23
CIRI-CIRI ETNIK DALAM KONTEKS DEMOGRAFI, POLITIK DAN EKONOMI.

ISL 8

  • Upload
    si-yun

  • View
    227

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ISL

Citation preview

Slide 1

CIRI-CIRI ETNIK DALAM KONTEKS DEMOGRAFI, POLITIK DAN EKONOMI.2Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti Demografi, Politik dan Ekonomi Demografi bermaksud kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk (dari segi saiz, kepadatan, taburan, kelahiran, kematian dsb) dalam tempoh waktu tertentu.Dalam aspek demografi, secara statistik, Melayu merupakan etnik yang majoriti, manakala Cina dan India ialah kelompok minoriti.

23Jumlah keseluruhan penduduk Malaysia bertambah daripada 18.38 juta orang pada tahun 1991 kepada 23.27 juta pada tahun 2000. Ketuanan politik etnik Melayu dalam konteks politik di Malaysia tidak hanya dikaitkan dengan aspek sejarah tetapi juga aspek demografi kerana secara umum jumlah suatu kelompok etnik menentukan secara langsung jumlah undi yang akan diperolehi dalam pilihanraya. Atas dasar itulah terdapat kebimbangan di kalangan etnik Cina tentang kenyataan yang menunjukkan bahawa jumlah penduduk etnik Cina mengalami kemerosotan.

3Kebimbangan tersebut cukup berasas kerana mereka ingin memastikan etnik Cina kekal berpengaruh dan mengimbangi kuasa politik.

Namun begitu, penurunan jumlah penduduk etnik Cina perlu dilihat tidak hanya dalam konteks isu politik, tetapi juga masalah nasional, iaitu terkait dengan masalah buruh dan produktiviti nasional.

Meskipun etnik Melayu merupakan etnik majoriti dalam aspek demografi dan politik tetapi ia tidak bermakna etnik Melayu turut majoriti dalam bidang yang lain.

Dalam bidang ekonomi, faktor yang menentukan siapa yang menjadi majoriti bukan ditentukan oleh aspek demografi tetapi ditentukan oleh kuantiti hak milik kekayaan.

Dalam hal ini, etnik Cina merupakan majoriti kerana mempunyai hak milik kekayaan yang lebih tinggi berbanding etnik yang lain. Perkara ini yang menjadi isu dalam konteks pertumbuhan ekonomi dan agihan ekonomi berdasarkan etnik.

6Isu ekonomi juga dikatakan menjadi punca berlakunya rusuhan kaum paling berdarah dalam tahun 1969. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah berupaya menjalankan dasar yang mengutamakan keseimbangan kepentingan setiap etnik yang ada di Malaysia.

Di sebalik tumpuan kerajaan untuk mengutamakan pembangunan ekonomi dan menjadikan Malaysia salah sebuah negara moden dan maju di Asia, aspek keharmonian dan bekerjasama antara etnik tidak dilupakan.

6Rancangan pembangunan lima tahun sebelum 1970RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUNMenerangkan :Pencapaian langkah langkah pembangunan dalam tempoh lima tahun sebelumnyaMatlamat pembangunan yang ingin dicapai bagi tempoh lima tahun akan datangDasar dasar penting ekonomi yang dilaksanakan bagi mencapai matlamat tersebutPelancaran Rancangan Pembangunan Lima TahunRancangan Malaya Pertama (1956-1960)MATLAMATStrategi pembangunan Lima Tahun Pertama Strategi pembangunan lima tahun pertama dimulakan dengan memulihkan perusahaan getah supaya dapat bersaing dengan getah tiruan dengan matlamat meningkatkan pendapatan penduduk melalui kenaikan harga di pasaran.Menubuhkan Lembaga Pembangunan Perusahaan Luar Bandar (RIDA) yang kini telah ditukarkan kepada MARA sejak tahun 1966. RIDA berperanan untuk merancang dan menyediakan rancangan untuk pembangunan ekonomi masyarakat desa, melalui pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur.MARA pula berperanan menggalakkan, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera dalam pelbagai bidang sosial dan pendidikan serta ekonomi dan pelaburan. Selain itu, ia juga berperanan untuk melahirkan sebuah masyarakat pengusaha dan peniaga Bumiputera yang maju dan berdikari bagi megubah cara hidup mereka supaya mempunyai nilai nilai keusahawanan

Menubuhkan LKTP pada tahun 1956 sebagai usaha memperbaiki hidup penduduk luar bandar. Agensi ini kemudiannya ditukar kepada FELDA pada tahun 1971 untuk ditugaskan membuka tanah baharu bagi tujuan penempatan semula, menambahkan hasil pertanian dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.

Analisis Rancangan Malaya Pertama melibatkan perbelanjaan berjumlah RM1, 100 juta. Daripada jumlah ini, sebanyak 44.5% digunakan untuk pembangunan ekonomi dan bakinya untuk perbelanjaan keselamatan dan pertahanan bagi menghadapi ancaman pengganas komunis.

Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)TUMPUAN Rancangan MalayA kedua (1961 1965)MATLAMAT Mengurangkan perbezaan taraf hidup antara kawasanMewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk luar bandarMenyediakan kemudahan asas seperti kemudahan kesihatan, pelajaran serta perumahan penduduk luar bandarMempelbagaikan kegiatan pertanian dengan menekankan pengeluaran pertanian sebagai tambahan kepada tanaman getah.STRATEGI PERLAKSANAAN Menggalakkan penyertaan rakyat dalam perancangan program pembangunan dan perlaksanaan dan perancangan program oleh kerajaan berdasarkan permintaan masyarakat setempat. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyelaraskan kegiatan pembangunan pada peringkat kampung dan daerah melalui sistem Bilik Gerakan.Bilik Gerakan berperanan mengadakan kawalan rapi terhadap pembangunan ekonomi dengan mengumpulkan segala maklumat tentang perangkaan, peta dan carta yang menunjukkan kemajuan setiap kawasan pembangunan yang dilancarkan . RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970)TUMPUAN Pembangunan negara secara menyeluruh yang meliputi semua bidang ekonomi. Program pembangunan negara melalui rancangan ini berasaskan satu rancangan bersepadu berikutan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970)MATLAMAT Mengurangkan pergantungan terhadap getah dan bijih timah.Mengadakan peluang pekerjaan sebagai usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran.Meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber dalam kalangan rakyat berpendapatan rendah. Mempercepatkan integrasi dalam kalangan penduduk dan negeri di Malaysia.Strategi perlaksanaan Melaksanakan skim pembangunan tanah di luar bandar dengan mengadakan rancangan pembukaan tanah secara besar-besaran di samping menyediakan kemudahan infrastruktur. Bagi melaksanakan program ini, sebanyak RM4, 500 juta telah dibelanjakan untuk meningkatkan taraf hidup golongan miskin di luar bandar. Memberikan bantuan kredit luar bandar untuk mengatasi masalah kekurangan modal bagi mengelakkan para petani daripada ditindas oleh orang tengah. Beberapa institusi ditubuhkan seperti Lembaga Pertubuhan Peladang, Koperasi Luar Bandar dan Bank Pertanian Malaysia.Agensi Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah ditubuhkan bagi menyokong usaha di atas.Strategi perlaksanaan FELCRA ditubuhkan untuk membantu pembangunan ekonomi luar bandar yang dijalankan oleh FELDA.MARDI pula ditugaskan untuk menjalankan penyelidikan berkaitan dengan pemasaran dan pengeluaran hasil hasil tanaman kecuali getah. Bagi memajukan bidang perindustrian, pada peringkat awal ini, beberapa langkah diambil iaitu seperti meluluskan Akta Pelaburan 1968 untuk menggalakkan perkembangan industri industri baharu, menubuhkan Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan memberikan taraf perintis kepada industri industri baharu yang diberikan pengecualian cukai selama lima tahun.

Analisis Penghujung Rancangan Malaysia Pertama ini, iaitu pada tahun 1970, pendapatan purata isi rumah Melayu meningkat sedikit iaitu RM172 sebulan. Namun, kadar ini masih jauh dibelakang isi rumah kaum-kaum lain. Pendapatan isi rumah keluarga Cina ialah RM 394 sebulan manakala kaum India RM304 sebulan.

Pemilikan modal dan harta yang kecil boleh disabitkan sebagai punca kemiskinan. Sebanyak 63% modal negara adalah dimiliki oleh rakyat asing (Malaysia, 1971:46; Malaysia, 1976:99). Lanjutan daripada kelemahan kelemahan inilah membawa kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971.Sekian, terima kasih