Upload
meimeifoong
View
453
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
Tajuk:Amalan kitar semula
di BUKIT rahman putra,sungai
buloh,Selangor
NAMA : Foong Mei Guan
KELAS : 3 LOVE
SEKOLAH : Sekolah Seri Cahaya
NAMA GURU :Puan Lethisia Mary
TARIKH HANTAR :
Senarai Kandungan
Tajuk Halaman
1. Penghargaan
2. Pendahuluan
3. Objektif Kajian
4. Kawasan Kajian
5. Kaedah Kajian
6. Dapatan Kajian
7. Rumusan
8. Lampiran
9. Rujukan
PENGHARGAAN
Dalam proses menyiapkan projek ini, Saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Penolong Pengetua Sekolah Seri Cahaya, Pn Sarena kerana
telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini
sewaktu Kelas Komputer. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu Puan
Lethisia Mary yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang
kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya iaitu Lee Kim Yoke
dan Foong Chee Wai kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya
untuk menyiapkan kerja kursus ini.Tidak lupa juga kawan-kawan saya iaitu Sam
Jie Vei, Chai Chee Yin, Yong Yannru,Siew Wen Shan, Marcia Mok,Jason Aow Yi
Yong,Chong Jia Wei dan Chia Kim Meng yang telah banyak membantu saya ketika
temu bual dilakukan.
Akhir sekali saya telah mengucapkan terima kasih kepada penduduk Bukit
Rahman Putra yang telah memberikan bantuan kepada saya semasa kajian ini
dijalankan.
Pendahuluan
Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk
pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan dua
tajuk iaitu Amalan Kitar Semula dan Migrasi Dalaman Penduduk.Saya telah
memilih Tajuk Amalan Kitar Semula di Bukit Rahman Putra. Oleh itu, saya telah
diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang kami tinggal.
Oleh sebab itu, saya memilih tajuk ini kerana di kawasan kami mempunyai
pusat kitar semula dan ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.
Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula
bulan Feb sehingga bulan May iaitu kira-kira 4 bulan. Setiap pelajar perlu menulis
satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.
Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan
faedah khususnya kepada saya dan amanya kepada masyarakat di kawasan tempat
tinggal saya.
OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan:
a) Menyatakan maksud konsep kitar semula dengan tepat dan jelas b)
Menyenaraikan jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula di Bukit Rahman Putra
c) Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula di Bukit Rahman Putra
d) Menghuraikan masalah/halangan amalan kitar semula di Bukit Rahman Putra
e) Mencadangkan langkah mengatasi masalah dalam melaksanakan
amalan kitar semula di Bukit Rahman Putra
f) Dapat menerapkan unsur nilai dan patriotisme terhadap penduduk di Bukit
Rahman Putra tentang kepentingan amalan kitar semula.
Kawasan kajian
Kajian ini telah dijalankan di Bukit Rahman Putra ,Sungai Buloh , Selangor.
Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 10 kilometer dari Shah Alam dan
10km dari Bandar Sri Damansara.Keluasan Bukit Rahman Putra ialah kira-kira
100.12 kilometer persegi. Kawasan ini telah dimajukan oleh pemaju Syarikat
SUNWAY RAHMAN PUTRA Sendirian Berhad kira-kira antara tahun 1995
hingga 2010. Kawasan ini terletak kira-kira 5km dari Pusat Bandar Sungai Buloh.
Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ialah RM1 dan
mengambil masa 5 minit untuk sampai ke Sungai Buloh..
Bukit Rahman Putra mempunyai beberapa kompleks membeli- belah seperti
Hong Kong Komplek. Kawasan ini juga mempunyai balai polis,pasar raya, bank
dan sekolah-sekolah kebangsaan rendah dan menegah.
Namun begitu, oleh sebab terlalu banyak pengangkutan peribadi,jalan
kawasan perumahan ini sering menghadapi kesesakan jalan raya semasa waktu
puncak.
