20
Ishak Hj. Muhammad Sebagai Seorang Penulis dan Ahli Politik (1930 - 1948) ABDUL LA TIFF ABU BAKAR, M.A. laba/an Penulisan Universiti Malaya Ishak Hj. Muhammad yang dikenali sebagai Pak Sako ialah seorang,lokoh sastera, wartawan dan politik Malaysia sejak sebelum perang dunia Kedua. Beliau merupakan anak jali Pahang yang dilahirkan di Temerloh pada 1909 dan meninggal dunia ketika berumur 81 tahun (1991). Semasa hayatnya, beliau dikenal sebagai seorang nasionalis yang sangat komi ted terhadap perjuangan yang membela kepentingan dan nasib orang Melayu di tanah airnya. Dalam Sejarah Malaysia, Ishak telah mengukir nama sebagai tokoh pejuang sastera dan wartawan serta politik yang berterusan menentang penjajahan British dan memperjuang keadilan masyarakat Usamarata sarna rasa". Makalah 1 ini berdasarkan buku penulis, Ishak Hj. Muhammad Penulis dan Ahli Politik sehingga 1948 , Penerbit Universiti Malaya, 1977, bab 7. ISHAK SEBAGAI SEORANG PENULIS Sasterawan Kesusasteraan Me/ayu Moden Ishak ialah seorang sasterawan Melayu yang popular sejak tahun I 930-an lagi. Ia dikenali dan diminati oleh orang ramai terutama orang Melayu kerana hasil penulisan sasteranya dalam surat khabar Warta Malaya serta cawangannya Warta Ahad dan Warta Jenaka dan juga akhbar Utusan Melayu serta cawangannya Utusan Zaman. Oleh sebab majoriti karya-karyanya yang berbentuk cerpen disiarkan dalam surat khabar (Ishak seorang wartawan) maka boleh dikatakan juga dia seorang Wartawan-Sastrawan. Selain Abdul Rahim Kajai, Ishak juga seorang pelopor cerpen Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Dia telah menghasilkan sebanyak 29 buah cerpen.' Kebanyakan cerpennya bersambung, kadang-kadang. dua hingga lima persam- bungan (keluaran) seperti "Doli-Bidadari Dari Shanghai", "Burung Terbang Jangan Dipipiskan Lada," "Dari Perangkap Ke Penjara Kemudian Ke Syurga", "Kalau Sudah Merana Ubat Guna-Guna tidak Guna" dan lain-lain lagi. Cerpen-cerpen Ishak sangat diminati oleh peminat sasetra dan pembaca surat I Enllm buah ccrpcn Ishak yang baharu dijumpai panjangnya lebih kurang 700·1000 perkataan liap-liap salU, yang dimuatkan didalam akhbar Warta Malaya . Satu daripada ccrpen tcrsebut i3ilU "Cepatnya fitnah Bercambah" ialah hasil ringkasan cerila daripada buku Indian Wi's and Humour, Majorili cerpen<erpen ini. Ishak ingin mewujudkan kesedaran supaya pembaca dapsi berfikir. 8

Ishak Hj. Muhammad Sebagai Seorang Penulis dan Ahli ... · diidamkan olch Ishak. Melalui cerpen-cerpen pada zaman Jepun ini, Ishak juga telah mengkritik sikap orang Melayu yang suka

  • Upload
    others

  • View
    18

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ishak Hj. Muhammad Sebagai Seorang Penulis dan Ahli ... · diidamkan olch Ishak. Melalui cerpen-cerpen pada zaman Jepun ini, Ishak juga telah mengkritik sikap orang Melayu yang suka

Ishak Hj. Muhammad Sebagai Seorang Penulis dan Ahli Politik (1930 - 1948)

ABDUL LA TIFF ABU BAKAR, M.A. laba/an Penulisan Universiti Malaya

Ishak Hj. Muhammad yang dikenali sebagai Pak Sako ialah seorang,lokoh sastera, wartawan dan politik Malaysia sejak sebelum perang dunia Kedua. Beliau merupakan anak jali Pahang yang dilahirkan di Temerloh pada 1909 dan meninggal dunia ketika berumur 81 tahun (1991). Semasa hayatnya, beliau dikenal sebagai seorang nasionalis yang sangat komi ted terhadap perjuangan yang membela kepentingan dan nasib orang Melayu di tanah airnya. Dalam Sejarah Malaysia, Ishak telah mengukir nama sebagai tokoh pejuang sastera dan wartawan serta politik yang berterusan menentang penjajahan British dan memperjuang keadilan masyarakat Usamarata sarna rasa".

Makalah 1 ini berdasarkan buku penulis, Ishak Hj. Muhammad Penulis dan Ahli Politik sehingga 1948, Penerbit Universiti Malaya, 1977, bab 7.

ISHAK SEBAGAI SEORANG PENULIS

Sasterawan Kesusasteraan Me/ayu Moden

Ishak ialah seorang sasterawan Melayu yang popular sejak tahun I 930-an lagi. Ia dikenali dan diminati oleh orang ramai terutama orang Melayu kerana hasil penulisan sasteranya dalam surat khabar Warta Malaya serta cawangannya Warta Ahad dan Warta Jenaka dan juga akhbar Utusan Melayu serta cawangannya Utusan Zaman. Oleh sebab majoriti karya-karyanya yang berbentuk cerpen disiarkan dalam surat khabar (Ishak seorang wartawan) maka boleh dikatakan juga dia seorang Wartawan-Sastrawan.

Selain Abdul Rahim Kajai, Ishak juga seorang pelopor cerpen Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Dia telah menghasilkan sebanyak 29 buah cerpen.' Kebanyakan cerpennya bersambung, kadang-kadang. dua hingga lima persam­bungan (keluaran) seperti "Doli-Bidadari Dari Shanghai", "Burung Terbang Jangan Dipipiskan Lada," "Dari Perangkap Ke Penjara Kemudian Ke Syurga", "Kalau Sudah Merana Ubat Guna-Guna tidak Guna" dan lain-lain lagi.

Cerpen-cerpen Ishak sangat diminati oleh peminat sasetra dan pembaca surat

I Enllm buah ccrpcn Ishak yang baharu dijumpai panjangnya lebih kurang 700·1000 perkataan liap-liap salU, yang dimuatkan didalam akhbar Warta Malaya . Satu daripada ccrpen tcrsebut i3ilU "Cepatnya fitnah Bercambah" ialah hasil ringkasan cerila daripada buku Indian Wi's and Humour, Majorili cerpen<erpen ini. Ishak ingin mewujudkan kesedaran supaya pembaca dapsi berfikir.

8

Page 2: Ishak Hj. Muhammad Sebagai Seorang Penulis dan Ahli ... · diidamkan olch Ishak. Melalui cerpen-cerpen pada zaman Jepun ini, Ishak juga telah mengkritik sikap orang Melayu yang suka

ISHAK HJ. MUHAMMAD SEBAGAI SEORANG PENULIS DAN AHLI POLITIK (19)0 - 1984)

khabar ketika itu. Kebanyakan cerpen Ishak berbentuk teguran dan sindiran yang tajam terhadap pemerintah British dan menceritakan 'niat buruk' orang-orang asing seperti Cina, India dan Arab terhadap orang MeIayu di Tanah Semenanjung. Ishak selalu juga menegur dan mengkritik sikap sesetengah golongan Melayu seperti raja dan pembesar Melayu yang bersikap mementingkan diri sendiri dan tidak mempunyai semangat cinta tanah air, bangsa, agama dan adat resam. Dia juga selalu mengkritik sikap sesetengah orang Melayu yang malas dan tidak mengambil berat akan hal-ehwal kehidupan mereka sendiri.

Tujuan penting Ishak menulis cerpen ini ialah sebagai media yang lebih baik daripada rencana untuk menyampaikan pengajaran, contoh teladan/maksud tujuan yang disulamkan dalam cerita kerana ia lebih memberi kesan kepada pembaca daripada mengeluarkan makalah-makalah yang melambung-Iambung dan berdekar­dekar.2 Dengan perkataan lain segala karya cerpennya mempunyai tujuan dan hasrat yang lebih untuk memberi kesedaran kepada pembaca.

Segala maksud dan tujuan yang hendak disampaikannya ditujukan khas ke­pada orang Melayu untuk memberi kesedaran dan menaikkan semangat di kalangan orang Melayu terutama di kalangan muda-mudi. Melalui cerpen-cerpennya, Ishak juga cuba membuka mata orang Melayu tentang pergolakan yang berlaku ketika itu dan telah mengeluarkan falsafah hidupnya.

Ishak juga seorang penulis yang bukan sahaja pandai mengkritik pihak-pihak atau orang-orang yang mementingkan diri sendiri dan yang telah menyebabkan kemiskinan orang Melayu baik dari segi ekonomi, sosial dan pendidikan tetapi berkebolehan juga mengeluarkan falsafah hidupnya untuk memberi petunjuk iesedaran dan menaikkan semangat orang Melayu untuk mengubah nasib mereka.

Ishak telah menggunakan falsafah hidupnya secara simbolik dalam cerpennya agar orang Melayu menubuhkan suatu gerakan kumpulan haram yang digelarnya MATAHAB untuk menebus harta dan tanah air yang telah tergadai di tangan orang asing. Walaupun cerita-cerita ini hanya direka oleh Ishak tetapi ia telah dapat meDyedar dan menaikkan semangat di kalangan orang-orang muda untuk mempertahan tanah air dan harta daripada dirampas atau dimonopoli oleh bangsa asing. Cerita-cerita Ishak seperti ini sangat diminati oleh pemuda-pemudi dan guru­guru. Umpamanya Dahari Ali seorang muda ketika itu yang pernah menjadi Setiausaha PKMM pada penghujung tahun 1945 berkata:

"Saya tertarik dengan karya-karya Ishak sebelum Perang Dunia Kedua ~rutama kisah-kisah MATAHAB, suatu kumpulan haram yang direka oleh Ishak untuk menebus harta dan tanah air Melayu yang tergadai. Penulisan-penulisannya pula lebih mempengaruhi kepada masyarakat ketika itu ... " 3

Mengikut Hashim Awang, tema-tema cerpen tahun 1930-an pad a umumnya masih berlanjutan dengan tema-tema sebelumnya tetapi apa yang berubah pesat ialah persoalan kesedaran kebangsaan atau nasionalisme dalam bidang politik dan ,ioDami, sosial dan pendidikan. Manakala tahun-tahun 1940-41 menjadi lebih penting dalam perkembangan cerpen Melayu jika dikaitkan dengan persoalan

1 Ishak Hj. Muhammad. "Tiga Tahun Di Singapura", Ulu$an Zaman, 12 Oktobcr 1940. him S. 1 Wawancara dengan Dahan Ali. di pejabatnya Straiu Times. Kuala Lumpur.) Julai 1974.

9

Page 3: Ishak Hj. Muhammad Sebagai Seorang Penulis dan Ahli ... · diidamkan olch Ishak. Melalui cerpen-cerpen pada zaman Jepun ini, Ishak juga telah mengkritik sikap orang Melayu yang suka

MALAYSIA DARI SEGJ SEJARAH

nasionalisme Melayu. Dalam jangka masa yang singkat inilah bermulanya perbicaraan yang lebih tegas ten tang nasionalisme Melayu dalam bentuk prosa daripada kesusasteraan Melayu' Berdasarkan pendapat Hashim Awang ini maka Ishak boleh disifatkan sebagai seorang penulis cerpen yang telah mewakili tema· tema cerpen Melayu sebelum perang dengan lantangnya. Dia telah menunjukkan segala perasaan kesedaran kebangsaan kepada pombaca. Melalui kesedaran inilab Ishak berharap agar orang Melayu akan mcrasainya bersama-sama. Semangat nasionalisme yang ditunjukkannya adalah dengan cara berkelakar, sindiran, nasibat dan kadang-kadang dengan serius.

Ishak telah menunjukkan persoalan kesedaran kebangsaan atau nasionalisme· nya seperti soal politik dengan mengkritik penjajah Inggeris dan Melayu yang tunduk kepada penjajah Inggeris; soal ekonomi dengan mengkritik bangsa asing perusahaan dan dalam lapangan sosial mengkritik sikap pemerintah yang tidak mengambil berat akan hal·ehwal orang Melayu. Semangat kesedaran kebangsaan yang ditunjukkan melalui cerpen·cerpennya memang sangat digemari oleh pembaca· pombaca muda ketika itu. Umpama A. Samad Ismail seorang wartawan muda ketika itu sangat minat akan karya-karya Ishak. Beliau menyatakan,

"Saya lebih suka kepada karya·karya Ishak daripada Abdul Rahim Kajai dan Ibrahim Yaakob kerana karya-karya Ishak lebih menyedarkan masyarakat Melayu terutama ten tang penderitaan dan memperjuang hak Melayu, Cerpen­cerpen Ishak is somelhing new pembaca-pembaca tidak mengetahui sebelum itu, Bahasa yang digunakannya ringkas dan tidak terpengaruh dcngan bahasa-bahasa Melayu lama seperti Abdul Rahim Kajai. Oleh itu membaca karya Ishak adalah sesuai dengan keadaan pembacaan saya pada masa itu .. .',5

Mengikut Drs. Li Chuan Siu pula, cerpen·cerpen Ishak bersifat didaktik yang meniupkan fahaman kebangsaan. Manakala gaya bahasa yang digunakan dalam karyanya bercorak bahasa wartawan dan agak kurang realistik sehingga kurang meyakinkan dan tidak dapat meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca yang teliti. Fikiran dan khayalan beliau itu bersifat asli dalam erti kata yang sebenarnya. Oleh yang demikian patutlah beliau dianggap sebagai pengarang yang bercita·cita tinggi dan ban yak sekali jasanya dalam turut mengembangkan kesusasteraan Melayu Baru·

Semasa pendudukan Jepun pula Ishak telah memainkan peranan penting dalam perkembangan cerpen-cerpen Melayu. Terdapat kira-kira 21 buah cerpen yang dikumpulkan dari majalah Semangal Asia, lapan daripadanya telah disumbangkan oleh Ishak 7

4 Hashim Awang, "Tema Ccrpen-cerpen Melayu Scbelum Pcrang", Ce;pen-cerp~n Mt'layu Sebelum Perang Dunia Kedua, Tesis M.AJabatan Pengajian Melayu. Universiti Malaya. 1972, hlm .42-45.

5 Wawancara dengan A.Samad Ismail, di pejabatnya Straits Times. Kuala Lumpur. 24 Julai 1974. 6 Drs Li Chuan Siu, "Ishak Hj Muhammad (1910)", Iktisar Sejaroh Kesu,\·u.UerOQn Meloyu Bam 1830-1945, Pustaka

Anlara, Kuala Lumpur 1966. him 232-235. 7 Walau bagaimanapun lerdapat 6 ctrpen Ishak yang nyata dapllt menggambllrkan masyarakat pada masa Jepun dao

mcmpunyai lema yang didaklik. Terdapal pula salU ctrpen yang bertajuk, "Hujan Emas Di Ncgeri Orang" yang mungkin dikarang oleh Ishak Hj. Muhammad, dan satu penerangan pcndek yang bertajuk "Mcnanam Pokok ....

10

Page 4: Ishak Hj. Muhammad Sebagai Seorang Penulis dan Ahli ... · diidamkan olch Ishak. Melalui cerpen-cerpen pada zaman Jepun ini, Ishak juga telah mengkritik sikap orang Melayu yang suka

ISHAK HJ. MUHAMMAD SERAGAI SEORANG PENULtS DAN AHLt POLtTIK (1930 1984)

Serna sa pendudukan Jepun ini Ishak juga giat mcnulis cerpcn-cerpen yang bertema didaktik mengenai masyarakat Melayu pada zaman Jepun' Melalui cerpen-cerpennya, Ishak telah terikat kepada propaganda Jepun untuk menyusun dan mewujudkan 'Masyarakat Baru'. Bagi tujuan ini dia tclah menyampaikan maksud dan falsafahnya untuk mcmberikan asuhan dan menyedarkan orang Melayu supaya berfikir dan seterusnya mcngejar kchcndak-kehendak yang diidamkan olch Ishak. Melalui cerpen-cerpen pada zaman Jepun ini, Ishak juga telah mengkritik sikap orang Melayu yang suka membuat kerja yang tidak memberi faedah seperti berpakaian cantik, adat-adat Melayu yang membazir, kcmalasan orang Melayu dan sebagainya.

Dengan karya-karya Ishak ini, tidak hairanlah apabila Arena Wati mengata­kan bahawa di sinilah letaknya jasa yang harus dihargai di kalangan penulis-penulis cerpen serna sa Jepun (termasuk Ishak sendiri), yang berhasil menggunakan kesempatan yang timbul daripada seruan Jepun itu demi meniupkan semangat dengan menggunakan buah ciptaan mereka secara halus dan licin untuk memberi asuhan mental kcpada pembaca terutama pemuda-pemuda9

Selain cerpen, Ishak juga seorang penulis yang telah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan novel Mclayu sebelum perang dengan menerbitkan beberapa novel selepas itu schingga tahun 1956. Novel-novel Ishak sebelum perang ialah Putera Gunung Tallan (1937) dan Anak Mat Lela Gila (1941).

Novel tersebut bukanlah hanya untuk hiburan sahaja tetapi apa yang Icbih dipentingkan olch Ishak ialah isi dan motif yang hendak disampaikan kepada pembaca. Dia telah mcnunjukkan semangat nasionalismenya melalui novelnya dengan mendedahkan sikap penjajah Inggeris dan raja serta pembesar Melayu yang mengamalkan sikap memcntingkan diri sendiri tanpa menghiraukan hal-ehwal rakyat jelata. Melalui novelnya Ishak dengan bcrani mcngkritik penjajah Inggeris yang menjadikan raja dan pembesar Melayu mengikut perintah mereka dan dia menggambarkan penjajah Inggeris sebagai penjajah yang tamak.

Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu, novel ini penting kerana kedua­duanya bersifat seman gat nasionalisme untuk disibarkan pengaruhnya di kalangan pembaca supaya mempunyai sikap anti penjajah Inggeris dan raja serta pembesar Melayu yang ikut kata-kata pemerintah Inggeris. Ishak juga cuba memupuk semangat cinta tanah air. bangsa. agama dan adal-istiadat serta tidak rela negaranya dijajah di kalangan pembaca terutama orang Melayu. Ini jelas apabila Drs. Li Chuan Siu juga berpendapat bahawa Ishak merupakan pengarang novel yang walaupun kurang tinggi seninya, namun penuh dengan buah fikiran dan sindiran yang ditunjukkan untuk memperbaiki masyarakat Melayu dan membangkitkan kesedaran kebangsaan Melayu.'o

8 Arena Wati, "Terna Ccrpen-cerpen Zaman Jepun", Cerpen-Ct'r{W1I Zaman Jl'pun. Pu~taka Antara, Kuala Lumpur. 1968, him. 17.

9 Ihid., hIm. 5. 10 Drs. Li Chuan Siu, "Ishak Hj. Muhammad (1910)",lklil"Or S(jar(/I! 1\('SII.to.Vler/l(111 Me/a)'11 Baril /830·/945. Pustaka

Antara. Kuala Lumpur. 1966, him 229.

II

Page 5: Ishak Hj. Muhammad Sebagai Seorang Penulis dan Ahli ... · diidamkan olch Ishak. Melalui cerpen-cerpen pada zaman Jepun ini, Ishak juga telah mengkritik sikap orang Melayu yang suka

MALAYSIA DARI SEGl SEJARAH

Ishak juga seorang penuIis novel yang mengeluarkan idea-idea nasionalisme­nya berasaskan pengalamannya. Umpamanya novel sulungnya Putera Gunung Tahan berasaskan pengalamannya yang mendalam terhadap pergaulannya dengan pegawai Inggeris, raja Melayu dan pembesar Melayu. Melalui pergaulannya semasa menjadi Pegawai Tadbir Melayu (M.A.S.) Ishak sungguh tidak sesuai dengan sikap mereka ini yang mempengaruhi antara satu dengan yang lain, sehingga hal-ehwal rakyat jelata tidak di hiraukan sangat. Oleh itu di dalam novelnya ini, Ishak telah menyatakan dengan berani ten tang kejadian-kejadian yang pernah berlaku di kalangan penjajah Inggeris, raja dan pembesar Melayu untuk pengetahuan dan menaikkan semangat nasionalisme pembaca. Dengan motif tertentu inilah menyebabkan nilai seni sastera tidak dititikberatkan. Melalui novel ini Ishak boleh disifatkan sebagai scorang penulis novel yang telah menunjukkan sikap keberanian awalnya dalam bentuk karya sastera.

