Upload
ling
View
219
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
c
Citation preview
Tempoh masa : 30.08.2015 – 03.09.2015
Isu : Tempoh Masa Murid Menyelesaikan Kerja yang Diberikan
1. Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan
Untuk minggu ini, antara masalah yang saya hadapi ialah murid tidak dapat
menyelesaikan hasil kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan. Perkara ini telah
berlaku beberapa kali terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) subjek PSV dijalankan. Walaupun tugasan kerja yang diberikan kelihatan
mudah dan sepatutnya dapat dihabiskan dalam tempoh masa 1 jam, tetapi murid-
murid masih tidak dapat menyelesaikannya dengan cepat. Untuk menyelesaikan
masalah ini, saya terpaksa meminta mereka untuk menyiapkan tugasan mereka
samaada dirumah ataupun disambung balik pada minggu seterusnya. Selain itu,
saya juga telah banyak membuat perancangan dan melihat kembali setiap langkah
dan proses untuk mencari punca masalah namun masalah ini kelihatan seperti tiada
jalan penyelesaian. Oleh itu, saya telah cuba untuk mengajar dengan kadar yang
cepat semasa proses P&P PSV. Walaupun masa yang diberikan adalah sangat
mencukupi, tetapi karya yang dihasilkan oleh murid masih mempunyai tempat
kosong yang tidak diwarnakan. Hal ini telah menyebabkan saya berasa agak
tertekan dan harus diselesaikan dengan kadar yang cepat.
2. Analisis masalah
Setelah merujuk kembali kes yang dihadapi oleh saya dengan rakan-rakan
yang lain, saya dapati bahawa antara punca masalah yang menyebabkan keadaan
seperti diatas berlaku ialah dari segi masalah pengurusan masa dalam P&P,
kemungkinan teknik atau cara yang digunakan tidak bersesuaian dengan tahap
mereka, serta proses murid yang perlahan untuk menyelesaikan tugasan yang
JURNALJURNAL MINGGU 6MINGGU 6
diberikan. Hal ini telah mengganggu proses perjalanan P&P saya kerana waktu yang
diperuntukkan kepada saya hanyalah 1 jam sahaja. Oleh sebab kelewatan tersebut,
pelbagai aktiviti terpaksa dijalankan dengan kadar yang cepat dan sesetangah
aktiviti tidak dapat dilaksanakan mengikut perancangan awal saya.
3. Kajian lampau
Untuk mengatasi masalah yang saya hadapi, saya telah merujuk kepada
Model Disiplin Asertif Canter. Model Disiplin Marlene and Lee Canter adalah
berasaskan ribuan jam penyelidikan dengan memerhati guru dalam bilik
darjah. Model ini adalah suatu pendekatan yang positif yang membenarkan guru
mengajar dan pelajar belajar. Ia berasaskan prinsip-prinsip bahawa guru dan pelajar
mempunyai hak untuk mengajar dan belajar. Antara berikut ialah ciri-ciri model ini:
Pelan yang berkesan hendaklah disediakan terlebih dahulu kemudian
dimaklumkan kepada murid-murid pada hari pertama guru masuk kelas.
Tingkah laku yang wajar hendaklah diberikan pengukuhan.
Guru hendakalah bersifat asertif jika ingin mengawal bilik darjah.
Guru perlu merangka satu sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan
rujukan murid-murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk. Penalti
diberikan kepada mereka yang terus melakukan salah laku.
4. Cadangan untuk mengatasi
Bagi mengatasi masalah ini, saya akan merancang aktiviti yang hendak
dilakukan terlebih dahulu dan aktiviti-aktiviti ini haruslah ringkas dan bersesuaian
dengan tahap murid supaya mereka dapat mengikuti dan menguasai kemahiran
yang diajar dengan baik. Hal ini kerana sekiranya aktiviti yang dilakukan
memerlukan masa yang panjang dan murid-murid tidak dapat mengikuti apa yang
diajar, maka matlamat dan objektif P&P saya tidak dapat dicapai seperti yang
dirancangkan. Oleh itu, saya harus memastikan bahawa murid-murid dapat
mengikuti setiap arahan yang diberikan seterusnya menyiapkan tugasan yang
diberikan dalam masa yang ditetapkan.
Selain itu, masa yang diperuntukkan untuk setiap aktiviti juga akan saya ambil
beratkan dan seterusnya melakukan penilaian terhadap murid-murid. Hal ini kerana
pengurusan masa adalah antara aspek yang penting dan harus dapat dikuasai oleh
setiap guru. Saya akan cuba untuk mengawal dan membahagikan masa saya
secara konsisten dan memberi penilaian terhadap karya dan sikap murid semasa
menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Murid-murid yang memerlukan bimbingan khusus akan saya utamakan dan
ditunjukkan dengan teknik yang betul. Bagi pelajar yang sudah menguasai
kemahiran yang diajar, saya akan meningkatkan lagi tahap mereka agar mereka
berasa lebih bersemangat untuk belajar. Hal ini kerana terdapat juga pelajar yang
lembab dalam menghasilkan karya kerana mereka kurang mahir untuk
menghasilkan karya seperti yang diminta oleh guru. Oleh itu, saya akan mengambil
masa yang lebih dan lebih peka terhadap keperluan murid agar mereka dapat
belajar dengan gembira dan seronok.
5. Tempoh penyelesaian
Masalah ini hendaklah diselesaikan dengan kadar yang cepat dalam minggu
ini supaya ia tidak mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang.
6. Tindakan susulan
Ekoran daripada masalah ini, semasa membuat rancangan pengajaran dan
pembelajaran saya akan melihat terlebih dahulu kepentingan dan keperluan masa
untuk menjalankan sesuatu aktiviti bagi memudahkan pengajaran dan peruntukan
masa yang ditetapkan. Ini adalah penting untuk mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran bagi tajuk berkenaan. Dalam meningkatkan kemahiran saya dalam
mengajar murid-murid, saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing untuk
memberi penilaian tentang kejayaan saya. Antara penilaiannya adalah dalam proses
pengajaran untuk mengawal murid-murid di dalam bilik darjah. Selain penilaian
daripada pensyarah pembimbing, saya juga mendapatkan kerjasama daripada guru
pembimbing untuk menilai kejayaan saya dari semasa ke semasa. Dengan bantuan
guru pembimbing juga, saya dapat memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam
proses pengajaran saya sepanjang saya berada di sekolah ini.
Selain daripada penilaian yang diberikan oleh pensyarah pembimbing dan
juga guru pembimbing, saya juga meminta pandangan rakan yang turut menjalankan
praktikum bersama saya. Pandangan yang diberikan oleh rakan-rakan ini dapat
meningkatkan motivasi dan juga semangat saya untuk memberi pengajaran yang
terbaik dalam proses P&P saya kepada murid-murid di sekolah ini. Penilaian yang
diberikan sepanjang saya berada di sekolah ini akan membantu saya meningkatkan
lagi cara saya mengajar dengan lebih baik dari semasa ke semasa.
7. Kesimpulan
Hasil daripada pemerhatian ke atas kes-kes sebegini, ia dapat diatasi dengan
mudah oleh para guru sekiranya guru dapat membahagikan masa dengan baik dan
sentiasa mempunyai percaya bahawa masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan
jayanya melalui jati diri dalaman dan perasaan sayang yang tersemai dalam hati
setiap guru.
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :