Upload
alya-syafeqah
View
262
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
1/50
1
Nama Pengajar : Siti Syahida bt Maasah (L 20092004013)
: Tuan Maheran bt Tuan Shaffee (L 20092004014)
Tarikh :
Mata Pelajaran : Pendidikan Moral
Tingkatan : 2
Masa : 40 minit
Bil Pelajar : 53 orang
Bidang Pembelajaran/ Nilai : Nilai berkait Hak Asasi Manusia
Tajuk/ Kandungan Akademik : Ibu Bapa Pelindung Kanak-kanak
Objektif/ Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran, pelajar dapat:
i) Menerangkan hak sebagai seorang kanak-kanak (aras kognitif)ii) Berasa gembira membantu kanak-kanak yang berada dalam
kesusahan (aras afektif)
iii)Melibatkan diri dalam kempen kanak-kanak dengan memberibantuan berupa pakaian dan makanan (aras psikomotor)
Pendekatan/ Teknik : Perkembangan Moral Kognitif, Penjelasan Nilai
Sumber : Gambar, petikan bersituasi
Pengetahuan Sedia Ada : Sebelum memulakan pengajaran ini, pelajar telah mengetahui peranan
utama ibubapa terhadap anak-anak mereka.
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
2/50
2
Prosedur Aktiviti/ Kaedah/ Teknik BBM Catatan
Peranan Guru Aktiviti Pelajar
Set Induksi
( 3 minit)
Bersoal jawab dengan pelajar
Cth: Apakah yang anda tahu
tentang peranan ibu terhadap
anda?
Apakah peranan bapa kepada
anda?
Memberi gerak balas
dan menjawab
secara bebas
Langkah 1
( 5 minit)
1) Guru menunjukkangambar tentang
penderitaan kanak-kanak
yang tidak mendapatperlindungan dari ibubapa
mereka
2) Guru berbincang tentanggambar berkenaan
bersama pelajar
Pelajar menjawab
berdasarkan gambar
yang dilihat
Gambar
Langkah 2
(10 minit)
1) Membahagikan pelajarkepada 10 kumpulan (5
atau 6 orang setiap
kumpulan).
2) Mengedarkan petikanbersituasi yang berbeza
mengikut kumpulan
10
petikan
bersituasi
Langkah 3
(15 minit)
Memberikan arahan aktiviti
yang hendak dijalankan
Wakil dari setiap
kumpulan
membentangkan
hasil perbincangan
yang diperolehi di
depan kelas
Langkah 4 Memberi komen serta
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
3/50
3
(5 minit) pengukuhan yang positif di
atas setiap pembentangan
pelajar
Penutup
(2 minit)
Membuat rumusan secara
keseluruhan tentang hak
seorang kanak-kanak
Penilaian Melengkapkan peta
minda tentang hak
seorang kanak-
kanak
Lembaran
bercetak
Tiap-tiap
pelajar
diberi
lembaran
bercetak
yang sama
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
4/50
4
Lampiran
Gambar
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
5/50
5
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
6/50
6
Petikan Situasi
Apakah yang akan anda lakukan dalam situasi berikut
i.
ii.
iii.
Semasa pulang dari sekolah anda terdengar jeritan
dan tangisan seorang kanak-kanak. Anda mengesyaki
bahawa kanak-kanak itu telah didera oleh
penjaganya. Anda berasa simpati dan kasihan
mendengar jeritan dan tangisan tersebut. Anda
bergegas pulang
Seorang kanak-kanak tinggal sehelai sepinggang
selepas rumahnya terbakar. Kedua-dua ibu bapa serta
adik-beradiknya yang lain tidak sempat
menyelamatkan diri. Semasa kejadian dia berada di
sekolah membuat projek bersama-sama rakannya.
Anda mengetahui kejadian tersebut apabila pulang ke
rumah
Rakan anda telah memberitahu bahawa dia akan
berhenti sekolah. Dia dipaksa oleh ibu bapanya
berhenti sekolah kerana dia terpaksa menolong
bapanya di kedai runcit. Anda merasakan bapa rakan
anda tidak menghormati hak anaknya untuk
mendapatkan pendidikan.
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
7/50
7
iv.
v.
vi.
Anda telah terjumpa seorang kanak-kanak yang
berpakaian kotor dan using ketika dalam perjalanan
pulang ke rumah. Kanak-kanak kecil itu mendakwa
dia belum makan langsung sepanjang hari ini.Semalam kanak-kanak kecil itu hanya mempunyai
beberapa biji gula-gula dan dia juga mendakwa tidak
mampu membeli makanan yang benar-benar
berkhasiat.
Saya merupakan seorang kanak-kanak yang masihberusia 8 tahun ketika pertama kali saya
meninggalkan rumah. Kini, sudah hampir 7 bulan
saya tidur dan menetap di tepi jalan. Saya tidak tahu
kemana hendak dituju dan saya tidak mengenali
sesiapa pun saya rasa begitu amat sukar untuk saya
Kawan anda telah mempelawa anda untuk datang ke
rumahnya. Setibanya anda di rumah kawan, Anda
terkejut dengan keadaan rumah kawan yang sangat
daif dan usang. Peralatan asas serta kelengkapan
rumah seperti televisyen, kerusi dan peralatan dapur
tiada. Anda berasa simpati dengan keadaan tersebut.
Sebaik sahaja pulang ke rumah anda terus
memberitahu ibu bapa anda.
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
8/50
8
vii.
viii.
ix.
x.Ketika anda berjalan menuju pasaraya untuk
membeli sebuah buku, anda ternampak seorang
kanak-kanak kecil sedang duduk sambil memegang
mangkuk untuk meminta sedekah. Anda berasa
simpati terhadap kanak-kanak tersebut dan
menderma sebahagian daripada wang yang berada
dalam tangan anda. Setibanya di sekolah, anda
menceritakan kejadian tersebut di dalam kelas anda.
Sekiranya saya mempunyai peluang, hidup saya pasti
akan berubah dan tidak seperti sekarang. Saya tidak
memiliki rumah yang mempunyai ibu bapa. Saya
hanya meneruskan hidup saya walau tidak seperti
kanak-kanak yang lain. Saya tidak boleh hidup tanpa
pil khayal. Saya juga tidak mampu meneruskan hidup
tanpa adanya motivasi dan adakah motivasi itu
penting untuk saya teruskan hidup ini.
Saya merupakan kanak-kanak yang berusia 15 tahun.
Ini merupakan bilik mandi saya. Tiada bekalan air di
sini. Dan saya tidur di bilik ini. Ini merupakan bilik
yang bagus buat saya kerana walaupun hujan bilik
saya tetap tidak basah. Di sini tidak mempunyai
bekalan air, elekrik dan juga gas. Saya hanya
menggunakan lilin dan kadang-kala saya hanya
menggunakan cahaya dari api yang saya bakar dalam
di tong sampah.
Semasa anda berjalan bersama kawan anda, anda
terlihat seorang kanak-kanak berusia dalam
lingkungan 9 tahun yang tidur di tempat letak kereta
dan juga di taman permainan berhampiran rumah
anda. Anda sedih melihat keadaan tersebut dan anda
memberitahu keluarga anda setibanya di rumah
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
9/50
9
Arahan
Anda dikehendaki untuk melengkapkan peta minda tentang hak-hak seorang kanak-kanak di
bawah.
Hak Seorang
kanak-kanak
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
10/50
10
Nama Pengajar : Siti Syahida bt Maasah (L 20092004013)
: Tuan Maheran bt Tuan Shaffee (L 20092004014)
Tarikh :
Mata Pelajaran : Pendidikan Moral
Tingkatan : 2
Masa : 40 minit
Bil Pelajar : 53 orang
Bidang Pembelajaran/ Nilai : Nilai berkait Hak Asasi Manusia
Tajuk/ Kandungan Akademik : Menghormati hak wanita tangungjawab semua
Objektif/ Hasil Pembelajaran : Di akhir pelajaran ini, pelajar dapat:
i) Menghuraikan peranan wanita sebagai penggerakpembangunan Negara (aras kognitif)
ii) Menghargai sumbangan wanita terhadap keluarga dan negara(aras afektif)
iii)Menunjukkan sikap hormat dengan memberi peluang kepadawanita untuk menunjukkan kebolehan mereka (aras
psikomotor)
Pendekatan/ Teknik : Penjelasan Nilai, Analisis Nilai
Sumber : Video, petikan bersituasi
Pengetahuan Sedia Ada : Sebelum memulakan pengajaran ini, pelajar telah mengetahui peranan
utama wanita sebagai isteri, ibu dan anak dalam sesebuah keluarga
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
11/50
11
Prosedur Aktiviti/ Kaedah/ Teknik BBM Catatan
Peranan Guru Aktiviti Pelajar
Set Induksi
(5 minit)
Bersoal jawab dengan pelajar
Cth:
Siapakah tokoh wanita Negara
yang anda kenali dan kagumi?
Apakah peranan yang
dimainkan mereka dalam
pembangunan Negara?
Menjawab dengan
bebas dan spontan
berdasarkan
pengetahuan sedia
ada pelajar
Video cd
Langkah 1
( 10 minit)
Menayangkan video perutusan
sempena Hari Wanita
Kebangsaan 2009 oleh Dato
Shahrizat Jalil.
Bersoal jawab dengan murid
Cth :
Apakah yang anda perolehi
daripada video tersebut?
Apakah bentuk sumbangan dan
peranan wanita terhadappembangunan Negara?
Apakah hak yang patut
diperolehi sebagai seorang
wanita?
Menonton dan
mengenal pasti nilai
dan sumbangan yang
terdapat dalam video
tersebut.
Menjawab secara
bebas berdasarkan
pengetahuan sedia
ada
Langkah 2
(8 minit)
Aktiviti kumpulan:
Membahagikan pelajar kepada
5 kumpulan (10 atau 11 orang
pelajar dalam setiap kumpulan).
Mengedarkan kad perbincangan
bercetak berkait peranan wanita
.
Berbincang dalam
kumpulan yang telah
ditetapkan
Lembaran
bercetak
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
12/50
12
Langkah 3
(15 minit)
Memberi arahan, komen dan
menggalakkan pelajar
bertanyakan soalan
Wakil dari setiap
kumpulan
membentangkan
hasil perbincangan
di depan kelas
Penutup
(2 minit)
Membuat rumusan secara
keseluruhan tentang hak dan
sumbangan wanita
Penilaian Mengedarkan lembaran
bercetak berkait penglibatan
wanita dari segi ekonomi,
politik dan sosial.
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
13/50
13
Lampiran
Kad perbincangan
i.
ii. .
iii.
iv.
v.
Tempat wanita adalah di rumah dan
peranan wanita hanyalah untuk
menguruskan rumah tangga semata-
mata. Bincangkan
Keunikan dan kelebihan yang ada pada
wanita hanya sesuai dan perlu
digunakan dalam bidang penjualan
produk seperti jualan langsung.
Bincangkan
Diskriminasi terhadap wanita sering
dikaitkan dengan isu pembayaran gaji.
Oleh itu, wanita harus mendapat
pembayaran gaji yang sama seperti
lelaki untuk kerja yang sama.
bincangkan
Tidak semua pekerjaan sesuai untuk
wanita dan tugas suri rumah merupakan
pekerjaan yang paling penting untuk
ditekankan kepada wanita. Bincangkan
Wanita perlu mendapat peluang
pendidikan yang sama seperti golongan
lelaki. Dan pendidikan khusus perlu
diberikan kepada wanita kerana wanita
mempunyai peranan utama yang lain
sebagai ibu da juga perancang keluarga.
Bincan kan
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
14/50
14
Lembaran Bercetak
Sila lengkapkan jadual yang telah diberikan di bawah ini.
Penglibatan dan sumbangan wanita terhadap pembangunan Negara
Bidang
Sumbangan
EKONOMI POLITIK SOSIAL
Keluarga Meningkatkan
pendapatan serta taraf
hidup keluarga ke arah
kehidupan yang lebih
baik
Mengukuhkan
kedudukan keluarga
Mengeratkan hubungan
kekeluargaan berdasarkan
pembahagian tugas yang
sama dalam menguruskan
rumah tangga
Masyarakat
Negara
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
15/50
15
Nama Pengajar : Siti Syahida bt Maasah (L 20092004013)
: Tuan Maheran bt Tuan Shaffee (L 20092004014)
Tarikh :
Mata Pelajaran : Pendidikan Moral
Tingkatan : 2
Masa : 80 minit
Bil Pelajar : 53 orang
Bidang Pembelajaran/ Nilai : Nilai berkait Hak Asasi Manusia
Tajuk/ Kandungan Akademik : Utamakan Kebajikan Pekerja
Objektif/ Hasil Pembelajaran : Di akhir unit ini, pelajar dapat:
i) Menghuraikan tanggungjawab majikan dalam menjaga hakpekerja (aras kognitif)
ii) Menghargai sumbangan pekerja dengan memberipengiktirafan terhadap jasa mereka (aras afektif)
iii)Menunjukkan sikap tanggungjawab dengan menjagakeselamatan pekerja (aras psikomotor)
Pendekatan/ Teknik : Perkembangan Moral Kognitif, Pemupukan nilai
Sumber : Surat khabar, kad dialog
Pengetahuan Sedia Ada : Sebelum memulakan pengajaran ini, pelajar telah mengetahui jenis-
jenis pekerjaan yang terdapat di Malaysia
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
16/50
16
Prosedur Aktiviti/ Kaedah/ Teknik BBM Catatan
Peranan Guru Aktiviti Pelajar
Set Induksi
(5 minit)
Menceritakan pengalaman kerja
yang pernah dilalui
Langkah 1(15 minit)
1) Menunjukkan keratan akhbaryang ditulis di atas kad
manila.Tajuk : 2 maut, 2
cedera tangki gas meletup
2) Bersoal jawab denganpelajar
Cth:
- Apakah tindakan yangharus anda lakukan
sebagai pekerja jika
berlaku kejadian tersebut
kepada diri anda?
- Sebagai seorang majikan,apakah yang harus anda
lakukan?
- Apakah hak yang patutdiperolehi oleh pekerja
tersebut?
Membaca dengan senyapdan memahami isi berita.
Menjawab secara bebas
berdasarkan pengetahuan
sedia ada mereka
terhadap hak yang perlu
ada pada pekerja
Kadmanila,
keratan
akhbar
Langkah 2
( 10 minit)
Aktiviti kumpulan:
Membahagikan pelajar kepada 4
kumpulan ( 13 atau 11 orang
bagi setiap kumpulan).
