum dahulu kemudiaan diikuti dengan

perkara-perkara khusus. Secara tidak langsung, kefahaman mereka akan meningkat

dan mula menyebut rangkai kata. Setelah mencapai umur dua tahun, pola-pola ayat

mula menjadi pemerolehan bahasa kanak-kanak bermula dan pada ketika inilah otak

kanak-kanak sudah berkembang sebanyak 60% jika dibandingkan dengan otak orang

dewasa dan merupakan tempoh yang genting dalam perkembangan kemahiran

berbahasa.

Aliran mentalis juga menegaskan ciri-ciri kesejagatan nahu bagi setiap bahasa di

dunia ini mempunyai hubungan dengan kognitif. Peranan kognitif pada otak manusia

inilah yang akan menjadikan penghasilan bahasa itu bersifat kreatif.

3.3 Teori Kognitif

Dalam bidang psikologi, ahli kognitif yang terkenal adalah Jean Piaget yang

berpendapat bahawa manusia mempunyai peringkat otak dan saraf yang tinggi serta

dengan otak jugalah manusia berkebolehan mempelajari pelbagai hal. Selain itu,

proses pembelajaran juga dikatakan sebagai proses mental dan bukannya mekanis

kerana melibatkan seorang kanak-kanak itu menyerap atau menyesuaikan

pengetahuan yang telah sedia ada dalam otaknya (skema mental) dengan data baru

yang diperoleh melalui persekitarannya. Namun, pembelajaran sesuatu konsep akan

23

Page 24: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

berlaku hanya apabila seseorang kanak-kanak telah mencapai taraf kematangan yang

tertentu.

Menurut Piaget, pemerolehan bahasa dapat dapat dihuraikan berasaskan

perkembangan kognitif pusat. Kecekapan tersebut diperoleh oleh seorang kanak-kanak

melalui pengalaman mereka dengan objek dan tindakan-tindakan dalam

persekitarannya. Perkembangan bahasa bermula seawal kanak-kanak berusia 18 bulan

hingga dua tahun yang juga dikenali sebagai peringkat deria motor. Pada peringkat

umur sebegini, kanak-kanak dapat melibatkan diri secara aktif dalam persekitaran dan

hasil daripada tindakan tersebut, kanak-kanak akan membentuk pola-pola tindakan

yang digelarkan sebagai skema atau struktur kognitif. Setelah struktur kognitif

terbentuk, kanak-kanak akan berubah menjadi individu yang berpengetahuan. Sebelum

keadaan ini, kanak-kanak hanya merupakan seorang individu yang bertindak sahaja.

Justeru, hasil daripada pembentukan skema ini, kanak-kanak dapat menggambarkan

pengetahuannya dalam bentuk simbolik misalnya permainan simbolik, bahasa, lukisan,

gambaran mental dan sebagainya.

Pada peringkat selepas deria motor, iaitu peringkat praoperasi konkrit iaitu

daripada umur dua tahun hingga tujuh tahu, tindakan kanak-kanak terhadap

persekitaran mereka bertambah dan bahasa mereka juga turut berkembang.

Walaubagaimanapun, hanya pada peringkat operasi konkrit iaitu antara peringkat umur

tujuh hingga dua belas tahun barulah kanak-kanak akan dapat membatini pola-pola

tindakan yang lebih kompleks seperti hukum pengekalan (conservation rules), konsep

hubungan (relational concepts), pemasukan kelas (class inclusion) dan persirian

(seriation). Sebenarnya, pada peringkat ini, kanak-kanak sudah dapat memperkembang

pengetahuan mereka tentang objek-objek dalam persekitaran mereka serta pada masa

yang sama, pengetahuan bahasa mereka juga turut bertambah.

Seorang penyokong Jean Piaget iaitu Sinclair telah menjalankan kajian terhadap

pemerolehan bahasa kanak-kanak berasaskan kerangka teoretis Piaget. Buktinya,

kajian tersebut mendapati bahawa kanak-kanak tidak akan mampu menggunakan

bahasa yang kompleks sebelum sampai ke peringkat perkembangan intelek yang

tertentu. Selain itu, menurut Sinclair lagi, kanak-kanak yang belum sampai ke peringkat

24

Page 25: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

operasi konkrit boleh menggunakan istilah bagi konsep-konsep yang dilatih dalam

percubaannya tetapi tidak akan memahami makna istilah tersebut. Di samping itu,

Sinclair juga menyimpulkan bahawa latihan lisan kurang berkesan terhadap

pemerolehan operasi seandainya kanak-kanak belum sampai ke peringkat

perkembangan intelek yang tertentu.

Secara keseluruhannya, ahli kognitif berpendapat bahawa proses pemerolehan

bahasa merupakan proses mental dan perkembangan bahasa mempunyai perkaitan

yang rapat dengan perkembangan kognitif am. Pada peringkat awal, bahasa terbentuk

pada peringkat perkembangan deria motor dan seterusnya berkembang selaras dengan

perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak itu. Selain itu, proses perkembangan

kognitif merupakan proses sejagat. Terdapat juga ahli kognitif yang berpendapat

bahawa sejagat bahasa adalah hasil daripada kecekapan kognitif pusat sementara ahli

mentalis pula menyatakan bahawa sejagat bahasa merupakan kandungan kecekapan

kognitif pusat.

3.4 Teori Interaksional

Pelopor dalam teori ini ialah Halliday, Schlesinger, Cromer dan lain-lain

lagi.Mereka menganggap bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak melibatkan dua

aspek iaitu proses mental dan interaksi bahasa. Perkembangan kognitif kanak-kanak

akan membantu dalam proses mentafsirkan makna sesuatu perkataan sementara

interaksi bahasa pula mendedahkan kanak-kanak kepada cara-cara menggambarkan

makna kognitif dalam bentuk bahasa yang tepat. Selain itu, teori ini menegaskan

bahawa kanak-kanak menguasai bahasa kerana mempunyai keperluan untuk

berinteraksi dengan ahli masyarakat dalam persekitaran mereka. Pada peringkat awal

pula, keperluan kanak-kanak disuarakan untuk memenuhi fungsi-fungsi instrumental,

penentu, interaksi, peribadi, heuristik, dan imaginatif Halliday (1973) untuk memenuhi

keperluan asasi mereka.

Setelah menguasai keenam-enam fungsi yang telah dinyatakan Halliday, barulah

kanak-kanak dapat menggunakan fungsi imformatif atau fungsi ideasional yang

25

Page 26: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

diistilahkan oleh Halliday dan boleh dikesan apabila menyampaikan maklumat kepada

orang lain dengan menggunakan bahasa secara tepat. Pada masa yang sama

timbullah keperluan untuk menguasai tatabahasa. Kanak-kanak akan menggabungkan

fungsi ideasional dengan fungsi interaksi dalam masyarakat sekitarnya. Selain itu,

kanak-kanak juga dikatakan telah dilengkapi dengan nahu sejagat yang dikenali

sebagai alat pemerolehan bahasa. Tugas kanak-kanak bukanlah untuk mendapatkan

rumus-rumus yang terkandung bahasa ibunda tetapi menyesuaikan rumus-rumus

tersebut dengan bahasa ibundanya. Penyesuaian ini sangat penting kerana

membolehkan nahu sejagat disesuaikan dalam bentuk yang boleh menghasilkan

pertuturan yang gramatis dan dapat difahamai oleh para pengguna sesuatu bahasa

yang tertentu.

Di samping itu, penegasan diberikan kepada peranan situasi sosial dalam

pemerolehan bahasa. Halliday (1973) menyatakan pendapatnya bahawa interaksi

bahasa sangat penting bagi membantu kanak-kanak menguasai sistem bahasa. Oleh

yang demikian, pendedahan kepada interaksi linguistik adalah perlu bagi membolehkan

mereka mempelajari cara-cara menggambarkan makna kognitif dalam bentuk-bentik

linguistik yang jelas serta tepat. Sementara itu, kanak-kanak dapat mentafsir makna

yang terdapat dalam situasi sosial dan seterusnya menginterpretasikan makna tersebut

dalam bentuk bahasa. Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak berkomunikasi

dengan berkesan dalam masyarakat bahasa itu. Dalam pengajaran dan pembelajaran

bahasa, teori interaksional menyarankan supaya latihan amali diutamakan.

Menurut Halliday, beliau beranggapan bahawa perkembangan bahasa

melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Beliau menggunakan bukti-

bukti daripada pemerhatian terhadap perkembangan bahasa anaknya bagi

meneguhkan pendapat yang diutarakannya. Di samping itu, Halliday juga berpendapat

bahawa perbezaan yang ketara antara sistem bahasa kanak-kanak pada peringkat

awal dengan orang dewasa ialah sistem bahasa kanak-kanak menyatakan satu fungsi

sementara orang dewasa pula mengandungi lebih daripada satu fungsi. Halliday juga

menegaskan bahawa sistem tatabahasa kanak-kanak diperoleh kerana mereka

mempunyai keperluan untuk menyatakan dua perkara pada suatu ketika.

26

Page 27: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Perkembangan bahasa bersifat sedemikian kerana bahasa mempunyai peranan-

peranan yang tertentu. Pada mulanya hanyalah untuk memenuhi keperluan asasi

kanak-kanak dan seterusnya adalah untuk menyampaikan maklumat.

3.5 Banding Beza Teori Pemerolehan Bahasa

3.5.1 Banding Beza Dari Aspek Tokoh

Rajah 2.1 : Perbezaan Tokoh Teori Pemerolehan Bahasa

27

TOKOH

Teori Behavioris :Skinner

Teori Mentalis : Chomsky

Teori Kod -Kognitif : Piaget

Teori Interaksionalis : Halliday

Teori Konstruktivisme:: Lev Semenovich Vygotsky

Page 28: kaedah pengajran BMSR

Teori BehaviourisPengaruh persekitaran dalam

pembelajaran bahasa berbanding fenomena mental.

Teori MentalisPemerolehan bahasa sebagai satu proses pemikiran yang melibatkan

aktiviti mental.

Teori KognitifProses pembelajaran dikatakan

sebagai proses mental dan bukannya mekanis atau

behaviouris.

Teori interaksionalPerkembangan bahasa kanak-kanak

melibatkan dua aspek iaitu proses mental dan interaksi bahasa.

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

3.5.2 Banding Beza Dari Aspek Pendapat Tokoh

Rajah 2.2 : Perbezaan Pendapat Tokoh

28

Page 29: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

3.5.3 Banding Beza Dari Aspek Teori

Rajah 2.3: Perbezaan Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak.

29

Pemerolehan bahasa pertama kanak-kanak. Teori Behaviouris

Kanak-kanak diberi pendedahan kepada sesuatu bahasa.Teori Mentalis

Sejak lahir, kanak-kanak mempunyai satu alat yang membolehkannya faham bahasa yang didengar dengan mudah.

Teori Kognitif

Pemerolehan bahasa kanak-kanak akibat interaksinya dengan penjaganyaTeori

Interaksionalis

Mendidik kanak-kanak dalam bentuk menyokong minat dan keperluan kanak-kanakTeori Konstruktivisme

Page 30: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

3.5.4 Banding Beza Dari Aspek Proses Pembelajaran Bahasa

Rajah 2.4: Perbezaan Proses Pembelajaran Bahasa.

30

Teori Behaviouris:Belajar bahasa secara tidak formal melalui proses peniruan daripada ibu bapa dan ahli keluarga.

Teori Mentalis:Bahasa diperoleh dengan cara merumus dan membentuk ayat-ayat mengikut sistem bahasa menggunakan keupayaan sedia ada.

Teori Kognitif:Peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak mempengaruhi pemerolehan bahasa kanak-kanak.

Teori Interaksionalis:Kanak-kanak menguasai bahasa kerana ingin memenuhi keperluan untuk berinteraksi dalam situasi sosial masyarakat dan persekitaran mereka

Teori Konstruktivisme:Kanak-kanak diandaikan membawa bersama idea kepercayaan dan pendapat yang perlu diubah oleh guru melalui tugasan-tugasan dan soalan yang boleh membentuk dilema pada pelajar.

Page 31: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

3.5.5 Banding Beza Dari Aspek Penguasaan Bahasa

Rajah 2.5: Perbezaan penguasaan bahasa Teori Pemerolehan Bahasa

31

Teori Behaviouris

Penguasaan bahasa kanak-kanak berlaku dengan menekankan pengukuhan dalam P&P.

Teori Mentalis

Kanak-kanak diandaikan membawa bersama idea kepercayaan dan pendapat yang perlu diubah oleh guru melalui tugasan-tugasan dan soalan yang boleh membentuk dilema pada pelajar.

Teori kognitif

Pembelajaran menjadi lebih bererti seandainya aspek kognitif atau keupayaan berfikir dilibatkan.

Teori Interaksional

Mementingkan komunikasi atau interaksi (lisan) yang berasaskan pendekatan komunikatif.

Teori Konstruktivisme

Pembelajaran yang bermakna bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

Page 32: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

3.5.6 Banding Beza Dari Aspek Fungsi

Rajah 2.6 : Perbezaan Fungsi Teori Pemerolehan Bahasa

32

Teori BehaviourisSesuatu ujaran terbentuk apabila adanya rangsangan dalam bentuk bahasa atau bukan bahasa

Teori MentalisKanak-kanak telah memiliki alat pemerolehan bahasa (Language Acquisition Device) bagi membolehkan kanak-kanak memperoleh dan menguasai bahasa yang didedahkan

Teori KognitifManusia berkebolehan mempelajari pelbagai hal menggunakan otak dan saraf yang tinggi.

Teori InteraksionalMendedahkan kanak-kanak kepada cara-cara menggambarkan makna kognitif dalam bentuk bahasa yang tepat.

Teori KonstruktivismePeranan murid dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari.

Page 33: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

3.5.7 Banding Beza Dari Aspek Penguasaan Bahasa

Rajah 2.7 : Perbezaan Penguasaan Bahasa Teori Pemerolehan Bahasa

33

Teori Konstruktivisme

Penekanan diberi dengan menyediakan murid peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahuan iaitu mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka

dengan kegunaan masa depan.

Teori Interaksional

Penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam pembelajaran bahasa atau interaksi bahasa.

Teori KognitifPembelajaran harus melibatkan proses mental dan tidak hanya menekankan aspek

mekanikal sahaja.

Teori Mentalis

Kanak-kanak memperoleh alat penguasaan bahasa secara semulajadi yang digunakan untuk membentuk rumus-rumus bahasanya sendiri tanpa mempelajari terlebih dahulu.

Teori Behaviouris

Kanak-kanak belajar berbahasa daripada data bahasa yang didengar, kemudian diulang-ulang sehingga memperolehi kebiasaan

Page 34: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

4.0 STRATEGI

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya

menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu.

Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah

itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Peranan strategi pengajaran adalah amat penting lagi jika kita mengajar pelajar-

pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat

yang berbeza-beza. Guru perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan

untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik

darjah biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulan

cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai

kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap

bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti

keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan

murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai

kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta

menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling

berkesan dalam pengajarannya.

Oleh yang demikian, adalah amat penting bagi setiap guru mengaplikasikan

strategi pengajaran supaya pelajar dapat menimba segala isi pelajaran yang hendak

disampaikan. Terdapat tiga strategi pengajaran bahasa iaitu;

i. Berpusatkan guru

ii. Berpusatkan pelajar

iii. Berpusatkan bahan

34

Page 35: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

4.1 Berpusatkan Guru

Strategi di mana guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua. Fokus

pengajaran atau aktiviti dimonopoli oleh guru. Mengikut Brophy (1978), pendekatan ini

merupakan suatu pendekatan yang mudah dirancang dan diurus. Contoh strategi atau

teknik pengajaran yang berpusatkan guru ialah syarahan, demonstrasi dan bercerita

(guru sebagai pencerita). Antara ciri-ciri strategi pengajaran pemusatan guru adalah

seperti:

i. Guru berperanan utama dalam prose pengajaran dan pembelajaran

ii. Komunikasi sehala

iii. Murid pasif dan mendengar sahaja

iv. Guru mengarah dan mengawal pembelajaran

v. Guru berkuliah

vi. Kepimpinan bercorak autokratik

vii. Murid kurang berminat terhadap penerangan guru

viii. Kepimpinan

ix. bercorak autokratik

x. Mementingkan pencapaian objektif pendidikan guru

xi. Menekankan ujian sumatif untuk penggredan

xii. Sifat-sifat sosial kurang dipupuk

4.2 Berpusatkan Pelajar

Strategi pemusatan pelajar bermaksud pelajar mengambil alih sedikit

tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana la dapat dipelajari. Ada sedikit

kecenderungan terhadap pembelajaran eksperiential dan membuat pemuan untuk

mereka. pengajaran yang berpusatkan murid adalah pembelajaran secara aktif

berpusatkan pelajar dan meningkatkan penglibatan pelajar (Orlich et al., 2007). Dalam

35

Page 36: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

strategi ini, tumpuan diberikan kepada pelajar dalam melaksanakan aktiviti pengajaran.

Pelajar memiliki kebebasan untuk melakukan aktiviti bersama guru dan proses

pembelajaran berbentuk penerokaan idea-idea dan konsep-konsep baru.

Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan

melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar .Kaedah ini

boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkan

kreativiti pelajar. Melalui strategi ini, pelajar dapat menyertai aktiviti pengajaran dan

pembelajaran secara aktif. Komunikasi berbentuk dua hala serta berlakunya soal jawab

antara guru dengan pelajar. Pendekatan ini sesuai digunakan apabila maklumat tidak

disampaikan secara berkesan berbanding dengan strategi berpusatkan guru dan

matlamatnya adalah untuk mengembangkan kemahiran pemikiran kreatif serta kritis.

Pengajaran di dalam bilik darjah yang berpusatkan pelajar selalunya kurang eksplisit

atau kurang tepat dan jelas.

Walaupun strategi berpusatkan pelajar kurang eksplisit, guru tidak membiarkan

pelajar untuk melakukan aktiviti tanpa pemantauan. Guru bertindak sebagai fasilitator

dan bertanggungjawab terhadap pelajar. Guru juga bertindak secara autoritatif dengan

mengagihkan sedikit kuasanya kepada pelajar.

Kajian menunjukkan bahawa strategi berpusatkan pelajar mempunyai kelebihan

untuk memperkembangkan kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan konsep sikap

yang positif, mewujudkan motivasi serta memperkembang peribadi dalam

menggalakkan kemahiran sosial kumpulan termasuklah memupuk nilai kerjasama

antara pelajar. Bilik darjah yang berpusatkan pelajar juga menunjukkan perkembangan

kognitif di peringkat yang tinggi dalam kalangan pelajar dimana aktiviti yang dijalankan

memerlukan pelajar untuk menggunakan minda bagi menjawab soalan guru.

Pembelajaran menekankan kepada pembelajaran kendiri, arahan kendiri dan

inkuiri penemuan. Contoh strategi pemusatan pelajar ialah induktif, lakonan, permainan,

main peranan, sumbang saran dan sebagainya. Antara ciri pengajaran berpusatkan

murid ialah ;

i. Murid aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

ii. Pemindahan pembelajaran

iii. Komunikasi dua hala berlaku

36

Page 37: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

iv. Naluri ingin tahu dikembangkan

v. Kepimpinan bercorak demokratik

vi. Mementingkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek

vii. Murid minat dalam pelajaran

viii. Disiplin tidak terkawal

ix. Menekankan pencapaian objektif pembelajaran murid

x. Pembelajaran bercorak pengarahan kendiri

xi. Murid lebih kreatif

xii. Sifat-sifat sosial yang positif seperti bekerjasama, tolongmenolong

xiii. Murid aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

4.3 Strategi Berasaskan Sumber/Bahan

Strategi berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan banyak bahan

seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat

sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. Strategi

berpusatkan bahan meliputi cara yang luas bagi pelajar yang dibimbing oleh guru

hingga yang belajar secara individu dapat belajar.

Penekanan diberikan kepada penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan

pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan-bahan harus berasaskan kepada

beberapa faktor seperti objektif pengajaran, keperluan pelajar, strategi pengajaran clan

kebolehan pelajar. Kepelbagaian media akan meningkatkan proses pengajaran dan

pembelajaran serta meningkatkan pemikiran kritikal dan kemahiran mental. Bentuk

penyampaian juga akan dipelbagaikan.

Antara sumber pengajaran dan pembelajaran ialah:

(a) Slaid dan jalur filem.

(b) Projektor lutsinar dan lutsinar.

(c) Pita rakaman dan televisyen.

(d) Model-model tiga dimensi seperti glob dan rangka manusia.

37

Page 38: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

(e) Modul terancang.

(f) Pakej pembelajaran dengan penggunaan komputer.

Komputer di bilik darjah boleh digunakan untuk latihan, latih tubi dan permainan

pendidikan. Contohnya dalam pengajaran Matematik, Bahasa dan pengajaran interaktif

melalui CD-ROM (Compact Disk). Di samping itu, penggunaan internet juga

membolehkan pelajar memfokus kepada isu-isu global. Penggunaan slaid dan

transparensi turut membantu pelajar memahami sesuatu dengan lebih mudah, cepat

serta tepat penanggapan. Hal ini membolehkan pembelajaran lebih bermakna dan

menyeronokkan.

Gambar, peta dan carta juga dapat membantu pelajar memahami dengan lebih

jelas. Gambar yang besar dan berwarna-warni dapat menarik minat serta dapat

meningkatkan penumpuan pelajar dalam pelajaran. Carta pula memudahkan

pemahaman pelajar dari segi mudah diingati seperti carta pai, histogram dan graf.

Pembelajaran berpusatkan bahan juga penting bagi membantu guru memenuhi

keperluan pelajar yang pelbagai. Pembelajaran ini dapat menunjukkan cara untuk

belajar mengikut kadar sendiri, pada bila-bila lokasi yang tidak menyulitkan mereka.

Selain itu, la juga dapat membantu pelajar yang tidak hadir.

38

Page 39: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

4.3 Banding Beza Strategi

Rajah 3.1 Perbezaan Strategi

5.0 PENDEKATAN

Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa merupakan satu daripada aspek

bahasa yang penting yang perlu dikuasai oleh seseorang untuk membolehkannya

menguasai bahasa yang dipelajari dengan cekap dan berkesan. Menurut Abdullah Aziz

(2000), mengatakan kelemahan pelajar menguasai tatabahasa dan penggunaan idea

akan mewujudkan karangan yang tidak “terkarang”. Kenyataan ini disokong oleh Husin

Mahmmod (1983) dan Azman Wan Chik (1987) yang merumuskan aspek utama dalam

sesebuah pengajaran dan pembelajaran ialah tatabahasa dan gaya bahasa, iaitu

penulisan struktur ayat dan butiran leksikel.

Oleh itu, menurut Corder (1975), berpendapat bahawa seorang guru bahasa

yang baik tidak melaksanakan tugasnya berasaskan peraturan-peraturan atau resepi.

39

Berpusatkan Guru

guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketuaGuru mengarah dan mengawal pembelajaranMementingkan pencapaian objektif pendidikan guru

Berpusatkan Murid

bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana la dapat dipelajaridapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar

Berpusatkan Bahan

menggunakan banyak bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannyaPenekanan diberikan kepada penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran

Page 40: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Guru tersebut mempunyai satu set prinsip yang dijadikan panduan bagi melaksanakan

tugasnya itu. Dengan perkataan lain, guru tersebut mempunyai pegangan umum

tentang apa yang terjadi apabila seseorang murid belajar bahasa ataupun guru tersebut

mempunyai satu teori tidak formal tentang cara bagaimana bahasa diajar dan dipelajari.

Prinsip-prinsip umum tentang pengajaran bahasa tidak terbentuk secara

sewenang-wenang tetapi berasaskan teori-teori ilmu linguistik dan psikologi khususnya

teori-teori seperti huraian dan pemerolehan bahasa. Tegasnya prinsip-prinsip umum

yang dijadikan panduan oleh guru dalam pengajaran terbentuk daripada teori-teori

linguistik dan psikologi menentukan orientasi pengajarannya ataupun pendekatan

pengajarannya serta menjamin pemantapan murid-murid dalam menguasai tatabahasa.

Dalam pengajaran bahasa terdapat empat pendekatan pengajaran yang sering

digunakan iaitu pendekatan induktif, pendekatan deduktif, perdekatan elektif dan

pendekatan komunikatif.

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk

menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan

sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan

sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau

generalisasi yang tertentu.

Sebagai contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan

seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan

profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi

pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip

sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-

kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta

dengan pemerhatian.

Dalam pengajaran bahasa, terdapat empat pendekatan yang boleh digunakan

oleh para guru bagi memastikan pelajar dapat menguasai bahasa dengan mudah.

Pendekatan-pendekatan yang dimaksudkan ialah;

40

Page 41: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

i. Pendekatan induktif

ii. Pendekatan deduktif

iii. Pendekatan eklektik

iv. Pendekatan komunikatif

5.1 Pendekatan Induktif

Menurut Juriah Long et.al. (1990). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia,

menerangkan bahawa pendekatan induktif atau jumpaan merupakan satu pendekatan

yang berasaskan lima prinsip pengajaran iaitu persediaan, penyampaian, penyatuan,

generalisas dan penerapan. Menurut John, M. Kierzek dan Alker Gilson (1960),

pendekatan ini mengutamakan penggunaan contoh-contoh bahasa, diikuti dengan

generalisasi oleh murid-murid sendiri atau undang-undang bagi unsur tersebut dan

kemudiannya diakhiri dengan aktiviti penerapan atau aplikasi. Contohnya dalam

pengajaran tentang ayat tunggal, guru akan memulakan pengajarannya dengan

menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal. Kemudian berpandukan contoh-contoh yang

dibuat, guru akan memandu murid-murid supaya sampai kepada takrif ayat tunggal.

Model pengajaran danpembelajaran pendekatan ini dirumuskan seperti berikut:

Rajah 4.1 : Modal Induktif

(Perkaedahan pengajaran Bahasa Melayu, m/s 236)

Contoh-contoh bahan pengajaran bukan sahaja disediakan oleh guru tetapi juga

boleh diminta daripada murid. Perkara penting, contoh-contoh itu mestilah jelas, tepat

dan dapat memudahkan pelajar-pelajar memikirkan rumus-rumus yang menjadi dasar

41

Contoh-contoh GeneralisasiAplikasi

Page 42: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

pembentukannya. Sebaik-baiknya contoh-contoh itu haruslah memperlihatkan

keseragaman dari segi struktur dan menepati struktur yang hendak diajarkan serta

mencukupi pula jumlahnya. Contoh-contoh yang memperlihatkan penyimpangan

haruslah dielakkan. Pada peringkat yang kedua, guru tidak memberikan rumus-rumus

tatabahasa yang hendak diajarkan itu, sebaliknya ia mestilah membimbing murid-murid

untuk mengenal pasti rumus-rumus yang tersirat daripada contoh-contoh yang

ditunjukkan. Tegasnya, murid diberi peluang menggunakan kebolehan kognitif mereka

untuk menetukan rumus. Tugas guru hanyalah memandu, membimbing dan

menjuruskan pemikiran murid ke suatu arah yang sama supaya rumus-rumus

tatabahasa yang hendak disampaikan itu dapat dikesan oleh murid dengan lebih cepat.

Guru-guru harus cekap mengesan dan memperbetulkan rumus-rumus yang salah yang

mungkin dikemukakan oleh murid. Pada bahagian aplikasi pula, latihan yang harus

diberikan mestilah banyak dan pelbagai supaya pembelajaran murid dapat

diperteguhkan dengan lebih berkesan.

Brian Seaton (1982) berpendapat bahawa :

…….learning by induction, the student experience a mental

process in which he observes many instance and then makes a general

rule (generalisation) incorporating the truth of the fact observes. Every

generalisation is arrived at, therefore, by induction.

Prinsip-prinsip pengajaran secara induktif ialah:

i. Contoh haruslah relevan dan sesuai untuk menerangkan sesuatu. Tambahan

pula, contoh dipelbagalkan supaya generalisasi dapat di¬capal dengan

inudah. Dalam proses membentuk generalisasi, guru menggalakkan pelajar

untuk mengemukakan contoh.

42

Page 43: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

ii. Guru hendaklah membimbing pelajar untuk membuat kesimpulan.

Berdasarkan contoh yang dikemukakan, guru bersairia pelajar membentuk

kesimpulan umum.

iii. Guru memberikan peluang kepada pelajar untuk memerhati dan

menganalisis contoh agar generalisasi dapat dibuat.

iv. Guru merancang aktiviti pengajaran yang berkisar daripada contoh khusus

kepada suatu generalisasi atau kesimpulan umum. Langkah sedemikian akan

membimbing pelajar untuk memudahkan pelajar menguasai peraturan-

peraturan umum yang dapat diperoleh daripada fakta atau contoh khusus.

v. Pengajaran secara induktif nienekankan pengajaran yang berbentuk konkrit.

5.1.1 Kelebihan Pendekatan Induktif.

Kelebihan pendekatan induktif ialah pendekatan ini dapat mengasah kemahiran

berfikir dalam kalangan murid. Hal ini disebabkan mereka perlu menggunakan

keupayaan mental untuk mengenal pasti rumus-rumus yang menjadi dasar kepada

pembentukan sesuatu ayat. Selain itu, daya kefahaman dan ingatan murid terhadap isi

pelajaran dapat dipertingkatkan kerana mereka sendiri yang terlibat dalam pengesanan

rumus. Pendekatan ini juga melibatkan penyerapan yang aktif dalam kalangan pelajar.

Melalui pendekatan ini, strategi perbincangan dapat digalakkan kerana tugas

menentukan rumus dibuat oleh murid-murid sendiri dengan ini suasana pembelajaran

akan menjadi lebih hidup. Kelebihan lain menggunakan pendekatan ini ialah kemahiran

lisan dapat disuburkan kerana pendekatan ini memerlukan perbincangan yang banyak

di dalam bilik darjah dan juga murid-murid tidak begitu dibebani dengan rumus-rumus

pada peringkat awal pembelajaran sebaliknya mereka didedahkan dengan pelbagai

contoh penggunaan terlebih dahulu. Justeru itu perkara ini boleh mengurangkan

kebosanan mereka.

43

Page 44: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

5.1.2 Kelemahan Pendekatan Induktif.

Setiap sesuatu itu mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri begitu

juga dengan pendekatan induktif. Antara kelemahaan pendekatan ini adalah

pengajaran yang dilakukan mengambil masa yang panjang kerana guru perlu

membimbing murid mengesan rumus. Sekiranya sesebuah kelas itu terdiri daripada

murid-murid yang ramai jumlahnya, ‘penjurusan fikiran ke satu arah’ sukar dibuat

kerana setiap murid mempunyai fikiran, pendapat dan pemahaman yang berbeza.Bagi

murid-murid yang lemah pula, pendekatan ini akan menimbulkan masalah kerana

adalah sukar bagi mereka untuk memikirkan rumus-rumus tatabahasa daripada contoh-

contoh ayat yang diberikan.

Selain itu, pendekatan ini memerlukan pengetahuan-pengetahuan asas tentang

tatabahasa dalam kalangan murid. Tanpa pengetahuana asas (sekurang-kurangnya

tentang istilah dalam tatabahasa dan pengertiannya), rumus-rumus tatabahasa sukar

dikesan. Sekiranya banyak kekecualian daripada rumus-rumus tatabahasa dalam

konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya, pendekatan ini akan menimbulkan

masalah kerana rumus-rumus yang dibuat hanya berdasarkan contoh-contoh yang

diberi. Kelemahan lain pendekatan ini ialah tidak dapat memperlihatkan penggunaan

tatabahasa yang diajarkan dalam konteks yang sebenarnya. Oleh yang demikian,

kecekapan berkomunikasi dalam situasi yang sebenar tidak dapat diperkembangkan.

Tegasnya pengajaran dan pembelajaran lebih memberatkan aspek ilmu bahasa.

5.2 Pendekatan Deduktif

Pendekatan deduktif dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu

pendekatan yang didahului dengan pengajaran rumus-rumus, undang-undang ataupun

peraturan bahasa, kemudian diikuti dengan contoh-contoh dan diakhiri pula dengan

aplikasi atau penerapan rumus-rumus tersebut seperti yang dikatakan oleh Brian

Seaton (1982), “learning by deduction the student start with a general truth and applies

44

Page 45: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

it to a particular cases”. Sebagai contoh, apabila seseorang guru mengajar ayat

tunggal, guru akan memberi takrif ayat tersebut sebelum menunjukkan contoh-contoh

penggunaannya. Model pengajaran dan pembelajaran bahasa pendekatan ini dapat

diringkaskan seperti berikut mengikut Paul D. Eggen (1979) :

Rajah 4.2 : Model Deduktif

Dalam pengajaran yang bermodelkan pendekatan ini guru memainkan peranan

penting untuk menerangkan atau mengajarkan rumus-rumus tatabahasa manakala

murid hanya mendengar dan mengikutinya. Walaubagaimanapun, kefahaman mereka

dinilai melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan pada peringkat aplikasi.

Untuk menentukan bahawa pengajaran tatabahasa ini mendatangkan kesan

yang lebih mendalam, guru haruslah memastikan bahawa generalisasi tatabahasa yang

hendak diajarkan itu dihuraikan dengan jelas, difahami dan contoh-contoh penerapan

generalisasi di dalam ayat-ayat mestilah mencukupi dan benar-benar menepati rumus-

rumus tersebut. Guru tidak digalakkan untuk dimasukkan contoh-contoh yang

memperlihatkan penyimpangan, terutamanya pada awal pengajaran.

Contoh-contoh tidak semestinya diberikan oleh guru tetapi boleh juga diminta

daripada murid, iaitu setelah contoh-contoh yang disediakan oleh guru dikemukakan.

Dalam aplikasi pula, latihan-latihan yang disediakan haruslah beraneka jenis dan dalam

konteksyangbermakna. Hal ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid

menerapkan rumus dalam situasi yang baru.

Pendekakatan menggunakan deduktif dicirikan dengan pelajar mempelajari

berdasarkan sesuatu hukum. Pelajar perlu menaakul untuk mendapatkan fakta/contoh

45

Rumus/

Generalisasi

AplikasiContoh

Page 46: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

tertentu daripada peraturan umum. Dalam penaakulan, pelajar mengumpulkan fakta

untuk membuktikan satu penyataan umum itu benar atau tidak. Proses penganalisisan

fakta yang akan dikumpulkan berlaku sebelum membentuk generalisasi. Pada peringkat

proses deduktif, pelajar bersama guru akan membuat kesimpulan tentang fakta-fakta

daripada yang umum kepada yang spesifik.

Prinsip penggunaan pengajaran deduktif merangkunil aspek-aspek berikut:

i. sesuatu masalah diperkenalkan dan ditakrifkan. Guru dan pelajar

mengemukakan cara penyelesaian masalah. Dalam konteks ini,

generalisasi dikemukakan harus dinyatakan secara eksplisit.

ii. penyelesaian masalah mengikut langkah demi langkah.

iii. beberapa contoh digunakan untuk menerangkan generalisasi atau

peraturan. Berdasarkan contoh yang digunakan, pelajar meniru atau

hafal contoh dan membentuk contoh lain melalui latihan.

iv. pelbagai aktiviti dijalankan untuk meningkatkan pemahaman pelajar

terhadap isi pelajaran yang disampalkan. Latihan menulis untuk

mengesan kebolehan pelajar nienguasal kemahiran turut diberikan.

5.2.1 Kelebihan Pendekatan Deduktif.

Kelebihan pendekatan deduktif adalah, dengan huraian dan penjelasan yang

mudah, disertai pula dengan contoh-contoh pada awal pengajaran, murid-murid dapat

memahami rumus-rumus tatabahasa dan dengan demikian mereka dapat menerapkan

rumus-rumus tersebut untuk membentuk ayat-ayat yang gramatis. Selain itu,

pengetahuan tentang tatabahasa dapat dipertingkatkan dengan cepat dan kaedah ini

amat sesuai sekiranya matlamat murid dalam mempelajari sesuatu bahasa itu ialah

untuk mendalami aspek tatabahasa.Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan

induktif kerana pendekatan ini menjimatkan masa pengajaran kerana rumus-rumus

tatabahasa disediakan dan dihuraikan terus oleh guru. Murid tidak perlu mengambil

masa untuk memikirkan atau mengesan rumus. Pendekatan ini juga boleh

meninggalkan kesan pembelajaran yang memuaskan kepada pelajar-pelajar dewasa

46

Page 47: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

yang pada praktiknya lebih mudah mempelajari sesuatu berdasarkan peraturan-

peraturan yang ditetapkan.

5.2.3 Kelemahan Pendekatan Deduktif

Manakala kelemahan menggunakan pendekatan ini adalah pengajaran mungkin

membosankan kerana murid dibebani dengan rumus-rumus yang wajib dipatuhi.

Pendekatan ini boleh mengongkong kreativiti mereka dalam menggunakan bahasa

kerana mereka terlalu terikat kepada rumus. Walhal dalam penggunaan bahasa yang

sebenarnya, terdapat banyak kekecualian daripada rumus, yang masih boleh diterima

sebagai bentuk yang betul oleh penutur jati. Selain itu, pemikiran murid tidak tercabar

untuk mengesan dan menentukan rumus kerana rumus-rumus tatabahasa diberikan

oleh guru. Justeru itu, penglibatan murid tidak begitu aktif kerana guru lebih banyak

memainkan peranan, khususnya dalam hal menghuraikan rumus. Melihat dari segi

psikologi, sesuatu yang dapat dikesan atau dijumpai sendiri oleh murid dalam sesuatu

pembelajaran dapat menjamin ingatan yang lebih kekal, berbanding dengan sesuatu

yang diberitahu terus oleh guru. Dengan demikian, pendekatan ini tidak begitu

menjamin ingatan yang berkekalan dalam kalangan murid tentang rumus-rumus

tatabahasa yang diajarkan itu.

5.3 Pendekatan Eklektik

Pendekatan elektif adalah satu pendekatan yang menggabungkan pendekatan

deduktif dan induktif dengan mengambil dan mencantumkan ciri-ciri yang baik daripada

kedua-dua pendekatan tersebut untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih

berkesan. Mengikut pendekatan ini, contoh-contoh boleh diberikan terlebih dahulu oleh

guru, kemudian diikuti dengan keterangan atau penjelasan tentang unsur-unsur bahasa

yang diajarkan itu, di samping murid-murid juga boleh dibimbing untuk mengesan

rumus-rumus dan memberikan contoh-contoh baru.

47

Page 48: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Pendekatan ini menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan

segala ciri yang balk daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-

satu pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang

mempunyai pelajar pelbagai kebolehan. Ada kala kaedah induktif lebih sesuai

digunakan untuk segelintir pelajar, manakala ada pula pelajai yang akan memahami

dengan lebih jelas melalui kaedah deduktif.

Pendekatan eklektik boleh dihasilkan dengan menggunakan induktif dan

deduktif. Contohnya, guru boleh mula dengan memberikan contoh, dlikut] dengan

generalisasi. Guru juga akan mengakhiri dengan memberikan contoh untuk

mengukuhkan peraturan atau generalisasi. Hal ini lebih mirip kepada pendekatan

induktif. Selain itu, guru boleh memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan

atau generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan

tentang peraturan sekali lagi. Hal ini pula lebih mirip kepada pendekatan deduktif.

Strategi pengajaran menggunakan pendekatan eklektik boleh dilakukan dengan

dua cara, iaitu:

1 Strategi yang mirip kepada pendekatan deduktif.

2 Strategi yang mirip kepada pendekatan induktif.

Dalam strategi yang mirip kepada pendekatan induktif, langkah-langkah adalah

seperti berikut:

i. Guru mula dengan menggunakan contoh-contoh untuk membantu

membentuk konsep yang jelas.

ii. Daripada contoh tersebut, guru bersaina pelajar membuat generalisasi.

iii. Untuk pengukuhan, contoh diberikan oleh guru dan pelajar. Guru akan

mendorong pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran

situasi yang hampir serupa.

Dalam strategi yang cenderung kepada pendekatan deduktif, langkah--langkah

adalah seperti berikut:

i. guru menerangkan generalisasi /hukum-hukum/peraturan.

48

Page 49: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

ii. guru memberikan contoh untuk menerangkan generalisasi tersebut.

iii. mengaitkan contoh dan menjelaskan lagi kesimpulan.

5.3.1 Kelebihan Pendekatan Eklektik

Kelebihan pendekatan elektik pula adalah guru mempunyai kebebasan untuk

mengajarkan isi pelajaran. Maksudnya, guru tidak terikat kepada satu pendekatan

sahaja. Manakala, murid-murid boleh dilibatkan secara aktif, sama ada dalam tugas

mengesan rumus ataupun diberikan contoh. Penglibatan ini akan mengelakkan

kebosanan dalam diri pelajar. Oleh sebab guru memberi penerangan terlebih dahulu,

rumus-rumus tatabahasa lebih mudah dikesan oleh murid dan ini akan menjimatkan

masa. Pendekatan ini sesuai untuk semua murid, iaitu sama ada murid yang pandai

ataupun yang kurang pandai, juga sesuai untuk pelajar-pelajar yang lebih dewasa.

5.4 Pendekatan Komunikatif

Berbeza dengan pendekatan-pendekatan lain yang telah dinyatakan,pendekatan

komunikatif menekankan aspek komunikasi dalam pengajaran. Asas ini disarankan oleh

ahli-ahli bahasa seperti H.G Widdowsson, C. Jbrumfit, K. Johnson, D.H Hymes dan W.

Littlewood. Menurut ahli-ahli berikut mereka menyatakan bahawa pengajaran bahasa

mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan sistem tatabahasa serta

kecekapan berkomunikasi. Kecekapan yang pertama membolehkan seseorang murid

menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya.

Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang

sesuai dengan khalayak yang dihadapinya.

Pengajaran dimulakan dengan aktiviti komunikasi, sama ada secara lisan atau

tulisan oleh murid, baik secara berpasangan ataupun berkumpulan. Komunikasi itu

boleh diwujudkan dalam konteks situasi yang sebenarnya ataupun berupa lakonan,

main peranan, simulasi, penyelesaian atau sebagainya yang memerlukan murid

49

Page 50: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajari. Walau bagaimanapun, untuk pengajaran

tatabahasa, guru haruslah merancang situasi penggunaan bahasa yang benar-benar

sesuai dengan unsur-unsur tatabahasa yang hendak diajarkan supaya murid-murid

dapat melihat hubungan di antara unsur tatabahasa itu dengan konteks

penggunaannya yang sebenar. Pendekatan pengajaran ini lebih berpusatkan murid

daripada guru. Mengikut pendekatan ini, latih tubi hanya diadakan apabila perlu, iaitu

sekiranya didaati murid-murid lemah dalam penggunaannya.

Secara amnya, Roger W. Shuy(1982), berpendapat bahawa pendekatan ini

dijalankan berdasarkan model berikut:

Komunikasi

Rajah 4.3 : Modal Komunikatif.

5.4.1 Kebaikan Pendekatan Komunikatif.

Kebaikan pendekatan ini memberi adalah mewujudkan peluang kepada murid

untuk berkomunikasi secara bebas dengan menggunakan bahasa yang dipelajari. Oleh

itu, mereka dapat mengalami dan menggunakan sendiri bahasa tersebut dalam konteks

yang sebenar. Selain itu, pengajaran tatabahasa lebih bermakna kerana murid dapat

melihat bagaimana sesuatu unsur tatabahasa itu berfungsi dalam situasi penggunaan

yang sebenar. Manakala peglibatan murid adalah secara aktif dan tugas guru hanya

memandu serta membimbing mereka. Hal ini sekaligus menjadikan suasana bilik darjah

lebih hidup. Kebaikan lain pula, murid dapat menggunakan kreativiti mereka sendiri

dalam penggunaan bahasa sekaligus mereka dapat menguasai dua kemahiran secara

serentak, iaitu kemahiran komunikasi (kemahiran menggunakan bahasa) dan

50

Pengajaran

tatabahasa

Latih tubi

(jika perlu)

Page 51: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

kemahiran linguistik (pengetahuan tentang struktur bahasa). Dalam erti kata lain,

mereka bukan sahaja boleh menggunakan bahasa itu mengikut konteks, tetapi juga

mengetahui strukturnya. Hal ini menjamin penggunaan bahasa yang lebih baik.

Secara langsung atau tidak langsung, pendekatan ini mendedahkan aspek-

aspek paralinguistik dau sosiobudaya masyarakat penutur bahasa yang dipelajarinya.

Justeru itu dapat menjamin bahawa murid-murid boleh menggunakan bahasa tersebut

mengitut ciri-ciri ketatasusilaan bahasa itu seperyi mana penutur jati, di samping dapat

pula melihat laras-laras bahasa yang berlainan, yang dibezakan oleh konteks.

5.4.2 Kelemahan Pendekatan Komunikatif.

Sekiranya pengajaran tidak dirancang dengan rapi, unsur tatabahasa yang

hendak diajarkan mungkin tidak dapat ditonjolkan dengan jelas dan murid tidak dapat

mengenal pasti rumus atau struktur unsur-unsur tatabahasa yang hendak diajarkan.

Pada peringkat awal pengajaran, guru terpaksa ‘bertoleransi’ dengan kesilapan-

kesilapan bahasa yang dilakukan oleh murid-murid, khususnya semasa mereka

berkomunikasi. Sekiranya guru tidak cekap mengawal dan memperbetulkan kesilapan

murid pada waktu-waktu yang seterusnya, ada kemungkinan kesilapan-kesilapan akan

menjadi biasa kepada murid itu.

5.5 Banding Beza Pendekatan

5.5.1 Banding Beza Pendekatan Dari Aspek Definisi

51

Page 52: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Rajah 4.4 Perbezaan Definisi Pendekatan

52

Pendekatan Induktif- mengutamakan penggunaan contoh-contoh bahasa, diikuti dengan generalisasi oleh murid-murid sendiri atau undang-undang bagi unsur tersebut dan kemudiannya diakhiri dengan aktiviti penerapan atau aplikasi.

Pendekatan deduktif- didahului dengan pengajaran rumus-rumus, undang-undang ataupun peraturan bahasa, kemudian diikuti dengan contoh-contoh dan diakhiri pula dengan aplikasi atau penerapan rumus-rumus tersebut

Pendekatan eklektik-menggabungkan pendekatan deduktif dan induktif dengan mengambil dan mencantumkan ciri-ciri yang baik daripada kedua-dua pendekatan tersebut untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan.

pendekatan komunikatif -menekankan aspek komunikasi dalam pengajaran

Page 53: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

5.5.2 Banding Beza Pendekatan Dari Aspek Kebaikan

Rajah 4.5 Perbezaan Kebaikan Pendekatan

5.5.3 Banding Beza Pendekatan Dari Aspek Kelemahan

Rajah 4.6 Perbezaan Kelemahan Pendekatan

53

Pendekatan Induktif

-dapat mengasah kemahiran

berfikir dalam kalangan murid. Pendekatan deduktif

- murid-murid dapat memahami rumus-rumus tatabahasa dan dengan demikian

mereka dapat menerapkan rumus-rumus tersebut untuk membentuk ayat-ayat yang

gramatis

Pendekatan Komunikatif-mewujudkan peluang kepada murid untuk

berkomunikasi secara bebas dengan menggunakan bahasa yang dipelajari

Pendekatan Eklektik

-adalah guru mempunyai

kebebasan untuk mengajarkan isi

pelajaran. Maksudnya, guru

tidak terikat kepada satu pendekatan

sahaja. Kebaikan Pendekatan

Pendekatan induktif

pengajaran yang dilakukan mengambil masa yang panjang kerana guru perlu membimbing murid mengesan rumus. adalah sukar bagi mereka untuk memikirkan rumus-rumus tatabahasa daripada contoh-contoh ayat yang diberikan.

Pendekatan deduktif

pengajaran mungkin membosankan kerana murid dibebani dengan rumus-rumus yang wajib dipatuhiini boleh mengongkong kreativiti mereka dalam menggunakan bahasa kerana mereka terlalu terikat kepada rumus

Pendekatan Eklektik

unsur tatabahasa yang hendak diajarkan mungkin tidak dapat ditonjolkan dengan jelas dan murid tidak dapat mengenal pasti rumus atau struktur unsur-unsur tatabahasa yang hendak diajarkan.

Page 54: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

6.0 Kaedah Pengajaran Bahasa

Kaedah Pengajaran merupakan satu perancangan ataupun prosedur bagi

melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, sistematik. Ia juga

merupakan satu siri tindakan guru yang bersistematik serta berturutan bagi mencapai

objektif. Kaedah pengajaran merupakan satu perancangan atau prosedur bagi

melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas,dan sistematik. Kaedah

merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi

dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu

objektif pengajaran (Mangantar Simanjuntak, 1982:72). Terdapat beberapa kaedah

pengajaran bahasa. Antaranya ialah :

Nama kaedah Penerangan

Kaedah natural Kaedah ini mementingkan konsep komunikatif.

Bahasa dilihat sebagai alat yang menghubungkan

makna dan mesej.

Kaedah tatabahasa terjemahan Kaedah klasik ini menekankan ejaan dan penulisan.

Hukum tatabahasa dihafaz. Terjemahan difikirkan

sebagai satu cara yang penting untuk mempelajari

perbendaharaan kata.

Ejaan dan penulisan diberikan keutamaan manakala

aspek fonetik kurang dititik beratkan kerana kaedah

ini dirancangkan untuk memberi kemahiran menulis,

dan bukan kemahiran bertutur. Kaedah ini

menentukan perbendaharaan kata diberi di pangkal

peljaran. Perbendaharaan kata dipelajari melalui cara

terjemahan dengan pemberian kata-kata dalam

bentuk terasing daripada konteks. Kata-kata yang

disusun dalam ayat melalui hukum tatabahasa

kemudiannya dihafaz sebagai cara menguasai

bahasa tersebut. Ayat pula mungkin tidak

54

Page 55: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

bersambung antara satu sama lain kerana isis atau

kefahaman tidak menjadi keutamaan.

Kaedah terus Kaedah ini sesuai untuk pembelajaran bahasa kedua.

Antara prinsipnya ialah hubungan terus perkataan

dengan benda, perkaitan dengan pengalaman,

mewujudkan rasa ingin tahu, dan berkaitan dengan

asas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda.

Kaedah ini dilihat sesuai untuk pengajaran bahasa

kedua kerana tidak sekali-kali menggunakan bahasa

yang telah diketahui oleh murid dan lebih berkesan

dalam membolehkan kanak-kanak menguasai

keempat-empat klemahiran bahasa dan terus

menggunakannya dalam masyarakat yang

berkenaan. Ianya juga menekankan pengajaran

bahasa kedua dan bahasa asing dilaksanakan

menggunakan bahasa sasaran semata-mata.

Kaedah askar Seperti melatih tentera, kaedah ini mementingkan

latih tubi, lisan, dan ketegasan. Empat asas

penyampaian bagi kaedah terus adalah ianya

merupakan perhubungan secara langsungantara

perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran

ataupun sebaliknya. Pengajaran juga harus dikaitkan

dengan pengalaman-pengalaman yang telah sedia

ada, guru harus menimbulkan perasaan ingin tahu

kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah

dirancangkan serta pengajaran yang dilakukan

haruslah berpandu kepada lunas-lunas kanak-kanak

semasa mempelajari bahasa ibunda mereka iaitu

seperti mengutamakan bahasa lisan, serta

55

Page 56: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

mendahului kemahiran ,mendengar terlebih dahulu

berbanding kemahiran bertutrur. Murid-murid juga

harus dihubungkan secara terus dengan bahasa yang

diajar tanpa penterjemahan, tidak mempelajari

sebarang undang-undang tentang bahasa yang

hendak dipelajari, memperbanyakkan ulangan dan

pengukuhan, mempelajari sesuatu secara

keseluruhan dan lain-lain lagi.

Kaedah ajuk/hafaz Kaedah ini menekankan konsep ajukan dan latih tubi.

dilakukan melalui demonstrasi dan latih tubi. Ianya

haruslah berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan,

perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau

penutur jati. Sesudah ayat dibacakan murid-murid

dikehendaki mengajukkannya sehingga ayat-ayat

tersebut tidak dapat dilupakan.

Harus diingat oleh guru-guru bahawa kejelasan

dalam menyampaikan pelajaran adalah penting.

Sesuatu yang jelas seperti sebutan yang terang dan

nyata akan memberikan tanggapan yang betul

kepada murid-murid sekaligus melahirkan satu

penguaaaan habit bahasa yang baik dan sempurna.

Kaedah linguistik Kaedah ini mementingkan pertuturan dan

membenarkan penggunaan bahasa yang telah

diketahui oleh murid.

Ia juga dikenali sebagai kaedah fonetik atau kaedah

reform. Ianya berasaskan ilmu linguistik, khususnya

linguistik struktural dan dihasilkan untuk mengatasi

kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kaedah

terus pula. Ianya juga ialah kaedah mengajar bahasa

yang moden serta saintifik. Pada dasarnya ia

membandingkan dua bahasa iaitu bahasa yang

56

Page 57: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

dipelajari dengan bahasa-bahasa yang telah

diketahui oleh murid-murid sama ada bahasa ibunda

ataupun bahasa-bahasa yang lain.

Kaedah kod-kognitif Perkara yang ditekankan dalam kaedah ini

(tradisional) ialah bacaan dan tulisan. Aspek yang

ditekankan ialah sintaksis dan diikuti oelh morfologi

dan fonologi.

Kaedah ini mengutamakan pengajaran kecekapan

berbahasa atau rumus-rumus tatabahasa dalam

pengajaran bahasa yang juga bersamaan dengan ciri

pengajaran bahasa melalui kaedah nahu terjemahan.

Pengajaran unsur-unsur bahasa pula adalah secara

deduktif dan huraian tatabahasa dibuat berasaskan

ayat pencilan bukan ayat-ayat dalam konteks

penggunaan. Pengajaran bahasa pula lebih

mengutamakan kecekapan bahasa daripada

kecekapan berbahasa.

Kaedah situasional Situasional Language Teaching ini mementingkan

latihan penyebutan, ulang kaji, struktur baru,

perbendaharaan kata, latihan lisan, dan membaca

bahan yang melibatkan struktur baru atau melakukan

latihan bertulis. Guru menjadi model.

Kaedah bahasa komuniti (CLL) Murid menjadi ahli dalam komuniti. Mereka belajar

melalui interaksi dengan rakan. Walau

bagaimanapun, kaunseling dan psikologi diambil kira

untuk memotivasikan pembelajaran.

Kaedah Oral-Aural Konsep yang paling utama ialah dengar dan tutur.

Kaedah ini membolehkan murid-murid

memperkembangkan kemahiran mendengar,

57

Page 58: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

bertutur, membaca dan menulis. Alat pandang

dengar yang lengkap merupakan salah satu bahan

yang boleh menjadikan dialog lebih realistik

sementara bahan latihan menyebut dan membaca

bahan dikawal oleh bahan yang telah diberi atau

disusun rapi. Sistem tatabahasa seperti

perbendaharaan kata diberikan penekanan tetapi

secara beransur-ansur dan kemahiran seterusnya

pula dikuasai seperti menguasai bacaan, latihan

menulis tentang bahan-bahan yang telah dipelajari

dan seterusnya latihan menulis itu dibebaskan.

Tujuan penggunaan kaedah ini ialah bagi

membolehkan murid-murid memperkembangkan

keempat-empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran

mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca

dan kemahiran menulis. Namun demikian, kemahiran

mendengar dan kemahiran bertutur lebih diberikan

keutamaan.

Kaedah penglibatan tindak

balas fizikal (TBF)

Total Physical Response (TPR) lebih mementingkan

pemahaman bahasa melalui pendengaran serta

memulakan pelajaran dengan kemahiran mendengar.

Kaedah suggestopedia Kaedah ini dikenali Super Learning yang pada

pendapat pengasasnya bahawa tiada suatu aksi pun

yang todak boleh dijadikan contoh. Penumpuan amat

penting. Muzik dan alunan irama boleh menggiatkan

pembelajaran.

Kaedah eklektik Kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik

dalam pengajaran bahasa yang terdapat dalam

kaedah-kaedah lain ataupun tidak terikat dengan

58

Page 59: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

hanya satu-satu kaedah btertentu sahaja. Ia

merupakan hasil daripada pengubahsuaian terhadap

kaedah terus. Kaedah eklektik ini cuba

menggabungkan teknik-teknik pengajaran yang

terbaik daripada kaedah terus dan kaedah nahu

terjemahan untuk tujuan membentuk satu strategi

pengajaran bahasa kedua atau bahasa asing yang

berkesan.

Kaedah ini menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran mengikut kemampuan dan keupayaan

murid dan boleh juga bermula dengan menguasai

kemahiran mendengar dan bertutur dahulu sebelum

mula menguasai kemahiran menulis. Unsur-unsur

tatabahasa juga diajarkan secara induktif dan deduktif

dan guru menggunakan terjemahan bagi

menghuraikan unsur-unsur tatabahasa yang

menimbulkan masalah kepada murid-murid di

samping guru yang boleh menggunakan alat bantu

mengajar.

Rajah 5.1 Kaedah-kaedah pengajaran

Menurut Edward M. Anthony (1963) :

“Method is overall plan for the orderly presentation of

language material, no part of which contradicts, and all of which is based

open, the selected approach. Whitin one approach is axiomatic, a method

is procedural. Within one apporach, there can be many methods”.

59

Page 60: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

6.1 Banding Beza Kaedah

Rajah 5.2 Perbezaan Kaedah Pengajaran

60

Kaedah klasik ini menekankan ejaan dan penulisan. Hukum tatabahasa dihafaz. Terjemahan difikirkan sebagai satu cara yang penting untuk mempelajari perbendaharaan kata.

hubungan terus perkataan dengan benda, perkaitan dengan pengalaman, mewujudkan rasa ingin tahu, dan berkaitan dengan asas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda.

membolehkan murid-murid memperkembang-kan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis

mengutamakan pengajaran kecekapan berbahasa atau rumus-rumus tatabahasa dalam pengajaran bahasa yang juga bersamaan dengan ciri pengajaran bahasa melalui kaedah nahu terjemahan

kaedah kod-

kognitif

kaedah oral-aural

kaedah tatabahasa terjemahan

kaedah terus

Page 61: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

7.0 Teknik pengajaran bahasa

Teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru

untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian

pengajaran tertentu (Mangantar Simanjuntak,1981:57) Teknik pengajaran merupakan

ciri-ciri khusus yang ada pada sesuatu prosedur pengajaran seperti langkah-langkah

pengajaran yang dilaksanakan, cara penyampaian bahan dan alat bantu mengajar.

Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama

dengan pendekatan yang dianuti. Tujuan teknik- teknik ini digunakan dalam pengajaran

bahasa adalah kerana untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian dan

membangkitkan rasa ingin tahu murid. Antara teknik-teknik pengajaran bahasa ialah :

7.1 Teknik latih tubi

Teknik ini merupakan aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuannya

adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping menjamin

ketekalannya. Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti

kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui

teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud

perkataan serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan-perkataan itu.

Teknik ini berasaskan kaedah pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang

biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Berdasarkan teknik ini, perhatian

diberikan kepada lima aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu sebutan,

tatabahasa, perbendaharaan kata, kefasihan, dan kefahaman.

Teknik ini dikenali juga dengan menghafaz. Antara pengalaman teknik ini ialah ia

mengehadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun

begitu, teknik ini amat dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan

ikutan dan ulangan.

61

Page 62: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

7.2 Teknik simulasi

Teknik simulasi boleh didefinisikan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir

menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri

berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan

masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini, pelajar akan dapat menggunakan

kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan

individu tertentu dan mencatat isi penting. Dalam proses ini, pelajar digalakkan untuk

memberikan pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Teknik ini memberi pelajar peluang

untuk mengalami sendiri situasi dan masalah. Terdapat pelbagai kemahiran yang dapat

digabungjalinkan dan dipertingkatkan dalam teknik ini terutamannya kemahiran lisan,

membaca dan menulis. Melalui teknik ini, pelbagai aktiviti menarik yang menjadi

sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan

pembelajaran dapat diwujudkan.

7.3 Teknik main peranan

Main peranan boleh ditakrifkan sebagai melakonkan sesuatu situasi, masalah

atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai

watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah

dramatisasi yang tidak memerlukan penghafalan skrip. Pelakon-pelakon perlu

menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada pelajar-pelajar yang lain supaya

mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara

spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai.

Masallah dikemukakan kepada pelajar dengan membacakannya atau memperlihatkan

melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

7.4 Teknik sumbangsaran

Teknik ini juga dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang

merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan

62

Page 63: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

meyumbangkan pendapat dan idea. Teknik ini boleh dimulakan dengan aktiviti

permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti

perbincangan yang lebih serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah,

universiti, dan latihan profesional. Teknik sumbangsaran ini menekankan pengeluaran

idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran secara bertulis.

7.5 Teknik permainan bahasa

Permainan bahasa merupakan salah satu cara adalah mempelajari bahasa

melalui teknik permainan. Penglibatan pelajar dalam permainan telah memberikan

mereka peluang untuk memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan

sebagai alat diagnostik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan

pelbagai kemahiran berbahasa pelajar seperti kemahiran mendengar, bertutur,

membaca dan menulis.

Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hala tuju ini diinterprestasikan melalui objektif

tersirat dalam permainan bahasa iaitu merangsang interaksi verbal pelajar, menambah

kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, bertindak sebagai alat

yang dapat mengikis rasa bosan dan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan

dan pengayaan.

7.6 Teknik soal jawab

Teknik ini merupakan teknik yang paling lama dan popular dalam dunia

pendidikan. Pemilihan teknik ini adalah kerana bentuknya yang mampu mewujudkan

interaksi yang lebih berkesan antara guru dengan murid. Teknik ini dilaksanakan

dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran

yang memerlukan pelajar berfikir di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar

dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. Soalan yang

terancang dan bermutu dapat menajamkan pemikiran pelajar serta dapat mewujudkan

suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan. Tujuan utama teknik soal

jawab adallah untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid, menggalakkan pelajar

63

Page 64: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

berfikir secara kritis, inovatif, logik dan kritis serta untuk mendorong pelajar menyusun

dan menghuraikan bahan yang diajar.

7.7 Teknik bercerita

Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk

membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang menarik minat

dan perhatian pelajar. Melalui teknik ini, latihan pemahaman , perluasan

perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Selain itu, penguasaan

kemahiran berbahasa dalam kalangan murid dapat dipertingkatkan.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,

kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberikan kepada teknik

persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang

penting. Ia haruslah dikawal supaya tidak mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah guru perlulah memilih

cerita-cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid serta sesuai

dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Selepas itu guru perlu mengkaji cerita

itu dan memasukkan aspek-aspek bahasa. seterusnya guru perlu menghafaz frasa atau

ayat-ayat penting dan berlatih bercerita sekurang-kurangnya sekali sebelum

menggunakan teknik ini. Langkah yang seterusnya ialah guru perlu bercerita dalam

keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objek sebenar atau lain-lain

BBM. Akhir sekali guru perlu menyediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-

ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

7.8 Teknik drama

Teknik ini sering kali digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang

berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan

utama teknik ini adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur para

linguistik (jeda, nada, intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala

dan lain-lain) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.

