24
PENGENALAN Pernahkah anda dengar tentang kewangan Islam? Dan pernahkah anda berurusan dengan menggunakan kontrak atau perjanjian yang berasaskan prinsip-prinsip asas dalam kewangan Islam? Di dalam topik ini, anda akan diberi pendedahan awal berkenaan dengan apa itu kewangan Islam. Kita akan mengetahui tentang sejarah awal kewangan Islam. Untuk itu, kita akan mengenal pasti ayat-ayat al-Quran dan hadith yang berkaitan. Kita juga akan mempelajari konsep fiqh muamalah dan mengaitkannya dengan kewangan Islam. Selain itu, topik ini juga akan membantu kita dalam memahami elemen- elemen yang dilarang di dalam amalan berkaitan dengan kewangan Islam. Seterusnya, kita akan mempelajari prinsip-prinsip Syariah dalam kontrak Syariah, khususnya akad jual beli. Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan sejarah awal perkembangan sistem kewangan Islam; 2. Mengenal pasti ayat-ayat Quran dan Hadith yang membentuk prinsip-prinsip utama dalam kewangan Islam; 3. Menyenaraikan institusi dan instrumen kewangan Islam di zaman awal Islam; 4. Mengenal pasti hubungkait konsep fiqh muamalah dengan kewangan Islam; 5. Menamakan prinsip-prinsip Shariah yang membentuk kontrak berasaskan syariah, khasnya akad jual beli; dan 6. Menghuraikan elemen-elemen yang dilarang di dalam kontrak/akad yang berkait dengan kewangan Islam. HASIL PEMBELAJARAN T T o o p p i i k k 1 1 Islam dan Kewangan Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Islam dan Kewangan

  • Upload
    lybao

  • View
    357

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Islam dan Kewangan

PENGENALAN

Pernahkah anda dengar tentang kewangan Islam? Dan pernahkah anda berurusan dengan menggunakan kontrak atau perjanjian yang berasaskan prinsip-prinsip asas dalam kewangan Islam? Di dalam topik ini, anda akan diberi pendedahan awal berkenaan dengan apa itu kewangan Islam. Kita akan mengetahui tentang sejarah awal kewangan Islam. Untuk itu, kita akan mengenal pasti ayat-ayat al-Quran dan hadith yang berkaitan. Kita juga akan mempelajari konsep fiqh muamalah dan mengaitkannya dengan kewangan Islam. Selain itu, topik ini juga akan membantu kita dalam memahami elemen-elemen yang dilarang di dalam amalan berkaitan dengan kewangan Islam. Seterusnya, kita akan mempelajari prinsip-prinsip Syariah dalam kontrak Syariah, khususnya akad jual beli.

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan sejarah awal perkembangan sistem kewangan Islam;

2. Mengenal pasti ayat-ayat Quran dan Hadith yang membentuk prinsip-prinsip utama dalam kewangan Islam;

3. Menyenaraikan institusi dan instrumen kewangan Islam di zaman awal Islam;

4. Mengenal pasti hubungkait konsep fiqh muamalah dengan kewangan Islam;

5. Menamakan prinsip-prinsip Shariah yang membentuk kontrak berasaskan syariah, khasnya akad jual beli; dan

6. Menghuraikan elemen-elemen yang dilarang di dalam kontrak/akad yang berkait dengan kewangan Islam.

HASIL PEMBELAJARAN

TTooppiikk

11 Islam dan

Kewangan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 2: Islam dan Kewangan

TOPIK 1 ISLAM DAN KEWANGAN

2

ISLAM DAN KEWANGAN

Sejarah awal perkembangan kewangan Islam dilihat selari dengan pembangunan sistem ekonomi dan kewangan semasa. Dari perspektif Islam, sistem kewangan merupakan sebahagian dari keseluruhan sistem ekonomi Islam. Ianya melibatkan pengurusan dalam aktiviti-aktiviti ekonomi yang berkaitan dengan urusniaga kewangan (financial transactions), khususnya untuk menemukan unit lebihan dan unit kurangan (sila lihat Rajah 1.1.).

Rajah 1.1: Sektor kewangan

Sistem kewangan Islam (nizam al-muamalat al-maliyyah) adalah sebahagian dari sistem ekonomi Islam. Sistem kewangan Islam juga boleh merujuk kepada semua aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan harta dalam sektor ekonomi, berasaskan kepada sumber dan segala perolehan kewangan perlulah melalui cara yang halal.

Oleh itu, aktiviti di dalam kewangan Islam merangkumi apa sahaja aspek yang berkaitan dengan urusan kewangan (tasarruf maliyyah) dalam semua sektor ekonomi Islam. Menurut Nor Mohamed Yakcob (1996), sistem kewangan Islam hendaklah mempunyai dua unsur iaitu:

(a) Ianya hendaklah berintipatikan Islam sepenuhnya dan tidak hanya terhad pada label sahaja.

1.1

Sebelum kita meneruskan pembacaan, sila nyatakan apa yang anda faham tentang kewangan Islam. Bandingkan jawapan awal anda dengan apa yang didefinisikan di dalam tajuk yang seterusnya.

AKTIVITI 1.1

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 3: Islam dan Kewangan

TOPIK 1 ISLAM DAN KEWANGAN

3

(b) Ianya hendaklah mempunyai ciri-ciri suatu sistem yang canggih dan berdaya maju.

Jelas sekali, dalam dunia kewangan moden, sistem kewangan Islam bukan setakat mencari penyelesaian kepada produk-produk konvensional tetapi ia juga perlu membangunkan satu sistem yang boleh bergerak selari dengan sistem konvensional yang sedia ada atau lebih baik dari itu. Untuk itu, sistem kewangan Islam perlulah mempunyai pelbagai instrumen, jumlah institusi yang banyak dan mekanisme pasaran yang jelas untuk menghubungkan institusi dan instrumen.

Tegasnya, kewangan Islam perlulah berlandaskan asas-asas utama seperti:

(a) Menghindari aktiviti-aktiviti yang terlibat dengan riba dalam semua urusan.

(b) Menjalankan aktiviti pelaburan berlandaskan prosedur dan garis panduan yang terdapat dalam kontrak muamalah seperti kontrak al-Bay`.

Selain itu, kerangka kewangan Islam perlulah menjurus kepada objektif sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Objektif dalam Kerangka Kewangan Islam

Objektif Penerangan

Untuk memenuhi keperluan individu dalam konteks taqwa dan tauhid

Iaitu keesaan kepada Allah s.w.t. konsep tauhid ini menerangkan dua aspek penting secara serentak iaitu hubungan sesama manusia dan hubungan manusia dengan Tuhan.

Untuk mencapai al-falah Iaitu kebahagian dalam kehidupan di dunia dan di akhirat khususnya dalam aspek berkaitan dengan sistem kewangan.

Untuk mempraktikkan nilai sosio-ekonomi berasaskan tasawwur islam

Seperti keadilan, pengeluaran zakat, penyucian harta dan keuntungan yang munasabah.

1. Berikan definisi ringkas kewangan Islam.

2. Nyatakan asas-asas utama di dalam aktiviti kewangan Islam.

3. Terangkan objektif yang ingin dicapai di dalam kewangan Islam.

SEMAK KENDIRI 1.1

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 4: Islam dan Kewangan

TOPIK 1 ISLAM DAN KEWANGAN

4

1.1.1 Sejarah Awal Kewangan Islam

Sejarah awal perkembangan kewangan Islam adalah selari dengan pembangunan perniagaan Islam yang telah bermula sejak kedatangan Islam di kota Mekah. Pada masa itu aktiviti perniagaan diterajui oleh satu kabilah yang kuat, terbesar dan berpengaruh iaitu Kabilah Quraisy. Kabilah ini amat terkenal dan dihormati oleh kabilah-kabilah lain. Lantaran itu mereka diamanahkan tanggungjawab menjaga dan mengawal Kaabah.

Keamanan dan kestabilan kota Mekah di bawah pimpinan Kabilah Quraisy telah menjamin kebebasan di dalam aktiviti perniagaan. Ia berjaya menarik banyak negara dan peniaga dari luar negara untuk membuat jaringan perhubungan dan perniagaan dengan Kota Mekah.

Kabilah Quraisy menggunakan pengaruhnya untuk menghantar peniaganya ke negara-negara berhampiran bagi mengembangkan lagi aktiviti perniagaan yang sedia ada. Sudah menjadi lumrah para pedagang Mekah, yang terdiri daripada kaum Quraisy, pada setiap musim akan berkunjung ke Syam dan Yaman untuk berniaga dan kembali ke Mekah selepas tiba musim yang lain.

Salah seorang peniaga yang dihantar ke Syam pada masa itu ialah Muhammad s.a.w. Khadijah, salah seorang jutawan Quraisy yang juga merupakan peniaga yang berjaya, telah menghantar baginda berniaga di Syam. Oleh kerana sifat baginda yang adil dan amanah dalam menjalankan perniagaan, baginda telah mendapat keuntungan yang banyak. Pada masa tersebut baginda secara tidak langsung telah mengamalkan prinsip asas dalam kewangan Islam seperti tidak menjalankan aktiviti perniagaan berasaskan riba tetapi berasaskan keuntungan. Selain itu, kontrak perjanjian baginda dengan Khadijah adalah berdasarkan prinsip Mudharabah (perkongsian untung) dan Musyarakah (perkongsian).

Menurut Othman Yong (1993), sistem kewangan Islam pada awalnya dibentuk dengan beransur-ansur semenjak zaman Rasulullah s.a.w. Sistem kewangan pada ketika itu tertumpu kepada sektor awam sahaja dan berpusatkan kepada perbendaharaan negara atau baitulmal. Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab r.a, sistem kewangan Islam terbentuk dengan agak jelas. Ianya diperkembang dan diperbaiki dari masa ke semasa.

Huraikan sejarah awal kewujudan kewangan Islam.

SEMAK KENDIRI 1.2

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 5: Islam dan Kewangan

TOPIK 1 ISLAM DAN KEWANGAN

5

AYAT-AYAT QURAN DAN HADITH-HADITH BERKENAAN DENGAN KEWANGAN

Terdapat lima ayat al-Quran yang berkenaan dengan kewangan iaitu:

(a) Ayat paling asas berkenaan dengan kewangan adalah firman Allah s.w.t di dalam al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 275:

Terjemahan ayat: „Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba....‰

(b) Allah s.w.t telah menerangkan di dalam al-Quran bahawa manusia diberi kuasa dan mempunyai peranan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan muamalat seperti urusan kewangan, perniagaan, perdagangan, perkhidmatan dan sebagainya. Ia sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah ali-Imran, ayat 26:

Terjemahan ayat: „Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai

kekuasaan pemerintahan. Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah yang memuliakan sesiapa yang Engkau Kehendaki. Dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja ada segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

1.2

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 6: Islam dan Kewangan

TOPIK 1 ISLAM DAN KEWANGAN

6

(c) Di dalam mewujudkan satu sistem kewangan yang adil dan saksama, al-Quran telah mengisytiharkan bahawa bunga adalah haram penggunaannya di dalam setiap aktiviti masyarakat Islam memandangkan sistem kadar bunga boleh membawa kerosakan dan kebinasaan kepada sistem pembangunan ekonomi umat. Ini dijelaskan di dalam al-Quran sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah, ayat 278-279:

Terjemahan ayat: „Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan

tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu tidak meninggalkan (amalan memakan sisa-sisa riba itu), maka ketahuilah bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu. Maka jika kamu bertaubat dari melakukannya, maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya...‰.

(d) Aktiviti perniagaan yang dilakukan di dalam memenuhi satu sistem kewangan Islam wajib mematuhi kehendak Syariah Islam. Berniaga dan berurusan muamalah amatlah dituntut dan digalakkan oleh ajaran agama Islam tetapi dalam masa yang sama Allah mengingatkan bahawa Dialah sebaik-baik pemberi rezeki. Al-Quran menjelaskan kepentingan perniagaan dalam Islam seperti dalam surah al-JumuÊah, ayat 10-11:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 7: Islam dan Kewangan

TOPIK 1 ISLAM DAN KEWANGAN

7

Terjemahan ayat: Apabila telah selesai menunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka

bumi dan carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beroleh keuntungan. Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan kamu berdiri (di atas mimbar berkhutbah), katakanlah apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dari hiburan dan perniagaan, dan Allah adalah sebaik-baik Pemberi Rezeki.

(e) Aktiviti ekonomi dan kewangan Islam turut meliputi aspek pembersihan diri dan penyucian zakat. Ini digambarkan dalam surah al-Taubah, ayat 103:

Terjemahan ayat: „Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu

membersihkan dan mensucikan‰.

Manakala dari segi hadith pula, terdapat dua hadith berkaitan dengan kewangan:

(a) Hadith Nabi s.a.w menjelaskan perlunya sistem kewangan berlandaskan syariat Islam. Rasulullah s.a.w. menggesa kita supaya menjauhi amalan riba dalam kehidupan sehari-harian. Ia adalah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang dijelaskan dalam riwayat al-Jabir r.a. yang bermaksud: Terjemahan hadith: ÊRasulullah s.a.w. mengutuk pemakan riba, pemberi riba, kedua-dua saksi dan penulisnya dan baginda bersabda, golongan ini semuanya samaÊ. (Riwayat Muslim).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 8: Islam dan Kewangan

TOPIK 1 ISLAM DAN KEWANGAN

8

(b) Terdapat juga hadith yang menerangkan bagaimana membentuk institusi dan instrumen kewangan Islam yang adil, berpandukan institusi zakat. Zakat yang diwajibkan keatas umat Islam telah mula diperkembangkan sejak zaman Rasulullah s.a.w. iaitu ketika baginda menjadi pemerintah dan pentadbir empayar Islam di Madinah. Perkara ini dijelaskan di dalam sebuah hadith yang menceritakan ketika Muaz bin Jabal diutuskan oleh Rasulullah s.a.w. ke negeri Yaman untuk menjadi pemerintah dan guru di sana, baginda s.a.w. telah bersabda kepadanya seperti maksud berikut: „Beritahu kepada mereka penduduk Yaman bahawa Allah telah mewajibkan zakat ke atas mereka, zakat yang dipungut di kalangan kaya di kalangan mereka dan dibahagikan kepada fakir miskin di kalangan mereka.‰ Maka Muaz telah memungut dan mengagihkan harta zakat di kalangan penduduk yang berhak menerima (kalangan asnaf yang lapan) bahkan zakat yang dipungut dari setiap daerah itu dibahagikan khas kepada penduduk-penduduknya yang berhak menerima di sekitar negeri Yaman. (Hadith Riwayat Ibn Majah).

INSTITUSI DAN INSTRUMEN KEWANGAN ISLAM DI ZAMAN AWAL ISLAM

Kita akan mempelajari berkenaan institusi-institusi dan instrumen atau kontrak kewangan yang dipraktikkan di zaman awal Islam seperti yang digambarkan dalam Rajah 1.2.

1.3

Adakah kewangan Islam bersandarkan kepada dalil dari al-Quran dan al-hadith? Jika ya, sila nyatakan.

SEMAK KENDIRI 1.3

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 9: Islam dan Kewangan

TOPIK 1 ISLAM DAN KEWANGAN

9

Rajah 1.1: Institusi dan instrumen kewangan Islam di zaman awal Islam

Berikut adalah penerangan terperinci bagi setiap institusi dan instrumen kewangan Islam di zaman awal Islam.

(a) Baitulmal

Setelah kewafatan Baginda, ianya diteruskan oleh Khalifah Abu Bakar. Sebagaimana Rasulullah s.a.w., Abu Bakar mengagihkan semua harta yang diterima kepada mereka yang memerlukan. Pada tahun pertama pentadbirannya, setiap penerima diberi 10 dirham dan jumlah ini meningkat kepada 20 dirham pada tahun kedua. Abu Bakar turut menyediakan sebuah bangunan khusus untuk Baitulmal pada masa pemerintahannya walaupun tidak digunakan sepenuhnya.

Institusi Baitulmal terus berkembang pada zaman Khalifah Umar Al-Khatab menerusi pelbagai pembaharuan yang telah diperkenalkannya. Khalifah Umar telah mewujudkan sebuah Baitulmal di Madinah manakala cawangan-cawangannya ditubuhkan di merata wilayah termasuk di Isfahan dan Kufah.

Selain instrumen zakat, antara sumber pendapatan lain bagi Baitulmal pada ketika itu ialah sedekah, jizyah dan kharaj atau cukai tanah. Baitulmal juga bertindak sebagai perbendaharaan awam bagi kerajaan pusat. Ianya ditadbir oleh seorang pegawai khas yang dikenali sebagai Khazin al-Mal manakala bendahari di wilayah-wilayah pula bergelar Khazin.

Baitulmal bermaksud rumah atau gedung harta, diasaskan sendiri oleh Rasulullah s.a.w.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 10: Islam dan Kewangan

TOPIK 1 ISLAM DAN KEWANGAN

10

Di peringkat pusat, Khazin al-Mal bertanggungjawab kepada ketua negara iaitu Khalifah manakala di wilayah pula, para Khazin diselia oleh gabenor-gabenor tempatan yang dipanggil Amir. Pegawai-pegawai ini mempunyai kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat.

Seterusnya pada zaman Bani Umayyah dan kerajaan Islam Andalusia, institusi Baitulmal dipecahkan kepada dua iaitu:

(i) Baitulmal umum yang berperanan membantu semua rakyat jelata tanpa mengira orang Islam mahu pun orang bukan Islam.

(ii) Baitulmal al-Muslimin yang dikhususkan untuk tujuan kebajikan dan wakaf bagi masyarakat Muslim. Harta di dalam Baitulmal al-Muslimin ini disimpan di Masjid Jamik yang dikawal rapi dan dikunci di bawah penjagaan Kadi Besar.

(b) Institusi Zakat Zakat merupakan salah satu sumber kewangan terulung dalam sistem

pemerintahan Islam lampau ekoran kemampuannya dan keberkesanannya dalam menangani permasalahan ekonomi, sosial dan kemiskinan. Melaluinya pengagihan kekayaan negara dapat berlaku secara adil dan lebih tersusun. Sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi, zakat telah menjadi institusi terpenting dalam sistem perekonomian umat Islam khususnya sebagai sumber utama pendapatan negara semenjak kerajaan Islam awal di Madinah.