Mengedarkan lembaran bercetakmengandungi dialog antara
majikan dan pekerja
Murid berbincangmengikut kumpulan
masing-masing
Langkah 3
(25 minit)
Guru memberi arahan dan
menggalakkan murid
Wakil dari setiap
kumpulan melakonkan
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
17/50
17
bertanyakan soalan situasi dialog yang telah
dibincangkan
Langah 4
(10 minit)
Setiap kumpulan dikehendaki
menghasilkan sekeping poster
yang bertemakan Hari Pekerja
Setiap kumpulan murid
melukis poster beserta
tema masing-masing
Langkah 5
(10 minit)
Guru bertanyakan soalan
berkenaan poster yang
dihasilkan oleh murid.
Cth: Apakah tema poster yang
dihasilkan?
Wakil pelajar
membentangkan poster
yang telah dihasilkan.
Penutup
(5 minit)
Membuat rumusan secara
keseluruhan tentang kebajikan
pekerja.
Penilaian Meminta murid mencari
keratan akhbar berkait
hak yang patut diperolehi
pekerja untuk
perbincangan waktu
seterusnya
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
18/50
18
Lampiran
Keratan Akhbar
2 maut, 2 cedera tangki gas meletup (13 Disember 2009 / 26 Zulhijjah 1430)
BUTTERWORTH 28 Feb. - Dua pekerja kimpalan terbunuh, dua lagi cedera termasuk
seorang parah apabila tangki berisi bahan kimia metanol di sebuah kilang pengeluar bahan
mentah kosmetik, Fatty Chemical (M) Sdn. Bhd., di sini meletup pagi ini. Semasa kejadiankira-kira pukul 11.40 pagi itu, keempat-empat mangsa sedang melakukan kerja-kerja
membaiki paip tangki di kilang tersebut yang terletak di Kawasan Perindustrian Perai. Dua
mangsa yang terbunuh ialah Yip Hock Teong, 41, dari Jalan New Ferry dan Ko Chin Nam,
39, dari Taman Limau Manis, Bukit Tengah. Sementara mangsa yang cedera ialah M.Gunasegaran, 45, dari Taiping, Perak yang luka parah apabila 80 peratus badannya melecur
dan Zaily Md. Din, 24, dari Johor. Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Seberang
Jaya, di sini. Difahamkan, kesemua mangsa merupakan pekerja sebuah syarikat kontraktorluar iaitu Sankyu (Malaysia) Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat dari Jepun yang melakukan
kerja-kerja penyelenggaraan di kilang tersebut.
Pengarah Urusan syarikat itu, Mikio Takagi dalam satu kenyataan akhbar berkata, tidak
ramai pekerja berada di kilang itu ketika kejadian kerana ia ditutup selama sebulan mulai 18
Februari lepas hingga 19 Mac ini untuk kerja-kerja penyelenggaraan tahunan. Katanya,ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan, tangki berisi 30 meter padu metanol yang
terletak di bahagian belakang loji itu iaitu kira-kira 200 meter dari pintu masuk utama
meletup menyebabkan api menjulang tinggi.``Api berjaya dipadamkan oleh skuad kecemasan
loji kira-kira 20 minit selepas letupan.``Kami telah melaporkan kemalangan ini kepada pihakberkuasa berkenaan dan situasi adalah terkawal,'' ujarnya sambil menambah bahawa punca
kejadian masih disiasat.
Sementara itu, Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon pada sidang akhbar selepas
melawat kilang itu melahirkan perasaan sedih dengan kejadian itu dan mengucapkan takziah
kepada keluarga mangsa. Menurutnya, beliau prihatin dengan kemalangan yang berlaku itukerana kilang tersebut merupakan pengeluar bahan asid lemak kelapa sawit dan gliserin yang
terbesar di dunia iaitu sebanyak 200,000 metrik tan setahun. Ia merupakan bahan mentah
yang digunakan untuk membuat barangan kosmetik dan penjagaan diri seperti sabun mandi,bahan pencuci dan losen serta plastik. ``Kilang ini sentiasa mengamalkan standard
keselamatan yang tinggi dan pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan
kerjasama pihak bomba dan polis sedang menyiasat punca kejadian,'' ujarnya.
Menurutnya, kilang tersebut yang telah beroperasi selama 15 tahun merupakan usaha sama
antara Kao Jepun yang memiliki 70 peratus ekuiti manakala 30 peratus lagi dipegang oleh
Kumpulan IOI Malaysia. Dalam pada itu, jurucakap bomba berkata, sebanyak tiga jenteradengan 30 anggota termasuk sepasukan Unit Hazmat diketuai Penguasa Bomba Abdul Manaf
Che Isa dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan.
Sumber :
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dala
mNe eri& =dn_01.htm
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=DalamNegeri&pg=dn_01.htmhttp://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=DalamNegeri&pg=dn_01.htmhttp://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=DalamNegeri&pg=dn_01.htmhttp://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=DalamNegeri&pg=dn_01.htmhttp://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=DalamNegeri&pg=dn_01.htm8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
19/50
19
Kad dialog
Ali seorang pemandu lori bekerja di salah sebuah syarikat pembalakkan.
Ali: Assalamualaikum Encik Rabu.
En. Rabu: Waalaikumsalam. Silakan duduk Ali. Ada apa masalah awak ke mari?
Ali: Macam ni Encik Rabu. Encik tahukan saya sudah lama berkhidmat dengan encik dah
lebing kurang 10 tahun. Kalau boleh saya nak minta encik supaya mencarumkan saya
dalam PERKESO.
En. Rabu: Mengapa awak berkata sedemikian.
Ali: Encik tahukan kerjaya saya sebagai seorang pemandu lori. Kerja ini amat berat,
merbahaya dan mempunyai risiko yang tinggi. Saya takut sekiranya berlaku apa-apa
kepada saya, saya tidak akan mendapat sebarang pembelaan dari syarikat tuan. Boleh tak
sekiranya encik mempertimbangkan niat saya ini.
En. Rabu: Baiklah, saya akan mempertimbangkan cadangan awak itu.
Situasi di luar pejabat Syarikat Percetakan ABC.
Amir: Wah, seronoknya, beberapa hari lagi kita semua akan bercuti
Bos: Seronoknya kamu ni bila saja hari cuti. Apa rancangan kamu untuk hari cuti esok?
Amir: entahlah bos, saya masih belum ada perancangan yang tetap lagi.
Bos: Begini, memandangkan hari cuti yang akan tiba itu merupakan Hari Pekerja, saya ada
cadangan untuk kamu semua. Saya bercadang untuk membuat hari keluarga semasa cuti
tersebut untuk meraikan hasil usaha dan tenaga yang telah kamu semua curahkan kepada
perkembangan syarikat saya ni.
Amir: OK juga tu bos. Satu cadangan yang baik. Saya setuju sekali.
Bos: saya bukannya apa, saya Cuma ingin meraikan hari tersebut bersama kamu di
samping mengeratkan lagi perhubungan di antara kita dalam satu syarikat.
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
20/50
20
Situasi di pejabat salah sebuah syarikat pelaburan di ibu kota.
Bos: Ani, sudahkah anda menyiapkan semua laporan yang saya suruh tadi?.
Ani: belum lagi bos. Bos, boleh tak saya sambung siapkan esok sebab waktu pejabat ni
sudah hendak habis.
Bos: Tak boleh. Saya nak awak siapkan hari ini juga sebab saya nak bentangkan laporan itu
pada ahli lembaga pengarah yang lain esok.
Ani: Tapi bos.
