Author
asney-hj-jais
View
49
Download
4
Embed Size (px)
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Era dunia pendidikan mutakhir ini menyaksikan penguasaan sebahagian pembelajaran
menggunakan multimedia. Perubahan arus perdana memandu kita ke arah pembelajaran yang
lebih kreatif dan afektif. Kemajuan teknologi pintar pada masa ini memberi kelebihan yang
banyak kepada semua pihak yang menggunakannya.
Sejarah pembelajaran menggunakan multimedia sudah lama dipraktikkan mengikut
peredaran masa. Dari penggunaan Alat Pandang Dengar (APD) yang terhad penggunaannya
sehingga ke tahap yang lebih canggih seperti teknologi terkini telah merubah lanskap
pendidikan dunia secara amnya dan Malaysia khususnya. Di Malaysia, sejak tahun 1995
pengajaran dan pembelajaran multimedia telah meletakkan kedudukannya antara yang paling
berkesan dari pengajaran konvensional.
Sejak tahun 1997 kerajaan Malaysia telah melancarkan Sekolah Bestari (Smart School
Malaysia, 1997) selaras dengan idea Koridor Raya Multimedia (MSC). Dalam era konsep
digital ini, pengajaran dan pembelajaran boleh menggunakan kaedah perbincangan,
penyelidikan, rujukan jurnal dan tesis pelajar di Universiti.
Menurut Wan Zahid, 1996, Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah
merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat
Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting bagi mencapai matlamat
tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Untuk mancapai
matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran
dan penggunaan teknologi. Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu
dilakukan sehingga kita mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran
1
kita sendiri, tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain. Selagi kita bertaraf ‘pengguna’,
selagi itulah kita tidak mampu merubah apa-apa.
Sejak dari perkembangan itu, salah satu instrument yang banyak digunakan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah aplikasi tayangan video. Sumber untuk
mendapatkan bahan yang berkaitan banyak boleh diperolehi antaranya ialah Youtube dan
sebagainya. Cara ini lebih mudah dari menyediakan bahan yang mungkin mengambil masa
yang lama.
1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu.
Pada pengajaran dan pembelajaran yang lalu, semasa pengkaji sedang melakukan pemerhatian
terhadap murid-murid dalam aktiviti mewarna gambar buah-buahan iaitu salah satu aktiviti
dalam bidang menggambar yang bertemakan alam semulajadi, pengkaji terkejut apabila ramai
antara mereka tidak tahu cara mewarna dengan betul. Dalam pemerhatian pengkaji, mereka
tidak tahu teknik mewarna yang betul menyebabkan produk akhir lukisan mereka nampak
tidak menarik dan sukar untuk diberikan penilaian berdasarkan apresiasi seni.
Alat dan media yang digunakan memang sesuai tetapi unsur-unsur seni tidak
ditekankan dengan betul. Ada di antara mereka yang tidak tahu warna sebenar buah-buahan
contohnya buah tembikai di warnakan dengan warna biru. Kemungkinan sebab terjadinya
adalah kerana tidak tahu mewarna sekaligus mereka tidak ambil peduli tentang warna sebenar
asalkan produk mereka siap. Kebanyakan mereka memang tahu warna sebenar buhan-buahan
yang dilukis tetapi teknik yang salah dari aspek pencahayaan dan kekemasan menyebabkan
produk mereka kurang kemas. Contoh yang saya lihat ialah keseluruhan bentuk lakaran buah-
buahan tidak diwarnakan sepenuhnya dan garisan lakaran masih kelihatan.
Oleh sebab pengkaji juga kurang mahir mewarna dalam aktiviti menggambar, kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan selalu ialah kaedah model. Kaedah model
2
ialah memaparkan produk yang sudah siap dan murid melakukan peniruan terhadap produk
tersebut atau menjadikannya hanya sebagai sumber ilham untuk menghasilkan karya selain
model tersebut. Inilah salah satu faktor kelemahan yang terdapat di dalam pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan. Pengkaji tidak menekankan aspek mewarna yang betul
kerana menganggap mereka boleh mewarna dengan baik dan tidak perlu memberikan tunjuk
ajar secara berterusan. Namun apa yang berlaku adalah disebaliknya.
Sebelum ini pengkaji tidak pernah mengajar mata pelajaran ini sekaligus tidak
mempunyai pengalaman yang cukup untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
dengan baik. Selepas beberapa kali melaksanakan pengajaran dan pembelajaran saya terfikir
untuk menggunakan kaedah lain selain kaedah model yang selalu saya gunakan. Kelemahan
pengkaji dalam pengajaran subjek ini ialah kurang mahir dalam bidang lukisan menyebabkan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak dilaksanakan secara menyeluruh. Pengkaji perlu
mencari bahan yang sesuai digunakan supaya murid boleh melihat sendiri pengalaman dalam
teknik mewarna sekaligus meningkatkan kemahiran mereka dalam aktiviti tersebut.
Selain penilaian melalui pemerhatian, pengkaji melakukan temubual ke atas murid-
murid adakah mereka diajar tentang penggunaan dan teknik mewarna sebelum ini. Rata-rata
mereka menjawab mereka tidak pernah diajar tentang warna dan teknik mewarna dengan
betul. Oleh sebab tidak pernah diajar mereka hanya melakukan aktiviti mewarna mengikut
keselesaan tanpa merujuk unsur-unsur seni. Tindakan pertama yang diambil ialah berjumpa
dengan guru yang telah mengajar mereka sebelum ini dan bertanya mengapa murid-murid
menghadapi masalah tersebut. Guru tersebut hanya menjawab dia bukan guru opsyen mata
pelajaran Dunia Seni Visual dan tidak pernah meneliti Standard Kurikulum yang ada. Dia
berterus terang hanya mengajar dengan cara memberikan kertas dan pensel warna dan
mengarahkan murid membuat lukisan bebas. Inilah punca sebenar mengapa murid-murid
tersebut tidak mahir mewarna.
3
Faktor persekitaran juga memainkan peranan penting tentang masalah tersebut.
Pengkaji menyedari ramai di antara murid-murid yang tidak mampu membeli alat dan bahan
untuk melukis. Hal ini mempengaruhi kemahiran mereka kerana mereka dibekalkan alat dan
bahan melukis oleh pihak panitia di sekolah dan perlu mengembalikan alat dan bahan tersebut
selepas selesai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Di rumah mereka tidak
memiliki alat dan bahan untuk melukis menyebabkan mereka tidak dapat melakukan latih tubi
mewarna. Kesannya ialah mereka tidak mahir mewarna dan hasil produk yang kurang
memuaskan.
Bahan bantu mengajar seperti sudut Dunia Seni Visual juga tidak ada di dalam kelas.
Sudut ini secara lahiriahnya mampu membantu meningkatkan kefahaman murid, sebagai
pengukuhan, dan sebagai pengajaran konstruktivisme secara tidak langsung. Bilik Dunia Seni
Visual memang tidak wujud di sekolah kerana prasarana yang terhad sekaligus menyebabkan
murid belajar bukan dalam suasana persekitaran yang sebenar di dalam bilik dengan peralatan
dan bahan yang lengkap. Namun ini bukan suatu alasan yang menyebabkan murid tidak mahir
mewarna. Jika guru kreatif menggunakan teknik dan kaedah yang sesuai ianya mampu
melahirkan murid-murid yang berkemahiran tinggi walaupun hanya mengajar di bawah
pokok.
Selepas mengesan masalah sebenar saya melakukan beberapa catatan untuk mengatasi
masalah ini. Sebelum ini pengkaji telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan
kaedah model untuk aktiviti menggambar dan demonstrasi untuk aktiviti mewarna dalam
bidang menggambar. Pengkaji berpendapat lemahnya kemahiran mewarna dalam kalangan
murid adalah disebabkan mereka tidak pernah melihat atau ditunjuk ajar teknik dengan
penggunaan warna yang betul. Jika pengkaji tidak menggunakan kaedah atau teknik
pengajaran yang betul kemungkinan mereka tidak mampu untuk meningkatkan kemahiran
4
mewarna. Selain itu, keputusan atau penilaian murid akan terus merosot sekaligus
menjejaskan prestasi sekolah.
5
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Isu Kajian
Kajian ini akan dijalankan ke atas murid-murid Tahun 2 Cemerlang di Sekolah Kebangsaan
Karamatoi. Walaupun pengkaji mengesan pelbagai masalah murid menghasilkan lukisan
dalam bidang menggambar, pengkaji hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah
kemahiran mewarna. Murid-murid pengkaji mempunyai masalah yang serius dalam
kemahiran mewarna. Mereka hanya mampu mewarna secara ala kadar tanpa mementingkan
unsur-unsur seni. Walaupun mereka meniru karya sedia ada namun produk akhir mereka tetap
tidak menarik dan tidak mempunyai unsur-unsur seni.
Antara kesilapan yang sering mereka lakukan ialah:
a) Teknik mewarna yang tidak betul (tidak menekankan unsur pencahayaan)
b) Masih terdapat ruang dalam rupa dan bentuk yang tidak diwarnakan.
c) Lakaran grafit masih kelihatan dengan jelas
Dengan membantu murid meningkatkan kemahiran mewarna, pengkaji yakin murid akan
menghasilkan produk yang bermutu dan mempunyai unsur-unsur seni. Hal ini seterusnya
akan meningkatkan prestasi mereka di dalam ujian dan peperiksaan yang diduduki.
2.2 Tinjauan Literatur
Apabila mengingat kembali mengenai masalah kemahiran mewarna yang dihadapi oleh
murid-murid, saya terfikir apakah cara yang boleh membantu meningkatkan kemahiran
mereka. Apakah kaedah pengajaran yang sesuai dan perlu digunakan untuk merangsang
keberkesanan pembelajaran agar kemahiran mewarna dapat dikembangkan dalam kalangan
murid. Oleh itu saya telah melakukan tinjauan melalui pembacaan melalui pelbagai sumber.
6
Penggunaan video di dalam pengajaran sudah lama dipraktikkan di dalam dunia
pendidikan. Ianya sebagai bahan bantu mengajar yang mampu merangsang murid-murid yang
mempunyai pelbagai gaya pembelajaran untuk belajar secara aktif. Salah satu bahan yang
akan saya gunakan adalah untuk mengkaji sejauhmana keberkesanannya atau tidak mampu
meningkatkan kemahiran mewarna ialah tanyangan video cara mewarna.
Menurut Mohamad Amin Embi (2010), video boleh menjadi satu alat pendidikan dan
motivasi yang amat berpengaruh. Namun, sebahagian besar kekuatannya bukan terletak pada
video itu sendiri tetapi pada cara video itu digunakan. Video itu sendiri bukanlah satu sasaran
atau kesudahan tetapi merupakan satu cara ke arah mencapai objektif dan matlamat
pembelajaran.
Keberkesanan penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah
terbukti berdasarkan beberapa kajian lepas yang telah pengkaji perolehi sama ada dalam
negara mahupun luar negara. Beberapa pengkaji telah menyatakan bahawa penggunaan video
dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkesan kerana mampu menarik tumpuan pelajar
dalam pembelajaran dan merangsang pemikiran pelajar untuk berfikir secara kritikal.
Berdasarkan hasil kajian David Reiss (2007) dalam “Video – based Multimedia
Design,” beliau menyatakan bahawa pembinaan bahan media pengajaran mampu mengawal
tumpuan dan perhatian pembelajaran pelajar. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan penggunaan
fungsi main semula atau ‘playback function’ bagi video dan audio yang mampu merangsang
bahagian emosi otak. Akibatnya, pengguna menjadi lebih sensitif dan terlibat dalam media
yang digunakan walaupun tidak secara logikal.
Justeru itu, Mohamad Johdi dan Ariegusrini (2009) dalam kajian mereka iaitu
“Transformasi Pengajaran Sejarah Berasaskan Multimedia,’” berpendapat bahawa
penggunaan video mampu membantu guru dalam meningkatkan mutu pengajarannya di
samping dapat menjadikan pengajaran lebih menarik. Video boleh menimbulkan minat dan
7
seterusnya menggerakkan keinginan pelajar untuk memahami sesuatu pengajaran dengan
lebih terperinci. Selain itu, video juga dapat menghilangkan rasa bosan pelajar untuk terus
belajar yang dahulunya hanya menggunakan buku teks.
Dalam kajian ini, pengkaji akan cuba mempraktikkan pengajaran menggunakan video
untuk kemahiran mewarna lukisan dalam bidang menggambar sama ada ia mampu atau tidak
dapat mengembangkan kemahiran mereka. Faktor persekitaran dengan kekurangan peralatan
ICT di kalangan murid-murid mungkin menjadi cabaran yang besar untuk mencapai objektif
kajian atau sebaliknya.
8
3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauhmana penggunaan video dapat mengembangkan
kemahiran mewarna dengan menekankan unsur-unsur seni murid Tahun 2 Cemerlang di
Sekolah Kebangsaan Karamatoi Keningau, Sabah. Selepas kajian ini dijalankan, murid-murid
akan dapat mencapai objektif-objektif berikut:
i. Mengenalpasti penggunaan video dapat membantu mengembangkan kemahiran
mewarna dalam bidang menggambar.
ii. Mengenalpasti sejauhmana kemahiran mewarna dalam bidang menggambar
meningkat dalam kalangan murid-murid.
3.2 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah berdasarkan soalan-soalan kajian bagi melihat sejauh mana
perkembangan kemahiran mewarna dalam bidang menggambar dapat dilihat dengan aplikasi
tayangan video seperti di bawah:
i. Adakah penggunaan tayangan video berkesan mengembangkan kemahiran mewarna
murid dalam bidang menggambar?
ii. Adakah kemahiran murid dalam aktiviti mewarna dalam bidang menggambar berlaku
peningkatan?
9
4.0 KUMPULAN SASARAN
Sampel kajian
Kajian ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Karamatoi Keningau. Sampel terdiri daripada 23
orang murid Tahun 2 Cemerlang. Semua murid mengikuti mata pelajaran Dunia Seni Visual
berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disediakan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia.
Umur dan jantina
Kajian ini dilaksanakan terhadap 23 orang murid Tahun 2 Cemerlang yang terdiri daripada 12
orang lelaki dan 11 orang perempuan dalam lingkungan umur 8 tahun.
Jantina Frenkuensi Peratus
Lelaki 12 52
perempuan 11 48
Jumlah 23 100%
Jadual 4.0 Bilangan responden
Aras kognitif
Murid-murid Tahun 2 Cemerlang mempunyai pelbagai tahap kecerdasan iaitu tahap
menguasai dan tidak menguasai kemahiran 3M. Pengkaji telah melakukan tinjauan tahap
penguasaan murid-murid tersebut dalam program LINUS melalui pelaporan Saringan Dua
Tahun 2013. Pelaporan menyatakan seramai 10 orang murid menguasai konstruk 1 hingga
konstruk 12. Murid-murid yang tidak menguasai konstruk 3 hingga 12 ialah seramai 3 orang
dan 8 orang tidak menguasai konstruk 1 dan konstruk 2. Dari laporan tersebut pengkaji
mendapati bahawa 13 orang murid-murid dikategorikan sebagai lemah dalam pembelajaran.
Ciri – ciri unik
10
Ciri-ciri istimewa kelas ini ialah murid mempunyai jawatan seperti pengawas sekolah dan
pengawas pusat sumber di sekolah tersebut. Walau bagaimanapun, masalah yang dikenal pasti
ialah murid tidak tahu asas mewarna serta tidak menunjukkan kemahiran yang diperlukan.
Berdasarkan masalah tersebut, maka responden dipilih sebagai sampel bertujuan bagi kajian
melalui sampel bertujuan.
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
11
5.1 Perancangan Tindakan
Tinjauan masalah
12
Pembelajaran tradisional dalam mata pelajaran Dunia Seni Visual
Lembaran kerja
Kenal pasti masalah
Pemerhatian Temubual Ujian pra
INTERVENSI (RAWATAN)
Sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan rangsangan video (4 sesi P&P selama 4 minggu)
Ujian pascaPemerhatian
Analisis
Peningkatan terhadap kemahiran dan pencapaian murid
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,
tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan
lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut.
Pemerhatian teknik dan cara murid-murid mewarna di dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang lepas. (berdasarkan penulisan refleksi)
Temubual dengan murid-murid secara berkumpulan dan guru-guru untuk
megetahui punca sebenar pengajaran dan pembelajaran tidak berkesan.
Ujian pra mewarna gambar buah-buahan tempatan bagi menganalisis
kekuatan dan kelemahan tersebut (teknik mewarna dari aspek pencahayaan
serta kekemasan dan penggunaan warna yang sesuai).
Ujian pasca dilaksanakan selepas kemahiran selesai diintervensikan samada
ianya berjaya atau sebaliknya. Tindakan susulan akan diambil dan
dilaksanakan
5.2 Reka bentuk kajian
Reka bentuk kajian yang dijalankan ialah menggunakan model Kemmis & Mac
Taggard / Glung KT (Kemmis & Mac Taggard, 1988). Sebelum melaksnakan kajian refleksi
hendaklah dibuat terlebih dahulu.
1. Merancang (plan).
2. Bertindak (action).
3. Memerhati (obsrve).
4. Mereflek (reflect).
5.3 Perancangan Pelaksanaan Tindakan
13
Jadual 5.3 Perancangan dan Jadual Pelaksanaan Kajian
Bil Aktiviti Tindakan
01 Tinjauan masalah dan mengumpul maklumat melalui pemerhatian dan temubual (data awal)
Minggu pertama
02 Merancang tindakan (intervensi) Minggu pertama
03 Melaksanakan pengajaran tradisional Minggu kedua
04 Melaksanakan ujian pra Minggu ketiga
05 Melaksanakan intervensi menggunakan bahan rangsangan video
Minggu keempat-ketujuh
06 Melaksanakan ujian pasca Minggu kelapan
07 Mengumpul data
08 Menganalisis data
09 Menginterpretasikan data
10 Membuat perbincangan hasil dapatan data
11 Membuat refleksi hasil keseluruhan kajian
12 Memperbaiki laporan penuh
13Melengkapkan keseluruhan laporan kajian
5.4 Instrumen Kajian
14
Jadual 5.4 Instrumen kajian
Instrumen Penerangan
Ujian Pra Ujian dibina mengikut tajuk yang telah dipelajari. Ianya bertujuan
mendapatkan data awal kajian sebelum kaedah rawatan
dijalankan. Ujian ini dijalankan sebelum rawatan.
Ujian Pasca Soalan yang sama seperti ujian pra digunakan bertujuan untuk
menilai peningkatan pencapaian murid selepas penggunaan bahan
rangsangan dijalankan seterusnya analisis dilakukan untuk melihat
perubahan dan peningkatan tahap kemahiran murid sebelum dan
selepas rawatan.
Pemerhatian tidak
berstruktur
Pemerhatian tidak berstruktur dilaksanakan sebelum rawatan bagi
tujuan mengenalpasti masalah. Pemerhatian dicatatkan secara
bebas namun mengikut protocol. Catatan dibahagikan kepada dua
lajur iaitu lajur kiri ialah deskriptif dan lajur kanan ialah reflektif.
Temubual tidak
berstruktur secara
berkumpulan dan
individu
Temubual tidak berstruktur dijalankan secara berkumpulan ke atas
murid-murid dan secara individu ke atas guru. Soalan-soalan
sudah dirancang untuk memandu pengkaji mendapatkan
maklumat-maklumat yang diinginkan dan berfokus. Rekod
dicatatkan secara berfokus.
6.0 PERANCANGAN PENGUMPULAN DATA
15
Jadual 6.1 Perancangan Pengumpulan Data
Langkah dan Tarikh
Cara Penilaian Kumpulan Sasaran
Masalah Yang Dikenalpasti
Langkah 1Februari
Membuat pemerhatian
Murid Tahun 2 Cemerlang
- Murid tidak tahu dan mahir mewarna
- Tidak menekankan aspek pencahayaan
- Lakaran grafit masih kelihatan pada lakaran
Langkah 2Februari
Melaksanakan temubual
Murid Tahun 2 Cemerlang dan guru
- Majoriti murid tidak pernah diajar dan belajar cara mewarna dengan betul.
- Guru tidak tahu mengajar kerana bukan guru opsyen serta tidak pernah mendapat pendedahan tentang mata pelajaran Dunia SeniVisual.
Langkah 3Februari
Ujian pra Tahun 2 Cemerlang
- 23 orang murid diberi ujian pra dan mereka mendapat skor markah yang rendah da nada yang gagal.
Langkah 4Mac
Intervensi (tayangan video sebagai kaedah pengajaran) – 4 sesi P&P
Tahun 2 Cemerlang
- Murid diajar menggunakan tayangan video sebagai bahan pengajaran untuk mendedahkan cara dan meningkatkan kemahiran mewarna. (4 sesi P&P)
Langkah 5Mac
Ujian pasca Tahun 2 cemerlang
- Menjalankan ujian pasca menggunakan soalan yang sama seperti ujian pra untuk mendapatkan data selepas rawatan.
6.1 Ujian Pra
16
Ujian pra adalah ujian yang digunakan untuk mendapatkan markah murid sebelum intervensi
dijalankan dan digunakan untuk melihat perbezaan selepas setiap intervensi yang dijalankan.
Tajuk akan diberikan dan murid yang terlibat ialah seramai 23 orang. Masa yang
diperuntukkan ialah selama 60 minit setiap sesi intervensi dan bahan serta peralatan akan
disediakan seperti kertas katrij dan warna pensel (media kering). Hasil karya akan dinilai
berdasarkan rubrik yang diguna pakai dan skema pemarkahan berdasarkan pekeliling
Kementerian Pelajaran Malaysia.
6.2 Ujian Pasca
Ujian pasca adalah ujian akhir kemahiran yang digunakan untuk menilai tahap pencapaian
sebenar. Ujian ini digunakan untuk menilai prestasi selepas tindakan dijalankan kepada
murid-murid. Analisis akan dilakukan bagi mendapatkan prestasi keseluruhan sama ada
berlaku perkembangan atau sebaliknya. Tindakan selanjutnya akan di ambil bagi
memperbaiki kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
6.3 Perancangan menganalisis data
sebelum tindakan dijalankan, analisis data merujuk kepada dapatan yang diperolehi
sebelum tindakan pengajaran dijalankan.Terdapat 4 jenis analisis yang akan dibincangkan
meliputi instrumen:
a) Analisis melalui pemerhatian (kualitatif)
b) Analisis melalui temubual awal (kualitatif)
c) Data melalui praujian (kuantitatif)
d) Data melalui ujian pasca (kuantitatif)
Selepas tindakan dijalankan, analisis data merujuk kepada dapatan yang diperolehi
selepas tindakan pengajaran dan pembelajaran. Analisis data yang akan dibincangkan ialah
hasil ujian pasca yang akan dilaksanakan.
17
7.0 KEPUTUSAN ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI
Dalam bab ini, pengkaji menerangkan kaedah pengumpulan data serta analisis data sebelum
dan selepas kajian dijalankan. Antara kaedah yang digunakan ialah melakukan pemerhatian,
18
dan melaksanakan praujian sebelum tindakan manakala pascaujian dilaksanakan selepas
intervensi dan tindakan dijalankan.
7.1 Pemerhatian (sebelum tindakan)
Jadual 7.1 Rekod Pemerhatian
Deskriptif Reflektif
1. murid-murid tidak mewarna dengan
teknik yang betul ke atas aspek
pencahayaan
- kemungkinan murid-murid tidak tahu
kepentingan aspek pencahayaan ke
atas objek semasa mewarna.
- Kemungkinan murid-murid tidak
pernah di ajar kesan cahaya ke atas
objek semasa mewarna.
2. Masih terdapat ruang kosong pada
lakaran objek yang tidak diwarnakan
sepenuhnya
- Murid-murid tidak mewarnakan
keseluruhan lakaran objek mungkin
disebabkan oleh tiada kesungguhan
untuk menyiapkan kerja.
- Takut warna melebihi garisan
sempadan lakaran.
- Kurang kemas semasa menyiapkan
aktiviti mewarna.
3. Kesan media grafit yang masih jelas
kelihatan pada lakaran
- Murid terlalu menekan lakaran
dengan terang sehingga sukar dilapis
dengan warna.
- Murid kurang mahir melakar objek
dengan betul.
Sebelum pengkaji menjalankan kajian, instrumen pengumpulan data yang dilakukan
ialah melalui pemerhatian. Pemerhatian ini dilakukan ke atas aktiviti mewarna semasa proses
pengajaran dan pembelajaran sedang dilaksanakan di dalam kelas Tahun 2 Cemerlang pada
03 Febuari 2014 pada pukul 8.50 pagi – 9.50 pagi di Sekolah Kebangsaan Karamatoi. Dalam
19
pemerhatian yang telah dilakukan, pengkaji telah mendapati beberapa masalah yang merujuk
kepada fokus kajian. Antaranya ialah murid tidak menggunakan teknik yang betul semasa
mewarna, masih terdapat ruang kosong pada lakaran yang diwarnakan dan juga kesan media
grafit yang masih jelas kelihatan pada lakaran gambar yang diwarnakan.
a) Tidak menggunakan teknik yang betul
Maksud tidak menggunakan teknik yang betul oleh pengkaji ialah murid tidak menekankan
kepentingan ton warna ke atas objek. Pengkaji mendapati hanya 1 ton warna sahaja yang
terdapat pada gambar. Murid-murid tidak tahu aspek pencahayaan ke atas objek yang
diwarnakan.
b) Masih terdapat ruang kosong pada lakaran
Murid-murid tidak mewarnakan keseluruhan lakaran. Biasanya terdapat pada lakaran yang
berbucu atau garisan melengkung. Masalah ini disebabkan pergerakan psikomotor murid iaitu
jari dan pergelangan tangan murid yang kurang terkawal dan takut kesan warna terkeluar
daripada lakaran.
c) Kesan media grafit yang masih jelas kelihatan pada lakaran
Semasa melakar, murid-murid terlalu menekan alat dan media ke atas kertas lukisan
menyebabkan lakaran nampak terlalu jelas. Apabila mereka mewarna kesan grafit tidak
dilapis dengan warna dan dibiarkan jelas kelihatan. Dalam aktiviti menggambar kesan grafit
sepatutnya tidak kelihatan. Hanya warna sahaja yang perlu menjelaskan sempadan lakaran
objek utama dengan latar belakang lukisan.
Semua dapatan di atas adalah hasil pemerhatian daripada pengkaji. Secara
keseluruhannya, murid-murid masih belum mahir dalam aktiviti mewarna. Walaupun banyak
dapatan yang diperolehi daripada pemerhatian pengkaji, tiga masalah yang dinyatakan di atas
merupakan persoalan utama untuk meneruskan kajian yang telah dirancang.
7.2 Temubual (sebelum tindakan)
20
Pengkaji telah menjalankan temubual terhadap dua partisipasi iaitu murid-murid Tahun 2
Cemerlang dan bekas guru yang telah mengajar mata pelajaran tersebut (nama guru tidak
perlu dinyatakan atas permintaan guru tersebut). Dalam temubual tersebut, pengkaji
menggunakan soalan tidak berstruktur kerana faktor kesediaan murid-murid dan juga guru
bekas mata pelajaran. Walaubagaimanapun, soalan-soalan yang dikemukan adalah bertumpu
kepada fokus kajian. Temubual bersama murid-murid Tahun 2 Cemerlang telah dijalankan
selepas pemerhatian dilakukan pada hari yang sama. Manakala temubual bersama bekas guru
mata pelajaran telah dijalankan pada 04 Febuari 2014 di bilik guru. Berikut merupakan
soalan-soalan yang telah dikemukan kepada dua partisipasi tersebut hasil daripada temubual
yang telah dijalankan.
Catatan rekod temubual bersama murid-murid
7.2.1 Jadual rekod temubual bersama murid-murid
Soalan-soalan yang dikemukan Catatan jawapan-jawapan yang telah diperolehi
21
1. Adakah murid-murid suka mewarna?
Ya
2. Adakah murid-murid tahu tentang warna?
Tahu ( hanya nama-nama warna seperti biru, merah, hijau dan sebagainya)
3. Pernahkah murid-murid belajar mewarna daripada mana-mana pihak termasuk ahli keluarga?
Tidak
4. Pernahkah murid-murid diajar oleh bekas guru mata pelajaran tentang warna dan teknik mewarna?
Tidak
5. Pernahkah murid-murid melihat dan diajar cara mewarna yang betul?
Tidak
6. Adakah murid-murid memiliki alat dan bahan untuk mewarna dirumah?
Ada (10 orang murid) dan tidak ada (13 orang murid)
Temu bual bersama murid-murid telah dilakukan pada 03 Febuari 2014 pada pukul
8.50 pagi – 9.50 pagi di dalam kelas Tahun 2 Cemerlang. Daripada soalan-soalan yang telah
dikemukan, berikut merupakan rumusan keseluruhan jawapan yang telah dicatat oleh
pengkaji.
Temubual dengan murid
Hasil temubual dengan murid-murid menyatakan mereka memang minat mewarna
tetapi langsung tidak pernah diajar teknik mewarna dengan cara yang betul. Mereka juga tidak
pernah belajar mewarna daripada mana-mana pihak. Secara keseluruhannya, mereka
melakukan aktiviti mewarna dengan cara tersendiri bersandarkan pengalaman pernah melihat
22
warna asal sesuatu objek. Mereka hanya tahu warna asal untuk mewarna sesuatu objek dan
apa yang penting hasil karya mereka adalah asalkan siap tanpa menitikberatkan unsur seni
yang terkandung dalam sukatan pelajaran Dunia Seni Visual.
Selain daripada itu, latar belakang keluarga murid juga merupakan faktor menjadikan
mereka tidak mahir dalam aktiviti mewarna. Ramai di antara mereka berstatus keluarga
miskin dan sukar mendapatkan alat dan bahan untuk mewarna. Jika adapun mereka terpaksa
berkongsi dengan adik beradik yang lain. Bimbingan daripada keluarga juga tidak pernah
diperolehi disebabkan ahli keluarga yang tidak minat dan kurang mahir dalam bidang lukisan.
Kekerapan melakukan aktiviti mewarna di luar waktu pembelajaran juga kurang
dilakukan kerana aktiviti mereka selepas sekolah adalah bermain dan tidur awal pada waktu
malam. Jika ada pun mereka hanya melakar lukisan dengan menggunakan pensel tanpa
mewarna lakaran tersebut. Semua faktor yang saya nyatakan di atas merupakan punca utama
murid-murid Tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Karamatoi tidak mahir mewarna lukisan dalam
bidang menggambar.
Rekod catatan temubual bersama guru
Jadual 7.2.2 Rekod temubual bersama guru
Soalan-soalan yang dikemukan Catatan jawapan-jawapan yang telah diperolehi
23
1. Pernahkah cikgu mengajar murid-murid tentang warna berdasarkan sukatan?
Tidak
2. Apakah kaedah atau teknik yang cikgu gunakan semasa mengajar murid-murid mewarna?
Tidak ada (hanya memberikan kertas lukisan dan warna dan murid melakukan lukisan
bebas)
3. Apakah bahan bantu mengajar yang cikgu gunakan semasa mengajar murid-murid mewarna?
Kertas lukisan dan pensel warna
4. Pernahkah cikgu mendapat pendedahan tentang mata pelajaran Dunia Seni Visual sebelum mengajar mata pelajaran tersebut?
Tidak pernah
5. Pernahkah ketua panitia Dunia Seni Visual memberikan taklimat tentang cara mengajar mata pelajaran tersebut?
Tidak pernah
6. Adakah cikgu pernah mendapatkan bahan berkaitan tentang mata pelajaran tersebut terutama tentang aktiviti mewarna?
Tidak pernah
7. Pernahkah cikgu berbincang dengan mana-mana pihak bagaimana cara untuk mengajar mata pelajaran tersebut terutama tentang teknik mewarna?
Tidak pernah
Temu bual bersama guru telah dilakukan pada 04 Febuari 2014 pada pukul 9.50 pagi –
10.20 pagi di dalam bilik guru. Daripada soalan-soalan yang telah dikemukan, berikut
merupakan rumusan keseluruhan jawapan yang telah dicatat oleh pengkaji.
Temubual dengan bekas guru mata pelajaran
24
Dapatan temubual yang dilakukan dengan bekas guru mata pelajaran Dunia Seni
Visual Tahun 2 menyatakan bahawa guru tersebut memang bukan guru opsyen dan tidak
mahir dalam bidang seni visual. Dia hanya terpaksa memegang guru mata pelajaran
disebabkan kekurangan guru di sekolah dan mengajar tanpa berpandukan sukatan pelajaran.
Setiap kali pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan guru tersebut hanya membekalkan
kertas lukisan dan pensel warna dan mengarahkan murid menghasilkan lukisan bebas tanpa
bimbingan. Penilaian hasil karya hanya dilakukan berdasarkan pemerhatian iaitu lukisan
cantik akan mendapat markah tertinggi dan sebaliknya.
Saya juga mendapati bahawa guru tersebut tidak pernah mendapat pendedahan cara
mengajar subjek Dunia Seni Visual dari mana-mana pihak kerana kursus atau bengkel yang
berkaitan jarang diadakan. Guru tersebut juga tidak pernah mencari maklumat berkaitan
subjek Dunia Seni Visual dan mengakui bahawa subjek tersebut bukanlah subjek yang
penting dan tidak dinilai di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) .
Selain itu, pihak panitia mata pelajaran Dunia Seni Visual juga tidak pernah
mengadakan sebarang perjumpaan dan mengadakan aktiviti-aktiviti luar yang berkaitan
dengan panitia. Infrastruktutr seperti bilik seni juga tidak wujud di sekolah merupakan faktor
murid-murid tidak pernah mendapat pendedahan menyeluruh tentang dunia seni visual.
Keputusan-keputusan Ujian Mewarna
7.3 Praujian (sebelum tindakan)
Sebelum melaksanakan kajian terlebih dahulu pengkaji telah mengadakan praujian
mewarna untuk mendapatkan data awal yang sebenar. Data awal yang diperolehi merupakan
25
data sebenar sebelum intervensi dilakukan. Instrumen praujian saya perolehi daripada bahan
bantu mengajar yang terdapat di pusat sumber sekolah iaitu sebuah gambar buah-buahan
tempatan. Saya telah menyalin dan memperbanyakkan gambar tersebut mengikut jumlah
murid.
Selain itu, alat untuk mewarna ialah pensel warna yang diperolehi daripada panitia
mata pelajaran Dunia Seni Visual untuk setiap murid. Masa yang diperuntukkan dalam
praujian ini ialah selama 60 minit. Murid bebas memilih tempat duduk tetapi terkawal di
dalam kelas Tahun 2 Cemerlang sahaja.
Di dalam praujian ini, murid hanya diarah mewarnakan gambar sesuai dengan
pengetahuan mereka. Mereka bebas menggunakan teknik mewarna yang mereka tahu jika
ada. Walaubagaimanapun, penilaian hasil karya mereka tetap tertakluk kepada rubrik
pemarkahan yang telah pengkaji sediakan mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR).
Keputusan praujian.
7.3.1 Jadual keputusan pemarkahan murid dalam praujian.
Bil Nama Murid Kriteria Penilaian JumlahPersepsi Estetik
Aplikasi Seni (25
Ekspresi Kreatif
Apresiasi Seni (15
Sikap dan
26
(20 markah markah) (30
markah) markah)Sahsiah
(5 markah)
01 Alsone Denson 5 5 9 12 10 4102 Celestina Tias 5 4 9 9 10 3703 Cheronie Jaipih 5 4 9 10 10 3804 Estela Edmund 5 5 9 11 10 40
05 Halena Christopher 5 5 9 7 10 36
06 Ieyjal Yakub 5 6 9 11 10 41
07 Indifandey Agustin 5 6 9 8 10 38
08 Ivy Elvany Parine 5 6 9 10 10 4009 Iyvonelsa Zain 5 6 9 12 10 4210 Jackson Tuwo 5 6 9 10 10 4011 Jenisah Rubanus 5 6 9 7 10 3712 Jasrey Jasani 5 6 9 8 10 3813 Jusbinus George 5 4 9 11 10 3914 Juslina Lius 5 4 9 12 10 40
15 Mex Albindo Rinin 5 6 9 6 10 36
16 Nunik Janius 5 6 9 11 10 4117 Ennymon Intang 5 5 9 7 10 3618 Raymond Raman 5 5 9 12 10 4119 Rendy Aprianto 5 6 9 13 10 4320 Shirlyn Charlies 5 6 9 12 10 42
21 Velly Veison Fatius 5 7 9 11 10 42
22 Idrisfiana Imiti 5 7 9 12 10 4323 Rachel Verus 5 7 9 12 10 43
Daripada keputusan yang diperolehi semasa praujian, dalam kriteria persepsi estetik,
kesemua 23 orang murid mendapat markah lemah iaitu antara 1 hingga 7 markah. Ini
disebabkan mereka hanya tahu nama alat dan bahan untuk mewarna iaitu pensel warna dan
juga kertas lukisan. Mereka tidak tahu mengaplikasikan unsur seni dan prinsip rekaan ke
dalam hasil karya mereka.
Manakala dalam aspek aplikasi seni, Kesemua 23 orang murid mendapat markah
lemah iaitu antara 1 hingga 7 markah. Mereka hanya mampu mendengar dan menerima
arahan daripada pengkaji tetapi tidak tahu penggunaan alat beserta teknik dan proses
penghasilan karya.
27
Dalam aspek ekspresi kreatif pula, semua murid tidak dapat memanipulasi alat dengan
kreatif. Penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan juga tidak dipamerkan oleh murid-murid.
Ini menyebabkan mereka memperolehi markah dalam kategori lemah iaitu antara 1 hingga 7
markah sahaja.
Selain itu, dalam aspek apresiasi seni pula berbeza dengan tiga aspek yang pengkaji
nyatakan tadi. Seramai 13 orang murid mendapat markah sederhana iaitu antara 6 hingga 10
markah. Mereka boleh mempamerkan, menceritakan dan menghargai hasil karya mereka
tetapi secara bimbingan dan kurang yakin. 10 orang murid lagi sukar menyatakan kriteria
yang terdapat dalam aspek tersebut kerana mempunyai masalah komunikasi yang disebabkan
oleh kurang menguasai kemahiran 2M iaitu membaca dan menulis. Dalam pemerhatian
pengkaji, murid-murid tersebut langsung tidak berkeyakinan tentang hasil karya mereka dan
kurang tahu tujuan praujian tersebut.
Aspek yang terakhir dalam penilaian praujian yang berdasarkan rubrik ialah sikap dan
sahsiah. Semua murid mendapat markah cemerlang iaitu 10 markah. Penilaian ini diberikan
berdasarkan praujian 1 dikawal rapi oleh pengkaji dan semua murid mematuhi peraturan
praujian yang telah ditetapkan sama seperti peraturan peperiksaan peringkat sekolah yang
diadakan dua kali setiap tahun. Aspek ini merupakan ‘advantage’ kepada penilaian murid-
murid untuk mendapat markah maksimum dan banyak membantu murid-murid dari mendapat
markah gagal secara keseluruhan.
Berikut merupakan analisis markah keseluruhan yang telah diperolehi pengkaji
daripada praujian yang telah dilaksanakan.
7.3.2 Jadual analisis markah praujian dalam aktiviti mewarna mengikut kriteria yang terdapat dalam rubrik pemarkahan.
BIL KRITERIA TAHAP/MARKAH JUMLAH MURID
PERATUS
01 PERSEPSI ESTETIK CEMERLANG16-20 markah
0 0
SEDERHANA 0 0
28
8-15 markahLEMAH1-7 markah
23 100
02 APLIKASI SENI CEMERLANG20-25 markah
0 0
SEDERHANA8-19 markah
0 0
LEMAH1-7 markah
23 100
03 EKSPRESI KREATIF CEMERLANG22-30 markah
0 0
SEDERHANA10-21 markah
0 0
LEMAH1-9 markah
23 100
04 APRESIASI SENI CEMERLANG11-15 markah
0 0
SEDERHANA6-10 markah
13 56
LEMAH1-5 markah
10 44
05 SIKAP DAN SAHSIAH CEMERLANG5-10 markah
23 100
SEDERHANA3-4 markah
0 0
LEMAH1-2 markah
0 0
Hasil analisis dalam jadual 7.3.2 didapati hanya kriteria apresiasi seni dan kriteria
sikap dan sahsiah sahaja dapat meninggikan markah murid-murid. Ini kerana kedua-dua
kriteria tersebut tidak sukar untuk memperolehi markah kerana ianya penilaian bersifat
umum. Manakala markah daripada kriteria persepsi estetik, aplikasi seni dan kriteria ekspresi
kreatif agak kurang kerana ianya penilaian bersifat spesefik dan memerlukan kemahiran yang
diinginkan.
7.3.3 Jadual analisis perolehan markah, gred dan kategori murid dalam prujian.
Bil Markah Peratus Gred Kategori Jumlah Murid01 1 – 19 1 – 19 E Gagal 002 20 – 39 20 – 39 D Gagal 9 orang03 40 – 59 40 – 59 C Lulus 14 orang04 60 – 79 60 – 79 B Lulus 005 80 – 100 80 – 100 A Lulus 0
29
60.80%
39.20%
Peratus Murid Yang Lulus dan Gagal Dalam Ujian Pra 1 Aktiviti Mewarna
LulusGagal
7.3.4 Carta pai peratus murid yang lulus dan gagal dalam praujian aktiviti mewarna
Hasil analisis daripada jadual 7.3.4 menerangkan bilangan murid yang lulus dan gagal
secara keseluruhannya. Jumlah murid yang lulus ialah seramai 14 orang dengan purata
keseluruhan mendapat gred C. Manakala jumlah murid yang gagal ialah seramai 9 orang
dengan purata keseluruhan mendapat gred D. Data yang diperolehi di atas merupakan
gambaran awal tahap kemahiran murid dalam aktiviti mewarna semasa praujian sebelum
pengkaji memulakan intervensi ke atas murid-murid. Walaubagaimanapun, pengkaji lebih
menumpukan markah dalam aspek aplikasi seni berbanding aspek lain dalam penilaian murid-
murid. Ini kerana aspek tersebut menzahirkan kemahiran dan teknik sebenar dalam tumpuan
pengkaji terhadap kajian yang akan dilaksanakan.
Jadual 7.3.5 Jumlah murid yang menguasai dan tidak menguasai kemahiran mewarna
BIL TAHAP JUMLAH MURID
01 Menguasai 14
02 Tidak Menguasai 9
30
Intervensi Awal Sebelum Tindakan
Sebelum pengkaji melakukan tindakan sebenar, pengkaji telah melakukan intervensi
awal kepada murid-murid iaitu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran selama 60 minit
di dalam kelas Tahun 2 Cemerlang. Intervensi awal yang dilaksanakan merupakan cara dan
kaedah yang akan diperbandingkan dengan tindakan sebenar iaitu pengkaji mengajar dengan
menggunakan teknik demonstrasi. Teknik ini merupakan teknik yang biasa digunakan oleh
guru-guru matapelajaran Dunia Seni Visual yang mahir. Bagi guru-guru yang mahir ianya
merupakan teknik yang paling berkesan kerana dapat memberikan pengetahuan dan
pengalaman kepada murid secara langsung.
Walaubagaimanapun, pengkaji merupakan seorang guru yang kurang mahir dalam
bidang mewarna tetapi cuba sedaya upaya melakukan demonstrasi dan lebih menekankan
aspek penerangan secara lisan daripada melakukan teknik secara langsung. Pengkaji hanya
berharap murid-murid dapat melakukan aktiviti mewarna dengan teknik yang betul daripada
penerangan yang dijelaskan oleh pengkaji.
Selain menggunakan kaedah demonstrasi, pengkaji juga memaparkan beberapa contoh
hasil karya yang telah siap dihasilkan daripada sumber lain seperti internet. Daripada paparan
hasil karya yang ditunjukkan, pengkaji menerangkan secara lisan bagaimana warna pada
objek dihasilkan. Respon murid agak memberangsangkan namun apa yang mereka faham
tidak selari dengan kemampuan mereka sebenarnya.
Semasa melaksanakan intervensi awal, pengkaji menyediakan alat seperti warna
pensel dan bahan seperti kertas lukisan yang sudah bergambar untuk digunakan oleh murid-
murid. Selama 60 minit pengajaran yang dilaksanakan, demonstrasi hanya dilakukan selama
15 minit dan selepas itu murid-murid melakukan aktiviti mewarna berdasarkan penerangan
31
pengkaji. Pada waktu ini, pengkaji telah melakukan pemerhatian dengan membuat catatan
dibuku nota untuk mengetahui kelemahan dan kekuatan murid-murid selepas sesi demonstrasi
dan penerangan pengkaji.
Refleksi Kelas Intervensi Awal
Selepas pengajaran dan pengajaran selesai, apa yang dapat dirumuskan oleh pengkaji ialah
murid-murid masih kurang mahir mewarna terutama penekanan terhadap pencahayaan
sesuatu objek pada gambar di atas kertas lukisan. Ramai murid masih tidak mengendahkan
kekemasan terutama kesan warna ke atas objek. Maksud pengkaji ialah masih jelas kelihatan
beberapa ruang kosong pada objek dan ada warna yang melebihi garisan sempadan objek.
Namun demikian, terdapat juga beberapa hasil karya murid yang hampir memuaskan
pengkaji. Hasil karya murid-murid tersebut dilakukan dengan teknik yang betul namun masih
kurang dari aspek penekanan pencahayaan. Kekemasan amat baik kerana tidak terdapat warna
yang melebihi garisan sempadan objek. Berikut adalah hasil pemerhatian terhadap hasil karya
murid-murid.
7.3.6 Jadual kelemahan dan kekuatan hasil karya murid dalam kelas intervensi awal
BI
LKELEMAHAN JUMLAH MURID
01 Teknik pencahayaan yang kurang tepat 15 orang
32
02 Kekemasan (melebihi garis sempadan objek) 15 orang
BI
LKEKUATAN JUMLAH MURID
01 Teknik pencahayaan yang hamper tepat 8 orang
02 Kekemasan (tidak melebihi garisan sempadan) 8 orang
Jumlah keseluruhan murid 23 orang
15
8
kelemahan dan kekuatan hasil karya murid dalam kelas intervensi awal
Kelemahan : kurang pencahayaan dan kekemasankekuatan: ada pencahayaan dan kekemasan
7.3.7 Carta pai yang menerangkan jumlah murid yang ada kelemahan dan kekuatan hasil karya dalam kelas intervensi awal
Dapatan yang pengkaji perolehi ini merupakan hasil karya murid daripada kelas
intervensi awal dan ianya bukan berbentuk ujian khas tetapi daripada aktiviti yang telah
dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun ianya
merupakan data yang boleh diambil dikira sebagai sandaran untuk fokus kajian.
DAPATAN KAJIAN
Persoalan kajian 1: Adakah penggunaan tayangan video berkesan mengembangkan
33
kemahiran mewarna murid-murid dalam bidang menggambar?
Penyerapan Tindakan
Latar belakang Sekolah Kebangsaan Karamatoi terletak dalam mukim Sook daerah Keningau
Sabah. Sekolah ini terletak di kawasan pedalaman dan jauh dari kawasan bandar. Sekolah ini
mempunyai akses seperti jalan raya yang tidak berturap, bekalan elektrik dan air bersih yang
baru sahaja dibekalkan oleh pihak kerajaan. Sosio ekonomi penduduk di sini bergantung
daripada hasil pertanian dan kebanyakannya bekerja sendiri dan menjadi buruh di syarikat
perladangan kelapa sawit. Dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) sekolah tersebut,
pengkaji mendapati bahawa hampir 95 peratus keluarga murid-murid berpendapatan di bawah
RM600 ke bawah. Majoriti penduduk di sini merupakan daripada suku kaum Murut.
Sekolah Kebangsaan Karamatoi merupakan sekolah luar bandar yang tersenarai dalam
kategori Sekolah Kurang Murid (SKM) iaitu seramai 152 orang murid dan mempunyai
seramai 16 orang guru termasuk guru besar dan seorang Anggota Kakitangan Sekolah (AKS).
Sekolah ini tidak memiliki prasarana yang mencukupi sehingga tidak mampu mewujudkan
bilik khas untuk mata pelajaran Dunia Seni Visual. Walaupun mempunyai sebuah makmal
komputer tetapi rangkaian jalur lebarnya tidak berfungsi sejak ia mula dibuka pada tahun
2013 atas sebab masalah teknikal. Oleh sebab rangkaian jalur lebar tidak berfungsi dengan
baik ramai guru tidak menggunakan kemudahan itu untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran.
Walaupun demikian, pengkaji tidak merasakan ianya sebagai suatu halangan untuk
melaksanakan tindakan kerana ianya telah dirancang lebih awal. Persediaan awal pengkaji
untuk melaksanakan tindakan telah dilakukan hampir dua bulan sebelum dimulakan. Pada sesi
penyerapan ini, pengkaji telah memilih lokasi pengajaran dan pembelajaran di bilik Alat
34
Pandang Dengar (APD) Sekolah Kebangsaan Karamatoi kerana terdapat sebuah pembesar
suara dan juga sebuah televisyen HD bersaiz 48 inci sebagai alat bantu mengajar.
Refleksi
Pengkaji telah melaksanakan empat sesi P&P (penyerapan tindakan). Sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, pengkaji mendapati bahawa keadaan murid-murid
amat baik dan melakukan respon di luar jangkaan. Murid-murid amat terhibur dengan
tayangan video cara mewarna berdurasi 10 minit yang diambil dari laman web Youtube.
Persembahan video tersebut amat menarik dan tersusun sehingga mampu membawa murid
memahami cara mewarna secara ansur maju. Pengkaji menayangkan video tersebut sebanyak
dua kali sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tayangan pertama adalah
untuk pengenalan dan tanyangan kedua adalah sebagai proses demonstrasi selepas pengkaji
menerangkan warna asas. Tanyangan kali kedua murid-murid menonton sambil mewarna
gambar yang telah disediakan.
Pada waktu ini, pengkaji telah mencatatkan beberapa pemerhatian untuk membantu
proses perbandingan dengan pengajaran yang lalu. Pengkaji mendapati bahawa tahap motivasi
murid-murid lebih tinggi berbanding pengajaran yang lalu disebabkan tayangan video
tersebut. Semasa murid-murid melakukan proses mewarna, mereka cuba mengaplikasikan
teknik mewarna seperti cara mewarna dalam tayangan video. Mereka sedaya upaya cuba
mewarna dengan betul agar hasil mereka nampak cantik dan menarik. Keseluruhan murid
menggunakan warna yang betul mengikut warna asal gambar buah-buahan.
Dalam pemerhatian pengkaji juga, berlaku sedikit perubahan dalam hasil karya mereka
iaitu terdapat aspek pencahayaan walaupun kurang tepat. Warna juga tidak melebihi garisan
sempadan objek kerana mereka berhati-hati semasa mewarna di bahagian tersebut. Namun
demikian, setiap kali sesi penyerapan tindakan dilaksanakan, semua murid tidak sempat
menyiapkan hasil karya mereka kerana masa yang tidak mencukupi. Pengkaji mengarahkan
35
dan membenarkan murid-murid membawa alat dan bahan di bawa pulang sebagai latih tubi
mereka di rumah. Hasil karya dan peralatan perlu dibawa balik pada keesokan harinya.
Selepas melaksanakan keempat-empat sesi pengajaran dan pembelajaran (penyerapan
tindakan) tersebut, pengkaji telah memberi tempoh selama seminggu (minggu kelapan)
kepada murid-murid untuk melakukan latih tubi mewarna di rumah. Pengkaji telah
membekalkan sebanyak 15 kotak pensel warna kepada 15 orang murid yang tidak memiliki
warna beserta 5 keping kertas A4 sebagai bahan kepada semua murid. Tujuan pengkaji
berbuat demikian adalah untuk persediaan murid-murid menghadapi pasca ujian yang
dilaksanakan pada waktu yang telah ditetapkan. Markah melalui pasca ujian merupakan data
sebenar untuk dianalisis dan diperbandingkan dengan data dalam praujian yang lalu.
Persoalan kajian 2 : Adakah kemahiran murid dalam aktiviti mewarna dalam bidang
menggambar berlaku peningkatan?
7.4 Keputusan Pasca Ujian (Selepas Tindakan)
36
Keputusan pasca ujian adalah berdasarkan rubrik pemarkahan yang telah disediakan
oleh pengkaji berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Dunia Seni Visual seperti
yang telah diguna pakai dalam ujian pra.
7.4.1 Jadual keputusan pemarkahan murid dalam pasca ujian (selepas tindakan).
Bil Nama Murid Kriteria Penilaian JumlahPersepsi Estetik
Aplikasi Seni (25
Ekspresi Kreatif
Apresiasi Seni (15
Sikap dan
37
(20 markah markah) (30
markah) markah)Sahsiah
(5 markah)
01 Alsone Denson 9 10 10 12 10 5602 Celestina Tias 9 8 9 9 10 5003 Cheronie Jaipih 12 10 10 10 10 5604 Estela Edmund 12 12 10 11 10 59
05 Halena Christopher 9 9 9 7 10 49
06 Ieyjal Yakub 7 7 10 11 10 50
07 Indifandey Agustin 10 12 10 8 10 54
08 Ivy Elvany Parine 10 12 10 10 10 5609 Iyvonelsa Zain 12 12 10 12 10 6010 Jackson Tuwo 10 10 10 10 10 5411 Jenisah Rubanus 9 7 9 7 10 4912 Jasrey Jasani 9 7 9 8 10 4813 Jusbinus George 9 9 10 11 10 5314 Juslina Lius 10 12 10 12 10 58
15 Mex Albindo Rinin 9 9 9 6 10 48
16 Nunik Janius 9 9 9 11 10 5317 Ennymon Intang 9 9 9 7 10 4918 Raymond Raman 9 9 9 12 10 5419 Rendy Aprianto 10 12 10 13 10 5920 Shirlyn Charlies 10 12 10 12 10 58
21 Velly Veison Fatius 9 9 10 11 10 53
22 Idrisfiana Imiti 12 12 10 12 10 6023 Rachel Verus 12 12 10 12 10 60
Berikut merupakan analisis markah keseluruhan yang telah diperolehi pengkaji
daripada pasca ujian yang telah dilaksanakan.
7.4.2 Jadual analisis markah pasca ujian dalam aktiviti mewarna mengikut kriteria yang terdapat dalam rubrik pemarkahan.
38
BIL KRITERIA TAHAP/MARKAH JUMLAH MURID
PERATUS
01 PERSEPSI ESTETIK CEMERLANG16-20 markah
0 0
SEDERHANA8-15 markah
22 96
LEMAH1-7 markah
1 4
02 APLIKASI SENI CEMERLANG20-25 markah
0 0
SEDERHANA8-19 markah
20 89
LEMAH1-7 markah
3 11
03 EKSPRESI KREATIF CEMERLANG22-30 markah
0 0
SEDERHANA10-21 markah
14 61
LEMAH1-9 markah
9 39
04 APRESIASI SENI CEMERLANG11-15 markah
13 57
SEDERHANA6-10 markah
10 43
LEMAH1-5 markah
0 0
05 SIKAP DAN SAHSIAH CEMERLANG5-10 markah
23 100
SEDERHANA3-4 markah
0 0
LEMAH1-2 markah
0 0
Ulasan
Pengkaji mendapati bahawa data selepas pasca ujian mengalami sedikit perubahan dan
perkembangan daripada praujian yang lalu. Antara kriteria berdasarkan rubrik yang
mengalami peningkatan ialah aspek persepsi estetik iaitu peningkatan sebanyak 96 peratus ke
tahap sederhana dan aplikasi seni sebanyak 89 peratus juga ke tahap sederhana. Aspek
apresiasi seni juga berlaku peningkatan markah sebanyak 57 peratus ke tahap cemerlang.
KADAR BANDING JUMLAH MURID YANG MENDAPAT TAHAP CEMERLANG, SEDERHANA DAN LEMAH DALAM PRAUJIAN DAN PASCA UJIAN
39
7.4.3 Jadual kadar banding jumlah murid yang mendapat tahap cemerlang, sederhana dan lemah dalam praujian dan pasca ujian
PRAUJIANPersepsi Estetik (20 markah)
Aplikasi Seni (25 markah)
Ekspresi Kreatif (30 markah)
Apresiasi Seni (15 markah)
Sikap dan Sahsiah (10 markah)
Cemerlang 0 0 0 0 23 orangSederhana 0 0 0 16 orang 0Lemah 23 orang 23 orang 23 orang 7 orang 0
PASCAUJIAN
Persepsi Estetik (20 markah)
Aplikasi Seni (25 markah)
Ekspresi Kreatif (30 markah)
Apresiasi Seni (15 markah)
Sikap dan Sahsiah (10 markah)
Cemerlang 0 0 0 13 orang 23 orangSederhana 22 orang 20 orang 14 orang 10 orang 0Lemah 1 orang 3 orang 9 orang 0 0
7.4.5 Graf bilangan murid mendapat tahap cemerlang, sederhana dan lemah dalam praujian
7.4.6 Graf bilangan murid yang mendapat tahap cemerlang, sederhana dan lemah dalam pascaujian
40
PE AS EK APS SS0
5
10
15
20
25
0 0 0 0
23
0 0 0
16
0
23 23 23
7
0
Bilangan Murid Mendapat Tahap Cemerlang, Sederhana dan Lemah dalam PRAUJIAN
CemerlangSederhanaLemah
Kriteria Penilaian
Bila
ngan
Mur
id
Ulasan
Sebelum melaksanakan tindakan, pengkaji telah menjalankan praujian kepada murid-
murid untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan melaksanakan tindakan. Data yang
diperolehi melalui praujian adalah untuk mengetahui sejauhmana kelemahan dan kekuatan
murid-murid Tahun 2 Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Karamatoi dalam kemahiran
mewarna. Selepas mendapatkan data pengkaji telah merancang kajian tindakan yang akan
dilaksanakan untuk mengetahui keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah
dirancang.
Selepas kelas intervensi awal dan mendapatkan maklumat melalui pemerhatian,
pengkaji telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran sebenar iaitu pengaplikasian video
cara mewarna untuk mengetahui adakah berlaku pengembangan kemahiran ataupu tidak di
kalangan murid dalam aktiviti mewarna. Cara untuk mendapatkan data selepas tindakan
dijalankan ialah pengkaji melaksanakan pasca ujian mewarna.
41
PE AS EK APS SS0
5
10
15
20
25
0 0 0
13
2322 20
1410
01 3
9
0 0
Bilangan Murid Mendapat Tahap Cemerlang, Sederhana dan Lemah dalam PASCAUJIAN
CemerlangSederhanaLemah
Kriteria Penilaian
Bila
ngan
Mur
id
Berdasarkan keputusan, jumlah murid yang mendapat tahap sederhana dalam aspek
persepsi estetik ialah seramai 22 orang berbanding 23 orang yang mendapat tahap lemah
dalam aspek yang sama semasa praujian dijalankan. 1 orang murid kekal pada tahap lemah.
Peningkatan kenaikan tahap sederhana dari tahap lemah ialah sebanyak 96 peratus
berbanding 0 peratus dalam praujian. Ini bermakna pengembangan kemahiran murid-murid
dalam aspek tersebut berlaku dengan ketara. Huraian kriteria persepsi estetik ialah murid-
murid tahu unsur-unsur seni seperti warna asas dan keseimbangan dalam prinsip rekaan.
Dalam aspek aplikasi seni semasa pasca ujian, murid-murid yang mendapat tahap
sederhana juga meningkat seramai 20 orang berbanding 23 orang pada tahap lemah semasa
praujian. 3 orang murid kekal pada tahap lemah. Peratus peningkatan tahap sederhana dari
tahap lemah ialah sebanyak 87 peratus bernbanding 0 peratus semasa praujian. Huraian
kriteria aplikasi seni ialah murid-murid dapat menaplikasikan teknik mewarna (mempunyai
pencahayaan yang betul) dan tahu penggunaan media dalam proses penghasilan karya. Aspek
ini merupakan fokus kajian bagi pengkaji kerana teknik mewarna dinilai berdasarkannya.
Selain itu, murid-murid yang mendapat tahap sederhana dalam aspek ekspresi kreatif
ialah seramai 14 orang berbanding 23 orang pada tahap lemah semasa praujian. 9 orang murid
kekal pada tahap lemah. Aspek ini juga berlaku pengembangan dengan peningkatan sebanyak
61 peratus. Kriteria ini bertujuan untuk menilai murid-murid dapat memanipulasi bahan
secara kreatif dengan menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam proses penghasilan
karya.
Aspek apresiasi seni menunjukkan peningkatan sebanyak 57 peratus murid-murid
yang mendapat tahap cemerlang berbanding 0 peratus pada tahap sama semasa praujian.
Murid-murid yang mendapat tahap cemerlang dalam aspek ini ialah seramai 13 orang dan 10
orang pada tahap sederhana. Dalam praujian tidak ada murid yang mendapat tahap cemerlang.
42
Huraian kriteria apresiasi seni ialah murid-murid dapat mempamerkan dan menceritakan hasil
karya mereka secara lisan. Hasil karya dihargai dengan sebaiknya.
Penilaian dalam aspek sahsiah dan sikap ialah 23 orang murid iaitu 100 peratus kekal
pada tahap cemerlang. Murid-murid mampu menggunakan alat dan bahan dengan baik. Boleh
menyusun dan menyimpannya semula. Semasa ujian sedang dijalankan mereka patuh pada
peraturan yang telah ditetapkan. Berdasarkan data perbandingan, pengkaji mendapati bahawa
berlaku peningkatan tahap markah pencapaian dalam semua kriteria penilaian. Ini bermakna
berlaku perkembangan tahap kemahiran murid-murid dalam aktiviti mewarna.
43
8.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI
8.1 Rumusan
Sepanjang kajian dijalankan, pengkaji telah memperolehi banyak dapatan yang
menyokong kekuatan dan kelemahan kajian. Kajian tindakan ini bertujuan untuk
mengembangkan kemahiran mewarna murid-murid Tahun 2 Cemerlang di Sekolah
Kebangaan karamatoi dengan mengaplikasikan tayangan video cara mewarna sebagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran. Sebelum tindakan dilaksanakan, pengkaji telah merancang
tindakan dengan mengumpulkan data awal melalui pemerhatian, temubual, dan praujian untuk
tujuan kajian dilaksanakan.
Sebelum tindakan dilaksanakan, pengkaji mendapati bahawa murid-murid Tahun 2
Cemerlang tidak tahu dan kurang mahir dalam aktiviti mewarna disebabkan oleh beberapa
faktor antaranya kelemahan murid-murid sendiri dan bekas guru yang mengajar mata
pelajaran Dunia Seni Visual. Murid-murid tidak pernah diajar menggunakan teknik yang betul
menyebabkan mereka tidak tahu mewarna. Latarbelakang keluarga juga antara punca mereka
tidak dapat mengembangkan kemahiran mewarna kerana kesukaran untuk mendapatkan alat
dan bahan mewarna.
Selain itu, bekas guru mata pelajaran Dunia Seni Visual Tahun 2 Cemerlang juga tidak
pernah mengajar mengikut standard yang betul. Ini disebabkan oleh guru berkenaan tidak
pernah mendapat pendedahan yang khusus tentang subjek tersebut. Oleh sebab tidak mahir
dalam bidang lukisan, guru tersebut hanya mengajar ala kadar dan selalu mengarahkan murid
melakukan lukisan bebas dengan alat dan bahan yang terhad. Kesannya ialah murid-murid
Tahun 2 Cemerlang tidak mahir dalam aktiviti mewarna.
Selepas intervensi awal dan pengajaran sebenar dilaksanakan, pengkaji telah
mengadakan pasca ujian untuk mendapatkan data yang sebenar sama ada berlaku
44
pengembangan kemahiran atau sebaliknya. Dalam perbandingan data dalam praujian dan
pasca ujian, pengkaji mendapati berlaku pengembangan kemahiran mewarna di kalangan
murid-murid. Walaubagaimanapun, ianya tidak jauh berkembang berdasarkan perbandingan
data yang diperolehi. Tetapi pengkaji berpuashati dengan hasil tindakan yang telah
dilaksanakan.
8.2 Refleksi
Apabila kajian tindakan hendak dilaksanakan, pengkaji mengalami pelbagai masalah
dari segi kefahaman tentang apa yang hendak dikaji. Pelbagai rintangan diharungi selama
beberapa bulan pelaksanaan dijalankan. Sebelum memulakan kajian, pengkaji perlu
menyediakan tajuk dan fokus kajian. Dalam memilih tajuk pengkaji juga berulangkali
melakukan penyenaraian dan memilih tajuk yang sesuai dan perlu disokong oleh pensyarah
pembimbing. Akhirnya tajuk ‘Aplikasi Tayangan Video Untuk Aktiviti Mewarna Berasaskan
Media Kering Murid-Murid Tahun Dua’ telah diterima sebagai tajuk yang boleh dilaksanakan
dalam kajian tindakan.
Selepas itu, pengkaji perlu menyediakan proposal sebagai kertas cadangan kajian.
Untuk menyediakan proposal, pengkaji masih kurang faham untuk menyediakannya sehingga
mengikuti taklimat khas mengenai kajian tindakan yang telah diadakan oleh pihak IPG
Kampus Keningau. Selepas berhubung dan berbincang beberapa kali dengan pensyarah
pembimbing akhirnya pengkaji telah bersedia untuk melaksanakan kajian.
Pengkaji telah merancang jadual kajian dengan rapi agar semua tulisan yang akan
dimasukkan dalam kajian mudah difahami dan diterima oleh setiap pembaca. Langkah awal
yang dilakukan oleh pengkaji ialah membaca bahan-bahan berkaitan yang pernah dilakukan
oleh para pengkaji. Bacaan awal ini sangat penting untuk mendapatkan maklumat untuk
membantu pengkaji melaksanakan tindakan. Pelbagai sumber bahan dicari melalui bahan
45
bercetak dan internet. Berdasarkan maklumat awal yang diperolehi, pengkaji mendapati
bahawa pengajaran menggunakan tayangan video sebagai alat dan bahan bantu digunakan
dengan meluas hampir di semua sekolah. Namun, dalam mata pelajaran Dunia Seni Visual
tayangan video sebagai alat dan bahan yang pengkaji fokuskan amat kurang dilaksanakan
bagi guru-guru yang kurang mahir seperti pengkaji. Jadi, cara ini adalah sebagai inisiatif
pengkaji untuk mencuba kaedah tersebut untuk membantu mengembangkan kemahiran murid
dalam aktiviti mewarna.
Semasa penyerapan tindakan dilaksanakan, terbukti bahawa murid-murid lebih aktif
berbanding pengajaran sebelumnya. Ini terjadi kerana pengalaman secara langsung diberikan
walaupun hanya menggunakan tayangan video. Kekuatan yang boleh diperolehi daripada
kaedah ini adalah murid-murid dapat melihat teknik mewarna yang betul secara berulang kali
dan ini merupakan pengukuhan yang baik untuk murid-murid.
Selepas setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, pengkaji meminta
murid-murid melakukan latih tubi di rumah dengan membekalkan bahan dan alat mewarna.
Tujuannya adalah mengembangkan kemahiran mewarna murid-murid. Latih tubi merupakan
cara yang berkesan sebagai pengukuhan mengembangkan sesuatu kemahiran dalam
kemahiran murid-murid. Hasilnya boleh diperolehi selepas ujian pasca dijalankan.
Secara kesuluruhannya, kajian ini membantu meningkatkan kaedah pengajaran
pengkaji sekaligus mengubah cara belajar untuk mengembangkan kemahiran mewarna murid-
murid. Pengkaji amat berpuashati dengan hasil kajian aplikasi tayangan video untuk aktiviti
mewarna berasaskan media kering murid-murid Tahun Dua. Penggunaan tayangan video ini
dapat membantu murid-murid mengembangkan kemahiran mewarna dalam aktiviti
menggambar. Kajian yang dijalankan ini mencapai objektif dan telah menjawab persoalan
kajian.
46
9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Setelah menghasilkan kajian ini, saya telah mengenalpasti bahawa penggunaan
tayangan video dapat membantu mengembangkan kemahiran mewarna murid-murid dalam
menghasilkan karya sekaligus meningkatkan tahap pencapaian kepada yang lebih baik.
Kaedah tayangan video ini boleh diperluaskan kesemua kelas di Tahap 1 dan Tahap 2 yang
mempunyai masalah yang sama.
Selain itu, kajian ini hanya menumpukan kepada aktiviti mewarna menggunakan
media kering sahaja. Pengkaji mencadangkan agar aktiviti yang sama diadakan tetapi
mewarna menggunakan media basah dalam bidang menggambar.
Kajian penggunaan video ini boleh diperluaskan kesemua kelas di Tahap dan Tahap 2
yang mempunyai masalah yang sama dengan jumlah responden yang lebih ramai. Hal ini
adalah untuk meningkatkan jumlah murid yang minat dan mahir dalam aktiviti mewarna
dalam semua bidang Dunia Seni Visual.
Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di Tahun 2 Cemerlang,
pengkaji telah mengarahkan murid-murid melaksanakan aktiviti mewarna berpandukan
tayangan video dan latih tubi sebagai pengukuhan di rumah. Penilaian akhir hanya diberikan
markah sahaja. Sebagai penambahbaikan pada masa hadapan, pengkaji bercadang akan
mengadakan pertandingan mewarna dan memberikan ganjaran yang menarik sebagai alat
motivasi dan semangat untuk murid-murid mengembangkan kemahiran mewarna mereka.
47
RUJUKAN
Baharuin Aris dan Rio Sumami, (2004). Reka Bentuk Perisian Multimedia.Kuala Lumpur
Malaysia: Penerbit UITM
David Reiss. (2007). Video-based multimedia designs: A research study testing learning
effectiveness. Canadian Journal of Learning and Technology
Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Dokumen Standard Dunia Seni Visual Tahun 2.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). BPK, KPM.
Kemmis, S., & Mc Taggart R. (1998). The Actions Research Planner (3rd ed.). Deakin
University Press.
Mohamed Amin Embi (Pyt.). (2010). Amalan, Keberkesanan & Cabaran Pelaksanaan e-
Pembelajaran di IPT Malaysia. Pusat Pembangunan Akademik: Bangi
Mook Soon Sang. (2008). Murid Dan Alam Belajar. Perak: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Othman Lebar. (2014). Kajian Tindakan dalam Pendidikan. Teori dan Amalan. Tanjong
Malim Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris
Salleh, Mohamad Johdi dan Ariegusrini. (2009). Transformasi Pengajaran Sejarah
Berasaskan Multimedia. In: Transformasi pengajaran dan pembelajaran Sejarah. UKM
dan Universiti Riau, Riau Indonesia
Ting Len Siong, Ahmad Sabry bin Othman PhD, Ting Hun Yong. (2014). Penyelidikan
Tindakan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbitan Freemind Horizons Sdn. Bhd
https://www.youtube.com/watch?v=yCNSHYALj-Q
48
Lampiran 1
Eviden semasa praujian
49
Masih terdapat ruang kosong pada lakaran yang tidak diwarnakan
Penggunaan warna yang tidak betul dan tepatDiwarnakan melebihi
garisan sempadan
50
Lampiran 2
Intervensi 1
51
Intervensi 2
Intervensi 3
52
Intervensi 4
Lampiran 3
Eviden pasca ujian
53
54
55
56
Lampiran 4
SOALAN-SOALAN TEMUBUAL
Bersama Murid-Murid
Soalan 1 Adakah murid-murid suka mewarna?
Soalan 2 Adakah murid-murid tahu tentang warna?
Soalan 3Pernahkah murid-murid belajar mewarna daripada mana-mana pihak termasuk ahli keluarga?
Soalan 4Pernahkah murid-murid diajar oleh bekas guru mata pelajaran tentang warna dan teknik mewarna?
Soalan 5 Pernahkah murid-murid melihat dan diajar cara mewarna yang betul?
Soalan 6 Adakah murid-murid memiliki alat dan bahan untuk mewarna dirumah?
57
Bersama Guru
Soalan 1 Pernahkah cikgu mengajar murid-murid tentang warna berdasarkan sukatan?
Soalan 2Apakah kaedah atau teknik yang cikgu gunakan semasa mengajar murid-murid mewarna?
Soalan 3Apakah bahan bantu mengajar yang cikgu gunakan semasa mengajar murid-murid mewarna?
Soalan 4Pernahkah cikgu mendapat pendedahan tentang mata pelajaran Dunia Seni Visual sebelum mengajar mata pelajaran tersebut?
Soalan 5
Pernahkah ketua panitia Dunia Seni Visual memberikan taklimat tentang cara mengajar mata pelajaran tersebut?
Soalan 6Adakah cikgu pernah mendapatkan bahan berkaitan tentang mata pelajaran tersebut terutama tentang aktiviti mewarna?
58
Soalan 7Pernahkah cikgu berbincang dengan mana-mana pihak bagaimana cara untuk mengajar mata pelajaran tersebut terutama tentang teknik mewarna?
Lampiran 5
RUBRIK PEMARKAHAN
KEMAHIRAN YANG DINILAI
INDIKATOR PRESTASI DAN PENILAIAN
PERSEPSI ESTETIK (20 MARKAH)
Unsur Seni Prinsip Rekaan
CEMERLANG(16 – 20 MARKAH)
SEDERHANA(8 – 15 MARKAH)
LEMAH(1 – 7 MARKAH)
Mengenal, menamakan, dan memhami bahasa seni visual yang ada pada karya seni
APLIKASI SENI (25 MARKAH)
Mendengar dan menerima arahan dari guru
Mengenal dan tahu penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya.
CEMERLANG(20 – 25 MARKAH)
SEDERHANA(8 -19 MARKAH)
LEMAH(1 – 7 MARKAH)
Mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni
EKSPRESI KREATIF (30 MARKAH)
Memilih dan
CEMERLANG(22 – 30 MARKAH)
SEDERHANA(10 – 21 MARKAH)
LEMAH(1 – 9 MARKAH)
59
memanipulasi bahan secara kreatif.
Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya.
Mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni
APRESIASI SENI (15 MARKAH)
Mempamerkan karya yang dihasilkan.
Menceritakan karya sendiri secara lisan.
Menghargai karya sendiri dan rakan.
CEMERLANG(11 – 15 MARKAH)
SEDERHANA(6 – 10 MARKAH)
LEMAH(1 – 5 MARKAH)
Mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni
SIKAP DAN SAHSIAH ( 10 MARKAH)
CEMERLANG(5 - 10 MARKAH)
SEDERHANA(3 – 4 MARKAH)
LEMAH(1 – 2 MARKAH)
Sumber: KPM / IPG
Lampiran 6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DSV TAHUN 2
Kelas : Tahun 2 CemerlangTarikh/Masa : 29 Mac 2014 / 8.50 – 9.50Bidang : Menggambar Tema dan Tajuk : Alam Semulajadi / Mari Mewarna Buah-buahan Tempatan
Standard Pembelajaran
1.1 Persepsi Estetik1.1.1 Unsur Seni1.1.1.4 Warna – primer dan sekunder
1.2 Aplikasi Seni1.2.1 Media1.2.1.2 Bahan- kertas lukisan pensel, dan pensel warna1.2.2 Proses dan teknik1.2.2.1 Teknik- garisan selari atau bersilang
1.3 Ekpresi kreatif
1.3.3 Menggunakan bahasa seni visual garisan, rupa, bentuk, warna, kontra, dan harmoni dalam penghasilan karya
1.4 Apresiasi Seni1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.
ObejktifPembelajaran
Pada akhir pelajaran murid dapat : Mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual pada
60
lukisan. Mengetahui bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam
mewarna gambar buah-buahan. Mengaplikasikan pengetahuan seni visual, kefahaman media serta
kemahiran proses teknik mewarna gambar buah-buahan. Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan
memberikan penekanan pada bahasa seni visual.Aktiviti P & P 1. Guru menunjukkan contoh dan bersoal jawab tentang gambar buah-
buahan.2. Guru menayangkan video cara-cara mewarna Guru menjelaskan tentang warna asas.3. Murid melakukan aktiviti mewarna berpandukan tanyangan video.4. Murid mempamerkan dan menceritakan hasil karya.
EMK KreativitiBahan Bantu Mengajar
Alat : penselBahan : Kertas lukisanBahan Pengajaran : Video cara mewarnaAlat pengajaran : laptop, pembesar suara, televisyen dan gambar buah-buahan
Penilaian P&P Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat garisan selari dan bersilang berdasarkan empat standard kandungan.
Lampiran 7
SKALA PEMARKAHAN
Markah Gred Gagal / Lulus
1 - 19 E Gagal
20 - 39 D Gagal
40 - 59 C Lulus
60 - 79 B Lulus
80 - 100 A Lulus
Sumber : kementerian Pelajaran Malaysia (2002)
61
Lampiran 8
Ujian Diagnostik
SEKOLAH KEBANGSAAN KARAMATOI
PETI SURAT 240
89009 KENINGAU SABAH
NAMA : TAHUN :
___________________________________________________________________________
DUNIA SENI VISUAL
UJIAN DIAGNOSTIK
62
1 JAM
___________________________________________________________________________
Arahan :
1. Tulis nama dan kelas pada kertas lukisan pada sudut atas sebelah kanan.
2. Calon hanya dibenarkan menggunakan media kering iaitu pensel warna dan,3. Kertas lukisan yang disediakan4. Calon dikehendaki menggunakan keseluruhan ruang kertas lukisan.
Soalan:
Warnakan sebuah lukisan yang bertemakan buah-buahan tempatan dengan menggunakan media kering iaitu pensel warna. Anda dikehendaki mewarnakan keseluruhan objek dengan menggunakan warna yang sesuai dan betul.
63
KERTAS LUKISAN
NAMA :
KELAS:
64