Dari segi sejarah, jelas menunjukkan kerajaan mempunyai kuasa mutlak dari segi memungut dan mengagihkan harta zakat. Islam telah memastikan perkara ini dengan memperuntukkan sebahagian dari hasil kutipan zakat itu kepada pegawai-pegawai yang ditugaskan memungut zakat atau lebih dikenali sebagai amil zakat. Misalnya Rasulullah s.a.w sendiri pernah mengutuskan Umar al-Khattab untuk pergi memungut zakat. Di antara sahabat lain yang pernah dilantik oleh Rasulullah s.a.w. sebagai pegawai zakat ialah Ibn Lutabiyah, Abu Masud, Abu Jahem, Uqbah ibn Amir, Al-Dah-ak dan Ubadah ibn Samit.

(c) Institusi Wakaf Institusi ini wujud pada zaman Rasulullah s.a.w apabila baginda

memperkenalkan instrumen wakaf yang pertama iaitu Masjid QubaÊ. Masjid tersebut dibina sendiri oleh Rasulullah s.a.w sejurus selepas tiba di kota Madinah pada tahun 622M dan diwakafkan kepada orang Islam di situ. Ini diikuti dengan wakaf Masjid Nabawi enam bulan kemudian. Masjid-masjid ini kekal hingga ke hari ini dan menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia terutamanya jemaah haji yang mengunjungi Mekah dan Madinah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 11: Islam dan Kewangan

TOPIK 1 ISLAM DAN KEWANGAN

11

Begitu juga penyediaan bekalan air minuman bagi musafir di seluruh kota dan desa yang merupakan amalan wakaf yang terawal. Zubaidah binti Jaafar al-Mansur telah diiktiraf oleh pengembara ulung Ibn Battutah sebagai wanita Islam yang telah berjasa menyediakan infrastruktur bekalan air di sepanjang laluan jemaah Haji dari Baghdad ke Mekah. Selain infrastruktur bekalan air awam, amalan wakaf oleh dermawan Muslim juga menyaksikan pembinaan jalan raya, jambatan, lampu jalan, rumah persinggahan bagi musafir dan rumah mandi awam untuk kegunaan seluruh masyarakat.

Seterusnya, sumbangan terbesar amalan wakaf ialah dalam kecemerlangan ilmu dan pendidikan, terutamanya melalui al-Arsad iaitu tanah dan ladang yang diwakafkan sebagai harta negara dan hasilnya digunakan untuk membiayai pendidikan. Wakaf al-Arsad berkembang dengan pesat sejak zaman Abbbasiah sehinggalah ke era Othmaniah yang menyaksikan banyak pembangunan sekolah, perpustakaan dan universiti yang melahirkan ramai sarjana terbilang. Antara universiti terbesar yang pernah dibiayai daripada hasil pendapatan wakaf termasuklah Universiti al-Qarawiyyin (859M) di Fez, Universiti al-Nizamiyyah (1065M) di Baghdad dan Universiti al-Azhar (972M) di Kaherah.

Wakaf juga berperanan penting dalam bidang kesihatan. Pembangunan hospital, perbelanjaan doktor, peralatan dan rawatan pesakit secara percuma dibiayai melalui sistem wakaf. Dalam bidang alam sekitar pula telah wujud wakaf untuk memelihara sungai serta membiayai makanan burung di kota suci Mekah serta kota-kota lain.

Dari segi amalan, beberapa buah negara seperti Mesir, Maghribi, Kuwait, Syria dan Turki telah begitu berjaya dalam menguruskan dana wakaf. Di Mesir, ia dikanunkan sebagai Undang-undang Wakaf iaitu Qanun al-Usul al-Wakf pada tahun 1946 diikuti oleh Lebanon, sementara di Kuwait pula pada tahun 1951. Di samping itu, beberapa buah negara Islam yang lain turut memperlihatkan wakaf sebagai suatu institusi yang mendapat perhatian umat Islam. Negara-negara seperti Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Turki serta Singapura telah mengadakan Undang Undang Wakaf. Instrumen wakaf ini sekiranya diurus dengan baik, cekap dan efektif, amat berpotensi dalam menyumbang kepada pembangunan negara Islam yang lebih berkesan.

(d) Institusi Sedekah Sedekah berasal dari perkataan Arab iaitu, as-Sadakah, iaitu benar.

Bersedekah, juga disebut infaq di dalam al-Quran, adalah antara amalan yang dituntut oleh Islam. Definisi sedekah yang sebenar-benarnya mengikut takrif ajaran Islam ialah bukan sahaja pemberian dalam bentuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 12: Islam dan Kewangan

TOPIK 1 ISLAM DAN KEWANGAN

12

harta atau wang ringgit sahaja tetapi menjangkau kepada pemberian dalam bentuk-bentuk lain seperti bantuan tenaga, ilmu malah senyuman yang dilakukan oleh setiap orang Islam. Prinsip asasnya, apa sahaja bentuk kebaikan yang dilakukan secara ikhlas oleh umat Islam dikira sebagai sedekah.

Rasulullah s.a.w. pernah memberi sedekah kepada setiap yang memerlukan sehingga habis keseluruhan wang beliau. Sayyidina Abu Bakar r.a. pula menyerahkan seluruh harta beliau untuk disedekahkan. Apabila ditanya apakah yang tinggal untuk keluarganya, beliau mengatakan, „Aku tinggalkan Allah dan RasulNya kepada mereka.‰ Walaupun begitu, perlu diingat bahawa ciri istimewa golongan miskin pada zaman Rasulullah s.a.w. ialah mereka tidak meminta-minta, tidak mengeluh dan tidak menyusahkan masyarakat. Ini kerana jiwa mereka penuh dengan iman dan taqwa.

Di dalam Islam, kekayaan iman dan rohani serta taqwa dalam jiwa insan lebih diutamakan berbanding kekayaan kebendaan. Dengan kekayaan iman akan terbentuklah golongan miskin yang takwa dan redha dengan ketetapan Allah s.w.t. yang menjadikan mereka miskin di samping menyedari tanggungjawab mereka supaya sentiasa berusaha mengubah taraf hidup mereka.

(e) Instrumen Kewangan Islam Sementara itu, instrumen kewangan Islam telah wujud di Semenanjung

Arab sejak 1400 tahun lagi. Pada zaman awal Islam, perniagaan berlaku secara tabii iaitu pertukaran barang keperluan kehidupan seharian seperti pertukaran pakaian dengan makanan dinamakan perniagaan tukar barang (barter trade) iaitu cara primitif sebelum meluasnya penggunaan wang sebagai ukuran nilai. Hal ini berkembang sehinggalah para peniaga melakukan perniagaan dalam pelbagai kaedah dan cara.

Kaedah perniagaan yang paling awal diamalkan ialah dengan menggunakan sistem pertukaran barang dengan barang (bay al-Muqayadah). Namun begitu sistem ini menghadapi kesulitan apabila orang tersebut terpaksa mencari pemilik barang yang hendak dibeli itu dan dalam masa sama orang yang memerlukan barangan orang pertama yang hendak menjualnya.

Seterusnya kaedah sistem jualan terbuka iaitu bay al-Mutlaq iaitu sistem jualbeli dengan menggunakan wang mula diperkenalkan. Manusia mula mencipta matawang (nuqud) untuk menjadi bahan tukaran mengganti barang yang hendak ditukarkan dengan barang. Mereka juga boleh menjual barang yang dimiliki dengan menggunakan matawang yang boleh disimpan. Masalah pula wujud dari segi perbezaan antara barang yang dijual atau dibeli dengan harga barang tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 13: Islam dan Kewangan

TOPIK 1 ISLAM DAN KEWANGAN

13

Di antara corak perniagaan yang masyhur ialah konsep shirkah (partnership), konsep musyarakah (profit-loss sharing) dan konsep mudharabah (profit sharing). Konsep shirkah lebih digunakan dalam mengadakan hubungan perniagaan dengan negara-negara luar. Sebagai contoh, Kabilah Quraisy telah memeterai perjanjian perdagangan dengan kerajaan Syria melalui wakilnya Hasham, dengan kerajaan Iraq melalui Nafqal, dengan kerajaan Yaman melalui Muttalib dan Raja Abysina melalui Abdu-s-Shams.

Konsep ini juga digunakan oleh orang Quraisy di mana janda-janda kaya atau anak-anak yatim yang kaya dapat membekalkan modal yang amat diperlukan kepada pengusaha-pengusaha ketika itu. Pada masa itu juga sistem perniagaan di Mekah tidak mengenakan sebarang cukai. Hal ini telah berjaya menarik ramai pihak luar datang berniaga dengan mereka. Ini telah menjadikan Kota Mekah pusat perdagangan antarabangsa yang amat penting dengan jalinan hubungan perniagaan yang meluas meliputi Mesir, Yaman, Iraq, Bahrain dan Parsi.

FIQH MUAMALAH DAN KEWANGAN

Dari perspektif Syariah, fiqh muamalah dan kewangan merupakan dua perkara yang saling berkait. Kewangan dilihat sebagai sebahagian dari fiqh muamalah itu sendiri. Ia meliputi hal-hal yang berkait dengan urusan kewangan dan perbankan. Di bawah topik ini, kita akan mendalami konsep muamalah dalam Islam, konsep harta dalam Islam dan hubungan di antara fiqh muamalah dengan kewangan Islam.

1.4

Pada pandangan anda, adakah institusi kewangan di Malaysia beroperasi dengan mengamalkan konsep kewangan Islam? Pernahkan anda menggunakan prinsip-prinsip asas kewangan Islam di dalam kontrak sehari-harian? Jelaskan dengan memberikan contoh-contoh yang spesifik.

AKTIVITI 1.2

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 14: Islam dan Kewangan

TOPIK 1 ISLAM DAN KEWANGAN

14

1.4.1 Konsep Muamalah dalam Islam

Menurut para ulama Feqah, ianya merujuk kepada kegiatan perniagaan yang mempunyai banyak tujuan dan hikmah yang tersendiri. Objektif utama muamalah adalah memperluaskan perkhidmatan dan barangan yang diperlukan khususnya berasaskan transaksi perniagaan iaitu melalui pertukaran barangan dengan barangan atau barangan dengan perkhidmatan. Memandangkan di zaman dahulu, akitiviti utama mencari rezeki ialah perladangan dan pertanian maka dengan adanya aktiviti perniagaan ia dapat mempelbagaikan sumber rezeki dan pendapatan. Perniagaan merupakan kaedah yang penting dalam membangunkan ekonomi dan unit-unit dalam struktur ekonomi.

Tiga kategori asas bagi muamalat yang sah dan halal ialah akad-akad jualbeli (trading contracts), akad-akad pembentukan modal (contracts of profit and loss sharing) dan akad-akad sokongan (supporting contracts).

1.4.2 Konsep Harta dalam Islam

Definisi lain tentang harta, misalnya, ianya didefinisikan sebagai sesuatu yang boleh dikumpul dan dipegang iaitu ada sifatnya (jisim). Oleh itu sesuatu yang tidak boleh dikumpul dan tidak dimiliki seperti udara, ikan di laut, burung di udara dan lain-lain bukanlah dikategorikan sebagai harta.

Definisi harta dari segi bahasa merujuk kepada sebarang benda yang boleh dimiliki. Imam Syafie mendefinisikan harta sebagai benda yang ada nilai untuk dijual dan dikenakan gantirugi bagi sesiapa yang merosakkannya atau memusnahkannya.

Oleh itu, dalam konteks yang lebih khusus, muamalah turut dikenali sebagai transaksi dalam Islam. Ianya melibatkan kontrak atau akad perjanjian yang melibatkan dua pihak atau lebih yang cukup rukun dan syarat jual-beli yang ditetapkan oleh Syariah.

Muamalah secara umumnya merujuk kepada hubungan manusia dengan manusia melalui pelbagai aktiviti sama ada aktiviti sosial, ekonomi mahupun politik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 15: Islam dan Kewangan

TOPIK 1 ISLAM DAN KEWANGAN

15

Barang yang tidak memberi manfaat misalnya sebiji gandum, bangkai binatang dan makanan beracun juga tidak dikira sebagai harta. Begitu juga dengan barangan yang dianggap najis seperti minuman arak juga tidak dikira sebagai harta.

Dari perspektif Islam, konsep harta dilihat dari dua aspek iaitu pemilikan dan kepentingan. Harta kekayaan adalah hak milik Allah s.w.t. secara mutlak. Manusia adalah ciptaan Allah s.w.t. sebagai pemegang amanah kepada harta tersebut. Oleh itu pemilikan harta oleh manusia adalah tidak mutlak. Dengan itu kita sebagai manusia perlu mengumpul dan menggunakan harta mengikut cara yang ditetapkan oleh syariat Islam. Ini kerana kita sebagai pemegang amanah kepada harta Allah s.w.t. tidak dapat lari dari menurut segala perintah Allah s.w.t. sama ada dalam mengumpul harta atau pun menggunakan harta. Harta yang kita kumpul perlulah berlandaskan cara yang betul.

Begitu juga dari aspek penggunaan harta, kita hendaklah menggunakannya dengan cara yang halal dan boleh memberi faedah kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Oleh yang demikian, dalam kehidupan seharian kita, penyempurnaan tanggungjawab terhadap harta merupakan satu hak dan keperluan asasi (dharuriyyah) yang akan dipersoalkan kelak oleh Allah s.w.t tentang penyempurnaan tanggungjawab ke atasnya. Kita akan disoal sekiranya kita mensia-siakan harta tersebut. Dengan kata lain, kita tidak boleh membazir, menggunakan untuk perkara yang subhah dan perkara yang haram, mahu pun membekukan harta tanpa membuat pelaburan. Ini kerana dari perspektif Islam, harta benda merupakan suatu faktor yang amat penting dalam usaha menambah kekayaan.

Islam sendiri mengiktiraf harta sebagai faktor pengeluaran yang penting kerana dengan harta tersebut kita boleh menambah kekayaan tanpa mengalami penyusutan. Malah harta merupakan aset yang paling penting bagi kehidupan manusia kerana tanpanya, manusia tidak akan dapat membangunkan potensi diri dan bergiat aktif dalam pelbagai bidang termasuklah yang berkait dengan aspek ibadah, muamalah, pendidikan, ekonomi dan kewangan mahupun sosial dan hubungan politik.

Ciri-ciri dan Prinsip Pemilikan Harta Dalam hal ini, ciri-ciri umum sesuatu itu adalah harta ataupun sebaliknya adalah mengikut spesifikasi berikut seperti dalam Jadual 1.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 16: Islam dan Kewangan

TOPIK 1 ISLAM DAN KEWANGAN

16

Jadual 1.2: Ciri-ciri Harta

Ciri-ciri Harta

(a) Harta mestilah boleh dikuasai dan dimanfaatkan.

(b) Harta benda mestilah sesuatu yang boleh dikuasai dan dimiliki pada masa depan.

(c) Sesuatu yang tidak mungkin dikuasai walaupun boleh dimanfaatkan bukanlah harta seperti udara.

(d) Sesuatu yang tidak mungkin dimanfaatkan dalam keadaan biasa bukanlah harta seperti harta yang telah diberi pinjam.

(e) Sesuatu yang ditegah penggunaannya oleh Syarak tidak dianggap sebagai harta, seperti dadah dan arak.

Manakala prinsip pemilikan harta adalah berdasarkan kepada ciri-ciri berikut seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.3.

Jadual 1.3: Ciri-ciri Prinsip Pemilikan Harta

Cir-ciri Prinsip Pemilikan Harta

(a) Harta adalah milik Allah s.w.t, Pencipta seluruh alam ini. Lantaran itu ia adalah milik-Nya secara mutlak, yang boleh mengambil kembali harta-Nya pada bila-bila masa melalui pelbagai cara misalnya kebakaran, banjir dan malapetaka yang lain. Milik manusia kepada harta lebih bersifat sebagai pemegang amanah semasa hayat hidup seseorang dan ia juga tertakluk kepada hukum dan ketentuan Allah secara hakiki. Dengan kata lain, kita sebagai manusia dipertanggungjawabkan kepada semua harta yang dimilikinya dari aspek bagaimana kita memiliki atau mendapatkannya dan bagaimana kita membelanjakan harta tersebut. Hak milik dan tanggungjawab meletakkan status sesuatu harta di tangan kita sebagai manusia sedangkan pemilikan mutlak adalah di tangan Allah s.w.t.

Harta dalam milikan manusia dikira sebagai pemegang amanah. Walaupun semua harta adalah ciptaan Allah s.w.t untuk manusia, manusia dibolehkan memiliknya tetapi bersifat sebagai pemegang amanah semata-mata. Dengan kata lain, kita sebagai manusia dipertanggungjawabkan kepada semua harta yang dimilikinya dari aspek bagaimana kita memiliki atau mendapatkannya dan bagaimana kita membelanjakan harta tersebut. Hak milik dan tanggungjawab meletakkan status sesuatu harta di tangan kita sebagai manusia sedangkan pemilikan mutlak adalah di tangan Allah swt.

(b) Harta yang dicipta oleh Allah s.w.t. cukup banyak dan cukup untuk semua manusia bagi keperluan diri dan tanggungan mereka. Pengagihan harta yang adil dan seimbang memberi peluang kepada semua manusia mendapatkan harta yang merupakan nikmat dari Allah s.w.t supaya ianya dapat dimanfaatkan di jalan yang diredhai-Nya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 17: Islam dan Kewangan

TOPIK 1 ISLAM DAN KEWANGAN

17

(c) Harta kekayaan adalah ciptaan untuk manusia, bersesuaian dengan status kemuliaan dan kelebihan manusia daripada mahluk lain, sama ada harta tersebut memberi faedah secara langsung atau tidak.

