10
GARISPANDUAN PENYERTAAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA AKNC 2015 1. PENYERTAAN Penyertaan ini terbuka kepada semua PTJ Universiti Teknologi MARA seluruh Malaysia, yang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Kampus Cawangan, Fakulti dan Bahagian/Unit. 2. SYARAT DAN PERATURAN LAPORAN BERTULIS Laporan yang disediakan harus mengikut kepada garispanduan yang disediakan. Had maksima mukasurat adalah 100 ms bagi kandungan dan 30 ms bagi lampiran. Penalti akan diberikan sekiranya syarat ini tidak diikuti. Penalti : Tolak 5 markah dari markah penilaian laporan bagi laporan dengan ms 101 – 110. Tolak 10 markah dari markah penilaian laporan bagi laporan dengan ms melebihi 110. Laporan harus dihantar kepada pihak InQKA mengikut tarikh akhir yang telah ditetapkan. Penalti akan diberikan sekiranya syarat ini tidak diikuti. Penalti : Tolak 5 dari markah keseluruhan jika lewat <= 7 hari Tolak 10 dari markah keseluruhan jika lewat > 7 hari

inqka.uitm.edu.my · Web viewPembentangan akhir akan dihakimi oleh Pengurusan Atasan UiTM atau Professor atau Pegawai Jusa dan jemputan luar. Borang pemarkahan pembentangan akhir

  • Upload
    others

  • View
    15

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

GARISPANDUAN PENYERTAAN

ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

AKNC 2015

1. PENYERTAAN

Penyertaan ini terbuka kepada semua PTJ Universiti Teknologi MARA seluruh Malaysia, yang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Kampus Cawangan, Fakulti dan Bahagian/Unit.

2. SYARAT DAN PERATURAN

LAPORAN BERTULIS

• Laporan yang disediakan harus mengikut kepada garispanduan yang disediakan.

• Had maksima mukasurat adalah 100 ms bagi kandungan dan 30 ms bagi lampiran. Penalti akan diberikan sekiranya syarat ini tidak diikuti.

Penalti :

• Tolak 5 markah dari markah penilaian laporan bagi laporan dengan ms 101 – 110. • Tolak 10 markah dari markah penilaian laporan bagi laporan dengan ms melebihi

110. • Laporan harus dihantar kepada pihak InQKA mengikut tarikh akhir yang telah

ditetapkan. Penalti akan diberikan sekiranya syarat ini tidak diikuti.

Penalti :

• Tolak 5 dari markah keseluruhan jika lewat <= 7 hari • Tolak 10 dari markah keseluruhan jika lewat > 7 hari

PEMBENTANGAN AKHIR

• PTJ akan dimaklumkan sebagai finalis oleh pihak InQKA secara rasmi dengan saluran komunikasi yang bersesuaian.

• Finalis harus bersedia untuk sesi pembentangan akhir dalam jangkamasa yang diberikan dan mengikut segala garispanduan yang disediakan.

• Sekiranya finalis tidak membuat pembentangan akhir atau menolak untuk melaksanakan pembentangan akhir, secara automatik penyertaan PTJ tersebut bagi AKNC akan terbatal.

MAKLUMBALAS PELAJAR DAN STAF

• Setiap PTJ yang menyertai AKNC harus memastikan pelajar dan staf mengisi soal-selidik secara atas talian (e-IQ) yang disediakan oleh pihak InQKA.

• Bagi Fakulti dan Kampus Negeri, PTJ harus memastikan sekurang-kurangnya ada 40 responden bagi setiap kategori maklumbalas (pelajar dan staff).

• Bagi Bahagian atau Unit, maklumbalas yang diperlukan adalah 40 responden atau 50% dari populasi staff (yang mana lebih rendah).

• Bagi PTJ yang pertama kali menyertai AKNC pada tahun 2015, maklumbalas akan dilaksanakan secara manual.

• Penalti: Bagi PTJ yang tidak memenuhi syarat, PTJ tersebut tidak akan tercalon dalam senarai pendek finalis.

3. PENULISAN LAPORAN

Penulisan Laporan AKNC dan Pembentangan boleh menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Format Pelaporan

BIL PERKARA

1.

Format teks

- Arial – saiz 11- Teks dalam jadual atau gambarajah – minimum saiz 8- Tak perlu selang

Orientasi Mukasurat

- POTRAIT- Tanpa ada kolum

2.

Segmen Laporan

- Muka hadapan - Kandungan dan mukasurat- Senarai Singkatan- Profil Organisasi

- Kriteria 1 sehingga 8- Lampiran

** Laporan dihadkan kepada 100 mukasurat (maksimum) -

Tidak termasuk lampiran

** Lampiran dihadkan kepada 30 mukasurat (maksimum)

** Optimumkan bukti objektif dengan gambarajah dan graf

** Kandungan laporan meliputi maklumat bagi pencapaian tahun 2014

3.

Penghantaran Laporan

Tarikh : 31 Julai 2015

Bilangan : 5 salinan bercetak (1 ‘hardcover’) dan 1 CD (‘softcopy’)

** Salinan ‘hardcover’ – berwarna biru gelap (blue black)

(contoh cetakan dilampirkan)

4. PROSES PENILAIAN AKNC

Penilaian AKNC 2015 dilaksana pada 2 peringkat:

o Penilaian 1 (penilaian dokumen) : Semak dan nilai secara berkumpulan (penilai dan moderator) Persetujuan markah penilaian laporan oleh panel penilai secara

berkumpulan. Verifikasi dokumen dan lawatan tapak

o Penilaian 2: Penilaian pembentangan PTJ yang layak sebagai finalis oleh panel hakim daripada kalangan pengurusan atasan atau Profesor atau Pegawai Jusa dan jemputan luar.

PENILAIAN 1

Panel penilai bebas terdiri daripada semua Ketua Unit Pengurusan Kualiti, Ketua Sistem Audit dari fakulti, cawangan dan bahagian serta penama yang dicalonkan oleh ketua PTJ.

o Penilai bebas akan diberi latihan iaitu Pemahaman Kriteria, Penilaian dan Pemarkahan Laporan AKNC serta Penulisan Laporan Maklumbalas.

o Penilaian bebas secara berkumpulan. Penilai membuat konsolidasi (penilai dan moderator) dan persetujuan markah penilaian.

o Senarai finalis dikeluarkan. Verifikasi dokumen dan lawatan tapak akan dilaksanakan.

Penilai bersama kumpulan akan membaca Laporan AKNC yang disediakan oleh PTJ.

Penilai akan membuat penilaian mengikut 8 item yang dinyatakan dalam KRITERIA AKNC 2015 (Mengikut MALCOM BALDRIDGE EDUCATION CRITERIA 2011).

Pemarkahan bagi setiap item mengikut kepada GARISPANDUAN PEMARKAHAN ITEM PROSES (1- 6) DAN HASIL (7 & 8).

Markah dimasukkan ke dalam templet kemasukan markah Laporan (fail excel).

Markah bagi ke semua PTJ yang menghantar laporan akan dimoderasi oleh Moderator yang hadir bersama semasa sesi penilaian berkumpulan.

Lawatan tapak dan verifikasi dokumen akan dilaksanakan SELEPAS PENILAIAN 1. Hanya PTJ yang disenarai pendek akan terlibat bagi lawatan tapak dan verifikasi dokumen.

ATAU

Verifikasi dokumen akan dilaksanakan semasa penilaian dokumen, dimana penilai boleh memohon PTJ menyediakan maklumat tambahan atau bukti rekod-rekod yang berkaitan dan dokumen tersebut perlu dikemukakan oleh PTJ kepada penilai semasa sesi penilaian dokumen. (Akan dibantu oleh sekretariat).

Lawatan tapak juga boleh dicadangkan oleh penilai sekiranya beliau merasakan perlu untuk membuat verifikasi dan lawatan ini akan

dilaksanakan mengikut kepada kesesuaian masa antara penilai dan PTJ. (Akan diuruskan oleh sekretariat).

PENILAIAN 2

Finalis yang di senarai pendek selepas penilaian verifikasi akan dijemput sebagai peserta untuk pembentangan akhir.

Pembentangan akhir akan dihakimi oleh Pengurusan Atasan UiTM atau Professor atau Pegawai Jusa dan jemputan luar.

Borang pemarkahan pembentangan akhir disediakan untuk para hakim.

Urusetia InQKA memasukkan markah ke dalam templet pemarkahan untuk mendapatkan markah akhir.

KEPUTUSAN AKHIR

Keputusan Akhir merangkumi Markah Laporan (Penilaian 1) sebanyak 70%, Markah Pembentangan Akhir (Penilaian 2) sebanyak 20% dan Maklumbalas (soal-selidik yang dilaksanakan untuk mendapat persepsi Staf dan Pelajar) sebanyak 10%

Keputusan Akhir akan menentukan:

o Juara Kategori (Kampus Negeri, Fakulti dan Bahagian/Unit) o Pemenang setiap Kriteria ( 8 Kriteria) o Juara Keseluruhan AKNC

5. HADIAH

Juara Keseluruhan AKNC - RM 20,000

Juara Kategori - RM 5,000

Setiap Kriteria (8 kriteria) - RM 2,000

6. AKTIVITI UTAMA AKNC 2015

AKTIVITI TARIKH CADANGAN PEGAWAI TERLIBAT

Pemakluman Awal dan Jemputan Menyertai AKNC 2015 15 April 2015 KUPQ, J/K AKNC

Penyerahan Laporan AKNC 2014 31 Julai 2015 - Jumaat KUPQ, J/K AKNC

Latihan Penilaian AKNC (Penilai Baru & Lama) 3 - 4 Ogos 2015 (Isnin & Selasa) PENILAI

Sesi Penilaian Laporan (Berkumpulan) 1 - 4 September 2014 (Selasa - Jumaat) PENILAI

Pengurusan markah 17 - 18 September 2015 InQKA

Lawatan tapak 28 September - 13 Oktober 2015 InQKA

Senarai Finalis diumumkan 15 Oktober 2014 (Khamis) InQKA

Pembentangn Akhir * 29 Oktober 2015 (Khamis) InQKA

Pengauditan Keputusan Akhir 12 -13 November 2015 InQKA

Pemenang - Hari INOVASI 2015 Disember 2015 InQKA

Maklumbalas kepada PTJ (laporan) Januari - Mac 2016 InQKA

* Tertakluk kepada perubahan

7. DOKUMEN RUJUKAN DI LAMAN WEB InQKA

Garispanduan Penyertaan AKNC 2015 Kriteria AKNC 2015 Panduan Penilaian dan Pemarkahan AKNC 2015 Garispanduan menjawap soalan criteria AKNC Jadual Aktiviti Utama AKNC 2015

MUKA HADAPAN CETAKAN ‘hardcover’

LAPORAN

ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR

(Fakulti/Kampus/Bahagian)

2014

LAPORAN

ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR

1 JANUARI 2014 – 31 DISEMBER 2014

FAKULTI/KAMPUS/BAHAGIAN

KETUA UNIT PENGURUSAN KUALITI

_____________________________________________

Ahli-ahli Utama

1.____________________

2.____________________

3.____________________

4.____________________

CETAKAN SPINE ‘hardcover’

LAPORAN AKNC FAKULTI/KAMPUS/BAHAGIAN 2014