64

Page 65: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Penggunaan teknik ini dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk

menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya.

Melalui teknik ini pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan,

memberi dan berkongsi sesuatu serta dapat menimbulkan keseronokan dan

keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, di samping dapat menyuburkan sahsiah

pelajar. Teknik drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu

alat bantu pengajaran dan pembelajaran.

7.9 Teknik inkuiri

Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Teknik ini merangkumi aspek soal

selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.

Melalui teknik ini, daya refleksi dalam kalangan pelajar dapat ditimbulkan. Teknik ini

merupakan satu kaedah pengajaran yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya

kreativiti dalam kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan

‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan. Teknik

ini dapat memberi latihan sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan

kritis. Pengendalian teknik ini adalah proses mengenali masalah, mengkaji ramalan,

mengumpul maklumat, menganalisis, dan membuat rumusan.

7.10 Teknik perbincangan

Teknik perbincangan boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan

mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuan teknik ini adalah untuk melatih

pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan

1990:85).

Teknik ini merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk

perbualan yang dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah pemantauan seorang guru.

Pelajar akan bekerjasama antara satu sama lain dalam melontarkan pandangan

masing-masing mengenai sesuatu topik atau perkara yang diberi misalnya dalam

mesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat. Melalui perbincangan, murid

65

Page 66: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

mempunyai peluang dan ruang untuk bercakap terutama ketika dalam aktiviti separa

normal. Latihan ini bukan sahaja dapat menajamkan minda murid malah dapat melatih

murid untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.

Peranan guru akan sentiasa berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh

pelajar sendiri. Bagi menjalankan teknik ini, terlebih dahulu guru perlu menarik minat

murid terhadap tajuk perbincangan yang akan dijalankan. Kemudian, guru

membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan memilih seorang ketua yang

boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat

dijalankan dan dicapai. Seterusnya guru menugaskan setiap kumpulan mendapatkan

maklumat dengan cara berbincang dengan ahli – ahli kumpulan. Ketika proses

perbincangan berlaku,guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang

lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan

perbincangan menghala ke arah yang betul. Setelah tamat sesi perbincangan, guru

boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatat di

papan tulis mengikut kepentingan. Setelah di bincang, guru bolehlah menjalankan

aktiviti penulisan dan sebagainya.

7.11 Teknik forum

Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel

untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk yang

dilakukan secara formal. Teknik forum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai

dijalankan kerana pelajar akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan secara

langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas,

objektif, kreatif dan rasional. Bagi menjalankan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih

haruslah mudah, menarik dan mancabar selaras dengan kemahiran, pencapaian dan

peringkat umur mereka. Teknik ini memerlukan persediaan yang rapi sebelum, semasa

dan selepas aktiviti.

66

Page 67: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

7.12 Teknik perbahasan

Teknik perbahasan sesuai diajar di semua peringkat pelajar di sekolah

menengah. Bahas merupakan pengucapan sama ada menyokong atau membangkang

sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Teknik ini

mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Antara manfaat penggunaan teknik ini ialah

dapat memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan, melatih murid

berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat, teratur dan bernas,

membolehkan murid menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur

ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.

Selain itu melalui teknik ini juga dapat melatih murid untuk mengemukakan hujah

secara rasional, kritis dan membidas, melatih kemahiran mendengar, menaakul,

berhujah dan membidas. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk

kebolehan berbahas dalam kalangan pelajar. Perkembangan kebolehan berbahas

dengan sendirinya dapat membantu perkembangan kemahiran berbahasa,

perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat

kepimpinan.

7.13 Teknik kuiz

Aktiviti kuiz merupakan aktiviti pertandingan yang meliputi pertandingan antara

pelajar. Tujuan teknik ini diperkenalkan adalah kerana guru dapat mengukuhkan dan

memantapkan pemahaman pelajar mengenai sesuatu topik. Selain itu, pelajar dapat

mengulangkaji sambil bergembira, dapat melupakan permasalahan mereka dengan

mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki. Pelajar juga dapat belajar kaedah

berfikir yang baru serta dapat membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu

terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.

Terdapat dua bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini

iaitu menjalankan teknik kuiz secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan

dan penutup serta menjadikan kuiz sebagai aktiviti rangsangan, pengayaan, pemulihan

dan pengukuhan.

67

Page 68: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

7.14 Banding beza Teknik

Rajah 6.1 Perbezaan Teknik-Teknik Pengajaran

68

melakonkan sesuatu situasi, masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tidak memerlukan penghafalan skrip.

T e k n ik m a in p e ra n a n

dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan meyumbangkan pendapat dan idea.Teknik ini boleh dimulakan dengan aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan

T e k n ik su m b a n g sa ra n

merangkumi aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah, daya refleksi dalam kalangan pelajar dapat ditimbulkan. Teknik ini merupakan satu kaedah pengajaran yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti dalam kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan ‘bagaimana’.

T e k n ik in k u ir i

merupakan aktiviti pertandingan yang meliputi pertandingan antara pelajar. Tujuan teknik ini diperkenalkan adalah kerana guru dapat mengukuhkan dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai sesuatu topik

T e k n ik k u iz

Page 69: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

8.0 PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

69

Page 70: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

1. Butiran Am :

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 4 A

Bilangan Murid : 31 orang

Tema : Hari Kokurikulum

Tajuk : Pertunjukkan Seni Mempertahankan Diri

Tarikh : 26 Mac 2010

Masa : 60 minit

2. Hasil Pembelajaran:

Fokus utama :

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 2i. Membaca dan memahami pelbagai jenis ayat dengan memberikan

penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.

6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.

Aras 2i. Meneliti halaman kandungan dan sinopsis prakata untuk mendapatkan

maklumat.

8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.

70

Page 71: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Aras 1i. Mengenal pasti isi yang sesuai dengan tajuk.ii. Membina ayat topik dan ayat huraian berdasarkan isi yang dikenal

pasti tentang sesuatu tajuk.

Fokus sampingan :

7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.

Aras 2i. Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat berdasarkan bahan yang dibaca.

3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk menggunakan kata, Istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.

i. Menyusun isi penting sesuatu topik.ii. Menyampaikan isi penting sesuatu topik secara tersusun dengan bahasa

yang mudah.

3. Objektif :

Pada akhir pelajaran murid dapat;i. Membaca perkataan, frasa, dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betuli. Membaca halaman teks dan prakata untuk mendapatkan maklumat pentingii. Menyatakan makna perkataan dengan menggunakan kamus serta

memberikan maksud frasa dalam ayat yang diberikaniii. Membina ayat topik dan ayat huraian daripada isi karangan

4. Sistem Bahasa :

Tatabahasa : imbuhan, kata nama, kata kerja, kata adjektif Kosa kata : mempertahankan, cergas, menghindarkan, vandalisme

71

Page 72: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

5. Pengisian Kurikulum

i) Ilmu : Pendidikan Jasmani dan Kesihatanii) Nilai : Berani, berkeyakinan dan bekerjasamaiii) Kemahiran Bernilai Tambah (KBT):

- Kemahiran belajar - Belajar Cara Belajar- Kinestatik - Interpersonal - Kemahiran berfikir- menghubungkait, membuat inferens

6. Bahan Bantu Mengajar i) Gambar-gambar seni mempertahankan diriii) Petikan Teks iii) Soalan pemahaman

7. Pengetahuan Sedia Ada : i) Murid-murid sudah mengetahui atau pernah menyertai seni

mempertahankan diri.ii) Murid-murid pernah didedahkan dengan seni mempertahankan diri

sebelum ini.

Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Catatan

72

Page 73: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

masa dan PembelajaranSet induksi

( 5 minit )

-Guru bertanyakan

soalan berkenaan

gambar-gambar

tersebut

-Contoh soalan :

i. Apakah yang

sedang dilakukan

oleh orang

tersebut?

ii. Pernahkah kamu

melihat orang

mempertahankan

diri dengan seni

mempertahankan

diri tersebut?

- Guru memaparkan

gambar-gambar

yang berkaitan

dengan seni

mempertahankan

diri.

- Guru mengaitkan

tajuk dengan isi

pelajaran pada hari

ini.

KB : menghubungkait,

inferens

BCB: melihat dengan

aktif

BBB : gambar-gambar

Teknik : Guru

menggunakan teknik soal

jawab dan perbincangan

bagi menarik minat murid-

murid mengenali jenis-jenis

seni mempertahankan diri.

Pendekatan : Induktif

Langkah 1

( 8 minit )

-Membaca dan

berbincang tentang

teks yang bertajuk

“Faedah Seni

Mempertahankan

Diri”

- Guru

membahagikan

petikan teks dan

mengarahkan murid

supaya membaca

teks tersebut.

- Murid-murid diminta

untuk membaca teks

tersebut dengan

sebutan dan intonasi

yang betul.

- Guru dan murid-

murid berbincang

mengenai makna

perkataan-perkataan

KB : membuat inferens

BCB : i) mengemukakan

pendapat dan idea yang

bernas.

ii) membaca dengan teliti.

BBB : petikan teks

Teknik : guru

menggunakan teknik

sumbangsaran

Kaedah : oral-aural bagi

meningkatkan kemahiran

mendengar dan membaca.

73

Page 74: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

yang baru di dalam

teks.

Langkah 2

(20 minit )

- Murid menjawab

soalan-soalan

berdasarkan teks

yang telah

disediakan.

- Contoh soalan :

1) Apakah salah satu

jenis kegiatan

kokurikulum di

sekolah?

2) Mengapakah

murid-murid

digalakkan untuk

mengambil bahagian

dalam aktiviti seni

mempertahankan

diri?

- Guru memberi

arahan kepada

murid-murid untuk

menjawab soalan-

soalan yang telah

disediakan.

- Setelah murid

selesai menjawab,

guru dan murid

berbincang

mengenai jawapan

bagi soalan-soalan

tersebut.

KB : menghubungkaitkan,

menjana idea

BCB : memproses

maklumat, melaporkan

maklumat

KP : verbal linguistik,visual,

intrapersonal, interpersonal

Nilai : kerjasama,

Teknik : guru

menggunakan teknik kod-

kognitif bagi meransang

murid berfikir

Langkah 3

( 22 minit )

- Membina ayat topik

dan ayat huraian

tentang Kebaikan

Seni

Mempertahankan Diri

Contohnya :

Ayat topik :

Menyihatkan badan

ayat huraian : Kita

-Guru menyoal dan

berbincang dengan

murid tentang

kebaikan seni

mempertahankan diri

- guru mengarahkan

murid-murid

membina ayat

huraian berdasarkan

ayat topik yang telah

KB : menjana idea,

menghubungkaitkan,

membuat inferens.

BCB : mengumpul,

memproses, mencatat dan

melaporkan maklumat.

KP :

intrapersonal;interpersonal,

visual, verbal-linguistik.

Nilai : bekerjasama,

74

Page 75: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

digalakkan menyertai

seni

mempertahankan

kerana ia boleh

menyihatkan badan.

dibincangkan tadi

secara berpasangan.

- Guru mengarahkan

pelajar membaca

ayat yang telah

dibina.

BBB : isi-isi penting

Teknik : sumbangsaran

dan perbincangan

Penutupan

( 5 minit )

- Rumusan :

i. Nilai murni

- Guru berbincang

dengan murid

tentang pelajaran

yang mereka telah

pelajari hari ini.

- Guru bertanya

murid tentang nilai-

nilai murni yang telah

dinyatakan.

Teknik : perbincangan

Kaedah : eklektif

8.1 Laporan Analisis Pengajaran dan Pembelajaran

75

Page 76: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Langkah Masa Kekuatan/

Kelemahan

Sebab/ Punca Cara Memperbaiki

Set Induksi :

Guru bertanyakan

soalan berkenaan

gambar-gambar

seni

mempertahankan

diri.

Kekuatan :

Murid-murid

mengambil perhatian

dan bersoal-jawab

dengan guru

Kelemahan :

Murid tidak tahu

beberapa jenis seni

mempertahankan diri

Sebab :

Gambar-gambar yang

menarik minat murid.

Punca :

Set induksi

seharusnya

memainkan peranan

dalam menarik minat

dan meransang murid

untuk meneruskan

pembelajaran.

Cara :

Menambah

pengetahuan murid

dengan pelbagai jenis

seni mempertahankan

diri.

Langkah 2 :

Guru memberi

arahan kepada

murid-murid untuk

menjawab soalan-

soalan yang telah

disediakan.

Kekuatan:

Murid mengambil

masa yang sedikit

untuk menjawab

soalan yang

diberikan.

Kelemahan :

Murid membuat

bising di dalam kelas

selepas menjawab

Sebab :

Aras soalan yang

disediakan adalah

aras 1-mudah.

Punca :

Sesetengah murid

mengambil masa yang

sikit untuk menjawab

Cara :

Bersoal jawab dengan

murid-murid tentang

pengalaman mereka

76

Page 77: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

soalan yang

diberikan.

soalan, sementara

menunggu rakan lain,

mereka membuat

bising.

menyertai seni

mempertahankan diri.

Langkah 3 :

-Guru menyoal dan

berbincang dengan

murid tentang

kebaikan seni

mempertahankan

diri

-Guru

mengarahkan

murid-murid

membina ayat

huraian

berdasarkan ayat

topik yang telah

dibincangkan tadi

secara

berpasangan.

Kekuatan :

-Pelajar memahami

dengan mudah

kebaikan seni

mempertahankan diri

yang telah

diterangkan oleh

guru.

-Semua murid

menunjukkan minat

dalam sesi

perbincangan.

Kelemahan :

Semua murid ingin

bersuara dan guru

tidak dapat

mengawal kelas.

Sebab :

-Guru menerangkan

dengan jelas maksud

keselamatan beserta

contoh, kemudian

guru meminta pelajar

membaca semula

maksud tersebut.

-Guru memberikan

arahan yang jelas dan

menggunakan strategi

berpusatkan murid.

Punca :

Guru mengaitkan

kebaikan seni

mempertahankan diri

dengan isu semasa

dan ini menyebabkan

ramai pelajar ingin

berkonsi cerita dan

pendapat mereka.

Cara:

Guru perlu bijak

mengawal kelas

dengan mengenakan

syarat kepada mereka.

(letak satu jari di

mulut).

Penutup : Kekuatan : Sebab :

77

Page 78: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Pengajaran dan

pembelajaran

berlaku secara

berkesan.

Pengaplikasian

kaedah, teknik dan

strategi dalam

pengajaran dan

pembelajaran.

8.2 Refleksi Kendiri

Menimba pengetahuan dalam subjek Pedagogi Bahasa Melayu ini merupakan

perkara yang amat bermakna dan berguna. Subjek ini bukan sahaja sekadar teori tetapi

secara lahiriahnya juga tanpa disedari adanya amali berkaitan hal-hal tertentu yang di

lakukan secara sedar mahupun tidak sedar. Subjek ini bukanlah sebuah subjek yang

mudah kerana setiap tajuk atau topik yang dipelajari terkandung segala macam teori

yang memerlukan pemahaman yang tinggi dan perhatian yang penuh juga perlu

diberikan. Tidak ketinggalan juga, pelbagai pendekatan, strategi, teknik dan kaedah

yang telah diperolehi melalui subjek ini yang boleh diguna pakai dalam proses

pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Sebagai bakal pendidik, guru pelatih

perlu mempelajari semua maklumat dan ilmu ini supaya dapat diamalkan kelak.

Bagi merealisasi dan mengaplikasikan semua dapatan ini satu program

profesional telah dijalankan iaitu program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

Sepanjang menjalani program ini, saya berpeluang melakukan proses pengajaran dan

pembelajaran untuk tahun empat selama satu jam iaitu pada 26 Mac 2010

Berdasarkan pengalaman yang saya lalui ini, pelbagai pro dan kontra yang dapat

saya perolehi. Pada waktu sesi pembelajaran dilakukan, murid-murid memberikan

tumpuan penuh dan tertarik dengan penggunaan alat bantu mengajar yang digunakan.

Oleh yang demikian, penggunaan alat bantu mengajar yang menarik perlu diaplikasikan

di dalam bilik darjah kerana ini merupakan satu cara yang dapat menarik minat pelajar

sekaligus menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.

78

Page 79: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Manakala pendekatan yang diaplikasikan sewaktu proses pengajaran dan

pembelajaran ini adalah pendekatan induktif. Terdapat sedikit masalah menggunakan

pendekatan ini kerana pada peringkat awalnya pelajar kurang faham tentang tajuk yang

hendak dipelajari mereka pada hari itu. Setelah penerangan yang jelas beserta contoh

diberikan oleh guru barulah aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini menjadi lebih

menarik.

Murid-murid di dalam kelas ini adalah seramai 31 orang, oleh yang demikian

proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan masih dapat dikawal baik

walaupun terdapat beberapa orang pelajar yang ada juga menimbulkan sedikit masalah

dengan membuat bising di dalam kelas.

Sepanjang tempoh melakukan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu ini, saya telah membuka satu dimensi baru yang mana mampu mendekatkan

diri saya dengan kanak-kanak sekaligus memberi pengalaman kepada saya berkaitan

alam persekolahan sebelum saya memikul tanggungjawab sebagai pendidik. Saya

mula belajar bagaimana untuk mengawal kerenah murid-murid dan emosi sendiri ketika

berhadapan dengan mereka. Saya juga mula belajar untuk mengenali diri saya sendiri

sama ada baik mahupun buruk dan memuhasabahkan diri semula.

Secara kesimpulannya, subjek ini memberikan banyak input yang berguna

kepada saya di dalam peperiksaan dan paling penting sekali adalah untuk diaplikasikan

di dalam kehidupan seharian saya. Penerangan yang jelas dan perkongsian maklumat

memberikan kredit terhadap setiap diri individu itu sendiri. Subjek ini juga telah

menambahkan lagi minat saya untuk mendalami ilmu bahasa dengan lebih mendalam.

Keseluruhannya, ini merupakan satu subjek dan sesi pengajaran dan pembelajaran

yang menarik.

9.0 RUMUSAN

79

Page 80: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Dalam penghasilan kerja kursus ini, dapatlah disimpulkan bahawa dalam

mendefinisikan bahasa, para ahli linguistik telah memberi pandangan yang berbeza-

beza berdasarkan kajian yang telah mereka lakukan. Tiap-tiap mereka telah

mentakrifkannya dengan susunan perkataan dan ayat yang berlainan. Walau apa pun

yang telah diperkatakan oleh tiap-tiap definisi itu, dapatlah dikatakan bahawa konsep

tatabahasa itu merupakan satu set peraturan yang terdapat dalam sesuatu bahasa.

Terdapat empat teori huraian bahasa yang telah digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran iaitu teori tradisional (Panini), teori analisis struktural (Bloomfield), teori

analisis transformasi-generatif (Chomsky) dan teori fungsional (Halliday). Manakala,

dalam teori pemerolehan bahasa pula, ahli-ahli bahasa telah membuat kajian tentang

bagaimana proses pemerolehan bahasa itu berlaku, lalu terbitlah teori-teori seperti teori

behaviuris, teori mentalis, teori kod kognitif dan teori interaksional.

Dalam membincangkan tentang definisi pendekatan, dapatlah dirumuskan

bahawa pendekatan merupakan cara mendekati sesuatu , iaitu bagaimana sesuatu

matapelajaran diajar berdasarkan objektif jangka panjang. Pendekatan yang

dibincangkan termasuklah pendekatan induktif, deduktif, eklektik dan komunikatif.

Pendekatan-pendekatan ini mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang sendiri.

Sementara itu, terdapat tiga jenis strategi pengajaran yang boleh digunapakai

dalam pengajaran harian bagi meningkatkan kefahaman murid dalam pembelajaran.

Strategi-strategi yang dimaksudkan itu ialah strategi berpusatkan guru, berpusatkan

murid dan juga berpusatkan bahan.

Tidak lengkap kiranya subjek Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah

Rendah ini tanpa membincangkan tentang kaedah dan teknik dan pengajaran yang

boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai

kaedah dan teknik pengajaran boleh digunakan untuk menyampaikan pengetahuan dan

kemahiran kepada pelajar antaranya ialah kaedah oral-aural, kaedah kod-kognitif,

kaedah terus, kaedah askar dan sebagainya. Terdapat juga teknik-teknik pengajaran

seperti teknik bercerita, teknik perbincangan, teknik sumbangsaran, teknik kuiz dan

sebagainya.

Melalui penulisan kerja kursus ini juga, dapatlah saya mengaplikasikan segala

ilmu pengetahuan yang telah ditimba. Untuk melaksanakan satu sesi pengajaran dalam

80

Page 81: kaedah pengajran BMSR

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

kelas selama 60 minit, saya telah menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan

teknik yang sesuai dengan tajuk dan bahan pengajaran. Ini juga memberikan banyak

pengalaman kepada saya untuk membaikpulih kekhilafan dalam penghasilan

rancangan pengajaran harian yang lengkap pada masa akan datang.

81