Sebelum pemajuan Bukit RahmanPutra, kawasan ini merupakan Tanah
Pamah.Bukit Rahman Putra terletak di Sungai Buloh.
Kaedah Kajian
Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan
digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat. Oleh itu, saya telah
menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini, iaitu:
1) Pemerhatian : Saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti
amalan kitar semula yang terdapat di kawasan tinggal saya.
2) Temu Bual : Seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang
penduduk untuk mengetahui pendapat tentang amalan kitar semula. Temu bual
dijalankan kepada penduduk yang telah lama tinggal di situ kerana mereka lebih
berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan ini.
3) Rujukan : Selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan
melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai amalan kitar
semula
Dapatan kajian8.1 Konsep Kitar Semula
Konsep Kitar Semula ialah 4R iaitu Fikir semula(Rethink),
mengurangkan buangan(Reduce), menggunakan semula(Reuse) dan
mengitar semula(Recycle).Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan
memproses semula barang-barang terpakai dan terbuang untuk
dijadikan barangan baru yang berguna. Barang seperti botol kaca
boleh digunakan semula setelah melalui proses pembersihan.
8.2 Jenis bahan dan alaman kitar semula
Bahan kitar semula yang biasanya di lakukan oleh penduduk di Bukit
Rahman Putra ialah kertas, plastik,tin-tin dan sisa makanan.
Amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk di Bukit Rahman
Putra ialah menjual bahan-bahan kitar semula. Kebanyakan penduduk di Bukit
Rahman Putra akan membawa bahan-bahan kitar semula sendiri pergi ke pusat
memproses bahan kitar semula.
Terdapat juga penduduk di Bukit Rahman Putra menggunakan semula
bahan kitar semula ini untuk menjimatkan perbelanjaan. Contohnya,tin-tin susu
digunakan untuk menanam bunga,surat khabar digunakan untuk membuat
perhiasan rumah seperti bunga kertas.
Selain itu, terdapat penduduk yang sudi bekerjasama memberi sumbangan
kepada pihak sekolah. Bahan-bahan kitar semula mereka untuk menambah
pendapatan Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) bagi menampungkan program-
program pelajar di sekolah memandangkan bahan kitar semula mempunyai nilai
ringgit yang tinggi di pasaran.
Di samping itu, apa yang dapat saya perhatikan ialah terdapat penduduk
yang cuba untuk mengurangkan penggunaan bahan seperti plastik .Contohnya,
penduduk menggunakan “tupperware” ketika membungkus makanan.
Nilai-nilai yang digunakan iakah berjimat cermat dan bertanggungjawab.
8.3 Kepentingan kitar semula
Kepentingan kitar semula ialah untuk mengurangkan
pencemaran.Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak
pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran udara, air dan bau.
Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar tersebut
daripada terus mengancam kualiti kehidupan kita.
Selain itu, Kitar semula juga untuk memelihara ruang hidup kita. Kini
terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya
berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah
yang dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah,
tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan
menular mencerobohi ruang hidup kita. Sudahnya di mana kita akan tinggal?
Di samping itu, kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih
bersih.Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran.
Jika dibiarkan bersepah ia boleh mengeluarkan bau dan menyebabkan penyakit.
Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan
seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.
Akhirnya, Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga.Dengan
mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga
elektrik 3 jam televisyen. Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda
dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang
pokok. Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang.
Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang.
Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita
oksigen dan udara yang bersih.
Dengan amalan kitar semula ini ia akan dapat menerapka unsur
tanggungjawab dan sayangkan kepada negara seperti peribahasa negara bersih
rakyat sihat.
8.4 Masalah/halangan amalan kitar semula
Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang
telah dikenalpasti.
Masalah pertama ialah kurang bekerjasama.Terdapat juga penduduk yang
tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula ini dijalankan oleh
kerajaan. Sikap tidak peduli dan tidak mahu mengambil kisah amalan kitar semula
ini menyebabkan usaha kerajaan untuk menjimatkan tenaga dan bahan kitar
semula tidak akan tercapai atau terlaksana.
Masalah kedua ialah kurang pusat pengumpulan.Di kawasan Bukit Rahman
Putra hanya terdapat sebuah pusat pengumpulan bahan kitar semula sahaja.
Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk menjual barangan kitar semula
memandangkan lokasi pusat ini terlalu jauh buat penduduk yang tinggal di
kawasan hujung kampung.
Masalah ketiga ialah kurang pengetahuan.Hasil daripada kajian saya,
kebanyakan penduduk di bukit rahman putra yang membuang bahan kitar semula
ini adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pentingnya amalan
kitar semula. Mereka lebih senang membuang bahan tersebut daripada
mengitarnya semula.
Saya berpendapat penduduk kampung perlu insaf dan berubah sikap untuk
menjadikan amalan kitar semula ini sebagai sebahagian daripada hidup mereka.
Amalan ini dapat menyelamatkan negara kita daripada mengalamai kemusnahan
sumber.
8.5 L angkah dan cadangan untuk mangatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula
Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian,
beberapa langkah atau tindakan dapat di lakukan bagi memastikan amalan
tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.
Langkah pertama ialah mengadakan kempen.Negara kita menyambut
perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia, Hari Bumi, Hari Alam Sekitar Sedunia
dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada setiap tahun. Objektif utamanya adalah
untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar. Ini bagi melahirkan
masyarakat yang lebih prihatin, peka dan bersama-sama memainkan peranan
untuk mengamalkan amalan kitar semula. kempen dan program yang
dilaksanakan ini dapat member keinsafan kepada rakyat supaya menjaga alam
sekitar daripada mengalami kemusnahan.
Langkah Kedua ialah menyediakan kemudahan pusat pengumpulan.Pihak
berkuasa tempatan perlu menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan kitar
semula bagi menarik penduduk untuk mengamalkan amalan kitar semula. Ini
penting supaya penduduk lebih peka dengan tidak membuang bahan yang boleh
dikitar semula sesuka hati. Ini dapat mengelakkan daripada pembaziran.
Langkah ketiga ialah mangadakan gotong royong.Penduduk boleh juga
bersama-sama bergotong royong untuk membersihkan kawasan tinggal.Pastikan
penduduk kampung mengumpulkan bahan kitar semula ini dan tidak membakar
atau membuangnya begitu sahaja. Ketua kampung memainkan peranan yang
penting supaya penduduk bekerjasama mengamalkan amalan kitar semula ini.
Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan
amalan kitar semula ini dapat dijalankan dengan sempurna. Semua peringkat
umur perlu mempunyai sikap bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga bumi
ini daripada terus mengalami kemusnahan.
RumusanKitar semula ini merupakan satu amalan yang harus dipupuk dan disemai di
kalangan rakyat Malaysia. Sekiranya kita mengamalkan kitar semula, banyak
hutan dapat diselamatkan daripada ditebang. Alam sekitar pula dapat terpelihara
daripada sebarang ancaman dan bahaya. Sikap bertanggungjawab dan cintakan
tanah air perlu ada dalam setiap diri rakyat Malaysia supaya seruan kerajaan
untuk mengamalkan amalan kitar semula mendapat sokongan daripada segenap
lapisan masyarakat.
Rujukan
Buku Teks
Mohd Jamil B. Mohamad dan rakan, 2004 Geografi Tingkatan 3
Buku Rujukan
Fokus PMR Tingkatan1,2 dan 3
Internet
http://smkpenghulusaad.wordpress.com/2010/03/13/contoh-kerja-kursus-geografi-pmr-2010/
http://www.google.com.my/
Orang Sumber
Puan Lethisia Mary, Seorang Guru di Sekolah Seri Cahaya
Penduduk di Bukit Rahman Putra