13
[Kupasan & Kajian Berdasarkan Kaedah Formalistik Dalam Hikayat Malim Deman] 1. TEMA Berkisar pada pengembaraan wira dalam mendapatkan jodoh. Contohnya Tuanku Malim Deman sebagai wira telah memulakan pengembaraan untuk mencari isteri setelah mendapat alamat melalui mimpi. Setelah mendapat isteri,Tuanku Malim Deman melupakan tanggungjawabnya sebagai suami menyebabkan isteinya lari. Sekali lagi dia mengembara. Pengembaraan, pertentanngan dan akhirnya kejayaan wira adalah landasan utama bagi hikayat ini. 2. PERSOALAN 1. Kepercayaan terhadap mimpi dalam masyarakat Melayu lama. Contohnya; Tuanku Malim Deman telah bermimpi didatangi Wali Keramat yang telah menggerakkan hatinya supaya beristeri. Wali Keramat memberi alamat bahawa bakal isterinya ialah seorang puteri dari kayangan. 2. Kegigihan putera raja dalam mendapatkan jodoh. Contohnya; Tuanku Malim Deman sanggup mengembara dan menempuh pelbagai halangan untuk memiliki Puteri Bongsu sebagai isterinya. 3. Kebijaksanaan putera raja dalam mencapai hasratnya Contohnya; Tuanku Malim Deman menyamar sebagai pengail ikan untuk menyembunyikan baju layang Puteri Bongsu. Contohnya; Tuanku Malim Deman menyamar sebagai pemain muzik dan boleh bermain pelbagai alat muzik untuk mendapatkan kembali isterinya Puteri Bongsu daripada tunangannya Raja Mambang Molek. 4. Kegagalan suami menjalankan tanggungjawab sebagai raja dan ketua keluarga. Contohnya; setelah kemangkatan ayahanda dan bondanya, Tuanku Malim Deman menjadi cuai. Baginda lalai dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai raja dan suami. Baginda berjudi dan bermukah dan tidak pernah pulang ke istana sehingga isterinya Puteri Bongsu melahirkan putera mereka iaitu Tuanku Malim Dewana. 1

Hikayat Malim Deman

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bahan untuk pengajaran KOMSAS sekolah menengah

Citation preview

Page 1: Hikayat Malim Deman

[Kupasan & Kajian Berdasarkan Kaedah Formalistik Dalam Hikayat Malim Deman]

1. TEMA

Berkisar pada pengembaraan wira dalam mendapatkan jodoh. Contohnya Tuanku Malim Deman sebagai wira telah memulakan pengembaraan untuk mencari isteri setelah mendapat alamat melalui mimpi. Setelah mendapat isteri,Tuanku Malim Deman melupakan tanggungjawabnya sebagai suami menyebabkan isteinya lari. Sekali lagi dia mengembara. Pengembaraan, pertentanngan dan akhirnya kejayaan wira adalah landasan utama bagi hikayat ini.

2. PERSOALAN

1. Kepercayaan terhadap mimpi dalam masyarakat Melayu lama.Contohnya; Tuanku Malim Deman telah bermimpi didatangi Wali Keramat yang telah menggerakkan hatinya supaya beristeri. Wali Keramat memberi alamat bahawa bakal isterinya ialah seorang puteri dari kayangan.

2. Kegigihan putera raja dalam mendapatkan jodoh.Contohnya; Tuanku Malim Deman sanggup mengembara dan menempuh pelbagai halangan untuk memiliki Puteri Bongsu sebagai isterinya.

3. Kebijaksanaan putera raja dalam mencapai hasratnyaContohnya; Tuanku Malim Deman menyamar sebagai pengail ikan untuk menyembunyikan baju layang Puteri Bongsu.Contohnya; Tuanku Malim Deman menyamar sebagai pemain muzik dan boleh bermain pelbagai alat muzik untuk mendapatkan kembali isterinya Puteri Bongsu daripada tunangannya Raja Mambang Molek.

4. Kegagalan suami menjalankan tanggungjawab sebagai raja dan ketua keluarga.Contohnya; setelah kemangkatan ayahanda dan bondanya, Tuanku Malim Deman menjadi cuai. Baginda lalai dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai raja dan suami. Baginda berjudi dan bermukah dan tidak pernah pulang ke istana sehingga isterinya Puteri Bongsu melahirkan putera mereka iaitu Tuanku Malim Dewana.

1

Page 2: Hikayat Malim Deman

[Kupasan & Kajian Berdasarkan Kaedah Formalistik Dalam Hikayat Malim Deman]

3. PLOT

Sebelum pengembaraan: 

Mengisahkan latar keluarga watak utama iaitu malim deman, putera Raja Malim Dewa yang memerintahkan di negeri Bandar Muar. Bonda  Malim Deman ialah Tuan Puteri Lindungan Bulan. Malim Deman mempelajari ilmu dunia dan akhirat sehingga ia menjadi seorang yang perkasa dan bijak dalam semua hal. Kemudian diceritakan Malim Deman bermimpi bertemu dengan seorang tua, berpakaian serba putih, berjanggut panjang dan menyuruh Malim Deman pergi ke hulu Sungai Muar kerana di sana ia akan bertemu dengan bakal isterinya. Setelah mendapat mimpi demikian, malim deman memohon keizinan daripada kedua ayahanda dan bondanya untuk keluar mengembara.

Dalam masa pengembaraan: 

Semasa mengembara, Malin Deman diiringi oleh Bujang Selamat dan anjing perburuannya. Mereka semua telah mati kerana tidak tahan memderita mengharungi hutan belantara yang tebal, onak duri yang menyakitkan, mengahadapi kekurangan bahan-bahan makanan dan berpanas dan berhujan. Hanya Malin Deman yang berjaya sampai ke taman nenek kebayan, tempat Tuan Puteri dari kayangan turun mandi dan bermain. Bagi mendapatkan Puteri Bongsu, Malim Deman menyamar sebagai pengail dan berjaya mencuri baju layang tuan puteri. Puteri Bongsu tidak boleh pulang semula ke kayangan kerana baju layangnya hilang. Dengan pertolongan Nenek Kebayan, Malim Deman dikahwinkan dengan Puteri Bongsu dan mereka pulang ke Bandar Muar.

 Malim Deman terpaksa membuat pengembaraan kali kedua bagi menurut

isterinya dan puteranya yang membawa diri ke kayangan kerana kecewa dengan perbuatan Malim Deman yang melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Malin Deman asyik berjudi, menyabung ayam dan bermersa dengan si Kembang Cina menyebabkan puteri Bongsu merajuk hati. Puteri bongsu berhasil mendapatkan baju layang dan bersama dengan puteranya ia kembali ke pangkuan ayahanda bondanya di negeri kayangan. Malim Deman merantau mencari cara bagaimana untuk ke kayangan. Dengan pertolongan puteri Terus Mata, Malim Deman berjaya meminjam borak milik anak raja jin itu terbang ke kayangan. Di kayangan Malim Deman terpaksa menyamar dan kemudiannya bertarung mengadu kekuatan dan kesaktian dengan Mambang Molek, tunang Puteri Bongsu dalam satu sayembara yang diadakan.

2

Page 3: Hikayat Malim Deman

[Kupasan & Kajian Berdasarkan Kaedah Formalistik Dalam Hikayat Malim Deman]

Selepas pengembaraan: 

Malim Deman berjaya memujuk Puteri Bogsu dan membawa pulang istana dan puteranya ke istana. Sebelum itu, Malim Deman berkahwin dengan Tuan Puteri Terus Mata. Malim Deman membawa isteri-isteri dan puternya kembali ke istana. Mereka hidup aman dan berbahagia serta memepunyai kerajaan yang besar. Cerita berakhir dengan ‘happy ending’ – kebahagiaan watak utama.

3

Page 4: Hikayat Malim Deman

[Kupasan & Kajian Berdasarkan Kaedah Formalistik Dalam Hikayat Malim Deman]

4. WATAK DAN PERWATAKAN 

Watak utama 

i. Watak wira: Tuanku Malim Deman  

Watak : Sifat anak raja yang memiliki rupa paras yang cantik, gagah berani, bijak serta kesaktiaan yang luar biasa.

Malim Deman berjaya mengalahkan Mambang Molek. Berjaya ke kayangan dengan menggunakan borak. Memiliki kerajaan yang besar dan ramai rakyat jelata. Bijak dalam bertindak seperti menyamar dan mencuri baju layang Puteri Bongsu untuk mendapatkan puteri itu.

 Perwatakan: Sebagai anak raja yang mengembara kerana

mencari isteri seperti yang diperolehi dari alamat dalam mimipinya. Terpaksa mengembara dalam mencapai tujuan dan hajat. Berjaya mengalahkan musuh Mambang Molek sebelum berjaya membawa isterinya. Berkahwin dengan Tuan Puteri terus Mata.

 ii. Watak wirawati: Puteri Bongsu

 Watak :Seorang puteri dari kayangan. Sangat cantik dan gilang

—gemilang wajahnya. Kecantikan tuan puteri tidak ada tolok bandingnya.

Perwatakan :Puteri bongsu bersama saudara-saudar yang lain (tujuh beradik semuanya) turun mandi dan bermain di taman nenek kebayan. Baju layangnya dicuri oleh ‘pengail’ menyebabkan ia tidak boleh kembali ke kayangan lagi. Puteri bongsu menjadi isteri Malim Deman dan mendapat seorang putera. Tuan Puteri kecewa dengan sikap Malm Deman, menyebabkan ia merajuk dan membawa hati kembali ke kayangan dengan hati yang luka. Di kayangan, Tuan Puteri Bongsu bersetuju berkahwin dengan Mambang Molek, bekas tunangannya tetapi berjaya diselamtkan oleh Malim Deman setelah menewaskan Mambang Molek. Bersama puteranya, ia bersetuju kembali ke pangkuan suaminya dan kembali ke istana di negeri Bandar Muar. Hidup berbahagia bersama putera dan suaminya.

 

4

Page 5: Hikayat Malim Deman

[Kupasan & Kajian Berdasarkan Kaedah Formalistik Dalam Hikayat Malim Deman]

Watak pembantu:

i. Bujang Selamat Watak : Pembantu kepada wira iaitu Malim Deman. Perwatakan :Sebagai pengasuh, pengiring Malim Deman ke mana sahaja Malim Deman pergi, serta menumpukan sepenuh taat setia kepada tuannya.

 ii. Nenek Kebayan

Watak : Pembantu kepada Malim Deman terutama dalam mencapai sesuatu hajat. Perwatakan : Nenek Kebayanlah yang membantu dan memberi perlindungan kepada Malim Deman sewaktu Malim Deman sampai ke tanamnya. Nenek Kebayan juga

yang mengahwinkan Malim Deman dengan Puteri Bongsu serta memberitahu Malim Deman bagaimana caranya ke kayangan. Dengan pertolongan Nenek Kebayan, Malim Deman berhasil berjumpa dengan Tuan Puteri Terus Mata dan seterusnya meminjam borak ke kayangan.

 iii. Si Kembang Cina:

Watak : Seorang pengasuh perempuan yang memiliki wajah yang cantik. Perwatakan : Malim Deman asyik dan leka dengan Si Kembang Cina, menyebabkan Tuan Puteri Bongsu merajuk dan membawa diri.

Watak jahat (antagonis): Mambang Molek Watak : Merupakan tunangan Tuan Puteri Bongsu di kayangan. Perwatakan : Sebagai musuh kepada musuh kepada wira sebelum Malim Deman berjaya membawa isteri dan puteranya, Malim Deman terlebih dahulu mesti menetang Mambang molek. Watak jahat ini dapa dikalahkan.

 

5

Page 6: Hikayat Malim Deman

[Kupasan & Kajian Berdasarkan Kaedah Formalistik Dalam Hikayat Malim Deman]

5. GAYA BAHASA

Dalam hikayat Malim Deman terdapat penggunaan pantun, gurindam dan bahasa berirama. Penggunaan patun, gurindam dan bahasa berirama yang lain bertujuan untuk menggambarkan sesuatu situasi, memberi gambaran sesuatu peristiwa dan kecantikan, kekacakan dan keperwiraan putera dan puteri raja.

 i. Gurindam

Contoh gurindam: 

“Awak tua bandar terbuka’     Emas habis dagangan mudah,            Kerbau kambing sesak di pandang,Itik angsa tenang kuala,Merpati lindungan langit,Rengkiang tujuh sejanjar,    Teman dengan sekerat kota”,............................     (Hikayat Malim Deman hal. 2) 

 ii. Pantun

Contoh pantun: 

“Tetak seranting buatkan kolek,Buat pagar bunga di taman,Tuanku putera yang kecil molek,Puter Tuanku Malim Deman. Buat pagar bunga di taman,Ikat dengan rotannya getah,Putera Tuanku Malim Deman,Seisi negeri menjunjung duli”. 

iii. Perumpamaan Contoh perumpamaan:

 “Bagai pucuk dilancarkan,Bagai kumbang putus tali,Penig kepala bagai dibaji,Sakit hati bagai digunting”. 

6

Page 7: Hikayat Malim Deman

[Kupasan & Kajian Berdasarkan Kaedah Formalistik Dalam Hikayat Malim Deman]

iv. Penggunaan bahasa klasikContohnya; Alkisah, maka tersebutlah konon sebuah negeri bernama Bandar Muar. (hal.1)

Arakian, tersebutlah pula putera baginda Tuanku Malim Deman besarlah sudah. (hal.3)

Hatta, setelah sudah Tuanku Malim Deman bersiram limau, habis sudah kasai yang tujuh perkara itu dengan beberapa isyarat petua ilmu hikmah......(hal.6)

v. Penggunaan Bahasa ArabContohnya;

Wabihi nastainu billahi. (hal .1)

Lalu bermimpilah ia datang seorang tuan saiyid keramat wali Allah. (hal.3)

vi. Penggunaan bahasa istanaContohnya;

Maka adapun negeri itu baharu dibuka oleh baginda. (hal.2)

“Hai penglipur lara yang dikasihi, tolonglah kakanda hiriskan limau, gilingkan berapa cukup akan kasai yang ketujuh perkara, kerana kakanda hendak pergi bersiram. (hal.5)

Maka adalah kepada suatu malam ia pun berangkatlah masuk ke tempat peraduan. (hal.3)

vii. Penggunaan unsur hiperbolaContohnya;

Adapun di antara tuan puteri yang tujuh beradik itu seorang yang teramat elok rupanya mengalahkan sifat sekalian perempuan di

dalam negeri kayangan. (hal.3)

Berkhabarkan sifat Tuan Puteri Bongsu itu, seolah-olah sudah terpandang kepada matanya cahaya muka Tuan Puteri itu seperti bulan penuh purnama empat belas hari bulan. (hal.4)

“Ayuhai anakanda mercu mahkota nyawa ayahanda ini. (hal.10)

7

Page 8: Hikayat Malim Deman

[Kupasan & Kajian Berdasarkan Kaedah Formalistik Dalam Hikayat Malim Deman]

viii. Penggunaan unsur simileContohnya;

.......cahaya muka Tuan Puteri itu seperti bulan purnama empat belas haribulan, gilang-gemilang cahayanya. (hal.4)

maka ia pun tunduk menangis air matanya seperti manik putus dari karangan. (hal.9)

maka bermohonlah ia mengerjakan seperti yang dititahkan itu...(hal.6)

8

Page 9: Hikayat Malim Deman

[Kupasan & Kajian Berdasarkan Kaedah Formalistik Dalam Hikayat Malim Deman]

6. NILAI DALAM HIKAYAT MALIM DEMAN

Cerita-cerita penglipur lara seperti Hikayat Malim Deman kaya dengan unsur-unsur moral dan etika yang dapat dicontohi oleh masyarakat. Nilai-nilai moral dan etika jelas ditonjolkan dalam Hikayat Malim Deman.

i) Nilai ketaatan golongan hamba atau rakyat kepada rajaNilai ketaatan ini jelas terbukti dalam peristiwa Tuanku Malim Deman

meminta pengasuhnya Si Kembang Cina menyediakan bahan atau ramuan untuk Tuanku Malim Deman mandi. Contoh titah Tuanku Malim Deman, ‘ Hai penglipur lara yang dikasihi, tolonglah kakanda hiriskan limau, gilingkan berapa cukup akan kasai yang ketujuh perkara, kerana kakanda hendak pergi bersiram.’ (Hal. 5)

Bukti menunjukkan perintah itu dipatuhi oleh Si Kembang Cinajelas dilihat menerusi gurindam di bawah

Bukan Si Kembang zaman sekarang,Si Kembang Cina zaman dahulu,Belum disuruh sudah pergi,Belum dipanggil sudah datang. (hal.6)

Selain itu, ketaatan anak kepada ibu bapa. Sebagai contoh, ketaatan Tuanku Malim Deman terhadap ibu bapanya. Peristiwa Tuanku malim Deman memohon keizinan daripada ayahanda dan bondanya untuk pergi berburu. (hal.100

ii) Nilai kasih sayang antara ibu bapa dengan anak.Kasih sayang antara ibu bapa dan anak jelas dilihat ketika Tuanku

malim Deman meminta izin daripada ayahanda dan bondanya untuk pergi berburu. Gambaran kasih sayang ditunjukkan melalui perlakuan atau tindakan dan kata-kata yang diluahkan oleh ayahanda dan bonda Tuanku Malim Deman.

Buktinya , maka bangunlah baginda menyambut puteranya serta dipeluk dicium seraya bertitah, ‘Ayuhai anakanda buah hati ayahanda,’ lalu dipimpin tangan puteranya, dibawa bersemayam di atas peterana itu. (hal.9)

iii) Nilai bekerjasama/ saling membantuPeristiwa rakyat jelata bersama-sama para pembesar bekerjasama

membuat persiapan dan menyediakan kelengkapan untuk Tuanku Malim Deman pergi mengembara ke Hulu Bandar Muar untuk mencari bakal

9

Page 10: Hikayat Malim Deman

[Kupasan & Kajian Berdasarkan Kaedah Formalistik Dalam Hikayat Malim Deman]

isterinya Puteri Bongsu. Buktinya;Maka berhimpunlah orang besar-besar, temenggung, laksamana orang

kaya besar……….(hal.11) Gambaran rakyat jelata yang dating seperti berikut;

Yang capik datang bertongkat,Yang buta datang berpimpin,Yang pekak leka bertanya,Yang kecil terambin lintang,Yang jarak tolak-tolakan,Yang pendek tinjau-tinjauan,Yang kurap mengekor angin. (hal.11)

iv) Nilai kegigihan menempuh cabaranPeristiwa tuanku Malim Deman mengembara ke Hulu Bandar Muar

untuk mencari bakal isterinya yang menempuh pelbagai cabaran dan kesukaran. Contohnya, ramai pengiringnya yang mati kerana tersesat, ada yang mati kerana lapar dahaga yang teramat sangat. (hal.17). Tuanku Malim Deman sendi badannya calar balar terkena duri di dalam hutan dan pakaiannya koyak-rabak.(hal.19)

Selain itu, kegigihan Tuanku Malim Deman berlawan dengan Raja Mambang Molek untuk mendapatkan kembali isterinya. (hal.71)

v) Nilai kesabaran seorang isteri terhadap karenah suami.Tuan Puteri Bongsu bersabar terhadap karenah suaminya tuanku Malim

Deman yang lupa akan tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada puteranya kerana asyik berjudi dan bersabung ayam. (hal.43)

vi) Nilai bertanggungjawab pemerintah terhadap rakyat Dalam hikayat Malim Deman ini jelas terganbar raja yang mempunyai

perasaan penuh tanggungjawab terhadap keluarga dan negerinya. Contohnya Tuanku Gombang Malim dewa memerintah negeri Bandar Muar dengan adil dan bertanggungjawab menyebabkan ramai pedagang yang dating dan menambahkan kemakmuran negeri. (hal.2)

10

Page 11: Hikayat Malim Deman

[Kupasan & Kajian Berdasarkan Kaedah Formalistik Dalam Hikayat Malim Deman]

7. PENGAJARAN

Kita janganlah melakukan perkara bertentangan dengan ajaran Islam Contohnya: Perbuatan Malim Deman yang asyik berjudi, menyabung ayam dan bermesra dengan Si Kembang Cina adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Kita hendaklah menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluargaContohnya: Malim Deman yang melupakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dan suami kepada dua orang isterinya.

Kita hendaklah bersikap adilContohnya, Tuanku Gombang Malim Dewa memerintah negeri Bandar Muar dengan adil dan bertanggungjawab menyebabkan ramai pedagang yang dating dan menambahkan kemakmuran negeri.

Kita hendaklah taat kepada kedua ibubapaContohnya, Kasih sayang antara ibu bapa dan anak dilihat ketika Tuanku Malim Deman meminta izin daripada ayahanda dan bondanya untuk pergi berburu.

Kita mestilah patuh kepada pemerintahContohya, rakyat Bandar Muar yang patuh kepada pemerintahnya dan kepatuhan Tuanku Malim Deman meminta pengasuhnya Si Kembang Cina menyediakan bahan atau ramuan untuk Tuanku Malim Deman mandi.

Kita hendaklah berusaha sekiranya mahu berjayaContohnya, kegigihan Malim Deman yang berusaha untuk merantau mencari cara bagaimana untuk ke kayangan menemui Puteri Bongsu dan puteranya.

11

Page 12: Hikayat Malim Deman

[Kupasan & Kajian Berdasarkan Kaedah Formalistik Dalam Hikayat Malim Deman]

8. LATAR

Tempat di istana di kayangan dalam hutan rumah nenek kebayan kolam memancing di bilik

Masyarakat masyarakat istana golongan pembesar rakyat jelata masyarakat ghaib masyarakat kayangan

Masa zaman pemerintahan Tuanku Gombang Malim Dewa waktu malam ketika dia bermimpi

12