Wang Kertas Mengikut Kefahaman Sistem Kewangan Islam

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/17/2019 Wang Kertas Mengikut Kefahaman Sistem Kewangan Islam

    1/22

    1

    SISTEM PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM 

    TUGASAN INDIVIDU :

    WANG KERTAS MENGIKUT KEFAHAMAN SISTEM KEWANGAN ISLAM

    NAMA PENSYARAH

    PROFESSOR MADYA DR. AB. MUMIN BIN AB GHANI

    NAMA PELAJAR

    MOHD NOOR UZAIRI BIN ADAM IGA130095

    SYARIAH PENGURUSAN

    --------

    AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

    UNIVERSITI MALAYA 

    2014

  • 8/17/2019 Wang Kertas Mengikut Kefahaman Sistem Kewangan Islam

    2/22

    2

    ISI KANDUNGAN HALAMAN

    Isi Kandungan 2

    1. Pendahuluan 3

    2. Definisi Wang 4

    3. Fungsi Wang 4

    4. Teori Wang

    4.1 Teori Permintaan Wang 6

    4.2 Teori Penawaran Wang 10

    5. Sejarah perkembangan dan pembentukan wang

    5.1 Sistem Barter 125.2 Wang Komoditi 12

    5.3 Wang Perwakilan 15

    5.4 Wang Fiat/Wang Kertas 16

    6. Analisis „Illah Pengharaman Riba 16

    7. Hukum Wang Kertas 18

    8. Kesimpulan 21

    9. Bibliografi 22

  • 8/17/2019 Wang Kertas Mengikut Kefahaman Sistem Kewangan Islam

    3/22

    3

    1. PENDAHULUAN

    Wang telah lama digunakan sebagai salah satu alat pertukaran barang yang diterima

     pakai oleh seluruh dunia. Kini, semua negara mempunyai matawang kertas tersendiri

     bagi urusan ekonomi dalam dan juga luar negara. Namun begitu, setiap negara

    mempunyai nilai matawang yang berbeza berdasarkan ketentuan pasaran ekonomi

    dunia. Turun naik nilai matawang amat memberi kesan kepada pertumbuhan dan

    kemelesetan ekonomi negara itu sendiri.

    Perbincangan tentang wang kertas ( fiat money) adalah makin memuncak

    terutamanya selepas krisis kewangan 1997/1998. Majoriti pihak tidak bersetuju bahawa

    sistem monetari semasa telah mencetuskan ketidakstabilan dan banyak ketidakadilan

    terutamanya kepada ekonomi negara-negara membangun. Ramai yang mengatakan

     punca kepada kegagalan sistem monetari dunia terutamanya selepas pembatalan

     perakuan sandaran matawang kepada emas ( gold backed paper money) dalam Bretton

    Wood Conference 1944 oleh Amerika Syarikat pada tahun 1971, di mana wang kertas

    mula dikeluarkan mengikut polisi monetari negara masing-masing tanpa disandarkan

    kepada emas. 

    Bertitik-tolak daripada itu, tugasan ini bertujuan untuk mengemukakan definisi

    wang, fungsinya, ciri-ciri wang, teori permintaan dan penawaran wang, sejarah wang

    dan akan disimpulkan tentang hukum penggunaan wang kertas berasaskan sumber-

    sumber syariah dalam industri kewangan Islam di peringkat nasional dan global.

  • 8/17/2019 Wang Kertas Mengikut Kefahaman Sistem Kewangan Islam

    4/22

    4

    2. DEFINISI WANG 

    Wang adalah sejenis alat pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui

    sah.1 

    Menurut The New Palgrave Dictionary of Economics mendefinisikan wang

    sebagai any object or record, that is generally accepted as payment for goods and

     services and repayment of debts in a given country or socio-economic contexts.2 

    Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa, yang dimaksudkan dengan wang adalah

    apa jua yang memenuhi makna definisi di atas adalah diterima sebagai wang.

    3. FUNGSI WANG 

    Oleh kerana wang merupakan salah satu alat pertukaran yang digunakan sekarang ini

    sudah semestinya wang tersebut mestilah mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri.

    Ini bertujuan untuk memastikan pergerakan ekonomi dan perjalanan sistem kewangan

     bergerak lancar tanpa mengganggu perhubungan manusia.

    Secara umumnya ahli-ahli ekonomi menjelaskan bahawa wang memiliki tiga

    fungsi utama iaitu:

    3.1 Wang berperanan sebagai alat pertukaran (medium of exchange). Wang

     perlulah berperanan sebagai perantara bagi jual beli barang dan juga

     perkhidmatan. Ini dapat mengelakan berlakunya sistem barter yang tidak

    cekap.

    3.2 Wang perlulah berperanan sebagai penyimpan nilai ( store of value).

    Wang tersebut mestilah boleh disimpan dan boleh digunakan kembali

    1 Kamus Dewan, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2013), 1799.

    2 http://www.dictionaryofeconomics.com/article  pada 5 Mei 2011.

    http://www.dictionaryofeconomics.com/articlehttp://www.dictionaryofeconomics.com/articlehttp://www.dictionaryofeconomics.com/articlehttp://www.dictionaryofeconomics.com/article

  • 8/17/2019 Wang Kertas Mengikut Kefahaman Sistem Kewangan Islam

    5/22

    5

    sebagai medium of exchange. Selain itu, nilai wang sepatutnya mesti

    stabil pada sepanjang masa seperti boleh dicapai dalam wang komoditi.

    Atas sebab ini, ia menjadikan faktor tuntutan untuk menggunakan dinar

    dan dirham terutamanya selepas berlakunya krisis ekonomi 1997/1998.

    Ini kerana wang fiat telah kehilangan salah satu fungsi wang iaitu gagal

     berfungsi sebagai penyimpan nilai disebabkan oleh inflasi.

    3.3 Wang itu berfungsi sebagai unit kira-kira (unit of account ). Ia bertujuan

    agar pertukaran dapat dilakukan apabila wang tersebut dapat menentukan

    kadar harga barang tersebut berdasarkan pada nilai barang itu.

    Dalam sistem kewangan ekonomi moden, fungsi wang dapat diperincikan lagi

    melalui tujuh fungsi berikut:3 

    3.4 Wang berfungsi sebagai tabungan ( saving function). Iaitu menyediakan

    tempat atau saluran yang berpotensi bagi mendapat keuntungan dan

    mempunyai risiko yang rendah kepada orang ramai untuk menabung.

    3.5 Fungsi kekayaan (wealth function). Iaitu menyediakan alat bagi

    menyimpan kuasa beli sehingga ke suatu masa yang diperlukan untuk

     berbelanja terhadap barangan dan perkhidmatan.

    3.6 Fungsi mudahtunai (liquidity function). Iaitu menyediakan alat bagi

    memperolehi dana dengan menukarkan sekuriti-sekuriti dan lain-lain

    aset kewangan kepada tunai.

    3 Dr. Ab. Mumin Ab Ghani, Sistem Kewangan Islam Dan Perlaksanaannya di Malaysia, (Kuala Lumpur:

    JAKIM, 1999), 32.

  • 8/17/2019 Wang Kertas Mengikut Kefahaman Sistem Kewangan Islam

    6/22

    6

    3.7 Fungsi kredit (credit function). Iaitu menyediakan penawar kredit yang

     berterusan kepada pengusaha-pengusaha, pengguna dan kerajaan untuk

    membantu perbelanjaan penggunaan dan pelaburan dalam sesebuah

    ekonomi.

    3.8 Fungsi pembayaran ( payment function). Iaitu menyediakan cara atau

    mekanisme bagi pembayaran barangan atau perkhidmatan.

    3.9 Fungsi risiko (risk function). Iaitu menyediakan alat bagi melindungi

     pengusaha, pengguna dan kerajaan menghadapi pelbagai risiko bencana

    terhadap nyawa, kesihatan, harta benda, pendapatan dan sebagainya.

    3.10 Fungsi polisi ( policy function). Iaitu menyediakan saluran bagi kerajaan

    menjalankan polisi-polisinya untuk mencapai objektif dan matlamat

    segara seperti guna tenaga penuh, inflasi yang rendah, pertumbuhan

    ekonomi negara yang berterusan dan kestabilan kedudukan imbangan

     pembayaran antarabangsa.

    4. TEORI PERMINTAAN DAN PENAWARAN WANG

    Model kajian pasaran wang di Malaysia secara umumnya dibentuk berasaskan model

     permintaan dan penawaran wang. Teori permintaan wang menjadi asas utama di dalam

     pembentukan persamaan permintaan manakala pembentukan persamaan penawaran

    wang merujuk kepada teori penawaran wang.

    4.1 Teori Permintaan Wang

    Konsep permintaan wang adalah sama seperti konsep permintaan barang, iaitu

    merupakan keinginan untuk memiliki sesuatu yang disokong dengan kuasa beli. Justeru,

  • 8/17/2019 Wang Kertas Mengikut Kefahaman Sistem Kewangan Islam

    7/22

    7

     permintaan wang merupakan keinginan orang ramai memegang sejumlah harta dalam

     bentuk wang pada suatu tingkat kejayaan atau pendapatan pada tingkat harga tertentu.

    Dalam sesebuah ekonomi, pemilik wang yang utama adalah isirumah dan

    institusi kewangan. Isirumah memerlukan wang kerana wang dapat menyediakan

    khidmat tertentu yang dapat menghasilkan pulangan atau kepuasan kepada pemiliknya

    sementara instutusi kewangan pula memerlukan wang bagi membolehkan urusan

     perdagangan berjalan dengan lancar. Walau bagaimanapun, khidmat yang disediakan

    oleh wang lazimnya dikaitkan dengan fungsi wang sebagai alat pertukaran,

     penyimpanan nila dan unit pengukuran.

    Teori permintaan wang turut berkembang sejajar dengan perkembangan masa.

    Justeru, perbincangan terhadap teori permintaan wang dimulakan dengan teori klasikal

    yang bermula sejak awal abad ke-20 oleh ahli ekonomi seperti Fisher (1911), Pigou

    (1917) dan Marshall (1923). Seterusnya, kepada teori Keynes (1936) dan akhirnya

     perbincangan tentang permintaan wang berdasarkan teori kuantiti moden oleh Friedman

    (1956).

    4.1.1 Ekonomi Klasik

    Pembentukan teori permintaan wang pada masa ini adalah berasakan

    kepada fungsi permintaan wang seperti yang disebutkan di atas. Mengikut teori

    klasikal, setiap pasaran barang adalah jelas dan harga relatif berubah secara

    fleksibel bagi mencapai tingkat keseimbangan. Ekonomi juga sentiasa berada

    dalam keadaan guna tenaga penuh. Justeru, dalam keadaan ekonomi yang

    sedemikian, wang berfungsi sebagai unit pengukuran bagi menunjukan tingkat

    harga dan nilai sesuatu barang selain turut bertindak sebagai alat pertukaran dan

    unit penyimpan nilai.

  • 8/17/2019 Wang Kertas Mengikut Kefahaman Sistem Kewangan Islam

    8/22

    8

    4.1.2 Teori Kuantiti

    Teori kuantiti menerangkan tentang hubungan secara langsung di antara

    kuantiti wang dengan tingkat harga. Teori ini mengandaikan bahawa kuantiti

    wang adalah penentu penting bagi kadar aliran perbelanjaan wang.

    Terdapat dua kaedah yang digunakan untuk menerangkan hubungan di

    antara kuantiti wang dengan aliran perbelanjaan wang. Kaedah yang pertama

    dikenali sebagai persamaan pertukaran yang telah diperkenalkan oleh Fisher

    (1911). Kaedah yang kedua merupakan persamaan Cambridge atau pendekatan

     baki tunai. Kedua-dua kaedah menekankan tentang peranan wang sebagai alat

     pertukaran.

    Oleh itu, model yang dihasilkan menghubungkan permintaan wang untuk

    urusniaga. Fisher menekankan tentang mekanisme pembayaran, sementara ahli

    ekonomi Cambridge memberi focus terhadap motif memegang wang oleh

    individu.

    4.1.3 Teori Keynes

    Keynes (1936) telah menghasilkan analisis yang lebih menyeluruh

    terhadap permintaan wang di mana motif memegang wang dijadikan asas utama

    dalam membentuk teori permintaan wang. Keyne menekankan bahawa

     permintaan wang wujud disebabkan oleh motif yang menyebabkan orang ramai

    memegang wang.

    Keynes merumuskan bahawa terdapat tiga motif utama bagi individu

    untuk memegang wang iaitu untuk urusniaga, awasan dan spekulasi. Oleh

    kerana Keynes mengambil kira faktor ketidakpastian di dalam teori permintaan

  • 8/17/2019 Wang Kertas Mengikut Kefahaman Sistem Kewangan Islam

    9/22

    9

    wang, maka beliau memberi tumpuan kepada kadar bunga sebagai salah satu

    faktor yang mempengaruhi permintaan wang.

    Implikasi utama daripada analisis Keynes adalah permintaan wang bagi

    tujuan spekulasi menjadi anjal sempurna apabila berlakunya penurunan di dalam

    kadar bunga. Ini kerana, apabila kadar bunga menurun, orang ramai akan

    menjangkakan berlakunya peningkatan kadar bunga pada masa depan dan ini

    menyebabkan orang ramai cenderung untuk memegang lebih banyak wang.

    4.1.4 Teori Kuantiti Wang Moden

    Teori Kuantiti wang moden diperkenalkan oleh Friedman (1956)

    daripada Universiti of Chicago. Dalam teori ini, wang dilihat sebagai suatu aset

    yang dikehendaki iaitu, permintaan wang merupakan sebahagian daripada

     permintaan terhadap kekayaan. Ini bermakna, keputusan memegang wang harus

    melibatkan pemilihan permintaan aset kewangan lain seperti bon, ekuiti, tanah,

     bangunan dan modal manusia yang dikaitkan dengan tingkat latihan dan

    kemahiran.

    Berdasarkan keadaan ini, adalah penting untuk menentukan faktor yang

    dapat mempengaruhi jumlah permintaan wang oleh orang ramai. Ini kerana,

    keinginan memegang wang tidak hanya bergantung kepada jangkaan pulangan

    memegang wang dalam bentuk utiliti atau kepuasan, malah membabitkan

     jangkaan pulangan memegang aset lain.

    Menurut Friedman, permintaan wang bergantung kepada tiga faktor

    utama. Pertama, jumlah kekayaan dapat dimiliki dalam berbagai bentuk. Kedua,

    harga serta pulangan berbagai-bagai bentuk kekayaan tersebut dan ketiga, faktor

    citarasa dan pilihan pemiliknya.

  • 8/17/2019 Wang Kertas Mengikut Kefahaman Sistem Kewangan Islam

    10/22

    10

    4.1.5 Teori Permintaan Wang Moden

    Teori yang berasaskan model Keynes ini adalah lebih rapi dan lengkap

     berbanding teori-teori permintaan wang yang telah dibincangkan. Ini kerana,

     pendekatan yang digunakan dalam model permintaan wang memberikan lebih

     perhatian kepada persoalan mengapa seseorang itu memegang wang.

    Pendekatan ini amat jelasn dalam teori permintaan wang yang

    dikemukakan oleh Baumol (1952) dan Tobin (1956). Baumol menekankan

    aspek permintaan wang berasaskan motif urusniaga manakala Tobin

    menekankan aspek permintaan wang berasaskan motif spekulasi.

    4.2 Teori Penawaran Wang

    Pemahaman tentang penawaran wang adalah penting kerana ia mencadangkan faktor-

    faktor yang mempengaruhi kuantiti wang dalam ekonomi yang seterusnya dapat

    membantu memahami bagaimana dasar kewangan mempengaruhi ekonomi.

    Penawaran wang merujuk kepada kuantiti wang nominal yang wujud dalam

    sesebuah ekonomi pada masa tersebut. Selain itu, ia juga merujuk kepada gelagat

     penawaran wang yang mana gelagat bank dan lain-lain institusi kewangan yang

    liabilitinya berfungsi sebagai sebahagian daripada alat pertukaran (Mc Callum, 1989).

    Justeru, bagi mengelakan kekeliruan, lazimnya istilah „stok wang‟ digunakan bagi

    merujuk kuantiti wang yang wujud dalam ekonomi.

    Lazimnya, penawaran wang diandaikan hanya ditentukan oleh kerajaan, iaitu

    melalui bank pusat. Namun begitu, dalam keadaan sebenar, penawaran wang ditentukan

    oleh interaksi antara tiga pihak iaitu bank pusat, bank perdagangan dan orang ramai.

  • 8/17/2019 Wang Kertas Mengikut Kefahaman Sistem Kewangan Islam

    11/22

    11

    Interaksi antara ketiga-tiga pihak ini merupakan faktor utama yang mempengaruhi

     perkembangan penawaran wang di sesebuah negara.

    Bank pusat mempengaruhi penawaran wang dengan mempengaruhi asas

    kewangan yang terdiri daripada jumlah rizab dan matawang dalam edaran. Perubahan

    dalam asas kewangan ini menyebabkan berlakunya perubahan dalam penawaran wang.

    Sebagai contoh, apabila nisbah keperluan rizab (nisbah yang ditetapkan oleh pihak

     berkuasa kewangan sesebuah negara yang menentukan jumlah rizab yang wajib

    dipegang oleh bank dan syarikat kewangan, sama ada dalam bentuk simpanan di bank

     pusat atau tunai di tangan, bagi setiap ringgit deposit orang ramai di institusi kewangan

     berkenaan) berkurangan, ini akan mengubah status rizab kepada rizab berlebihan.

    Apabila bank menggunakan rizab berlebihan untuk menambahkan pinjaman, maka

     penawaran wang akan bertambah kesan daripada pengembangan deposit semasa

     berkenaan. Sebaliknya, kenaikan nisbah keperluan rizab akan mengurangkan penawaran

    wang.

    Bank perdagangan dapat mempengaruhi penawaran wang melalui perubahan di

    dalam nisbah rizab berlebihan-deposit. Apabila bank perdagangan menaikan nisbah

    rizab berlebihan berbanding dengan deposit semasanya, ini menyebabkan dana yang ada

    telah dikeluarkan daripada proses penciptaan wang. Kesannya, penawaran wang akan

     berkurangan dan sebaliknya akan berlaku sekiranya nisbah rizab berlebihan-deposit

    diturunkan.

    Orang ramai pula mempengaruhi penawaran wang melalui perubahan di dalam

    nisbah matawang-deposit. Apabila berlaku pertambahan nisbah matawang-deposit yang

    terjadi disebabkan pertambahan citarasa atau keutamaan orang ramai untuk memegang

    wang berbanding deposit, ini bermakna wujudnya aliran keluar daripada rizab

     berlebihan kepada matawang hasil daripada proses penciptaan kredit. Semakin besar

  • 8/17/2019 Wang Kertas Mengikut Kefahaman Sistem Kewangan Islam

    12/22

    12

    aliran keluar ini, semakin kecil asas pengganda wang dan seterusnya memberikan

    implikasi bahawa penawaran wang semakin berkurangan.

    Justeru, dapat disimpulakan bahawa kesemua pihak ini dapat mempengaruhi

     penawaran wang melalui dua faktor utama iaitu pengganda wang dan wang kuasa

    tinggi. Namun begitu, secara terperinci, terdapat faktor-faktor lain yang turut

    mempengaruhi penawaran wang, khususnya yang yang mempengaruhi pengganda

    wang.. Faktor-faktor tersebut adalah kadar bunga dalam pasaran, termasuk kadar bunga

    maksimum simpanan bermasa, kadar diskaun serta peraturan yang ditetapkan oleh bank

     pusat dan nisbah rizab berkanun terhadap liabiliti bank perdagangan.

    5. SEJARAH PERKEMBANGAN DAN PEMBENTUKAN WANG 

    5.1 Sistem Barter

    Sistem ini wujud pada pra zaman wang dan dikatakan telah dipraktikan sejak

    100,000 tahun yang lalu. Sistem ini dioperasikan dalam situasi penuh kesulitan

    kerana perlu mencari kedua-dua pihak yang ada saling keperluan yang

    membolehkan pertukaran barang dilakukan.

    5.2 Wang Komoditi (Commodity Money )

    Banyak tamadun secara beransur-ansur berubah kepada sistem wang komoditi

    termasuk iaitu komoditi yang bernilai ( precious metals) seperti emas dan perak,

    kulit kupang, gandum, barli, garam, tamar, manik dan lain-lain. Secara

    umumnya, penggunaan wang komoditi adalah sama dengan barter, kecuali wang

    komoditi lebih ringkas dan menyediakan unit kira-kira (unit of account ) yang

    membantu pertukaran (medium of exchange).

  • 8/17/2019 Wang Kertas Mengikut Kefahaman Sistem Kewangan Islam

    13/22

    13

    Rasulullah mengiktiraf penggunaan wang komoditi dan ianya menjadi

    asas hukum matawang dalam Islam seperti hadis yang diriwayatkan oleh

    Ubadah bin al-Samit4:

    ضة وال

     

    رلب

     

    رلاعلب

     

    علاو

     

    بل

     

    وال

     

    ضة بلبل

     

    لاولاوب

     

    حح

     

    ث

     

    ثت خا

     

    ذا

     

    د

     

    دا

     

    ا 

     

    سا

     

    فب

    َ

    اص

     

    عره د

     

    دا

     

    كبن

     

    ذا

     

    شئم

     

    ك

     

    ا

    Terjemahan: Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum,

     barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, serupa dengan

    serupa, sama dengan sama, unjuk-berunjuk, sekiranya berbeza jenis barangan

    itu, maka kamu boleh berjual beli mengikut kehendak kamu dengan syarat

    urusniaga tersebut unjuk-berunjuk. 

     Nabi Muhammad S.A.W mengambil model matawang dinar emas Rom

    Timur (Byzantine) dan dirham perak Parsi sebagai matawang yang sah. Nabi

    Muhammad S.A.W. juga telah mengisytiharkan dinar dan dirham sebagai wang

    yang sah bagi orang-orang Islam untuk berurus niaga pada ketika itu, kerana

    ianya dapat memenuhi tuntutan syarak.

    Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab pula, beliau

    mengasaskan penggunaan matawang Islam dan penetapan piawaian wang ketika

    itu. Sistem matawang Islam mula digunakan dengan peniruan daripada

    matawang Rom dan Parsi. Terdapat tiga jenis matawang pada ketika itu, iaitu

    Dirham Balji dari Parsi, Dirham Rumi dari Rom dan Dirham Tabari dari Asia

    Tengah.

    Khalifah Umar al-Khattab telah menetapkan kadar piawaian khusus iaitu

    Piawaian Khalifah Umar al-Khattab sebagai model matawang Islam yang masih

     berteraskan dinar emas dan dirham perak. Piawaian matawang ini diselaraskan

    4 Muslim, Soheh Muslim, (Beirut: Dar al-Fikr, 2005), 5:44.

  • 8/17/2019 Wang Kertas Mengikut Kefahaman Sistem Kewangan Islam

    14/22

    14

    kepada berat emas dan perak yang tertentu, iaitu menetapkan 10 dirham perak

     bersamaan dengan 7 dinar emas, dengan setiap 1 dinar seberat 4.25 gram emas,

    manakala 1 dirham seberat 3 gram perak. Emas yang digunakan ialah 91.7

     peratus iaitu 22 karat dengan berukuran garis pusat 23 mm, manakala dirham

     pula ialah 25 mm. Kedua-dua matawang ini mempunyai gambar Kaabah dan

    dua kalimah syahadah di setiap muka depan dan belakangnya.

    Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib r.a, beliau telah melakukan

     pembaharuan dalam matawang Islam. Matawang Islam telah diperbaharui

    dengan memperkenalkan dirham Islam yang ditulis dengan khat Koufi. Walau

     bagaimanapun matawang tersebut tidak dapat diedarkan secara rasmi kerana

    kualiti dan piawaian yang masih belum tetap.

    Semasa pemerintahan Khalifah Umawiyyah, khlifah telah mula

    mencetak matawang Islam. Matawang Islam telah diperbaharui dengan

    memperkenalkan dirham Islam yang ditulis dengan khat Koufi. Walau

     bagaimanapun matawang tersebut tidak dapat diedarkan secara rasmi kerana

    kualiti dan piawaian yang masih belum tetap.

    Ketika pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan, khalifah telah

    mengarahkan matawang Islam dinar dan dirham dicetak buat pertama kalinya di

    Damsyik pada tahun 691M dan 692 M, dan diulang cetak di Mesir, Andalusia

    dan Wasit pada 693 M hingga 696 M. Kilang-kilang mencetak wang telah

    didirikan di kota-kota utama seperti di Damsyik, Mesir, Andalusia (Eropah)

    dan Wasit (Iraq).

    Zaman Khalifah Abbasiah pula, penyelarasan percetakan dan pengedaran

    matawang Islam telah dilaksanakan. Zaman Khalifah al-Ma‟mun (813 M –  833

    M), percetakan matawang Islam telah dibuat penyelarasan di peringkat pusat

  • 8/17/2019 Wang Kertas Mengikut Kefahaman Sistem Kewangan Islam

    15/22

    15

    iaitu di Baghdad, yang sebelum ini matawang dicetak disemua bandar besar

    seperti di Kota Kufah, Kota Fustat dan lain-lain, untuk mengelakkan matawang

     palsu dicetak. Setiap matawang dinar dan dirham yang dicetak itu mempunyai

    nama khalifah yang memerintah.

    Pada zaman akhir kerajaan Bani Abbasiyyah, pengedaran matawang

    emas mula dilaksanakan. Kerajaan Abbasiyyah menetapkan cukai taksiran

    menggunakan matawang emas. Bahkan sejak abad ke-10 M semua perbelanjaan

    dan perniagaan dibuat menerusi matawang emas. Ini bermakna pada zaman

    kerajaan Abbasiyyah sudah wujud penyelarasan dari segi penggunaan matawang

    emas di seluruh pemerintahan Islam.

    5.3 Wang Perwakilan (Representative Money )

    Keterbatasan jumlah komoditi, keperluan kepada nilai kecil matawang

    serta faktor keselamatan mengubah sistem wang komoditi kepada sistem

    wang perwakilan. Ini berlaku apabila bank (kebiasaannya bank pusat)

    mengeluarkan resit yang diterima sebagai kaedah pembayaran wang. Dalam

    maksud ini, dalam sistem monetari moden, ia dipanggil M1, M2 dan M3

    mengikut kadar kecairannya (M1 paling mudah dicairkan dan M3 paling susah

    dicairkan).

    Wang kertas dikenalpasti mula diperkenalkan di China ketika Dinasti

    Song (kurun ke-7) yang dikenali sebagai “jiozi”. Wang kertas ini digunakan

    seiring dengan wang komoditi dan tidaklah membatalkan terus wang komoditi.

    Di Eropah, Stockhloms Banco memperkenalkan wang kertas dan syiling pada

    tahun 1661. Sistem monetari ketika itu disandarkan kepada emas dan menjelang

    kurun ke-20, semua negara menggunakan sistem bahawa wang kertas yang sah

    diperlakukan (legal tender ) disandarkan kepada emas.

  • 8/17/2019 Wang Kertas Mengikut Kefahaman Sistem Kewangan Islam

    16/22

    16

    Selepas Perang Dunia ke-2, iaitu berikutan Bretton Woods Conference

    yang membincangkan kaedah membangunkan semula ekonomi dunia pada

    tahun 1944, kebanyakkan negara menerima wang kertas yang diikat kepada

    USD, yang kemudiannya disandarkan kepada emas ( gold backed paper money).

    USD 1.00 telah diikat kepada 1/35 troy ounce (888.671 miligram emas). Ketika

    ini, pemegang wang kertas (bukan warganegara USA) boleh pergi ke Federal

    Reserve (bank pusat USA) dan menukarkannya dengan emas yang senilai

    dengan wang kertas tersebut. 

    5.4 Wang Fiat/Wang Kertas (F iat Money )

    Pada tahun 1971, USA di bawah Presiden Richard M. Nixon

    membatalkan sistem yang dipraktikan sejak Bretton Woods Conference dengan

    menggantung penukaran USD kepada emas. USA mula mempraktikan

     fractional reserve sistem  dengan mencetak USD yang lebih banyak daripada

    nilai emas fizikal yang dimilikinya. Berikutan itu, banyak negara tidak lagi

    mengikat (de-pegged ) matawang mereka kepada USD dan hampir keseluruhan

    sistem monetari negara-negara diasaskan kepada wang fiat. Wang fiat ini tidak

    memiliki nilai pada asasnya (intrinsic value), tetapi mendapat nilainya melalui

    arahan kerajaan ( fiat ) supaya sah diperlakukan (legal tender ) mengikut polisi

    dan sistem monetari negara tertentu.

    6. ANALISIS ‘ILLAH PENGHARAMAN RIBA 

    Ulama‟  fiqh  berselisih pendapat tentang jenis-jenis komoditi lain yang boleh

    dihubungkaitkan dengan enam komoditi yang dinyatakan di dalam hadith.

    Mazhab Zahiri langsung tidak menerioma komoditi lain yang boleh

    dilibatkan dengan riba selain daripada enam komoditi tersebut. Majoriti ulama‟

  • 8/17/2019 Wang Kertas Mengikut Kefahaman Sistem Kewangan Islam

    17/22

    17

    sependapat mengatakan bahawa komoditi lain juga boleh terlibat dengan riba

    asalkan barangan itu mempunyai „illah yang sama dengan barangan ribawi. 

    Pandangan ulama terhadap „illah  bagi Emas dan Perak dengan wang

    kertas (al-Nuqud ):

    6.1 Mazhab Hanafi, masyhur dalam Mazhab Hambali, ulama‟

    Imamiyyah berpendapat bahawa „illah  riba bagi emas dan perak

    ialah timbangan bagi barangan yang sama jenis. Oleh itu, semua

    komoditi yang mengambil ukuran timbangan seperti besi,

    tembaga dan sebagainya adalah tertakluk kepada hukum riba.

    Wang kertas bukan merupakan „illah berlakunya riba bagi

    emas dan perak. Matawang selain daripada emas dan perak

    seperti  fulus tidak tertakluk kepada hukum  Riba al-Fadl   dan ia

     boleh diniagakan secara berlebihan (satu fulus dengan dua fulus).

    Masalah akan timbul sekiranya hendak diselaraskan bagi kes

    matawang kertas kerana ia tidak mengambil ukuran timbangan

    sebagaimana emas dan perak.5 

    6.2 Mazhab Maliki, mazhab Syafi‟i dan pendapat kedua mazhab

    Hambali mengatakan „illah bagi kedua-dua emas dan perak ialah

    kebiasaan menjadi pengukur nilai kepada barangan lain ( ghlabah

    al-Thamaniyyah).

    Sesetengah pendapat daripada mazhab Maliki cenderung

    untuk mengatakan „illahnnya ialah mutlaq al-Thamaniyyah. Ini

    kerana setiap perkara yang digunakan sebagai alat pertukaran dan

    5 Dr. Ab. Mumin Ab Ghani, Sistem Kewangan Islam Dan Perlaksanaannya di Malaysia, (Kuala Lumpur:

    JAKIM, 1999), 204.

  • 8/17/2019 Wang Kertas Mengikut Kefahaman Sistem Kewangan Islam

    18/22

    18

    sebagai pengukur nilai tergolong dalam pengertian mutlaq al-

    Thamaniyyah yang tertakluk kepada hukum riba.

    Pendapat ini juga diterima oleh Ibn Taymiyyah kerana

    mengikutnya „illah al -Thamaniyyah  amat sesuai dalam konteks

    emas dan perak sebagai pengukur nilai kepada semua harta

    kekayaan, bukannya penggunaan bahan itu secara fizikalnya.6 

    7. HUKUM WANG KERTAS

    Pelbagai pendapat terutama dari kalangan ilmuan dan fuqaha‟ Islam berkaitan

     penggunaan wang kertas. Secara umumnya, terdapat dua pendapat utama fuqaha‟

    tentang hukum wang itu:

    7.1 Pendapat yang mengkhususkan wang yang dibenarkan hanya kepada

    wang komoditi terutamanya emas dan perak.

    7.2 Pendapat yang tidak mengkhususkan wang yang dibenarkan hanya

    kepada wang komoditi terutamanya emas dan perak sahaja, tetapi

    termasuklah wang kertas.

    Pendapat fuqaha‟ salaf tentang perkara ini adalah dilatarkan kepada sistem

    monetari pada zaman mereka iaitu wang yang beredar dalam pasaran adalah berasaskan

    emas (dinar) dan perak (dirham) serta fulus yang berasaskan tembaga.

    Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan muridnya Ibnu al-Qayyim mengiktiraf fulus 

    sebagai wang sampingan untuk membantu transaksi yang bersifat kecil-kecilan

    khususnya. Ibnu Taymiyyah memberikan pertimbangan berikut:

    6 Ibid., 205.

  • 8/17/2019 Wang Kertas Mengikut Kefahaman Sistem Kewangan Islam

    19/22

    19

    “The authority should mint the fulus coins (other than gold and silver  )

    according to the just value of people‟s transactions, whithout any injustice to them”.7  

    7.1 Pendapat yang mengkhususkan wang hanya kepada Emas dan Perak

    Kumpulan fuqaha‟  salaf   antaranya Abu Hanifah, dan muridnya, Abu Yusof, Ibnu

     Nafi‟ dari mazhab Maliki, Imam al-Ghazali, al-Nawawi dan al-Suyuti dari Mazhab

    Syafie. Pendapat ini juga disokong fuqaha‟   kontemporari seperti Taqiyuddin al-

     Nabhani, Muhammad Baqir al-Sadr dan Hassan Ayyub. Mereka berpendapat, hukum

    riba seperti disebut dalam hadis Ubadah bin al-Samit itu hanya terpakai kepada emas

    dan perak sahaja.

    Hujah-hujah yang menyokong pendapat ini boleh dirumus seperti berikut:

    i.  Rasulullah SAW menggunakan emas dan perak sebagai wang di Makkah

    dan Madinah ( sunnah taqririyyah).

    ii.  Zaman khulaf‟ al -rasyidun terus melaksanakan wang emas dan perak.

    iii.  Hukum ibadah dan muamalah disandarkan kepada emas dan perak seperti

     pengiraan zakat kepada wang, pengenaan diyat   dan hukum had jenayah

    mencuri.

    iv.  Firman Allah:

                                                                                                

                                                             Al-Kahfi 18:19

     

    7 Kenyataan seperti direkod dalam Majmu‟ Fatwa dan dipetik oleh Muhammad Aslam Haneef & Emad

    Fafiq Barakat (2006), “Must Money Be Limited to Only Gold and Silver?”. In jkau: I slami c Economics,

    Vol.19, No. 1, ms 23.

  • 8/17/2019 Wang Kertas Mengikut Kefahaman Sistem Kewangan Islam

    20/22

    20

    Terjemahan: Maka suruhlah salah seorang diantara kamu untuk pergi ke kota

    dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah

    makanan yang lebih baik. Maka hendaklah ia membawa makanan itu

    untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut dan janganlah sekali-kali

    menceritakan halmu kepada seorangpun.

    v. 

    Rafiq al-Masri menghujahkan larangan Syariah kepada orang lelaki

    memakai emas sebagai perhiasan menunjukan fungsi asalnya sebagai wang.

    vi.  Walaupun fulus digunakan pada zaman Rasulullah SAW dalam jumlah yang

    terhad, tetapi hadith larangan riba yang diaplikasikan kepada fulus. 

    7.2 Pendapat Yang Mengkhusukan Wang Selain Dari Emas dan Perak

    Termasuk Wang Kertas 

    Kumpulan fuqaha‟  salaf dalam pendapat ini adalah Muhammad bin Hassan al-

    Shaibani al-Hanafi, beberpa fuwaha‟ S yafieyyah, Ibnu Taimiyyah dan Ibnu

    Qayyim dari Mazhab Hanbali dan lain-lain.

    Pendapat ini juga dipilih oleh kedua-dua Majma‟ Fiqh al-al-Islami al-

    Duwali (OIC) dan Majma‟ Fiqh al-Islami (Rabitah Alam Islami) serta fuqaha

    kontemporari termasuklah Sheikh Dr Yusof, Mufti Muhammad Taqi Usmani,

    Mufti Muhammad Taqi Usmani, Sheikh Abdullah Sulaiman al-Mane dan lain-

    lain. Oleh itu, pada mereka, hukum riba‟ seperti disebbut dalam Hadis Ubadah

     bin al-Samait itu juga terpakai kepada apa sahaja yang diterima sebagai wang

    termasuk wang kertas (wang fiat).

    Hujah-hujah yang menyokong pendapat ini boleh dirumus seperti

     berikut:

  • 8/17/2019 Wang Kertas Mengikut Kefahaman Sistem Kewangan Islam

    21/22

    21

    i.  Hujah sunnah taqririyyah tidak sama sekali membataskan wang kepada emas

    dan perak sahaja.

    ii.  Khalifah Umar al-Khattab RA pernah ingin menggunakan kulit unta sebagai

    wang dan ia tidak dibangkang oleh para sahabat; walau bagaimanapun idea ini

    tidak dilaksanakan kerana nasihat para sahabat yang bimbangkan jumlah unta

    akan berkurangan.

    iii. 

    Hal berkaitan wang adalah termasuk dalam polisi pemerintah berasaskan

    kepada al-masalih al-mursalah. 

    iv. 

    Kaedah wang sekarang ini membantu perlaksanaan tuntutan agama yang lain

    seperti pembayaran zakat, mengelakkan riba dan lain-lain.

    8. Kesimpulan

    Berdasarkan tugasan ini, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan wang kertas

    dibenarkan  berdasarkan pandangan fuqaha‟ yang membenarkan penggunaan wang

    kertas. Penentuan hukum wang kertas tidak boleh dipisahkan daripada hakikat sistem

    monetari semasa, sepertimana para fuqaha‟ terdahulu juga menjelaskan hukum wang

    dengan mengambilkira sistem monetari pada zaman mereka. Walau bagaimanapun, ini

    tidak menafikan usaha untuk memperkukuhkan matawang komoditi khususnya emas

    dan perak. Penghasilan wang komoditi pada skala kecil hanya memberi manfaat pada

    skala individu untuk menyimpan nilai wangnya dan di peringkat antarabangsa, ia

    memerlukan kemahuan politik ( political will ) untuk merubah artiketur kewangan

    antarabangsa.

  • 8/17/2019 Wang Kertas Mengikut Kefahaman Sistem Kewangan Islam

    22/22

    22

    8. BIBLIOGRAFI

    Ab. Mumin Ab Ghani, Sistem Kewangan Islam Dan Perlaksanaannya Di Malaysia, 

    Kuala Lumpur: JAKIM, 1999.

    Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Panduan Penulisan Ilmiah, Kuala Lumpur:

    Pejabat Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2014.

    http://www.dictionaryofeconomics.com/article pada 5 Mei 2011. 

     Kamus Dewan. Ed. Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2013.

    Muhammad Aslam Haneef & Emad Fafiq Barakat, Majmu‟ Fatwa: “Must Money Be

    Limited to Only Gold and Silver ”, Islamic Economics, Vol.19, No. 1, 2006). 

    Muslim, Soheh Muslim, Beirut: Dar al-Fikr, 2005.

    http://www.dictionaryofeconomics.com/article%20pada%205%20Mei%202011http://www.dictionaryofeconomics.com/article%20pada%205%20Mei%202011