22
GOSOKAN DAN RESIS

Gosokan Dan Resis

Embed Size (px)

DESCRIPTION

GOSOKAN

Citation preview

GOSOKAN

GOSOKAN DAN RESIS Teknik GosokanGosokan ialah satu teknik menghasilkan kesan-kesan atau tanda-tanda dari satu suatu permukaan yang timbul ke atas kertas. Contoh: duit syilling, cermin tingkap, lantai simen, tapak kasut.Caranya adalah tekapkan sekeping kertas nipis pada permukaan objek yang timbul dan ambil pensel atau krayon, gosokkan atas permukaan tersebut. Corak permukaan yang timbul tadi telah dipindahkan keatas kertas tadi.Secara gosokan akan menghasilkan corak permukaan yang berlainan. Biasanya permukaan yang mempunyai jalinan yang kasar dan rapat akan menghasilkan ton yang lebih gelap berbanding permukaan yang mempunyai jalinan yang jarang dan nipis.

Alat dan MediaBerbagai jenis pensil -Penggunaan pensil dan pensil warna akan memberikan kesan jalinan yang halus.

Kapur dan pastel yg berbagai warna - Jalinan yang dihasilkan daripada kapur dan pastel adalah bahan rapuh dan tidak kekal lama

Warna krayon dan krayon lilin -Krayon memberikan kesan tebal dan nyata apabila diaplikasikan ke atas jalinan.Arang semulajadi- Penggunaan arang dalam aktiviti gosokan akan menghasilkan jalinan yang mudah rosak

Kertas surat khabar yang belum bercetak

Hasil jalinan dari aktiviti gosokan boleh disimpan dengan baik apabila menggunakan semburan pemati warna ke atas jalinan tersebut.

Teknik gosokan yang pelbagai akan menghasilkan kesan jalinan yang menarik.Contoh Gambar

Teknik ResisResis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin.

Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas.Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertas.

Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memandamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya.

Krayon juga boleh digunakan diperingkat sekolah rendah. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis

Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang terdapat pada kain tersebut.

Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut.Contoh Gambar