Dalam novel Anak Mat Lela Gila pula, Ishak mengarang berasaskan pengalamannya merantau ke seluruh Tanah Melayu. Melalui pengalamannya ini, dia lebih ketara mengetahui hal-ehwal masyarakat Melayu. Oleh itu dalam novel ini, Ishak lebih menitikberatkan pergolakkan dan sikap kelalaian orang Melayu dalam menghadapi cabaran hidup mereka, di samping mengkritik pentadbiran penjajab Inggeris.

Berdasarkan novel-novel ini, Professor Taib Osman berpendapat bahawa Ishak telah memainkan peranan penting dalam perkembangan sejarah kesusaster­aan apabila dia mengarang dua buah novelnya iaitu Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila. Ishak mengatasi kebanyakan novel lain pada masa itu. Ishak merupakan pengarang novel sebelum perang yang mempunyai idea-idea yang bertujuan menyampaikan 'message' yang tertentu untuk menyedar dan menaikkan semangat orang Melayu menentang pemerintah dan raja Melayu dengan menggunakan kias ibarat dalam novelnya. Novel-novelnya ini tidak menitikberat­kan nilai seni sastera; yang dipentingkan ialah 'message', lebih-Iebih lagi pengarang dan pembaca ketika itu tidak mementingkan nilai seni sastera. Walau bagaimana­pun dia telah menggunakan unsur-unsur sindiran di dalam novel-novelnya. II

Profesor Zainal Abidin bin Abdul Wahid pula berpendapat bahawa terdapat lapan kesimpulan penting yang hendak disampaikan oleh Ishak dalam kedua-dua novelnya kepada pembaca iaitu: I. Beliau (Ishak) memandang orang Inggeris sebagai tamak, haloba, gelojoh scrta

buruk perangai. 2. Orang Inggeris telah memeras ekonomi negara Tanah Melayu. 3. Kejujuran dan keadilan pemerintah Inggeris disangsikan oleh beIiau. lni

dipandang dari sudut pembangunan negara ' Melayu dijalankan hanya di Pantai Barat Tanah Melayu sahaja yang banyak didapati bijih timah dan ladang getah, Pantai Timur ditinggalkan begitu sahaja tanpa dibuka.

4. Kesan-kesan buruk hasil daripada kebudayaan Barat apabila perasaan lekas

11 Wawancara dengan Prof. Taib Osman. di pejabalnya. Jabatan Pengajian Metayu, Universili Malaya. 31 Oklober 1974.

12

Page 6: Ishak Hj. Muhammad Sebagai Seorang Penulis dan Ahli ... · diidamkan olch Ishak. Melalui cerpen-cerpen pada zaman Jepun ini, Ishak juga telah mengkritik sikap orang Melayu yang suka

ISHAK HJ . MUHAMMAD SE8AGAI SEORANG PEN ULIS DAN AHLI POLITIK (1 930 - 1984)

puas hati sebab dimanjakan oleh pemerintah Inggeris cepat menjalar. Semuanya adalah daripada pendidikan Barat menerusi pelajaran penjajah.

5. Ishak Hj. Muhammad menganggap golongan aristokrat Melayu tidak menjalankan kewajipan mereka kepada rakyat Melayu.

6. Pola masyarakat feudal menguasai orang Melayu, hal ini menjadi kegemaran penjajah Inggeris.

7. Tiada kerjasama di kalangan orang Melayu - bertentangan dan berlawanan di antara satu sarna lain, sehingga tidak dapat membangunkan bangsa Melayu seluruhnya.

8. Beliau menganggap Datuk Bahaman, Datuk Gajah, Mat Kilau dan pahlawan Melayu yang lain sebagai pahlawan Melayu sejati dan bukannya pemberontak atau pengacau sebagaimana yang disebut secara rasmi oleh penjajah Inggeris. l

'

Walau bagaimanapun Ishak telah menyatakan juga tentang sikap kebiasaan orang Melayu yang suka bergaya tetapi wang tiada, kemalasan orang Melayu dalam perusahaan pertanian jika dibandingkan dengan orang asing dan sebagainya. Oleh itu tidak dapat disangkal lagi bahawa Ishak merupakan novelis penyubur yang bersemangat nasionalisme jika dibandingkan dengan novetis-novelis lain yang sezaman dengannya yang bertujuan menyedar dan menaikkan semangat orang Melayu.

Ini ditegaskan lagi oleh Adi Mas bahawa tidak ada penulis novel Melayu seperti Pak Sako dalam tahun-tahun empat puluhan segagah dan seberani beliau mencipta karya sastera (novel) berbau politik. Peranan kedua-dua novelnya - Pulera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila - dalam zaman penjajahan sebelum perang turut meniupkan semangat kebangsaan dengan jelas dan terang manakala motif dalam Putera Gunung Tahan sangat menonjol dalam masa sebelum perang dan tentu orang yang membaca pada masa itu akan terasa tikaman semangat kebangsaan yang disarankan di dalamnya. Novel ini lelah memainkan peranan penting sebagai rakyat hidup (walaupun ia sebuah novel) berbakti kepada rakyat dan bangsa Melayu dalam semangat kebangsaan yang ditiup oleh ahli-ahli politik yang memuncak ketika itu. l

)

Wartawan

Sebagai seorang wartawan, Ishak telah banyak membuat jasa dalam per­kembangan persuratkhabaran di Malaysia. Dia telah memainkan peranan penting seperti mengambil berita, menterjemah rencana-rencana bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu, membuat rencana, cerpen dan kadang-kadang mengeluarkan tajuk rencana akhbar. Oleh sebab dia mempunyai pengalaman yang luas dalam hal persuratkhabaran, tidak hairanlah kalau dia pernah mengajar hal kewartawanan kepada wartawan-wartawan muda seperti A. Samad Ismail pada tahun 1940.

12 Ahamad Johari, "Nasionalisma Melayu Sejak Tahun 1926", St'jarah Na.fjonalisma Maphillndo, Utusan Melayu, 1969, him. 179.

13 Adi Mas. "Putera Gunung Tahan dari Kacamata On. Li Chuan Siu". Ulusan Zaman. 24 Jun 1973.

13

Page 7: Ishak Hj. Muhammad Sebagai Seorang Penulis dan Ahli ... · diidamkan olch Ishak. Melalui cerpen-cerpen pada zaman Jepun ini, Ishak juga telah mengkritik sikap orang Melayu yang suka

MALA VSIA DARI SEGI SEJARAH

Ishak ialah antara orang kuat yang telah berusaha membentuk akhbar Vtusan MelaYII yang dipunyai oleh orang Melayu tulen. Dia telah memainkan peranan pcnting seperti menjual saham dan mcmpengaruhi rakyat jelata membaca dan menjayakan akhbar baru itu. Oleh sebab Ishak merupakan salah seorang tokoh wartawan yang serba boleh maka pada November 1943 dia telah dipilih oleh pemerintah Jepun mewakili Tanah Melayu ke persidangan Kongres Wartawan Seluruh Asia di Tokyo, Jepun. Apabila Abdul Rahim Kajai meninggal dunia pada bulan Disember 1943, Ishak telah menjadi Ketua Pengarang akhbar Berita Malai dan majalah Semangat Asia hingga bulan April 1944.

A. Samad Ismail sekali lagi berpendapat bahawa walaupun Ishak baru menceburkan diri dalam bidang kewartawanan daripada Abdul Rahim Kajai, tetapi karya-karya Ishak lebih diminati ramai terutama di kalangan muda-mudi dan guru­guru kerana karyanya selalu 'terbaharu' dan susunan ayatnya pendek-pendek. Ishak boleh disifatkan sebagai 'a best writer' oleh wartawan-wartawan sezaman dengannya."

Memandangkan pengalamannya dalam bidang persuratkabaran dan penuli­sannya yang meluas, dia telah dijemput oleh PKMM untuk menjadi Ketua Pengarang akhbar Pelita Malaya dan majalah Suluh Malaya pada awaltahun 1946. Seterusnya dia telah be rani mengambil inisiatif mengeluarkan majalah KRIS pada pertengahan tahun 1946 yang dibantu oleh Shamsuddin Sallch. Selepas pendudukan Jepun, dia telah menggunakkan akhbar dan majalah ini sebagai media politik untuk perjuangannya melalui penulisan menghentam dan mengkritik penjajah Inggeris serta menentang pemikiran politik sayap kanan (UMNO) yang dipimpin oleh Dato' Onn Jaafar. Dia bolehlah disifatkan sebagai ahli politik bersayap kiri yang gigih dalam sejarah Malaysia melalui penulisannya dan pergerakan politik berparti.

Memandangkan kecekapan dan kepintaran Ishak dalam bidang penulisan baik sebagai sasterawan, wartawan dan ahli politik maka Zulkiflie Owni yang pemah menjadi Setiausaha PKMM, 1946 berpendapat bahawa Ishak merupakan penulis yang berfikiran maju, berjiwa dinamis, bersifat kritik, dan mengetengahkan sindiran, anjuran dan hasutan dalam karyanya. Manakala personaliti Ishak pula disifatkan sebagai orang yang berjiwa rakyat jelata dan otaknya ialah otak yang suka kontras. 15

Melalui penulisan yang berbentuk sastera seperti cerpen dan novel, dia lebih dikenali dan disanjung oleh orang ramai sebagai penyubur sastera Melayu. Sumbangan Ishak ini tidak dapat dinafikan (sebagaimana yang sudah diterangkan di atas) te1ab berbakti kepada masyarakal. Oleh itu tepat sekali seperti yang dinyatakan oleh Prof. Dr. Khoo Kay Kim pada hari Konvokesyen Universiti Malaya pada 29 Jun 1973, bahawa karya-karyanya merupakan salah satu daripada beberapa jenis yang terdapat dalam sejarah Kesusasteraan Kebangsaan kita.'·

14 Wawancara dengan A. Samad· lsmaii di pejabatnya, S'railS Timr?s, 241ulai 1974. 15 Wawancara dengan ZulkiOie Owni, di rumahnya Jalan Kapten Muslim 30, Sci Si Kambing, Medan, Sumatera, II

Mei 1974. 16 Dr. Khoo Kay Kim, "Pidalo Penghargaan Lulusan Kchonnat Doktor Ishak Hj. Muhammad untuk IjaW

Kehonnat Doktor Kc:susasteraan, di Istiadat Konvokesyen, Univeniti Malaya, 29 Jun 1973", Pale Sako, Utusan Mc:1ayu, 1973. him . 5.

14

Page 8: Ishak Hj. Muhammad Sebagai Seorang Penulis dan Ahli ... · diidamkan olch Ishak. Melalui cerpen-cerpen pada zaman Jepun ini, Ishak juga telah mengkritik sikap orang Melayu yang suka

ISHAK HJ. MUHAMMAD SEBAGAl SEORANG PENULIS DAN AHLI POLI;rIK (1930 - 1984)

ISHAK SEBAGAI SEORANG AHLI POLITIK

Pergerakan Pofitik Sebefum Pendudukan }epun

Sebelum pendudukan Jepun 1941, Ishak telah memainkan dua peranan penting dalam perkembangan politik dalam sejarah Malaysia. I. Giat dalam penulisan untuk memberi dan menaikkan seman gat orang Melayu

melalui karya yang berbau politik . 2. Giat dalam pergerakan politik untuk membela nasib orang Melayu.

Melalui kedua-dua aktiviti ini dia disifatkan sebagai penulis dan ahli politik sebelum dan selepas perang. Dia dikenali dan diminati ramai terutama generasi muda melalui karyanya yang berbau politik dan bercorak nasionalisme Melayu. Tujuan penting, karya sasteranya seperti cerpen dan novelnya adalah untuk memberi kesedaran dan menanamkan semangat nasionalisme pembaca supaya mempunyai semangat cinta akan tanah air, bangsa, agama dan adat resam. Pada zaman ini Ishak telah memberi banyak jasa kepada masyarakat umum untuk menegakkan keadilan dalam masyarakat dan negara. Oleh itu dia boleh disifatkan sebagai pengasas yang memberi kesedaran politik melalui penulisannya kepada orang ramai. Semangatnya yang berkobar ini, menyebabkan dia menjadi popular di kalangan pejuang-pejuang Melayu lain seperti Ibrahim Yaakub dan pengikutnya seperti Onan Siraj, Isa Muhammad dan lain-lain lagi. Ishak mempunyai jiwa dan semangat yang sealiran dengan Ibrahim Yaakub dan pengikutnya yang lain iaitu antipenjajah Inggeris serta membela nasib bangsanya.

Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa Ibrahim Yaakub telah . bergerak begitu awal dalam pergerakan politik Tanah Melayu iaitu sejak dia

menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim pada tahun 1929 di mana dia telah berhubung rapat dengan pejuang-pejuang Indonesia yang datang ke Tanah Melayu dan menerima idea daripada pejuang tersebut. Di MPSI, Ibrahim telah menubuhkan sebuah organisasi ' Belia Malaya' pada awal tahun 1930 yang lebih berfikiran politik. Organisasi ini kemudiannya lenyap kerana ahli-ahlinya menjadi guru di merata-rata Tanah Melayu. J7 Kemudian pada pertengahan tahun 1938 Ibrahim Yaakub dan rakan-rakannya lepasan MPSI telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) secara sulit tanpa pendaftaran. Oleh sebab penjajah Inggeris melarang pergerakan politik yang bersayap kiri dan yang menentang pemerintah Inggeris seperti KMM. maka pergerakan KMM terpaksa bergerak secara sulit (bawah tanah).

Mengikut Ibrahim Yaakub bahawa KMM tidak menyatakan kesetiaan kepada sultan dan lnggeris atau menyatakan tidak bekerjasama (spoke of non­cooperation); tetapi bekerja untuk memajukan perasaan kebangsaan dan pengajar­annya pad a antara ahlinya. Kekuatannya (KMM) terletak pada golongan bawahan." Namun mereka masih belum berani membuat pertentangan secara

17 William R. Roff. "' ntelek-intc1ek Radikal dan Kesatuan Melayu Muda", The Origin of MalDya NDlionaliJm. University or Malay~ Press, 1967, him. 225. .

18 Ibid .. him. 222.

15

Page 9: Ishak Hj. Muhammad Sebagai Seorang Penulis dan Ahli ... · diidamkan olch Ishak. Melalui cerpen-cerpen pada zaman Jepun ini, Ishak juga telah mengkritik sikap orang Melayu yang suka

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

'berterangan' kepada penjajah Inggeris. Ishak ialah sahabat karib kepada Ibrahim Yaakub. Mereka mula berkenalan ketika di Bentong, Pahang pada tahun 1932 dan lebih mesra dan selalu berbincang hal-hal kemiskinan orang Melayu ketika mereka sarna-sarna berkhidmat di Kuala Lumpur pad a tahun 1935.

Untuk meramaikan ahli KMM, Ibrahim Yaakub mengajak Ishak menjadi ahli KMM. Oleh sebab Ishak memang seorang yang mempunyai seman gat cinta akan tanah air bangsa, agama dan adat-resam lalu dia terima pelawaan Ibrahim walaupun ketika itu dia tinggal di Singapura.

Namun begitll segala aktiviti KMM tidak dapat bergerak dengan bebas dan tidak mempunyai ideoloji yang 'hitam putih' kerana pergerakan sayap kiri seperti KMM ini dihalang dan disekat oleh penjajah Inggeris. '9 Tetapi apa yang penting bagi Ishak sebagai seorang ahli KMM ialah terus berjuang menentang (mengkritik) penjajah Inggeris melalui penulisannya dalam akhbar. Ishak menegaskan bahawa perjuangan KMM ini tidaklah berniat untuk menggulingkan penjajah Inggeris malah katanya KMM tidak tahu bagaimana hendak melakukan ini. Sebaliknya tujuan utama mereka (ahli-ahli KMM) adalah untuk memberhentikan gerakan memeras orang Melayu yang dilakukan oleh bangsa lain dan untuk membangkitkan perasaan kebangsaan di kalangan orang Melayu melalui penulisan rencana yang memeransangkan dalam suratkhabar tempatan.'o

Walaupun Ishak masih menjadi ahli KMM tetapi semangatnya terhadap pergerakan politik berkobar-kobar juga di Singapura. Ini menyebabkan pada tahun 1938 dia menjadi ahli Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang juga mempunyai cita-cita politik dan ingin menegakkan hak orang Melayu di pulau itu. Kemudian pada tahun 1939 Ishak telah memainkan peranan yang penting dalam pergerakan KMS di samping menjadi wartawan dan ahli KMM. Ishak telah dilantik menjadi. Setiausaha Kesatuan Melayu Singapura dan telah bergerak dengan cergas. Sebagai ahli Jawatankuasa yang aktif dia selalu mewakili KMS dalam pergerakan atau kongres pertubuhan gabungan.

Dalam perjumpaan (kongres) Kesatuan Melayu Semenanjung yang diadakan di Kuala Lumpur pad a 60gos 1939, Ishak telah mewakili KMS di sam ping Abdul Manan Mohd. Ali sebagai Ahli Jawatankuasa KMS dan Daud bin Mohd Shah selaku Yang Dipertua KMS. Dalam kongres itu Ishak telah mengusulkan supaya satu gabungan persatuan persekutuan Melayu Semenanjung ditubuhkan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Cadangannya ini adalah untuk memperkukuh persatuan-persatuan bangsa Melayu dan persahabatan di kalangan orang Melayu dalam pergerakan-pergerakan Kesatuan Melayu Semenanjung.21

Kongres yang kedua telah diadakan di Singapura pada 24 - 26 Disember 1940 yang dihadiri oleh 41 wakil dari II badan gabungan (kesatuan/persatuan) negeri dari Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Kelantan, Johor, Brunei dan Sarawak. Dalam perbincangan kongres ini, Ishak telah dilantik menjadi seliausahanya manakala Tengku Ismail daripada Persatuan

19 Wawancara dengan Ishak Hj Muhammad di Perpuslakaan Ulusun Meluyu. Kuala Lumpur. 20 Ogos. 1974. 20 W.R. RofT, op. cil., ms. 22], 21 Ibid .. hIm. 22].

16

Page 10: Ishak Hj. Muhammad Sebagai Seorang Penulis dan Ahli ... · diidamkan olch Ishak. Melalui cerpen-cerpen pada zaman Jepun ini, Ishak juga telah mengkritik sikap orang Melayu yang suka

ISHAK HJ. MUHAMMAD SEBAGAI SEORANG PENULIS DAN AHLI POLiTIK (1930 - 1984)

Melayu Selangor telah dilantik mempengerusikan perbincangan kongres tersebut." Pada 7 Februari hingga bulan Jun 1941, Ishak telah menjelajah negeri-negeri di utara dan selatan Tanah Melayu untuk meninjau keadaan negeri Melayu itu semasa perang dunia sedang hebat berlaku. Dalam perjalanannya ini Ishak telah berpeluang berjumpa dengan Yang Dipertua dan Setiausaha Persatuan Melayu Perak untuk bertukar-tukar tikiran dan membincangkan (secara tidak rasmi) tentang Perjum­paan Persatuan/Kesatuan Melayu Semenanjung, Sarawak dan Brunei yang akan diadakan pada bulan Disember 1941 di Ipoh. 21 Tetapi perjumpaan yang dirangkakan dalam kongres kedua di Singapura untuk diadakan kongres Kesatuan Melayu Semenanjung yang ketiga di Ipoh telah tidak berjaya kerana ketika itu Jepun telah mula menyerang Tanah Melayu.

Pergerakan Potitik Setepas Pendudukan Jepull

Dengan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura 1941 - 1945, segala pergerakan politik telah tidak digalakkan oleh pemerintah Jepun Ini menyebabkan Ishak telah tidak bergiat lagi dalam arena politik semasa pendudukan Jepun jika dibandingkan dengan Ibrahim Yaakub yang meneruskan perjuangannya dalam Kesatuan Melayu Muda dengan berpura-pura menyokong Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura. Namun begitu Ishak telah bertugas dengan pemerintah Jepun sebagai pengarang Malai Shin bun Sha yang menerbitkan suratkhabar Berita Matai dan majalah Semangat Asia hingga bulan April 1944. Di sam ping mempropagandakan tentang pemerintahan Jepun, Ishak tetap mengeluarkan falsafahnya dan kritiknya terhadap masyarakat Melayu untuk mencapai satu 'masyarakat baru' di Tanah Melayu dan Singapura melalui cerpen­cerpennya.

Semangat Ishak yang antipenjajah Inggeris meluap-Iuap semula apabila Inggeris kern bali memerintah Tanah Melayu lagi selepas Jepun menyerah kalah dalam tahun 1945. Ini jelas apabila Ishak dapati bahawa semenjak Inggeris menjadi penaung di negeri-negeri Tanah Melayu, penjajah Inggeris telah meninggalkan Tanah Melayu dan bangsa Melayu dalam keadaan yang berpecah-belah, lemah dan miskin dalam segala lapangan semasa pendudukan Jepun.24 Pengalaman semasa pendudukan Jepun (tiga tahun lapan bulan), menambahkan semangat Ishak dan pejuang Melayu yang lain untuk bersatu padu dalam pergerakan menjaga hak dan faedah tanah air, agama, bahasa dan adat istiadat. Mereka bergerak dalam arena politik tanah air dengan sepenuhnya.

Segala kejadian yang berlaku di Tanah Melayu selepas pendudukan Jepun berlaku juga di negeri-negeri penjajah Barat yang lain seperti di Indonesia, Indo­China, India, Palestin, Mesir dan lain-lain. Negeri-negeri ini telah juga insaf dan bergerak menentaog kuasa-kuasa penjajah Barat. Keadaan yang berlaku di negeri-

22 Ibid., him. 243. 23 Ishak Hj. Muhammad, "Menjajah Negcri-ncgeri Melayu Dalam Masa Perang", Ulusan Zaman, 21 Jun 1941. 24 Ishak Hj. Muhammad, "Jasa Pergerakan Kebangsaan Melayu", Bersalulah Sekurang, Annies Printing Works, Johor

Bahru, 1946, hIm. 64,

17

Page 11: Ishak Hj. Muhammad Sebagai Seorang Penulis dan Ahli ... · diidamkan olch Ishak. Melalui cerpen-cerpen pada zaman Jepun ini, Ishak juga telah mengkritik sikap orang Melayu yang suka

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

negeri lain itu telah menyedarkan Ishak dan pergerakan-pergerakan bangsa Melayu supaya bersatu serta berjuang menjaga hak bangsa, tanah air, agama dan adat istiadat Melayu2S

M ulai awal tahun 1946 Ishak mula bergial dalam arena polilik tanah air dengan sepenuh masa. Kali ini Ishak telah berjuang dengan seriusnya dalam pergerakan politik berparli. Dia lelah menganggotai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada awal tahun 1946 dan telah memainkan peranan yang penting juga dalam PKMM. Semangat Ishak berpolitik dengan serius mula kelihatan apabila kerajaan Inggeris di London lelah merancangkan Malayan Union untuk diamalkan di Tanah Melayu sejak penghujung tahun 19451agi. Rancangan Malayan Union yang tidak disetujui oleh Ishak ialah tentang kelonggaran memberi hak kerakyalan dan persamaan hak kepada orang asing di Tanah Melayu, serla mengasingkan Singapura dari Tanah Melayu.

Ini menyebabkan Ishak mengarang sebuah buku bercorak politik yang berlajuk Bersatulah Sekarang . Tujuan buku ini dikarang adalah untuk memberi peransang kepada orang Melayu supaya bersatu dalam pergerakan politik Kebangsaan. Dalam buku ini Ishak telah mengeluarkan falsafahnya supaya orang Melayu bersatu padu untuk menghadapi penjajah Inggeris dan Rancangan Malaya Union. Dia berharap agar Persatuan-persaluan Melayu di Tanah Melayu bergabung dalam pergerakan polilik demi kepentingan orang Melayu dan jangan berpecah­belah.

Dalam PKMM Ishak telah memainkan peranan penting dalam pergerakan parti tersebut. Dia juga pernah menjadi Ketua Pengarang akhbar Pelita Malaya dan majalah Suloh Malaya yang diterbitkan oleh Zulkiflie Owni. Dalam akhbar dan majalah ini Ishak telah menunjukkan bakatnya lerhadap politik Tanah Melayu dengan mendalam dan mengetahui hal-hal politik luar negeri seperti Mesir, Indonesia, Indo-China dan negeri-negeri lain yang dijajah dan yang pemah dijajah. Kecekapan Ishak dalam hal pergerakan politik dalam dan luar negeri jelas kelihatan apabila dia selalu menulis makalah/rencana dalam ruangan "Selamat Pagi", "Ulasan Warta Berita Seminggu" dan tajuk-tajuk rencana dalam akhbar Pelita Malaya yang mempunyai motif menuju kebenaran, perdamaian dan kemerdekaan bangsa.

Apahila Muktaruddin Lasso selaku Yang Dipertua PKMM balik ke Indonesia, Ishak lelah dilantik menjad; Naib Yang Diperlua PKMM manakala Dr. Burhanuddin AI-Helmy menjadi Yang Dipertua PKMM pada awal tahun 1946. Seterusnya Ishak telah dilantik menjadi Yang Dipertua PKMM pada tahun 1948. Semasa menjadi Naib Yang Dipertua PKMM, Ishak telah memainkan peranan penting dalam pergerakan parti politik Melayu yang bersayap kiri ini. Umpamanya persidangan agung tahunan UMNO yang diadakan pada Jun 1946 di Ipoh, Ishak telah menjadi juara apabila dia telah dipilih mewakili PKMM dan memberi ucapan serta membuat cadangan-cadangan dalam persidangan itu. Apabila agenda menentukan bendera dan lambang UMNO dikemukakan, Ishak telah mencadang-

25 Ibid., hlm.68.

18

Page 12: Ishak Hj. Muhammad Sebagai Seorang Penulis dan Ahli ... · diidamkan olch Ishak. Melalui cerpen-cerpen pada zaman Jepun ini, Ishak juga telah mengkritik sikap orang Melayu yang suka

ISHAK HJ. MUHAMMAD SEBAGAJ SEORANG PENULIS DAN AHU POLiTIK (1930 - 1984)

kan supaya warna merah putih dijadikan lambang UMNO. Apabila undi dijalankan Ishak telah kalah sebanyak satu undi sahaja menyebabkan wakil PKMM yang terdiri daripada Ahmad Boestamam (Ketua Pemuda PKMM), A. Rahman Rahim (Tokoh PKMM Perak) dan Ishak sendiri telah mengambil keputusan menarik diri daripada bergabung dengan UMN0.26 Sebenarnya penarikan PKMM daripada bergabung dengan UMNO adalah kerana mereka mampunyai fahaman ideologi yang berlainan dalam memperjuang dan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu oleh orang Melayu.27 .

Ishak juga telah dilantik menjadi Ketua Bahagian Politik PKMM. Dengan jawatannya ini Ishak selalu mewakili PKMM dalam perbincangan dengan gabungan parti sayap kiri bukan Melayu, iaitu "All-Malayan Council of Joint Action" (AMCJA) yang ditubuhkan di Singapura pada 14 Disember 1946 oleh Dato Tan Cheng Lock. Pada mulanya PKMM telah menjadi ahli gabungan AMCJA bersama­sarna dengan Malayan Democratic Union (MDU), Malayan India Congress (MIC), Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU), sebuah gabungan kesatuan buruh. Pada 22 Disember 1946 AMCJA telah berdiri dengan rasminya dengan Dato Tan Cheng Lock terpilih sebagai pengerusinya. Dengan terpilihnya Dato Tan Cheng Lock sebagai Pengerusi AMCJA, menyebabkan orang Melayu ramai keluar dari PKMM . lni menyebabkan pada bulan Januari dan Februari 1947 pemimpin AMCJA sibuk mengadakan perundingan dengan pemimpin-pemimpin PKMM terutamanya Ishak Hj. Muhammad untuk meneari jalan keluar yang lebih memberi kesan kepada orang Melayu supaya menyokong gerakan AMCJA.

Untuk memperkuat kedudukan parti politik Melayu yang bersayap kiri, Ishak telah dilantik menjadi Yang Dipertua Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA), pada II Februari 1947. Gabungan PUTERA terdiri daripada Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Barisan Tani SeMalaya (BATAS), Majlis Islam Tertinggi (MATA) dan Gerakan Angkatan Muda, Singapura (GERAM). PUTERA yang dipimpin oleh Ishak telah membuat perhubungan yang erat dengan AMCJA dalam pergerakan parti politik yang bersayap kiri di Tanah Melayu.28

Pada bulan Apil, 1947 telah diadakan beberapa perundingan antara AMCJA­PUTERA. Hasil rundingan ini, tercapai satu persetujuan bahawa AMCJA -PUTERA akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja untuk mengeluarkan cadangan perlembagaan baru yang lain bagi menggantikan cadangan dari Jawatankuasa Kerja Perlembagaan Malayan Union. Perjumpaan rasmi buat kali pertama ba~i wakil dan dalam bulan Ogos 1947 telah diadakan sekali lagi perjumpaan. 9

Dalam perjumpaan kali kedua, bulan Ogos 1947 ini, mengikut Ahmad Boestamam, merupakan perjumpaan yang penting dalam sejarah perjuangan pihak sayap kiri Tanah Melayu kerana semua pemimpin gabungan AMCJA - PUTERA

26 Ahmad Boestamam. Dr. Burhanuddin : Putera Selia Meloy" Raya. Pusta". Kejora. Kuala Lumpur. 1972, him. 15·20, 21 Ishak Hj. Muhammad (Hanlu Raya, "Selamat Pagi", PeJila Malaya, 3 Julai 1946. 28 Ahmad Boestamam, Merinti.r Julan Ke Puncak, Penerbilan Pusta"a Kejora, Kuala Lumpur, 1972. him. 123. 29 Mohammed Noordin Sopiec, From Malayan Union (0 Singapore ~paration, Political Unification in the Malaysian

kgion, Penerbit Univcniti Malaya, 1974, Kuala Lumpur, him. 43.

19

Page 13: Ishak Hj. Muhammad Sebagai Seorang Penulis dan Ahli ... · diidamkan olch Ishak. Melalui cerpen-cerpen pada zaman Jepun ini, Ishak juga telah mengkritik sikap orang Melayu yang suka

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

telah hadir sarna, seperti Dr. Burhanuddin AI-Helmy (PKMM), Tan Cheng Lock, John Eber dan Lin Kean Chye (MDU), Cheng Loo (PMFTU), Gerald de Cruz (MDU), Ishak Hj. Muhammad (PUTERA) dan gabungan-gabungan lain. Dalam perjumpaan ini, Majlis telah sebulat suara memilih Ishak Hj. Muhammad sebagai Pengerusi Persidangan dan Gerald de Cruz sebagai Setiausahanya.'o

Dalam persidangan ini, AMCJA-PUTERA telah membincangkan "Per­lembagaan Rakyat Malaya" ( The Peoples Constitution for Malaya ). Akhirnya tercapai 10 Perlembagaan Rakyat Malaya iaitu 6 daripada prinsip perjuangan AMCJA dan 4 daripada prinsip cadangan PUTERA. Malangnya tuntutan AMCJA - PUTERA ini telah tidak berjaya dan ini menyebabkan mercka mengadakan 'hartal' pad a 20 OklOber 1947. Selepas hartal dilancarkan dengan jayanya, pergerakan AMCJA-PUTERA telah tidak aktif lagi. Ini menyebabkan masing­masing parti mementingkan dan mengutamakan jalannya sendiri.3I

Pada 28 Disember 1947 Ishak selaku Naib Yang Dipertua PKMM telah memberi ucapan dalam pembukaan Kongres PKMM yang ketiga di Singapura selama 3 hari sehingga 30 Disember 1947. Dalam kongres ini juga Ishak telah dipilih menjadi Yang Dipertua PKMM untuk tahun 1948. Semasa menjadi Yang Dipertua PKMM, dia cuba memperkuat lagi organisasi PKMM dengan mendapatkan sokongan kuat daripada API yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Antara tugas yang dilakukan oleh Ishak adalah melawat cawangan-cawangan PKMM di utara Tanah Melayu." Ketika inilah gerak-geri Ishak telah diperhatikan oleh ejen-ejen Inggeris yang mempercayai bahawa Ishak menerima bantuan daripada Parti Komunis Malaya. Akibatnya Ishak telah ditangkap di Ipoh pada bulan Julai 1948 setelah darurat diisytiharkan oleh Kerajaan Inggeris. Ishak ditangkap sebagai seorang tahanan politik sehingga dia dibebaskan pada pertengahan tahun 1953.

Pendapat-pelldapat Tentallg Ishak Sebagoi Seorang AMi Politik

Perjuangan yang gigih dan tidak pernah jemu oleh golongan sayap kiri (termasuk Ishak) menuntut kemerdekaan daripada penjajah Inggeris turut mendapat penghargaan. Allahyarham Tun Dr. Ismail serna sa berucap pada hari Konvokesyen Universiti Sains Malaysia pada 23 September 1973 telah mengatakan bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan yang moderat, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan.33

Jasa-jasa Ishak sebagai seorang ahli politik telah ternampak sejak dari tahun 1930-an lagi apabila dia menceburkan diri dalam pergerakan politik KMM dan KMS serta melalui penulisannya yang berani mengemukakan bentuk ali ran pemikirannya terhadap politik. Sebagaimana Prof. Ungku Aziz pernah berkata

30 Ahmad Boestamam, op cit., him. 134. 31 Ibid., lihat him. 128-144. 32 Ibid., him. 153-154. 33 Ucapan Al1ah),arham Tun Dr. Ismail adalah scmpena pengucapllnn)'a ketika mcncrima ija7..ah Kehormllt Doktor

Undang-Undllng.

20

Page 14: Ishak Hj. Muhammad Sebagai Seorang Penulis dan Ahli ... · diidamkan olch Ishak. Melalui cerpen-cerpen pada zaman Jepun ini, Ishak juga telah mengkritik sikap orang Melayu yang suka

ISHAK HJ . MUHAMMAD SEBAGAI SEORANG PEN ULIS DAN AHLI POLITIK (1930 1984)

bahawa pada pertengahan tahun 1930, Ishak telah berani membuat ciptaan yang bercorak kritik dan politik.34

Shamsuddin Salleh yang pernah bergerak cergas dalam PKMM bersama-sama dengan Ishak berpendapat bahawa perjuangan Ishak adalah bagus kerana dia mempunyai pegangan yang kuat membela orang Melayu. Manakala idea-idea Ishak lebih mirip pula kepada nasionalis Melayu dan tidak mirip sangat sosialis. Pada dasarnya dia suka kepada idea sosialis tetapi perjuangannya tidak nampak kepada jiwa sosialis. 35 .

A. Sam ad Ismail pula berpendapat bahawa dalam bidang politik, Ishak bukanlah seorang ahli politik yang betul berdisiplin dan dia tidak pernah serius dalam sesuatu hal dan biasanya segala perbuatannya tidak tersusun. Apa yang dia hendak buat dia tidak tahu dan dia tidak memahami konsep sebenar ten tang sosialismc.'6 Sebaliknya Zulkiflic Owni berpendapat bahawa Ishak ialah ahli politik yang positif dan realistik. Dia berjiwa rakyat dan tidak secocok dengan perjuangan UMNO yang mempunyai ideologi yang konservatif dan tidak progresif serta masih memperjuang hak raja.37

Walaupun Ishak telah dikatakan sebagai seorang ahli politik yang gigih dan tak pernah jemu dcngan semangat positif dan realisme tetapi perjuangannya tidak mendapat kejayaan pendirian politiknya. Sebagaimana ditegaskan oleh Dahari Ali yang pernah menjadi Setiausaha PKMM pada penghujung tahun 1945 bahawa dari segi politik Ishak tidak berjaya kerana dia mempunyai fikiran yang lebih terhad (narrow) pada nasionalisme Melayu dan idea-ideanya yang progresif mendahului zamannya. Walaupun dia memikirkan ten tang nasib orang Melayu dan menge­luarkan beberapa nasihat tetapi malangnya dia tidak berjaya kerana orang-orang pada masa itu ramai yang belum sedar. 38

PENILAlAN

Ishak berasal daripada keluarga petani yang mempunyai pengetahuan, personaliti dan pengalaman yang 'Iuar biasa' Memang sejak kecil lagi dia telah menunjukkan kecerdasan otaknya sehingga dipilih masuk ke Sekolah Inggeris dan seterusnya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Persekolahan (sq. Dia telah dapat menandingi segala golongan masyarakat Melayu ketika di sekolah dalam bidang akademik. Ishak telah mendapat gred I dalam peperiksaan

·Sijil Persekolahan iaitu anak Melayu Pahang yang pertama mendapat kepujian seperti itu. Seterusnya dia telah berjaya mengikuti perkhidmatan Kerajaan Inggeris sebagai Pegawai Tadbir Melayu (M.A.S). Semasa menjadi Pegawai Tadbir Melayu pula dia telah lui us peperiksaan Undang-Undang yang diadakan oleh Kerajaan Inggeris dengan cepat jika dibandingkan dengan pegawai-pegawai yang lain.

34 Mengikut pendapat Plof. Ungku Aziz dalam akhbar Utusan Melayu, 2 Jun 1973. 3S Wawancara dengan Shamsuddin Salleh di rumahnya, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 12 Julai 1974. 36 Wawancara dengan A. Samad Ismail di pejabatnya Straits Times. paJa 24 Jula; /974 . 37 Wawancara dengan Zulkin;e Own; di rumahnya, Jalan Kapten Muslim, No 30, Sei Si Kambing, Medan, Sumatera

pada II Mei 1974. 38 Wawancara dcngan Dahari Ali di pejabatnya, Straits Times, Kuala Lumpur pada 3 Jula; 1974.

21

Page 15: Ishak Hj. Muhammad Sebagai Seorang Penulis dan Ahli ... · diidamkan olch Ishak. Melalui cerpen-cerpen pada zaman Jepun ini, Ishak juga telah mengkritik sikap orang Melayu yang suka

MALAYSIA OARI SEGI SEJARAH

Dia mempunyai personaliti yang tersendiri. Oleh sebab dia berasal daripada golongan bawahan, dia letap mengenang dan bersimpati tcrhadap golongan bawahan terutama golongan yang miskin. Walaupun dia diberi kemewahan dan pangkat, dia letap menitikberatkan keadaan nasib bangsanya yang jatuh dalam kemiskinan dan tertinggal dalam segala lapangan. Semasa kecil dia memang terkenal sebagai seorang yang pendiam letapi dia berubah haluan iaitu bergaul mesra dengan orang ramai di segala peringkal ketika dia menjadi Pegawai Tadbir Melayu.

Pada lahun 1930-an memang jarang sekali didapali Pegawai Tadbir Melayu yang berasal daripada golongan bawahan seperti Ishak. Semenjak dia menjadi Pegawai Tadbir Melayu sebagai Penolong Pegawai Daerah dan majislrel dia lelah menghadapi pengalaman-pengalaman yang aneh sehingga dia menjadi seorang penulis dan ahli politik. Dia boleh dikalakan sebagai 'serba boleh' kerana dia pernah menjadi Penolong Pegawai Daerah (Bentong dan Rembau) Majislret kelas tiga (Kuala Lumpur), Guru (di Muar), Wartawan (Terengganu dan Singapura), Sasterawan dan selerusnya ahli polilik.

Melalui pengalamannya dalam perkhidmatan sebagai M.A.S, dia boleh dikalakan seorang yang mempunyai pengalaman yang luas lerulama tentang hal­ehwal masyarakat di Tanah Melayu baik tentang orang asing, golongan autokrat Melayu dan yang lebih penting sekali memahami kesusahan dan kemiskinan orang Melayu golongan bawahan. Oleh sebab dia mengambil berat tenlang hal-ehwal rakyat, jiwanya tidak sesuai dengan jawatannya yang berkhidmat dengan Kejaraan Inggeris. Dia seterusnya menceburkan diri dalam lapangan kewartawanan dan bergial dengan aktifnya dalam lapangan penulisan dengan tujuan lertentu.

Untuk meletakkan Ishak sebagai seorang penulis dan ahli politik kila hendaklah terlebih dahulu mengkaji akan keadaan asal-usul keluarga Ishak, personalilinya dan juga keadaan masyarakal dan negara yang dialaminya. Memandangkan dia dalang daripada keluarga petani (kelas bawahan) dan telah mendapat didikan yang sempurna daripada ibu bapanya maka sudah tentu dia mempunyai pendirian yang leguh dengan tidak melupakan nasib keluarga apabila dia sudah bercampur-gaul pula dengan segala masyarakat serla mempunyai pengetahuan yang luas tentang segala keadaan yang terdapat di negaranya menyebabkan dia ingin menegakkan keadilan dalam masyarakal dan ingin menegakkan kebenaran.

Faktor-faktor yang ada pada Ishak inilah yang menyebabkan dia tidak bersesuaian dengan jawatan-jawatan yang menyekatnya daripada berlaku adil. Dia sedar bahawa jawatan yang dipegangnya sebagai Pegawai Tadbir Melayu seperti Penolong Pegawai Daerah dan majistret tidak secocok dengan personalitinya dan tidak dapal memuaskan kehendak masyarakat dan negaranya. Lebih-Iebih lagi semasa berkhidmat dengan Pemerintah Inggeris dia mesti mengikut segala 'arahan pegawai Inggeris alau pegawai Melayu yang berasal daripada keturunan bangsawan. Telapi segala arahan ini sungguh tidak sesuai bagi Ishak kerana kebanyakannya lidak mendatangkan faedah kepada masyarakat umum, walaupun dia hendak membuat jasa atau perubahan kepada orang ramai dia akan disekat kerana perbualannya ini menyalahi kehendak pemerintah Inggeris di Tanah Melayu.

22

Page 16: Ishak Hj. Muhammad Sebagai Seorang Penulis dan Ahli ... · diidamkan olch Ishak. Melalui cerpen-cerpen pada zaman Jepun ini, Ishak juga telah mengkritik sikap orang Melayu yang suka

ISHAK HJ. MUHAMMAD SEBAGAI SEORANG PENULIS DAN AHLl POLiTIK (1930 - 1984)

Berdasarkan personalitinya yang memandang berat kepada hal-ehwal masyarakat, maka dapatlah dikatakan bahawa tiada seorang pegawai pada masa itu yang mengambil berat terhadap hal-ehwal masyarakat umum dan sanggup berhenti daripada jawatannya demi kepentingan nasib bangsanya. Pemberhentian­nya sebagai Pegawai Tadbir Melayu menyebabkan dia cuba mencari jalan yang lain untuk penghidupannya dan berbakti kepada masyarakat Melayu yang didapatinya telah tertinggal jauh ke belakang berbanding dengan bangsa-bangsa asing. Ini menyebabkan dia menceburkan diri dalam lapangan penulisan dengan sepenuhnya dan membuat jasa kepada masyarakat.

Ishak ialah penulis yang berjiwa masyarakat. Manakala karyanya terutama yang berbentuk sastera seperti cerpen dan novel digunakan bukan sebagai untuk hiburan semata-mata tetapi yang dipentingkan olehnya ialah untuk masyarakat. Ini menyebabkan dia mempunyai satu pegangan pemikiran yang boleh dikatakan sebagai ideoloji dirinya yang berkehendakkan suatu masyarakat yang adil yang berasaskan "sarna rata, sarna rasa". Apa yang diidamkan oleh Ishak ialah suatu masyarkat Melayu dan negara yang bctul-betul adil.

Dia merupakan penulis yang berfikiran konkrit dan kontras dalam karya­karya sasteranya. Idea-ideanya pula didapati mendahului zamannya dan payah terdapat di kalangan penulis lain. Sebagai seorang penulis yang berkebolehan kita akan dapati dua ciri yang penting dalam karya-karya Ishak baik yang berbentuk sastera mahupun berbentuk makalah politik. I. Mengemukakan aliran pemikirannya yang berdasarkan pegangan ideologinya

yang berkehendakkan suatu masyarakat yang adil. Dalam konteks ini dia dengan beraninya telah mengkritik penjajah Inggeris, orang Cina, India, Arab dan orang Melayu iaitu raja dan pembesar Melayu serta orang Melayu yang lalai. Bagi Ishak orang inilah yang telah menyebabkan tidak wujudnya keadilan dalam masyarakat.

2. Mengemukakan ra lsarahnya yang berbentuk nasi hat, pengajaran, dan penerangan ten tang keadaan di dunia yang bertujuan untuk menghidupkan dan menanamkan semangat di kalangan orang Melayu. Inilah jasa Ishak melalui pcnulisannya terhadap masyarakat di Tanah Melayu

untuk memberi kesedaran dan menaikkan semangat di kalangan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun Ishak bukanlah penulis yang telah membuat jasa kepada seluruh masyarakat Tanah Melayu kerana segala perjuangan penulisannya hanyalah untuk menegakkan keadilan di kalangan masyarakat Melayu sahaja. Oleh itu tepat sekali kalau dia dikatakan seorang yang mcmpunyai semangat nasionahsme Melayu tulen.

Untuk mencgakkan dan membela keadaan keadilan di kalangan orang Melayu Ishak telah mcnggunakan idea pemikirannya sebagai 'khayalan' dan ramalannya yang tidak lojik dan tak masuk akal untuk pembacaan umum. Ini jelas didapati daripada kcbanyakan karyanya yang berbentuk sastera tidak realistik dan tidak menitikberatkan nilai sastera. Sebaliknya karya-karya yang berbentuk makalah politik pula lebih konkrit dan kontras untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu dengan tidak bekerjasama dengan Inggeris. Walau bagaimanapun bahasa yang digunakan oleh Ishak adalah ringkas dan mudah diraham ..

23

Page 17: Ishak Hj. Muhammad Sebagai Seorang Penulis dan Ahli ... · diidamkan olch Ishak. Melalui cerpen-cerpen pada zaman Jepun ini, Ishak juga telah mengkritik sikap orang Melayu yang suka

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Karya Ishak kadang-kadang tidak realistik kerana dia mempunyai semangat cinta akan bangsanya dan mengambil berat tentang penderitaan bangsa Melayu. Oleh itu 'perosak-perosak' bangs a Melayu sangat dibenci oleh Ishak dan menyebabkan dia berasa 'iri hati' terhadap kejayaan bangsa-bangsa lain. Karya­karyanya agak berat sebelah apabila dia menceritakan keadaan keburukan sesuatu bangsa walaupun sesuatu perkara itu tidak pernah wujud atau terjadi dan melupakan peranan sesuatu bangsa atau penjajah Inggeris walaupun mereka pernah berbuat jasa kepada orang ramai dan negara.

Buat masa sekarang ali ran pemikiran Ishak mungkin tidak diterima oleh masyarakat kita, kerana dia menggalakkan perpechahan antara kaum. Tetapi karya-karya Ishak berfaedah pula pada zaman penulisannya untuk mewujudkan keadilan dan menghapuskan penindasan di kalangan masyarakat umum. Karya­karyanya pula telah memainkan peranan penting kepada orang Melayu untuk mengubah haluan pemikiran yang tidak mahu atau belum sedar akan keadaan kemiskinan mereka jika dibandingkan dengan bangsa asing dan kaum bangsawan dan pembesar Melayu.

Reform-reform terhadap hal-ehwal masyarakat memang terdapat pada Ishak. Kalau Jebat terkenal sebagai pengorak langkah dan mendahului zamannya menentang ketidak-adilan pemerintah melalui kepintaran bersenjatanya, manakala Ishak pula terkenal sebagai seorang pengorak langkah dan mendahului zamannya menentang ketidakadilan pemerintah dan masyarakat melalui penanya terutama karya-karya sasteranya. Sebagai seorang penulis, dia terkenal sebagai seorang sasterawan, wartawan, dan ahli politik yang berkebolehan.

Sebagai sasterawan dia merupakan penyubur perkembangan sejarab Kesusas­teraan Melayu Moden tahun 1930-an dan semasa Jepun. Dia juga terkenal dan berkebolehan mengkritik masyarakat, keadaan dan pergolakan yang berlaku pada ketika itu dan seorang pujangga yang telah mengeluarkan falsafahnya dan bal-ehwal sastera Melayu seperti pantun dan mentafsir buku hikayat Melayu lama. Dia merupakan orang yang kedua banyaknya mengarang cerpen Melayu sebelum perang yang menghasilkan 29 buah cerpennya.

Berbanding dengan tokoh-tokoh cerpenis lain seperti Abdul Rahim Kajai, Ishak merupakan tokoh cerpenis yang telah meniupkan semangat nasionalisme Melayu yang berbentuk politik dan berani mengkritik penjajah serta kaum feudal Melayu.

Sebagai seorang novelis pula dia merupakan pengarang novel yang mula-mula sekali mengeluarkan novelnya yang berbau politik dengan membuat penentangan terhadap penjajah Inggeris dan kaum bangsawan serta pembesar Melayu. Sebelum 1941 tidak terdapat novelis seperti Ishak yang mempunyai hasrat nasionalisme yang berbau politik untuk disampaikan dalam novel-novelnya supaya pembaca dapat menanamkan semangat cinta akan tanah air, bangsa, agama dan adat istiadat Melayu. Jelas kedapatan novelis-novelis pada masa itu hanya mempersoal ten tang percintaan, keagamaan, dan moral dalam novel-novel mereka.

Karya-karya sastera Ishak disesuaikan untuk selera zamannya ( sebelum dan semasa penduduk Jepun). Memandangkan dia lebih mementingkan tujuan dan hasrat hatinya untuk memberi kesedaran dan menaikkan semangat nasionalisme orang Melayu maka karya sasteranya tidak menitikberatkan nilai seni sastera.

24

Page 18: Ishak Hj. Muhammad Sebagai Seorang Penulis dan Ahli ... · diidamkan olch Ishak. Melalui cerpen-cerpen pada zaman Jepun ini, Ishak juga telah mengkritik sikap orang Melayu yang suka

ISHAK HJ . MUHAMMAD SEBAGAI SEORANG PENUlIS DAN AHLI POLi TI K (1 930 - 1984)

Ishak juga seorang wartawan yang berkebolehan. Di. telah membuat pembaharuan dengan menggunakan ayat-ayat yang 'agak' pendek dan bersesuian dengan ayat bahasa Inggeris. Sebagai seorang wartawan yang berkebolehan dia telah berjaya menerbitkan karya-karya sasteranya seperti cerpen dalam surat khabar. Oleh itu dia lebih banyak dikatakan sebagai seorang Wartawan-Sasterawan. Sebagai seorang Wartawan-Sasterawan yang mendahului zamannya, dia dapat mengemukakan idea dan pemikirannya dan ini diterima oleh pengikutnya sehingga bersemangat bergerak dalam lapangan politik. Umpamanya A. Sam ad Ismail dan Dahari Ali orang yang meminati karya Ishak telah menceburkan diri dalam lapangan politik yang sealiran dan mempunyai seman gat yang sarna dengan Ishak Hj. Muhammad.

A. Samad Ismail telah menjadi Setiausaha Gerakan Angkatan Muda, Singapura (GERAM) dan pernah mewakili GERAM dalam perjumpaan memben­tuk Gabungan Parti-parti Sayap Kiri Melayu di Kuala Lumpur pad a 22 Februari 1947. Perjumpaan ini telah bersetuju membentuk Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan sebulat suara melantik Ishak Hj . Muhammad sebagai Yang Dipertua PUTERA. Dahari Ali pernah menjadi Setiausaha Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang baharu ditubuhkan selepas pendudukan Jepun pada penghujung tahun 1945.

Walaupun tujuan penting adalah untuk mewujudkan kesedaran dan menaikkan semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu, tetapi usaha­usahanya tidak mendapat kejayaan sepenuhnya. Ini disebabkan masyarakat Melayu pada masa itu masih mempunyai perasaan takut akan penjajah Inggeris dan mereka belum berani membuat penentangan. Lagipun revolusi menentang penjajah Inggeris seeara bersenjata pad a ketika itu, baik sebelum dan selepas pendudukan Jepun, tidak pernah wujud . Untuk menyamakan taraf antara golongan biasa dengan golongan bangsawan pula masih tidak diterima ramai kerana orang Melayu masih taat lagi kepada raja mereka. Ini mungkin juga orang Melayu bel urn mempunyai semangat seperti yang dieadangkan oleh Ishak, disebabkan belum ada bimbingan yang berterangan untuk perubahan ketika itu.

Melalui karya Ishak di peringkat awal (1930-an) kita akan dapati bahawa dia merupakan penulis yang mempunyai seman gat berpolitik. Seterusnya dia telah menjadi ahli politik di Tanah Melayu dengan menyertai Kesatuan Melayu Muda dan Kesatuan Melayu Singapura. Dalam pergerakan politik sebelum perang Ishak masih belum berani mempunyai atau meneapaikan semangatnya untuk mendapat­kan kemerdekaan daripada Inggeris seeara terang-terang.

Politik yang diceburkannya itu seperti Kesatuan Melayu Muda hanya inginkan kemerdekaan di kalangan ahlinya sahaja. Manakala dalam KMS, dia tidak pernah menuntut kemerdekaan daripada Inggeris kerana KMS hanyalah pertubuhan yang berbau politik yang hanya membela nasib orang Melayu sahaja. Begitu juga dalam gabungan Kesatuan Melayu Semenanjung yang wujud pada 6 Ogos 1939 masih belum ada cita-cita untuk menuntut kemerdekaan. Dalam pergerakan politik sebelum pendudukan Jepun 1941, Ishak masih berkompromi dengan parti-parti yang bersayap kanan dan berbaik-baik dengan Inggeris di samping membela hal-ehwal orang Melayu daripada mereka.

25

Page 19: Ishak Hj. Muhammad Sebagai Seorang Penulis dan Ahli ... · diidamkan olch Ishak. Melalui cerpen-cerpen pada zaman Jepun ini, Ishak juga telah mengkritik sikap orang Melayu yang suka

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Selepas pendudukan Jepun, pcmikiran Ishak berubah pula dalam pergerakan polilik berparli. Oia lidak sesuai pula dengan pcrgerakan yang bersayap kanan yang berkompromi dengan Inggeris. Parli Kebangsaan Melayu Malaya memang layak baginya unluk menunlul kemerdekaan daripada Inggeris di samping membela hal­ehwal orang Melayu. Oleh sebab dia berpegang kual kepada ideologinya maka dia cuba meneapai kemerdekaan dengan jalan apa sekalipun.

Pada peringkat ini dia bolehlah dikatakan sebagai scorang lokoh polilik radikal yang bersayap kiri dan tidak mahu bekerjasama dengan penjajah Inggeris dalam mentadbir negara. Apa yang dipentingkan adalah menuntut kemerdekaan dengan jalan apa sekalipun.

Pada peringkat ini dia bolehlah dikatakan sebagai scorang tokoh politik radikal yang bersayap kiri dan tidak mahu bekerjasama dengan penjajah Inggeris dalam mentadbir negara . Apa yang dipentingkan adalah menuntut kemerdekaan Tanah Melayu di samping membela nasib rakyalnya. Sebagai seorang tokoh politik dia mempunyai kebolehan tertentu untuk mempengaruhi rakyat. Oi samping bergerak dengan urusan dan pergerakan polilik PKMM dia juga telah mengeluar­kan pendapat dan pengajaran falsafahnya untuk orang Melayu bergiat dalam lapangan politik melalui makalah politik.

Idea-idea polilik Ishak memang beroas. Walau bagaimanapun perjuangan Ishak tidak mendapat sokongan yang begitu ramai daripada kalangan orang Melayu. Memandangkan sikapnya yang tidak mengambil berat dalam sesuatu hal dalam pergerakannya menyebabkan eita-eita untuk meneapai kemerdekaan menerima kegagalan. Punea-punea yang membawa kegagalan Ishak dalam politik ialah: I.

2.

3.

Tidak mendapat sokongan daripada Inggeris. Cila-eitanya (PKMM) untuk kemerdekaan terlalu awal bagi orang Inggeris. Wujudnya UMNO, pertubuhan politik yang bersayap kanan yang bekerjasa­rna dengan penjajah Inggeris dan raja Melayu. Orang Melayu masih taat kepada raja mereka. Mereka belum berani atau belum sedar untuk menuntut kemerdekaan . Oleh itu mereka belum memahami apakah yang dikehendaki sebenaroya dan apakah kemerdekaan Tanah Melayu. Ada di kalangan orang Melayu menganggap Ishak ada bekerjasama dengan Komunis iaitu satu pergerakan yang dibenei oleh orang Melayu.

4. Walaupun dia inginkan kemerdekaan tetapi dakwahnya dititikberatkan hanya melalui penulis dan syarahan-syarahan sahaja. Radikalnya Ishak tidak membuat gerakan menentang penjajah Inggeris dengan bersenjata.

5. Perangai Ishak sendiri yang suka menyatakan dengan terus-terang tentang keburukan dirinya sendiri dan orang lain di kalangan orang ramai bagi menegakkan kebenaran dalam karya-karyanya terutama akhbar Petita Malaya , Suloh Malaya dan KRIS menyebabkan Ishak kurang mendapat sokongan. Berbanding dengan tokoh-tokoh politik Tanah Melayu di peringkat awal

seperli Ibrahim Yaakub, Ishak merupakan tokoh politik yang berjuang terus­menerus dan lidak peroah jemu sehingga dia ditangkap. Oia lebih mementingkan kemerdekaan Tanah Melayu sahaja daripada bergabung dengan Indonesia.

26

Page 20: Ishak Hj. Muhammad Sebagai Seorang Penulis dan Ahli ... · diidamkan olch Ishak. Melalui cerpen-cerpen pada zaman Jepun ini, Ishak juga telah mengkritik sikap orang Melayu yang suka

ISHAK HJ. MUHAMMAD SEBAGAI SEORANG PENULIS DAN AHLI POLITIK (1930 - 1984)

Manakala Ibrahim Yaakub pula berjuang untuk kemerdekaan Tanah Melayu hanya sekerat jalan sahaja iaitu sehingga penghujung tahun 1945 apabila dia menetap di Indonesia. Ibrahim lebih memperjuang pereantuman Indonesia - Tanah Melayu sebagai Indonesia-Raya. Oleh itu Ishak lebih mempunyai semangat nasionalisme Melayu tulen dalam pergerakan nasionalismenya di Tanah Melayu.

Berbanding dengan Dato' Onn Jaafar, Ishak merupakan pejuang nasionalis yang berjiwa rakyat dan memahami sepenuhnya hal-ehwal rakyat. Oleh itu segala perjllangannya lebih menuntut keadilan dalam masyarakat dengan membela nasib orang Melayu. Manakala Dato' Onn pula lebih mementingkan pembelaan taraf raja dan masih berkompromi dengan British dalam apa-apa hal. Lagipun Dato' Onn tidak mempunyai pengalaman dan memahami penderitaan rakyat dan pergolakan masyarakat dengan sepenuhnya berbanding dengan Ishak Hj. Muhammad. Tetapi malangnya semangat Ishak yang radikal inilah yang menyebabkan dia gagal dalam arena politik Tanah Melayu untuk menuntut Kemerdekaan.

Sebagai kesimpulan dapat dikaitkan bahawa Ishak merupakan penulis Melayu yang mula masyhur tahun 1930-an kerana karya-karyanya yang selalu membawa perubahan untuk zamannya baik dari segi ekonomi, sosial dan politik dengan membidas dan mengkritik golongan yang membawa ketidakadilan dalam masyarakat. Dia juga seorang ahli politik yang membela nasib bangsanya daripada ditindas dan seterusnya bergerak cergas dalam pergerakan-pergerakan politik tanah air untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah Inggeris. Selepas Tanah Melayu meneapai kemerdekaan dia tetap berjuang dalam lapangan politik dengan memperjuangkan hak keadilan dalam masyarakat. Walaupun dia· gagal dalam lapangan politik ia tetap dikenang oleh sejarah sebagai seorang tokoh politik yang sentiasa menentang penjajah.

27