21
Soalan ISl 1; Sila cari Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan teliti maksud yang terkandung di dalamnya. Bagaimanakah is dapat dikaitkan dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepathan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. FPK ditentukan oleh Perlembagaan Malaysia dan berlandaskan ideologi kebangsaan yang menerapkan Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Secara ringkasnya, FPK menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan

Soalan ISl BMM3101

Embed Size (px)

DESCRIPTION

cth

Citation preview

Soalan ISl 1; Sila cari Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan teliti maksud yang terkandung di dalamnya

Soalan ISl 1; Sila cari Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan teliti maksud yang terkandung di dalamnya. Bagaimanakah is dapat dikaitkan dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepathan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. FPK ditentukan oleh Perlembagaan Malaysia dan berlandaskan ideologi kebangsaan yang menerapkan Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Secara ringkasnya, FPK menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di Negara kita. Dengan kata lain, FPK menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai sat entity keseluruhan yang tekal, jelas dan logik.

Secara am, FPK bertujuan untuk menjelaskan secara rasiona amalan-amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan.

Selaras dgn Dasar Pendidikan Kebangsaan yg termaktub dlm Akta Pendidikan 1996, BM ialah sebagai mata pelajaran teras di semua sekolah rendah & menengah.

BM berperanan sebagai bahasa kebangsaan & bahasa perpaduan rakyat Malaysia.

Pendidikan BM berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yg mencerminkan akal budi & pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kpd semangat cinta akan tanah air yg dikongsi bersama oleh semua rakyat dlm satu wawasan.

Pendidikan BM di peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas kewarganegaraan.Soalan ISL 10; Beri contoh aktiviti yang boleh dikaitkan dengan penyerapan ilmu, nilai-nilai murni, kewarganegaraan dan sosiobudaya dalam aspek pengisian kurikulum.Pengisian KurikulumPenerangan Contoh Aktiviti

Penyerapan ilmu Pengetahuan merangkumi pelbagai bidang ilmu.

Cth: Ilmu bidang sains, geografi dll yg dpt digunakan utk memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran bahasa

Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yg boleh dipertimbangkan oleh guru dlm P&P.Guru mengajar tajuk alam sekitar dan menerapkan m/sains.Cth; Bagaimana fotosintesis berlaku?Memaparkan jenis karbon yang terdapat semasa pencemaran udara.

Nilai-nilai murni Penyerapan nilai murni dlm pendidikan BM adalah utk melahirkan insan yg baik serta memiliki akhlak yg mulia. Selain itu, penghayatan & amalan nilai murni bertujun utk membentuk generasi muda yg berhemah tinggi & berperibadi mulia.

Keperihatinan & pemahaman bahawa Malaysia ialah negara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung & tak langsung

Ini seterusnya dilanjutkan kpd pemahaman di peringkat antarabangsa selaras dgn keperluan global.Guru mengajar tajuk keluarga saya.- dalam masa yang sama guru dapat menerapkan nilai menghormati ibu bapa, orang yang lebih tua dll.

- Guru juga dapat menerapkan nilai sayang-menyayangi antara satu saa lain. - Murid diminta melakonkan watak seorang ibu dan anak.

Kewarganegaraan Unsur patriotisme & kewarganegaraan yg diserapkan dlm P&P mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air.

Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan utk melahirkan warganegara yg baik & meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa & NegaraGuru menayangkan video tentang wira-wira yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman.Murid menyanyikan lagu2 patriotik.

Sosiobudaya Peraturan sosiobudaya dlm pendidikan BM meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yg diamalkan dlm masyarakat MalaysiaMurid diminta melakonkan watak remaja yang menolong orang tua melintas jalan/ main peranan seorang murid dan guru/ simulasi jual beli di pasar.

Soalan ISL 11; Beri contoh aktiviti yang boleh dikaitkan dengan kemahiran teknologi maklumat dan komuikasi dan kecerdasan pelbagai dalam aspek kemahiran bernilai tambah.

Kemahiran bernilai tambahPenerangan Contoh Aktiviti

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Penggunaan ICT dlm P&P bermaksud menggunakan ICT secara berfikirah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses & keberkesanan p&p

Ia boleh meningkatkan kefahaman & penguasaan murid terhadap pembelajaran

Memberi peluang pembelajaran yg sama kpd semua murid yg pelbagai keupayaan

Meningkatkan motivasi murid

Membolehkan pembelajaran kendiri (individualise learning)Contoh; 1. Guru membawa murid ke makmal komputer untuk mencari nota/ bahan tambahan.

2. Guru menjalankan permainan bahasa menggunakan komputer dan murid mesti menekan mouse untk mendapatkan jawapan.

3. Guru melayari internet secara terus di dalam bilik darjah untuk memberi pendedahan kepada murid.

Kecerdasan Pelbagai Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar

Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan

Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang benilai dalam linkungan sesuatu budayaKECERDASAN VERBAL-LINGUISTIK

Kebolehan menggunakan kata2 secara berkesan dlm lisan dan penulian, termasuklah kebolehan mengingat maklumat, meyakini orang lain, serta bercakap tentang bahasa itu sendiri.KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK

Kebolehan mengunkan nombor secara berkesan dan bijak berhujah, termasuklah memahami kelompok nombor asas, prinsip sebab-akibat serta kebolehan menjangka.

KECERDSAN VISUAL-RUANG

Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahan idea visual dan ruang secara grafik.

KECERDASAN KINESTETIK

Kebolehan menggunakan badan utk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal spt kordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan

Merakam percakapan sendiri & mendengar semula sebutan & intonasi

Mengajar kawan atau ahli keluarga membaca

Mengadakan sesi bercerita bersama kawan atau keluarga.

Jumlahkan pembelian semasa ibu bapa memasukkan barang ke dlm troli

Membayar barangan yg dibeli di pasaraya

Mulakan akaun bank & adakan sasaran simpanan setiap bulan

Parakan isi kandungan bahan yg dibaca dlm bentuk visual

Rekakan model 3-D dari ciptaan atau projek sekolah

Cuba dapatkan sesuatu dari bilik atau rumah dgn mata tertutup

Cari imej atau gambar dlm awan, dari atas meja atau retakan di dinding.

Tolong ibu bapa memasak, menanam bunga, membaiki perkakas rumah

Urut diri sendiri atau ahli keluarga

KECERDASAN MUZIK

Kebolehan mengesan irama dan lagu, termasuk kebolehan mengenal lagu mudah serta membeza atau mengubah rentak dan tempo dlm melodi yg mudah.

KECERDASAN INTERPERSONAL

Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Kecerdasan ini juga merupakan kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal, spt menggalakkan murid menyertai sesuatu projek

KECERDASAN INTRAPERSONAL

Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan kehendak, termasuklah kemahiran bagaimana seseorang itu sama atau berbeza dgn orang lain. Kecerdasan ini juga dapat membantu individu menangani perasaan, beradap sopan serta mengawal kemarahan atau kesedihan diri.

KECERDASAN NATURALIS

Kebolehan mengenali & mengklasifkasi tumbuh-tumbuhan, galian, dan binatang, termasuk rumput dan batu-batuan, serta pelbagai flora dan fauna. Ia juga merupakan kebolehan utk mengenali artifak budaya dari segi pakaian dan makanan.

Ada sesi menyanyi bersama kawan & keluarga

Gunakan satu jam seminggu utk menfengar jenis muzik yg berlainan

Berikan perhatian kpd bunyi di sekeliling spt bunyi kipas, orang berjalan, jam berdetik

Berinteraksi dgn orang ramai di tempat awam

Aktif dlm permainan yg memerlukan kerjasama

Bertukar peranan dgn ahli keluarga atau kawan untuk sehari (role play)

Tulis autobiografi tentang diri sendiri

Duduk bersendirian utk sesi refleksi 5 minit sehari

Catatkan perasaan, kenangan, visi dan buah fikiran dlm dairi harian Memelihara & memerhati kitaran hidup rama-rama atau katak

Menjaga & memerhati proses pertumbuhan tauge

Memerhati & mencatat fasa bulan

Soalan ISL 12; Beri contoh aktiviti yang boleh dikaitkan dengan konstruktivisme dan kontekstual dalam aspek bernilai tambah.Kemahiran bernilai tambahPenerangan Contoh aktiviti

Konstruktivisme Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yg diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru

Murid ditunjukkan gambar ttg org sedang menulis, menendang bola, menumbuk sambal, menarik lembu, menonton t.v.

Murid menulis ayat berkaitan dgn aktivti2 yg ditunjukkan dlm gambar2 tersebut. Murid diminta menulis ayat2 ini di papan tulis dan menggariskan kata kerja yg berimbuhan me- spt menulis, menendang, menumbuk dsb

Kontekstual Pembelajaran Kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.

Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.Motivasi

Pengenalan

Isu perbincangan

ABM

Segmen ini bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap tajuk pbincngn.

Pemahaman

Penerangan konsep

Perbincangan kump

Segmen ini merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari

Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu

Murid diberi kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan.

Kemahiran

Aktiviti hands-on

Pengetahuan yg diperoleh murid dpt diaplikasi dgn cara melakukan hands-on dan seterusnya dpt mencetuskan pemkiran (minds-on)

Dgn ini murid dpt mengaitkan pengetahuan bilik darjahnya utk menyelesaikan masalah.

Penilaian

Ingat kembali fakta utama

Penilaian kemajuan

Menggulung fakta utama sesuatu tajuk & menilai penguasaan tentang tajuk tersebut ada dua aspek segmen ini

Muzik tayangan video, nyanyian lagu dsbg.

Murid berbincang dalam kumpulan ttg sstu tajuk. Murid menyatakan pendapat dan idea masing-masing

Selepas murid mempelajarai cara penggunaan ensiklopedia, guru mengutarakan persoalan yg akan mendorong murid menggunakan ensiklopedia sebagai rujukan.

Selepas ini, guru perlu mengadakan penilaian kemajuan murid

Penilaian boleh dlm bentuk lisan, perbincangan, kuiz, pemerhatian atau portfolio.

Soalan ISL 13; Beri contoh aktiviti bagaimana kajian masa depan boleh diaplikasikan dalam lanhkah pengajaran BM sekolah rendah dalam aspek kemahiran bernilai tambah.

Kemahiran bernilai tambahPenerangan Contoh Aktiviti

Kajian Masa Depan Ia diperkenalkan utk mendidik generasi baru yg bersedia menghadapi cabaran & perubahan

KMD akan membantu generasi ini menyedari bahawa masa depan pasti berubah & penuh dgn cabaran dan dugaan

Mereka juga boleh merancang masa depan sesuai dgn hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia berwawasan, rasional, kreatif, dinamik, boleh menerima serta boleh menangani perubahan. Berfikir secara kritis & kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa depan

Berkomunikasi secara berkesan tentang hal2 masa depan

Membina sikap dan nilai tentang masa depan

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan

Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan.

Contoh:1. Murid diberi sesuatu tajuk. Pencemaran Alam

2. Mereka dikehendaki berbincang tentang punca-punca pencemaran berlaku.

3. Seterusnya, kesan-kesan pencemaran terhadap manusia, haiwan dan bumi.

4. Murid dikendaki menjangka apa yang akan berlaku pada masa depan sekiranya pencemaran tidak dibendung.

5. Murid menyenaraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurang pencemaran alam.

Soalan ISL 14; Apakah yang dimaksudkan dengan system bahasa dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah?Sistem Bahasa

Sistem bahasa dlm P&P merujuk kpd bahasa Melayu baku yg terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa

Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri dpd kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah.Sistem BahasaHuraianContoh

Tatabahasa Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa & diajarkan secara terancang dlm konteks utk ketepatan berbahasa.

Kandungan tatabahas terdiri dpd morfologi dan sintaksis.

1. Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yg mengkaji struktur, bentuk kata, dan penggolongan kata.

Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yg menjadi unit bahasa yg bermakna.

Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan

Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk & fungsi dgn anggota lain dlm golongan yg sama.

2. Sintaksis Ialah bidang ilmu bahasa yg mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.

Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan & penyusunan perkataan atau kelompok perkataan utk membentuk ayat.

Struktur kata merujuk kpd pola suku kata bagi

Kata asli bahasa Melayu

Kata pinjaman bahasa Melayu

Bentuk kata:

Kata tunggal

Kata terbitan

Kata majmuk

Kata ganda

Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah:

Pengimbuhan

Penggandaan

Pemajmukan

Golongan kata

Kata nama

- Nama am, nama khas, nama terbitan, ganti nama

Kata kerja

- Kata kerja transitif, kata kerja bukan transitif

Kata adjektif

- Menerangkan tentang bentuk, rupa dan keadaan benda dan mahluk

Kata adverba

- Menerangkan tentang kata kerja

Kata tugas

- Kata yang mempunyai tugas khas seperti kata hubung, kata sendi nama dsb.

Aspek sintaksis yg diberi tumpuan adalah spt berikut:-

Unsur utama yg terdiri dpd kata, frasa, klausa, dan aspek pembinaan serta pembahagian subjek dan predikat

Jenis ayat: ayat penyata, perintah, tanya dan seruan

Ragam ayat: ayat aktif dan ayat pasif

Susunan ayat: susunan biasa & susunan songsang

Binaan & proses penerbitan ayat

- Ayat dasar, ayat tunggal, ayat terbitan atau ayat majmuk

Aspek tanda baca

Sistem EjaanPerkara yang diberi penekanan ialah:-- Pola keselarasan vocal

- Ejaan kata pinjaman

- Ejaan kata dasar dan kata terbitan

a-a =batak, a-u = patuk, i-i = bisik dll..

Automatik, drebar, pensel dll

muka, kemukakan, mengemukakan

Sebutan & Intonasi

Sebutan & intonasi diajarkan supaya murid dpt menyebut perkatan & ayat yg betul serta memahami intonasi & jeda

Kemahiran yg dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti & membezakan pelbagai aspek dlm sebutan & intonasi supaya murid dpt menyampaikan sesuatu makna dgn tepat.

Sebutan bahasa Melayu yg diajarkan di sekolah hendaklah sebutan Melayu baku.

Sebutan

Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dgn betul.Intonasi

Intonasi ayat BM hendaklah diajarkan mengikut pola yang berikut:-

Jenis Ayat

Susunan Ayat

Ragam Ayat

Ayat penyata

Ayat tanya

Ayat seruan

Ayat perintah

Ayat biasa

Ayat songsang

ayat aktif

Ayat pasif

Kosa Kata & Peribahasa Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah.

Penguasaan kosa kata perlu dipertingkakan & diperkembang selaras dgn pertambahan ilmu dlm mata pelajaran peringkat sekolah rendah Peribahasa yg merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, kata2 hikmat, dan bahasa kiasan perlu diajarkan dlm pendidikan bahasa Melayu

Pemilihan peribahasa, kata2 hikmat, dan bahasa kiasan hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia.