HBML 4103 Sejarah Perkembangan BM.doc

Embed Size (px)

Citation preview

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA___________________________________________________________________________

HBML4103

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEMESTER MEI 2014

___________________________________________________________________________NAMA

:NOR HAYATI BINTI HAJI SAYATNO.KAD PENGENALAN :730823085960

NO. MATRIK

:730823085960001

NO. TELEFON

:0162536323PUSAT PEMBELAJARAN:SHAH ALAM

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT1.0 Pengenalan

3

2.0 Bahasa Melayu Selepas Merdeka

4

2.1 Penggunaan Bahasa Melayu selepas merdeka

83.0 Matlamat Pendidikan Berdasarkan Penggunaan Bahasa Melayu9

3.1Laporan kajian lepas

144.0 Pendapat Tentang Perkembangan Bahasa Melayu Dalam

17 Pencapaian Matlamat Pendidikan di Malaysia

5.0 Kesimpulan

19Rujukan

201.0 Pengenalan

Para cendekiawan dan ilmuwan sedia maklum bahawa kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia atau bahasa antarabangsa merupakan fakta yang tercatat dalam sejarah perkembangan dan kebangkitan tamadun Melayu sejak zaman Sriwijaya pada abad ketujuh Masihi dengan kemuncaknya pada zaman Kesultanan Melayu. Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa lingua franca. Pada zaman kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, China, India dan Eropah. Ketika itu, bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa.Maka itu, tidaklah menghairankan apabila sarjana Belanda Francois Valentijn mengungkapkan kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-16 sebagai yang berikut:

Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana saja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah, atau sebagai bahasa Lingua Franca di Itali dan di Levant. Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan saja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh dari negeri itu, dan di sebelah timurnya sehinggan Kepulauan Filipina.Kedudukan dan taraf bahasa Melayu diperkasakan lagi dengan termaktubnya Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Ini bermakna kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi tidak dapat dipersoalkan, apatah lagi dicabar. Perjuangan meletakkan bahasa Melayu pada tempat yang tinggi dan bermartabat perlu dikukuhkan dengan iltizam dan pendekatan yang kreatif dan berani, supaya bahasa Melayu bukan sahaja menjadi milik orang Melayu, malah menjadi milik rakyat Malaysia dan penduduk Nusantara. Bahasa Melayu telah mengalami proses perkembangan yang begitu pesat. Menurut Kamarudin Haji Husin, Siti Hajar Haji Abdul Aziz dan Arba'ie Sujud(1997), sejarah perkembangan Melayu di Nusantara adalah melalui tiga tahap iaitu Bahasa Melayu sebelum dan Zaman Keagungan Melaka, Bahasa Melayu Zaman Pra-Merdeka dan Bahasa Melayu selepas Merdeka. Namun untuk tujuan tugasan ini, perbincangan hanya berfokus kepada sejarah perkembangan bahasa Melayu selepas merdeka sekitar 50'an sehinggalah sekarang. Kajian ini secara tidak langsung membawa impak kearah pemupukan, kemantapan, kesempurnaan Bahasa Melayu dalam pelbagai disiplin kehidupan melalui sistem pendidikan negara dan tokoh-tokoh bahasa Melayu di Malaysia. MenurutProfesor Dr Asmah Haji Omar, 1985, perkembangan Bahasa Melayu merupakan pembaharuan yang terjadi pada bahasa itu untuk memenuhi kehendak sesuatu masyarakat tertentu.

2.0 Bahasa Melayu Selepas MerdekaSejak merdeka, bahasa Melayu telah dinaikkan martabatnya sebagai bahasa kebangsaan bagi menggantikan bahasa Inggeris yang ketika itu menjadi bahasa rasmi tunggal negara, dan dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah kebangsaan dari peringkat rendah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Selain itu, bahasa Melayu menjadi pendukung dan berperanan sebagai bahasa perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan beragam bahasa.

Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia dan persekitarannya sejak melebihi 1000 tahun lalu. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia dan Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga turut ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di selatan Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Era selepas merdeka bermula selepas 31 Ogos 1957 hinggalah tahun 1967. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Sejak 1957, apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan sebagaimana yang disarankan oleh Suruhanjaya Reid. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Antaranya, bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini. Faktor kedua ialah bahasa Melayu dapat melahirkan jati diri penduduk negara ini. Faktor ketiga pula ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah diamalkan sejak sekian lama dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum. Akhir sekali iaitu yang keempat, bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri-negeri Melayu. Iaitu sejak zaman kesultanan Melaka lagi.

Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga alat perpaduan tidak disanggah oleh mana-mana pihak. Walaupun bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam semua urusan pentadbiran, namun penggunaan dan pembelajaran bahasa-bahasa lain dalam urusan bukan rasmi tidak pernah disekat atas kesedaran negara terdiri daripada pelbagai etnik dan ragam bahasanya. Pada dasarnya, pengiktirafan dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dikawal oleh dasar bahasa kebangsaan dan dari segi undang-undang, dasar ini telah dimaktubkan melalui perlembagaan dan akta.

Pada 7 Mac 1957, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan, dengan sebulat suara meluluskan Penyata Razak. Tujuan Penyata Razak adalah untuk mewujudkan suatu sistem pelajaran nasional bagi Persekutuan Tanah Melayu yang dapat diterima oleh seluruh rakyat serta memenuhi kehendak mereka di samping dapat menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial dan ekonomi ke arah satu bangsa iaitu bangsa Malaysia. Di bawah Penyata Razak juga kedudukan Bahasa Melayu diangkat untuk dijadikan sebagai bahasa kebangsaan di Tanah Melayu. Namun, pertumbuhan bahasa dan budaya orang-orang bukan Melayu yang menetap di negara ini tetap akan dipelihara. Dewan bahasa dan Pustaka (DBP) memainkan peranan yang amat penting pada era ini. DBP telah diberi mandat untuk menggubal dasar tentang matlamat yang ditetapkan dalam akta tersebut. DBP dibenarkan menggubal dasar-dasarnya yang khusus, menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera menurut kebijaksanaan pihak pengurusannya sendiri, DBP juga dibenarkan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti penerbitan dan perniagaan buku dengan syarat mematuhi prinsip serta amalan perusahaan dan profesion penerbitan yang telah ditetapkan. Dewan Bahasa dan Pustaka telah dipertanggungjawabkan untuk membina dan mengembangkan bahasa kebangsaan bersesuaian dengan dasar negara dan hasrat rakyat.Sebagai sebuah negara yang baru merdeka dan mempunyai rakyat yang berbilang kaum, satu orientasi baru diperlukan untuk membentuk sikap rakyat menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. DBP telah melancarkan kempen-kempen bahasa untuk melibatkan penyertaan rakyat daripada semua kaum dalam kegiatan bahasa secara besar-besaran. Usaha ini dilakukan di seluruh negara pada setiap tahun selama tujuh tahun iaitu dari 1960-1966. Antara usaha yang dijalankan ialah Minggu Bahasa Kebangsaan yang dilancarkan buat pertama kalinya pada 30 Januari 1960. Pelancaran itu disempurnakan oleh pengerusi jawatankuasa pusat Minggu Bahasa Kebangsaan iaitu Tuan Syed Nasir bin Ismail. Antara tujuan Minggu Bahasa Kebangsaan ini adalah untuk menggalakkan seluruh rakyat supaya menggunakan bahasa kebangsaan dalam kehidupan mereka sehari-hari sekali gus menunjukkan kepada dunia bahawa sebagai bangsa yang merdeka kita menggunakan bahasa kebangsaan yang difahami oleh seluruh rakyat daripada segala keturunan sebagai bahasa perantaraan. Selain itu, ia juga berperanan untuk menyakinkan orang ramai yang masih ragu-ragu tentang kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa terbesar di sebelah Timur dan mampu menjadi bahasa ilmu.

Pada 15 April 1962, satu seminar mengenai bahasa dan sastera telah diadakan di Balai Budaya Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Seminar yang dianjurkan oleh Dewan bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Perpustakaan Universiti Malaya ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, iaitu Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein. Seminar ini telah berlangsung selama empat hari dan sebanyak 50 kertas kerja dibincangkan dalam seminar tersebut. Kertas-kertas kerja ini adalah daripada beberapa pakar bahasa dari seluruh tanah air. Antara perkara yang dibahaskan dalam seminar tersebut termasuklah mengenai bahasa dan kesusasteraan, ilmu pengetahuan dan buku-buku sekolah. Ini mencakupi masalah sastera, perpustakaan serta perkembangan kesusasteraan dan persuratan Melayu sebagai bahan dan alat pendidikan ke arah pembangunan rakyat.Pada 11 April 1963, satu akta yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan, iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963 telah diluluskan dan dikuatkuasakan. Selepas 10 tahun merdeka, satu lagi akta berkaitan dengan bahasa Melayu digubal iaitu Akta bahasa Kebangsaan 1967 telah diluluskan dan mula dikuatkuasakan pada 1 September 1967. Akta ini kemudian telah disemak dan disatukan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 supaya lebih jelas dan mantap fungsinya sebagai bahasa kebangsaan.Pada 27 Jun 1967, satu keputusan muktamad mengenai satu sistem ejaan baru yang ilmiah, praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia telah dicapai. Rundingan mengenai persetujuan sistem ejaan bahasa Malaysia-Indonesia ini telah dihadiri oleh Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Malaysia yang dipengerusikan oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail (Pengarah Dewan bahasa dan Pustaka) dengan Team Ahli Bahasa KOTI (Komando Tertinggi Indonesia) yang diketuai oleh Nyonya S. W. Ruddjiati Muljadi. Hasil daripada perbincangan tersebut maka terbentuklah Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia, dan pelaksanaannya bergantung kepada penerimaan serta pengesahannya daripada kerajaan kedua-dua buah negara. Kempen-kempen untuk memberikan penerangan mengenai Ejaan Bersama ini ke seluruh negara telah dijalankan melalui akhbar-akhbar, radio dan televisyen, serta melalui majalah-majalah. Dewan Bahasa dan Pustaka juga telah memainkan peranannya dengan menganjurkan ceramah-ceramah di seluruh negara. Namun begitu masih terdapat ketidakseragaman dari segi ejaan bagi sesetengah perkataan. Sebagai contoh perkataan mahu - mau, kerana karena, dan ubat obat. Oleh itu,Daftar ejaan Za'ba yang baru bagi Bahasa Melayu telah dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1980. Setelah sepuluh tahun mencapai kemerdekaan, Parlimen meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Di bawah akta ini, Bahasa Melayu wajib digunakan sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan rasmi negara bagi menggantikan kedudukan Bahasa Inggeris yang pernah digunakan dalam semua urusan rasmi. Pada 1 September 1967 DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi Negara yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia. Perisytiharan ini adalah kesinambungan daripada tindakan Parlimen yang telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dalam sidangnya yang berlangsung pada bulan Mac 1967. Baginda menyifatkan pendaulatan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal merupakan permulaan suatu zaman baru dalam sejarah kemerdekaan negara ini. Baginda telah menyeru seluruh rakyat agar mengguna dan memajukan Bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh sebagai bahasa rasmi negara ini.2.1 Penggunaan Bahasa Melayu selepas merdeka

2.1.1Bahasa Ilmu Konsep bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu diperkenalkan dalam tahun 90-an selaras dengan konsep pembudayaan ilmu. Sebelum ini ketika tahun 80-an, konsep tersebut lebih dikenali sebagai bahasa Ilmiah ( Nik Safiah 1986 dan Abdullah Hassan 1987 ). Bahasa Ilmu ialah bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan dari peringkat rendah sehingga ke peringkat tinggi atau dengan kata lain ianya memainkan peranan sebagai bahasa pengantar kepada ilmu pengetahuan. Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib.

2.2Bahasa PerpaduanBahasa Melayu juga digunakan sebagai wahana perpaduan yang menjadi teras kepada pembangunan dan kemakmuran sesebuah negara terutama yang mempunyai masyarakat majmuk. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum memandangkan bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan di Malaysia Oleh itu, bahasa Melayu perlu memainkan peranan yang penting untuk meyatupadukan kaum di negara ini selaras dengan pendapat Garvin dan Mathiot ( 1968 ) yang mengatakan bahawa fungsi simbolik sesuatu bahasa standard ialah fungsi penyatuan. Dalam kata lain, sesuatu bahasa boleh bertindak sebagai alat yang menghubungkan penutur-penutur yang menuturkan berbagai-bagai dialek bahasa membentuk satu masyarakat bahasa. Hasil daripada penyatuanpaduan ini, akan wujudlah satu bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia. Penyatupaduan rakyat sesebuah negara jarang berlaku dengan hanya bersefahaman dalam politik dan agama sahaja. Akan tetapi bahasa yang merupakan alat pengisi pemikiran dan alat untuk melahirkan pendapat dan fikiran itu merupakan alat perpaduan yang sebaik-baiknya. Dalam hal ini, bahasa Melayu mendukung tanggungjawab dalam perpaduan rakyat Malaysia.2.1.3Bahasa RasmiBahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan Negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya. Melihat akan fungsi bahasa rasmi itu, maka bahasa kebangsaan juga boleh dijadikan bahasa rasmi sesebuah negara. Selepas kemerdekaan, bahasa Melayu telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi tunggal di Malaysia. Oleh itu, sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu telah digunakan sepenuhnya dalam urusan pentadbiran kerajaan dan perbahasan di Parlimen atau di Dewan Perundangan Negeri. Dalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakiman, dan mahkamah, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah bertambah baik setelah seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan dipinda (Jun 1991). 3.0 Matlamat Pendidikan Berdasarkan Penggunaan Bahasa Melayu

Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan sebagaimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.Perlaksanaan kurikulum baru KBSR dan KBSM adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Penggubalan semula Falsafah Pendidikan Negara yang dahulunya hanya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan, menyebabkan berlakunya keperluan untuk mengkaji semula keseluruhan sistem dalam pendidikan kebangsaan. Berikut ialah matlamat-matlamat pendidikan Malaysia sebagaimana yang digariskan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan: Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajipan sebagai warga Malaysia. Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan kepada kemajuan dan pembangunan.

Melahirkan rakyat yang memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan.

Melahirkan rakyat yang setia kepada Raja dan cintakan negara.

Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi demi mewujudkan perpaduan Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan kurang berada.

Bahasa Melayu amat penting dalam bidang pendidikan kebangsaan. Oleh yang demikian, kerajaan telah merancangkan pembinaan bahasa Melayu dengan tujuan supaya bahasa Melayu berkembang maju selaras dengan peranannya yang utama sebagai asas kebudayaan masyarakat. Bahasa Melayu turut digunakan secara rasmi dalam sistem pelajaran negara. Tambahan pula, dalam Laporan Razak telah memberikan penegasan dalam mengutamakan bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan. Berdasarkan Laporan Razak jelas bahawa dasar pendidikan yang dilaksanakan dapat membentuk perpaduan kaum di negara ini. Untuk mencapai hasrat ini, maka melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, semua sekolah termasuk sekoleh jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar diganti dengan bahasa Melayu.

Penyata Razak telah menyatakan satu mesej jelas untuk menyatukan kanak-kanak daripada pelbagai bangsa di dalam negara ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua lapisan bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantara utama. Para pelajar yang ingin memohon untuk mengikuti program di peringkat universiti pula adalah diwajibkan mendapat sekurang-kurangnya lulus atau kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Begitu juga dengan kemasukan ke maktab-maktab perguruan di mana bahasa Malaysia disarankan agar dijadikan mata pelajaran penting dan dijadikan sebagai syarat wajib kemasukan ke mana-mana institusi latihan perguruan di Malaysia. Antara mesej dalam pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 tersebut ialah:

"DAN BAHAWASANYA peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan, termasuk, khususnya peruntukan bagi perkembangan yang progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana bahasa kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantara utama".

Malah dalam Laporan Rahman Talib 1960, kedudukan sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Tujuan utama penukaran kedudukan ini adalah untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini di samping memantapkan lagi kedudukan bahasa Melayu secara berperingkat dalam sistem pendidikan kebangsaan. Sistem persekolahan aliran kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah dalam aliran jenis Kebangsaan wajib dalam pengajaran bahasa Melayu. Berdasarkan Dasar Pelajaran Kebangsaan, kerajaan telah mencadangkan agar tulisan Rumi digunakan namun dengan syarat persediaan dibuat untuk pelajaran tulisan Jawi dalam kalangan murid-murid.Bahasa Melayu sudah lama bertapak sebagai bahasa pengantar di sekolah, maktab, politeknik dan universiti. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi menentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Malahan, ratusan ribu siswazah telah berjaya menerima pendidikan dalam Bahasa Melayu. Ribuan tesis dan disertasi pada peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran ditulis dalam Bahasa Melayu, dan puluhan, malahan ratusan, profesor telah menyampaikan syarahan perdana tentang pelbagai ilmu menggunakan Bahasa Melayu. Ini membuktikan kepada kita bahawa bahasa Melayu mampu memainkan peranannya sebagai bahasa ilmu seterusnya memenuhi matlamat pendidikan yang mahukan bahasa Melayu diletakkan pada martabatnya sebagai bahasa utama di Malaysia.Selain itu, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar digunakan tidak terhad kepada orang Melayu sahaja, tetapi melibatkan semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia yang berkeupayaan sebagai bahasa ilmu, bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat sebagai bahasa pengantar.

Laporan kabinet 1985 telah menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu adalah bertujuan untuk menyatukan kaum di negara Malaysia serta menjadikannya sebagai bahasa pengantar untuk memperoleh ilmu. Kewajaran penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan untuk berkomunikasi antara para pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya dapat diperkukuhkan lagi melalui aktiviti kokurikulum di sekolah. Komunikasi dua hala yang wujud dalam kalangan murid tanpa mengira kaum atau budaya semasa aktiviti luar bilik darjah dengan menggunakan satu bahasa iaitu bahasa Melayu menjadi medium penting ke arah satu lagi matlamat pendidikan negara iaitu perpaduan kaum. Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini dapat dilihat secara langsung melalui aktiviti sosial seperti sukan, olahraga, kesenian, kerja-kerja kebajikan, gotong royong dan sebagainya. Sifat kepelbagaian bahasa Melayu yang sempurna dan mempunyai pelbagai cara dan gaya boleh diaplikasikan dalam penyampaian, fikiran, perasaan atau pendapat. Luahan atau isu perbincangan boleh dilahirkan dalam pelbagai cara dan intonasi yang berbeza demi mendapatkan kesan yang berlainan menjadikannya sebagai bahasa pengantar yang murni dan mesra penutur. Pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar merupakan matlamat dasar pelajaran di negara ini yang ingin menjadikan bahasa Melayu tunggal dan unggul sebagai bahasa pengantar yang utama dalam sistem pendidikan (Shahril @ Charil Marzuki, et al., 1993:53)Bahasa Melayu tetap mempunyai peranan sebagai bahasa ilmu kerana kesediaan pengamalnya untuk menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan terkini akan tetap kekal berfungsi sebagai bahasa untuk menimba ilmu sekiranya bahasa ini digunakan dari peringkat akar umbi hinggalah ke menara gading. Jati diri orang Melayu dengan sikapnya yang optimistik terhadap bahasa dan budaya mencerahkan lagi penguasaan bahasa Melayu secara warisan dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Bahasa Melayu dalam latihan perguruan telah dilaksanakan sejak tahun 1957. Kerajaan telah mewajibkan pembelajaran bahasa Melayu di maktab atau di pusat latihan guru. Bahasa Melayu diajarkan sebagai salah satu daripada mata pelajaran wajib kepada para guru pelatih. Penyediaan guru yang berkelayakan mengajar dalam bahasa Melayu amat penting kerana sekolah menengah dan kebangsaan yang dimulakan itu hanya dapat berkembang dengan pesat dan baik jika gurunya disediakan dengan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Ini kerana selain berperanan sebagai penyampai ilmu, guru juga merupakan barisan hadapan yang mendukung kedaulatan bahasa Melayu. Sebagai contoh, Maktab Perguruan Bahasa telah melahirkan guru yang berkelayakan mengajarkan bahasa Melayu sebagai Bahasa kedua dan bahasa pertama. Pada tahun 1958 pula, kursus pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua telah diadakan bagi penuntut di maktab dan di Pusat Latihan Harian untuk membolehkan mereka mengajarkan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah rendah jenis kebangsaan.

Bahasa Melayu mampu menjadi medium menyampaikan ilmu pengetahuan moden. Hal ini kerana bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka bidang ilmu terkini. Bahasa Melayu juga mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak.

Selain itu, bahasa Melayu juga mempunyai ciri ilmiah iaitu berkeupayaan untuk menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat serta berkesan secara mudah bagi penggunaan laras saintifik. Keintelektualan bahasa dicapai melalui perkembangan perbendaharaan kata. Kesempurnaan bahasa Melayu juga terserlah dengan ada ciri-ciri kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan bahasanya sebagai medium penyebaran ilmu.Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan beberapa objektif. Antaranya ialah keseimbangan dari segi rohani dan emosi. Hashim Hj. Musa dalam artikelnya yang bertajuk Bahasa Melayu Dalam Pendidikan Negara dalam pelita Bahasa bulan Januari 2005 menegaskan bahawa pendidikan dan penyemaian aspek moral, etika dan kerohanian seharusnya tidak diabaikan, iaitu menyampaikan ilmu fardu ain kepada semua anak bangsa Melayu lebih-lebih lagi kereka yang di bangku sekolah, kolej, institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Bagi memenuhi kehendak tersebut, sistem pendidikan di bawah unit kurikulum telah memperkenalkan mata pelajran pendidikan Islam dan Moral yang meenggunakan medium bahasa Melayu yang mudah difahami. Sifat kelenturan bahasa Melayu memudahkan kemasukan istilah-istilah bahasa lain khasnya bahasa Arab dalam sistem daftar kata bagi meningkatkan pemahaman murid.Usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan Negara diteruskan dengan pengenalan bahasa Melayu baku pada tahun 1998. Bahasa baku ialah bahasa yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah dari segi bentuk dan sifatnya dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk dsb yg lain. Dengan kata lain bahasa baku ialah bahasa standard. Berikut ialah beberap pendapat daripada tokoh-tokoh bahasa tentang bahasa Melayu baku. Menurut Nik Safiah Karim, 1978:17, bahasa baku merupakan satu bentuk bahasa yang telah dikodifikasikan, diterima dan dijadikan sebagai model oleh sekumpulan besar komuniti bahasa. Asmah Hj. Omar 1978:112 pula menyatakan bahasa Melayu baku sebagai "...... bahasa Melayu yang telah diterima oleh semua pemakai bahasa Melayu dari berbagai-bagai dialek dan tingkat masyarakat dan digunakan dalam semua lapangan kebudayaan". 3.1Laporan kajian lepas

Farid M.Onn, 1992 dalam kajiannya menyebut tentang cabaran yang terpaksa ditempuh oleh Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan. Antara cabaran yang telah dikenalpasti oleh beliau ialah persaingannya dengan Bahasa Inggeris. Kita sedia maklum bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa utama di dunia. Sejak sebelum merdeka lagi bahasa Inggeris telah mendominasi segala urusan di negara kita, dari urusan pentadbiran hinggalah kepada sistem pendidikan. Keadaan mula berubah apabila Dato Abdul Razak bin Dato Hussien iaitu Menteri Pelajaran Persekutuan telah mengumumkan cadangan-cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran 1956. Titik-tolak daripada cadangan tersebut maka terbitlah Laporan Razak 1956. Antara perubahan besar yang dilakukan dalam laporan tersebut ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah. Selain itu, semua sekolah akan menggunakan satu sukatan pelajaran yang sama sebagai usaha menyusun semula sistem pengajaran di Tanah Melayu. Daripada situlah bahasa Melayu mula mendapat tempat dalam sistem pendidikan di Malaysia. Namun, kebelakangan ini kemampuan bahasa Melayu dalam menerajui perkembangan pendidikan yang pesat sering dipertikaikan. Contoh paling jelas adalah bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di mana hasrat mengembalikan mata pelajaran tersebut kepada pengajaran dalam bahasa Melayu mendapat bantahna daripada pihak-pihak tertentu. Penggunaannya dalam pencetusan teknologi maklumat juga sering diragui kemampuannya. Anak-anak muda pula sering kali mencampuradukkan penggunaan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris atau penggunaan kata-kata asing secara sewenang-wenangnya. Banyak lagi tanda-tanda negatif yang dapat dikesan terhadap bahasa Melayu. Antaranya ialah ragam dan gaya penggunaan bahasa yang tidak teratur dan kalimat yang tidak gramatis. Perjuangan untuk mengembalikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu perlulah digalas bersama dari peringkat tertinggi hinggalah ke akar umbi.Zainal Abidin Abdul Wahid, 2002 dalam kajiannya pula menyarankan agar usaha memartabatkan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara perlu dilakukan dengan segera. Antaranya ialah melaksanakan Dasar Bahasa Kebangsaan yang tegas supaya nilai ekonomi Bahasa Melayu akan lebih terjamin. Intitusi Pengajian Tinggi Swasta harus menyediakan satu rancangan rasmi yang memaparkan usahanya untuk meMalaysiakan Institusi berkenaan sebelum pengiktirafan sesebuah Intitusi Pengajian Tinggi Swasta dilaksanakan. Selain itu, kerajaan harus memperbaiki kaedah pengajaran Bahasa Inggeris daripada menerapkan terus Bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran sains dan matematik. Kerajaan juga harus menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih erat dengan negara Indonesia dan Brunei untuk memperkembangkan Bahasa Melayu, serta beberapa langkah lain yang efektif yang boleh digagaskan secara bersepadu. Daripada kenyataan tersebut jelaslah kepada kita betapa pentingnya bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kita. Walaupun ada usaha untuk menafikan kemampuannya dalam penyampaian ilmu, namun perlu diingat bahawa bahasa Melayu bukan sahaja bahasa pertuturan semata-mata, tetapi tanggungjawab besar yang digalas oleh bahasa ini adalah sebagai agen perpaduan. Memandangkan negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan budayanya, isu perpaduan sewajarnya diberi perhatian bagi mengelakkan perselisihan faham. Ini dapat dicapai melalui satu sistem bahasa yang unggul dan mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat. Usaha mewajibkan pelajaran Bahasa Melayu di Institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta perlu dilaksanakan bagi memastikan bahasa Melayu tetap releven sebagai bahasa ilmiah.

Terdapat kajian yang dilakukan di Malaysia berhubung dengan penggunaan bahan kesusasteraan iaitu teks cerpen dalam pendidikan khasnya dalam pengajaran bahasa. Kajian-kajian ini dibuat oleh tokoh bahasa, tokoh sastera dan tokoh akademik yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang sastera. Menurut Othman Puteh (2002), dalam bukunya yang bertajuk Persediaan Menulis Cerpen menyatakan cerpen atau cerita pendek ialah cerita rekaan (cereka) berbentuk prosa yang relatif pendek. Kependekkannya pula masih tidak jelas ukurannya dan tidak tetap jumlah perkataannya. Kajian tersebut menjelaskan kepada kita bahawa penguasaan bahasa Melayu yang baik dapat meningkatkan daya kreativiti murid. Bagi tujuan tersebut tersebut mata pelajaran KOMSAS telah diperkenalkan di peringkat menengah rendah di mana semua murid tanpa mengira bangsa dan budaya wajib mempelajarinya. Melalui pembelajaran KOMSAS, murid dapat meningkatkan dan mengukuhkan keterampilan berbahasa. Di samping itu, pemupukan nilai-nilai murni dalam kalangan murid dapat direalisasikan sebagaimana yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara. Aktiviti-aktiviti sastera yang menjadi salah satu elemen penting dalam kemahiran berbahasa dapat disuburkan apabila mata pelajaran ini diserapkan dalam sistem pendidikan kita. Daripada kajian yang dibuat, terdapat juga tokoh-tokoh sastera yang terdiri daripada kalangan bukan Melayu. Ini merupakan satu petanda baik kepada penerimaan bahasa Melayu dalam kalangan penutur-penutur bukan Melayu. Oleh itu, aktiviti-aktiviti kesusasteraan perlu dirancang di peringkat sekolah lagi bagi membuktikan bahawa bahasa Melayu boleh mencetuskan daya kreativiti yang tinggi dalam kalangan penuturnya

Kesimpulannya, peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan mestilah berjalan seiring dengan matlamat pendidikan negara. Melalui sistem pendidikanlah usaha untuk memertabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa agung dapat dicapai. Pengamal-pengamal bahasa melayu terutama dalam kalangan pendidik perlu bersikap optimis untuk memastikan perkembangan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara berada pada tahap maksimum.4.0Pendapat Tentang Perkembangan Bahasa Melayu Dalam Pencapaian Matlamat Pendidikan di MalaysiaMatlamat pendidikan Malaysia adalah untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna dengan memiliki serta menghayati ciri-ciri seperti percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Selain itu, seseorang insan itu juga perlu berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara serta memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

Penerapan penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan Malaysia pada hari ini dilihat semakin membuahkan hasil. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sekolah kebangsaan amat membantu dalam meningkatkan penguasaan bahasa ini dalam kalangan murid. Untuk menguasai sesebuah bahasa, murid bukan sahaja perlu mempelajari bahasa tersebut, malah perlu mempraktikkannya juga. Cara yang mudah adalah pertuturan sesama rakan sebaya. Oleh itu, penguasaan bahasa Melayu terutamanya bagi kaum Cina dan India dapat ditingkatkan apabila mereka berbual dengan rakan atau melalui soal jawab dengan guru. Bahasa Melayu juga digunakan sebagai medium bagi kebanyakan buku teks di sekolah. Jadi, murid perlu menguasai bahasa ini dahulu untuk memahami mata pelajaran yang lain.

Bahasa Melayu juga menjadi syarat wajib lulus bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Maka, mata pelajaran ini perlu diberi perhatian dan dikuasai sepenuhnya. Kegagalan untuk menguasai mata pelajaran ini akan menyebabkan murid atau pelajar terkandas dan tidak dapat melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi.

Penggunaan bahasa Melayu dapat mengelakkan prasangka buruk antara kaum. Hal ini kerana penggunaan bahasa yang sama dalam sesebuah kelompok masyarakat dapat meningkatkan tahap kepercayaan dan penerimaan sesama kaum. Bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam menyatupadukan masyarkat. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh hal yang demikian, satu jenis pertuturan diperlukan bagi membolehkan kaum-kaum di Malaysia ini berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain. Maka bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaaan dan menjadi bahasa pertuturan utama rakyat Malaysia. Penggunaan bahasa Melayu dalam komunikasi sesama kaum di Malaysia dapat mengeratkan lagi hubungan dan perpaduan antara kaum. Hal ini bermula sejak dari bangku sekolah lagi di mana murid-murid yang berbilang kaum bermain dan berbual menggunakan satu bahasa. Seperti kata papatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, perpaduan antara kaum perlu diterap semenjak murid masih kecil lagi. Perpaduan yang erat akan membantu murid agar tidak akan mempunyai perasaan dan sikap yang prejudis terhadap kaum yang lain apabila mereka besar kelak. Perpaduan yang dimaksudkan ini dapat dicapai dengan penggunaan bahasa komunikasi yang sama dan membolehkan murid-murid di sekolah bergaul dan mempercayai antara satu sama lain. Guru-guru di sekolah turut menggunakan bahasa yang sama untuk mengajar mata pelajaran. Oleh itu, sikap menghormati antara satu sama lain akan timbul kerana setiap kaum dilayan sama rata dengan menggunakan bahasa komunikasi yang sama. Tidak akan wujud sebarang rasa pilih kasih antara guru dengan murid atau murid dengan murid.

Tambahan lagi, bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar sepenuhnya di peringkat pengajian tinggi. Hal ini meningkatkan lagi martabat bahasa tersebut kerana penggunanya kali ini melibatkan pelajar-pelajar yang berkelulusan tinggi. Malahan, terdapat juga pelajar dari luar negara yang menjalani sesi pembelajaran di salah sebuah universiti di Malaysia, mempelajari tentang bahasa Melayu serta mengkajinya. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di pusat-pusat pengajian tinggi mampu memberi impak yang besar dalam proses pengenbangan bahasa. Perbincangan ilmiah menjadi pemangkin kepada usaha ini. Pastinya menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia untuk melihat bahasa Melayu duduk sebaris dengan bahasa-bahasa lain di dunia sebagai bahasa ilmu dan bahasa yang berdaulat.5.0Kesimpulan

Sesungguhnya, perjuangan untuk memartabatkan bahasa Melayu bukanlah satu perkara yang mudah sebaliknya berbagai-bagai cabaran terpaksa diharungi. Peredaran zaman dan proses globalisasi mula memberikan kesan terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan penduduk di negara ini. Persoalan dan polemik bahasa semakin hangat diperdebatkan. Kehanhatan ini amat terasa apabila isu keyakinan terhadap keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah mula tergugat dan sering dipertikaikan. Terdapat usaha-usaha untuk mengubah persepsi kegemilangan bahasa Melayu yang kononnya lemah dan tidak dapat bersaing di peringkat yang lebih tinggi, apatah lagi di arena antarabangsa.

Sejajar perkembangan mutakhir , tiba masanya untuk masyarakat menyorot kembali kegemilangan bahasa Melayu pada satu ketika dahulu dengan menjadikannya sebagai satu landasan bagi menjana fikiran dalam usaha mengembalikan dan menegakkan maruah dan kedaulatan bahasa Melayu agar wahana komunikasi ini dapat digunakan dengan penuh penghayatan dan keyakinan dalam semua bidang.RUJUKANAsmah Haji Omar. (1985). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. Awang Sariyan dipetik daripada Ensiklopedia kebudayaan Melayu. (1998) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarudin Husin et al. (1997). Pengajian Melayu 1. Kuala Lumpur: Kumpulan

Budiman.

Omar, A. H. (2004). Muafakat bahasa: Sejarah MBIM/MABBIM sebgai pembina bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pelajaran, K. (2007). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran.http://www.sabah.net.my/nurfirdaus/universiti/bbm3401.htmhttp://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/bahasa-melayu-selepas-merdeka.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Laporan_Razakhttp://smgr1991.blogspot.com/2012/12/penyata-razak-dan-penyata-rahman-talib.htmlhttp://alagendra.blogspot.com/2008/05/bahasa-melayu-dalam-perspektif.html

5