(d) Islam mengiktiraf pemilikan individu (private ownership) dan ia juga menggariskan peraturan-peraturan tertentu untuk melindungi pemilikan awam (public ownership)

1.4.3 Hubungan di antara Fiqh Muamalah dan Kewangan Islam

Kewangan Islam adalah sebahagian dari aktiviti dalam fiqh muamalah. Ianya secara jelas dapat diterangkan dalam Rajah 1.3 seperti berikut:

Rajah 1.3: Hubungkait di antara Fiqh Muamalah dengan kewangan Islam Sumber: Adaptasi daripada Abdul Halim Ismail (1992:250)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 18: Islam dan Kewangan

TOPIK 1 ISLAM DAN KEWANGAN

18

PRINSIP-PRINSIP SYARIAH DALAM AMALAN KEWANGAN

Prinsip-prinsip Syariah dalam amalan kewangan boleh juga disebut sebagai kontrak Syariah. Secara umumnya, kontrak-kontrak Syariah ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu kontrak primer dan kontrak sokongan.

(a) Kontrak Primer Kontrak primer merujuk kepada kontrak-kontrak utama dan paling besar

dalam pasaran permintaan. Ia terbahagi kepada dua iaitu:

(i) Kontrak pertukaran yang terdiri daripada kontrak seperti al-murabahah, al-salam dan al-ijarah.

(ii) Kontrak yang berbentuk perkongsian untung. Kontrak ini terdiri daripada mudharabah iaitu berkongsi untung semata-mata dan musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi serta pembahagian untung berbentuk „discretionary‰ iaitu perkongsian untung yang tidak dipaksa oleh kontrak dan tidak tertakluk kepada mana-mana syarat tetapi tertakluk kepada keadaan pada masa itu. Kontrak pertukaran dan kontrak perkongsian untung dinaungi oleh kontrak Syariah bagi menjamin perjalanan kontrak ini supaya tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

(b) Kontrak Sokongan Kontrak-kontrak sokongan terdiri daripada bayÊ al-dayn, bayÊ al-

muzayadah, dhaman/kafalah, haq tamalluk, hibah, hiwalah, ibraÊ, ittifaq dhimni, rahnu, ujrah/ajr dan wakalah.

Sebagai perincian, kita boleh rumuskan kontrak-kontrak tersebut kepada tujuh jenis seperti dalam Jadual 1.4.

1.5

Bilakah kali terakhir anda berurusan dengan bank Islam? Adakah anda pernah membuat kontrak perjanjian dengan mana-mana bank Islam? Jika ya, cuba anda rujuk kepada isi kandungan kontrak tersebut. Apakah prinsip asas yang digunakan di dalam perjanjian tersebut? Adakah ia menggunakan prinsip-prinsip Syariah yang disyorkan di dalam amalan kewangan Islam?

AKTIVITI 1.3

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 19: Islam dan Kewangan

TOPIK 1 ISLAM DAN KEWANGAN

19

Jadual 1.4: Tujuh Jenis Kontrak Syariah

Jenis Kontrak Syariah Penerangan

Kontrak memberi hak milik (Âuqud tamlikat)

Kontrak pertukaran (Âuqud al-muÊawadat) seperti jual beli, sewa, pertukaran wang

Kontrak kebajikan (Âuqud al-tabarruÊat) seperti

hibah, sadaqah, qard hasan

Kontrak melepaskan hak (Âuqud al-isqatat)

Seperti tebus talak, kemaafan al-qisas, perlepasan dengan pampasan (dikira kontrak pertukaran)

Kontrak memberi izin (Âuqud al-itlaqat)

Seperti melibatkan pemberian kuasa seperti al-wakalah, melantik pegawai (al-tawliyah), agensi, juÊalah (komisen)

Kontrak menyekat dari melaksanakan tugas (Âuqud al-taqyidat)

Seperti muflis dan penamatan wakil

Kontrak memberi kepercayaan atau sekuriti (Âuqud al-tawthiqat)

Kontrak menjamin keselamatan hutang terhadap tuan punya hutang, kontrak jaminan dan gadaian, al-hiwalah

Kontrak perkongsian (Âuqud al-isytirak)

Berhubung dengan perkongsian dalam sesuatu projek seperti al-mudarabah dan al-musyarakah

Kontrak simpanan atau penjagaan (Âuqud al-hifz)

Kontrak melibatkan penjagaan keselamatan sesuatu harta bagi tuan punya seperti al-wadiÊah

1.5.1 Akad-akad Jual beli

Akad-akad jual beli (trading contracts) boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu jual beli tunai dan jual beli bertangguh.

Berikut adalah beberapa transaksi biasa yang digunakan secara menyeluruh:

(a) Jual Beli Tunai (Cash Sales) (i) Jualan tunai

(ii) Tukaran wang asing

(iii) Tukaran antara barangan ribawi dari klasifikasi yang berbeza tapi dalam masa yang sama, contohnya emas dengan wang, gandum dengan minyak sawit

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 20: Islam dan Kewangan

TOPIK 1 ISLAM DAN KEWANGAN

20

(b) Jual Beli Harga Tangguh (Deferred Payment Sales) (i) Bay al-murabahah (cost plus)

(ii) Bay al-salam

(iii) Bay al-istisnaÊ (sale by order)

(iv) Bay bithaman ajil (deferred payment sale)

(v) Bay al-istijrar (supply or wholesale financing)

(vi) Bay al-inah

(vii) Bay al-dayn (debt trading)

(viii) Al-Ijarah (leasing)

(ix) Al-Ijarah wal-iqtinaa (leasing then purchase)

(x) Al-Qardh al-hasan (benevolent loan)

1.5.2 Akad-akad Pemilikan, Perkongsian, Jaminan, Perwakilan, Hiwalah, Simpanan dan Lain-lain

Akad-akad pemilikan dan perkongsian ini diklasifikasikan di bawah akad-akad pembentukan modal (contracts of profit and loss sharing) seperti berikut:

(a) Al-Musyarakah (joint venture profit sharing)

(b) Al-Mudharabah (trustee profit sharing)

(c) Al-Muzaraah (leasing of land for agriculture)

(d) Al-Musaqat (watering of orchard)

Sebagai contohnya, al-musyarakah dan al-mudharabah boleh diaplikasikan untuk semua jenis perniagaan. Manakala al-muzaraah dan al-musaqat tidak diamalkan kerana ada banyak khilaf dari para ulama.

Seterusnya prinsip Syariah yang melibatkan jaminan, perwakilan, hiwalah, simpanan dan lain-lain diklasifikasikan sebagai akad-akad sokongan (supporting contracts). Syariah juga membenarkan akad-akad sokongan bagi memudahkan urusan perniagaan dan pergerakan modal. Akad-akad tersebut adalah:

(a) Al-Rahnu (pawn-broking)

(b) Al-Kafalah (guarantee)

(c) Al-Wakalah (agency)

(d) Al-Wadiah (safe custody)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 21: Islam dan Kewangan

TOPIK 1 ISLAM DAN KEWANGAN

21

(e) Al-Hiwalah (transfer of debt)

(f) Al-IbraÊ (rebate)

LARANGAN DALAM AMALAN KEWANGAN ISLAM: RIBA, GHARAR DAN JUDI

Di dalam amalan dan semua urusan yang berkait dengan kewangan Islam, riba, gharar dan judi merupakan elemen utama yang diharamkan. Elemen-elemen ini diterangkan secara ringkas di sini dan ianya diperbincangkan secara lebih terperinci di dalam topik yang seterusnya.

(a) Riba Riba merupakan satu amalan yang tidak baik malah tidak dibenarkan di

dalam Islam kerana keuntungan yang diperolehi bukan hasil dari usaha seseorang individu itu sendiri. Ia merupakan keuntungan yang diperolehi dari harta yang dipinjamkan dengan tujuan untuk mendapat lebihan apabila sampai tempoh matang.

Dari sudut syariat, riba boleh terjadi dalam tiga bentuk iaitu:

(i) Bayaran lebihan dari wang pokok (harta asal) mengikut perjanjian yang disyaratkan terlebih dahulu.

(ii) Kontrak ke atas pertukaran barangan tertentu yang tidak diketahui persamaannya pada timbangan atau sukatan yang diakui oleh syarak.

(iii) Penangguhan serahan salah satu barangan yang ditukarkan atau yang diperdagangkan bagi pertukaran mata wang dan barangan ribawi (al-nuqud dan al-athÊimah).

(b) Gharar Gharar merujuk kepada ketidakpastian tentang kedudukan sesuatu

barangan atau harga sesuatu barangan yang tidak menentu. Ia berpunca dari keadaan barangan yang belum dimiliki sepenuhnya, iaitu secara mutlak, barangan belum wujud atau barangan yang tidak diketahui ciri-cirinya secara lengkap. Di dalam kontrak jual beli, gharar merujuk kepada ketidakpastian tentang rukun dan subjek akad seperti barangan yang tidak wujud, harga yang tidak pasti, penipuan harga dan sifat barangan yang tidak sama sebagaimana dinyatakan di dalam kontrak. Kontrak atau perjanjian yang mempunyai elemen gharar adalah tidak sah dan dikira batal dalam muamalah Islam.

1.6

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 22: Islam dan Kewangan

TOPIK 1 ISLAM DAN KEWANGAN

22

(c) Judi Judi merupakan elemen yang diharamkan di dalam transaksi berasaskan

muamalah Islam. Judi ini dikenali juga sebagai maysir. Ianya berdasarkan sesuatu kejadian yang tidak pasti terjadi, iaitu mungkin berlaku atau mungkin tidak. Situasi sebegini juga merupakan satu pertaruhan atau loteri. Ianya merujuk kepada perbuatan melabur duit untuk mengharapkan keuntungan berlipat kali ganda tanpa ada usaha daripada pihak yang terlibat dalam sesuatu kontrak.

Oleh itu, elemen judi akan menyebabkan transaksi atau perjanjian dalam sesuatu kontrak berlaku secara tidak jelas kerana akan berlaku situasi satu pihak mendapat keuntungan berkali ganda dan satu pihak lagi akan mengalami kerugian teruk. Syariah menolak maysir kerana adanya unsur ketidakpastian dan kurang jelas dalam transaksi, yang menyebabkan berlakunya keadaan seseorang mengaut keuntungan dengan menindas orang lain.

Islam mengambil berat tentang kewangan Islam melalui penekanan konsep asas dalam muamalah Islam.

Kewangan Islam merupakan sebahagian dari ekonomi Islam dari aspek tasarruf maliyyah.

Objektif kewujudan kewangan Islam ialah untuk memenuhi keperluan individu, mencapai al-falah dan mempraktikkan nilai sosioekonomi yang baik dalam masyarakat.

Prinsip-prinsip Syariah yang digunakan di dalam kewangan Islam boleh dikategorikan kepada kontrak primer dan kontrak sokongan.

Perkara asas dalam kewangan Islam adalah menghalalkan kontrak yang berasaskan jual beli dan mengharamkan elemen riba, gharar dan maysir (judi).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 23: Islam dan Kewangan

TOPIK 1 ISLAM DAN KEWANGAN

23

Al-falah

Al-Hiwalah

Al-Ibraa

Al-ijarah

Al-ijarah wal-Iqtinaa

Al-Kafalah

Al-Mudharabah

Al-Muzaraah

Al-Musaqat

Al-Musyarakah

Al-Rahnu

Al-Wadiah

Al-Wakalah

Barangan al-at`imah

Barangan al-nuqud

Bay al-Murabahah

Bay al-Inah

Bay al-Dayn

Bay al-salam

Bay al-Istisna

Bay Bithaman Ajil

Bay Dayn

Bay Muzayadah

Dhaman/Kafalah

Fiqh muamalah

Gharar

Haq Tamalluk

Harta

Hibah

Ittifaq Dhimni

Judi

Kewangan Islam

Maysir

Qardh al-Hasan

Riba

Tasarruf maliyyah

Tauhid

Ujrah/Ajr

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 24: Islam dan Kewangan

TOPIK 1 ISLAM DAN KEWANGAN

24

Ab. Mumin Ab. Ghani. (1999). Sistem kewangan Islam dan pelaksanaannya di

Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Nor Mohamed Yakcop. (1996). Teori, amalan dan prospek sistem kewangan

Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Halim Ismail. (1992). „Bank Islam Malaysia Berhad: Principles and

Operations.‰ An introduction to Islamic finance. Sheikh Ghazali Sheikh Abod et.al. (eds), Kuala Lumpur: Quill Publications.

Sudin Haron. (1997). Islamic banking: Rules and regulations. Petaling Jaya:

Pelanduk Publications. Othman Yong. (1993). Pasaran dan institusi kewangan di Malaysia, teori dan

amalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)