Bos: Takde tapi-tapi. Siapkan hari ini juga. Apa yang kamu risau. Lagipun kamu boleh
ambil OT (overtime). Saya akan bayar OT awak. Bukan saya suruh awak kerja percuma.
Siapkan cepat laporan tu
Ani: Baik bos.
Situasi di sebuah bilik yang mana salah seorang pekerja syarikat pembinaan sedang
terlantar sakit akibat kecederaan yang dialami ketika melaksanakan kerja di tapak
pembinaan.
Bos: macam mana keadaan awak sekarang Mahmod?
Mahmod: Alhamdulillah bos. Keadaan saya semakin pulih. Macam mana dengan kerja
saya bos. Minta maaf kerana buat masa ni saya masih belum melaksanakan kerja saya.
Bos: Tidak mengapa, janganlah bimbang. Saya sudah mencari pekerja kontrak untuk
menyambung kerja kamu buat sementara ni. Kamu berehatlah sampai kamu betul-betul
sembuh barulah boleh sambung kerja kembali. Lagipun cuti sakit kamu masih ada.
Janganlah risau sangat.
Mahmod: saya risaulah bos. Saya sudah lama tidak pergi bekerja. Nanti wang pendapatan
juga akan sedikit disebabkan sudah banyak cuti yang saya ambil.
Bos: apa yang kamu risaukan. Cuti kamu kan cuti sakit. Saya tidak akan memotong gaji
untuk yang bercuti sakit. Kamu kena faham itu. Oklah, saya tak boleh lama. Masih banyak
kerja yang hendak saya uruskan. Ini ada sumbangan sikit daripada syarikat. Harap sudi
terima.
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
21/50
21
BAHAGIAN A
NILAI: Melindungi Hak Kanak-kanak
Kanak-kanak adalah mereka yang berumur 18
tahun ke bawah dan mempunyai hak yang
berbeza berbanding orang dewasa
KONSEP
Hak-hak yang perlu bagi seseorang kanak-
kanak
Faktor yang menyebabkan kanak-kanak
terbiar
IDEA
UTAMA
Kanak-kanak sebagai pewaris masa akan
datang dan modal insan kepada pembangunan
negara
FAKTA
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
22/50
22
IDEA
UTAMA
HAK KANAK-
KANAK
FAKTOR
KANAK-KANAK
TERBIAR
KEMAHIRAN
Pendidikan Tempat tinggal Kasih sayang Perlindungan Prihatin Keselamatan Kesihatan Makanan dan
pakaian
Kemiskinan Pengabaian ibu bapa Ibu bapa yang tidak mementingkan
pendidikan
Tahap pengetahuan kanak-kanak yang masihrendah terhadap hak mereka
Penyelesaiankonflik
Bersosial Pemikiran kritikal
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
23/50
23
NOTA ISI / KANDUNGAN NILAI
NILAI: Melindungi Hak Kanak-Kanak
1. Fakta Spesifik
Definisi melindungi hak kanak-kanak ialah membela, memberi naungan danmemelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.
Peranan ibu bapa dalam melindungi hak kanak-kanak iaitu memberi pendidikan,asuhan, kediaman, pakaian, makanan dan kasih sayang.
Semua kanak-kanak di dunia ini mempunyai hak yang sama tidak mengira agama,bangsa, jantina dan warna kulit.
Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) purata 7 kes penderaan dikesansetiap hari di Malaysia dan berlaku peningkatan kes pada tahun 2008 iaitu 2780
berbanding 2279 pada 2007.
Menurut Organisasi Buruh Antarabangsa sebanyak 218 juta kanak-kanak diseluruh dunia terpaksa melakukan kerja berat dan berbahaya kerana kemiskinan
yang dialami.
Penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak di India, Laos, Vietnam dan negaramiskin lain yang terpaksa bekerja sebagai buruh dengan kadar upah yang rendah.
Mereka juga tidak mendapat hak pendidikan dan makanan yang berzat.
2. Istilah Buruh kanak-kanak : mereka yang berusia bawah 18 tahun yang dinafikan hak
pendidikan kerana dipaksa berkerja.
Penderaan kanak-kanak : penyiksaan secara emosi, fizikal,seksual dan jugapengabaian oleh ibu bapa.
Sumbang mahram : pencabulan kehormatan oleh anggota keluarga
3. Cara atau kaedah membuat sesuatuMelengkapkan peta minda:
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
24/50
24
Pelajar mendengar penerangan guru mengenai hak kanak-kanak Pelajar merumuskan pembelajaran dengan melengkapkan peta minda
bertajuk hak kanak-kanak.
4. Trend dan turutan Murid mendengar dan berfikir Murid melihat dan menganalisis Murid meluahkan idea melalui perbincangan Murid membuat rumusan
KEMAHIRAN YANG DITERAPKAN
Kemahiran Penyelesaian Konflik
Kemahiran ini akan membantu murid mengambil keputusan berasaskan nilai dengan mengambil
kira perbezaan nilai yang ada pada diri sendiri dan orang lain. Ia dapat diterapkan melalui aktiviti
perbincangan dengan berpandukan gambar penderitaan dan penderaan yang dialami kanak-kanak
lain di seluruh dunia. Namun, yang paling utama adalah penerapan kemahiran ini melalui petikan
bersituasi yang memerlukan murid berfikir dan mencari kaedah terbaik menyelesaikan konflik
yang dialami kanak-kanak lain.
Kemahiran Pemikiran Kritikal
Penerapan kemahiran ini akan membolehkan murid mengetahui dan menilai sama ada sesuatu
tindakan itu bermoral ataupun tidak. Dalam konteks ini, pengajaran kemahiran ini akan
membantu nilai moral dalam jiwa murid. Justeru, pemaparan penderitaan kanak-kanak dan
pengabaian oleh ibu bapa akan membantu menjelaskan lagi kepada mereka betapa perbuatan
kejam dan penganiayaan kepada kanak-kanak adalah satu perbuatan yang menyalahi undang-
undang.
Kemahiran Bersosial
Kemahiran bersosial memberi penekanan kepada kebolehan murid untuk berkomunikasi dengan
orang lain dalam sesuatu situasi sosial yang boleh diterima dalam masyarakat dan pada masa
yang sama bermanfaat pada diri dan orang lain. Walaupun pengajaran mengenai hak kanak-
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
25/50
25
kanak dilakukan hanya di dalam kelas, namun ia tetap membuka pintu kepada dunia luar kerana
mengambil realiti konflik masyarakat kini.
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
26/50
26
NILAI: Menghormati Hak Wanita
KONSEP
kesaksamaan gender iaitu
wanita mempunyai peluang
yang sama dengan lelaki
dari segi pendidikan,
politik, kesihatan,
perlindungan dan
sebagainya.
IDEA UTAMA
Hak wanita yang perlu
dihormati oleh semua
pihak
Sumbangan wanita dalam
pembangunan negara
sangat penting
FAKTA
Wanita sering
didiskriminasi dalam setiap
sektor pekerjaan dan sering
dianggap sebagai golongan
yang lemah
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
27/50
27
IDEA
UTAMA
HAK
WANITA
SUMBANGAN
Membantupentadbiran dan
ekonomi Negara
Membantu Negaradalam aspek
pendidikan dan
kesihatan
Kesihatan Kesaksamaan Dihormati Pendidikan dilindungi
KEMAHIRAN
Pemikiran kritikal Mengkaji masa depan
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
28/50
28
NILAI: Menghormati Hak Wanita
1. Fakta Spesifik
Menghormati hak wanita bermaksud melindungi dan mengiktiraf wanita sebagaiindividu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat
dan Negara.
Wanita mesti mendapat layanan yang baik dan sama rata termaksud dalampendidikan dan pekerjaan.
Mereka juga wajar diberi galakkan agar melibatkan diri dalam pelbagai bidangseperti pendidikan, perniagaan, sukan, teknologi dan lain-lain.
Kerajaan mewujudkan Kementerian Pembangunan Wanita Dan Keluarga khususuntuk menjaga hal-hal berkaitan wanita.
Hari Wanita juga disambut pada 8 Mac setiap tahun di seluruh dunia sebagaimengiktiraf golongan wanita di atas sumbangan yang mereka berikan.
2. Istilah Diskriminasi : perlakuan membeza-bezakan individu dengan berdasarkan kepada
ras, jantina, agama, umur atau kriteria lain.
KEMAHIRAN YANG DITERAPKAN
Kemahiran Mengkaji Masa Depan
Pendekatan pembelajaran ini membolehkan murid menyedari tentang isu atau permasalahan
yang berlaku pada masa lampau, kini dan masa akan datang. Perkara ini akan membantu murid
membuat ramalan, menjangka akibat serta bersedia menyesuaikan diri terhadap perkara yang
mungkin berlaku. Kemahiran ini dapat diterapkan melalui aktiviti perbincangan lembaran kertas
yang mengandungi petikan bersituasikan keadaan wanita dan persepsi masyarakat terhadap
mereka.
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
29/50
29
Kemahiran Pemikiran Kritikal
Murid juga seharusnya mampu menilai sesuatu perbuatan yang dilakukan dalam masyarakat
adalah bermoral atau pun tidak. Dalam hal ini, adalah satu bonus jika murid mampu mengulas
secara kritis dan memberi cadangan serta penyelesaian terhadap permasalahan yang selalu
dialami oleh wanita.
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
30/50
30
NILAI: Melindungi Hak Pekerja
konsep
idea utama
fakta
pekerja adalah tenaga kerja yang
menggunakan pengetahuan, kemahiran dan
tenaga untuk menjalankan kegiatan
pengeluaran barangan dan perkhidmatan.
Hak pekerja perlu dipenuhi dan dihormati
oleh majikan.
pekerja memberi sumbangan penting
dalam pembangunan negara
pekerja terdedah kepada pelbagai risiko
kemalangan sewaktu melaksanakan tugas.
negara amat memerlukan tenaga pekerja
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
31/50
31
IDEA UTAMA
HAK
PEKERJA
Menyertaikesatuan sekerja
Keadilan dalampekerjaan
Penetapan gajidan pampasan
Kebajikan dankesihatan
SUMBANGAN
Membangunkanekonomi Negara
Membantumelaksanakan dasar
kerajaan
KEMAHIRAN
Penyelesaian konflik Pemikiran kreatif Mengkaji masa depan
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
32/50
32
NILAI : Melindungi Hak Pekerja
1.Fakta spesifik
Definisi melindungi hak pekerja adalah menghormati, menghargai danmengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam
pembangunan Negara.
Di antara hak asasi pekerja adalah menyertai kesatuan sekerja, keadilan dalampekerjaan, penetapan gaji yang setimpal, perlindungan dan kesihatan semasa
bekerja.
Pihak majikan tidak boleh bertindak melampaui batas ke atas pekerja Majikan juga harus memastikan suasana di tempat kerja adalah selesa agar
pekerja dapat melaksanakan tugas dengan baik.
Mereka perlu memastikan semua pekerja mendapat hak yang sama rata tanpamengira pangkat dan jantina.
KEMAHIRAN YANG DITERAPKAN
Kemahiran Penyelesaian Konfik.
Kemahiran Penyelesaian Konflik adalah sesuatu yang sangat penting dan wajar dikuasai oleh
semua murid bagi membantu mereka membuat keputusan dalam menyelesaikan sesuatu
masalah.Elemen ini diterapkan dalam pengajaran apabila guru meminta murid berbincang
mengenai tindakan yang perlu dilakukan sekiranya menghadapi sesuatu situasi dalam alam
pekerjaan berpandukan petikan bersituasi, contohnya peristiwa letupan gas di sebuah kilang itu.
Kemahiran Kreatif.
Melalui aktiviti melukis poster bertemakan Hari Pekerja, murid dapat menggambarkan apa yang
berada di dalam fikiran mereka secara bebas dan tidak terikat kepada soalan yang objektif.
Mereka juga dapat menyatakan harapan dan impian mereka terhadap nilai menghormati hak
pekerja.
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
33/50
33
Kemahiran Mengkaji Masa Depan.
Kemahiran ini membantu murid membuat ramalan, menjangka akibat serta bersedia
menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin berlaku. Dalam hal ini, walaupun alam
pekerjaan adalah masih jauh namun murid perlu didedahkan serba sedikit tentang hak pekerja
sebagai panduan awal selepas alam persekolahan. Nilai menghormati hak pekerja ini penting
kerana walaupun murid tidak bekerja, namun individu dewasa di sekeliling mereka seperti ibu
bapa, kakak atau abang serta jiran mereka adalah pekerja. ja juga dapat membuka minda murid
bahawa suatu hari nanti mereka akan dewasa dan juga akan bekerja serta berkemungkinan
menghadapi situasi yang sama seperti yang dibincangkan di dalam kelas.
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
34/50
34
BAHAGIAN B
Pernyataan Hasil Pembelajaran/ Objektif Pengajaran
Nilai : Melindungi Hak Kanak- Kanak
Hasil Pembelajaran (Aras Pengetahuan) :
Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat menyenaraikan dan menerangkan hak sebagai seorang
kanak-kanak.
Nilai : Menghormati Hak Wanita
Hasil Pembelajaran (Aras Pengetahuan):
Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat menyenaraikan dan menghuraikan hak dan peranan
wanita sebagai penggerak pembangunan negara
Nilai : Melindungi Hak Pekerja
Hasil Pembelajaran (Aras Pengetahuan:
Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat menyenaraikan hak pekerja dan menghuraikan
tanggungjawab majikan dalam menjaga hak pekerja.
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
35/50
35
BAHAGIAN C
Jadual Penentuan Kandungan Pelajaran
Topik: HAK ASASI MANUSIA
Unit Pengetahuan & Kefahaman Analisis Sintesis Aplikasi Penilaian
Konsep/ Istilah Fakta Kaedah/
Prinsip
Teori/
Prinsip
5.1Melindungi
Hak Kanak-
kanak
Ibu bapa sebagai
pelindungan kepada
kanak-kanak agar
mereka mendapat
kehidupan yang
sempurna
Kanak-kanak
sebagai pewaris
masa akan datang
dan modal insan
kepada
pembangunan
negara
Perbincangan
kumpulan
5.2
Menghormati
Hak Wanita
Wanita sebagai
penggerak kedua
Negara dan setiap
penglibatan wanita
perlu mendapat
pengiktirafan yang
sama dengan setiap
sumbangan,
Wanita sering
didiskriminasi
dalam setiap sektor
pekerjaan dan sering
dianggap sebagai
golongan yang
lemah
Perbincangan
kumpulan
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
36/50
36
kebolehan dan
penglibatannya
terhadap negara
5.3
Melindungi
Hak Pekerja
Majikan
bertanggungjawab
dalam menjaga hak
pekerja dengan
memberi kemudahan,
keperluan dan
jaminan keselamatan
di tempat kerja
Pekerja sebagai nadi
kepada
pembangunan
Negara. Kemajuan
yang dicapai hari ini
merupakan hasil
usaha, titik peluh
serta jasa para
pekerja kepada
Negara.
Kajian kes,
main peranan
dan
perbincangan
kumpulan
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
37/50
37
BAHAGIAN D
PENDEKATAN PENGAJARAN
5.1 Nilai: Melindungi Hak Kanak-kanak
Perkembangan Moral Kognitif
Pendekatan perkembangan Moral Kogntif merupakan pendekatan yang berasakan teori
perkembangan moral Kohlberg (1962) yang berfokuskan kepada merangsang penaakulan moral
pelajar. pendekatan ini membantu pelajar membina kebolehan menaakul di peringkat yang lebih
tinggi.
Perkemabangan moral merupakan satu transformasi atau perubahan yang berlaku dalam
bentuk pemikiran dan kelakuan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak itu membesar, mereka
berfikir tentang isu-isu yang sama dengan cara yang berbeza. Perubahan ini berlaku mengikut
satu urutan yang tertentu dan tidak mengira jantina.
Peringkat-peringkat perkembangan moral ini boleh diringkaskan seperti berikut:
Peringkat 1: Orentasi dendaan dan kepatuhan
Seseorang individu memikirkn tentang kesan-kesan fizikal sesuatu tindakan untukmenentukan apakah yang baik atau jahat
Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi (instrument relativist)
Seorang indivdu menganggapkan sesuatu yang adil atau benar dari segi pembalasan
Peringkat 3: Orientasi harmoni antara peribadi (good boy/ nice girl)
Kelakuan yang baik akan membantu dan menyenangkan orang lain
Peringkat 4: Orientasi undang-undang dan peraturan
Kelakuan yang baik dapat melaksanakan tugas atau tanggungjawab sosial seperti
yang ditentukan oleh sesuatu institusi
Peringkat 5: Orientasi kontrak sosial (social contract legalistic)
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
38/50
38
Kelakuan yang benar adalah dari segi hak-hak individu dan nilai-nilai yang
dipersetujui oleh masyarakat
Peringkat 6: Orientasi prinsip etika sejagat
Kelakuan yag benar adalah soal hati kecil yang secucuk dengan prinsip etika
sarwajagat seseorang individu. Prinsip-prinsip ini merupakan keadilan berhubung
dengan persamaan hak sesama manusia dan menghormati sifat kemuliaan manusia
sebagai individu.
Mengikut Kohlberg, penaakulan seorang kanak-kanak akan menjadi matang ketika
usianya bertambah disebabkan pengalaman berinteraksi dengan orang lain dan semasa cuba
menyelesaikan masalah-masalah moral. Contohnya apa yang dianggap bermoral bagi seorang
kanak-kanak yang berumur lapan tahun berbeza daripada pendapat seseorang yang berumur 18
tahun.
Oleh itu, strategi Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif ialah mengemukakan
dilemma atau masalah moral berasaskan perkara-perkara berikut:
1. Persembahan dan pemahaman dilema moral
2. Menyatakan pendapat dan justifikasinya
3. Menilai sebab-sebab yang dikemukakan
4. Menyimpul sebab-sebab yang diberikan serta memberi sebab sebab lain jika ada
Dalam menerangkan nilai berkait hak kanak-kanak, kaedah yang digunakan dalam
pendekatan ini ialah melalui perbincangan berdasarkan paparan gambar yang ditunjukkan oleh
guru tentang kanak-kanak yang tidak mendapat perlindungan serta pembelaan daripada ibu bapa
mereka. Gambar-gambar yang dipaparkan penderitaan kanak-kanak yang terpaksa atau dipaksa
bekerja semata-mata untuk mendapatkan rezeki bagi meneruskan hidup. Kanak-kanak tersebut
juga merupakan kanak-kanak yang berasal dari keluarga yang miskin dan ibu bapanya dari
golongan berpendapatan rendah.Berdasarkan gambar-gambar tersebut, murid akan dikehendaki memahami dilemma yang
berlaku, menyatakan pendapat mereka serta justifikasi terhadap apa yang berlaku. Murid juga
dikehandaki menilai sebab mengapa keadaan sedemikian boleh berlaku serta membuat
kesimpulan terhadap kanak-kanak yang tidak mendapat perlindungan daripada ibu bapa tersebut.
Kanak-kanak diusia sebegitu seharusnya mendapat perlindungan dari segi tempat tinggal,
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
39/50
39
pakaian, makanan dan mendapat pendidikan dan bukannya keluar mencari rezeki sendiri.
Melalui gambar yang dipaparkan juga, pelajar akan mula berfikir mengapa keadaan sedemkian
berlaku dan secara tidak langsung ia akan dapat mengembangkan serta merangsang daya
pemikiran murid-murid berdasarkan penaakulan yang telah dibuat.
Penjelasan Nilai
Pendekatan penjelasan nilai dipelopori oleh Louis Raths dan rakan-rakan. Pendekatan ini
melibatkan penggunaan pemikiran rasional dan kesedaran emosi dalam pembentukan dan
perkembangan set nilai-nilai seseorang individu. Dengan pendekatan ini, nilai-nilai tidak
diberikan kepada pelajar, sebaliknya mereka diajar menghargai atau memberikan nilai kepada
sesuatu. Andaian yang dibuat di sini ialah individu-individu tidak boleh dipaksa menerima satu-
satu nilai.
Sesuatu nilai perlu membayangkan pilihan individu. Teras kepada andaian ini ialah
pelajar seharusnya dihormati sebagai individu yang boleh membuat pilihan tentang nilai yang
sedia ada. Pendekatan ini membantu pelajar menjelaskan apa yang mereka anggap sebagai
bernilai dan memperoleh satu set nilai yang nyata, yang boleh digunakan sebagai panduan hidup.
Proses penjelasan nilai mengandungi tiga subproses seperti berikut:
a) Memilih- Secara bebas daripada beberapa aternatif selepas mempertimbangkan kesan setiap
alternatif
b) Menghargai- Berasa gembira dengan pilihan secukupnya hingga mahu atau sanggup menyerahkan
pilihan itu kepada orang lain
c) Mengambil tindakan- Melakukan sesuatu terhadap apa yang dipilih- Berulang-ulang dalam satu pola kehidupan
Pendekatan penjelasan nilai ini juga sesuai digunakan untuk menerangkan nilai berkait hak
kanak-kanak. Di sini, guru akan memberikan kad bersituasi yang menghendaki murid-murid
untuk berbincang dan seterusnya membuat kesimpulan terhadap hasil perbincanan murid
tersebut. Kad yang diberikan merupakan situasi yang sering berlaku pada kanak-kanak.
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
40/50
40
Contohnya seperti situasi yang menghendaki murid untuk menyatakan apakah kesan sekiranya
kanak-kanak tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Melalui jawapan yang diberikan,
murid-murid akan mula menghargai kanak-kanak serta mewujudkan perasaan simpati terhadap
kanak-kanak yang tidak diberi perlindungan yang sewajarnya. Seterusnya murid akan mula
untuk mengambil tindakan yang sepatutnya contohnya membantu kanak-kanak susah da juga
mengadakan kempen-kempen bagi membantu kanak-kanak yang tidak terbela.
5.2 Nilai: Menghormati Hak Wanita
Penjelasan Nilai
Dalam pendekatan penjelasan nilai, Raths dan rakan-rakannya menyatakan tiga kandungan yang
boleh digunakan dalm proses menilai atau menjelaskan nilai (Abdul Rahman Aroff: 1988: ms
72).
Pertama: aspek-aspek kehidupan individu yang disebut petunjuk-petunjuk nilai
(matlamat, hasrat, sikap, minat, perasaan, kepercayaan, aktiviti dan kerisauan). Penunjuk-
penunjuk nilai ini sesuai untuk perbincangan dan menjelaskan pemikiran.
Kedua: isu-isu peribadi yang merumitkan kehidupan individu umpamanya cara
menghadapi rasa ketakutan, keghairahan atau impuls, tentang persahabatan, percintaan, wang,
ketaatsetiaan, perkahwinan dan juga dunia pekerjaan.
Ketiga: isu-isu sosial yang boleh merumitkan kehidupan kesemua ahli dalam masyarakat.
Contohnya, persoalan tentang peraturan dan undang-undang, demokrasi dan keadaan yang
berubah dalam masyarakat, kerjasama dengan orang lain, birokrasi dan kebebasan, peperangan
dan kedamaian, kemiskinan dan tentang perkauman.
Dalam menjelasakan nilai berkait hak wanita, murid-murid akan ditunjukkan dengan
tayangan video perucapan semasa menyambut Hari Wanita. Murid-murid dikehendaki
memahami serta menyatakan sumbangan wanita terhadap Negara. Aspek ini adalah lebih
merujuk kepada dunia pekerjaan yang mana wanita sebagai nadi dalam meningkatkan
pertumbuhan pendapatan Negara di samping meningkatkan pendapatan keluarga. Kepentingan
wanita dalam dunia pekerjaan amat penting. Justeru, segala hak berkait wanita perlu dijaga dan
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
41/50
41
diberi keutamaan agar wanita tidak rasa dipinggirkan atau didiskriminasi sedangkan sumbangan
dan jasa mereka adalah sama seperti apa yang disumbangkan oleh golongan lain terhadap
pembangunan Negara.
Analisis Nilai
Pendekatan ini menawarkan suatu proses berfikir secara rasional dalam mengkonsepsikan
dan menghubungkaitkan nilai-nilai dalam menghadapi isu moral yang kontroversial. Pendekatan
ini lebih kepada penggunaan pemikiran saintifik dan logik dalam membuat keputusan.
Khususnya, pendekatan ini dapat membantu murid mengumpul dan menimbangkan fakta yang
terlibat dalam pertimbangan moral melalui enam prosedur penting dalam analisis nilai.
Pendekatan ini juga disebtu sebagai pendekatan Coombs.
Prosedur atau tugas analisis nilai ini adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti dan menjelaskan nilai yang dipersoalkan
2. Mengumpul data / maklumat berkenaan apa yang didakwa sebagai fakta
3. Mengukur kebenaran tentang fakta itu
4. Menjelaskan sama ada fakta berkenaan relevan atau tidak
5. Mencapai sesuatu keputusan yang muktamad tentang nilai yang dipersoalkan
6. Menguji prinsip nilai yang dibayangkan oleh keputusan nilai yang dibuat
Disebabkan isu nilai atau moral adalah kontroversi, pertelingkahan berhubung keputusan yang
dibuat boleh berlaku. Namun demikian, jika prosedur di atas diikuti dengan rapi, perbezaan
dalam keputusan atau pertimbangan ini boleh dikurangkan. Untuk mengurangkan perbezaan ini,
pelopor pendekatan analisis nilai memperkenalkan pula tugas resolusi konflik. Asasnya,
konflik hendaklah diselesaikan dengan mengurangkan perbezaan semasa pelajar menggunakan
teknik analisis nilai. Tugas resolusi konflik adalah seperti berikut:
1. Mengurangkan perbezaan dalam pentafsiran tentang nilai yang dipersoalkan
2. Mengurangkan perbezaan tentang apa yang didakwa sebagai fakta yang dikumpulkan3. Mengurangkan perbezaan tentang ukuran kebenaran fakta yang telah terkumpul
4. Mengurangkan perbezaan tentang kerelevanan fakta berkenaan
5. Mengurangkan perbezaan tentang keputusan nilai yang tidak muktamad
6. Mengurangkan perbezaan dalam menguji kesanggupan menerima prinsip moral
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
42/50
42
Dalam pendekatan untuk menerangkan nilai hak wanita ini, guru akan mengarahkan murid-
murid untuk membentuk beberapa kumpulan dan kad perbincangan akan diedarkan. Dalam kad-
kad tersebut, ia mengandungi situasi tentang fakta berkait wanita, murid-akan mebaca dan
membincangkan fakta yang diberikan dan seterusnya menerangkan hak wanita yang sepatutnya
ada dalam setiap kad yang diedarkan. Melalui kad tersebut juga murid akan dapat mengukur
kerelevanan fakta yang dinyatakan dan seterusnya membut keputusan tehadap justifikasi yang
diberikan. Dengan ini ia akan dapat menguji kesanggupan murid untuk menerima segala prinsip
moral yang ada.
5.3 Nilai: Melindungi Hak Pekerja
Perkembangan Moral Kognitif
Menurut Abdul Rahman Aroff (1988), dalam pendekatan perkembangan moral kognitif
ini Kohlberg berpendapat bahawa pelajar-pelajar seharusnya didedahkan kepada pentaakulan
satu peringkat lebih tinggi daripada peringkat mereka sekarang jika perkembangan moral hendak
dimajukan. Bagi melaksanakannya, guru harus mendengar beberapa perbahasan daripada setiap
pelajardan penentukan peringkat pentaakulan yang digambarkan oleh perbahsan itu. Kemudian,
guru perlu merangka perbahasan satu peringkat lebih tinggi semasa perbincangan dalam bilik
darjah atau mencampurkan pelajar-pelajar itu dengan pelajar lain yang berhujah dan bertaakulan
satu peringkat lebih tinggi.
Dalam menerangkan nilai melindungi hak pekerja, pendekatan perkembangan moral
kognitif boleh digunakan. Melalui pendekatan ini, aktiviti seperti perbincangan isu moral
menerusi surat khabar akan digunakan. Di sini, guru akan menunjukkan keratan akhbar berkait
keselamatan pekerja yang mana ia merupakan salah satu hak pekerja yang perlu dilindungi oleh
pihak majikan. Murid akan dikehendaki membaca dengan senyap dan memahami segala isi yang
hendak disampaikan. Murid kemudiannya diarahkan untuk menyatakan pandangan serta hak
yang terkandung dalam petikan akhbar yang dipaparkan. Dengan ini ia akan dapat membantu
pelajar meningkatkan daya penaakulan murid terhadap isu-isu moral yang wujud terutamanya
berkait hak berkait pekerja.
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
43/50
43
Pemupukan Nilai
Pendekatan pemupukan nilai merupakan satu pendekatan yang meruuk kepada proses
pemupukan budi pekerti yang baik pada diri kanak-kanak. Pendekatan ini juga digunakan secara
meluas dalam Pendidikan Moral Sekolah Rendah disebabkan oleh penggunaannya yang boleh
dilaksanakan sama ada secara sedar atau tidak sedar. Pemupukan nilai juga boleh digunakan
kepada pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah. Objektif pendekatan ini pula adalah untuk
menanam nilai tertentu yang dianggap baik dan perlu dimiliki oleh setiap pelajar.
Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendekatan ini pula adalah seperti berikut:
Menentukan nilai yang dipupuk Mengenal pasti taraf penghayatan yang dikehendaki Menentukan objektif-objektif pelajaran Memilih teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai:
a) Meningkatkan tingkah laku yang bermoralb) Mengajar tingkah laku moral yang baruc) Mengukuhkan tingkah laku yang bermorald) Mengurangkan tingkah laku yang tidak bermoral
Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas Menilai pengajaran dan pembelajaran
Melalui pendekatan ini pelajar-pelajar dipupuk dengan nilai murni masyarakat untuk
dijadikan amalan dengan melalui contoh teladan yang ada seperti tokoh sejarah, lagenda, tokoh
Negara, komuniti, ibu bapa, guru-guru dan lain-lain. Ia juga boleh dilaksanakan dengan
memberikan pengukuhan yang positif kepada tingkah laku yang baik dan member dendaaan
kepada tingkah laku yang negatif. Melalui pendekatan ini juga guru akan memanipulasi keadaan
yang dialami oleh murid agar murid dapat menerima nilai yang dikehendaki.
Dalam menerangkan nilai berkait hak pekerja, pendekatan seperti pemupukan nilai ini
juga boleh digunakan. Ia adalah bertujuaan untuk memupuk nilai murni dalam kalangan murid di
samping membolehkan murid membut refleksi pegangan nilai mereka dan seterusnya
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
44/50
44
memperkenalkan nilai yang diingini. Dalam aktiviti yang dilaksanakan, guru akan memberikan
murid-murid kad dialog di antara majikan dan pekerja.
Di sini, murid harus memainkan peranan mereka agar mereka akan lebih memahami
tentang nilai serta hak yang perlu ada pada pekerja yang hendak ditonjolkan oleh guru. Aktiviti
ini disebut sebagai main peranan. Murid juga dikehendaki untuk melakarkan poster bagi
menunjukkan kefahaman mereka tentang nilai dan hak pekerja yang telah diajar. Dengan ini,
segala nilai yang hendak dipupuk akan dapat diterapkan ke dalam jiwa murid melalui aktiviti
yang dijalankan berdasarkan pendekatan yang sewajarnya.
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
45/50
45
Jadual Rancangan Am Pengajaran
Unit Pengajaran Objektif/ Hasil Pembelajaran Kandungan Pelajaran Kaedah Mengajar Kaedah Penilaian
5.1Melindungi
Hak Kanak-kanak
i) Hak sebagai seorang kanak-kanak
(aras kognitif)
ii) Berasa bangga membantu kanak-
kanak yang berada dalam kesusahan
(aras afektif)
iii) Melibatkan diri dalam kempen
kanak-kanak dengan memberi bantuan
berupa pakaian dan makanan (aras
psikomotor)
Ibu bapa pelindung kanak-
kanak.
Tanggungjawab ibubapa memastikan
anak-anak mendapat
kehidupan yang
sempurna
- Pendidikan- Perlindungan- Perhatian- Pakaian
Soal jawab,
perbincangan
kumpulan
Peta minda tentang
hak seorang kanak-
kanak
5.2 Menghormati
Hak Wanita
i) Meghuraikan peranan wanita
sebagai penggerak pembangunan
Negara (aras kognitif)
ii) Menghargai sumbangan wanita
terhadap keluarga dan negara (aras
afektif)
Hak wanita tanggungjawab
bersama
Peka terhadap hakwanita
- Kebajikan- Kenaikan pangkat- Diskriminasi
Mengedarkan
lembaran bercetak
berkait penglibatan
wanita dari segi
ekonomi, politik
dan sosial.
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
46/50
46
iii) Menunjukkan sikap hormat
dengan member peluang kepada
wanita untuk menunjukkan kebolehan
mereka (aras psikomotor)
5.3 Melindungi
Hak pekerja
i) Menghuraikan tanggungjawab
majikan dalam menjaga hak pekerja
(aras kognitif)
ii) Menghargai sumbangan pekerja
dengan memberi pengiktirafan
terhadap jasa mereka (aras afektif)
iii) Menunjukkan sikap
tanggungjawab dengan menjagakeselamatan pekerja (aras psikomotor)
Majikan prihatin, pekerja
berjaya.
Tanggungjawabmajikan dalam
menjaga kebajikan
pekerja
- Keselesaan tempatkerja
- Kemudahan rekreasi- Keselamatan- Peningkatan kerjaya
Meminta murid
mencari keratan
akhbar berkait hak
yang patut
diperolehi pekerja
untuk perbincangan
waktu seterusnya
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
47/50
47
BAHAGIAN E
Penilaian Formatif
Nilai : Melindungi hak kanak-kanak
1. Jawab soalan-soalan berikuta) Siapakah yang bertanggungjawab memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak_________________________________________________________________
b) Mengapakah pendidikan harus diberikan kepada kanak-kanak_________________________________________________________________
2. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan murid tidak mendapat pendidikanFaktor-faktor murid tidakmendapat pendidikan
Kemiskinan ibu
bapa
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
48/50
48
Nilai: Menghormati Hak Wanita
1. Nyatakan tugas utama wanita semasa di rumah.Mendidik anak-anak_______________________________
________________________________________________
2. Kajian kesTeliti dan fahami situasi di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut
a) Apakah perasaan anda setelah membaca situasi di atas?_____________________________________________________________
b) Di manakah wanita itu boleh mengadu jika kejadian seperti itu berulang lagi?______________________________________________________________
c) Apakah yang boleh anda lakukan jika wanita tersebut merupakan jiran anda?______________________________________________________________
Seorang wanita telah didera oleh suaminya kerana masakan
yang tidak sedap. Suaminya meminta makanan sehingga
sedap. Jika isterinya enggan, dia akan memukul isterinya
dengan teruk sehingga mengalami kecederaan seperti lebam diseluruh badan.
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
49/50
49
Nilai: Melindungi Hak Pekerja
1. Anda merupakan majikan kepada syarikat yang anda tubuhkan. Anda telah mengambilbeberapa pekerja di bawah anda. Apakah kemudahan yang anda perlu sediakan sebagai
seorang majikan yang bertanggungjawab.
a) Pengangkutan__________b) ______________________
c) ______________________
d) ______________________
2. Lakarkan suatu cenderamata dan sijil penghargaan yang ingin anda berikan kepada
seorang pekerja yang rajin bekerja.
Syarikat Percetakan ABCAnugerah kerajinan 2009/2010
Dengan ini dianugerahkan
________________________
Atas sumbangan dan jasanya
yang tidak terhingga
______________
Pengarah Urusan
Cenderamata
8/2/2019 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral Tg 2
50/50
RUJUKAN
Abdul Rahman Md Aroff (1999). Pendidikan Moral, Teori Etika dan Amalan Moral. Selangor:
Universiti Putra MalaysiaS
Chang Lee Hoon, Vishalache Balakrishnan & Zarin Ismail (2010). Esensi Pendidikan MoralSPM. Selangor: Pearson Malaysia Sdn Bhd
Ismail Mohamad Zain & Anand Kumar (2007).Masteri Memori Melalui Peta Minda:
Pendidikan Moral. Cetakan Kedua. Selangor: PNI Neuron (M) Sdn Bhd
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003)Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral
Tingkatan 2.
Koo Kee Peng, Wan Hasmah Wan Mamat & Patifah Shamsudin (2006). Buku Teks Pendidikan
Moral Tingkatan 2. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia